Thursday, June 29, 2023

Mencuba lakukan sendiri

Entah macammana tetiba datangnya kekuatan memaksa diri bangkit dari lama sangat diri dimanjakan. Melihat keadaan semasa yang makin tidak memihak membuatkan aku perlu membuat sesuatu dalam menyerap segala tekanan dan implikasi yang hadirnya pula secara package.

Kos sara hidup seolah tiada tanda akan kekal seketika dan makin ketara pula meningkat. Berita yang cuba dikesampingkan tapi menjadi fokus kepada pengendali berita 'portal' adalah kenaikan harga beras. Pihak yang berkepentingan dan yang terkait akan sedayanya cuba untuk mengelak dari memperkatakan isu isu yang bersangkut paut dengan keperluan kehidupan rakyat teramai. Pihak yang diamanahkan untuk menjaga mengawal selia setiap permalahan yang sedang dan akan ujud kepada kesejahteraan masyarakat seolah berlepas tangan begitu sahaja. 

Mana tanggungjawab pihak berkuasa. Setakat memberitahu yang harga beras akan naik berpunca dari sekian sekian, rasanya akupun boleh tolong pukul canang. Apa yang mereka yakni pihak yang dipertanggungjawabkan ini bergaji dan punyai pelbagai kemudahan sampingan yang diterima tidak mampu menyediakan plan tindakan yang sepatutnya dalam memastikan 'food security' negara tidak terancam. 

Apakah fungsi dan keutamaan. Bukankah mereka digajikan untuk memastikan perjalanan dan kesejahteraan rakyat terbela lagi terjamin. Rakyat perlu mendapatkan hak yang sepatutnya. Patutkah aku dan golongan marhaen lainnya yang merupakan segmen terbesar yang perlu dibeban memikirkan cara terbaik dan paling praktikal untuk dilaksanakan. Boleh kah begitu.

Aku gagahi pagi ini memulakan langkah. Semuga langkahan pertama ini akan diteruskan kepada bidang yang lain pula. Syaratnya kena berani ambil risiko. Bukanlah hendak mematikan 'peluang' rezeki orang lain tetapi akibat keterlaluannya mengambil untung makanya menjadi satu ingatan kepada orang terbanyak untuk pastikan perkara sedemikian tidak sewenang wenangnya diperbuat. 

Banyak sebab kenapa adanya kerja dan pekerjaan itu diserah serta dilakukan oleh orang lain. Bukan semua kita bijak serta berpandaian. Ada kalangan kita yang 'keras' tangan. Manakala ada pula orang yang seolah telah dianugerahkan kelebihan dalam mengendali kerja kerja yang dpandangan mata kita seperti rumit untuk disempurnakan.

Sepertimana cikgu fizik pernah cakap dan pernah diulang ulang oleh Mac Gyver, 'Every action has a reaction' yang mana hukum alam ini tidak mampu untuk dinafikan oleh sesiapapun, akupun mengambil mentol yang dibeli dari Mr. D.I.Y. seminggu sebelumnya dan aku asyik memandangnya tidak diusik dibilik, memulakan kerja.

Gaya macam tahu dan berilmu, tapi sebenarnya 'habok'. Mana hendak aku mulakan dulu. Tercangak cangak. Memang untuk apa kerja sekalipun jika tiada berpengalaman apatah lagi baru pertama kali hendak pegang screw driver tentulah canggung jadinya. Lumrahnya begitulah. Tapi percayalah, alah bisa tegal biasa. Inilah kata semangat tok nenek yang ditanamkan ke jiwa agar kita tabah menghadapi setiap cabaran. Apa apa kerjapun permulaan memanglah begitu sehinggakan orang yang tidak pernah umur melihatpun akan cuba mematahkan semangat. 'Hantar jer kat bengkel...habis cerita', mungkin itulah yang dilaungkan dari jauh kat kita.

Cadangan yang baik. Tidak menyusah menyakitkan badan. Hulurkan upah...semua selesai. Namun atas apa yang berlaku dan bagi memberi isyarat kepada orang lain, maka tindakan yang aku perbuat ini harus sebenarnya dan sepatutnya dahulu lagi telah aku buat. Kemurahan hati kita dieksploitasi semahu mungkin bagi yang sekadar memikirkan keuntungan 'wang' dalam berniaga. 

Semoga usaha sekecil aku ini akan menyedarkan betapa perlunya bertimbangrasa dan berlebihkurang dalam segala hal. Bukan duit penentu segalanya walaupun duitlah yang menentukan ukuran jaya gagalnya sesuatu perancangan.












                                                           Videonya lepas siap dipasang
                                            

                                                Sebelah malamnya pula...amat berpuashati


Berpeloh menyiapkan walau nampak mudah. Begitulah jadinya jika kita tiada ilmu asas dan sekadar berpandukan ikut ikutan orang melalui panduan di socmed oleh mereka yang pernah melakukannya sendirian. Hal yang tidak serius tiada hal. Bagaimana pula dan adakah sanggup untuk mencuba sesuatu yang berisiko tinggi yang melibatkan 'skill' tertentu dan perlu pentauliahan sebelum membuat sesuatu, seperti doktor yang dibenarkan untuk belah dada pesakit ataupun jurutera yang ditugaskan menyambung pipe gas didasar laut misalnya.

Banteras selagi boleh.



Wednesday, June 28, 2023

Menjelang Raya Haji 1444H

Banyak hal berlaku yang tentunya mencorakkan pergerakkan kehidupan aku. Berhasrat berhajat untuk memberi tumpuan sepenuhnya dan senantiasa kekal fokus terhadap pembelajaran kendiri aku akan bahasa Arab especially akan grammar-nya dalam memudahkan pemahaman pembacaan Al-Quran yang menjadi matlamat utama aku. Dilengahkan namun masih tidaklah sampai turun ketahap melupakan terus, menyebabkan aku terasa seperti kesuntukan masa.


Mana hendak selesaikan pasal 'kereta', mana hendak fikirkan pasal kenaikan harga barangan serta kesukaran mendapatkannya dalam pasaran, minyak kampit, terpacul di fikiran. Belum lagi berpeluang berkemampuan hendak membantu saudara yang terhimpit dalam permasalahan kewangan dan emosi dan yang terlebih utamanya diri sendiri yang masih dibelenggu dengan penyakit lama 'seolah' datang menjengah. Symptom of TB disease seperti lemah badan, kurang berat badan, badan terutamanya dada kerap panas, sering batuk kekadang kahak mengandungi darah pekat dan berpeluh sampai lokos baju(night sweats) sehinggakan tidak lena tidur sering terjadi walau ianya sama sekali tidak diingini.


Seminggu dua lepas kemunculan tanda tandanya, diri terasa seolah back to normal. Hasrat hendak mendapatkan rawatan pemeriksaan or medical check-up aku abaikan seketika. Berjanji pula dengan diri sendiri yang mana seandainya 'si-dia' ni muncul lagi, maka aku akan membuat pemeriksaan kesihatan. Bukannya apa, risau akan terkurung lama di hospital bila kena quarantine. Segala pergerakkan akan terbatas. Senantiasa dipantau. 4 jam sekali kena diperiksa dari awal pagi hingga ke malam. Check BP, tambah air, ambil ubat dan yang paling 'benci' bilamana mata mulai terlelap dikejutkan pula oleh nurse bertugas untuk routine 4 jam sekali ni. 


Esok raya. Sudah lebih dari 60 kali rasanya aku menyambutnya. Putaran hidup manusia buat diri yang sudah menghampiri penamatnya semacam tiada yang mahu dikejar lagi. Beberapa hari kebelakangan ini aku mengulang baca akan buku yang aku ter-initiate membelinya menjelang raya haji untuk tahun 2022. Ianya penuh berinformatif. Tidak mampu untuk aku adhere sepenuhnya kepada apa yang diutara dicadangkan oleh pengarang buku 'Nota Pasca Haji' dan 'Karya Terakhir' yang kebetulan berkongsi tahun kelahiran iaitu 1964. Seolah apa yang dibimbanginya turut sama sepertimana yang aku rasakan malah sebelum aku membacai bukunya. Normal bagi mereka yang kini berusia berperasaan sedemikian yang berjaya dinukilkannya dan didokumenkan pula sebagai panduan berguna atau checklist agar kita terarah tindakan.


Biasanya pepagi aku akan take a nap dalam setengah jam andai tidak bekerja pagi. Memandangkan aku bercuti ganti hari ini, selesai sahaja aku mengulangi lagi menghafali dan memahamkan ayat dari surah al-baqarah, kali ini ayat 2:22 hingga 2:24, mata tak nak pula letih untuk berbaringan malah mencarak terbuka. Maka aku teruslah menukilkan coretan di diaro @ tablet samsung ini. Tetiba pintu bilik diketuk dan muncullah anak aku yang korek yang semalam diangkut pulang oleh abangnya dari asrama menyerahkan coupon daging. Sekali lagi aku terduduk bila selesai membaca info yang terkandung. 

Rezeki pagi...

Banyak hal yang berkaitan dengan raya haji dipandang sepi. Kurangnya keterlibatan aku samada secara langsung mahupun tidak membuatkan diri seolah tersisih dariNya. Kita yang perlu dan mengharapkanNya dan bukanlah sebaliknya. Banyak konsep konsep yang sering disalahertikan oleh orang kebanyakkan dipermudahkan pemahaman dengan adanya medium perantaraan yang canggih moden. Tiktok dan whatsapps dan dengan 'kuasa' viral yang serba pantas memungkinkan maklumat penting disegerakan penyampaiannya tepat ke sasaran. Contohnya konsep berkorban, pencerahan oleh ustaz yang prolifik lagi dikenali  mudah untuk difahamkan dengan ber-video lagi. Kalau tidak faham boleh diulang tengok dan cuba sedayanya dimengertikan. Tidak usahlah banyak berdalih. Yakinlah dan niatkan untuk sesama berkorban andai diberi kesempatan pada tahun hadapan nanti.


Begitupun, bukan kita yang mengaturnya. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Tugas kita hanyalah perlu mengerjakan apa yang disuruh dan tinggalkanlah apa sahaja yang dilarang. Pengabdian kita kepadaNya adalah semata mata mengharapkan agar diganjari pahala atas usaha gigih kita. Beribadat dengan sungguh sungguh kepadaNya sepertimana yang dimaktubkan dalam ayat ke-21 surah al-baqarah,

 

Chapter (2) sūrat l-baqarah (The Cow)

Sahih International: O mankind, worship your Lord, who created you and those before you, that you may become righteous -


Aku tidaklah pandai sesangat tetapi ayat ini jelas dan rasanya tidak mengelirukan untuk difahami. Lebih baik lagi dilanjutkan dengan membaca kitab tafsir yang menghuraikannya lebih teliti akan kandungan ayat ini.


Semoga bermanfaat buat semua.

Friday, June 23, 2023

Dekat lagi murah...tentunya jimat...

23 June 2023, Friday, 11:53

Isnin hari itu, aku tidak berlengah lagi membuat servis yang dirasakan perlu keatas 'MBB' yang terperuk lama di workshop panel insurance. Memang tidak berpuashati dengan kerja kerja pemulihan yang diselenggarakan oleh mereka. Tahap profesionalisma ke laut, sudahlah menungguinya begitu lama dan kalau tidak disongsong mungkin lebih lamalah lagi. Begitupun, aku kena redha dengan tahap perkhidmatan yang diberi. Bagi diri aku, kepulangan penyerahan kembali akan 'kanchil' penuh makna ini lebih menjadi keutamaan.

Bukanlah aku hendak menafikan fungsi mereka yang terlibat sehinggalah ianya dikembalikan semula kepada aku walaupun senantiasa hendak kena tanya 'progress'. Tidak semengahnya kerja kerja penyelengaraan amat mengecewakan. Beginilah standard bilamana melibatkan kereta golongan 'marhaein'. Entah macammana agaknya andai yang menjadi mangsa adalah tuan punya kereta mewah. Tentu pantas perkhidmatan yang akan diberikan. Al-maklumlah, 'masuk'nya pun besar. Kereta biasa biasa yang sudah menjangkau banyak tahunnya tentulah ciput sahaja yang pihak berkaitan akan perolehi. Kalau boleh tangguh akan cuba mereka tangguhkan. Sikap tidak peduli dan 'double standard' yang diamalkan selama ini pastinya amat menyukarkan golongan bawahan untuk mendapat pembelaan yang sewajanya. Hadap sahajalah kenyataan ini. Bercakap banyakpun tidak akan kemana. Lebih menyakitkan hati sahaja. 

Sempurnakan apa yang kurang...my lovely



Moral ceritanya, kenalah senantiasa berhati hati dalam pemanduan. Elakkan diri dari terlibat dalam kemalangan. Berdoa lah dan berserah lah kepadaNya agar kita dijauhkan dari segala petaka yang tidak diingini.

Sebelum keluar kebengkel kereta pagi itu, orang rumah sudah mengingatkan untuk membeli beras yang telah kehabisan. Aku ia-kan sahaja. Sempat ber-zohor lagi di Masjid Saidina Ali sebelum kerja kerja selenggaran dibengkel yang aku percayai ini menyudahkan kerja.  Selesai membuat pembayaran, bergegaslah aku pulang ke rumah. Menonong sahaja sampai ke hujung padang tetiba teringatkan pula pesanan untuk membeli beras. Aku buat pusingan 'U' disimpang permulaan padang dalam taman ini. Terus sahaja aku menuju ke pangkal taman semula yang menempatkan pelbagai kedai dalam deretan rumah kedai yang semua pintu beroperasi. Untuk kedai runcit sahaja terdapatnya Kedai Dak Lim, 7E, Kedai Untie Minnie dan terkini dibuka adalah Speedmart.

Hadir membeli sehari selepas dibuka on 18/06/2023

Ni receipt-nya


Dan ini pula beras-nya


Aku memilih kedai paling latest dibuka iaitu Speedmart. Selain dari merasai suasana baru yang umumnya terlebih maklum, ber-air-cond., bersih dengan teratur susunan barangan yang diperaga dan tentu sekali berbeza dengan kedai runcit era lama yang tidak kemas, berterabur dan paling aku tidak sukai adalah tidak hygienic. Susunan tidak terurus, berbau hapak dengan barangan jualan ada yang bertebuk tikus tapi masih dibiarkan tidak berkemas adalah sebahagian ciri ciri kedai cina yang tidak ambil peduli untuk memoden menceriakan kedai mereka. Apa yang lebih mereka mahu adalah 'untung'. Peliknya, kebanyakkan orang kita seolah boleh 'get along' dengan situasi sedemikian. Kita ambil sikap tidak apa bila peniaganya orang asing, terutamanya orang cina. Tapi bila melibatkan orang kita, macam macam dikomplen. Maksudnya, apa sahaja yang dilakukan oleh orang cina ini kita perakui walaupun ianya amat bertentangan dengan 'keinginan' dan naluri kita terutamanya dalam bab kebersihan, keuntungan melampau dan mudah memaafkan dan tidak terus menyerang menyalahkan mereka ini hampir dalam semua aspeks. Kita menurut sahaja. Sifat opologetic yang tinggi dan pemaaf bangsa kita dimanipulasi semaksimum mungkin demi kepentingan mereka. Ini hakikat yang perlu kita telan dan perlu disempadani dengan jelas agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan.

Sepertimana biasa yang terlihatkan, pengunjung kedai baru ini adalah semuanya orang kita. Dari budak sekolahnya, makcik makcik dan pak haji yang baru keluar masjidpun singgah memeriahkan minggu pembukaan kedai. Seingat akulah, pada khamis lalu, ketika orang rumah singgah mendapatkan bahan pembuatan 'karipap-nya' setelah bergerak balik dari Pengkalan Samak, kedai Speedmart ini belum dibuka lagi. Mungkin hari Ahad(18/6) dirasmikan agaknya. Memangpun betul menurut cashier budak perempuan melayu setelah ditanya yang outlet Speedmart, yang ke berapa tidak pula aku ingin mengetahuinya, memaklumkan yang ianya dibuka secara rasminya pada 18/06/2023 bersamaan hari Ahad.

Apapun kehadiran satu lagi minimart yang serba moden dengan sistem pembayaran 'digital' memudahkan urusan transaksi pembelian. Tidak perlu lagi menyediakan wang tunai dan hanya sekadar 'paywave' sahaja diterminal. Menyokong dalam terpaksa. Malu rasanya pada diri sendiri kerana tidak mampu memberi peluang pekerjaan kepada golongan anak anak muda. Setidak tidaknya mereka berpenghasilan setiap bulan meneruskan kelangsungan hidup. Andailah satu outlet menyediakan peluang pekerjaan kepada bebudak lepasan SPM dalam 10 orang sahaja, bayangkanlah kalau seluruh negara dikalikan dengan 10 orang sahaja pastinya beribu jugalah jumlahnya.

Semoga akan adanya kesedaran dalam masyarakat kita untuk saling membantu menyediakan peluang pekerjaan demi kemakmuran ekonomi bangsa dan negara.

Thursday, June 22, 2023

Terawang awangan

20 JUNE 2023, 12:15

Terawang awangan

Begitu cepat masa bergerak. Sedar sedar kita sudah hampir sampai garisan ke-60. Bukanlah tidak perasan akan hal ini tapi sememangnya dan senantiasa disibukkan pula dengan perkara perkara yang pelbagai. Kesemua hal yang menimpa diri perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Maka semestinyalah perhatian dan tumpuan akan menjadi berbilang pula. Secara semulajadinya mana yang mendesak akan diberi keutamaan. Mana yang boleh ditangguhkan dan dilewatkan, barang tentunya akan ditangguhkan kekadang kalaulah tidak 'berkepentingan' ataupun less significant maka dilupai terus agaknya dan ianya kerap terjadi.

Hidup diteruskan...



Pun begitu perkara perkara yang bukannya menjadi main concern dalam hidup dan kehidupan memangnya menjadi faktor yang melengahkan kita untuk kekal fokus akan asal kita dilahirkan kedunia ini. Hal yang melekakan inilah yang banyak meragut masa berharga. Banyak perkara yang seharusnya dimasa muda lagi telah mantap akan segala ilmu kemahiran untuk hidup didunia serta ilmu bekalan ke akhirat nanti. Kita lebih rungsingkan penampilan diri. Rambut yang dahulunya hitam tebal berkilat kian memutih menipis lalu digelapkan kembali. Gigi yang putih rapat teratur yang mulai tanggal satu per satu seiringan usia kini dipalsukan menjadi seperti dahulu semasa muda. Sehinggakan diketika ini berhasrat agar diri kembali muda yang sendiripun tahu yang ianya mustahil untuk berlaku. Hanyalah kepura puraan menipu diri dan terbawa bawa dibuai masa lalu.

Malangnya, bekalan untuk pulang kekampung yang kekal abadi seolah tidak dipedulikan. Boleh senangkan hati berhibur menghabiskan sisa usia yang dipinjamkan kearah yang tidak bermanfaat. Namun bagi yang cepat tersedar dan mulai mencari cari sesuatu yang diredhaiNya, setidak tidaknya, dapatlah membawa bersamanya bekalan. Ini dari perseptif kita. Bagi Allah swt pula, bukanlah banyak mana amalan dilakukan semata tapi 'usaha' ikhtiar mencari redhaNya lebih dilihat dinilaikan.

Bagi yang religiously brought up, pastinya terlebih awal dan amat maklum akan ayat al-quran yang kedapatan di surah al-dhariyat pada ayat 51:56

٥٦وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴿٥٦﴾ الذاريات-٥١

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(Adz-Dzaariyaat 51:56) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark

Lebih perincian, rujuk tujuan-kehidupan-kita-di-dunia, moga tidak mengelirukan.

Walaupun begitu, taufik dan hidayahNyalah yang memungkinkan kita berada dilandasan yang sekarang ini dilalui. Dirasakan terlalu banyaknya kekurangan. Tiada kecukupan bekalan untuk dibawa 'pergi'. Aku masih sibuk memikirkan hal remeh tentang keduniaan. Bagaimana untuk menempuhi kehidupan dimasa mendatang. Sihat lagikah atau mungkin melepek dikatil menunggu kematian. Lebih amat memusatkan tumpuan kepada kekayaan duniawi, perbandingkan pencapaian sesama insan dan seolah bangga pula merasakan agak bernasib baik bilamana 'ujian' hidup yang ringan sahaja dihadapi.
 
Pernah aku luahkan sebelum ini yang memasing antara kita tidak akan bersamaan dugaan kehidupan. Batas waktu dan corak kehidupan yang memasing jalani agak berbeza antara sesama kita. Apa yang dilihat akan betapa sengsaranya penghidupan orang lain, tapi bagi yang menghadapinya menganggapnya sesuatu yang biasa sahaja. Pelik dan misteri. Banyak hal yang tidak tersangkakan boleh terjadi. Manakala 'kejadian' yang berlaku pula tidak pernah diramal terfikirkan benar benar terjadi. 

Perkara yang datangnya secara tiba tiba dan gelarkan 'kejutan' pasti akan membuatkan kita semua terpaku terpegun. Ilmu yang kita ada belum mampu untuk mengkaji menilai malah tidak setanding dengan yang dimiliki oleh sang pencipta kita.

Tapi, itulah kita, manusia memang mudah lupa dan perlu terus diperingatkan samada secara berlembut kekadang dengan keras dengan amaran siksaan. Anihnya respond yang diperbuat diperlaku oleh kita kerap tersasar. Kepelbagaian cara 'ujian' kehidupan ditimpakan perlu dinilai diteliti sehabis eloknya. Segala aspek perlu disentuh. Bukan boleh main tutuh sahaja. Pendekatan yang diambil perlukan pengetahuan yang betul lagi benar. Tidak boleh ikut logik akal semata. 

Ya Allah...berikanlah hambamu ini kekuatan dalam menempuhi setiap dugaan kehidupan. Ameen.

Sunday, June 11, 2023

Berusaha...berserah

11 JUNE 2023, 15:09


Berusaha...berserah


Hendak aku ulas pada hari kejadian akan perbualan penuh maksud dengan anak jiran pada khamis yang baru lalu tapi tidak berkesempatan disebabkan jadual aktiviti yang agak padat. Hari ini aku bercuti. Hari ini juga banyak hal yang perlu dan harus aku uruskan. Petang Ahad ni selepas makan tengahhari selepas membeli barangan keperluan dapur pada sebelah paginya sekitar 11:00am dan sebelum itu menunggui dan berbincang dengan budak Rauf yang mahir 'wiring' atas recommend rakan setugas untuk dia buat quotation pemasangan kipas angin diruang makan dan ruangan porch sebelum ke Mydin MITC.


Apapun kesempatan untuk aku 'merenung' sejenak akan hal ini bukanlah untuk membanding bandingkan tetapi sekadar meluahkan pandangan akan perihal yang menimpa akan mereka yang dilingkungan dalam menginsafi diri. 


Sebaik sampai didepan rumah sekitar 12:50pm, aku segera membuka pintu rumah dan mengangkut barangan keperluan dapur 'perishable' yang dibeli di Pengkalan Samak dan di PMEH, Umbai. Kedengaran anak jiran, Haziq, tengah 'kick-start' motor ditegur oleh orang rumah akan dirinya, 'kerja mana sekarang'. Pantas jawabnya, 'jabatan pendidikan'. Aku dari dalam rumah agak jelas mendengari, pembantu kantin kat jabatan, mungkin. Tapi orang rumah yang ketika itu ditepi Alza ketikanya sedang mengangkat barang ditangannya yang dicangking dari dalam kereta berupa sebungkus mata kuching dan suku belah tembikai mungkin agak tidak berapa  mendengarinya. Bila aku tanyainya kembali semasa didalam rumah sambil santai santai disofa, jawaban pasti dari penampilannya dengan berkasut hitam juga berseluar hitam pastinyalah bertugas sebagai 'security guard'. Pak Guard diistilahkan semasa era 80an dulu di ITM.


Tak orang tak kita. Bila diuji dikalangan kita yang konon katanya 'kuat', barulah hakikat yang sebenarnya akan diketahui potensi diri dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang silih berganti datangnya. Kita selalu diingatkan yang mana segala ujian yang ditimpa adalah kaedah untuk pertingkatkan lagi ketakwaan keimanan kepadaNya. Menghapuskan dosa yang 'mungkin' ada adalah perspektif keagamaan sebelum dijemput kembali ke kampung asal yang baqa. Namun tidak semua kita mampu bertindak 'accordingly' dengan redha akan ketentuan dariNya. Selalu sangat yang terlihatkan adalah yang berlawanan. Memberontak, kecewa mengesali nasib diri tidak seperti orang lain dan sehingga sanggup mengambil 'nyawa' sendiri sebagai jalan terakhir menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi.


Sememangnya aku bersimpati dengan 'ujian' yang perlu ditempuhi oleh Haziq sebagai anak tunggal lelaki dalam keluarga. Broken marriage semasa mereka 5 beradik ini masih dialam persekolahan tentu sekali memberi kesan yang pelbagai. Tidak terurus bilamana ayah mencari rezki sebagai pemandu lori rentas negeri yang jarang akan berada dirumah sedangkan dialah yang punyai hak penjagaan  lebih memburukkan situasi. Tidak tamat persekolahan akibat kekangan yang hadir tidak memungkinkan untuk mereka berlima berjaya mengikut saluran biasa iaitu ada sijil tamat SPM boleh memohon sebarang kerja yang bersesuaian. Hadap sahaja selagi mampu berpenghasilan dalam meniti usia remaja yang kontradik dengan rakan sebaya dikejiranan yang masih dalam perlindungan keluarga.


Begitupun, pengakhiran semua kita adalah bukan kita yang menentukan. Selagi nyawa dikandung badan maka selagi itulah ujian akan datang dan berganti berkadaran dengan kemampuan dan ketetapan dariNya. Tidak seorangpun, percayalah, yang akan terlepas dari ujian Allah.  


Berbangga dan bongkak atas 'sikit'-nya cabaran yang dihadapi seusai umur bukanlah bererti yang kita terabai dari 'radar' pemantauanNya. Ianya sekadar bertempoh yang tiada seorangpun yang tahu masa dan tempat sesuatu yang pasti terjadi terhadap diri.


Apa yang patut dipanjatkan kepadaNya adalah permohonan doa agar segala sesuatu itu dipermudahkan dan diakhiri dengan hisab yang ringan menuju pengakhiran kehidupan di alam fana ini. 

Tuesday, June 6, 2023

Amalan Ke syurga

Kecenderungan kearah yang menguntungkan amat jarang sekali buat diri yang biasa biasa ini  untuk tidak memberi perhatian. Rasanya sesuatu yang lumrah dan perkara sebegini sememangnya menjadi perhatian. Apa sahaja yang 'menguntungkan' jarang terlepas begitu sahaja.

Perkara perkara bersifat duniawi dan disaksikan sendiri pasti akan membuatkan semua kita teruja. Bilamana orang yang serba serbinya lebih rendah dari kita boleh berjaya lagi bergaya maka akan tercabarlah diri. Apa kurangnya aku dan apa lebihnya dia sehinggakan aku tertinggal kebelakang.

Namun seperti selalunya kita seolah tidak mampu atau sengaja tidak pula mahu mengaplikasi-kannya untuk tujuan ukhrawi. Aneh dipenglihatan mata dan tentulah lebih sukar untuk dimengertikan. Perkara kearah kebaikan dan terjamin menguntungkan di-alam sana dikesampingkan begitu sahaja. Tiada sedikitpun rasa kerugian malah mengganggapnya hal kecil sahaja. Bak kata orangpun, hanya jauhari sahaja-lah yang mengenal mengetahui manikam.

Rujuk, Amalan ke Syurga, yang diolah secara santai oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi tapi punyai impak yang cukup kuat.

Amalan Ringan Dijamin Syurga
=====
Terdapat beberapa amalan yang mudah, tetapi dijamin syurga oleh Allah dan Rasul. Berikut adalah diantaranya seperti
1. Membaca doa selepas wuduk
2. menjawab lafaz-lafaz Azan
3. Membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat
4. Memberi Salam ketika masuk rumah.
Semoga Allah membimbing kita

Kita tidak mampu menafsirkan sehabis bagusnya memandangkan insan adalah ciptaanNya. Pengetahuan kita terbatas dan berpandukan kepada apa yang dialami dan diketahui dari orang sebelum dari kita. Setakat itu sahaja. Kita tiada keistimewaan berbanding dengan nabi kita, Muhammad saw. Dengan keizinan dariNya, baginda memaklumkan kepada kita akan apa yang perlu dan harus kita perbuat. Keupayaan kita jauh lebih rendah dan tidak sebandingan pun dengan Junjungan besar kita.

Andailah kita kejap mematuhi mengikuti setiap yang 'diturunkan' sepertimana yang terkandung didalam 'mukjizat' paling besar keatas manusia iaitu Al-Quran, maka tidak mungkin segelintir dari kita sekarang ini sampai terpesong begitu jauh. Sebabnya segala pembalasan berupa kurniaan dan juga hukuman ditangguhkan ke suatu masa 'hadapan' yang akan pasti sampai.

Sehinggalah ke detik itu, tindak tanduk yang kita perbuat dirasakan betul dan memadai untuk diterima masuk ke Syurga-Nya. Macam yakin seyakin-yakinnya. 

Perlu kita semua ingat, segalanya berkemungkinan.

Maka perlulah kita menjadi Jauhari malah harus bagi membolehkan diri mampu mengenal dan berbuat yang sepatutnya menuju kampung yang 'kekal' nanti,

Harap dipermudahkan olehNya.