Bukan orang lain dapat lihat ketaranya tapi diri inilah yang begitu merasakannya. Faktor masa dan usia baru dirasai significant-nya kini. Lengah dan amat lewat memulaikannya serta mengaplikasi kedalam kehidupan harian begitu jelas terserlah. Orang yang telah lebih dahulu ketahui dan laksanakan tentulah lebih beruntung dan mampu peroleh apa yang sememangnya diuntukkan kepada mereka yang telah 'sampai' levelnya.
Aku bukanlah kesal. Aku juga tidaklah iri atas kesempurnaan mereka yang mendahului tiba ke matlamat akhir ataupun mereka yang on-track seusai masa usia mereka kini. Setiap apa yang memasing hadapi ketika dan saat ini adalah 'destiny' mereka sendiri. Memang benar, tiada sesiapapun yang tahu akan nasib diri dimasa mendatang. Waima, esok mahupun sebentar lagi. Setiap yang berlaku dan akan berlaku adalah atas kehendakNya jua.
Tidak berbaloi untuk meneka mengagak akan apa yang patut berlaku dan apa yang tidak harus terjadi. Corak kehidupan kita tidaklah sama. Ada yang dirasakan cukup selesa dipandangan mata kita tapi dari kacamata orang lain amat memeritkan. Begitu jugalah sebaliknya. Semua ini adalah subjektif sifatnya. Penilaian berpandukan banyak faktor yang mana ianya pula bergantung kepada keutamaan.
Aku kini lebih fokus kepada pembelajaran bahasa Arab aku yang lebih kerap surutnya dari berkeadaan pasang dan jauh lagilah untuk pasang besar. Tidak istiqamahnya aku hanyalah membuatkan aku senantiasa gagal untuk 'ilmu' kejap diingat difahami. Sering kelupaan. 'Stuck' tetiba dan perlu balik semula menyelak topik yang masih gagal diingatkan. My only sasaran sejak lepas Ramadhan 1444H adalah untuk mahir khatam akan bahasa arab al-quran ini sebelum kedatangan Ramadhan 1445H nanti. Masa semakin singkat. Usaha perlu dilipat-gandakan. Mensesiakan waktu tersisa kini bukanlah suatu pilihan tapi hanyalah kelalaian sendiri.
Namun seperti biasa, banyak pula hal yang seolah meragut masa dan kesempatan ruang mendalami menghayatinya. Bertitik tolak dari hari ulangtahun kelahiran ke-59, aku mendaftarkan diri mengikut pembelajaran akan 'Ilmu Sorof' secara berdepan dengan ustaz, kemudian bersambung pula dengan program Pengajian Harfiah Yasin dan ditambahi lagi dengan mendaftar secara on-line akan Basic Arabic bagi memantapkan lagi asas nahu dan sarf in english lagi. Diharapkan segala bantuan pengukuhan mampu mempercepatkan lagi tercapainya matlamat yang aku tetapkan. Latih tubi perlu setiap hari sekerap yang boleh. Berjaya perlukan pengorbanan. Sambil lewa hanyalah membuang masa dan tidak kemanapun pencapaian. Tentunyalah tiada peningkatan. Segala medium akan aku gunakan.
Memang terasa yang aku masih jauh ketinggalan berbanding dengan mereka yang sebaya. Namun aku tidak harus sekadar mengesali tanpa bertindak mengejar agar segera seiringan setaraf akan pemahaman yang seharusnya telah kejap pada diri. Bila menantikan solat zohor didirikan berjamaah dimasjid, terpandangkan mereka yang sebaya membaca al-quran penuh khusyuk membuatkan diri amat mencemburui kelebihan mereka.
Akupun seharusnya kena cepat bangkit di kesempatan masa yang tersisa ini. Biarpun lambat tapi aku perlu bingkas menyamai level pemahaman kepada al-quran yang mereka miliki. Perlu beri lebih banyak masa dan perlu beri lebih perhatian bagi mengapai matlamat. Bagi muhasabah diri, antara banyak topik didapati hal tentang kata kerja-lah yang selalu benar terkucil. Mungkinkah aku sambil lewa sebelum ini dan tidak beri tumpuan yang sewajarnya mungkinlah sebab utamanya. Latih tubi yang lebih kerap perlu aku buat. Menyelak kembali topik walaupun yang mudah dan agak mantap secara berkala mungkin dengan IzinanNya akan memudahkan untuk aku recall dan aplikasikan dalam pemahaman ketika membaca al-quran. Tidak lancar dan tersekat sekat memahamkan tentukan menyukarkan dan kesannya mungkin akan mematahkan semangat yang berkobar kobar sekarang ini.
take it or leave it....
Aku bukannya hendak berlumba dengan sesiapa. Tetapi pemahaman yang mantap membolehkan kehidupan dapat aku jalani lebih selesa. Walaupun banyak perintah seiringan masa dari kecil sehinggalah saat akan dipanggil pulang, juga ingatan mengingkari serta khabar pembalasan yang akan diganjari yang sepatutnya perlu diketahui lebih awal lagi diketika kudrat tengah kuat dan hanyalah dipenghujung usia baru 'menerima' pemakluman. Patutnya, aku menampari diri kerana lewat bebenar tersedar. Pun begitu, hidup perlu diteruskan.
Tak perlu pandang belakang lagi. Terus maju kehadapan menghambat mengutip apa yang tercicir tertinggal dalam melengkapi kehidupan duniawi serta ukhrawi. Moga moga ikhtiar yang aku perbuat ini diredhai olehNya.
Ameen...Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment