Thursday, March 15, 2018

Impian sebelum dan selepas SPM

15 MARCH 2018, 07:52

Dalam kita sibuk-sibuk menoleh memerhati kiri kanan sebelum memasuki laluan yang makin bertali arus, Angah yang mengantikan si Shuib dengan Rahim serta Jep turut sama sibuk dan kecoh cuba memancing pendengar untuk berkongsi cerita akan bidang kerja yang diinginkan dengan realiti yang terjadi kini. Tidaklah dibubuh perut atau ambil 'pot' sangat akan apa yang diperkatakan mereka yang bergajian bekerja dengan SinarFM menerusi segment 'meja bulat'. Keselamatan dijalan raya perlu lebih dititikberatkan.

Semasa mula-mula menghidupkan engine kereta menunggui tuan puteri pucuk kelompang bersolek bersiap, lagu Joan Jett, 'I hate myself for loving you' dipertengahan didengari. Ketika bergerak menghantar kesekolah memasing, selesai habis sahaja lagu, si Angah memaklumkan akan tajuk lagu sambil menterjemahkannya - aku membenci diriku kerana menyintai aku - tapi lambat pula disambut oleh Jeff dan Rahim. Aku pulak, bermonolog, 'janggal sahaja bunyinya...macam tak betul'. Kemudian within few seconds, si Jef bertanya memperbetuli, 'you' bukankah 'kamu' sambil dibalas berlawak oleh Angah, 'itulah pasal, sengaja aku nak kau perbetulkan', sambil tergelak-gelak bersama. Cubaan untuk mengeletek pendengar pagi ini macam tidak berapa hendak jadi. Mereka bertiga saling sahut menyahut akan topik yang diangkat untuk diperkatakan pagi ini. Poke fun-lah sesama mereka bagi menceriakan pagi sambil mengajak pendengar menalipon untuk berkongsi cerita berkisar impian dan realiti kerjaya untuk dispinkan mereka kemudiannya nanti. Bijak memang bijak dalam mendapatkan idea berlawak dari cerita sebenar yang dimaklumkan oleh pendengar sendiri, 'first hand' lagi.

                                   Layankan pepagi nie - Masih Terserlah Ayumu

Tapi tidak pula terdengarkan bualan dari pendengar lagi sedangkan aku sudah selesai menurunkan anak disekolah masing-masing. Hendak juga mendengarkan celoteh santai pendengar akan nasib diri. Bukanlah hendak busy body tapi sekadar ingin mengetahui 'destiny' mereka sahaja. Tiada paksaan bercerita dan yang akan menalipon pun tentulah atas kerelaan sendiri. Selesai turunkan Yaseer diperkarangan sekolahnya, lagu Izad Exist pula berkumandang mendayu-dayu sambil aku melelau 'MAQ...' kesekolah kakak pula. Tiada respond-kah akan topik yang memang menyentuhi seluruh pendengar dan dialami kini. Setahu akulah, saban tahun lebih setengah juta pemastautin tetap akan menduduki peperiksaan SPM yang merupakan 'flood-gate' terawal memasuki alam pekerjaan. Masakan tiada seorang umatpun yang have the 'guts' to contact. Rasanya kebanyakan yang happen mendengari program SinarFM ini tengah sibuk dengan aktiviti harian mereka. Urus anak kesekolah, ini paling pasti, termasuklah aku. Mungkin tengah bersolek sebelum ketempat kerja atau mungkin juga tengah pulun bersarapan takut terlewat report duty. Tiada kesempatan menalipon agaknya. Mungkin juga ada yang rasa tidak perlulah didedahkan liku-liku perjalanan kehidupan kepada mass audience. Berbagai-bagai kemungkinan yang tidak terjangkau dek fikiran. Mana ada orang yang mampu membaca dengan tepat setiap apa yang ingin dilakukan dan diperkatakan saat ini atau dimasa mendatang. Malah setiap orang tidak akan mengetahui dengan tepat sejelas-jelasnya akan nasib diri dikemudian hari.

Bercuti hari ini, mood mengimbau kisah lampau datang pulak. Aku terkenangkan masa di 'Std 1' di BHES(2), 1971. Kalau tidak silap masa 'english' class. Coretan mengenai hal ini ada dalam blog aku ini tapi tidak ingat tajuknya. Sessi 'story telling' agaknya dimana semua pelajar duduk bersila rapat-rapat dihadapan papan hitam sambil cikgu membaca dan membuat mimik muka berlakon mengayakan watak dalam story book ditangannya. Cikgu cina perempuan dalam lingkungan usia penghujung 30-an. Muka cute tapi jamban dah lebau dan suka berkebaya nyonya, mungkin cina baba agaknya amat komited bercerita demi mendapatkan perhatian penuh dari pelajar-pelajarnya. Aku anak kampong. Tidak berpeluang ke 'kindergarden' atau tadika sebelum melangkah masuk ke darjah satu. Keinginan yang sangat kuat dari kedua orang tua yang mahukan anaknya yang hujung ke sekolah inggeris tentulah bersebab bertujuan. Ketika itu, tidaklah aku bertanyapun sebab tidak tahu hendak bertanya apa-apa. Apa yang pasti, aku kesekolah menaiki 'van sekolah', pergi berhantar balik berjemput. Pelajar Melayu, Cina dan India agak seimbang jumlahnya. 40:30:30 bernisbah dari 36 pelajar sekelas.

Entah bila masanya, dia menyuruh semua murid berdiri berbaris. Adalah dalam 7 baris semuanya dan sebaris 6 orang adanya. Dia tanyalah ikut awal barisan akan cita-cita masing-masing. Dia ingatkan lagi, 'only those who had told his ambition can sit down' bila dia bertanyakan, 'what is your ambition'. Hendak menjawabnya kena pula in sentence bukan pakai sebut sahaja. Maka masing-masingpun macam bagus sahaja main cakap lepas. Macam-macam bidang pekerjaan dihamburkan oleh rakan sekelas masa itu. Nasib baiklah aku dibaris ke 3 paling belakang. Dapatlah idea memilih bidang kerjaya yang mana telah disebut oleh murid terawal. Dalam kesuntukan masa memilih, tidak ingat pula kerjaya apa yang aku pilih untuk menyebutnya. Apa yang pasti aku telah dibenarkan duduk. Ada dua atau tiga murid dibarisan awal yang masih berdiri, belum atau lewat sangat menyatakan bidang kerja yang menjadi minat mereka, mungkin teragak-agak atau malu untuk converse in english atau terlalu innocent memilih.

Petikan dari entry terdahulu dibawah tajuk... 'Bersamamu - Sambal Ikan bilis'

Bukan semua kita bernasib baik. Ada sahaja kekurangan. Malah masih ramai lagi yang terkapai-kapai yang harus ditolongi. Kalau ikutkan kehendak dan kemahuan, semua kita ingin bergaji besar, berjawatan dan berpangkat. Teringat lagi masa didarjah satu bila cikgu bertanyakan, 'What is your ambition?'. Selepas menjawab dalam urutan berdiri berbaris, kemudiannya barulah dibenarkan duduk. Maka macam macam profesion disebutkan. Dari laywer ke engineer, dari teacher ke doctor dan pelbagai lagilah yang rata ratanya bidang kerjaya yang dipandang hebat dan didambakan. Tiada pula yang menyebut garbage collector ke, bus driver ke waima gardener. Itu selingkar kisah ditahun 1971. Kini ditahun 2017 dan diusia sudahpun melepasi angka 50, segalanya adalah pembuktian hasrat yang dilafazkan dulu. Mana doktornya, mana engineernya. Siapa pula yang menjadi cikgu, siapa yang jadi bank tellernya dan lebih mengejutkan adalah rakan sekolah yang telah terlebih dahulu dijemput pulang buat selamanya. Bukankah telah dijanjikan olehNya bahawa setiap kelahiran telah diuntukkan rezeki buatnya. Redhalah setiap yang beri dan dimiliki kerana semuanya bukanlah milik mutlak kita.

Apapun, yang diimpikan dan yang terjadi kini adalah dua situasi yang berbeza. Mengikut minat, aku mengemari subjek matematik. Bila refer balik, aku dapat C3 untuk matematik moden dan P7 untuk matematik tambahan masa SPM(81). Manakala di ITM, aku memperolehi 'B' untuk Quantitative Studies atau mudah cakapnya matematik statistik. Subject killer juga untuk level certificate CIM(uk). Banyak senior dan coursemate yang terpaksa re-seat paper ini pada semester berikutnya. Aku pula, one-time sahaja dan dapat gred yang membanggakan diri sendirilah. Impian aku tidaklah tinggi mana. Teringin sangat hendak bekerja dibidang perbankan. Ada aku nukilkan juga kisah bogus agency pekerjaan dalam blog. Kemuncaknya, aku berhasil sampai ke peringkat second interview dengan UMBC di Menara UMBC tingkat 7. Kebetulan bertemu dengan Johari Jamil(JJ) rakan sesama coursemate masa sessi temuduga itu. Tidak sempat berbual panjang. Aku dengan beberapa candidate lainnya tengah lepak diluar bilik temuduga menunggu giliran. Tiba-tiba dia muncul dari bilik interview. Belum sempat berborak, clerk perempuan menyuruh aku masuk. Bila dia keluar, aku pula dipanggil masuk. Ingatkan dia tunggui aku, rupa-rupanya dia belah terus. Selepas itu, terputus hubunganlah. Mana ada smartphone ketika itu. WhatsApps pun tidak ujud lagi. Sahih akan perkhabaran dari rakan lain berbulan selepas itu, si Johari ini bertugas dengan UMBC di Langkawi. Beruntung dia.

Itu cerita dulu. Kini, dalam kurang lebih 10 bulan sahaja lagi, aku sudahpun menghampiri usia 55. Usia persaraan official sebelum di-mandatory-kan oleh kerajaan ke 60 tahun sekitar tahun 2012. Akta yang menjadi polemik seketika iaitu 'Minimum Retirement Age Act' yang digubal di-gazetted-kan pada 16/08/2012 dan telah dikuatkuasakan pula pada 01/07/2013 membuatkan mereka yang seusia aku panik memikirkan. Bukan semua orang mampu dan berupaya menyampaikan ke usia 60 tahun. Mungkin sebilangan sahaja yang benar-benar fit dari segi fizikal juga mental untuk menyahut cabaran ini. Mengurut dadalah terasa lega memikirkan apa yang ditakuti tidak dilaksanakan. Buat mereka yang memasuki alam pekerjaan selepas penguatkuasaan pada Julai 2013, termaktublah kelayakan mengeluarkan caruman kwsp diusia ke 60 mereka. Mungkin selepas mendengar pro dan kontranya buat golongan yang mencarum sebelum pelaksanaan maka pihak yang beria-ia benar ini, yang entah mana mereka dapatkan such a 'brilliant idea' terbantut meneruskan cadangan.

Employer Action Code: Act

A new law, the Minimum Retirement Age Act 2012, was passed late last year to increase the minimum retirement age from 55 to 60 for private sector employees. The act takes effect on July 1, 2013.

Key Details

The main provisions of the act state that:
  • An employer may not force an employee to retire due to age before the minimum retirement age of 60, and an employer may be fined up to RM10,000 (US$3,300) if this provision is violated.
  • Any retirement age, if less than 60, in a contract of service or a collective agreement will be deemed void and substituted with the minimum retirement age of 60.
  • The act doesn’t prevent employees from choosing to retire early if the contract of service or collective agreement permits earlier retirement.

Implications for Employers

The dramatic and one-time (versus the typically more gradual) increase in the minimum retirement age reflects government measures to cope with an aging population and bring the retirement age in Malaysia in line with other countries in the region (e.g., Philippines, Singapore and Thailand). It is important to note that:

  • Employers need not necessarily amend their employment contracts and collective agreements to comply with the act as the act automatically supersedes all existing employment contracts and collective agreements.
  • The natural consequence of this change is that the composition of workforces will shift toward older, more experienced employees with longer service. Employers should review their long-term workforce planning and rewards designs to reflect this shift.
  • The mandatory Employee Provident Fund (EPF) has no immediate intention to amend its rules to align its withdrawal age with the act. Employers are required to continue contributing to the EPF on behalf of employees above age 55.

Sekejapan sahaja masa berlalu. Impian yang tidak digapai suatu masa dahulu tapi setiap hari pula bermain dengan 'angka' yang makin memeningkan. Mengelak dari menceburi bidang pemasaran walau pada awalnya terpaksa memilih mengambil kursus 'marketing' punyai ceritanya yang tersendiri. Biarlah berahsia seketika. Ketentuannya tidak siapa mampu menduganya dengan penuh kepastian. Harungi sahajalah kehidupan ini biar apa jua rintangan dugaan yang semestinya harus ditempuhi dengan penuh ketabahan.

Berserah dirilah kepada Yang Maha Kuasa dan Maha Menentukan agar kita diberi hidayah menuju ke sana nanti.

أن شَاءَ اللَّهُ

Thursday, March 1, 2018

Impian cuba dilelong

24 FEBRUARY 2018, 18:19

Suasana politik mulai memasuki fasa akhir. Pemain-pemain politik yang teringin bertanding, yang buat pertama kalinya mahupun yang tidak jemu-jemu bermain samada yang selalu sahaja menang atau langsung tidak pernah menang - semuanya mahu mencuba nasib pada tahun 'Anjing' mengikut kepercayaan orang-orang Tionghua. Seronok disanjung dan megah dihormati memanglah menjadi lumrah manusia yang normal serta waras fikirnya. Malangnya, buat mereka yang gah dengan keadaan diri sekarang ini, amat mudah melupai sesuatu malah mungkin segala galanya sebelum diri dilantik menjadi wakil rakyat. Sceptical pula dipihak pengundi yang makin menebal takut di-anjing-kan demi mencapai hasrat terpendam ber-agenda golongan yang merasakan dirinya berkuasa menentukan 'fate' rakyat terbanyak. Macam bagus sahaja.

Perlakuan yang ditunjukkan sebelum, semasa dan selepas tempoh menjadi pemimpin adalah cerminan kehidupan mereka yang kita semua tidak akan ketahui andai tidak dimaklumkan. Bukanlah kita mahu mengaibkan mereka yang benar-benar longing to become a politician tapi dimasa kini segala yang tersimpan tersimpul rapi dalam sekejapan masa boleh tersingkap dan tersebarluas within seconds sahaja. Betul salahnya adalah atas pertimbangan masing-masing.

Tidak pernah terfikirkah mereka yang disandarkan segala harapan untuk memimpin yang bukannya lamapun sepenggal cuma setakat 5 tahun sahaja akan segala cakapan dan tindak tanduk apatah lagi yang menguris perasaan akan senantiasa diingati dan dilihati kesan akibatnya. Malah akan lebih kejap diingati oleh mereka yang terkesan dan amat berharap yang impian dan harapan yang disandarkan sekurang-kurangnya tempiaspun tidak mengapalah diterimanya.

Menjual harapan adalah expertise golongan ini. Keyakinan yang cukup tinggi tanpa sebarang keraguan tentang apa yang diutarakan membuatkan diri ini termanggu memikirkan. Cakapan yang tiada berlapik dan ikut suka sahaja adalah ciri-ciri jelas yang boleh kita semua perhatikan. Berjanji 'bukan main' lagi, Segala bagailah yang munasabah bercampur dengan yang tidak masuk akal didendang serta dodoikan ketelinga pengundi yang mahu dilekakan serta disihirkan untuk dipimpin sepenggal lamanya. Apakah menjadi pemimpin sekadar satu kerjaya 'main-main' atau satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan kemudian harinya nanti. Rasanya semua kita mengerti akan peranan setiap dari kita sebagai khalifah dimukabumi ini. Kalau peranan pemimpinpun masih samar untuk dimengertikan masakan mampu untuk memimpin masyarakat setempat dengan penuh bertanggungjawab.

Proses memilih pemimpin yang diamalkan oleh kita sekarang ini yang kononnya demokrasi berasaskan kepada suara teramai. Lebih ramai yang menyokong dan mengundi maka sahlah dialah insan yang berhak untuk memimpin. Nampak macam bagus sahaja. Adil dan terasa tiada element memaksa tapi lebih kepada kerelaan hati memilih. Terlihatkan tentulah tidak sama dengan 'realiti' yang terlindungkan. Tidak pernah terdetikkah untuk kita berfikir bertanyakan akan mengapa dan kenapa teringin sangat hendak menjadi pemimpin kepada mereka yang beria-ia minta dicalonkan. Tentulah ada daya tarikan kepada segelintir orang yang tergolongkan ini yang membuatkan mereka terpinar serta bersungguh cuba mendakapnya.

Pun begitu tidak mustahil juga, munculnya insan menawarkan diri untuk memimpin menjadi 'litmus test' akan sejauhmanakah masyarakat setempat mengerti mengetahui asas serta adab menjadi ketua. Ujian dari Allah swt tidak terjangkakan dan datangnya pula dalam pelbagai bentuk untuk kita semua hadapi. Akan terserlahlah nanti kesepakatan masyarakat serta perpaduan yang kental dipertahankan dengan sebulat suara melantik insan terpilih sebagai pemimpin mereka. Andai sesama bertelagah mempertikai serta tiada kesepakatan dalam memilih hanyalah menyerlahkan kecamuknya masyarakat dengan cuba pertahankan sikap ego masing-masing. Mana mungkin rahmah Allah akan sampai kepada mereka yang saling bermusuhan apatah lagi yang kufur dengan perintahNya.

Bertindak keseorangan tentulah tidak akan mendatangkan impak besar tapi andai semua kita bertindak serentak sehaluan setujuan mungkin kesan langsung yang segera sifatnya akan membawa perubahan besar kepada seluruhan kehidupan bermasyarakat. Pemimpinnya yang berhemah bertanggungjawab, masyarakatnya akan sahut saranan dan akur teguran serta 'reciprocal' melaksanakan tindakan demi kepentingan kebaikan bersama. Saling ingat mengingati, saling faham memahami dan lebih penting lagi saling insaf menginsafi akan tanggungjawab memimpin akan membolehkan masyarakat setempatnya bahgia tenteram kehidupan mereka.

Beruntunglah diri berada dikalangan mereka yang senantiasa dipayungi kerahmatan Allah swt.

Sunday, February 25, 2018

Siapa Sangka...


22/2/2018 @ 6:28pm

Entah macammana, petang Khamis ini aku terkenangkan penulis buku yang pernah aku bacai kisah pengalaman perjalanan kehidupannya, 'Dari Kodiang ke Jalan Riong', bernama Tajudin Saman. Semasa memula membaca back in 2004, lebih tepat lagi pada 09/09/2004 meminjam membacanya dari Perpustam, aku tengah mendapatkan input dalam menghasilkan sendiri akan kisah yang melingkari kehidupan aku. Segala buku yang bergenre 'autobiography' akan aku pinjam dari Perpustam untuk mendapatkan idea. Tergerakpun pasal semalam ketika intai 'nightline', kisah beliau mendapat liputan bermuslihat oleh tv3 bilamana 'penguasa' berkunjungan berziarah sambil menyumbang. Mungkin aku sahaja yang terlepas pandang akan insan yang menjadi perhatian dimata kerajaan ini, lebih-lebih lagi aku yang tiada kaitan rapat dengannya. Segala sesuatu digerakkan oleh 'tangan tangan ghaib' menurut firasat kita. Terlihat dikaca tv, computer meragam dan lepas minum petang hanya penyebab untuk aku mencoret lintasan idea yang tetiba datang. 

Desktop aku tetiba meragam bila 'on-kan'. Terpampang discreen, 'Bootmgr is compressed. Press Ctrl+Alt+Del to restart'. Ikutilah arahan yang tertera tanpa banyak soal. Maklumlah kita yang tidak mahir sangat pasal komputer. Namun setiap kali dilakukan, ia berbalik balik seperti tergambarkan. Kena tunggu anak balik dari kerja nampak gayanya. Pandai guna tapi tidak pandai selenggara. Aku yang konon nak tunjuk pandai cubalah nak compressed, nak released memory di Drive 'C' pagi tadi, tapi lain pulak yang jadi. Biarlah yang expert memperbetulinya. Untung juga ada technician computer dalam rumah.

Amacam nie... berbalik-balik


Petang Khamis ni lepas Asar, disamping pekena pisang goreng nangka dengan karipap yang dibuat orang rumah sementelahan computer pula down, aku dibuai kenangan akan saudara Tajudin yang baru baru ini dilaporkan diserang angin ahmar. Stroke, cakap omputihnya. Aktiviti petang aku bila bercuti selain membaca autobiography; masih lagi 'Time Present, Time Past... a memoir...Bill Bradley' aku selang selikan dengan mencoret di digital journal. Letih membaca, aku menulis. Letih menulis, aku melunjurkan kaki sambil mata tertumpu ke screen internet tv layankan cerita cerita retro 80an, action movie selalunya juga filem koboi ikut mood. Astropun sudah jarang tengok dengan cerita yang kerap diulang-ulang.

Membacanya ditahun 2004


Recall balik kisah malang yang menimpa dirinya, aku intailah kembali video tentang penderitaan yang dialaminya sepertimana yang dilaporkan pada penghujung January 2018. Amat tidak terdugakan, sepatutnya dan kebiasaan yang terlihatkan adalah kita akan menghabiskan masa persaraan bersantai mengenang kisah-kisah lampau mengamit kerinduan tapi dirinya bergelut bertarung dengan penyakit pada sisa usia yang berbaki. Pastinya dirinya sendiri tidak menduga begini yang dihadapi. Anak kampung yang bercita besar mengejar impian sehinggakan jawatan polis yang disandangnya dilepaskan bersebabkan kuatnya keinginan mencapai 'sesuatu' dalam hidupnya. Bagi kita pula yang biasa biasa ini, bekerja di sektor kerajaan adalah satu 'rezeki'. Apa tidaknya selain bergaji tetap dengan segala macam imbuhan dari semasa ke semasa yang diterima juga berpencen sehingga hembusan nafas terakhir. Bermaksud dapur senantiasa 'berasap' walaupun tidak berkhidmat lagi. Abang aku yang tamat jawatan polisnya berpangkat 'koperal' walaupun kenaikan pangkat ke 'sarjan' diterimanya ketika hujung persaraan mungkin simpati dari pihak atasan dan memang rezekinya tetap mendapat pencen sarjan disamping penghargaan kerajaan, menerima lebih dari RM80K sebagai duit gratuity. Menolak 'tuah', itulah tanggapan kita.

Ironinya, 'perjalanan' dari Kodiang ke Jalan Riongnya tidak berpatah balik tapi terus berkampong di Presinct 9, Putra Jaya mungkin sebagai satu status simbol kejayaan dari kegigihan mengharungi kepayahan cabaran tanpa mengenal erti serik dan putus asa. Bukanlah aku hendak memandai-mandai tapi kebiasaannya dari banyak banyak buku bergenre 'autobiograhy' ini, penulisnya akan mengenangkan kampong halaman yang telah lama ditinggalkan. Ada penulis akan memasukkan 'harapan' agar kampung halamannya yang semestinya telah berubah menjadi nostalgia tidak ternilaikan akan tempat yang satu ketika dahulu diinjaki. Bagi yang punyai pertalian yang sukar dimengertikan oleh orang lain, kampong kelahiran dan disitulah zaman kanak-kanaknya akan dikenanginya dengan memulangkan sesuatu ke tempat asal kelahiran sebagai mensyukuri berpeluang berbakti. 

Jarang pula kita merasakan apa yang dihadapi kini adalah cerminan tingkah laku kita sebelum ini, semasa muda bertenaga, semasa tengah ligat bekerja dengan segala pancaroba yang kerapnya kita tidak berapa hendak sedar untuk memikirkan dahulu akan segala tindak tanduk yang diperbuatkan. Malah tiadanya masa terluang walau sedikitpun untuk kita merenungi. Harungi sahaja apa yang didepani dan ditangani biar salah biar betul kerana jika lewat bertindak akan hilanglah 'peluang' yang terhidang. Falsafah hidup memasing. Tepuk dada tanya selera.

Sessi mengimbas kenangan during 'retired' age nampak gayanya terlepas dek takdir yang menentukan segala-galanya. Ada kebaikan dan tentulah ada 'rahmah' disebalik keadaan yang terjadi kini. Kita tidak mampu meneka dengan pasti. Terpulanglah buat individu sendiri menafsirkan.






Friday, February 9, 2018

Jumaatku diluar khariah.

Masjid Saidina Ali, Bukit Katil

Hari ini aku berjumaat di Masjid Saidina Ali, Bukit Katil. Ini merupakan jumaat pertama aku untuk 2018 didirikan diluar khariah dan telahpun beberapa minggu sejak awal tahun hanyalah di Masjid Raudhatu Al-Jannah.

Masa hendak memulakan coretan ini sebelum menyambung perjalanan ketempat kerja barulah terperasan yang Jumaat ini aku beruniform sedangkan telah beberapa kali sebelum ini aku in 'full dress' yakni berkain pelikat dan berbaju melayu dan cuma sekali sahaja berkurta. Memang mudah sekarang ini buat mereka yang minat mencoret sesuatu. Terlintas teringat sahaja boleh terus nyatakannya di aplikasi pilihan. Tersedia ada diphone adalah Google Keep. Selalunya bila dirumah, selesa dengan Evernote dan Dairo terpasang di HP Slater tablet. A bit rushing jugalah kali ini. Lengah masa dirumah dengan orang rumah menyuruh menjamah makanan setelah membersihkan diri beruniform selepas lewat sampai kerumah dari berurusan dibandar hampir ke 12:00 tengahari.

Aku bukan hendak merasakan diri ini bagus sangatlah apatah lagi menganggap sempurna tapi masa didalam kereta ketika mengemaskan diri beruniform, menyarung stokin, memakai kasut serta menyisir rambut yang tak berapa nak ada, aku terkenangkan bacaan ayat al-quran yang di-recite oleh imam sembahyang jumaat seketika tadi. Seringkalinya aku cuba memaksa diri bilamana berjumaat, aku mengandai juga menganggapkan diri ini sebagai insan yang paling rendah sekali ranking penilaianNya dari ratusan umat Muhammad yang hadir berjumaat bersama. Malah insan yang tiada apa-apa kelebihan dan selalu sahaja terasa diri ini berada, always 'at the wrong place and at the wrong time' dan bak ibarat kata, 'adapun tidak menambah, ketiadaanpun tidak mengurangkan', terasa ada sesuatu seperti tidak kena. Adanya distortion diantara pihak yang menyampai dengan pihak yang mendengar. Yang menyampaikan sudah tentulah 'membaca' apa yang diarahkan. Samada dirasakan senada sahaja bunyinya, tegas bicara suaranya mahupun pantas atau longlai patah sebutannya, namun yang pasti sampai juga keakhir teks bacaan. Faham tidaknya, tahu ke tidak maksud tidak dihiraukan sangat.Yang mendengarnya pula dikalangan makmum yang pelbagai peringkat usia, pelbagai latarbelakang pendidikan dan 'upbringing' juga pelbagai aksi yang aku terlihatkan setiap kali imam berkhutbah amat mengkecamukkan fikiran. Ada yang tunduk setunduk-tunduknya mungkin khusyuk mendengar atau lena mendengar. Ada juga yang 'resah' semacam, sekejap bersila rapat, sekejap memangku lutut sekejap menyendeng badan sambil kedua belah tangan menongkat badan mungkin kelenguhan kaki kesan dari lamanya bersila, amat menganggu konsentrasi terutamanya aku.

Namun setiap kali melangkah keluar dari masjid apabila sekalian makmum bertaburan meneruskan aktiviti harian masing-masing, bermacam-macam 'pertembungan' idealistiknya bacaan khutbah yang disampaikan saban minggu dengan apa yang hakikatnya didepan mata yang terlihatkan dan juga 'pandangan' yang dihadapkan menerusi pelbagai media sosial.

Teks khutbah Jumaat yang disampaikan menjadi kelaziman untuk aku membacanya terlebih dahulu sebelum imam berkhutbah. Sebelum berpergian, waktu 12:00 ke 1:00pm, aku akan luangkan masa membaca teks yang aku muat-turunkan dari website - Portal Masjid Negeri Melaka pada awal setiap bulan. Malangnya buat minggu ini aku terlepas membacanya pula.

Rujuk dan baca khutbah 9.2.2018 - berlumba lumba mengerjakan kebaikan.

Intipati khutbah kali ini yang menyeru mengajak seluruh jemaah bersegera membuat amal kebaikan selagi nyawa dikandung badan dirasakan dapat dihadamkan dengan sempurna sepenuhnya. Harap-harap begitulah hendaknya. Ketentuan Allah swt, tiada siapa yang mampu menjangkakan. Memahami khutbah yang dibaca suatu hal manakala mengaplikasi yang didengar dan masing-masing fahamkan adalah satu hal yang berbeza. Selalunya yang dimahukan dan yang dibuat amat ketara berbeza.
Apapun terserahlah kepada diri masing-masing melaksanakan segala sesuatu sepertimana yang telah tertakdirkan buat setiap insan.

Bayangkanlah semua yang kemungkinannya 'khusyuk' mendengar bacaan imam bersembahyang Jumaat, moga-moga diterima sembahyang kita itu serta dapat kiranya menerima 'amaran' yang dibaca oleh imam, menyentuh hati dan meresap kedalam jiwa para jemaah. Ironinya, selepas selesai solat, reramai turun keperkarangan pintu masuk sebelah bawah meneguk air minuman sejuk sumbangan penderma budiman berupa satu barrel besar air berkabonat terpampang logo 'Mc Donald' tersedia dimeja batu. Pastinya, lega rasa makmum yang berkesempatan meneguk air sejuk lepas menunaikan sembahyang tadinya.

I'm in doubt sebenarnya. Tekun mendengar belum tentu lagi para jemaah bersedia bertindak seiringan teks yang disampaikan dimana menuntut kepatuhan dan juga ayat al-quran yang dipilih khas untuk  diperdengarkan dalam rakaat pertama dan kedua. Andailah mengejut sahaja diadakan kajiselidik keatas setiap orang yang hadir berjamaah, apakah 'dapatan' dari kajian kefahaman dan pemahaman akan meleraikan persoalan yang berligar difikiran sekian lama. Kalau kita faham apa yang disampaikan serta ayat al-quran yang diangkat untuk pendengaran semua maka tidaklah tersasar jauh setiap tindakan kita seharian sejak puluhan tahun hidup diatas muka bumi ini.

Tidak kesahlah kalau kita gagal mengikuti menghayati teks khutbah yang dibacakan. Tiap apa yang dtulis dikarang untuk pendengaran umum mungkin ada element kelemahan diri penulis dalam hasratnya menasihati seluruh jemaah. Tapi adalah tidak patut sama sekali ayat al-quran yang dibacakan kali ini gagal juga dimengertikan. Amat malanglah buat yang hadir berjemaah tapi tidak berupaya memahamkan setiap firman Allah swt termasuklah diri aku juga. Kebiasaannya, diketiga-tiga masjid saban minggu yang aku hadiri berjumaat baik ianya Masjid Raudahtu Al-Jannah, mahupun Masjid Saidina Ali juga Masjid Syed Ahmad Shabudin, Bukit Beruang, imam akan perdengarkan seluruhan surah Al-'Ala dirakaat pertama dan surah Al-Ghasiyah dirakaat kedua. Kekadang saban minggu dan adakalanya tiga minggu berturut-turut kehadiran aku di masjid berlainan akan dibacakan kedua-dua surah ini. Hinggakan aku mudah menghafalinya dan lancar membacanya. Comprehension reading. Baca bukan setakat membaca tapi baca beserta pemahaman. Namun buat jumaat kali ini ada kelainan yang mendorong memaksa aku mencoretnya sebagai renungan. Selesai surah Al-Fatiha, terus sahaja imam membaca ayat ke 37 surah An-Naba' berupa pernyataan yang semua kita harus akui;

رَبِّ السَّموَانِ وَالأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الرَّحْمنِ لاَ يَمْلِكُوْنَ مِنْهُ خِطَابًا .....


Tapi yang lebih menyentap adalah ketika ayat terakhir dibacakan iaitu bilamana mereka yang kufur meluahkan kekesalan akibat dari 'not heed the advice' ketika didunia dan terlewat tersedar bila segala perbuatan dihadapkan didepan mata.


إِنَّا أَنذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنتُ تُرَابًا - 78:40

SAHIH INTERNATIONAL


Indeed, We have warned you of a near punishment on the Day when a man will observe what his hands have put forth and the disbeliever will say, "Oh, I wish that I were dust!"

Apapun setiap kita telah tersurat jalur perjalanan kehidupan dari awal hingga keakhirnya nanti. Bukankah kita yang waras fikiran menginginkan kebaikan didunia apatah lagi diakhirat sana nanti. Namun setiap apa yang ditentukan olehNya pastinya kita tidak mampu menepisnya malah harus terima setiap ujian dengan penuh kesabaran. Tatkala dikurniakan 'pemberian' pula harus menzahirkan nikmat dariNya dengan penuh kesyukuran. Bercakap memang senang, tersangatlah mudah. Tapi insan yang mengalami sendiri ujian dariNya mungkin tidak tertanggung penderitaan sepertimana terlihatkan oleh mata kita. Bak kata pepatah lama kita, 'Berat mana mata memandang, berat lagilah bahu yang memikulnya.' Kalau kita meneliti lebih mendalam lagi pastilah setiap cabaran ujian yang dihadapkan amatlah bersesuaian dan mampu disahut seadanya kerana hanya Dialah Yang Maha Mengetahui sesuatu dan segalanya.

Kita biasa mendengar dan kerap juga menyebut, 'taufik dan hidayah'. Apa itu taufik dan apa pula pengertian hidayah. Mana mungkin dapat menghayati setiap apa yang dibaca dan didengari akan kalam Allah ini andai kita tidak berapa nak familiar dengan istilah Arab, lebih lebih lagi bagi kita dirantau sebelah sini yang terang-terang non-Arab. Nampak gayanya kena lebih lipat lagi usaha memahami bahasa Arab, tatabahasanya, lenggok gaya pengucapan dan konteks penggunaan perkataan dalam pelbagai situasi. Taufik ini dimaksudkan petunjuk yang disertai pemberian kemahuan dan kesanggupan untuk berbuat sesuatu yang membawa kepada keselamatan dan kebahgiaan dunia akhirat. Kita tida mampu memberi taufik, malahan manusia tiada apa-apa kekuasaan walaupun sedikit untuk memberi taufik. Ianya semata-mata hak exclusive Allah swt. Kita juga tidaklah seistimewa Baginda Rasullullah tapi pernahkah kita membaca 'sirah' Rasullullah tentang tidak berhasilnya usaha nabi kita Muhammad saw mengislamkan pakciknya Abu Talib sehinggakan Allah swt mengatakan kepada nabi kita...(Surah Al-Qasas 28:56)

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ ۚ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ - 28:56

SAHIH INTERNATIONAL

Indeed, [O Muhammad], you do not guide whom you like, but Allah guides whom He wills. And He is most knowing of the [rightly] guided.

Kemudiannya untuk rakaat kedua, imam muda kita terus mulai membacakan ayat ke 17 Surah Al-Ghaasyiyah sehingga ke penghujung ayat terakhir iaitu ayat ke 26. Selalunya dan biasa didengari adalah... 'Hal Ataaka Hadiitsul Ghaasyiyah...' tapi for this time around, 'Afalaa Yanzhuruuna...'. Bagi yang faham dan familiar mendengarnya... tetiba kita ditanyai, 'Afalaa..' bermaksud, 'Tidakkah..'

Sememangnya bersungguh betul buat Jumaat kali ini akan pasukan yang menyediakan teks khutbah ingin menyalurkan idea pemikiran bersama mereka kepada jemaah seluruh Melaka. Pemilihan ayat al-quran untuk diperdengarkan juga adalah rentetan dari intipati khutbah yang disampaikan. Pun begitu, penerimaan setiap insan yang menghadiri dan bagaimana reaksi mereka selepas keluar dari masjid boleh dinilaikan keberkesanan. Hanya diri sendirilah yang perlu bertindak sewajarnya.

Merungsingkan fikiran memikirkan kenapa, mengapa dan apa kesudahan bukanlah satu kesalahan tapi amat nyatalah hal ini buat mereka yang normal dan suka melihat dan mahu memikirkan setiap kejadian alam.





Saturday, February 3, 2018

My 54th dan masih bertahan

Seolah menjadi tradisi pula, setiap kali menjelang ulang tahun kelahiran akan aku mencoret sesuatu untuk dikenangkan kemudian nanti. Kali ini, seminit sebelum melangkah ke 02 February, aku telah berada dihadapan komputer buruk aku ini. Standby untuk memulakan. Sebaik sahaja detik bertukar 12:00, aku memulainya. Tanpa draf , tanpa apa-apa persediaan aku terus menekan keyboard key. Free flow kata orang.

Ditahap ini walau cuba untuk mengelak tapi tetap sahaja ianya mendatangi diri. Membandingkan kelebihan orang dengan kekurangan diri semacam suatu kemestian pula lebih-lebih lagilah menghampiri usia persaraan. Banyak perkara yang dulunya dibuat saban hari dan juga event yang perlu dihadiri seolah telah jauh ditinggalkan pergi. No turning back. Bergerak terus kehadapan meninggalkan kenangan pahit manis yang pernah dilalui.

Hasrat mendokumenkan perjalanan kehidupan masih kemas dipegang. Hanya kesempatan masa dan ruang waktu menjadi tanda tanya. Bila lagi hendak memulakan. Persoalan ini hanya dibiarkan kepada 'takdir' yang menentukan.

Masing-masing kita ada cerita yang tersendiri. Begitu jugalah dengan aku. Biarpun pada pandangan orang, memandang sebelah matapun mungkin tidak sanggup namun inilah realiti kehidupan aku. Aku berbangga dan tentu sekali mensyukuri nikmat pemberianNya. Peduli apa dengan pandangan orang lain. 

Menempuh ranjau kehidupan kesekian lamanya bukanlah satu option tapi ianya adalah kemestian yang menjadi lumrah kehidupan. Semua orang harus dan perlu menghadapinya. Cumanya, bagaimana dan macammana seseorang itu cuba mencorakkan dan dicorakkan oleh 'takdir' Ilahi atau ketetapan ketentuan dariNya membuatkan keseluruhan kehidupan ini menghasilkan kepelbagaian.

Beruntunglah kepada mereka yang seperti nampak mudah sahaja perjalanan hidupnya yang kita saksikan berandaian diketika ini. Tidak ketahuan suka duka yang memasing lalui bukanlah bermakna dirinya lebih baik bernasib baik atau kesedihan memanjang tidak pula bermaksud kedukaan kemurungan tapi itulah kehidupan. 

Setiap detik perjalanan adalah rentetan peristiwa dan persoalan yang harus dilalui serta dihadapi dengan sebaik mungkin. Membiarkan detik berlalu begitu-begitu sahaja tiada pula satu kesalahan tapi memang merugikan diri sendiri. Kesempatan yang dihadirkan olehNya tidak dimanfaatkan sebaik mungkin dek kelemahan mentafsir seseorang.

Harapan aku pula dihari-hari mendatang ini akan aku pergunakan sebaik mungkin menuruti serapat dan sesempurna seperti Junjungan Besar kita, Muhammad S.A.W. yang menjadi ikutan setiap insani.

Moga aku diberi kesempatan olehNya.

Tuesday, January 30, 2018

Sinar harapan atau ketidaktentuan... 2018

Segala sesuatu amatlah tidak terdugakan. Selisih bergantinya dari sehari ke sehari, bulan ke bulan sehingga tiba fajar 2018 pastilah perlu diharungi jua biar apapun yang dihadirkan olehNya. Menoleh kebelakang sejak lahir, itupun kalau masih mengingati jejak perjalanan kehidupan sehingga kedetik ini, setiap kita harus perlu menerima hakikat. Detik kejadian yang dialami, suasana yang dirasai juga cabaran yang perlu ditangani antara tangkas dengan lambatnya bertindakbalas membawa diri ke mana sekarang aku berada. Bukan sesuatu yang mudah andai difikirkan dan tentulah rintangan cabaran sejak mengenal dunia sehinggalah menghampiri ke 54 tahun dalam beberapa hari lagi adalah pencapaian diri yang hanya diri sendirilah yang harus berbanggakan. 

Suramkah atau makin menceriakan...


11 haribulan Januari, adalah hari ketiga hujan berterusan turun. Aku kepasar bersama orang rumah. Routine mingguan. Menjadi kemestian setiap kali bercuti akan bersama kepasar. Rebas hujan masih berjujuran yang mungkin membahayakan pemanduan andai tidak hemah memandu. Jalan licin dengan suhu kedinginan khabarnya disesetengah tempat ada yang dibawah 19 'darjah' celcius. Perkara yang dirasakan kecil sebegini menurut sudut pandangan sendiri andai tidak di layani sepatut dan seharusnya mungkin boleh mendatang bencana pula. Namun terpulanglah buat individu menentukan 'jalan' atau cara yang serasi dengan empunya diri untuk bertindakbalas. Sesuai dan bertepatan maka beruntunglah. Andai tersilap dan tersalah percaturan, tanggunglah akibat darinya.

2018 mungkin tahun mendebarkan bagi sesetengah kita lebih-lebih lagilah kepada diri aku. Mana mungkin kita mampu mengandaikan apa yang akan diterima dan diperolehi dengan penuh keyakinan. Begitupun kita tentunya tidak sanggup merelakan diri menerima sesaja akan rintangan dan halangan yang tidak terduga dan terhajatkan langsung. Namun, inilah lumrah kehidupan. Tiada sesiapapun yang mampu meramalnya dengan pasti. Naluri setiap insan inginkan yang terbaik sahaja. Tiada kompromi. Tapi kita harus menerima hakikat. Terbaik bagi diri sendiri yang dirasakan dan amat meyakininya tapi jika diperbandingkan dengan kurniaanNya pada insan lain terasa terlalu jauh dan ketara bezaannya. Menyedarinya ketika itu, apakah tiada terdetiknya pertanyaan, 'Apa lebihnya dia, apa kurangnya pada diri...' .

Diketika ini aku sudah memulakan pembacaan genre 'autobiography' yang merupakan genre kegemaran dan aku pilih secara rambang sahaja akan buku dari bookshelf dibilik. Minat amat mendalam untuk membaca genre sebegini kerana ianya adalah catatan pengalaman penulis itu sendiri. Betul salah tanggapan terhadap liku-liku kehidupan yang ditempohinya bukanlah menjadi isu sangat tapi bagaimana setiap kejadian itu dihadapinya, diceritakan dengan punca asbab serta rentetan peristiwa selepasnya membuatkan diri ingin mengikutinya sehingga habis. 

Coretan kenangan orang biasa-biasa ini sedikit sebanyak meyedarkan kita bahawa bukan semua orang mendapat keistimewaan dalam hidup. Ada sahaja peristiwa dan kejadian yang merubah yang memungkinkan selalunya kearah yang lebih baik dan bermakna. Kekadang aku memborong sehingga 5 buah buku dalam sekali pembelian akan buku sebegini bilamana berkunjungan ke kedai buku second-hand yang tentunya berjaya mencuri 'hati' ini. Suka membeli dan suka membaca sehinggakan ada yang telah lama dibeli tapi masih belum memulakan pembacaan. Masa dan kesempatan menjadi penentu.

Berbalik kepada coretan ini, bercakap berkisar kepada ketidaktentuan, keadaan situasi adalah sama sahaja dimana-mana. Ianya sesuatu yang bersifat universal. Dalam 'Memoir' Bill Bradley yang dibaca kini, beliau ketika mencoret adalah bekas penjawat awam di U.S. Senate setelah mendapat mandat pengundi di New Jersey, turut merasakan degup jantung kehidupan masyarakatnya di tahun 1980an sepertimana yang dinukilkan dalam 'memoir-nya' yang diterbitkan pada 1996.

Misalnya menurut coretannya lagi,
  • I also came face-to-face with the unmet needs of Americans who were living in poverty, many of them paralyzed by self-doubt and terrorized by violence.
  • I saw fear of the future in the faces of middle-aged men who had lost their jobs; what they thought would never change had  disappeared, and they had nowhere to go.
  • I was reminded that I am in politics to take action, to stop the suffering, and to promote opportunity. Without  a new approach and more resources, the cycle of despair...., would never be broken.

Buku yg dibeli pada 08/08/2009 tapi baru semalam mulakan pembacaan(29/01/2018)
Namun jika diperbandingkan situasi US via memoir Abang Bill ini dengan situasi semasa negara kita ini, nyata terlalu amat bezanya. Kebertanggongjawaban terhadap pengundi dan rakyat keseluruhannya demi membangunkan negara menjadi keutamaan setiap mereka yang diberi mandat memenangi pilihanraya. Manakala disini kerap kali dan menjadi kelaziman pula, golongan pengundi lebih-lebih lagi rakyat terbanyak @ golongan marhaen diperlekehkan sesuka hati. Mana perginya janji dan amanah memimpin. Tidak perlulah aku mendokumennya lagi. Semua kita boleh menilainya sendiri apa yang telah dan sedang dilaksanakan oleh mereka yang kita gantungkan segala harapan memimpin kearah Malaysia yang lebih makmur dan berjaya.


 Rani Kulup...bersandiwara

Sedikit masa lagi dan khabarnya, pilihanraya memilih pemimpin baru kali ke-14 harus dilaksanakan pada tahun ini juga. Siapa terpilih dan menjadi pilihan pengundi nanti tentulah telah memenuhi kriteria pemilihan calun yang benar-benar ingin berkhidmat untuk tanahair tercinta ini. Niat baik pastinya berpenghujungkan kepada kebaikan juga. Andai sebaliknya, padah dan celakalah mendapatnya. Boleh selamatkah diri pemimpin yang mendabik menjaja dirinya terbaik. Mereka yang self-proclaimed ini, lambat laun akan terserlah tersingkap rupa diri yang sebenarnya. 

Persoalannya, buat pengundi...sampai bilakah kepincangan ini harus dibiarkan. Manakala kepada bakal pemimpin...Mana mahu sorokkan diri andai diri melupai segala yang dijanjikan.

Terserah, tepuk dada, pangkahlah ikut kemahuan masing-masing.

Sunday, January 14, 2018

First Impression and I am impressed...

13 JANUARY 2018, 08:28pm

Seharian semalaman hujan gerimis menyejukkan hariku. Bukan setakat semalam sahaja malahan sejak Rabu lagi gerimis tidak juga reda sehinggalah ke pagi ini. Kesukaran bernafas dengan kerap batuk amat memedihkan tekak adalah kesan langsung dari phenomena yang melanda Melaka malah mungkin seluruh negara kini.

Perasan dan memang aku perasankan akan gerimis yang seperti tiada berhenti berterusan. Namun memandangkan yang aku bertugas didalam bangunan maka ianya tidaklah ketara sangat. Apapun, ketika berhenti mengambil minyak di stesyen petronas bukit katil dalam haluan menjemput Yusree di Terendak, aku tertarik mendengarkan bualan berinformatif dari pump attendant. 

Sebaik membuat pembayaran dikaunter, aku bergegas ke pump no. 8 kerana sepatutnya pukul 3pm aku telah sampai ke Terendak tapi masih lagi terhegeh-hegeh di Bukit Katil. Sesampai dibelakang kereta dengan tujuan membuka penutup tangki minyak, kelihatan oleh aku akan brother pump attendant tengah menyucuk nozzle pump ke dalam tank. Segera spontanlah aku ucapkan terima kasih kepadanya sambil aku membuat opening remarks, 'Wah...hujan nie tak berhenti sejak Rabu lalu...' memancingnya untuk berborak. Tidak sangka pula pantas dia membalas dengan mengatakan 'kemurkaan Allah ditunjukkanNya'. Dia associate-kan pula dengan di Afrika yang sudah sedia maklum panas boleh ada salji sambil meminta aku bayangkan bagaimana 'gunung' sahara telah dilitupi salji. Belum sempat apa apa lagi, macam bertih goreng dia memberitahu lagi yang di Singapura suhunya telah turun ke 22 darjah celcius. Cuaca tidak menentu sekarang ini seolah menyimpulkan kenyataan yang dihadirkannya. Dilanjutkan lagi dengan menyatakan kepelikan hatinya yang banjir di negara kita ini sudah beralih bulan. Dulunya bulan sembilan ke hujung tahun sahaja tapi kini tidak kira masa. Aku terpegun mendengar cakapannya sambil merenung ke wajahnya dengan pantas menyampok masa dia tengah tarik nafas sekadar melayan perbualan ketika dia menolong mengisi minyak. Hendak tergelakpun ada bila renungan mata aku ini lebih fokus kearah giginya yang menjarang dengan struktur gigi tidak teratur. Rongak gigi hadapannya amat jelas terlihatkan biarpun seperti disengajakan membiarkan bulu misai panjang menjuntai menutupi bibir atas agar tidak ketara sangat rongak giginya mungkin.

Rujuk gurun-sahara-diliputi-salji dan suhu-jatuh-bawah-22-c-di-s-pura sebagai pembuktian yang cakap-cakapnya itu no 'nonsense' talk.

Dalam pemanduan meneruskan perjalanan ke destinasi, aku cuba scan insan yang aku berbual tadinya. Tidak sangka dan tidak terduga sama sekali bagaimana ledakan maklumat yang mudah dan segera boleh diperolehi dihadamkan olehnya sedemikian rupa. Tapi tergesa-gesa mengaplikasikan dalam penyampaian maklumat, tidak tersengajakan dia sedikit tersalah fakta. Adakah di Afrika, Gunung Sahara. Subjek 'Ilmu Alam' masa disekolah rendah dan kemudiannya bertukar menjadi 'Geography' masa di sekolah menengah tidak pula dimaklumkan akan adanya Gunung Sahara ini. Ini penemuan baru atau mungkin juga dan tentunyalah tersasul menyebut agaknya. Hendak dikatanya Gurun Sahara tapi tidak disengajakan tersebut Gunung Sahara. Bro..., antara gunung di Afrika yang masih aku ingati dalam banyak-banyak gunung adalah Gunung Kilimanjaro. Bagi Aiman..., Aiman tidak kesahlah sangat.

Walau salah faktapun waima betul sekalipun ianya tidak merubah apa yang sebenarnya ujud dan ada. Aku lebih memandang kepada keikhlasan dalam berbual. Saling menghormati serta mesra disapa dan menyapa rasanya lebih menenangkan perasaan. Apa yang pasti, stesyen ini memang kerap aku singgahi jika berpergian jauh. Memang banyak cerita-cerita yang tidak terjangkakan akan segera terpacul darinya bila berkesempatan bertemu dengannya.

Selamat bertugas bro...