Friday, June 14, 2024

Repot polis, injek doktor...

Repot polis, injek doktor...

Created: Sunday, 2 June 2024 09:06

Updated: Thursday, 13 June 2024 18:00


Bahasa dan penggunaan, kalau salah diertikan, kekadang mendatangkan kekeliruan dan adakalanya melucukan. Kita kebiasaannya akan 'cut short' kepada sesuatu yang dianggap biasa dan 'common' kepada penutur dan juga kepada orang yang dilawan berbual itu. Benda benda macam ini akan dihadapi oleh penutur bahasa percakapan harian mereka. Bagi yang baru hendak berjinak menutur mungkin tidak akan perasan kerana hendak memahamkan sesuatu bahasa memakan tempoh masa yang panjang. Sepak terajang, berseni berbual, dalam bermaksud, berkias bertujuan serta lembut bersopan beradab dan kekadang keras menengking hanya dapat ditelah oleh mereka yang telah lama bergelumang dan faham selok belok serta lenggok bahasa yang dituturkan.


Teringat lagi ketika masih bebudak dan masih bersekolah suka menyibuk pasang telinga tapi tidaklah sampai menyampok perbualan mereka bilamana mendengarkan orang tua tua ketika itu  berborak berbual. Banyak sebutan dan frasa yang sukar dimengertikan. Perlukan pengamatan yang teliti untuk mengetahui maksud sebenarnya berdasarkan konteks perbualan dan tempat. Hanya mereka sahajalah yang lebih maklum dan faham. Banyak sudah istilah dan tuturkata yang diucapkan mereka yang lahir diawal abad ke-19 pada masa itu iaitu tahun 10an, 20an dan 30an dan dewasanya mereka ketikanya aku pula baru mengenal dunia. Pertengahan 60an dan awal 70an aku kerap berdamping dengan nenek. Maka ramailah kenalan sebayanya yang datang menyinggah berbual. Namun setiap kali pasang telinga namun banyak pula sebutan yang janggal dipendengaran. Sebutan perkataan yang jarang didengari mulai perlahan lahan ditelan zaman. Konon berbangga dengan kemajuan dan arus pemodenan yang tidak mampu ditepis. Kita sepatutnya menjadi pewaris budaya bangsa mempertahankan tapi malangnya turut larut bercampur baur dengan budaya asing. Sedihnya, boleh berbangga menutur bahasa luar dan mencemuh bahasa sendiri sebagai tidak boleh 'pakai'. Mahu disepukkan 'tahi' ke mukanya, biar tersedar.


Kata kata seperti - gerangan, si polan dan jejaka atau lebih awal lagi macam, dinda, kanda, nenda - sebagai contoh, jarang didengari terasa janggal sesangat dan kalau ada yang menuturkannya akan dichop ketinggalan zaman. Orang itu akan di-scan atas bawah, luar dalam hampir membuatkan dirinya tidak selesa oleh mereka yang sangat allergic akan perkataan melayu yang jarang diungkapkan dan didengari. Malah mereka yang hendak pertahankan budaya bangsa dimusuhinya pula dan bukannya hendak sesama memeriahkan khazanah bangsa dalam pertuturan harian malah sanggup kondemkan lagi.


Itu dari segi sebutan perkataan yang bagi akulah telah jarang dan tidak kedengaran lagi. Kita akan hanya ketahuinya bilamana ada insan yang prihatin membuat 'kajian' bahasa yang pupus dalam menyiapkan thesis mendapatkan 'PhD' bertitle-kan 'Dr' setelah tamat pengajian.

                                                    Polis Repot...Amran Al Intan Wal Intan
                                    

Manakala dari segi perbualan turut terkena tempiasnya. Jarang sudah aku mendengar percakapan perbualan yang berseni penuh mesra menunjukkan semangat kekitaan. Biasanya sebagai 'opening remarks' bila bertemu akan membuat pertanyaan yang bersangkutan dengan situasi setempat semasa. 'Tengah buah apa tuuuu...' sambil merapat menghulur tangan bersalaman. Selalunya yang ditanya itu akan melorot sahajalah memaklumkan yang dia sedang/tengah buat sekian sekian walaupun yang menanya tadi memang nampak apa yang sedang dilakukannya. Approach sebegini bukanlah bermaksud apa apa cuma mahukan yang ditanya 'react' sepatutnya. Ianya juga sebagai isyarat samada yang dilawan bercakap itu sudi berbual ataupun tidak. Kalau mesra penerimaan mungkin panjanglah mereka berbual. Tapi kalau yang ditanya itu sibuk atau tidak mahu berbual lama, dari nada menjawabnya in split second sahaja dia faham situasi itu. Lepas bersalaman bertanya khabar lebih kurang lalu terus berlalu pergi. 


Teringat juga aku, dalam lepak lepak dianjung rumah menemankan nenek berborak, terlihatkan seorang 'orang' lama bergegas melangkah didepan rumah. Melihatkan sedemikian keadaannya, bila telah mendekati lalu disapa oleh nenek dengan pertanyaan, 'Nak kemana tu...laju aje tu'. Segera pantas dijawabnya, 'nak pergi 'inject' doktor'. Anihnya nenek faham pula maksudnya. Lalu digalakkan agar cepat pergi, takut lambat pula sampainya. Aku pula terpinga pinga hendak memahamkan. Bila telah lama mendengar dan berulang jawaban yang hampir 'universal' dituturkan, barulah aku fahami. Dimaksudkan 'inject' doktor tu adalah berjumpa doktor untuk pemeriksaan berkala atau 'appointment' yang ditetapkan.


Hilang jatidiri melayunya tanpa mereka sendiri sedari. Berbangga dengan budaya luar yang tidak harmoni dengan suasana dan alam melayu. Aku sekadar meluah menyatakan kebimbangan. Mampukah buat mereka yang tebal kemelayuan pertahankan 'warisan' bangsa. Sedikit demi sedikit hal yang bersangkutan dengan Melayu telah dilupakan oleh anak bangsa yang kononnya pewaris bangsa. 


No comments: