Coretan peribadi tentang apa yang berlaku dilingkungan (Berpandukan pengalaman/pengamatan serta pengetahuan yang sedikit cuma)
Tuesday, March 14, 2023
Memikirkan yang tidak pasti(Diluar jangkaan)
Friday, March 3, 2023
Aku dan Lagu
Seingat akulah, pernah aku menghasilkan catatan tentang tajuk ini. Sudah banyak bulan aku cuba mencarinya didalam platform digital journal yang aku ada. Gagal menemui. Letih mencari. Tidak ingat dimana. Mungkin telah dipadamkan atau tidak tersengaja ianya hilang disebabkan pernah berlaku 'crash' pada komputer lama aku.
Bila diformatkan semula dan 'berhijrah' pula kepada komputer baru, mungkin ada file yang terlepas pandang dan dengan tidak tersengajanya ianya hilang tanpa disedari. Inilah kelemahannya bila tiada membuat back-up. Benda yang tidak tersangkakan berlaku dan tidak pernah terfikirkan untuk membuat salinan.
Apapun, ruangan ini adalah tempatnya untuk aku mencurahkan ulasan serta kaitan langsung mahupun tidak dan punyai 'sentimental' value pada diri akan sesuatu lagu yang didengari. Mungkin ianya sekadar biasa biasa sahaja bagi seseorang tapi bagi diri aku, ianya amat bermakna dan bersifat personal pula.
Kekadang perasaan dibuai rasa sedih dan sayu bila mendengarinya. Ada ketikanya boleh menghiburkan diri ketika lagu itu seiringan dengan peningkatan usia.
Tapi kini pandangan dan 'kritikan' berbeza terhadap lagu yang aku membesar bersamanya dahulu.
Memanglah suasana dan kehidupan dimasa dulu dan kini amat jauh ketaranya. Maka akan timbullah nostalgia yang mengamit kenangan yang dilalui.
Platform ini dan yang lainnya memang sengaja aku ujudkan menuju persaraan. Ianya menjadi wadah buat diri 'passing time' santai santai menulis di blog.
Priority-nya adalah buat menyibukkan diri agar tidaklah terperap terpaku tanpa membuat sesuatu. Hobi menulis yang aku mulai sejak dari tahun 1988 lagi yang ketika itu hanya di 'notebook' sahaja semacam dairy kehidupan berdikit dikit menjadi routine harian pula kini.
Segala macam cerita aku longgokkan. Menulisnya pula ketika itu mengikut kesesuaian masa. Rajin aku tulis panjang panjang. Kalau malas pula yang hadir, kekadang berminggu tidak bersentuh.
Berbalik pasal 'Aku dan Lagu' ini, aku diketika berdarjah lima lagi telah mulai berjinak jinak dengan 'rekod' atau piring hitam. Bermula dengan dibelikan record player, tidak lengah lagilah koleksi pring hitam mulai bertambah.
Malah lebih awal lagi aku telah dipengaruhi atas kerelaan diri mendengari siaran radio yang ada ketika itu. Lagu lagu 60an menjadi minat untuk didengari dipenghujung 60an dan awal 70an. Radio milik keluarga yang agak besar gedabak dijana tenaganya dengan 6 biji D size, seingat akulah, Eveready dengan grafik kucing hitam sedang melompat menerkam.
Diusia 5 ke 6 tahun ketika itu, sering menghampiri abang abang aku yang berjarak usia belasan tahun dan sudah dikira awal remaja mereka, berbual berborak dengan rakan sebaya mereka sambil mendengar siaran radio. Hasrat hanyalah hendak dengar lagu tapi sering tidak dibenarkan. Initiatif aku ambil agar tidak ketara sangat adalah dengan berada berjarak dari mereka tapi masih jelas dipendengaran akan siaran radio. Selalunya buatlah aktiviti seperti cabut rumput, peganglah apa apa benda seolah sedang melakukan sesuatu tapi hakikat sebenarnya telinga mencarak mendengar radio.
Keraplah kena buli dengan mereka. Budak kecik hendak tumpang dengan dengan budak dewasa bersembang tentulah tidak kena tidak sesuai. Selalu sahaja kena marah dan dihalau pergi.
Makanya, inilah ruangan untuk aku perkata persoalkan apa yang 'pelik' dan luarbiasanya serta yang berkait dan terkait dengan diri akan lagu lagu yang amat 'dekat' dengan diri.
Selamat mengikuti timeline aku.
Monday, February 27, 2023
Merenung Sejenak
27 February 2023, 08:06
Hari ini dan lebih tepat lagi, pada pagi ini, aku telahpun menghabiskan bacaan ayat ke-60 surah al-baqarah serta memahami akan segala perkataan yang dibacai itu. Mengingati serta memahami adalah 2 perkara yang berbeza. Dikala kita menyelongkar akan maksud erti sesuatu perkataan yang disebut dilafazkan dengan bantuan gadget sedia ada yang mana sememangnya banyak membantu aku dalam pembelajaran kendiri akan bahasa arab ini, pengekalan didalam minda pastinya menjadi hal yang terlebih penting. Sebolehnya aku mahukan 'method' yang sesuai dan mudah buat diri yang semakin menua kini. Its better late than never. Menyedari hakikat inilah maka pada tanggal 02/02/2023 yang lalu, bersempena dengan ulangtahun ke-59, aku membuat 'big' leap dengan hadir ke kelas bahasa arab pengenalan.
Kita bukanlah orang arab yang all the time bertutur bercakap berkomunikasi sesama. Matlamat terlebih utama aku didalam mempelajari akan bahasa arab ini adalah untuk mengetahui serta memahami akan isikandung al-quran yang dibaca kesekian lamanya. Istiqamah dan mengekalkan kekerapan dan berkeupayaan masa dan ruang yang ada dan dimiliki, harus aku pertingkatkan lagi. Seusia aku kini yang telahpun makin laju menghampiri ke lapisan ke-60 menjelang Februari 2024 harus aku manfaatkan semaksimum yang mungkin kearah 'perbaiki' diri. Kita sedar penghujung usia pasti akan sampai. Andai kita menoleh kebelakang dan merenung sedalam dalamnya akan peristiwa yang menimpa diri dan keatas orang sekeliling yang telahpun dijemput secara beradab yakni berperingkat peringkat dan juga yang secara mengejut dan tiba tiba tanpa sedar, seharusnya menginsafkan. Namun tahap pemahaman dan penerimaan seseorang akan setiap yang berlaku yang diperlihatkan olehNya berbeza.
Setelah 'mampu' memahami seadanya sehinggalah ayat ke-60 ini, dirasakan makin banyak perkara yang 'diperkatakan' menerusi lafaz bacaan serta pemahaman akan 'dailog' Allah swt terhadap junjungan besar kita membuatkan aku makin sedar diri. Dahulunya, baca sekadar melafazkan sebutan serta pemahaman keatas setiap apa yang dibaca itu amat terbatas sekali. Mungkin atas limpah kurniaanNya, sedikit sedikit aku mulai mengerti. Amatlah diharapkan yang aku dipermudahkan didalam mencungkil mengali akan maksud yang tersurat dan juga yang tersirat. Kemampuan seseorang memang dibatasi oleh tahap keupayaan memasing. Begitupun, perlulah juga bagi setiap kita untuk punyai keazaman serta kesungguhan.
Insya-Allah. Moga aku diberi kekuatan ketabahan mengharungi segalanya menuju penghujung hayat.
Tuesday, February 14, 2023
Mungkir dalam bercinta
Kalau Ku Bayangkan - J. Mizan
Monday, February 6, 2023
Runsing yang mendatangi diri
Thursday, February 2, 2023
59 tahun, tinggal setahun sahaja lagi...
2/2/2023 10:12
Tidak tahun macammana hendak mulakan. Termenung panjang aku didepan desktop. Kali ini dan ketika ini aku mencoret kisah kehidupan aku di platform idailydairy. Satu platform e-journal yang aku ujudkan lebih awal dari Dairo di Hp Slater, Samsung Tab A6(2016) dan Acer Chromebook. Digital journal yang kesemuanya ini aktif dan berselang menurut keselesaan aku sememangnya menjadi medan buat diri menukilkan sesuatu yang membekas kepada kehidupan semasa aku. Pun begitu, lebih kerap aku berkarya di Dairo. Mudah dan bebas dilakukan dimana mana. Mobile gadget yang aku miliki ini menjadi teman merakam kisah kehidupan.
Namun pada kali ini, aku yang terkedu. Sedar tidak sedar, usia bertambah setahun lagi mendekati menginjaki saat dan detik penamatnya. Tetiba menjadi takut dan rasa terlalu banyak kekurangan berbanding dengan orang lain. Sejak semalam lagi diplatform ini, aku meluahkan kebimbangan. Kudrat yang makin melemah, pandangan yang mulai perlahan lahan kabur, rambut yang hampir keseluruhannya memutih, kulit yang mulai jelas kekedutan dan dengan langkahan yang tidak secergas sepantas semasa diusia muda dahulu amat mengganggu fikiran. Kusut jadinya. Mengakui realiti sememangnya menyedarkan diri. Mana mungkin mampu menipu diri sedangkan petanda ketuaan diri nyata dipamirkan tanpa mampu diselindungkan penuh jaya didalam segala segi.
Untuk hari ulangtahun kelahiran aku ini, cuba manjakan diri berbaringan selepas melakukan routine harian setiap pagi menyampaikan ke 10:30 pagi. Ditambahi pula dengan kedinginan pagi yang agak ketara sejak awal Januari lagi dimana disesetengah tempat di pantai timur dan Johor mengalami hujan berterusan. Hawa sejuk agak melampau yang dialami ini seolah mengajak aku turut bermalasan pagi ini. Kebetulan pula tanpa direncanakan, Khamis adalah hari 'off' aku. Berkongsi tarikh 'off' dan ulangtahun kelahiran tentulah amat aku alu-alukan. Mana hendak dapat. Seolah 'pemberian' paling istimewa buat diri. Biarpun tiada sambutan meriah sepertimana lazimnya buat mereka yang sedikit kebaratan dengan potong kek dan meniup lilin dan jauh sekalilah untuk mengadakan 'parti' macam Al-Mas'od Al-Buaya mengharapkan hadiah bagai.
Aku ada perancangan aku sendiri. Entahlah. Tapi pada minggu yang lalu, lebih tepat lagi Jumaat(27/01), ketikanya aku klik fb icon dan menyelusuri sisipan yang kedapatan didalamnya, aku terhenti sejenak pada artikel "Pengajian Arab Al-Aula'. Membaca maklumat yang terkandung dan ditambahi pula dengan menjemput hadir ke kelas pengenalan 'percuma' pada 02/02/2023 @ 2:30pm maka laju sahaja aku klik link whatApps. Sudah pre-set 'Helo! Boleh saya dapatkan maklumat lanjut tentang ini?. Tidak perlu hendak taip atau fikirkan apa yang hendak ditanyakan. Semuanya telah tersedia. Cuma perlu klik preset message-nya sahaja. Klikan itu seperti tertera di smartphone adalah pada pukul 11:47am. Pada 12:05pm sudah dapat balasannya. Ianya juga telah dipreset. Marketing secara online yang tiada sebelum ini dan kini aku sendiri alaminya. Ingat lagi pada pertengahan 80an tatkala ikuti pengajian 'pemasaran', ada kedapatan juga topik tentang information technology tapi ketika itu lebih kepada tele-marketing. Socmed belum ketahuan apatah lagi kedengaran. Kini segalanya lebih pantas dan kos kendalian jauh lebih murah dan cekap.
![]() |
| Promo via FB yang sering muncul |
![]() |
| First move... |
![]() |
| Timing yang bertepatan |
![]() |
| Rasminya...aku join kelas |
Apa yang membuatkan aku ingin sangat dan benar benar teruja mengikutinya adalah hari dimana kelas diadakan. Khamis bertepatan dengan cuti mingguan aku. Maknanya tiada kekangan. Antara mahu dengan tidak sahaja untuk mengikutinya. Mungkinkah hari Jumaat menjelang ulangtahun ke 59 dan penghulu minggu menjadi asbab untuk aku makin lebih gigih beristiqamah terhadap pembelajaran kendiri akan Bahasa Arab yang telah menjangkau lebih dari 10 tahun lamanya sejak 2010. Aku tidak teragak agak. Macam disuruh suruh dan diajak ajak untuk libatkan diri. Terus sahaja aku memaklumkn yang aku ingin turut serta 'kelas' percubaan yang akan diadakan pada tarikh yang amat bermakna dalam hidup aku iaitu 02/02.
Diharapkan pada petangnya nanti, apa yang aku hajati ini mungkin tercapai terlaksanakan. Permulaan perjalanan menuju ke-60 dengan langkahan yang moga moga tepat lagi diberkati olehNya. Segala sesuatu adalah atas kehendakNya jua. Namun keterujaan aku dan betapa begitu mudahnya aku menginjaki lorongan yang dihamparkan ini tanpa sebarang keraguan menjadi asbab buat diriuntuk makin mendekati kearah pedoman yang telah diutuskan kepada nabi besar kita, Muhammad saw dengan pemahaman yang kejap dan mantap.
Sememangnya aku memerlukan seorang 'guru' yang atas kehendakNya jualah memudahkan diri melepasi halangan pertama iaitu memahami asas tatabahasa dan makna setiap kata yang diucapkan. Belajar bersendirian dengan bantuan teknologi yang terkini amat memudahkan namun bila tiadanya pemantauan dan oleh mereka yang memang ahli dibidangnya untuk dirujuki bila 'stuck' akan mengakibatkan tumpuan mudah terabai dan terpesong jauh. Maknanya secara semulajadinya amat memerlukan seseorang yang memantau 'progress' dan memastikan diri 'on-track' dalam mencapai matlamat.
Monday, January 30, 2023
Memikirkan hal
30 JANUARY 2023, 12:40
Memikirkan hal
Entah macammana pagi ini, bila terpandangkan deretan kereta diperkarangan poliklinik kesihatan ayer keroh ketikanya berjalan menuju ke perkarangan bangunan, pantas sahaja aku menjengah menjenguk ke dashboard kereta. Normal lah kan. Kita melihat apa yang ingin dilihat dan diketahui. Hampir semuanya punyai android player. Pastinya kereta baru sudahpun tersedia terpasang dengan android player dan bagi kereta lama kebanyakkan ownernya telah beralih mengantikan cd radio kepada android player mengikut budget memasing. Difikiran masih pening dalam usaha memulihkan android 10" player kembali normal di kanchil aku.
![]() |
| Nampak okay jer...cuma no sound |
Sejak beberapa hari kebelakangan ini tumpuan aku lebih terarah kepada permasalahan ketiadaan 'bunyi' dari android player di kancil mata petak aku. Aku telah mengarahkan anak aku yang berkelulusan elektrikal untuk memeriksa mana silapnya. Namun menurut katanya pada Sabtu(28/1/23) lalu ketikanya bercuti gagal menemui puncanya. Wiring tiada masalah. Dijangkakan yang set itu sendiri yang bermasalah. Naik benak pula hendak kenal-pasti puncanya.
Malah isu yang menyelubungi Shamsol dengan PS yang menjadi bualan hangat netizen juga isu kekurangan telur dan ketiadaan minyak paket sejak tahun lalu lagi berlanjutan sampai sekarangpun tidak selesai selesainya sehinggakan komen sinis netizen menghujani berterusan terhadap Rafizi menteri ekonomi dalam seminggu dua ini aku sideline-kan saja. Even isu yang terbaru lagi panas pasal pemecatan KJ dan H2O pada Jumaat(27/1) dan nepotism perlantikan Izzah sebagai penasihat ekonomi kepada PM, aku anggapkan tidak lebih penting dari apa yang aku hadapi.
Perancangan yang dirangka penuh teliti sebelum ini dan amat berharapkan menuruti kemahuan tidak berlaku sepertimana yang dihajati. Ketikanya dahulu aku beralih memasang mengantikan cd player ke android adalah untuk 'please'-kan diri sendiri tatkala menghampiri ke penghujung kerjaya dibidang peruncitan setahun lamanya lagi. Kononnya untuk manjakan diri santai santai menuju persaraan. Bukan sekadar hendak upgradekan 'halwa' pendengaran malah banyak lagi dalam perancangan. Spring standard telah juga digantikan dengan spring sport selepas memasang android player. Lebih awal dari semua ini, pada 2020 dalam sesibuk dengan covid-19, aku telah memberi 'job' untuk spray warna asal ikut dalam geran kepada anak buah yang punyai bengkel kereta ketika datang berkunjungan raya. Kerap juga intai 'shopee' nengok nengok sarung kusyen yang menarik dan aksessori yang berkaitan selain mencari sports rim yang sesuai. Seolah segalanya terhenti seketika. Hajat tertangguhkan.
![]() |
| keadaan sebelum raya @ 2020 |
![]() |
| lepas spray balik @ 2020 |
Tidak sangka pula kehadiran ke poliklinik menemankan orang rumah membuat physioterapi-nya sepertimana yang dijadualkan pada pagi ini boleh meleret leret pula ke persoalan android aku yang gagal dikesan silapnya. Sukarnya mencari parkir ketika mendatangi hospital dan klinik kerajaan adalah fenomena biasa. Tiadanya kejutan dan memang kena hadap situasi sebegini. Makanya aku terpaksa melelau Alza keluar ke bahu jalan berdekatan dengan pintu masuk utama. Terpaksalah menapak berjalan. Dalam berjalana berseorangan, gatal pula menjenguk ke dashboard kereta yang diparkir disepanjang laluan menuju ke bangunan tersebut.
Rasanya semua kita sedia maklum yang permasalahan yang sendiri hadapi adalah lebih utama untuk diatasi dari sibuk memikirkan persoalan permasalahan yang terpalit kepada orang lain. Begitupun, bukanlah tidak mahu mengikutinya, cumanya ditangguhkan seketika lebih lebih lagi hal yang menempiasi kehidupan samada secara langsung ataupun tidak langsung. Lambat laun perlu mengetahuinya juga. Mana mungkin terlepas pandang sedangkan ianya sedikit sebanyak mengganggu gugat keharmurnian kehidupan bermasyarakat.
Bagi aku, isu ketiadaan 'bunyi' di android player perlu aku selesaikan secepat yang mungkin. Agak tidak selesa dalam pemanduan dan sedikit janggal kerana telah terbiasa diriuhkan dengan informasi via radio atau dihiburkan dengan lagu yang dipilih mengiringi kepergian ke tempat kerja dan perjalanan balik ke kediaman rasmi aku. Terasa kedapatan semacam suatu kekurangan dalam meniti hari dek terbiasa dengan kelaziman seharian.
Doakanlah agar dipermudahkan segala urusan, tiada kerumitan yang timbul dalam usaha menyelesaikan permasalahan ini dan berharapkan ketenangan yang bermanfaat menuju persaraan nantinya.
Ameen, perkenankanlah Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Raheem.







