25 OCTOBER 2016, 21:36
Informasi yang kita terima yang datang dari segenap penjuru saban dan setiap hari kekadang terlepas dibawah arus sedar. Inggerisnya adalah 'threshold'. Perkataan ini terlalu kerap dituturkan oleh En. Hashim, lecturer Behavioural Science masa di tahun 2 mengikuti kursus BM51 - Diploma in Marketing(uk) dibawah School of Business. Teringat lagi orangnya yang mirip-mirip AR Badul dengan bergigi sederhana panjang macam Syed Keruak yang madang sahaja kena bahan dengan bloggers, yang lebih asyik menceritakan perihal keluarganya sebagai contoh menerangkan konsep-konsep yang diajarinya. Bukan sekali tapi sentiasa sangat. Cakap lebihpun tidak guna. Masa itu memasuki kelasnya sekadar mendengar celotehan dan memastikan kehadiran penuh adalah satu obligasi memandangkan coursemate batch July 1984 cuma seramai 13 orang sahaja. Penampilannya simple sangat. Berkasut kulit tanpa stokin adalah trademark yang membuatkan eyebrow terangkat melihatkan kepelikannya. Cakap orang putih slang America berabuk mengalahkan Graham Bridge, lecturer Marketing Communication yang didatangkan dari Australia. Maklumlah, dia ditaja oleh Mara untuk sambung belajar bagi lantikan pensyarah berkelayakan master. Kenangan di ITM mana mungkin boleh dilupakan sepanjang hayat ini.
Apapun, memperkatakan sesuatu yang ingin dicoretkan memangnya memerlukan daya ingatan yang cukup kuat dan kerelaan hati yang tanpa dipaksa-paksa untuk melakukannya. Sebenarnya agak lama jugalah hendak mengulas akan perkara tajuk ini tapi kesempatan masa yang melengahkan dan kadangkala tertunggak. Ikutkan hendak melupakan sahaja tapi semacam obligasi pula hendak menyudahkan. Masa sedang minum 'malam' dengan goreng pisang nangka panas yang dibeli beberapa sisir masa berpergian ke pasar pagi tadi, astro pulak tengah runningkan 'Ali Baba Bujang Lapok'. Layankan sahajalah. Bila tiba pada scene si Norsiah, bini Ali Baba mengucapkan salam pada birasnya, Aloyah, bini si Kasim Baba tergeraklah hendak mengulas. Filem keluaran dan telah ditayangkan ditahun 1961 ini dan terlampau kerap diulangsiar hingga hampir diketahui sudah jalan ceritanya. Kata orang, biar banyak kalipun dimainkan, ianya masih segar ditonton. Evergreenlah katanya. Pun begitu, aku melihat dari sudut pandang yang berbeza. Terperasan lama sudah akan penggunaan/penyebutan bahasa arab didalam dailog filem-filem 'klasik' sebegini. Sejauhmana dan semungkin manakah penonton berjaya untuk memahamkan setiap patah 'arab' yang diucapkan oleh para pelakon tiada pula diketahui secara 'definite' mahupun relative-nya. Tiada kajian khusus secara saintifik pernah dibuat. Teringat lagi aku ketika di tahun 1976 bilamana keluarga baru berkemampuan membeli tv hitam putih ketika itu bersaiz 24". Berkaki dan siap berpintu berkunci.Kira grand dan berbanggalah. Bermulalah jiran-jiran yang belum memiliki tv datang menjengah kekadang sampai habis bersiaran saban malam lagi. Kebanyakkan program tv adalah berbahasa inggeris. Dramanyalah, acara sukanlah dan dokumentari yang berbahasa inggeris semuanya. Kalau ikutkan kekerapan menonton dan mendengari hari-hari mungkin kebanyakkan orang melayu dikala itu sudah faham dan boleh bertutur sedikit sebanyak akan bahasa orang putih. Tapi ianya tidak sedemikian hakikatnya. Orang yang secara pasif menonton dan bergantung sepenuhnya pada sarikata atau 'subtitles' tidak kemana perginya. Pernah satu ketika masa reramai sedang nonton cerita perang, ketua platoon mengeluarkan arahan 'Fire... fire... fire' tapi diskrin diterjemahkan sebagai 'Api... api... api...', aku ketawa besar mengejek. Kehairanan melihat, salah seorang yang turut sama menonton spontanlah bertanya, ' Kenapa ketawa...'. Mungkin tidak mahu mengganggu mood menonton, aku cuma berselindung mengatakan, 'Tak ada apa-apa...'. Berada dalam situasi yang sama tapi berlainan pemahaman. Apalah yang hendak dihairankan sedangkan setiap orang tidak bersamaan dalam banyak aspeks kehidupan.
Melalui dailog yang diucapkan ianya membuka ruang untuk diperpanjangkan. Kita terbiasa menyebutkan, 'Assalamualaikum' tapi tidak pernah pula terlintas menyebut ataupun mendengarkan 'Assalamualaikunna'. Begitu jugalah dengan 'Assalamualaika, assalamualaiki, assalamualaikuma. Tidak pernahpun di Malaysia ini menyebutkan, 'assalamualaihu, assalamualaiha, assalamualaihum dan assalamualaihumma. Itu belum lagi, 'assalamualaini dan assalamualaina'. Tidak terbiasa dan tidak terlintas hendak menuturkan disebabkan mungkin tidak pernah terdengarkan sebelum ini. Tapi percubaan menggunakannya di dalam dialog untuk filem klasik sejak ditayangkan 55 tahun lalu benar-benar menguji. Dibawakan secara amat 'subtle' untuk dicerap penonton tapi tidak ramai yang berjaya membaca 'isyarat' yang mahu disampaikan.
Bagi yang tahu akan apa yang ingin diperkatakan, aku amat berterimakasihlah. Tapi biarlah aku huraikan dari sudut pengetahuan aku. Harap tidak mengelirukan tapi mudah diperjelaskan. Secara luarannya, ucapan salam ini membentuk satu ayat sempurna. Ada subject dan predicate yang berupa rangkaikata.
السلام عليكم.
السلامُ... سَلَمَ
على ... عَلَي +
كَمْ ... + عَلَى ... عليكم.
Sering diucapkan oleh semua muslim samada yang alim(tahu), yang tidak tahu makna sebenarnya atau sekadar sudah terbiasa menyebutnya. Malah yang bukan islampun kerap juga terdengar menyebutnya. Terjemahan yang meluas difahami adalah 'Salam sejahtera keatas kamu' or 'Peace be on you all' didalam bahasa inggerislah. Bila kerap ditutur dan diucapkan ianya akan dan telah sebati didalam diri. Mengetahuinya dan mampu menganalisa akan membuatkan ianya makin kejap. Tidak mudah digoyah atau menjadi pertikaian. Ini hal paling asas dan andai tidak berkemampuan secara menyeluruh memahaminya maka sukarlah. Sebutan 'kum' adalah antara 14 kata ganti-nama(pronoun) dalam bahasa arab. Kerap ianya disebut 'attached/possessive pronoun'. Fungsinya amat besar. Didalam al-quran ribuan kali akan dibaca bersekali dengan noun(katanama), verb(katakerja) dan preposition(katasendi). Pastinya pengertian akan berubah mengikut struktur ayat yang dibaca. Macam orang yang berhenti dilampu isyarat. Merah sepatutnyalah berhenti tapi adakalanya dibenarkan untuk terus bergerak. Maka amat perlukan pada ilmu. Exception dan exempted perlulah diketahui dan bukan main langgar sahaja. Sebab itulah banyak kejadian pelanggaran yang sepatutnya tidak berlaku tapi terjadi pula dipersimpangan lampu isyarat. Pelik dan hairankan.
Sebagai permulaan, pronoun yang dilampirkan mampu kita fahami sejelas-jelasnya demi memudahkan pembacaan.
Moga coretan ini dapat membuka hati untuk lebih mengenali al-quran dan mempraktikkan setiap yang dilafazkan.
Insya-Allah.
Informasi yang kita terima yang datang dari segenap penjuru saban dan setiap hari kekadang terlepas dibawah arus sedar. Inggerisnya adalah 'threshold'. Perkataan ini terlalu kerap dituturkan oleh En. Hashim, lecturer Behavioural Science masa di tahun 2 mengikuti kursus BM51 - Diploma in Marketing(uk) dibawah School of Business. Teringat lagi orangnya yang mirip-mirip AR Badul dengan bergigi sederhana panjang macam Syed Keruak yang madang sahaja kena bahan dengan bloggers, yang lebih asyik menceritakan perihal keluarganya sebagai contoh menerangkan konsep-konsep yang diajarinya. Bukan sekali tapi sentiasa sangat. Cakap lebihpun tidak guna. Masa itu memasuki kelasnya sekadar mendengar celotehan dan memastikan kehadiran penuh adalah satu obligasi memandangkan coursemate batch July 1984 cuma seramai 13 orang sahaja. Penampilannya simple sangat. Berkasut kulit tanpa stokin adalah trademark yang membuatkan eyebrow terangkat melihatkan kepelikannya. Cakap orang putih slang America berabuk mengalahkan Graham Bridge, lecturer Marketing Communication yang didatangkan dari Australia. Maklumlah, dia ditaja oleh Mara untuk sambung belajar bagi lantikan pensyarah berkelayakan master. Kenangan di ITM mana mungkin boleh dilupakan sepanjang hayat ini.
Assalamualaikunna...
السلامُ... سَلَمَ
على ... عَلَي +
كَمْ ... + عَلَى ... عليكم.
Kena hafal... penting ni |
Kerap muncul yang harus 'masak' untuk dihadamkan |
Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment