Saturday, September 30, 2023

Meresahkan...


29 SEPTEMBER 2023, 11:26


Meresah semacam


Pagi jumaat ini dirasakan hati dan perasaan seperti gundah tidak menentu. Biarpun sudah bersarapan dan kini bersantai santai mencoret di dairo @ samsung tablet pula, 'wandering thought' akan hal sekeliling yang kurang menyelesakan. Kita dahulunya tidak pernah terfikirkan yang perkara yang dihadapi kini mustahil boleh berlaku. Beredarnya masa seiringan dengan peningkatan teknologi maka segala sesuatu begitu mudah untuk diketahui. Penyebaran yang begitu pantas serta meluas dek penangan socmed yang pelbagai kini samada bertujuan beragenda oleh pihak tertentu dan di tokoktambahi pula oleh netizen amat meresahkan diri. 


Tidak jauhpun kejadian yang tragis dan dilaporkan. Sekejapan sahaja 'viral' akan penemuan mayat yang mana ditemui di pantai klebang seminggu yang baru lalu. Juga akan gadis berusia 15 tahun, muda sesangat, telah menjadi mangsa rogol kepada 2 lelaki rohingya. Selepas selesai dikilijakan, mangsa ditinggalkan ditapak permainan di Batu Berendam. Gejala sosial yang datang secara 'package' hasil kedatangan pendatang asing yang tidak terkawal berpantau ini sudah ketahap menjolok mata. 

Antara artikel meresahkan aku...mayat-wanita-ditemui-tertiarap-di-pantai-puteri dan lebih menyedihkan  remaja-perempuan-akhirnya-dirogol-dua-rohingya

Biasanya kedatangan pekerja asing yang tidak ditapis serta longgar syarat yang tetapkan sehinggalah ketahap 'kebanjiran' amat menyukarkan untuk dikawalselia. Tidak nampakpun ketara atau tiadanya sebarang tindakan membendung oleh pihak berkuasa melaksanakan usaha lebih ketat dalam menyekatnya. Semakin hari semakin ramai pula kehadiran pekerja asing dari kawasan asia tengah seperti India, Pakistan, Nepal dan Bangladesh. Saban hari macam macam karenah mereka akan muncul di-fyp aku. Kenapa aku terus menatap. Kenapa pula aku perlu risau. Mereka yang berkhidmat dan diberi kuasa dan mandat dalam menjaga kedaulatan negara ini tentulah bergajian. Amanah dan tanggungjawab kepada negara perlu menjadi priority utama. Ikrar dan sumpah jawatan kemana disangkutkan.

                                                        Berduyun masuk...


Hairannya kita apabila bagaimana mereka begitu beria-ia hendak datang ke Malaysia berselindung beralasan mencari pekerjaan. Siapa yang menjemput mereka dan siapa sesangat yang hendakkan kepada mereka ini. Banyak sudah dibongkarkan oleh mereka yang prihatin dan dihebohkan di socmed memasing. Usaha Ustadz Sofiyan dan Cikgu Izzat Johari menghebohkan perkara sebegini amat dihargai. Seharusnya kita semua mulai bangkit memainkan peranan memasing. Jelas sekali bagaimana mereka seperti tidak segan langsung kepada undang undang negara. Tidak kekok menjalankan pelbagai aktiviti perekonomian hampir disetiap tempat dalam negara. Seolah mereka ini tiada rasa hormat dan berani sungguh yang pada aku sudah ketahap melampau di negara kita ini. Pihak penguatkuasa 'kerajaan tempatan' seolah tidak berfungsi sepatutnya. Apakah setiap tindakan perlukan arahan dari pihak atasan sahaja. Tiadakah SOP yang harus mereka ikuti. 

Buktinya adalah terang dan nyata...tapi...-premis-niaga-disita-peniaga-tak-puas-hati-rakam-perlekeh-tugas-penguat-kuasa-di-klang

Secara perbandingan, aku pernah menanyakan syarat syarat yang harus dipatuhi dalam membuka premis perniagaan. Selain perlukan lesen perniagaan, perlu patuhi banyak lagi syarat. Papantanda perniagaan perlu ada dan dikenakan lesen tahunan, pemantauan kebersihan berkala andai menjalankan perniagaan makanan. Pengendalinya pula harus membuat suntikan 'thypoid' dan sijilnya perlu dipamirkan dipremis perniagaan. Garu kepala dibuatnya bilamana di video yang tersebar, mereka yang amat teristimewa ini boleh sesuka hati berniaga. Peliknya didalam satu outlet kedai boleh dijalankan pelbagai perniagaan ala ala kiosk makanan tapi mereka ini lebih 'daring'. Disamping ada kedai runcit, disitu juga ada kedai baju, disitu kedapatan juga kedai menjual handphone dan pelbagai lagilah yang mereka usahakan.


Dirasakan dan semacam ada agenda dari tangan tangan 'ghaib' yang berkuasa. Angkara jahat bertujuan oleh golongan ini seolah ingin melihat tindakbalas oleh pribumi. Samada kita peka mahupun tidak. Mereka seakan sedang memerhati ruang dan peluang untuk berbuat sesuatu terhadap negara ini. Yang aku nampak dan amat amat aku rasakan semacam ada kecenderungan mengujudkan situasi huruhara didalam negara. Bilamana kita sibuk berusaha untuk mencari jalan penyelesaian atasinya, mereka akan sesenyap yang mungkin akan menggerakkan agenda yang sekian lama telah mereka rancang.

Maruah dan kedaulatan negara diperlekehkan oleh sebahagian mereka yang tidak mahu akur kepada 'ketuanan Melayu'. Tiadanya rasa hormat dan seolah cuba sedaya mungkin agar orang Melayu tergugat dinegara nenek moyangnya ini. Lepas tangan dan suka membuat onar. Lets the Malays protect theirs motherland. Biar Melayu pertahankan maruah negara. Sedikitpun tiada rasa kekitaan kepada mereka yang mana pemimpin terdahulu yang bersetuju dengan muslihat British dalam menuntut kemerdekaan. Sepatutnya kewarganegaraan tidak wewenangnya diberikan. Orang mendatang diperingkat lebih awalnya sebelum kita menuntut kemerdekaan dahulu bukanlah kita yang menjemputnya tapi didatangkan oleh 'penjajah' dalam usaha mengaut kekayaan negara. Tiadanya kerjasama orang tempatan dengan pihak penjajah sekadar alasan mempelawa mereka ini untuk datang jadi kuli British. 

Perasan ataupun tidak, kedatangan pelancung dari 'china' yang dikhabarkan mencecah angka 1.2 juta dalam satu masa yang singkat selepas Covid-19 dimana pergerakkan keluar masuk dilonggarkan. Macammana pula sistem pengendalian kemasukan pelancung asing alami permasalahan sistem dan menjadi tidak 'stabil' dan beralih kepada sistem manual. Hanya segelintir sahaja yang masih 'concern' kepada insiden tersebut. Tabik la kepada cikgu Izzat Johari yang tidak jemu jemu dan terus berusaha menyedarkan kerajaan dan orang melayu semuanya agak berhati hati dengan konspirasi oleh golongan yang tidak hormati kepada bangsa melayu ketika era pemerintahan 22 bulan itu. Itu baru 'bunga bunga' sahaja dan ternyata kita kurang sensitif soal kedaulatan negara.


Berbalik kepada mereka yang tidak diundang dari Central Asia ini pula, mana mungkin mereka sesaja datang. Tentulah ada konspirasi. Berduyun sekali masuk dan kalau tiada pihak yang membuka ruang, tentu sahaja merekapun tidak tahu. Synergy kedua belah pihak berkolaborasi menjalin usaha jahat mereka seolah tiada siapa yang mampu menyekat menghalang. Bebas penuh lakukan sesuka hati. Tidak prihatinkah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kedaulatan negara dari segala bentuk ancaman. Susah sangatkah untuk laksanakan fungsi kepada setiap pihak yang telah diberi kuasa memantau.


Sekali tengokpun kita sedia maklum. Rumah kedai dikawasan perniagaan dalam mana mana PBT adalah dimiliki oleh orang tempatan. Kalaulah tidak dibenarkan, macammana mereka boleh wewenangnya berniaga dipremis kekal tersebut. Tentulah ada cerita disebaliknya. Tuanpunya atau pemilik bangunan tentu terlebih maklum akan property yang mereka miliki. Sengaja membenarkan kononnya mereka bayar sewa bulanan. Okaylah...fine. Tapi tentang menjalankan operasi niaga, siapa hantunya yang menjaga mereka. Kemanakah perginya pihak penguatkuasa setempat.  


Bilamana ada interaksi dengan penduduk tempatan, golongan pekerja asing lebih terarah mengambil kesempatan yang ada dan ujud. Pandangan mereka yang baru tiba ini dengan kita yang telah sekian lama disini tentulah berbeza. Mereka nampak apa yang kita tidak nampak. Dan kita pula bersikap tidak mengapa selagi mana tidak menganggu gugat kehidupan kita. Persoalannya sampai bila. Sekarang inipun sudah terasa besar kepala dan pandang kita seolah kita pula yang mengganggu mereka. Sudah terbalik jadinya.


Andai tidak dibendung penuh tanggungjawab oleh semua kita, diramalkan dalam sedikit masa lagi akan lebih banyak musibah menyusahkan pribumi. 


 

No comments: