Saturday, December 12, 2015

Sampai.. ke, simpan.

27 NOVEMBER 2015, 14:33
Ketika sedang tekun dan mungkin agaknya khusyuk mendengari khutbah yang disampaikan oleh trained imam, tetiba sahaja dia menyebutkan 'sampai' sedangkan apa yang aku baca kurang lebih 15 minit sebelumnya adalah 'simpan'. Kelainan cepat dirasai dan mana yang kurang, mudah rasa janggalnya. Itulah kelebihan buat mereka yang pernah 'melalui', mengalami serta merasai terlebih dahulu dari orang lain yang baru pertama kali berdepan dengan situasi itu. Budak imam atau mungkin pangkat adik yang tuanya rasa-rasa 3 ke 4 tahun sahaja lebih senior dari anak aku yang sulong, jauh lagilah hendak aku address-kan sebagai abang imam dan apatah lagi memanggilnya pak imam. Suaranya lantang dan bagai hendak cepat habis sahaja akan teks khutbah yang disampaikan. Tidak seperti imam hashim yang kalau membacakan khutbah seperti selalunya yang didengari amat gumalai bunyinya dan mampu melayukan mata para makmum yang mendengarinya. Dua situasi yang amat kontras. Yang muda lantang dan tergesa-gesa, maklumlah orang baru dan yang terlebih maklum terlalu slow pula dan mendatar suaranya, biasalah veteran katanya.

Aku tidaklah bermaksud mempertikaikan tapi sekadar menyatakan apa yang aku lihat dan dengari. Hakikatnya tidak semua orang punyai sifat yang sama, suara yang sama, apatah lagi pemahaman. Malah setiap dari kita adalah berbeza. Berbeza dari segi rupa paras, berbeza juga tentang keinginan dan tidak akan sama perwatakan masing-masing. Namun dalam hal yang ingin aku perkatakan ini, tersilap sebut akan membawa maksud yang lain pula. Kesilapan walau bagaimana berhati-hatinya kita, akan ada ketikanya terjadi juga. Kita insan biasa dan kesalahan, kesilapan, kekeliruan malah kealpaan didalam mengharungi kehidupan didunia ini tidak mampu dielakkan. Khutbah minggu ini bertajuk 'Kewajipan berzakat'. Inipun sebenarnya topik  kitar semula. Pernah aku dengari sebelum ini. Mungkin tajuknya berlainan dan susun atur ayatnya juga berbeza tapi initipati masih sama.

Peranan khutbah sudah semestinya menyebarluaskan maklumat kepada para makmum yang hadir. Banyak faktor perlu diambilkira didalam penyampaian setiap khutbah buat setiap minggu yang dirancangkan. Memanglah dan sendiri mengakui hakikatnya yang bukan semua yang kita rancangkan akan berjaya dan berhasil sepertimana yang diharapkan. Segalanya terpulang kepadaNya jua. Kesilapan yang sedikit cuma mampu menatijahkan kepada hal yang lain pula. Tidak beranilah hendak bercakap lebih dalam perkara yang menyentuhi firman Allah swt. Let's the experts didalam bidangnya yang mengulas. Aku hanya orang biasa-biasa yang tidak terjangkau dengan ilmu yang tidak seberapa ni. Walauapapun, dengan pemahaman bahasa arab aku yang masih ditahap beginner dan masih dibantu dengan terjemahan word per word didalam memahamkan setiap perkataan mahupun gabungan perkataan dalam konteks ayat. Kesilapan yang terjadi walau sikit sahaja amatlah dikesali dan lebih-lebih lagi dari insan yang dilantik sebagai pemimpin. Perception dari orang bawahan tentulah merasakan orang yang dipilih itu lebih bagus, bertauliah dan diiktiraf oleh pihak yang melantiknya. Barang tentulah bebas dari berbuat silap dan tahap kesempurnaan mungkin mencapai 100%. Apapun perkara sudah berlaku. Sepertimana yang aku pernah katakan, kesalahan dan kesilapan yang kita perbuat tidaklah sampai terhentinya dunia ini dari berputar. Baik ke, betul ke waima jahat atau kejamnya kita masa didunia ini, ianya akan tetap dan terus berputar sehinggalah kiamat menjelang tiba.


Sebelum mengakhiri khutbah, trained imam membacakan sebahagian ayat ke 34 dan keseluruhan ayat ke 35, surah At-Taubah sepertimana yang dilampirkan dibawah. Lancar sebutan arabnya dan tentu sekalilah beliau memahami maksudnya, bisik hatiku dan lantas membandingkan kemampuan aku yang terhad dimana vocab arab aku yakni perbendaharaan kata sangat sangat sedikit dan kurang familiar lagi. Kerap lupa dan terkeliru akan maknanya didalam bahasa melayu. Perlu lebih kerap membaca dan menulis untuk menambahkan keyakinan berbahasa arab. Tersentak pula diri bila dia membacakan terjemahan ayat-ayat yang diperdengarkan tadi sepertimana yang didalam teks khutbah yang didatangkan dari MAIM, terpacul perkataan 'sampai'. Didalam diri cepat pula bertelingkah. Aku mengagakkan dan kalau tidak silap, yang aku baca tadinya ialah 'simpan', macammana boleh bertukar ke 'sampai' pula. Tak mungkin aku yang silap, cuba meyakinkan diri. Mungkinkah adik imam ni yang tersasul sebut, bukan menyalahkan tapi terlepas cakap dan tidak perasan agaknya. It's okay. Tersilap dan tidak disengajakan bukankah adatnya manusia. Lagipun silap sikit ni, majoriti makmum tidak perasanpun.

Sampai... ke, simpan



Bagaimananpun, bagi memuaskan hati, aku membelek-belek kitab terjemahan yang menjadi milik peribadi. Dua naskah yang berlainan, satu diterbitkan di Malaysia dan satu lagi Tafsir Al Quraan terbitan dalam Bahasa Indonesia. Kata orang, 2 itu lebih baik dari 1. Often juga aku cuba membaca translation didalam bahasa inggeris demi melihat kupasan dari dimensi yang lain yang boleh sahaja didownload-kan. Apapun, baru kini aku perasan yang kata-kata terjemahan yang terdapat didalam teks khutbah sebijik-sebijik sama dengan 'Tafsir Pimpinan Al-Rahman(edisi jawi) yang aku miliki ini. Cross-check juga dengan meneliti terjemahan ayat al-quran lain dalam tajuk, 'Kewajipan Berzakat' dan didalam beberapa lagi teks khutbah yang sempat aku baca dan ternyata memang menepati apa yang terkandung didalam kitab tafsir. Mungkin ianya adalah rujukan rasmi buat pasukan penulis khutbah. Al-maklumlah, edisi yang aku miliki ini adalah cetakan ke enam(1983) yang diterbitkan oleh Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri yang mana kata-kata aluan oleh Tun Mahathir sendiri pada tahun 1983 yang ketika itu bergelar Dato' Seri. Lebih 30 tahun telah berlalu. Tentulah pelbagai penambahbaikkan telah dibuat sehingga kini keatas kitab tafsir yang menjadi rujukan utama dan rasmi pula. Entah cetakan ke berapakah sehingga sekarang ini tidaklah aku maklum.

Apapun, dari prakata team penyelaras yang dipilih, dikumpulkan dan diletakkan dibawah Pusat Islam sememangnya telah melakukan banyak penambahbaikan. Namun harapan yang dirakamkan diakhir Pra-kata amat menyentap perasaan bilamana mereka mengharapkan agar mudah mudahan kita semua senantiasa mempelajari, memahami, dan mengamalkan ajaran al-quran dan sunnah rasul, selagi hayat dikandung badan.


Insya-Allah @ If Allah wishes @ Jika Diizinkan Allah.

No comments: