18 NOVEMBER 2015, 10:36
'Debaran makin terasa...', kedengaran cikgu yang keluar dari bilik kelas berbual sesama guru, melintasi aku yang asyik membelek phone menyelusuri whatapps grp sekolah. Rasa macam pernah dengar 'tagline' ini. Ketika itu aku sedang duduk dibangku batu yang disumbangkan oleh KM Melaka terdahulu. Beliau telah menjadikan SKDDH sebagai sekolah angkat-nya semasa eranya menjadi ketua menteri Melaka. Kesannya amat memberangsangkan. Sekolah yang sebelum ini sekadar biasa-biasa sahaja telah dirangsangnya menjadi sekolah yang berprestasi kalau tidakpun berprestij. Segala kemudahan, segala kelebihan dan hampir segenap keperluan sekolah sedapat mungkin akan cuba beliau berikan. Dalam tempoh menjadi sekolah angkat-nya, ramai kalangan ibubapa berminat menghantar anak mereka belajar disekolah ini. Even mereka yang diluar kawasanpun berhajat memasukkan anak mereka kesekolah 'anak emas' Pak Ali ini. Akibatnya, kelas terpaksa dibesarkan. Dari 35 orang( yang ideal) meningkat ke 44 dan kekadang 45 untuk setiap kelas. Dan dari 4 kelas ada tahunnya menjadi lima kelas pula. Aman, Arif, Amanah, Afdal dan Azam.
Itu dulu.... tapi kini suasananya telah berubah. Guru besar era-nya telahpun bertukar kesekolah lain pada 2010 dan digantikan pula dengan Pn Hasmah bte Hitam. Sesuai dengan pembawaan namanya mungkin, selepas Pak Ali tidak lagi menyandang jawatan KM Melaka dan Pn. Hjh Nuraisah sebagai gurubesar sekolah telah bertukar ke sekolah lain, prestasi pelajar UPSRnya menjadi suram dan menunjukkan tanda-tanda kemalapan pula. Sedang leka scroll whatapps, terdengar suara cikgu pompuan berkumandang jelas melalui loud speaker dari 'Anjung Informasi', tempat bebudak tahun enam berkumpul sesama menunggu keputusan UPSR mereka yang bakal diumumkan. Dahulunya ianya adalah kantin sekolah tetapi telah diubah suaikan menjadi tapak perhimpunan untuk sebarang event. Tempat ceramah pun ya, tempat daftar pelajar dan bayar yuran sekolahpun ya dan macam-macam lagilah. Pendekkata 'Anjung Informasi' tempat serbaguna. Maka bergegaslah aku bangkit dari duduk melekap pada kerusi yang didermakan oleh KM dahulu. Mungkin, gurubesar sudah sampai dari jabatan agaknya.
Betul-lah tu debaran makin terasa. Sampai sahaja diperkarangan, rupa-rupanya, guru pembantu yang sedang berucap. Mungkin cuba mengurangkan tekanan dan meredakan keadaan memandangkan sudah terlalu lama sangat bebudak menunggu sejak 8:00 pagi lagi. Aku sendiri-pun sampai dalam 10:30 pagi walaupun menurut kata anak aku, yang keputusan bakal diumumkan dalam pukul 10 paginya. Sesampai disisi anjung informasi tu, aku tertinjau-tinjau akan si Yusree tapi tidak kelihatan dipandangan pasal semuanya nampak sama sahaja beruniform. Sudahnya aku beralih kebelakang dan duduk bertenggek ditembok batu berhampiran bangunan. Celotehnya meminta bebudak bersabar dan menyuruh senyap diam sementara dia memaklumkan beberapa maklumat penting buat pelajar-pelajar tahun enam dan secara tidak langsung juga untuk pengetahuan dan tindakan ibubapa yang semakin ramai berkerumun ditepi anjung informasi. Semasa duduk-duduk tu, terdengarlah cakap-cakap antara sesama mereka mempertikaikan kelewatan mengeluarkan slip keputusan. 'Tahun balik tahun, benda yang sama berlaku... lembab buat kerja.' keras bualannya bersama rakan disebelahnya. Bertubi-tubi kecamannya dilemparkan kepada pentadbiran sekolah dengan rakannya itu sebagai 'punching' bag-nya. Bisik hati aku pula, 'Bang hoiii..., bukan kau sahaja yang panas malah semua orang yang berdiri dibawah sinaran mentari hampir ke tengahhari ini-pun panas juga. Tapi cubalah control sikit. Orang lain boleh apa... takkanlah awak tak boleh'. Sempat juga aku snap candid photonya yang benar-benar menganggu mood orang lain yang berdebar menunggu. Cikgu yang berperanan menjadi penyelamat keadaan terus berceloteh yang tidak relevant buat ibu-bapa menyebabkan aku bergerak keluar dari himpunan ibubapa yang berdiri. Aku menuju lagi ke bangku batu untuk duduk melayan whatapps. Lat beberapa minit disitu, keluarlah beberapa guru perempuan dari bilik melintasi aku seraya berkata sesama mereka, 'debaran makin terasa...' dan diajuk kembali oleh rakan sesama guru sambil tertawa kecil. Akupun pantas mengekori dari belakang ke anjung informasi semula. Ibubapa sudah berpusu-pusu mendekati dan merapati hadangan anjung. Bila mike bertukar tangan, cepat sahaja Guru Besar memohon maaf kepada ibubapa dan anak muridnya yang menunggu sejak pukul 8:00 pagi lagi. Beliau maklumkan kelewatannya disebabkan ada acara rasmi di Jabatan dimana terpaksa menaiki pentas menerima penghargaan bagi pihak sekolah atas keputusan yang memberangsangkan. Sehabis dia bercakap bebudak semuanya bersorak sorai dan bertepuk tangan atas berita yang didengari mereka. Aku percaya didalam kegembiraan mendengar khabar pastinya ada yang gelisah, berdebar-debar menunggu keputusan masing-masing yang bakal diketahui sekejap nanti. Yang dijangka cemerlang, tentunya sibuk memikirkan dan bermonolog, 'dapat ke 5A... atau kurang ke...' dan yang tidak digantungkan harapan tentulah lebih tertekan, lebih gementar andai keputusannya sudahlah tiada A dan terbayangkan 'gagal' untuk semua kertas yang diduduki.
Tapi cikgu besar pandai control keadaan. Beliau dengan tenang mengingatkan semua pelajarnya yang akan menempuh cabaran yang lebih besar supaya menganggapkan keputusan yang diterima nanti bukanlah pengakhiran tapi permulaan yang lebih bermakna lagi. Sambil itu dia merujuk kepada whatapps yang telah menjadi viral sejak semalam lagi tentang menegaskan agar ibubapa memeluk anak mereka biarpun result yang diperolehi anak masing-masing tidak menepati kehendak mereka. Aku tetiba pula sayu hati mendengarkan nasihatnya itu. Bayangkanlah segala penat lelah menghantar setiap hari kesekolah, menghantar lagi ke tuisyen malam tanpa gagal walaupun lebatnya hujan tapi dibalas dengan result yang tidak seberapa dan jauh lagilah hendak dibanggakan. Mana ada ibubapa yang mengharapkan anak masing-masing gagal. Gila-lah kalau ada. Tidak dapat hendak dibayangkan perasaan mereka bila diberitahu akan berita kegagalan.
Saat diumumkan nama pelajar pertama oleh guru yang bertindak sebagai penyampai hebahan, semua orang senyap seketika. Tepukan gembira dan tahniah kedengaran bila pelajar pertama diumumkan mendapat 5A. Beliau seorang lelaki. Beruniform pengawas lagi dan mungkin telah diagakkan akan potensinya mendapatkan 5A itu. Siap disnapkan gambar bersama ibu atau bapa yang hadir menyaksikan event tersebut. Pelajar kedua dan ketiga yang kedua-duanya pelajar perempuan turut diulang akan hal yang sama. Sesama pelajar bertepuk, bergambar bergandingan dengan ibu atau bapa dan diarah berdiri di pentas sambil memegang kad bertuliskan '5A UPSR' dah semacam jambangan bunga buat penghargaan ataupun 'maskot' kejohanan bila berjaya merangkul emas. Pelajar ke- empat yang diumumkan lelaki pula kemudian perempuan dan seterusnya lelaki pula. Sudah semakin banyak nama disebutkan dan banyak masa diambil untuk mengumumkan satu demi satu sambil aku menjeling ke pentas dan perasaan makin gelisah pula jadinya. Sambil memujuk hati, aku berharapkan yang dia akan tersenarai dikalangan 24 pelajar yang mendapat 5A buat UPSR 2015. Dalam pada memerhatikan wajah ceria mereka yang berjaya dipentas, terdengar jelas cikgu mengumumkan nama 'AHMAD YUSREE BIN ZAINI' dengan diiringi tepukan. Spontan juga ketika selesai disebut, aku memanjatkan kesyukuran kepadaNya sambil meminta diberi laluan masuk berjabat tangan dengan GPK, Tuan Haji Hussin sambil angguk senyum dengan guru besar dan barisan guru-guru perempuan yang berada dibawah pentas. Berposinglah aku dengan anak serta diapit oleh GB dan GPK sebelum dirakamkan gambar oleh cikgu perempuan juga yang ditugaskan untuk mengambil gambar setiap murid sepanjang sessi penerimaan slip keputusan.
Perrghh, lega rasanya bila keputusan telah diketahui. Kalau lebih lama menanti tentulah makin gementar dan gemuruh perasaan jadinya. Selepas bergambar, bersalaman sekali lagi dengan GPK dan kembali berdiri didalam kelompok ibu dan bapa lainnya diluar sambil meraikan dan menepuki kejayaan anak-anak seangkatan dengan anak aku. Syarat sahaja. Tidak sampai lima minit lamanya berdiri dan panas kian terasa membahang kini walaupun masa belum diumumkan keputusan anak tidak pula aku hiraukan keadaan sekeliling, akupun perlahan-lahan beredar dan duduk dibangku yang didonatekan pula oleh seorang AJK PIBG yang punyai nama juga dikalangan ibubapa pelajar didepan bilik guru. Terlindung dari panas matahari dan terlindung pandangan serta pendengaran dari anjung informasi. Ketika sedang menyandar, aku cuba menghubungi orang rumah beberapa kali untuk menyampaikan berita gembira ini tapi setiap cubaan tidak berjawab. 'Seratus lebih pelajar yang perlu diumumkan satu per satu siap bergambar lagi,berapa lama lagikah perlu aku menunggu', gelengku sambil memerhatikan sekitar sekolah untuk memotretkan angle yang menarik diperhatian. Diawalnya telah dimaklumkan yang ibu dan bapa boleh membawa pulang anak masing-masing setelah selesai sessi penyampaian slip keputusan. Hendak tidak hendak maka kenalah menunggunya sehingga habis.
Lenguh duduk bersendirian sambil memerhati gelagat pelajar lain yang mundar mandir ke kantin serta pelajar kelas berbaris berjalan di koridor mengekori guru di tingkat 3 memasuki kelas, aku bingkas bangun menuju ke anjung informasi lagi. Kali ini dari sebelah pelajar lelaki duduk bersila. Lebih hampir dan lebih jelas mendengarkan cakap-cakap mereka sesama. Sempat juga aku rakamkan gelagat penerima slip keputusan yang terakhir. Suasana dia menerima slipnya itu amat jauh berbezanya dengan pelajar yang paling awal menerimanya. Tidak dihargai mungkin, tidak dihiraukan pun mungkin malah ketikanya bergambarpun terasa hambar. Ini hakikat yang harus diterima. Mereka yang berjaya disanjung dan yang gagal dilupakan. Resam dunia yang diterima secara 'dibawah sedar' dan tiada siapapun yang sanggup menyanggah hakikat ini.
Takdir seseorang tidak siapapun yang tahu. Gagal sekarang tidak bermakna akan gagal selamanya. Dan belum tentu lagi yang berjaya akan kekal berjaya seterusnya. Apa yang pasti tiada istilah 'putus asa' buat yang gagal dan jauhkan istilah 'leka' pula pada yang berjaya.

Mantan dah kini... |

Menjadi matlamat utama |

Menunggu penuh debar |
Cikgu perakam peristiwa |
Tapi cikgu besar pandai control keadaan. Beliau dengan tenang mengingatkan semua pelajarnya yang akan menempuh cabaran yang lebih besar supaya menganggapkan keputusan yang diterima nanti bukanlah pengakhiran tapi permulaan yang lebih bermakna lagi. Sambil itu dia merujuk kepada whatapps yang telah menjadi viral sejak semalam lagi tentang menegaskan agar ibubapa memeluk anak mereka biarpun result yang diperolehi anak masing-masing tidak menepati kehendak mereka. Aku tetiba pula sayu hati mendengarkan nasihatnya itu. Bayangkanlah segala penat lelah menghantar setiap hari kesekolah, menghantar lagi ke tuisyen malam tanpa gagal walaupun lebatnya hujan tapi dibalas dengan result yang tidak seberapa dan jauh lagilah hendak dibanggakan. Mana ada ibubapa yang mengharapkan anak masing-masing gagal. Gila-lah kalau ada. Tidak dapat hendak dibayangkan perasaan mereka bila diberitahu akan berita kegagalan.
Message yang di-viral-kan |
Comment yang mengiringi |
Cerita yang sama dari grup sekolah... |
Saat diumumkan nama pelajar pertama oleh guru yang bertindak sebagai penyampai hebahan, semua orang senyap seketika. Tepukan gembira dan tahniah kedengaran bila pelajar pertama diumumkan mendapat 5A. Beliau seorang lelaki. Beruniform pengawas lagi dan mungkin telah diagakkan akan potensinya mendapatkan 5A itu. Siap disnapkan gambar bersama ibu atau bapa yang hadir menyaksikan event tersebut. Pelajar kedua dan ketiga yang kedua-duanya pelajar perempuan turut diulang akan hal yang sama. Sesama pelajar bertepuk, bergambar bergandingan dengan ibu atau bapa dan diarah berdiri di pentas sambil memegang kad bertuliskan '5A UPSR' dah semacam jambangan bunga buat penghargaan ataupun 'maskot' kejohanan bila berjaya merangkul emas. Pelajar ke- empat yang diumumkan lelaki pula kemudian perempuan dan seterusnya lelaki pula. Sudah semakin banyak nama disebutkan dan banyak masa diambil untuk mengumumkan satu demi satu sambil aku menjeling ke pentas dan perasaan makin gelisah pula jadinya. Sambil memujuk hati, aku berharapkan yang dia akan tersenarai dikalangan 24 pelajar yang mendapat 5A buat UPSR 2015. Dalam pada memerhatikan wajah ceria mereka yang berjaya dipentas, terdengar jelas cikgu mengumumkan nama 'AHMAD YUSREE BIN ZAINI' dengan diiringi tepukan. Spontan juga ketika selesai disebut, aku memanjatkan kesyukuran kepadaNya sambil meminta diberi laluan masuk berjabat tangan dengan GPK, Tuan Haji Hussin sambil angguk senyum dengan guru besar dan barisan guru-guru perempuan yang berada dibawah pentas. Berposinglah aku dengan anak serta diapit oleh GB dan GPK sebelum dirakamkan gambar oleh cikgu perempuan juga yang ditugaskan untuk mengambil gambar setiap murid sepanjang sessi penerimaan slip keputusan.
Perrghh, lega rasanya bila keputusan telah diketahui. Kalau lebih lama menanti tentulah makin gementar dan gemuruh perasaan jadinya. Selepas bergambar, bersalaman sekali lagi dengan GPK dan kembali berdiri didalam kelompok ibu dan bapa lainnya diluar sambil meraikan dan menepuki kejayaan anak-anak seangkatan dengan anak aku. Syarat sahaja. Tidak sampai lima minit lamanya berdiri dan panas kian terasa membahang kini walaupun masa belum diumumkan keputusan anak tidak pula aku hiraukan keadaan sekeliling, akupun perlahan-lahan beredar dan duduk dibangku yang didonatekan pula oleh seorang AJK PIBG yang punyai nama juga dikalangan ibubapa pelajar didepan bilik guru. Terlindung dari panas matahari dan terlindung pandangan serta pendengaran dari anjung informasi. Ketika sedang menyandar, aku cuba menghubungi orang rumah beberapa kali untuk menyampaikan berita gembira ini tapi setiap cubaan tidak berjawab. 'Seratus lebih pelajar yang perlu diumumkan satu per satu siap bergambar lagi,berapa lama lagikah perlu aku menunggu', gelengku sambil memerhatikan sekitar sekolah untuk memotretkan angle yang menarik diperhatian. Diawalnya telah dimaklumkan yang ibu dan bapa boleh membawa pulang anak masing-masing setelah selesai sessi penyampaian slip keputusan. Hendak tidak hendak maka kenalah menunggunya sehingga habis.
Lenguh duduk bersendirian sambil memerhati gelagat pelajar lain yang mundar mandir ke kantin serta pelajar kelas berbaris berjalan di koridor mengekori guru di tingkat 3 memasuki kelas, aku bingkas bangun menuju ke anjung informasi lagi. Kali ini dari sebelah pelajar lelaki duduk bersila. Lebih hampir dan lebih jelas mendengarkan cakap-cakap mereka sesama. Sempat juga aku rakamkan gelagat penerima slip keputusan yang terakhir. Suasana dia menerima slipnya itu amat jauh berbezanya dengan pelajar yang paling awal menerimanya. Tidak dihargai mungkin, tidak dihiraukan pun mungkin malah ketikanya bergambarpun terasa hambar. Ini hakikat yang harus diterima. Mereka yang berjaya disanjung dan yang gagal dilupakan. Resam dunia yang diterima secara 'dibawah sedar' dan tiada siapapun yang sanggup menyanggah hakikat ini.
Takdir seseorang tidak siapapun yang tahu. Gagal sekarang tidak bermakna akan gagal selamanya. Dan belum tentu lagi yang berjaya akan kekal berjaya seterusnya. Apa yang pasti tiada istilah 'putus asa' buat yang gagal dan jauhkan istilah 'leka' pula pada yang berjaya.
No comments:
Post a Comment