25 SEPTEMBER 2023, 12:31
Sukarnya mendapatkan
Pagi ini aku bersarapankan pisang nangka goreng. Bukan semua orang meminati pisang nangka. Aku adalah salah seorang penggemar tegar. Bila berkesempatan masa, dimana sahaja lokasinya kedai penjual buah buahan tempatan, pasti akan aku singgahi. Pertanyaan pertama andai tidak kelihatan bergantungannya sesisirpun akan pisang nangka adalah tentang ada atau tiadanya pisang nangka untuk digoreng.
Semalam seharian aku tidak keluar rumah. Ahad lagi. Bercuti 'Rest Day' yang mana aku untukkan khusus dalam memantapkan lagi pengguasaan bahasa arab aku demi memahamkan isikandungan al-quran. Kebiasaan bilamana anak perlu balik keasrama, hanya akulah yang akan menghantarnya. Memandangkan anak yang telah berkerja dan punyai 'Bezza' sendiri, tugas ini dan ikut keperluan, abang atau kakaknya yang diperintahkan untuk menghantarnya. Selalunya kepulangan keasrama akan anak bongsu aku ini akan ditemani oleh mama-nya. Terlanjur berpergian pada petang semalam aku berpesan agar cari kan pisang nangka dalam sesisir dua untuk sarapan malam nanti atau pagi esok.
Dalam masa kini di seluruh negara rakyat dirisaukan dengan kesukaran malah disetengah tempat langsung ketiadaan beras tempatan dengan diistilahkan sebagai beras SST(Super Special Tempatan) aka beras tempatan, yang mana aku turut merasai bahangnya diBukit Katil ini. Hal akan kurangnya beras diperagakan dikedai runcit, dipasaraya juga dipasaraya besar tidak aku pedulikan sangat. Kerajaan yang ada perlulah bertindak sewajarnya. Kalau tidak dapat mengalas tugas memimpin khalayak terbanyak maka malulah kepada diri sendiri. Gagal laksanakan tugas tapi masih mahu lagi menjadi pemimpin. mereka yang dipertanggungjawabkan menyelesaikan polemik ini harus segera mencari jalan atasi permasalahan.
Apa yang lebih aku terkilan adalah telah hampir beberapa minggu sudah tidak menjamah goreng pisang home-made. Semacam ada konspirasi pula. Sudahlah berhadapan dengan kenaikan harga barangan makanan yang seolah tidak terkawal dan diburukkan lagi dengan kekurangan ketiadaan beras tempatan dari pasaran, takkanlah pisang nangkapun hendak dibabitkan sama. Memang 'bakau darah' dibuatnya kita.
Aku pernah juga bertanya tanya akan pisang nangka kepada penjual buah buahan tepi jalan bilamana susah amat hendak membelinya buat juadah minum petang atau sarapan pagi. Selalunya jawaban yang diberi oleh pengusaha gerai buahan mengeluh akan kerapnya pokok pisang ditimpa pelbagai serangan yang merencatkan penghasilan buah. Mungkin jujur penerangan mengikut apa sahaja yang diberitahu oleh pengusaha ladang pisang kepada mereka. Bilamana permintaan melebihi penawaran yakni kekurangan bekalan, maka wewenanglah naikkan harga. Ertikata lainnya, pemborong yang membeli dari ladang ikut kewajaran mereka dan punyai kuasa untuk tentukan harga. Rantaian merekalah yang kawal. Pembeli akhir sekadar pasrah kepada 'permainan' dan sandiwara golongan opportunist yang mahukan keuntungan berlebihan.
Ironinya, peniaga goreng pisang jalanan boleh pula sentiasa beroperasi malah siap gantungkan setandang pisang sebagai strategi perniagaan. Mana mereka dapatkan bekalan dan kitapun sudah boleh agak. Dalam usaha mengurangkan kos pengeluaran, kebanyakkan peniaga penjual pisang goreng ini akan ambil initiatif berunding dengan tuanpunya kebun pisang ataupun orang orang kampung yang menanam pokok pisang untuk menjual terus kepada mereka. Sekarang inikan segalanya mudah. Bila tiba time hendak tebang, talipon sahaja atau lebih senang 'whatsApp' peniaga, cepat sampainya mereka ini. Siapa tak mahu untungkan. Rezeki hendak masuk.
Kalau sudah dasar hendak kaya cepat, untung beberapa kali lipat selagi boleh akan dicubai mereka. Sekarang ini sebiji pisang boleh dihiris sampai sudah macam bentuk 'shoestring' dan dijual 5 keratan atau hirisan for RM2.00. Tepuk dahi dibuatnya. Harga yang melampau dengan kualiti yang ibarat langit dengan bumi. Sikap orang kita yang tidak mahu vocal kerana yang meniaga adalah orang kita juga. Kita lebih beralasan berlapik memaafkan tidak suka mengaibkan peniaga. Tapi tindakan melampau keterlaluan peniaga yang tidak beretika seolah mencabar kesabaran pembeli pelanggan tetap malah yang walk-in juga. Seharusnya bertimbang rasalah. Untung janganlah sampai melampau.
Penjualan pisang oleh peniaga gerai jalanan mengikut timbangan berat. Sekarang ini sekilo pisang nangka dan pelbagai jenis pisang mengikut 'pasaran' katanya. Biasanya harga per kilo dalam jajaran RM4.20 ke RM4.90. Harga yang sudah lama naik dari beberapa tahun lalu yang cuma dalam lingkungan RM2 ke RM3 sahaja. Bila ditanya, akan banyaklah alasan yang diberi mengikut kesesuaian keadaan semasa. Malangnya pembelilah yang paling terdedah kepada permainan 'jahat' konspirator rantaian bekalan makanan.
My favourite - pisang goreng nangka |
Apapun, berselera sekali aku menikmati sarapan pagi untuk hari ini. Bila lama sangat tidak dapat, 'nikmat' merasainya amat berlainan. Lumrah manusia, kita ambil mudah dan tidak menghargai akan apa yang abundantly kita ada tapi gelisah meracau semacam bila memerlu mahukan tapi sukar mendapatkannya.
Harapanku, agar sesamalah kita bertimbangrasa dan usahakanlah untuk permudahkan keperluan sesama kita. Semoga kehidupan kita lebih bermakna hendaknya sehinggalah penghujung usia.
Ameen...Ya Rabb
No comments:
Post a Comment