Sunday, October 19, 2025

Perkemas dan tingkatkan pemahaman

Perkemas dan tingkatkan pemahaman

19/10/2025 18:35

Hari Ahad, lebih tepat lagi petang Deepavali buat kaum India yang didatangkan 'khas' dari Selatan India oleh pihak British ke Malaya masa itu, tengah getok mempersiapkan menyambut 'Perayaan Cahaya'-nya. Aku tidak perlu sibuk dengan budaya dan keagamaan mereka yang dianuti. Perasan dia orang ini, agamanya itu dapat memandu kehidupan disini dan selepas kematian nantinya. Biarlah mereka yang begitu meyakini 'Kepercayaan' membuat ulangan 'ritual' turun temurun. Ironinya,kita yang 'tuan' tanah ini kena hormat pulak.

Apa yang samanya dengan kita, masyarakat peribumi yang berkurun sudah anuti Islam, adalah persiapan menyambut hari 'keagamaan' memasing. Sesuatu yang dekat menyentuh hati adalah 'kepulangan' anak dari perantauan bertujuan menyambut hari 'mulia' dengan keluarga. Disamping itu, rumah perlu diperelok, dipercantik dan diperkemaskan semungkin yang boleh dan termampu. Makanan yang khusus untuk sambutan ini turut disiapkan untuk dinikmati bersama serta dikongsi dengan tetamu yang datang berziarah. Tidak lupa juga berpakaian serba baru dan terkini lagi dalam memeriahkan suasana.

Pada pandangan aku, perkara yang melingkari perayaan ini tidak dihayati dengan betul. Menganggapkan 'kejayaan kemenangan' berpuasa sebulan Ramadhan ini dengan kegembiraan yang melampau dan keterlaluan sehingga 'leka' akan hal hal yang perlu diutamakan. Sembahyang tiang agama. Bagi yang biasa biasa, selalunya menangguhkan sembahyang hingga ke hujung waktunya. Sedangkan 'konsep' berpuasa itu sendiri tidak dihayati sesempurnanya.

Balik Kampung

Song by Sudirman Arshad

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang

Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung ho ho ho
Balik kampung ho ho ho
Balik kampung
Hati girang

Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Ho ho ho balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Balik Kampung - Sudirman [Lirik Lagu].mp4

Tetiba aku terperangkap dalam kemeriahan 'Deepavali' ini. Anak yang baru sahaja mendaftar masuk sambung belajar di UiTM, Pasir Gudang pada 27/09/2025, telah menghubungi mama-nya untuk dijemput pulang. Alasan-nya 'universiti' bercuti untuk Deepavali nanti yang jatuhnya pada Isnin, 20/10/2025. Mengigal gigal hendak balik bercuti sebaik habis kelasnya pada Jumaat on 17/10/2025. Tahu sesangat akan siapa yang punyai 'soft' spot button. Orang rumah berjanjilah untuk datang jemput selepas beberapa kali hubungi sejak Isnin(13/10/2025).



                                                        Sudirman - Balik Kampong


Aku jenis tidak suka berbantah tanpa alasan. Lebih lebih lagi, dirinya berada jauh ditempat orang. Bagi memenuhi hasrat untuk pulang  merasai vibes pulang bercuti, aku terpaksa rela bersetuju. Aku sebolehnya tidak mahu hampakan permintaannya.


Layan kan ajer-lah...

Tuesday, September 23, 2025

RON95 at RM1.99

 

2025-09-23 06:18:23

Kecoh dibuatnya satu Malaya. Isu minyak turun rasanya sudah berlanjutan makan puluhan tahun. Namun masih terkial-kial laksanakan. Hendak mengelak ker apa. Siapa yang berjanji dan tentulah ada yang menuntut janji. Lumrahlah-kan.


Sejak sekian lama perkara ini dibincangkan dari jadi dan membawa ke tak jadinya kemudian bertangguh beralasan 'bagai'. Selepas bermacam sandiwara, akhirnya dijangkakan berkuatkuasa pada 30/09/2025 nanti ianya akan menjadi realiti.


Hebohnya macam nak kiamat dunia, walhal penurunan cuma RM0.06sen sahaja.


Rujuk berita ini, sah...RM1.99, yang tersiar semalam.


Moga hasrat yang dikhabarkan ini benar benar membawa 'kelegaan' kepada semua including aku juga. Risau pun ada. Maklumlah bila terlalu berkira dan berhati hati dalam melaksanakan 'isu' yang berpanjangan sebelum jadi PM dan kini telahpun bergelar PMX, pastinya ada 'catch' terselindung.


Di satu segi, memanglah pihak kerajaan perlu memikirkan kewajaran melakukan setiap tindakan agar tidak mendatangkan hal yang tidak elok kepada negara. Namun it's normal pada setengah setengah orang termasuklah aku untuk 'sceptical' atau rasa curiga.


Kalau hendak kata it's a save face move atau hendak jaga 'muka' bila beria-ia berjanji dahulu mungkin ia juga. Aku risaukan takut nanti ianya hanya untuk 'seketika' cuma.


Jangan kata aku tidak tunaikan janji. Nah, ini buktinya. Apa sahaja berkemungkinan. Sebagai goverment of the day, kalau hendak tarik balik pun boleh.


Segalanya berkemungkinan. Pasrah rela sahajalah kita. Sedarlah diri yang kita ni mentimun.

Saturday, September 20, 2025

Tak mengapa...never mind

Tak mengapa…never mind

Friday, 19 September 2025 12:54

Baru sampai rumah dari beli barangan dapor di Family store @ Melaka Mall. Pakai I-Sara. Sengaja dilewatkan dari bertembong bersesak dengan mereka yang sesama dapat ‘pemberian’ i-sara @ my kasih. Tak perlulah aku huraikan pasal hal ini. Everybody, of-course, well informed.

Setibanya aku di FS ini, aku tercari cari parkir yang kosong. Berhenti betul betul di laluan masuk ke premis Melaka Mall. Terpandanglah aku akan sepasang suami isteri yang cukup aku kenali melintas menyeberang laluan parkir ke dalam FS rasanya. Hendak sahaja aku ‘hon’ mereka berdua tapi aku membiarkan sahaja. Mungkin bila terserempak didalam bangunan nanti maka akan aku menegur mereka. 

Sangkaan aku tentulah mereka juga akan menegur bila melihat kelibat aku nanti. Malangnya apa yang aku sangka tidak berlaku. Bukanlah aku mahukan perhatian tapi sekadar bertegur sapa bertanya khabar. Ikut kepala aku, kalau orang tak mahu berkawan, mudah sahaja caranya iaitu kita jarakkan diri.

Apa guna hendak peningkan kepala. Setiap orang ada batas 'privacy' memasing. Mungkin dirasakan agaknya aku mahu terjah tidak sesuai masa. Mungkin juga. Andai kalau itulah pandangan mereka berdua, apa lagi yang patut aku perkatakan. Terima ajer lah.

Pasangan yang sedikit junior dari aku tapi sesama period keberadaan berkhidmat di Jaya Jusco Melaka di awal pembukaan pada 18/10/1991 sampai aku menamati kerjaya diusia ke-60 aku, tentu sahaja cukup mengenali aku. Malah aku mengenali mereka mungkin melebihi dari apa yang mereka rasakan. Dua anak perempuan mereka, Nurul Nabila(Kak Long) dan Nurul Nadiah(Kak Ngah) yang pernah bertugas dibawah jagaan aku di Hardline, selalu aku berseloroh bila mereka berdua ni 'not paying attention' bilamana aku brief staff sebelum memulai kerja. Aku stop briefing dan pandang tepat kearah mereka dengan berkata yang aku kenali bapa dan mama. Auto spontan, membuatkan mereka tersipu malu.

Malah beberapa bulan terdahulu, yakni pada 31 May, 2025, aku hadir ke majlis kahwin si Nadiah. Pengantin yang whatapps aku menjemput. Bersalaman lagi dengan mereka walaupun bukan mak pengantin yang menjemput.

ber-whatapps dengan Nadiah...tak tipu eeh



Rasa terkilan pastilah ada. Tapi itulah...hakikat kehidupan. Realiti sebegini kena hadap. Suka mahupun tidak.

Jangan sentap tak tentu pasal. Cekal dan 'move on'. Anggaplah ianya sebagai asam garam kehidupan.

Monday, September 15, 2025

Wow...makin canggih

Wow…makin canggih

Sunday, 14 September 2025 15:48

Tak kisah-lah, orang nak gelarkan aku tertinggal ‘bas’ ke, baru keluar gua ke atau apa sahaja ikut sedap mulut. Peduli apa aku. Bukannya aku harapkan ‘sesuatu’ dari mereka yang suka condemn orang lain tanpa melihat konteks dan situasi diri memasing.

Of-course, bagi diri aku-lah, sesuatu yang ‘baru’ dan pertama kali melihatnya adalah normal untuk re-act accordingly. Lebih lebih lagi ianya happen ditempat yang tidak aku jangkakan. Bukan juga mahu merendah meremehkan orang lain apatah lagi perlekehkan kemampuan mereka. Bukannya aku over reacted. Sekadar mahu meluahkan rasa ‘takjub’ akan pantasnya perubahan yang terjadi disekeliling atau dilingkaran aku.

Semalam selepas gantikan battery jam tangan aku, Gior Parragamo dan jam ‘kenangan’ Raymond Weil penghargaan Jaya Jusco(M) Berhad dan dijenama semula sebagai Aeon setelah 15 tahun berkhidmat di Aeon Ayer Keroh, aku  straight away ke Kedai Gunting Rambut Amoi kat Kandang. Bertujuan mahu berguntingan. Agar kelihatan ‘kemas’ dan bergaya tentunya untuk hadiri majlis convocation anak di UiTM, Shah Alam pada 17/09/2025…Insya-Allah.

Sesampai sahaja dikedai amoi ini, kelihatan dia yang sebaya usia dan pembantunya tengah duduk santai. Tiada customer ketika waktu menghampiri ke 3 petang. Selak pintu dan terus aku duduk dikerusi. Aku scan kelliling ketika duduk sambil maklumi Amoi tua tu agar gunting ‘pendek’ macam biasa. Mata aku terpandang tertumpu kat ‘something’ looks like a small radio with TnG emblem on it. Foc dari TnG ke, bertanya untuk dapatkan maklumat lanjut. Pantas dia menjawab bukan. Kena beli untuk payment via QR code. Ohh…camtu ya. Tidak perlulah aku tanyakan berapa kos-nya. Tak relevant langsung. Apa yang pasti perkhidmatan bergunting makin canggih dalam urusan pembayaran. No cash bertukar tangan.

Selesai berguntingan, aku maklumi dia yang aku hendak bayar guna TnG e-wallet. Dia angguk tanda setuju. Sebelum aku buat pindahan, tanya lagi akan fungsi alat yang macam radio kecil tu. Dia jelaskan yang selesai buat bayaran, ‘speaker’ di gadget tu akan keluarkan voice message memaklumi yang transaksi telah selesai. Sambil buka smartphone, berbual beritahunya yang even penjual makanan gerai tepi jalan pun sekarang ini ada terpampang card kekadang bersaiz A4 QR code buat pembeli scan via phone untuk buat bayaran. Bila aku hit confirm for ‘payment’, seketika kemudiannya, jelas kedengaran dari alat tersebut keluarkan suara walaupun dalam bahasa cina yang dapat aku agak beritahu peniaga yang transaksi pindahan wang telah selesai sempurna. Makna kata duit dah masuk dalam akaun bank pelanggan TnG.

Gambar pembuktian….
TnG e-wallet kat kedai gunting rambut

Deretan jam belongs to me

Tukar bateri sebelum menonong ke Kandang


Biarpun aku telah selalu buat pembayaran secara on-line guna MAE Maybank samada wave kat terminal pembayaran mahupun scan QR code,  juga untuk AMBank, CIMB dan BIMB via ‘Duit Now’, ianya something ‘new’ memudahkan tanpa guna wang. Isi jumlah yang perlu dibayar dan terus sentuh ‘confirm’ button kat phone. Tidak perlu lagi susah susah hendak kembalikan wang baki. Apa yang paling utama dalam akaun mestilah ada duit dan cukup untuk bayar pembelian yang dibuat. Tak perlu lagi bawa tunai banyak. Cukup dengan guna phone untuk bayar.

Beruntung orang sekarang ni, segalanya being cut short. Cara lama bayar guna wang akan perlahan lahan ‘pupus’ bilamana sistem makin stable dan selamat dari segala bentuk penipuan. Inilah dinamiknya perubahan yang kekadang sukar untuk menelah dengan pasti.

Sekali lagi, tidak kesah-lah orang nak kata apa-pun. Biarkan-lah. Apa yang aku pelajari dan ketahui masa zaman belajar dulu way back in 1984 - 1987, orang yang lewat gunapakai digelar ‘laggard’ dalam ‘bahasa’ marketing. Which meant dia yang mungkin ragu ragu dan sceptical akan sesuatu akan biarkan orang lain mendahuluinya. Ketinggalan dibelakang dalam bahasa mudahnya.

Tidak apa-lah, biar terlewat asal masih dapat alami kemajuan teknologi. 

Tuesday, September 2, 2025

Tergantungnya banyak persoalan, tidak berjawab


Tergantungnya banyak persoalan, tidak berjawab

Monday, 01-09-2025 @ 11:25pm




Entah kenapa akhir akhir ini terdapatnya pelbagai isu yang tentunya meresahkan namun tiadanya penyelesaian yang konkrit lagi tuntas. Keadaan sedemikian hanyalah menimbulkan lebih banyak pertanyaan. Apa sudah jadi. Siapa pula yang perlu meredakan kegelisahan semua orang dalam masyarakat kita.

Tidakkah pihak yang 'berkuasa' punyai segala akses maklumat untuk clear 'the air'. Ini tidak. Boleh lak berpusing pusing putarkan cerita yang tidak bersangkutan. Seharusnya fokus cari 'penjenayah'.

Apa yang rumit sangat ni. Benda berlaku dalam premis sekolah aje pun. Macam ada sesuatu yang mahu diselindungkan. Menutup kebenaran tanpa ada rasa bersalah dengan membuat pelbagai dakwaan yang menyimpang jauh dari perkara yang menjadi pertikaian 'pokok' amat dikesali.

Menyorok kebenaran dengan berbohong adalah sesuatu yang malang sifatnya. Termulanya berbohong akan berterusan berbohong sehinggalah 'kebenaran' disingkap terserlah. Bilamana hal sebegini berlaku, mana agaknya dia hendak sorokkan muka.

Kita nantikan 'result' inquest dan tamatnya perbicaraan pendakwaan. Jika ternyata dan memangnya ada pelaku maka segala pembohongan akan terbukti sebaliknya. 

Apa yang 'susah'-nya. Makin disorok-sorokan makin mulai memunculkan kebenaran.

Saat dimana tibanya nanti....errrmmmm, Malu besar...beb.

#JusticeForZara

Wednesday, August 27, 2025

Terasa janggal

Terasa janggal

Aug 26, 2025, 11:39 AM

Semalam, adalah dalam kurang lebih ke 5:45pm, aku bersantai di verandah. Bersilang kaki, kaki kanan atas kaki kiri disofa ‘antique’. Pandangan aku menghala keluar. Amat sunyi terasa. Tiadanya pergerakan kenderaan di jalan Bayan 7. Sebiji kereta mahupun motosikal yang melintas depan rumah.

Tidak seperti beberapa tahun yang telah berlalu. Petang lepas Zohor, ramailah bebudak berbasikal beriringan sesama ke sekolah agama terlihatkan. Begitu jugalah lepas habis sesi sekolah petang, berdedailah berlomba berbasikal di depan rumah balik ke rumah memasing. Manakala yang mengambil anaknya menonggang motosikal pun ramai. Meriah rasanya bila lepak petang petang di minggu persekolahan.

Namun pada petang semalam memang terasa amat ketara berbeza. Sunyi sepi. Tiada sebarang pergerakan kat atas jalan. Tetiba baru aku sedar, kemana pergi ‘bangla’ berjualan ais krim berkeliling taman dengan motor roda tiga macam era sebelum millinium. Lagu ‘Paddle Pop’ diulang ulang, membingitkan suasana petang, bergerak dari satu lorong ke lorong yang lain. Kekadang dua tiga kali pusing melintas didepan rumah. 

Patutpun dia tidak lalu lagi kerana biasanya rumah tepi 6 pintu sederet suka sangat beli. Anak anaknya yang ramai dalam 6 orang yang masih diusia sekolah itu tidak tidur petang rasanya. Riuh rendah dibuatnya. Berbasikal berlomba lomba berkeliling, kekadang menendang bola ditepi rumah dan bila dah naik ‘sheikh’ beralih diatas jalan didepan rumah aku. Risau pulak. Takut hal yang tidak elok berlaku. Hendak ditegur, takut ada pula - ibu atau bapanya - tersalah anggap. Tapi kalau dibiarkan, makin menjadi-jadi pulanya nanti. Serba salah dibuatnya.

Menambahkan lagi keriuhan suasana petang yang bagi akulah sepatutnya tenang sepi mendamaikan tidak akan pernah hadir. Apa tidaknya, bangla berjualan ais krim saban petang terlalak lalak dengan ‘Paddle Pop’-nya berkeliling didalam taman. Hampir setiap petang kecualilah jika mereka tiada dirumah akan menahan bangla membeli ais krim. Agaknya mungkin sudah ada pelanggan tetapnya maka selalulah dia melintas didepan rumah.

Rasanya sebulan lepas Raya Puasa, sekeluarga yang menyewa rumah tepi ini telah berpindah. Entahlah, tak tahu mana mereka berambus. Menyibuk hal orang, apa kejadahnya. Biarlah mereka dengan kehidupan mereka. Pening kepala memikirkan ‘nasib’ mereka tentunya tiada kesudahan. Diri sendirilah yang lebih harus dirungsingkan. Cukup-kah bekalan ke ‘sana’ nanti. Hal inilah yang patut aku utamakan. Tak gitu, Pak Abu.

Senyap sepi...dah pindah



Baru kini aku perasan mengapa dan kenapa si bangla penjual ais krim tidak lalu depan rumah. Lama jugalah tidak terlihatkan. Agaknya lepas beberapa minggu selepas keluarga penyewa mengosongkan rumah, ketiadaan pelanggan tetapnya ini, dia jarang dan mulai tidak berjualan di taman. Atau mungkin juga ada pihak - pihak yang komplen kehairanan akan kehadiran bangla berjualan kepada KPDN. Dah kena ‘sound’ agaknya. Mana kita tahu.

Apapun suasana tenang damai di petangnya hari, amat sesuailah buat aku bersantai 'healing - healing' menunggu maghrib.

Whatelse...to be done.

Sunday, August 17, 2025

Carta yang kena hafali

 





Aku ambil initiatif untuk 'paste' di coretan agar dalam masa selak menyelak nukilan nantinya bolehlah aku ingat ingatkan kembali 'wazan' perkataan arab. It's normal sebagai seorang insan biasa biasa ni tentunya mudah lupa lebih lebih lagilah akan perkara yang jarang diaplikasi dalam kehidupan seharian.

Lumrah manusia untuk mudah lupa. Satu cara memastikan ianya boleh kekal dingatan adalah dengan sering mengulang ulang sehinggalah ianya menjadi 'second' nature pada diri. Dalam masa yang sama, aku telah cetak dalam bentuk A4 dan juga A5, berwarna lagi sebagai rujukan pantas bila menelaah kitab 'grammar' arab yang dipelajari semasa iaitu 'Madina Arabic' dari Book 1 hingga Book 3. Disamping ianya menjadi induk pembelajaran bahasa Arab aku ini, buku buku lain yang berkaitan kerap aku rujuki juga sebagai 'variasi' dalam memahamkan sehabis baik. Explaination setiap buku adalah berbeza.

Kalau ikutkan masa yang telah aku untukkan kearah pemahaman bahasa dan matlamat akhirnya buat diri memahami isi kandungan al-quran via directly in Quranic Arabic selain terjemahan serta tafsir untuk permudahkan 'taddabur' yang merupakan matlamat akhir sudah berlanjutan belasan tahun lamanya.

Outcome sehingga 'detik' ini masih kurang jelas. Mungkin tidak bersungguh. Tidak fokus. Kerap bertangguh juga tidak serius adalah antara faktor yang melengahkan mencapai target. Biarpun begitu, aku tidak jemu jemu meneruskan ikhtiar dipenghujung usia aku ini.

Pencarian belum berakhir selagi mana belum menemui 'sesuatu' yang berharga yang dicari. Bila ketikanya, hanyalah masa yang menentukan.

Moga aku menjumpainya sebelum menutup mata. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Raheem, kau permudahkanlah usaha aku ini dan percepatkanlah buat aku memilikinya....Ameen.