02 DECEMBER 2015, 00:08
Semasa hendak keluar rumah ke tempat kerja sekitar hampir ke 1:00 tengahhari, Selasa 01/12/2015, gatal pula jemari ini menekan menjengok SMS akan bilanya keputusan menduduki UKKM kerana telahpun sedia maklum yang keputusan akan dimaklumkan bermula dari 30/11/2015 sehinggalah 06//12/2015. Pihak mara akan memberitahu kepada mereka yang layak yang telah memohon dalam tempoh ditetapkan sehingga 27/11/2015 yang lalu untuk disaring ke MRSM. Selayaknyalah, sejak semalam lagi, medium sms menjadi tumpuan aku selain dari e-mail yang juga medium kedua penyaluran maklumat akan keputusan menduduki UKKM. Awal-awal lagi ketika mengisi permohonan secara online, pihak berkenaan telah memaklumkan akan perkhabaran akan dibuat via medium yang dimaksudkan. Ketepatan dan kepantasan penyaluran maklumat secara dalam talian mengikut tempoh yang tetapkan amat mengagumkan. Kesegeraan pemberitahuan keputusan memang dialu-alukan. Andailah cara lama digunakan iaitu melalui penghantaran surat, ada penerimanya akan mendapat awal dan mana yang duduk jauh diceruk negeri mungkin berhari-hari baru memperolehinya.Itupun kalau tiada yang tersilap hantar alamat lengkap. Kekadang tersilap nama jalan atau lorong sahaja memungkinkan 'perutusan' yang sebegini penting akan kembali ke alamat penghantar semula. Bukankah haru jadinya. Peluang akan tinggal sekadar peluang dan harapan yang tidak kunjung tiba. Mungkin telah lebih awal dilakukan pada tahun sebelum-sebelumnya yang selama ini tidak diketahui olehku. Maklumlah tiada wakil yang layak untuk memohon selepas keputusan UPSR mereka dari anak pertama sehinggalah yang ketiga.
Apa yang pasti peranan posmen seolah-olah telah diketepikan. Kenangan cepat sahaja menyelinap. Ingatanku meluru sahaja kemasa di awal 80an dahulu bilamana asyik tertanya-tanya pada Nenek yang senantiasa melepak di verandah saban hari ketika menunggu ketibaan surat kemasukan ke ITM 1984 dahulu. Telah diketahui sekitar ke pukul 11:00 pagi, deruman motosikal abang posmen akan kedengaran membuat penghantaran surat ke sekitar kampung ketika itu. Masa itu tidak melakukan sebarang kerja tetap. Routine aku masa itu, selepas bersarapan, melepak dengan 'noyang' berborak pasal zaman muda-mudanya dahulu. Berceritalah nenek aku akan apa sahaja yang dia ingat. Terhibur hati mendengarnya, namun sisi gelap dan cerita-cerita lain misalnya macammana dia berjaya 'tackle' Atuk Yasin menjadi isteri kedua terkunci rapi. Tidak diketahui sehingga hujung hayatnya sikitpun tidak diberitahunya. Berahsia sungguh dan mungkin hal ini terlalu peribadi sifatnya. Aku hormati pendiriannya dan tidak bertanyalah akan hal itu disessi bualan pagi ke mahupun petang atau malamnya selepas dari itu. Banyak masa aku ketika itu melayankan CD Compo yang merupakan sesuatu yang 'in-things'. Era Compact Disc mula berleluasa. Minat mengumpul piring hitam @ record telah berubah kepada koleksi CD pula. Antara keduanya banyak persamaan. Kebolehupayaan memainkan semula lagu yang digemari serta-merta menjadi asas pemilihan. Kaset serta kartridge memerlukan ketelitian untuk reverse 'tape' keawal sesuatu lagu. Amat merumitkan. Tidak aku gemari. Kekadang terlajak jauh terlepas dari awal 'track' lagu dan yang pastinya menyukarkan. Spoiled mood untuk mengulang dengar lagu yang sedap dipendengaran. Tidak seperti piring hitam yang kekadang sampai 5, 6 kali mengulang dengar dengan mengalihkan 'jarum' rekod keawal track lagu. Cepat dan pantas. Manakala kehadiran CD pula lebih memudahkan. Cuma tekan button 'repeat' di cd compo sahaja dan secara auto-nya lagu yang diinginkan akan kedengaran berkumandang. Andai malas hendak bangun pula, hanya menekan button 'repeat' di-remote control sahaja sudah memadai. Lebih canggih lagi, dengan memprogramkan diremote, sesuatu lagu itu boleh diulang dengar berulang-ulang kali sehinggalah kita sendiri mematikannya.
Jauh pula aku melalut. Mudahnya dibuai perasaan dan cepatnya mengelamun ke zaman dulu-dulu. Alhamdu lillah. Permohonan berjawab. Maknanya adalah harapan walaupun banyak lagi halangan yang perlu dilepasi. Tindakan selanjutnya adalah memilih tarikh dan tempat ujian yang pastinya akan segera aku buat secepat yang mungkin.

Via SMS @ 12:53(01/12/2015) |
Via E-mail @ 11:32(01/12/2015) |

No comments:
Post a Comment