Saturday, September 20, 2025

Tak mengapa...never mind

Tak mengapa…never mind

Friday, 19 September 2025 12:54

Baru sampai rumah dari beli barangan dapor di Family store @ Melaka Mall. Pakai I-Sara. Sengaja dilewatkan dari bertembong bersesak dengan mereka yang sesama dapat ‘pemberian’ i-sara @ my kasih. Tak perlulah aku huraikan pasal hal ini. Everybody, of-course, well informed.

Setibanya aku di FS ini, aku tercari cari parkir yang kosong. Berhenti betul betul di laluan masuk ke premis Melaka Mall. Terpandanglah aku akan sepasang suami isteri yang cukup aku kenali melintas menyeberang laluan parkir ke dalam FS rasanya. Hendak sahaja aku ‘hon’ mereka berdua tapi aku membiarkan sahaja. Mungkin bila terserempak didalam bangunan nanti maka akan aku menegur mereka. 

Sangkaan aku tentulah mereka juga akan menegur bila melihat kelibat aku nanti. Malangnya apa yang aku sangka tidak berlaku. Bukanlah aku mahukan perhatian tapi sekadar bertegur sapa bertanya khabar. Ikut kepala aku, kalau orang tak mahu berkawan, mudah sahaja caranya iaitu kita jarakkan diri.

Apa guna hendak peningkan kepala. Setiap orang ada batas 'privacy' memasing. Mungkin dirasakan agaknya aku mahu terjah tidak sesuai masa. Mungkin juga. Andai kalau itulah pandangan mereka berdua, apa lagi yang patut aku perkatakan. Terima ajer lah.

Pasangan yang sedikit junior dari aku tapi sesama period keberadaan berkhidmat di Jaya Jusco Melaka di awal pembukaan pada 18/10/1991 sampai aku menamati kerjaya diusia ke-60 aku, tentu sahaja cukup mengenali aku. Malah aku mengenali mereka mungkin melebihi dari apa yang mereka rasakan. Dua anak perempuan mereka, Nurul Nabila(Kak Long) dan Nurul Nadiah(Kak Ngah) yang pernah bertugas dibawah jagaan aku di Hardline, selalu aku berseloroh bila mereka berdua ni 'not paying attention' bilamana aku brief staff sebelum memulai kerja. Aku stop briefing dan pandang tepat kearah mereka dengan berkata yang aku kenali bapa dan mama. Auto spontan, membuatkan mereka tersipu malu.

Malah beberapa bulan terdahulu, yakni pada 31 May, 2025, aku hadir ke majlis kahwin si Nadiah. Pengantin yang whatapps aku menjemput. Bersalaman lagi dengan mereka walaupun bukan mak pengantin yang menjemput.

ber-whatapps dengan Nadiah...tak tipu eeh



Rasa terkilan pastilah ada. Tapi itulah...hakikat kehidupan. Realiti sebegini kena hadap. Suka mahupun tidak.

Jangan sentap tak tentu pasal. Cekal dan 'move on'. Anggaplah ianya sebagai asam garam kehidupan.

No comments: