Wednesday, June 12, 2024

Malas membaca, apa puncanya

Selesai Subuh semalam, kerap juga Imam Nasri membacakan satu hadis sebagai 'input' berguna kepada makmum yang hadir berjemaah. Kesimpulan hadis tentang membaca al-quran setiap hari yang dikhabarkan berkenaan betapa banyaknya 'pahala' yang akan diterima oleh pembacanya. Beliau mengingatkan lagi walau macammana 'malas' pastikan setiap hari sekurangnya satu mukasurat hendaklah dibaca.


Aku hargai ulasan dan kupasan hadis yang dibacanya. Banyak menyedar dan memberi manfaat. Aku bergerak menuju ke kereta yang sengaja aku parkir jauh dibawah pohon 'kurma' jantan. Didalam menapak itu aku cuba renungkan akan apa yang diutarakannya. Sepanjang pengetahuan yang aku ada dan yang aku sendiri rasai akan mengapa kebanyakan dari kita 'shy away' dari menatap membaca Al-Quran berpunca dari 'kesukaran' membaca apatah lagi memahamkan. Tidak dipupuk dengan sempurna sejak kecil maka makin sukarlah bila dewasanya.


Bukanlah aku macam bagus sahaja pepandai mahu ketengahkan punca kenapa orang kita semacam tidak mengutamakan pembacaan al-quran dalam ertikata sebenarnya. Banyak sebab yang mungkin sukar dikenalpasti mana yang paling utama dan terpenting. Penafsiran bergantung kepada siapa orang yang dimaksudkan. Buat yang berkeinginan tentulah akan berusaha sehabis baik. Begitu jugalah buat mereka yang anggap remeh akan mudah mengkesampingkan 'ingatan' berguna kepada diri dan seluruh umat manusia.


Dari pengamatan dan pemantauan dalam hal ini dilingkungan aku, orang Melayu dan sudah tentunya beragama Islam(diwarisi) maklum akan peripentingnya al-quran dalam kehidupan. Setakat itulah pemahaman mereka buat segelintir dari kita yang kurang asas keagamaan. Banyak faktor yang menjauhkan mereka dan kononnya pemodenan yang kian pesat berlaku sekarang ini makin menjauhkan mereka yang 'terpesona' dengan nikmat dunia dari pegangan agama anutan mereka.


Rasanya semua kita maklum akan hadis yang begitu familiar dan sering didengari iaitu;


                                      Rebutlah peluang yang lima sebelum tiba yang lima lagi,


                                      Hidupmu sebelum matimu


                                      Sihatmu sebelum sakitmu


                                      Mudamu sebelum tuamu


                                      Lapangmu sebelum sibukmu


                                      Senangmu sebelum susahmu


Tapi, sejauhmanakah kita 'treated' ingatan berguna ini buat kebaikan pekerti diri sendiri. Andailah....ya andailah semua kita merebut peluang yang terhidang maka tidak mungkinlah kita mudah dilalaikan oleh persona dunia. Bilamana kita tiada 'ilmu' dan panduan mendindingi diri maka mudahlah element 'menjauhkan' seseorang dari agama menyelinap masuk kedalam diri. For sure, porak perandalah kehidupan duniawi. Sudahlah rugi hidup didunia malah 'bangkrap' masa di akhirat nanti.


Punca awalnya adalah kurang didikan agama. Asas yang tidak berapa kukuh dan sikap sambil lewa empunya diri serta lemahnya pemantauan dari ibu dan bapanya dalam memastikan yang anak jagaan mereka bersedia hadapi pancaroba kehidupan makin memburukkan lagi keadaan. Bila lemah dan tidak tahu asas agama seolah terumbang ambing menempuhi hari mukanya.


Bila buta 'agama' dan jauh pula dari memahami bahasa Arab mana mungkin dia akan berjaya memandu kehidupan. Kerap manapun diingatkan agar jangan malas membaca al-quran biarpun dimaklumkan 'pahala' membaca al-quran itu adalah sekian sekian malah bila dikatakan sekadar melihat menyelak helaian kitabu-Allah juga pun boleh mendapat pahala tapi puak yang 'istimewa' ini sikitpun tidak dihajapnya. Hendak baca macam mana kalau tidak kenal huruf. Sudahlah bahasa Arabpun tidak pernah ditutur, tentu sahaja makna setiap patah kata tidak diketahui. Pastinyalah akan menjauhkan diri kerana kesukaran yang tidak menyelesakan diri. Hujung hujung melupakan terus saranan imam pasal 'handicapped' yang ada.


Analoginya, kenapa budak sekolah tidak minat belajar sebahagiannya. Tentunya berpunca dari kesukaran membaca dan lembab memahamkan. Situasi ini menyebabkan dia kurang berminat untuk belajar menuntut dan akhirnya menunjukkan tingkahlaku yang berlawanan dengan rakan sekelas yang memberi komitmen kepada proses pembelajaran yang diikuti. Jangankan dinasihat diingatkan akan peripentingnya ilmu pengetahun dalam mengharungi kehidupan malah dia akan protes memberontak langsung tidak berminat hadir ke sekolah. Pujuklah bagaimana baguspun 'approach' memujuk seorang guru, tidak akan dihiraukannya langsung. Sia sia hasilnya.


Nasihat dan ingatan tidak 'jalan', mengugut akan kesan buruk yang bakal diterima dan apa sahaja hal negatif dipandang sepi buat mereka yang sudah dewasa dari segi usia tapi kurang asas agama ini adalah sesuatu yang sukar. Setakat tahu membezakan perkara buruk dan baik tidak memadai. Semua 'manual' kehidupan duniawi dan ukhrawi terkandung didalam al-quran for all mankind. 


Malangnya kejahilan kita untuk memanfaatkan adalah sesuatu yang paling malang dalam hidup ini. Siapakah yang harus dipersalahkan.

No comments: