Tuesday, June 18, 2024

Apa sebenarnya

 

Apa sebenarnya

Dalam hidup ini kita tidak akan dapat ketahui duduk perkara 'sebenarnya'. Segala yang diketahui dimaklumi adalah berupa pengkisahan yang terjadi. Kita tiada pengetahuan akan apa yang berlaku sehinggalah saat dimana kita baru mengetahuinya. Penyampaian informasi atau bolehlah aku katakan pengkhabaran keadaan kehidupan seseorang berharap dijadikan 'tauladan' atau mungkin juga dorongan bersimpati bertolongan sesama.

Sehari dua ini, kisah mengenai Dharma sering melintasi 'fyp' di platform facebook. Kisah yang dilaporkan dalam bentuk artikel dan wawancara yang dibuat telah diupload kedalam social media. Bukanlah aku bermaksud hendak ulas akan nasib yang menimpa dirinya tapi lebih kepada 'mengenang' akan nasib diri yang mungkin sahaja boleh terjadinya sedemikian. Semuanya adalah tergantung kepada 'takdir' atau ketetapan ketentuan dari Allah swt jua.

Berita yang dilaporkan...dharma-harun-kusut-nak-bayar-sewa-rumah-tertunggak, juga tontoni video laporan wartawan harian metro dibawah.

                                                    Dharma berdepan masalah bertimpa

    
Meskipun beliau ini pernah dikenali walaupun aku tidak pernah berjumpa bercakap via penglibatannya dibidang 'hiburan' diawal tahun 80an terutamanya bidang lakonan. Namun dipenghujung usianya yang khabarnya kini telah berumur 68 tahun amat memilukan hati. Laporan media akan situasi semasanya tentulah tidak terfikirkan boleh terjadi. Sepertimana yang aku katakan rentetan kehidupannya sejak menjadi artis dan juga pernah popular dikenali ramai diera kegemilangannya ditahun 80an bukanlah 'tiket' menjadi senang dan tenang hidup dipenghujung usia. Tentu sahaja banyak sisi gelap yang tidak diketengahkan menurut 'andaian' kita yang tidak dimaklumi. Aib seseorang tidaklah patut diperbesarkan sebagaimana kita juga tentulah tidak mahu akan aib kita menjadi ceceran orang.

Masing masing ada rentak kehidupan yang perlu dipatuhi diikuti. Bukanlah kita yang mahukan begini begitu dari berlaku, bukanlah juga 'bisikan' ataupun desakan yang memungkinkan ianya terjadi. Segala sesuatu yang terjadi adalah atas ketentuan dariNya dan bukan semata pilihan kehendak diri. Kita adalah insan yang 'daif' lagi naive.

Kisah yang terjadi ini andailah 'benar' terjadi seharusnya menjadi 'precedent' buat diri dan kita semua. Tiada yang mustahil untuk berlaku. Segalanya berlaku menurut yang ditetapkan. Harus kita berhemah panjang panjang dan merenung lama lama bermuhasabah diri. Tidak terjadi pada diri sekarang ini bukanlah bermakna yang kita 'terlepas' ujian dariNya. Pastinya ada sesuatu yang sering kita ungkapkan 'kejutan' akan berlaku kepada kita pula. 

Andai itulah  kehendakNya, biarpun setinggi tinggi hemah orang yang berhemah juga sedalam dalam fikiran orang yang berfikir adalah tidak mungkin dan tidak juga berdaya merungkai takdir dan 'qada' Allah Taala. Tindak tanduk yang kita lakukan tanpa kita sedari adalah diluar arus kesedaran bilamana dihilangkan akal bagi yang berakal seketika cuma kemudiannya bila sesuatu itu telah berlaku maka dikembalikanlah balik akan akal fikiran kita. Tatkala itu akan membuatkan diri tertanya tanya sendirian or 'wondering' of what had happened. Hujung hujungnya akan datanglah penyesalan atas perbuatan yang telah dilakukan tanpa benar benar mengerti akan apa sebenarnya yang telah diri sendiri lakukan.

Masing masing punyai kisah perjalanan kehidupan sendiri. Biar apapun yang bakal terjadi dikemudiannya hari maka haruslah kita tabah hadapi dan harunginya. Moganya kisah yang menimpa Abang Dharma ini menjadi keinsafan buat diri.


No comments: