Thursday, December 31, 2015

Rancangan khas...

17 DECEMBER 2015, 18:25

Jam sudah menghampiri ke 3:00 petang. Makanpun belum lagi ni. Tetiba ring-tone 'A. Ramlie - Terpikat' dari phone orang rumah yang sedang memasak berbunyi,'... ingin ku katakan... ingin ku jelaskan... rahsia terpendam dihatiku... tapi silu menyatakan...'. Obsess sungguh dengan lelagu A. Ramlie, aku membuat komen selari. Sehabis berbual di cellphone-nya itu, dia memaklumkan pihak sekolah menyuruhi datang mengambil surat kemasukan ke 'Rancangan Khas' dipejabat. 'Makan dulu, makan dulu... itu nanti abang uruskan' pantas sahaja aku memotong cakapnya. Macammana pula pihak sekolah boleh contact edah, aku pula menyoalnya kembali. Menurutnya lagi, ada satu hari, si Yusree membawa pulang borang untuk ibubapa mengisi butiran yang dikehendaki oleh pihak sekolah. 'Masa tu, ayah terlupa hendak isikan', katanya mengingatkan. Bila bebudak ada bersama, sebutan 'ayah' terpaksa dan perlu digunakan tapi kekadang terlepas juga 'abang'. Dulunya masa 'perkakas' masih kecil lagi dan tidak mengerti mungkin, sering juga mereka memanggil aku dengan sebutan 'abang' yang janggal dipendengaran. Mungkin juga selepas mama-nya berpesan dan mengingatkan mereka barulah selepas itu memanggil 'ayah'. Sekarang ini andai diaddresskan 'abang', bebudakpun sudah boleh menerimanya dan tidak mengelirukan lagi. Apapun, ayah ke atau abang ke yang diucapkan kini, ikut mana sempat, ianya bukan isu lagi.


A. Ramlie - Terpikat

Bila boleh makan ni..., gesaku dari ruang tamu sambil melihat whatapps dari grup rakan sekolah. 'Sudah hendak siap bang...,' laungnya dari dapur. Masa lepas mandi pagi, terperasankan beras basmathi ada setengah bag lagi. Cadangkan kat orang rumah buatkan 'nasi biryani' tengahhari nanti. Belikan apa yang kurang dikedai 'depan' untuk bahan perlunya selepas bersarapankan 'kodok' ikan bilis bercicahkan sos dan wedges pedas yang bebudak gemari. Semasa bersarapan itu, memang berselera mereka dan sebagai ayah puas rasanya melihat mereka berlima bersama bersarapan. Moment seperti ini jarang kedapatan. Hanyalah ketika cuti sekolah sahaja dapat berkumpul dan berbual santai bersama. Dalam pada melayan perasaan yang merasakan diri semakin meningkat usia ini(... apa pulak..., kan ke sudah memang tua dah kini... perasan muda le tu) tetiba sahaja terdengar orang memberi 'salam'. Seraya menjawab, aku bingkas bangun membuka pintu. Abang Yan datang dengan adiknya Wawa, sampai dari Shah Alam. Wah... langkah kanan ni, maklumku pada dua beradik ini. Pak Uda baru hendak makan ni... nasi biryani lagi. Gembira rasanya dapat menjamu anak buah yang datang dari jauh. Dirasakan jauh tapi hanya memerlukan sejam setengah sahaja untuk sampai. Zaman sudah berubah. Perjalanan semakin singkat dengan berkereta cuma. Jaringan jalan yang semakin menyelesakan malah memudahkan. Jauhnya perjalanan biasanya meletihkan tapi mereka berdua sampai ke rumah Pak Uda-nya ceria sahaja.

Rezeki orang tidak siapapun yang tahu tapi kita akan jelas memahaminya bila sesuatu itu telah terjadi. Seminggu sebelumnya, hari Ahad, Lina dengan Kak Long datang berkunjung. Menjemput beradab sanak saudara diMelaka ke majlis kahwin Lina pada awal Januari nanti. Bila ditanyai pasal ayahnya, jawab yang biasa didengar,'Ayah busy... bawak teksi... tak dapat cuti...', kata Lina berlawak. Masa itu 'pengantin' hendak sangat merasa ayam masak merah macam masa mak uda-nya buat masa majlis nikah Wawa pada pertengahan Disember 2014 lalu. Tapi menu tengahhari ketika itu adalah asam pedas ikan parang yang memangnya favourite aku. Mak Uda-nya pula rasa bersalah sebab tiada ayam di-fridge ketika itu. Itulah siapa boleh sangka. Orang lain yang hendak tapi orang lain pula yang dapat. Ini semua ketentuanNya. Kita sebenarnya tidak berdaya menentukan jadi atau tidaknya sesuatu itu. Niat hendak ke sekolah terpaksalah dibatalkan. Leka melayan anak buah sampai waktupun sudah lewat menghampiri asar pula.

Selepas anak buah bergerak pergi ke destinasi tujuan di Melaka, aku bersegeralah menyiapkan diri untuk bersembahyang Asar pula. Terasa cepat dan pantasnya masa berlalu. Orang rumah pula sedang leka membasuh pinggan didapur. Terpaksalah aku phyco memujuk dengan memaklumkan yang awal pagi esok akan kesekolah mengambil surat tawaran ke 'Rancangan Khas' itu dan kemudiannya terus ke SMK Bukit Katil membatalkan pendaftaran. Dia tertawa kecil bila aku membuat aksi spontan dengan mengajukkan cakap Pak Maon ketika adegannya hendak keluar mendengar ceramah kononnya.

Apapun, perkara sudahpun diketahui. Plan B sudah dimaklumkan. Sebelum pemberitahuan ke 'Rancangan Khas' risau jugalah diri ini. Alasannya, aku lambat membuat permohonan ke SBP yang tarikh tutupnya dua minggu awal dari tarikh keputusan UPSR dikeluarkan. Puncanya adalah kerana aku tidak terlalu meyakini yang si Yusree akan mampu mendapat 5A walaupun keputusan percubaan terakhirnya dia mendapat 5A. Over confidence boleh mematikan semangat. Aku tidaklah mahu melawan kehendakNya andai yang dicita dan diimpikan tidak menjadi. Jauh lagilah hendak pertikaikan kenapa anak aku hanya setakat itu sahaja atau lebih parah lagi persoalkan kejamnya 'takdir' yang ditimpakan seolah-olah tidak redha atas apa yang berlaku. Terlebihpun salah dan buat sambil lewa dan tidak kisah pula lagi tidak betul. Berusaha dan berikhtiar adalah tugas kita tapi hasil dan kesannya, kita pulanglah kepada KebijaksaanNya menentukan.

Sejujurnya matlamat ke MRSM adalah impian aku yang tidak kesampaian. Hampir 40 tahun ianya masih dipendamkan. Aku menduduki Penilaian Darjah Lima pada tahun 1975. Anak aku pula mengambil UPSR diketika berdarjah Enam yang setara pentingnya pada tahun ini. Harapan yang telah lama padam rasanya seolah-olah menghadirkan kembali harapan yang lama sudah dilupakan. Semoga dia mampu menyambung impian aku ke MRSM. Sekali lagi perlu aku akui dan terpaksa aku redhai andai kali inipun berakhir dengan kegagalan. Peluang hanya datang sekali. Tapi 'second chance' yang kini aku hadapi rasanya tidak sanggup untuk aku lepasinya begitu sahaja. Segala usaha telah aku lakukan. Satu-satunya permohonan adalah ke MRSM. Tiada tempat lain dihati seolah-olah aku telah 'locked target'.

Andai kata Plan A gagal, harap-harap Plan B beroleh...

Bertemu Tuan Pengetua

06 DECEMBER 2015, 12:19

Samada aku silap dengar atau dia yang silap sebut, hujung-hujungnya aku yang terkena. Màsa pagi minggu yang lalu, aku berkunjung ke gerai roti 'Pakcik Din' bak kata anak aku yang bongsu tu, tokey memaklumkan akan bercuti bulan 12 ke Kelantan menghadiri konvo anaknya. Masa bertemu ketika itu dan bila dekat menghampirinya, dia pantas bertanyakan, 'Semalam... pergi rumah latif bomba di bukit kecil?. Tidak ... pantas juga aku menjawabnya selepas sapaan salamnya aku balas. Aku nyatakan waktu itu yang Sabtu semalamnya aku bekerja. Kalau tidak memang berkesempatan berkunjung kerumahnya. Aku maklumkan juga yang kerja dibahagian 'retail' ni, susah hendak bercuti masa weekend. Kena plan betul-betul untuk bulan mendatang. Sebab itulah mana yang sempat aku akan hadir dan mana yang tidak tu bukan rezeki akulah hendak bertemu.

Masa sembang dengan Tuan Kamarudin ni, tangannya pantas menepek, menebar dan dimasa yang sama juga mencanai roti dikuali bersebelahan. Terpancar kemahiran hidup yang dipelajari dan diperolehinya masa mula mendapatkan identiti diusia mudanya dahulu. Ini pengakuannya bila dia benar-benar ingin memajukan diri setelah berputus harap merantau ke KL dan hala tujunya semacam kabur sahaja dimasa bujangnya dahulu. Ternyata, langkahan yang diambil biarpun perit diawalnya kini telah sekian lama membuahkan hasil dan selesa hidupnya. Bak kata pepatah lama, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya. Berkat kesungguhan serta kegigihan meniti, melayan, menempuh, menyerap dan bertindakbalas dengan rentak dan ragam kehidupan, akhirnya kehidupannya pada pandangan mata kasarku amat menyelesakan. Berita kejayaannya dapat dihidu satu persatu setiap kali menghampiri 'office'-nya berborak berbual sesama sementara orang rumah membuat pembayaran. Sebelum-sebelumnya dia seronok memaklumkan 'outing' bersama keluarga ke Penang seminggu lamanya dan ke Indonesia, Bali le, Bandung le atau kawasan peranginan di Sumatera juga hampir seminggu setiap destinasi katanya. 'Sayang tiket sudah tempah, rugi rasanya kalau batalkan', emphasizednya lagi bila aku tanyakan gerainya bertutup semasa singgah untuk bersarapan. Kali ini dan terkini dia sekeluarga ke Krabi pula. 'Wow, seronok tu...', komen spontan aku membuatkannya seperti tersenyum puas sambil tangannya pantas beraksi. Mungkinkah apa yang aku saksikan dan cerita yang didengari dari mulutnya sendiri ini dan setelah 'dihadamkan' menepati slogan, 'Usaha tangga Kejayaan'. Namun hal ini belum boleh cakap habis. Kita merancang dan hanya Dia sahajalah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Apapun, sebaik sahaja sampai di Duyung pagi ini, aku menyuruh orang rumah dan batu penimbangnya yang senantiasa mengekor masuk dahulu mendapatkan meja yang kosong. Manakala aku pula memarking dibahu jalan. Dia, dua beranak berhenti sambil memaklumkan yang Pokcik Din tidak berniaga. Memandangkan yang aku telah mematikan engine, masuk sahajalah bersarapan. Menonong sahaja mendapatkan mereka yang duduk dimeja dihujung sudut. Menu bertukar. Roti telor yang sudah macam didalam tekak terpaksa bertukar. Dari roti canai yang tak berniaga ke nasi lemak atau lontong yang kedua-duanya telah habis, akhirnya order-lah mee goreng 'mamak' yang teramat jauh berjarak dari menghampiri standard 'mamak'-nya. Spoiled, memang spoiled sarapan Ahad aku ini. Makanpun tidak habis. Ingatkan aku seorang sahaja, orang rumah juga tidak habis mee-nya. Yang berselera, Si Yaseer yang memilih nasi ayam sampai licin licau. Bebudak, apa sahaja menyelerakan. Sebelum bergerak keluar dari pasar, aku jengok-jengok juga whatapps grup yang aku terlibat. Geng grup sekolah, ZZ hantar post ajak sarap roti canai. Nan, the pengetua, respond mencadangkan ke Duyung. Member lain pula sent location-nya. Aku aktif membaca tapi jarang post-kan apa-apa kecuali ucapkan tahniah harijadi ke, tahniah naik pangkat ke atau ada geng yang terima menantu. Dalam hati berkata, '... kebetulan ni, aku hendak kesana bersarapan. Saja nak buat surprise...'.

1st - ZZ tergerak nakkan roti canai

2nd - Tn pengetua nak menemankan

3rd - tanyakan lokasi

4th - tak niaga le pulak...


Semasa menunggu 'order' sempat lagi jenguk whatapps. Info memaklumkan oleh rakan lain yang tokeh tidak berniaga, hadir konvo anak di kelantan. Baru jam itulah aku teringatkan rancangannya hendak kesana. Pastinyalah geng-geng tidak datang ke duyung bersarapan, agakku menyimpulkan. Semasa hendak bangun bergerak keluar, kelihatan 2 susuk tubuh yang dikenali. Terperanjat, terkejut dan tak sangka berjumpa didalam kedai makan. Selesai bersalaman, cepat sahaja aku tanyakan, 'Baru sampai ke...?' dan lanjutku lagi yang kami sudah hendak keluar. Nyata si Din botak(ZZ) pula, kami sudah lambai tangan, tapi kau tidak perasan. Nampak kau bergerak ke meja tadi. Jelaskan kat mereka yang aku betul-betul tidak perasan. Diluar kedai berbual sebentar sambil berdiri. Kesempatan berjumpa dengan tuan pengetua membuka ruang untuk aku bertanyakan peluang ke tingkatan 1 dibawah program 'Rancangan Khas'. Aku luahkan hasrat, tanpa banyak berlengah lagi, ingin menempatkan si Yusree di MHS. Mungkin agaknya selepas mendengar deretan alasan dengan beria-ia aku memaklumkan serta 'result' yang terlebih layak, dia memaklumkan,'Dah tentu bolehh... tiada masalah', sebaik aku habis cakap akan apa yang aku hendak cakapkan. Sambil-sambil berbual santai tu, aku selitkan lagi pasal hal anak aku, sesaja hendakkan kepastian. Sebelum ZZ dan Tuan Pengetua beredar selepas bersalam, dia mengingatkan agar datang ke pejabat esok ke atau bila ke. Ingatnya lagi supaya call dulu sebelum datang.

Alhamdu lillah, misi bertemu tn pengetua berhasil.

Yang dinanti... yang ditunggu

02 DECEMBER 2015, 00:08

Semasa hendak keluar rumah ke tempat kerja sekitar hampir ke 1:00 tengahhari, Selasa 01/12/2015, gatal pula jemari ini menekan menjengok SMS akan bilanya keputusan menduduki UKKM kerana telahpun sedia maklum yang keputusan akan dimaklumkan bermula dari 30/11/2015 sehinggalah 06//12/2015. Pihak mara akan memberitahu kepada mereka yang layak yang telah memohon dalam tempoh ditetapkan sehingga 27/11/2015 yang lalu untuk disaring ke MRSM. Selayaknyalah, sejak semalam lagi, medium sms menjadi tumpuan aku selain dari e-mail yang juga medium kedua penyaluran maklumat akan keputusan menduduki UKKM. Awal-awal lagi ketika mengisi permohonan secara online, pihak berkenaan telah memaklumkan akan perkhabaran akan dibuat via medium yang dimaksudkan. Ketepatan dan kepantasan penyaluran maklumat secara dalam talian mengikut tempoh yang tetapkan amat mengagumkan. Kesegeraan pemberitahuan keputusan memang dialu-alukan. Andailah cara lama digunakan iaitu melalui penghantaran surat, ada penerimanya akan mendapat awal dan mana yang duduk jauh diceruk negeri mungkin berhari-hari baru memperolehinya.Itupun kalau tiada yang tersilap hantar alamat lengkap. Kekadang tersilap nama jalan atau lorong sahaja memungkinkan 'perutusan' yang sebegini penting akan kembali ke alamat penghantar semula. Bukankah haru jadinya. Peluang akan tinggal sekadar peluang dan harapan yang tidak kunjung tiba. Mungkin telah lebih awal dilakukan pada tahun sebelum-sebelumnya yang selama ini tidak diketahui olehku. Maklumlah tiada wakil yang layak untuk memohon selepas keputusan UPSR mereka dari anak pertama sehinggalah yang ketiga.

Via SMS @ 12:53(01/12/2015)

Via E-mail @ 11:32(01/12/2015)


Apa yang pasti peranan posmen seolah-olah telah diketepikan. Kenangan cepat sahaja menyelinap. Ingatanku meluru sahaja kemasa di awal 80an dahulu bilamana asyik tertanya-tanya pada Nenek yang senantiasa melepak di verandah saban hari ketika menunggu ketibaan surat kemasukan ke ITM 1984 dahulu. Telah diketahui sekitar ke pukul 11:00 pagi, deruman motosikal abang posmen akan kedengaran membuat penghantaran surat ke sekitar kampung ketika itu. Masa itu tidak melakukan sebarang kerja tetap. Routine aku masa itu, selepas bersarapan, melepak dengan 'noyang' berborak pasal zaman muda-mudanya dahulu. Berceritalah nenek aku akan apa sahaja yang dia ingat. Terhibur hati mendengarnya, namun sisi gelap dan cerita-cerita lain misalnya macammana dia berjaya 'tackle' Atuk Yasin menjadi isteri kedua terkunci rapi. Tidak diketahui sehingga hujung hayatnya sikitpun tidak diberitahunya. Berahsia sungguh dan mungkin hal ini terlalu peribadi sifatnya. Aku hormati pendiriannya dan tidak bertanyalah akan hal itu disessi bualan pagi ke mahupun petang atau malamnya selepas dari itu. Banyak masa aku ketika itu melayankan CD Compo  yang merupakan sesuatu yang 'in-things'. Era Compact Disc mula berleluasa. Minat mengumpul piring hitam @ record telah berubah kepada koleksi CD pula. Antara keduanya banyak persamaan. Kebolehupayaan memainkan semula lagu yang digemari serta-merta menjadi asas pemilihan. Kaset serta kartridge memerlukan ketelitian untuk reverse 'tape' keawal sesuatu lagu. Amat merumitkan. Tidak aku gemari. Kekadang terlajak jauh terlepas dari awal 'track' lagu dan yang pastinya menyukarkan. Spoiled mood untuk mengulang dengar lagu yang sedap dipendengaran. Tidak seperti piring hitam yang kekadang sampai 5, 6 kali mengulang dengar dengan mengalihkan 'jarum' rekod keawal track lagu. Cepat dan pantas. Manakala kehadiran CD pula lebih memudahkan. Cuma tekan button 'repeat' di cd compo sahaja dan secara auto-nya lagu yang diinginkan akan kedengaran berkumandang. Andai malas hendak bangun pula, hanya menekan button 'repeat' di-remote control sahaja sudah memadai. Lebih canggih lagi, dengan memprogramkan diremote, sesuatu lagu itu boleh diulang dengar berulang-ulang kali sehinggalah kita sendiri mematikannya.

Jauh pula aku melalut. Mudahnya dibuai perasaan dan cepatnya mengelamun ke zaman dulu-dulu. Alhamdu lillah. Permohonan berjawab. Maknanya adalah harapan walaupun banyak lagi halangan yang perlu dilepasi. Tindakan selanjutnya adalah memilih tarikh dan tempat ujian yang pastinya akan segera aku buat secepat yang mungkin.

Friday, December 25, 2015

Debaran makin terasa...

18 NOVEMBER 2015, 10:36

'Debaran makin terasa...', kedengaran cikgu yang keluar dari bilik kelas berbual sesama guru, melintasi aku yang asyik membelek phone menyelusuri whatapps grp sekolah. Rasa macam pernah dengar 'tagline' ini. Ketika itu aku sedang duduk dibangku batu yang disumbangkan oleh KM Melaka terdahulu. Beliau telah menjadikan SKDDH sebagai sekolah angkat-nya semasa eranya menjadi ketua menteri Melaka. Kesannya amat memberangsangkan. Sekolah yang sebelum ini sekadar biasa-biasa sahaja telah dirangsangnya menjadi sekolah yang berprestasi kalau tidakpun berprestij. Segala kemudahan, segala kelebihan dan hampir segenap keperluan sekolah sedapat mungkin akan cuba beliau berikan. Dalam tempoh menjadi sekolah angkat-nya, ramai kalangan ibubapa berminat menghantar anak mereka belajar disekolah ini. Even mereka yang diluar kawasanpun berhajat memasukkan anak mereka kesekolah 'anak emas' Pak Ali ini. Akibatnya, kelas terpaksa dibesarkan. Dari 35 orang( yang ideal) meningkat ke 44 dan kekadang 45 untuk setiap kelas. Dan dari 4 kelas ada tahunnya menjadi lima kelas pula. Aman, Arif, Amanah, Afdal dan Azam.



Mantan dah kini...


Itu dulu.... tapi kini suasananya telah berubah. Guru besar era-nya telahpun bertukar kesekolah lain pada 2010 dan digantikan pula dengan Pn Hasmah bte Hitam. Sesuai dengan pembawaan namanya mungkin, selepas Pak Ali tidak lagi menyandang jawatan KM Melaka dan Pn. Hjh Nuraisah sebagai gurubesar sekolah telah bertukar ke sekolah lain, prestasi pelajar UPSRnya menjadi suram dan menunjukkan tanda-tanda kemalapan pula. Sedang leka scroll whatapps, terdengar suara cikgu pompuan berkumandang jelas melalui loud speaker dari 'Anjung Informasi', tempat bebudak tahun enam berkumpul sesama menunggu keputusan UPSR mereka yang bakal diumumkan. Dahulunya ianya adalah kantin sekolah tetapi telah diubah suaikan menjadi tapak perhimpunan untuk sebarang event. Tempat ceramah pun ya, tempat daftar pelajar dan bayar yuran sekolahpun ya dan macam-macam lagilah. Pendekkata 'Anjung Informasi' tempat serbaguna. Maka bergegaslah aku bangkit dari duduk melekap pada kerusi yang didermakan oleh KM dahulu. Mungkin, gurubesar sudah sampai dari jabatan agaknya.

Menjadi matlamat utama

Betul-lah tu debaran makin terasa. Sampai sahaja diperkarangan, rupa-rupanya, guru pembantu yang sedang berucap. Mungkin cuba mengurangkan tekanan dan meredakan keadaan memandangkan sudah terlalu lama sangat bebudak menunggu sejak 8:00 pagi lagi. Aku sendiri-pun sampai dalam 10:30 pagi walaupun menurut kata anak aku, yang keputusan bakal diumumkan dalam pukul 10 paginya. Sesampai disisi anjung informasi tu, aku tertinjau-tinjau akan si Yusree tapi tidak kelihatan dipandangan pasal semuanya nampak sama sahaja beruniform. Sudahnya aku beralih kebelakang dan duduk bertenggek ditembok batu berhampiran bangunan. Celotehnya meminta bebudak bersabar dan menyuruh senyap diam sementara dia memaklumkan beberapa maklumat penting buat pelajar-pelajar tahun enam dan secara tidak langsung juga untuk pengetahuan dan tindakan ibubapa yang semakin ramai berkerumun ditepi anjung informasi. Semasa duduk-duduk tu, terdengarlah cakap-cakap antara sesama mereka mempertikaikan kelewatan mengeluarkan slip keputusan. 'Tahun balik tahun, benda yang sama berlaku... lembab buat kerja.' keras bualannya bersama rakan disebelahnya. Bertubi-tubi kecamannya dilemparkan kepada pentadbiran sekolah dengan rakannya itu sebagai 'punching' bag-nya. Bisik hati aku pula, 'Bang hoiii..., bukan kau sahaja yang panas malah semua orang yang berdiri dibawah sinaran mentari hampir ke tengahhari ini-pun panas juga. Tapi cubalah control sikit. Orang lain boleh apa... takkanlah awak tak boleh'. Sempat juga aku snap candid photonya yang benar-benar menganggu mood orang lain yang berdebar menunggu. Cikgu yang berperanan menjadi penyelamat keadaan terus berceloteh yang tidak relevant buat ibu-bapa menyebabkan aku bergerak keluar dari himpunan ibubapa yang berdiri. Aku menuju lagi ke bangku batu untuk duduk melayan whatapps. Lat beberapa minit disitu, keluarlah beberapa guru perempuan dari bilik melintasi aku seraya berkata sesama mereka, 'debaran makin terasa...' dan diajuk kembali oleh rakan sesama guru sambil tertawa kecil. Akupun pantas mengekori dari belakang ke anjung informasi semula. Ibubapa sudah berpusu-pusu mendekati dan merapati hadangan anjung. Bila mike bertukar tangan, cepat sahaja Guru Besar memohon maaf kepada ibubapa dan anak muridnya yang menunggu sejak pukul 8:00 pagi lagi. Beliau maklumkan kelewatannya disebabkan ada acara rasmi di Jabatan dimana terpaksa menaiki pentas menerima penghargaan bagi pihak sekolah atas keputusan yang memberangsangkan. Sehabis dia bercakap bebudak semuanya bersorak sorai dan bertepuk tangan atas berita yang didengari mereka. Aku percaya didalam kegembiraan mendengar khabar pastinya ada yang gelisah, berdebar-debar menunggu keputusan masing-masing yang bakal diketahui sekejap nanti. Yang dijangka cemerlang, tentunya sibuk memikirkan dan bermonolog, 'dapat ke 5A... atau kurang ke...' dan yang tidak digantungkan harapan tentulah lebih tertekan, lebih gementar andai keputusannya sudahlah tiada A dan terbayangkan 'gagal' untuk semua kertas yang diduduki.

Menunggu penuh debar

Cikgu perakam peristiwa


Tapi cikgu besar pandai control keadaan. Beliau dengan tenang mengingatkan semua pelajarnya yang akan menempuh cabaran yang lebih besar supaya menganggapkan keputusan yang diterima nanti bukanlah pengakhiran tapi permulaan yang lebih bermakna lagi. Sambil itu dia merujuk kepada whatapps yang telah menjadi viral sejak semalam lagi tentang menegaskan agar ibubapa memeluk anak mereka biarpun result yang diperolehi anak masing-masing tidak menepati kehendak mereka. Aku tetiba pula sayu hati mendengarkan nasihatnya itu. Bayangkanlah segala penat lelah menghantar setiap hari kesekolah, menghantar lagi ke tuisyen malam tanpa gagal walaupun lebatnya hujan tapi dibalas dengan result yang tidak seberapa dan jauh lagilah hendak dibanggakan. Mana ada ibubapa yang mengharapkan anak masing-masing gagal. Gila-lah kalau ada. Tidak dapat hendak dibayangkan perasaan mereka bila diberitahu akan berita kegagalan.


Message yang di-viral-kan


Comment yang mengiringi

Cerita yang sama dari grup sekolah...


Saat diumumkan nama pelajar pertama oleh guru yang bertindak sebagai penyampai hebahan, semua orang senyap seketika. Tepukan gembira dan tahniah kedengaran bila pelajar pertama diumumkan mendapat 5A. Beliau seorang lelaki. Beruniform pengawas lagi dan mungkin telah diagakkan akan potensinya mendapatkan 5A itu. Siap disnapkan gambar bersama ibu atau bapa yang hadir menyaksikan event tersebut. Pelajar kedua dan ketiga yang kedua-duanya pelajar perempuan turut diulang akan hal yang sama. Sesama pelajar bertepuk, bergambar bergandingan dengan ibu atau bapa dan diarah berdiri di pentas sambil memegang kad bertuliskan '5A UPSR' dah semacam jambangan bunga buat penghargaan ataupun 'maskot' kejohanan bila berjaya merangkul emas. Pelajar ke- empat yang diumumkan lelaki pula kemudian perempuan dan seterusnya lelaki pula. Sudah semakin banyak nama disebutkan dan banyak masa diambil untuk mengumumkan satu demi satu sambil aku menjeling ke pentas dan perasaan makin gelisah pula jadinya. Sambil memujuk hati, aku berharapkan yang dia akan tersenarai dikalangan 24 pelajar yang mendapat 5A buat UPSR 2015. Dalam pada memerhatikan wajah ceria mereka yang berjaya dipentas, terdengar jelas cikgu mengumumkan nama 'AHMAD YUSREE BIN ZAINI' dengan diiringi tepukan. Spontan juga ketika selesai disebut, aku memanjatkan kesyukuran kepadaNya sambil meminta diberi laluan masuk berjabat tangan dengan GPK, Tuan Haji Hussin sambil angguk senyum dengan guru besar dan barisan guru-guru perempuan yang berada dibawah pentas. Berposinglah aku dengan anak serta diapit oleh GB dan GPK sebelum dirakamkan gambar oleh cikgu perempuan juga yang ditugaskan untuk  mengambil gambar setiap murid sepanjang sessi penerimaan slip keputusan.

Perrghh, lega rasanya bila keputusan telah diketahui. Kalau lebih lama menanti tentulah makin gementar dan gemuruh perasaan jadinya. Selepas bergambar, bersalaman sekali lagi dengan GPK dan kembali berdiri didalam kelompok ibu dan bapa lainnya diluar sambil meraikan dan menepuki kejayaan anak-anak seangkatan dengan anak aku. Syarat sahaja. Tidak sampai lima minit lamanya berdiri dan panas kian terasa membahang kini walaupun masa belum diumumkan keputusan anak tidak pula aku hiraukan keadaan sekeliling, akupun perlahan-lahan beredar dan duduk dibangku yang didonatekan pula oleh seorang AJK PIBG yang punyai nama juga dikalangan ibubapa pelajar didepan bilik guru. Terlindung dari panas matahari dan terlindung pandangan serta pendengaran dari anjung informasi. Ketika sedang menyandar, aku cuba menghubungi orang rumah beberapa kali untuk menyampaikan berita gembira ini tapi setiap cubaan tidak berjawab. 'Seratus lebih pelajar yang perlu diumumkan satu per satu siap bergambar lagi,berapa lama lagikah perlu aku menunggu', gelengku sambil memerhatikan sekitar sekolah untuk memotretkan angle yang menarik diperhatian. Diawalnya telah dimaklumkan yang ibu dan bapa boleh membawa pulang anak masing-masing setelah selesai sessi penyampaian slip keputusan. Hendak tidak hendak maka kenalah menunggunya sehingga habis.

Lenguh duduk bersendirian sambil memerhati gelagat pelajar lain yang mundar mandir ke kantin serta pelajar kelas berbaris berjalan di koridor mengekori guru di tingkat 3 memasuki kelas, aku bingkas bangun menuju ke anjung informasi lagi. Kali ini dari sebelah pelajar lelaki duduk bersila. Lebih hampir dan lebih jelas mendengarkan cakap-cakap mereka sesama. Sempat juga aku rakamkan gelagat penerima slip keputusan yang terakhir. Suasana dia menerima slipnya itu amat jauh berbezanya dengan pelajar yang paling awal menerimanya. Tidak dihargai mungkin, tidak dihiraukan pun mungkin malah ketikanya bergambarpun terasa hambar. Ini hakikat yang harus diterima. Mereka yang berjaya disanjung dan yang gagal dilupakan. Resam dunia yang diterima secara 'dibawah sedar' dan tiada siapapun yang sanggup menyanggah hakikat ini.

Takdir seseorang tidak siapapun yang tahu. Gagal sekarang tidak bermakna akan gagal selamanya. Dan belum tentu lagi yang berjaya akan kekal berjaya seterusnya. Apa yang pasti tiada istilah 'putus asa' buat yang gagal dan jauhkan istilah 'leka' pula pada yang berjaya.

Saturday, December 12, 2015

Sampai.. ke, simpan.

27 NOVEMBER 2015, 14:33
Ketika sedang tekun dan mungkin agaknya khusyuk mendengari khutbah yang disampaikan oleh trained imam, tetiba sahaja dia menyebutkan 'sampai' sedangkan apa yang aku baca kurang lebih 15 minit sebelumnya adalah 'simpan'. Kelainan cepat dirasai dan mana yang kurang, mudah rasa janggalnya. Itulah kelebihan buat mereka yang pernah 'melalui', mengalami serta merasai terlebih dahulu dari orang lain yang baru pertama kali berdepan dengan situasi itu. Budak imam atau mungkin pangkat adik yang tuanya rasa-rasa 3 ke 4 tahun sahaja lebih senior dari anak aku yang sulong, jauh lagilah hendak aku address-kan sebagai abang imam dan apatah lagi memanggilnya pak imam. Suaranya lantang dan bagai hendak cepat habis sahaja akan teks khutbah yang disampaikan. Tidak seperti imam hashim yang kalau membacakan khutbah seperti selalunya yang didengari amat gumalai bunyinya dan mampu melayukan mata para makmum yang mendengarinya. Dua situasi yang amat kontras. Yang muda lantang dan tergesa-gesa, maklumlah orang baru dan yang terlebih maklum terlalu slow pula dan mendatar suaranya, biasalah veteran katanya.

Aku tidaklah bermaksud mempertikaikan tapi sekadar menyatakan apa yang aku lihat dan dengari. Hakikatnya tidak semua orang punyai sifat yang sama, suara yang sama, apatah lagi pemahaman. Malah setiap dari kita adalah berbeza. Berbeza dari segi rupa paras, berbeza juga tentang keinginan dan tidak akan sama perwatakan masing-masing. Namun dalam hal yang ingin aku perkatakan ini, tersilap sebut akan membawa maksud yang lain pula. Kesilapan walau bagaimana berhati-hatinya kita, akan ada ketikanya terjadi juga. Kita insan biasa dan kesalahan, kesilapan, kekeliruan malah kealpaan didalam mengharungi kehidupan didunia ini tidak mampu dielakkan. Khutbah minggu ini bertajuk 'Kewajipan berzakat'. Inipun sebenarnya topik  kitar semula. Pernah aku dengari sebelum ini. Mungkin tajuknya berlainan dan susun atur ayatnya juga berbeza tapi initipati masih sama.

Peranan khutbah sudah semestinya menyebarluaskan maklumat kepada para makmum yang hadir. Banyak faktor perlu diambilkira didalam penyampaian setiap khutbah buat setiap minggu yang dirancangkan. Memanglah dan sendiri mengakui hakikatnya yang bukan semua yang kita rancangkan akan berjaya dan berhasil sepertimana yang diharapkan. Segalanya terpulang kepadaNya jua. Kesilapan yang sedikit cuma mampu menatijahkan kepada hal yang lain pula. Tidak beranilah hendak bercakap lebih dalam perkara yang menyentuhi firman Allah swt. Let's the experts didalam bidangnya yang mengulas. Aku hanya orang biasa-biasa yang tidak terjangkau dengan ilmu yang tidak seberapa ni. Walauapapun, dengan pemahaman bahasa arab aku yang masih ditahap beginner dan masih dibantu dengan terjemahan word per word didalam memahamkan setiap perkataan mahupun gabungan perkataan dalam konteks ayat. Kesilapan yang terjadi walau sikit sahaja amatlah dikesali dan lebih-lebih lagi dari insan yang dilantik sebagai pemimpin. Perception dari orang bawahan tentulah merasakan orang yang dipilih itu lebih bagus, bertauliah dan diiktiraf oleh pihak yang melantiknya. Barang tentulah bebas dari berbuat silap dan tahap kesempurnaan mungkin mencapai 100%. Apapun perkara sudah berlaku. Sepertimana yang aku pernah katakan, kesalahan dan kesilapan yang kita perbuat tidaklah sampai terhentinya dunia ini dari berputar. Baik ke, betul ke waima jahat atau kejamnya kita masa didunia ini, ianya akan tetap dan terus berputar sehinggalah kiamat menjelang tiba.


Sebelum mengakhiri khutbah, trained imam membacakan sebahagian ayat ke 34 dan keseluruhan ayat ke 35, surah At-Taubah sepertimana yang dilampirkan dibawah. Lancar sebutan arabnya dan tentu sekalilah beliau memahami maksudnya, bisik hatiku dan lantas membandingkan kemampuan aku yang terhad dimana vocab arab aku yakni perbendaharaan kata sangat sangat sedikit dan kurang familiar lagi. Kerap lupa dan terkeliru akan maknanya didalam bahasa melayu. Perlu lebih kerap membaca dan menulis untuk menambahkan keyakinan berbahasa arab. Tersentak pula diri bila dia membacakan terjemahan ayat-ayat yang diperdengarkan tadi sepertimana yang didalam teks khutbah yang didatangkan dari MAIM, terpacul perkataan 'sampai'. Didalam diri cepat pula bertelingkah. Aku mengagakkan dan kalau tidak silap, yang aku baca tadinya ialah 'simpan', macammana boleh bertukar ke 'sampai' pula. Tak mungkin aku yang silap, cuba meyakinkan diri. Mungkinkah adik imam ni yang tersasul sebut, bukan menyalahkan tapi terlepas cakap dan tidak perasan agaknya. It's okay. Tersilap dan tidak disengajakan bukankah adatnya manusia. Lagipun silap sikit ni, majoriti makmum tidak perasanpun.

Sampai... ke, simpan



Bagaimananpun, bagi memuaskan hati, aku membelek-belek kitab terjemahan yang menjadi milik peribadi. Dua naskah yang berlainan, satu diterbitkan di Malaysia dan satu lagi Tafsir Al Quraan terbitan dalam Bahasa Indonesia. Kata orang, 2 itu lebih baik dari 1. Often juga aku cuba membaca translation didalam bahasa inggeris demi melihat kupasan dari dimensi yang lain yang boleh sahaja didownload-kan. Apapun, baru kini aku perasan yang kata-kata terjemahan yang terdapat didalam teks khutbah sebijik-sebijik sama dengan 'Tafsir Pimpinan Al-Rahman(edisi jawi) yang aku miliki ini. Cross-check juga dengan meneliti terjemahan ayat al-quran lain dalam tajuk, 'Kewajipan Berzakat' dan didalam beberapa lagi teks khutbah yang sempat aku baca dan ternyata memang menepati apa yang terkandung didalam kitab tafsir. Mungkin ianya adalah rujukan rasmi buat pasukan penulis khutbah. Al-maklumlah, edisi yang aku miliki ini adalah cetakan ke enam(1983) yang diterbitkan oleh Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri yang mana kata-kata aluan oleh Tun Mahathir sendiri pada tahun 1983 yang ketika itu bergelar Dato' Seri. Lebih 30 tahun telah berlalu. Tentulah pelbagai penambahbaikkan telah dibuat sehingga kini keatas kitab tafsir yang menjadi rujukan utama dan rasmi pula. Entah cetakan ke berapakah sehingga sekarang ini tidaklah aku maklum.

Apapun, dari prakata team penyelaras yang dipilih, dikumpulkan dan diletakkan dibawah Pusat Islam sememangnya telah melakukan banyak penambahbaikan. Namun harapan yang dirakamkan diakhir Pra-kata amat menyentap perasaan bilamana mereka mengharapkan agar mudah mudahan kita semua senantiasa mempelajari, memahami, dan mengamalkan ajaran al-quran dan sunnah rasul, selagi hayat dikandung badan.


Insya-Allah @ If Allah wishes @ Jika Diizinkan Allah.

Thursday, December 10, 2015

Lempeng atau Pancake

Pagi ini, sambil duduk-duduk disofa menghadap tv menunggu si Yaseer yang masih dibilik air, orang rumah tanyakan hendak sarapan apa. Menurutnya lagi dalam nada lemahnya, dah tak tahu apa nak buat sarapan. Tanyakan... ada tepung, jawabnya pantas... ada. Melorot aje ideanya datang untuk buat kari daging bila aku gatal-gatal menyebutkan, 'buat aje pancake atau kampong cakap, lempeng, cecah sambal tumis ikan bilis, perghh!.' Gelak pula isteriku, bila aku sebut lempeng, penuh makna agaknya. Dia pula menerangkan untuk top-up dengan santan kotak yang dibeli semalam yang separuhnya telah digunakan untuk menu kuah lemak sawi putih dengan kepala ikan parang masak asam tengahhari semalam. Dia sendiri yang 'projecting' walau belum dibuatnya lagi, mesti sedap punya. Ok juga..., apa lagi bangun le dari mengadap tv pagi-pagi ni, aku pantas menegur. Program tv, bebudak buka cerita kartun tapi naik kebilik bermain PS2 yang abangnya beri kebenaran bermain sejak bermulanya cuti sekolah. Ketagih menjadi-jadi pula. Sekejap turun bawah sekejap kemudian naik balik. Dua beradik yang masih bersekolah rendah, darjah 2 dan darjah 6 yang telahpun menamati persekolahan masing-masing untuk tahun 2015 dan UPSRnya mendapat 'lesen' bermain PS2 abang-abang mereka. Jadi ikut turnlah bermain. Lepas abangnya, adiknya pula dan berulang-ulang dari sehari ke sehari. Aku kerap mengingatkan mereka, main boleh tapi jangan sampai melampau. Sedang tengok kosong program kartun yang aku sorang aje diruang tamu ni, tetiba lagu A.Ramlie pula berkumandang dari dapur. Orang rumah on-kan smartphonenya sebagai peneman memasak katanya. Jeritkan, 'alamat ada yang lambat sarap aku nanti...'. Pantas jawabnya, 'Aaa tak adalah, kojap aje edah siapkan.' Ok kita tengok nanti.

Alunan suara A. Ramlie yang sudah begitu familiar, memecah ketenangan pagi ini. Mata kat tv, telinga dengar lagu yang dinyanyikan oleh bekas laki Maria Ba'chok ni. Bila kita beri tumpuan mendengarkan kata-kata yang dilafazkan, baru kini aku terperasan yang hendak berpergian tu bukannya si lelaki, rupa-rupanya si pompuannya. Apa punya lagu ni. Malulah macam ini. Bila kat korusnya seolah-olah si Ramlie-lah yang hendak merantau. Ini macamlah baru jantan. Tinggalkan mak-we tu sementara biarkan dia merindui kita macam aku blah kl kejap, komen selari aku bila dia hendak bermanja dengan menyuruh aweknya dodoikan dengan 'lagu' favourite mereka danditambahi bila dengari korus lagu ini. 

SEBELUM INTAN PERGI
NYANYIKANLAH HAMBA...

AKU BERJABAT TANGAN
AKU RENUNG WAJAHMU
AIRMATA BERLINANG
GAMBARAN HATI

SEJARAH CINTA KITA
BELUM PERNAH TERJADI
KITA BERPISAH JAUH
OOH BEGINI LAMA

Tapi sudah tu, tetiba seperti menagih simpati pula si Ramlie ni menyebut,

SELAMAT PERGI SAYANG
HAMBA TETAP DOAKAN
JANGAN BERHATI BIMBANG
KUNANTI KAU PULANG

Ku Nanti Kau Pulang - A. Ramlie


Bila disebut, 'sebelum 'intan' pergi'... mulanya aku agakkan 'intan' tu merujuk kepada diri si-lelaki tapi bila silelaki ucapkan 'selamat pergi' barulah aku sedar dan maklum, yang mak-we-nya yang akan berangkat berpisah dan bukannya si-jantan. Jantan kelepeh betul-lah. Siapa le penulis lirik lagu ni. Biasanya si lelakilah yang merantau jauh mencari rezeki demi untuk masa depan bersama. Ini sudah terbalik kot. Yang perempuan pula yang berani dan merantau jauh. Kalau ikut situasi dari keseluruhan lagu ini, mungkin adegan ini berlaku dilapangan terbang ke atau di stesen kereta-api ke mahupun distesen bas. Siap suruh mak-we-nya dodoikan dengan lagu. Mahu dihempok aje jantan macam ni. Hendak romantik le pula. Tidak berkenan betul aku lagu macam ni. Apa boleh buat dah kisahnya macam tu. Bak kata P. Ramlee dalam 'Bujang Lapoknya', 'orang kalau dah bercinta, tak kenal dah antara botol kicap dengan botol cuka.' Moment perpisahan yang cuba digambarkan menerusi lirik lagu ini, mungkin sekitar tahun 70an dahulu dimana lagu ini diterbitkan, telah menunjukkan yang kaum wanita sudah mula lebih aggresif, menonjol keujudan mereka dan tidak mahu lagi dichopkan sebagai kaum yang lemah. Malah kaum lelaki pula yang lebih banyak bertolak ansur. Lama-lama silelaki pula kebelakang. 

Bayangkanlah peratusan mereka di menara gading telah melebihi lelaki sekitar 90an lagi sehinggalah kini. Apa sahaja bidang yang lelaki ada, perempuan lebih ramai. Teringat lagi masa menghantar Yusuf ke Politeknik Idris Shah di Sabak Bernam, katanya bilangan rakan sekursus, lelaki 19 tapi pompuan hampir 30. Lat tidak sampai sebulan dia bertukar ke Merlimau, pelajar lelaki cuma 7 orang aje dari 40 lebih student yang mengikuti kursus Elektrical yang kini sudah memasuki tahun akhir. Kursus electrical pun sudah ramai perempuan. Dahulunya di era pertengahan 80an semasa menuntut di ITM cuma beberapa kerat sahaja. Masa tu tidak ketara sangat bilangan mereka tapi tidak buat masa kini. 

Hantam sajalah ... labu.