Monday, July 18, 2016

Hari Raya... hari mulia untuk 1437H

06 JULY 2016, 00:11
Tepat sekali. Memangpun hari raya adalah hari mulia. Mengikut perkiraan aku, walaupun telah berusia 52 tahun, keberadaan aku di hari lebaran ini telah lebih dari 52 kali jika mengikut kalender Masehi. Menyelusuri ke tarikh awal kelahiran dengan bantuan goggle dan diyakini tepat, sambutan hari raya pertamaku adalah pada 15 February 1964 iaitu kurang lebih ketika aku baru berusia 14 hari. Bermakna sehari sebelum malam permulaan turunnya ayat al-quran atau lebih dikenali sebagai 'nuzul al-quran. 5 ayat pertama dari surah al-alaq @ العلق iaitu ' اقرا ' yang bermaksud 'Bacalah'. Mengikut nahu bahasa arab, ianya adalah امر atau kata perintah. Kata perintah ini ditujukan kepada orang yang menyebutnya iaitu kitalah. 


Berkalenderkan hijrah, aku dilahirkan pada 18 Ramadhan 1383H. Kebetulan pada tahun 1964 bagi masyarakat tionghua pula sama sibuk menyambut tahun baru mereka pada 13 February iaitu sehari sebelum umat Islam di Malaysia menyambut Aidil Fitri. Kongsiraya dengan kaum tionghua gamaknya aku ditahun 1964 tu. Tahun ini sudahpun 1437H. Jika dikira jumlah tahunnya, aku telah berada pada hari raya termasuklah hari ini, 06/07/2016 bersamaan 1 Syawal 1437H adalah kali ke 54 mengikut tahun hijrah. Kalau ikutkan tahun Masehi pula aku baru berusia 52 tahun. 52 ke atau 54 ke itu bukan persoalan besar andai kita tahu melihatnya, menilainya serta memperakuinya dari perspektif yang betul.

Pada tahun 2013 penghujung puasa dengan mood raya mula menguasai diri, aku telah menyusun membentuk 'table' akan tarikh permulaan puasa serta raya mengikut tahun masehi berbandingkan dengan tahun hijrah. Usaha pengumpulan data ini sebagai mengingati detik permulaan berpuasa dan tibanya raya yang selama ini aku sambuti sehinggalah kesaat ini. Bermula dari bayi ke kanak-kanak, kemudiannya dizaman persekolahanku ke usia remaja dan terkini sebagai seorang bapa. Mungkin juga kurang dari 5 tahun lagi sebelum menyampaikan tahun 2020 jika diizinNya menyambut puasa dan raya berstatus 'datuk' pula. Penambahbaikkan dilakukan keatas data yang dikumpul dan dikemaskinikan bagi memudahkan pemahaman. Maklumat yang mungkin berguna serta mudah menjawab soalan-soalan trivia yang spontan ditanyai. 

Sudah 54 kali aku beraya, menyampaikan tahun ini

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik dan sehingga ke saat ini terlalu banyak berubah. Teringat lagi aku ketika ditahun-tahun 70an bilamana menjelang raya, emak dan bapak akan melelau kami dua beradik iaitu aku dan adik yang berjarak 11 bulan sahaja ke Kampong Jawa. One-stop center bagi golongan marhaen mendapatkan kelengkapan raya. Dari pakaian ke kasut, peralatan dapur ke bahan membuat kuih muih serta cat ke keperluan perhiasan rumah yang semuanya kedapatan within walking distant sahaja. Kesibukan serta kemeriahan suasana dimasa itu jelas terpancar diwajah setiap pengunjung membuat persiapan raya masing-masing. Malah peniaga-peniaga berbangsa tionghua lebih lebar senyuman mereka menjelang setiap kalinya tiba musim raya puasa. Dominasi mereka seakan tidak mungkin dapat dipecahkan ketika itu. Peniaga melayu lebih kepada berjualan songkok dengan ehsan menumpang dikaki lima kedai cina sekitar jalan bunga raya dan dilaluan masuk ke kampong jawa sahaja. Tidak kelihatanpun peniaga melayu yang 'berani' berniaga seperti peniaga cina samada kasut, pakaian, kelengkapan rumah mahupun peralatan elektrik yang siap berkedai kekal disepanjang jalan bunga raya, juga dijalan kee ann yang pendek jaraknya macam jalan chow kit di kl, jalan pasar mahupun dijalan utama merentasi bandar melaka iaitu jalan munshi abdullah.

Ketika dizaman bebudak dulu bukanlah tidak seronok hendak beraya tapi terpaksa menuruti kehendak emak bila tiba masanya hendak mengacu pakaian baru, takut terbesar atau sempit. Apa yang mengharukan adalah betul-betul didepan kedai make-shift yang berbumbungkan canvas itulah, rela atau tidak, dan didepan pelanggan yang turut sama sibuk membelek membeli dan yang sedang lalulalang, aku disuruh berlenggeng serta lucutkan seluar sebelum mengenakan baju seluar yang dipilih oleh mak. Terpaksa buat selamba je. Tiada membantah apatah lagi ingin memilih sendiri. Ikutkan sahaja apa yang dicakap oleh mak dan bapak masa itu.

Biarpun begitu, suasana raya dizaman kanak-kanak tidak mungkin bersamaan kini. Zaman yang serba serbinya terlalu simple berbanding situasi semasa yang kononnya lebih canggih manggih ini hanya menjadi kenang kenangan sahaja bagi mereka yang pernah alaminya.

Sebelah malamnya selepas habis berbuka untuk hari terakhir berpuasa adalah ketikanya ditunggu-tunggu. Malam sesama bertakbir yang bererti masa bermulanya mengumpul duit raya. Besar jumlahnya yang adakalanya menyampai RM14.00, kira berbaloilah dari selepas isyak membawa ke 2:00 pagi bertakbir bersama-sama dari rumah ke rumah. Pagi raya pula 'standby' menunggu kerabat berkunjung sampailah ketengah hari. Mana yang rapat dan mengenali akan hulur duit raya. Bukanlah macam sekarang ini yang beringgit-ringgit sekali hulur tapi setakat 10 sen ke 20 sen sahaja. Kalau rezeki lebih, masuklah juga 50 sen dan RM1 bagi kerabat yang berkemampuan. Lebih ramai yang datang, peluang mendapat lebih banyak lagi mungkin besar.

Sudahpun namanya bebudak, lepas tengahhari sahaja mulalah gelisah. Semacam rutin pula, perancangan telah dipersetujui untuk beramai ke bandar beraya semasa sessi bertakbir raya. Yang lebih berusia ketika itu menjadi big brother. Memantau pergerakan serta mengawasi keselamatan yang lebih rendah umurnya  dan ada yang berdarjah duapun semasa dibandar nanti. Jaminan secara unilateral dan sukarela ini membuatkan semuanya tidak sabar kebandar tanpa ditemani orang tua. Poket tengah lebatlah katakan. Tiada tempat lain yang dituju melainkan ke 'City Park' yang merupakan amusement park yang menempatkan pelbagai mesin permainan. Permainan pinball, tembak-tembak(space invader, poke-mon versi awal), dan lainnya yang perlu dimasukkan syiling sebelum memulakan permainan pastinya melekakan. Game lain yang lebih mahal seperti kereta elektrik bagi budak besar dan juga billiard buat yang dewasa tidak termampu dan tidak sesuai bagi diri aku. Penat bermain dengan mesin beralih pula ke permainan yang memerlukan dua player seperti patung bermain bola yang perlu diputar dan ditarik memang menyeronokkan sehinggakan tidak perasan hari telah menjelang petang dan duitpun hampir kehabisan.

Puluhan tahun telah berlalu. Aku kini pula yang mula menunggu kehadiran anak buah datang kerumah beraya. Begitu cepatnya masa berlalu. Kekadang nama cucu kepunyaan abang-abang aku terlupa kerana jarang bersua. Cucu sendiri belum lagi pasal anak aku belum lagi ada yang berkahwin. Masalah juga nanti jadinya. Dari segi pangkat aku lama sudah bergelar datuk. Anak buah yang paling tua sudahpun berusia 42 tahun dan yang paling muda berumur 4 tahun. Dikelirukan pula dengan cucu yang berbeza umurnya dari awal 20an menurun ke setahun dilahirkan. Memang sukar mengingatkan each and every single name dan menyebutnya dengan tepat. Maafkanlah Pak Uda andai tersilap sebut atau tersilap panggil nama cucu-cucu atok. Di dinihari sebegini, aku mengira pula bilangan anak buah yang telah berkahwin. Disebelah aku, 11 semuanya yang bekeluarga. Di Segamat Johor, di Sepang Selangor, di Shah Alam dan Klang Selangor, di Kota Bahru dan sekitar Melaka pastinya akan menjengah Pak Udanya yang still handsome ini. Begitu jugalah disebelah orang rumah, 3 kak long dari abang dan kakak ipar mula berkeluarga di penghujung tahun 2014 dan berselang seminggu melangsungkan majlis perkahwinan antara mereka mungkin juga akan datang singgah beraya.

Imbauan raya yang masih segar diingatan untuk tahun lalu dan tahun sebelum sebelumnya membuatkan rasa sedih terubatlah juga. Moga dengan kehadiran kerabat dan anak- anak buah yang berkesempatan dan sudi datang berkunjung tahun ini agar lebih bererti.

Bersangka baik dan kekal positif.

Thursday, July 14, 2016

Masing-masing punyai permasalahan sendiri

04 JULY 2016, 23:29

Hari ini aku mula bercuti raya. 5 days straight. Option 'A' bersempena raya diarahkan bercuti dahulu. Tahun lalu aku bertugas. Biasalah selang setahun sehinggalah tidak berdaya untuk bekerja. Sejak awal permulaan puasa lagi telah dapat aku rasakan keperitan meniti dari sehari ke sehari. Malah awal June lagi bahangnya telah semakin dirasai. Apapun sejak April lagi kesukaran mengharungi kehidupan telah mula terasa walaupun tidak begitu ketara. Petanda awalnya ialah segala hutang bagai yang terpaksa dibuat harus dilunasi bila tiba masanya. Pola kewangan aku setiap gaji keluar, tidak lengah lagi aku membahagikan kepada 'peminjam' yang sudi menghulurkan bantuan. Biarpun begitu, tidak mudah sebenarnya memastikan tiadanya tertunggak lebih-lebih lagi bila menghadapi situasi yang tidak terjangkakan. Membayar hutang dengan terus terusan meminjam bukanlah suatu pendekatan yang baik tapi itu sahajalah yang mampu aku fikirkan seketika itu. Berjimat berbelanja serta mengelak dari membeli sesuatu yang tidak diperlukan amat aku beri perhatian lebih. Maklumlah, tunai ditangan sebelum memasuki bulan berikutnya cepat menyusut dan memang tidak dapat menampung keperluan harian untuk tempoh sebulan. Segala tabung yang aku ada telah aku korek bagi mencukupkan belanja harian. Aku menjangkakan yang mungkin penghujung Disember nanti kalau tiada aral yang melintang dapatlah meredakan sedikit bahang panasnya berhutang ini. RM387.00 personal loan Al-Rajhi dapat disalurkan ke tempat lain pula. Harap dapat mencapainya.


Pagi ini selepas mandi pagi dan mula bercuti, hati ini tidak pula seceria orang lain yang hendak menyambut raya. Aku menghadapi krisis kewangan yang parah. Bagi menjaga 'credit rating' aku, segala hutang piutang terutamanya yang melibatkan kad kredit telah dan harus dijelaskan on-time. Tertunggak bermaksud rela membayar penalty. Tunai boleh belanja yang aku ada hanya RM150.00. Baju raya budak dan persediaan raya lainnya belum dibeli. Jika sanggup berhutang, bermakna hutang kad kredit akan terus meningkat. Ini aku cuba mengelak. Dilemma yang aku hadapi ini mungkin mengambil masa yang agak panjang untuk memulihkan keadaan. Samada aku mampu bertahan atau tidak, terpaksa jua aku redah. Apa nak jadi, jadilah. Tak orang tak kita. Masing-masing ada sesuatu yang pasti merunsingkan fikiran. Bukannya hendak mengata tapi hakikatnya tidak seorangpun yang sunyi dari masalah. Cumanya berat ringan, lama singkat atau serius tidaknya persoalan yang masing-masing hadapi amat bergantung pula kepada rentetan tindakan yang diperbuat sebelumnya. Cepat sedar cepat faham serta pantas dan tangkas mengemudi perjalanan kehidupan mungkin akan memudahkan kehidupan diakhirnya.

Selepas mandi dan berpakaian seolah-olah hendak keluar rumah tapi lama jugalah duduk termenong di kerusi 'malas' dibilik. Kemudian on-kan desktop tapi tiada tujuan khusus. Hendak menulis sesuatu di-blog tidak pula, membaca blog terkini yang di-post-kan dari bloggerpun tidak juga. Klik pula pada akhbar utusan tapi sekadar membukanya dan terus off-kan. Fikiran tengah kerungsingan tidak memungkinkan aku fokus. Hujung-hujung aku berbaringan. Bila mula terasa bahang panasnya mentari pagi walaupun kipas berdiri berkelajuan sederhana terpasang sejak paginya dan tidak berdaya mengatasi, aku bingkas bangun. Meleju sahaja menuruni tangga, capai kunci kereta dan terus membuka pagar. Orang rumah menegur hendak kemana. Aku cuma ringkas sahaja jawab, 'hendak keluar sekejap...'. Mungkin dia sedar yang aku ada masalah dan cuma membiarkan aku masuk kekereta tanpa bertanya lanjut.

Sesampai diiring padang, siaran radio SinarFM memaklumkan yang Dahlan Zainuddin telah dimasukkan ke Hospital. Kapsul berita pagi menyatakan beliau diserang 'angin ahmar'. Tetiba juga aku terbayangkan wajah Dell ditahun 80an dahulu dan bagaimana kisah cintanya dengan lovely-nya si Effa Rizan. URTV yang top ketika itu memaparkan serta ada dilampirkan pin-up poster gambar mereka berposing hangat bercinta. Hendak recall lebih-lebih ketika sedang memandu takut kelain jadinya. Tidak mengapa, aku akan meng-goggle-nya bila balik kerumah nanti. Arah yang hendak dituju tidak lainlah kalau bukan ke Alai. Kerap sepanjang Ramadhan ini bila berziarah, kakak tunggal aku ini tiada dirumah. Sering sangat ketiadaan dirumah. Kali ini aku bernasib baik. Pintu dapur ternganga luas. Kedengaran bunyi mesin rumput melaung-laung dari arah belakang rumah. Menurut kakak, perantau Pakistan yang menyewa di rumah sewa kepunyaan Kasim Kastam diserah tugas memotong rumput. Sebaik duduk, melurut sahaja dia maklumkan hal yang menimpa abang Razak pada 20/6 dan sehinggalah ditahan wad selama 3 hari.

Rujuk - dahlan-angin-ahmar tentang kisahnya bergelut dengan penyakit yang tiada sesiapapun menginginkan. Penjagaan kesihatan walau sebaik mana sekalipun pastinya tidak mampu mengatasi ketentuan dariNya. Lain orang, lain permasalahannya. Ada yang diuji dengan kekayaan. Ada juga dengan kesempitan kewangan dan yang lebih mengejutkan adalah yang melibatkan kesihatan yang kesannya lebih cepat merubah pola kehidupan. Kebergantungan kepada orang lain lebih mendesak. Kalaulah tiada ahli keluarga yang membantu dan hidup pula sebatang kara mungkin lebih pilu lagi. 

Ingatkan aku sahaja menghadapi kesulitan tapi ada insan lain yang lebih derita dan bergelut dengan kehidupan. Mendengari sendiri permasalahan dari orang yang menghadapinya yang melibatkan kesihatan yang mungkin boleh membawa maut amat mengharukan. Bernasib baik adalah penyimpul kesahnya. Menurut kata abang Razak @ the only abang ipar aku, mungkin Dia sayangkan aku lagi. Pertama kali insiden berlaku pada dirinya dan pastinya suatu amaran untuknya agar lebih teliti dalam bab penjagaan kesihatan. Tatkala usia sudahpun melepasi 60 tahun(kelahiran 1954 dan cuma setahun sahaja lebih tua dari kakak aku) dan ditambahi pula dengan mengidap kencing manis walaupun belum sampai keperingkat serius tapi harus terus bekerja selagi terdaya. Ubat tak tinggal dan ada ketikanya dulu terpaksa disuntik 'insulin' bagi mengawal kandungan 'gula' dalam badan. Bekerja pula sebagai pemandu lori disyarikat pengedar barangan keperluan menuntut banyak masa diatas jalan. Menurunkan barangan bersama kelindan dari atas lori kekedai-kedai yang membuat pesanan adalah sebahagian lagi tugasnya disamping menyerahkan DO or delivery order kepada tuanpunya kedai yang disinggahi. Kedai-kedai runcit sekitar Muar, Segamat dan kekadang sehingga ke Batu Pahat harus digagahi jua. Walaupun sudah bertahun melakukan pekerjaan ini, faktor usia dan kudrat yang tersisa amat membatasi keupayaan. Mencari rezeki adalah tanggungjawab ketua keluarga. Perit jerih yang ditanggung sukar dimengertikan oleh orang lain. Sebagai adik ipar, hanya simpati dan mana yang mampu ditolongi akan aku cuba menolong meringankan beban.

Hidup harus diteruskan

Dalam sesi perbualan dengannya, sejak dari Muar lagi keadaan dirinya tidak stabil. Perjalanan balik ke Melaka petang Isnin 20 June adalah episode ngeri baginya. Kelindannya yang berwargakan Indon terjerit-jerit menyuruhnya berhenti setelah dia memandu lori 5 tonne yang kosong ketengah ketepi. Kekadang memasuki laluan bertentangan dan kekadang mereban dibahu jalan. Dia seolah-olah lupa, mind kosong, mata tidak berapa hendak nampak serta kaki pula kebas-kebas sampaikan pijak brekpun tidak terasa. Ketika dia berhenti bercakap seketika, aku cepat-cepat mencelah. Nasib baik tidak terlanggar orang ke, kereta ke... maklumlah time orang hendak berbuka... kereta kurang atas jalan masa tu. Respond dia selepas aku habis mencelah, 'Itulah... Uda, Dia masih sayangkan aku lagi.

Diketika abang Razak bergelut dijalanan, kakak aku pula diwaktu yang sama berada didapur menunggu kepulangannya. Juadah berbuka telah tersedia dimeja. Risaunya tidak tertahan lagi. Disuruhnya Tiqah menalipon ayahnya. Panggilan berjawab tapi cara jawabnya berlainan dari biasa. Melewe dan merapu cakapnya. Dibesarkan volume speaker smartphone untuk ibunya mendengarinya. Segeralah mereka berdua bermotor ke jalan memerhatikan kelibat lori yang dipandu ayahnya. Tidak dimaklumkan dimana dia berada kini. Lokasi dia memberhentikan lori ditepi jalan tidak diketahui. Kampung yang kerap dilalui tidak tahu namanya. Macam total loss. Instinct seorang isteri mengarahkan Tiqah bergerak kekiri bila terpandangkan sebuah lori terdampar berdekatan kedai makan dikejauhan. Tajam lagi penglihatan kakak aku ini. Sebaik mendekati, terlihatlah abang Razak ini tengah mamai. Tidak sedarkan diri, badan terasa sejuk dan tidak bermaya hendak bergerak malah terpaku di bangku pemanduan. Kelindan lori tiada ditempatnya. Seketika kemudian dia membawa sebungkus air sirap buat abang Razak meminumnya dari kedai makan Miqdam(specialised in seafood dan masakan thainya). Kakak aku pula terpaksa bertindak pantas dengan menyuruh Tiqah bawakan kereta untuk segera mendapatkan rawatan. Beberapa orang yang sedang berbuka diminta bantuan menurunkan abang Razak yang tidak berdaya dari lori ke kereta. Bergegaslah ke klinik di Semabok mendapatkan rawatan. Doktor diklinik swasta tu pula setelah memeriksa mengarahkan agar segera ke hospital. Maklumat awal, kandungan gula dalam badannya telah melorot turun tinggal '2' point saja. Amat kritikal dan jangan dilengahkan lagi untuk ke hospital.

'Apa sakitnya', eagerku bertanyakan kakak bila aku mencelah. 'Dik... ayah kena apa dik... ibu tak paham.' Tiqah yang diam disebelah memberitahu yang ayahnya mengalami hypo atau kandungan gula dalam badan sangat rendah. Komen kakak aku lagi, bulan bulan puasa ni dia banyak minum air masak sahaja. Air manis-manis dikuranginya meminum. Kerja berat dan banyak guna tenaga tapi air manis kurang, itulah puncanya kena hipo-hipo ni. Payah juga macam ini. Lebih sangat gulapun sudah tentu tidak boleh, kurang terlampau pula lagi mudarat. Tindakbalasnya lagi cepat. Kelam kabut dibuatnya. Peristiwa yang pertama kali terjadinya haruslah diberi perhatian agar tidak berulang lagi. Kesan mudaratnya lebih cepat terjadi berbanding bila kandungan gula berlebihan dibadan.

Rujuklah mengenai - Hypoglycemia - dan fahamilah caranya boleh terjadi dan bagaimana pula untuk mencegahnya.

Kita senantiasa merasakan kesulitan yang dialami adalah berat dan tidak tertanggungkan. Tiada masalah yang lebih hebat dari yang dialami diri sendiri berbanding orang lain sehinggalah kita tersedar akan adanya insan lain yang lebih derita dari kita. Siapa yang tidak mahu hidupnya senang, ceria sentiasa, bergelak ketawa, punyai banyak wang dan masa serta bebas kemana sahaja. Semua orang menginginkan tapi hanya segelintir sahajalah yang merasainya. Hukum alam dan ketentuanNya tidak siapa mampu menduga. Terima seadanya dan teruskan perjalanan menuju akhir. Menyesali serta merintih sedih bukanlah tidak boleh kerana sememangnya sifat semulajadi manusia yang normal  punyai perasaan sedemikian. Normal jugalah untuk kita memperlihatkan potensi diri yang selama ini terpendam dan tidak digunapakai semaksimum mungkin. Sifat positif yang jarang ditunjukkan misalnya berusaha gigih, istiqamah, kreatif dan banyak lagi pastinya mampu melonjakkan diri menjadi lebih baik dari semalam dan sebelum sebelumnya.

Apapun, hidup ini adalah ujian. Bersediakah kita menghadapinya. Kalau tidak sekarang mungkin esok malah bila - bila sahaja ianya berkemungkinan. Redha dan bertawakkal sajalah padaNya.

Sunday, July 10, 2016

Takbir Raya yang terkenangkan

06 JULY 2016, 07:42
Sebaik selesai sembahyang subuh dibilik sahaja pagi ini, aku menyambung dengan bertakbir sendirian. Entah macammana hujan melebat seawal 5:00am. Sebelum sebelumnya pukul 4 pagi sudah terjaga mengejutkan orang rumah untuk bangun bersahur. Pagi ini boleh terlajak pula. Mungkin malam tadi keluar mencari kelengkapan raya dan kesan langsungnya terlewat pula bangun. Maklumlah sudah habis berpuasa. Mungkin juga set alarm 4:00am khusus untuk bangun bersahur telah aku delete-kan dari smartphone yang diset-kan untuk sepanjang Ramadhan ini. Ingatkan mampu berjaga awal tapi keletihan menyiapkan apa yang kurang mengakibatkan aku gagal bangkit dari tidur 'on time' seperti didalam Ramadhan yang baru ditinggalkan sebaik masuknya Maghrib semalam.


Menjadi kebiasaan pula hampir setiap tahun keluar ke masjid ketikanya 8:00am. Selalu jugalah terpaksa bersembahyang raya ditingkat paling atas. Tingkat atas yang cuma digunakan untuk Raya Puasa dan mungkin juga untuk Raya Haji bila ada limpahan jemaah mengikut jangkaan jawatankuasa. Pelik dan hairannya orang kita ini. Sembahyang sunat raya 'puasa' yang setahun cuma sekali ini dipastikan tidak tertinggal berjamaah di masjid. Sembahyang fardhu pula yang berkerapan 5 kali sehari tidaklah pernah terjadi kehadiran makmum sampai melimpah keluar masjid. Malah hendak dapatkan 1 shaf penuh sembahyang fardhu terutamanya sembahyang Subuh amat jarang terlihat. Sembahyang Jumaatpun tidaklah semeriah sembahyang raya walau statusnya adalah fardhu dan bukannya sunat, sebagai pengetahuan, tidak seperti sembahyang raya puasa yang cuma sekali setahun sahaja. Sukar bagi aku memastikan dengan tepat sebab musabab gejala ini. Mungkinkah disebabkan unjuran dariNya agar seluruh umat Islam yang berpuasa Ramadhan bergembira dengan menzahirkan kegembiraan malah digalakkan seluruh anggota keluarga keluar beramai-ramai kemasjid atau tidak kecukupan ruang dibenarkan pula dipadang atau kawasan lapang terbuka berkumpul lalu mendirikan sembahyang sunat 'aidil fitri' bersama.

Aneh lagi, sembahyang raya yang tiada diazankan tapi masing-masing bersemangat bertanggungjawab dan dengan sendirinya bergegas ketempat pertemuan menunaikan sembahyang raya ini. Sebaliknya walau sekuat manapun azan dilaungkan memanggil umat berjamaah dimasjid, kehadiran makmum amat menyedihkan. Ia benar dan tentunya harus kita sedari yang tetamu ke rumah Allah adalah atas 'jemputanNya'. Kita semacam disibukkan dengan pelbagai aktiviti harian yang tidak berkesudahan sampaikan kekadang itu tidak ketahuan akan apa sebenarnya yang dikejarkan. Ujian hidup yang menjurus kepada kelekaan dan melalaikan yang ditimpakan sesuai dengan kemampuan diri olehNya dari memfokus kejap pada keberadaan kita didunia ini memungkinkan kita tidak berdaya mencapai tahap kesempurnaan. Kita tentu pernah diingatkan akan perlunya menyahut seruan azan dengan mendengari sendiri akan ceramah agama atau kita memandai berinitiatif membaca hadis Junjungan besar kita, Muhammad s.a.w., lama sebelum kita dilahirkan. Antaranya, orang yang mendengari azan tapi tidak segera ke masjid diperingatkan kesan dan akibatnya. Ada juga yang extreme-nya bila orang yang tidak ke masjid selepas dari azan diibaratkan tembaga cair yang panas dituangkan ketelinga. Bak kata Nabilpun, 'Lu pikirlah sendiri...'


Jauh pula terbabas. Bebalik pada takbir raya ini, aku terkenangkan hal yang menyebabkan aku iri melihat Pak Lang Seman yang lead takbir raya rumah ke rumah dengan dak Din Baba. Macam ada cerita yang mengeli dan mengeletek hati bila si Din ini mampu membuatkan Pak Lang ketawa setiap kali dan spontan pula bila si Din menyebut, 'Dah... dah... lama dah'. Beberapa kali aku attempt hendak menanyakan tapi tidak berkesempatan. Memandangkan sehabis sahaja bertakbir dan setelah tuan rumah menghulurkan 'duit' takbir bergegaslah bebudak melangkah kerumah lain yang berdekatan yang sudi menjemput bertakbir dirumah mereka. Namun kesempatan hadir juga. Aku terpaksa menarik ketepi si Din ni dari terlalu rapat dengan Pak Lang ketika bergerak menuju ke rumah lain. Terus tidak lengah lagi aku menanyakan punca kenapa Pak Lang boleh tersenyum-senyum dengan kata-kata spontan yang dihamburkan. Dia bagai nak gila ketawakan aku bila aku ulangkan kata-kata yang disebutnya bila ketikanya Pak Lang menghabiskan, '...bawah... dah...' Sehabis diterangkannya cerita disebalik ucapan takbir tu, aku pula yang ketawa lebih besar dan lebih kuat mengalahkan Pak Ali ketika ketawa bersama si Raffi dalam adegan meminang Cik Rohani 'Madu Tiga'. Rupa-rupanya si Din ni 'poke fun' akan takbir raya bila memaklumkan yang kita semua telah bersunat. Sebab itulah dia menyebut, 'Dah... dah... lama dah'. Pandai benar dia membuat lawak ketika itu yang tidak terfikirkan oleh bebudak lain walaupun nampak 'poyo' sahaja persendakan ucapan takbir ini.

Bila mindset kita tidak diadjustkan maka pelbagai kekeliruanlah yang timbul. Bahasa Arab dan Bahasa Melayu berbeza. Namun begitu kerap terjadinya pertembungan bunyi yang menghadirkan kekeliruan. Dalam bahasa itu lain maksudnya dan dalam bahasa pertuturan seharian kita lain pula maksudnya walaupun hampir sama bunyinya. Misalnya, 'kaki...'. BM bermaksud kaki tapi dalam BI kalau dengar sekali imbas dan dalam konteks ianya bermaksud 'car key' yakni kunci kereta. Begitu jugalah dengan BA ini. Sememangnya banyak malah terlalu banyak perkataan yang kita tuturkan seharian adalah sebenarnya perkataan arab. Cumanya kita yang kurang berilmu ini dan lambat pick-up pula terkial-kial dan teragak-agak akannya. Antaranya, hasut... risala... bahasa... bab... zaman... yang rasanyalah sudah terlalu familiar dan kerap pula disebut. Tapi tahukah kita makna akan apa yang kita lafazkan itu. Bila kita memperhalusi setiap satu sebutan perkataan samada dalam BM mahupun BA maka terdapatlah pertembungan sebutan dan makna. Hal ini memerlukan kemahiran juga untuk differentiate-kan. Ada perkataan yang bersamaan sebutan bunyinya serta maknanya dan harus menyedari juga yang sebutan bunyi walaupun sama atau hampir sama tapi bermaksudkan lain pula dalam BA. Itu baru perkataan tunggal. Bila dua perkataan arab bergabung yang merujuk kepada satu maksud atau dua perkataan arab yang perlu disekalikan bila menyebutnya maka lagi harulah jadinya.
Sebutan dan makna berlainan... perlu cekap




Bila ilmu kurang dan rasa macam bagus sahaja maka macam-macam kesilapan dan kekeliruan yang akan timbul. Macam kisah si Din dengan 'Ba wahdah'-nya yang main hentam sahaja berpunca dari tidak tahu. Sebutan secara transliterasi tanpa bersandarkan BA memungkinkan ujudnya perbezaan dan lebih-lebih lagilah menghidunya dari perspektif BM pula.

'... وهزم الاحزاب وحده...'  wahazamal akhzaba wahda  

Ditambahi pula dengan cara penyebutan kita yang sedikit tidak berapa tepat untuk 'pause'. Seharusnya kita menyebut, 'wahazamal - ahzaaba wahdah' tapi kita pula dan terbiasa menyebutnya dengan terhenti bila tiba kat katanama 'al-akhzab', so bunyinya, 'wahazamal - ahzaa - bawah dah..'



Kenangan raya ini dalam reramai rakan sebaya ketika itu tidak mungkin hilang dari ingatanku. Terserahlah. Apapun hanya aku, Din Baba dan arwah Pak Lang Seman sahajalah yang mengetahui exclusively cerita 'Ba Wah Dah' ni.

Wednesday, June 22, 2016

Berakhirnya Syaaban... menjelma kini Ramadhan

05 JUNE 2016, 20:05 

Isyak berjamaah dinantikan setelah selesai Maghribku dirumah. Bersiap-siaplah ke masjid selagi berkesempatan. Andai tidak mampu dan berupaya lagi maka berserahlah kepada yang Esa menentukan. Biarpun jika begitu akhirnya dengan terkapar terlantar dipembaringan segalanya harus ditempuh juga. Selagi termampu dan masih diberi ruang dan peluang untuk berbuat sesuatu yang bermanfaat maka tidak patutlah persia-siakan. Masa hidup akan terus menuju detik akhirnya iaitu saat kematian. Tiada terhenti sesaatpun apatah lagi berundur malah akan terus berdetik mengikut kiraan walau apapun yang terjadi dan dilakukan. Baikkah yang dibuat atau burukkah yang dipilih oleh tingkahlaku seseorang, perjalanan menuju saat kematian sedikitpun tidak tergugat. Terpulanglah bagi individu itu sendiri yang menilai dan memilih corak kehidupan. 

Bertemu kembali dengan Ramadhan merupakan anugerah dariNya untuk kita. Mempersiakan kedatangan Ramadhan adalah sesuatu yang malang dalam kehidupan. Adakah kita mengetahui apa lebihnya bulan yang istimewa ini berbanding dengan sebelas bulan yang lainnya. Seharusnyalah kita menyemak kembali akan peripentingnya bulan Ramadhan serta kelebihan-kelebihan yang hadir bersamanya. Setiap orang pastinya sedikit sebanyak mengetahuinya. Apa yang lebih menonjol adalah malam al-qadr. Suatu malam yang misteri bagi yang menantinya yang tiada sesiapapun mengetahui bila harinya yang pasti muncul. Ibarat orang berniaga lagaknya, semua inginkan untung. Andai menemuinya tentulah bertuah badan kerana setiap yang dilakukan pada kemunculannya dinisbahkan kepada 1000 bulan. Gandaan yang bersamaan 83 tahun dan berbaki 4 bulan ini menjadi pemangkin untuk orang berpuasa menekuni beribadat. Maksud terselindung akan malam yang ditunggu-tunggui ini rasanya tidak semua mengetahui dan juga tidak semua akan bertemu dengannya. Pastinyalah mereka yang terpilih sahajalah yang diberi keistimewaan. Begitupun, kemurahan rahmat dan rahim Allah meliputi seluruh alam. Tiada menjadi kesalahan buat sesiapapun mengharapkan rahmah dan rahimNya. Semua kita ni adalah hambaNya. Lambat cepatnya dimakbulkan atau tidak dibalasi didunia adalah hak mutlakNya. Namun begitu kita perlulah mengikuti adab-adab yang dianjurkan mengikut sunnah Rasulullah. 

Pun begitu, tidak semua orang yang mampu dan senantiasa istiqamah menuju matlamat yang dihajati. Ada sahaja halangan dan ujian yang seharusnya ditempuhi dan harus pula dilepasi dengan cara yang terbaik demi memastikan kejayaan, andai berhasillah, adalah sesuatu yang selayaknya untuk diterima. Kejayaan yang diraih bukan atas dasar simpati sahaja tapi dipupuk sekian lama dan mengikuti aturan yang ditetapkan serta ikhlas pula melakukannya adalah kejayaan sebenar. Godaan dan segala bagai hal melalaikan sering mendatangi diri. Amat nyatalah kekuatan diri dengan ilmu yang mantap dapat mengatasi dugaan yang hadirnya tidak tersangkakan. 

Tanyalah kepada mereka yang berjaya mengatasi rintangan kehidupan serta selesa dipandangan mata. Apakah nanti kita sanggup mengikuti setiap langkahan yang diambil serta bertahun berdisiplin melakukannya. Memang naluri manusia amnya inginkan yang terbaik. Hasil usaha dengan gigihnya berusaha adalah 2 perkara yang berbeza. Pertamanya adalah 'by-product' atau dapatan dari tekun gigih serta tidak mudah mengalah menuju matlamat. Manakala yang keduanya adalah perancangan berpandukan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki serta diperolehi selama ini.

Menyentuhi hal peribadatan puasa yang akan dilaksanakan sebulan lamanya ini perlu dilihat dari sudut yang betul. Setakat berpuasa menahan lapar dan dahaga sahaja telah diklasifikasikan sebagai puasa orang awam. Selagi tidak dijaga 7 perkara untuk digrupkan kepada puasa khusus maka seseorang akan kekal dalam level pertama sahaja malahan jauh bertentangan dengan yang dianjurkan. Kita diperingatkan agar menjaga pandangan, pendengaran, pertuturan, perbuatan tangan, pengisian perut, kemaluan dan juga langkahan kaki dengan sesempurna mungkin demi melayakkan dikategorikan di level kedua pula. Peringkat tertinggi lagilah memerlukan daya juang yang lebih besar sebolehnya menghampiri taraf wali. Puasa khusus al-khusus yang mencakupi bukan sahaja penahanan lapar dan dahaga bahkan juga menegah diri akan pancaindera sendiri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga tahu akan hal yang mungkin akan mencacatkan pahala puasa. Bila dua perkara ini mampu diperbuat dan dipantau sebaik mungkin lalu ditambahinya lagi dengan kecekalan hati dari dilalaikan mengingati Allah dan tidak terpesona langsung dengan segala tipu daya dunia. 

Berada dikedudukan teratas ini bukankah sesuatu yang didambakan. Semua orang ingin sampai ke level ini. Namun tahap kemampuan dan persiapan yang setiap kita miliki menentukan dikedudukan mana akhirnya kita sehabis Ramadhan nanti. Yang diburu adalah keberkatan berpuasa. Apalah ertinya bila sebulan penuh berpuasa, tiada apa-apapun perubahan terhadap diri. Tanda puasa kita itu diberkati akan terpancar dengan peribadi yang terbentuk. Mampu menegah nafsu tercela bukan sekadar sehari habis dari berpuasa tapi menyampai kembali ke Ramadhan seterusnya yakni sepanjang tahun dan berkekalan pula sehingga keakhir hayat. Punyai sifat-sifat terpuji, semisalnya sifat pemurah yang sanggup membelanjakan hartanya berderma kebajikan, sifat suka membantu seikhlasnya dan juga menjauhi diri dari sifat-sifat mazmumah seperti bersifat bakhil, terlalu ikutkan hawa nafsu dan lain-lain sifat terkeji. 

Bukan mudah hendak berjaya dan tidak sesukar manapun untuk gagal. Perlumbaan mencari keredhaan dan keberkatan berpuasa baru bermula. Ibarat orang yang hendak mengambil periksaan besar dalam perjalanan kehidupan. Cukup persediaan dan pandai serta tahu mengemudi pasti akan mendatangkan kejayaan cemerlang. Begitu jugalah sebaliknya. Kegagalan dan cuma penat sahajalah yang dapat jika persediaan cuma ala kadar sahaja.

 والله علم،

Tuesday, June 14, 2016

Tarawikh Ke 5 untuk 1437H

09 JUNE 2016, 22:50
Alhamdulillah, selesai sudah bertarawikh buat kali kelima malam ni. Banyak kelainan yang diperlihatkan dan diperhatikan oleh aku. Sebelum memasuki Ramadhan, aku semacam telah ikrar impliedly untuk tidak aktif berblog tapi sukar pula rasanya. Puncanya makin hendak menjarak makin kuat dan banyak pula input untuk diperkatakan. Banyaknya cerita yang melintasi fikiran untuk diabadi yang semuanya amat mengkaiti diri. Keterlibatan secara langsung mahupun yang tidak langsung mungkin akan juga mewarnai kehidupan pembaca.


Seperti biasa, aku ke masjid seminit dua sebelum azan Isyak dikumandangkan. Malah kerap juga keluar dari rumah ketika azan sedang dikumandangkan. Hari ini adalah kali ketiga aku bertarawikh untuk hari kelima berpuasa esok(Jumaat bersamaan 10/06/2016). Malam pertama dan kedua bertarawikh aku berkesempatan memandangkan aku bertugas di shif pagi. Ahad, untuk minggu itu aku bershif pagi. Manakala, Isnin, dilanjutkan bershif pagi kerana ada promosi di Central Court yang perlu diselia. Malam ketiga dan keempat tidak berkesempatan memandangkan aku bertugas sebelah petang.

Kereta pelbagai model telah berlambak diperkarangan masjid. Bila sudah tiba lewat, aku terpaksalah mencari ruang untuk aku menyempil mana yang boleh. Berjayalah aku menyelit dibelakang Honda ditepi bangunan rumah kedai ditaman yang betul-betul bersebelahan Masjid Raudahtu Al-Jannah. Berjalanlah sedikit pantas ke Masjid. Biasanya aku kesebelah kiri ketempat wudhuk tapi untuk malam ini kesebelah kanan pula. Selepas membasahkan kaki takut terpalit habuk semasa bergerak keluar, aku bergegas menaiki tingkat 1 ke ruang solat utama. Berdiri dimuka pintu belakang menunggu. Hendak sembahyang sunat 'بعد'  isyak, rasanya tidak sempat. Ketika hendak mengenakan butang baju melayu yang sengaja tidak dikancingkan, jiran setaman memberi salam. Aziz namanya, bekerja kilang, manakala bininya Norazah bertugas di MBMB. Spontan bersalaman. Beberapa ketika kemudian, aku membuat opening remarks, mungkin ada masa lagi untuk berbual memandangkan bilal belum bersuara menyeru @ iqamat. 'Abang yang tua ke...' sambil merujuk anaknya yang berdiri disisinya. 'Ooh... bukan. Ini nombor tiga. Yang tua ada di UMP Pahang. Dah tahun akhir sikakak.' Tersenyum bersama cuba mengujudkan kemesraan berjiran memandangkan lama jugalah tidak berteguran. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugasan. Kesempatan berada dimajlis yang sama sebolehnya tidak mahu dilepaskan begitu sahaja.

Sebelum itu semasa mendaki tangga masjid, mungkin telah tertakdirkan, insan yang hanya masa ramadhan cuma terserempak sedang memapah tangga dihadapan. Melengahkan pergerakan. Bila terlihatkannya cepat pula teringatkan Ramadhan setahun yang lalu. Ketika bersebelahan bertarawikh, tangan kanannya ditarik diampu oleh tangan kirinya selepas bertakbiratul-ikram. Ketika turun bersujud pula terasa kepayahan dipandangan. Tangan kirinya yang normal terlebih dahulu menongkat lantai dan diikuti oleh tangan kanan yang seolah-olah syarat sahaja menahan lantai. Masa duduk antara dua sujud pula, aksi semasa bertakbiratul-ikram diperlihatkan dengan tangan kirinya memaut meletakkan tangan kanannya dipeha. Menguris perasaan dan menginsafkan. Terpukul aku dengan insan berpayahan ini. Usianya dipenglihatan mungkin sekitar awal 30an. Mild stroke sebelah kanan tidak sedikitpun menggugah semangatnya untuk hadir berjamaah tarawikh. Apapun kehadiran bertarawikhnya untuk tahun ini seolah memperli aku. Secara halusnya menggesa aku untuk segera hadir kemasjid dan mengingatkan agar jangan gagal berjamaah.

Begitupun, berbeza sungguh kehadiran makmum berbanding dengan malam pertama dan kedua. Keramaian ketara berkurangan. Kemana pergi, kemana menghilang bukanlah aku yang perlu risaukan. Bukankah tetamu Allah dipilih olehNya. Sesiapa juapun tidak dilarang dihalang untuk ke masjid. Malah setiap orang yang telah dewasa dan mengaku pula 'muslim' selayaknyalah berkunjungan kemasjid. Namun hakikatnya, bukan semuanya berkesempatan. Terpilih dan dipilih merupakan satu anugerah dariNya. Bukan mudah mendapatkan privilege. Hanya yang mengikut adab dan aturan seharusnyalah yang diberi hidayah. Walaupun yang duduknya bersebelahan masjid belum tentu lagi senantiasa berjamaah dimasjid apatah lagi yang berjarak kalau bukan dipilih. Isyak berjamaahku di shaf ke 5 iaitu paling akhir yang memang aku sengajakan. Sehabis memberi salam, terlihat 2 shaf dibelakang yang membentuk ketika sedang bersembahyang. Maknanya ada yang lebih lambat dan terhegeh-hegeh lagi dari diri ini untuk berjamaah. Aku kekal dikedudukkan aku.

Sebaik memulai  solat tarawikh, aku melangkah pula ke shaf ke 4. Kekal dishaf ke 4 ini sehinggalah habis 8 rakaat pertama. Phenomena yang saban tahun terjadi berulang lagi. Ramailah makmum berbondong bondong meninggalkan shaf. Bukan sahaja budak-budak muda malah yang sebaya dan sedikit senior dari aku juga turut bergerak keluar. Tetiba sahaja aku berdiri dishaf ke 2 untuk 12 rakaat seterusnya menyampaikan ke rakaat ke 20. Akhirnya aku dibaris paling depan bersama hardcore Masjid Bukit Katil yang nama rasminya Raudahtul Jannah. Berada dikalangan veteran yang rata-ratanya 60an ke 70an agak sedikit terkesan juga. Aku menyelit diantara Cikgu Saiful yang baru pulang dari hajinya musim lalu(1436H) disebelah kiri dan seorang AJK Masjid yang notable jugalah disebelah kanan aku. Hendak tergelakpun ada tapi harus serius bila bergandingan bersebelahan, lebih-lebih lagilah dishaf paling depan. Memerhatikan kelainan dari kebiasaan amat menganggu tumpuan. Ajk yang besar tinggi orangnya, mungkin cukup dan berlebihan rezekinya, punyai suara yang halus dan bersujud dengan tangan kedua-duanya seolah patung singa yang menjaga Piramid Firaun lagaknya. Sepatutnya hanya tapak tangan yang melekap kelantai dan siku berkedudukan 45 darjah tapi dia pula berlainan. Tapak tangan sehingga siku melekap kejap kelantai seolah-olah kucing sedang duduk terleku. Manakala insan disebelah kiri aku pula lain pula aksinya. Haji Saiful, asal bangsanya Cina dan berkahwin sesama guru yang lama sudah aku mengenalinya ketika Along di darjah satu ketika itu tahun 2001 di SK Permatang Duyung. Sehabis imam melafazkan surah al-fatiha serta serentak meng-amin-kan, dengan aksi geleng kepalanya sambil melafazkan kembali surah al-fatiha yang agak sedikit kuat seolah menghilangkan fokus aku juga. Entahlah, kenapa aku dihidangkan dengan situasi sebegini. Layan sahajalah. Mungkin ada isyarat yang harus aku respond. Semacam menyuruh membuat checklist akan the do's and don't tentang perkara mengenai sembahyang untuk refresh kembali.

Apapun, yang paling mengesankan adalah tazkirah pendek yang disampaikan oleh Ust. Zaharudin sebagai anchor imam mengemudi sembahyang tarawikh musim ini. Mungkin bagi setengah orang, cara dia memberi tazkirah rasanya agak kasar tapi mungkin itulah style dia menyampaikan yang tidak terbiasa bagi kebanyakkan makmum di Bukit Katil. Kali ini dia menegur cara makmum mengamin-kan. Dari sudut pandang dan pendengarannya, 'aamiin' jamaah tidak cukup kuat dan terasa lemah bunyinya. Diceritakan juga kenapa di Mesir yang diketahuinya akan imam-imam disana yang sanggup dan mampu berdiri berjam-jam lamanya membaca ayat-ayat al-quran didalam sembahyang. Rahsianya adalah dengan makmum mengaminkan dengan penuh semangat dan dengan kekuatan 'aamiin' para makmumlah memungkinkan para imamnya lebih bersemangat membacakan lebih panjang lagi akan ayat-ayat al-quran. Indirectly, dia cuba 'psycho' makmum untuk lebih mantapkan suara bila meng-aamiin-kan Fatiha yang dibacakan.

Dalam dia bertazkirah ini, term yang janggal dan tidak sepatutnya dihamburkan diulanginya beberapa kali sehinggakan banyak makmum yang bertelinga nipis mengeleng-gelengkan kepala. 'Kepala bapak dia' dan 'mazhab gila babi' menjadi 'lingo' dari cerita pendek yang disampaikannya. Advancenya ust zaharuddin ini bila dia membuat komen akan video yang tengah viral. Menurutnya, video dari indon yang melaporkan kejanggalan mengerjakan ibadah tarawikh 20 rakaat dan witir 3 rakaat cuma mengambil masa sekadar 7 minit sahaja. Aku cuma mengetahui dan menyaksikannya sendiri video yang dipost oleh rakan segrup bila pulang dari tarawikh. 'Oh ini video yang dimaksudkan' bisikku sendirian. Diulasnya video yang dilihatnya itu menurut perspektif agama sambil menarik perhatian serta tumpuan makmum akan jauhnya tersasar dari mazhab ikutan kita. Maklumat yang cuba diketengahkan berdasarkan kisah-kisah terkini yang mudah diikuti lebih berkesan buat pemahaman dan diamalkan.

                                Video yang diperbualkannya setelah diviralkan oleh netizen

Cara dia menyampaikan tazkirahnya amat aggressive. Even pada malam pertama lagi dia sudah 'test' makmum di bukit katil. Dia menyeru agar semua dapat memahami bahasa arab agar tidak terasa letih bersolat bila kita tidak memahami akan apa yang dilafazkan oleh imam. Bila memahami maka akan datangnya seronok beribadat. Amat related dengan usaha yang aku lakukan tapi tidak cukup mantap dan harus istiqamah. Dimaklumkan juga pada malam pertama lagi yang pihak mereka ada mewar-warkan kelas bahasa arab serta tahfiz buat golongan dewasa di 3 cawangan madrasah yang dikendalikan mereka. Satu Melaka dipasang banner memaklumkan.

Dipersimpangan ke Masjid Negeri

Kekiri... ke Taman Seri Duyung
Simpang Bkt Duyung Bkt Baru ... kalau terus... ke Alai kita.


Moga usaha kearah kebaikan akan mendapat sambutan dan diredhaiNya.

,ان شاء الله


Apa yang difikirkan...

02 JUNE 2016, 20:28
Sesampai dipasar pagi ini, aku menurunkan orang rumah serta pengiring-pengiring di entrance sebelah belakang. Cuti sekolah sejak Jumaat lalu, 27/05/2016, dan berterusan sehingga 12/06/2016 serta orang rumah pula yang pecah berita ke pasar hari ini pada Selasa menyebabkan ramailah yang hendak mengikut. Tambahan pula, anak buah yang sebaya Meera datang bercuti sempena cuti penggal ini dari Temerloh teringin melihat suasana pasar di Melaka setelah diprovoke sikakak untuk mengikut. Sebenarnya sikakak ni ada sahaja agenda yang dirancangnya. Apa yang pasti, bahagian akhirlah yang ditunggu-tungguinya. Breakfast di restoran yang mungkin baginya sesuatu yang happening. Apa tidaknya, menu sarapan pagi pelbagai jenis mengikut citarasa. Kalau berhenti di AMJ, order sahaja masakan goreng samada nasi mahupun mee. Andai tidak menepati selera, tersedia pula lontong, nasi lemak ataupun roti canai dan juga capati. Paling sengkekpun kuih muih yang pastinya membuka selera untuk dijamah jika masih kenyang lagi. Andai singgah di Duyung pula lagilah banyak kiosk tersedia menyediakan pelbagai sarapan pagi. Hendak rojak mee... ada. Nak cuba mee rebus lagilah menyelerakan. Lontong, bakso, goreng-goreng mee dan nasi juga tersedia. Kalau nak berat lagi, nasi ayam sedia menanti. Nasi lemak serta roti canai yang merupakan menu popular juga senang didapati dimana- mana kedai makan khasnya di Melaka. Makanya bila berkesempatan pastilah diikutnya mak dan ayah ke pasar.


Maklumlah Ahad ini kita akan 'memegang' puasa. Biasanya kalau berhenti di tangga masuk belakang ini adalah dengan hasrat mendapatkan 'daging batang pinang'. Selepas reramai turun dan berdedai masuk, aku pula mencari tempat parkir di side entrance. Menyusur seoranganlah aku di bahagian menjual buah-buahan. Sememang dan sudah macam tradisi pula, setiap kali menjelang berpuasa persiapan menyambut dan meraikannya diperlihatkan. Apapun, dalam konteks penyediaan makanan dan juadah dirasakan lebih ketara dari yang bersifat kerohanian. Lebih dulukan makan pakai dari amal ibadah dibulan puasa. Mungkin telah lama membudaya dikalangan kita dan lebih ketara lagilah pada yang kurang dalam bab keagamaan. Bila ditegur bagi kurang 'alim' ini takut cepat benarnya melenting tidak tentu pasal. Biarlah yang lebih maklum dan ber-authority menyedarkan. Bagi kita, mana yang terdaya dan lebih-lebih lagi yang dibawah tanggunggan dinasihatilah dan diperingatilah agar amalan dibulan mulia dan penuh keredhaan ini diberkati olehNya.

Apapun, melihatkan insan yang didatangkan dari 'luar negara' untuk melakukan kerja-kerja 3D yang sering terucapkan dan dimaksudkan 'Dirty, Dangerous and Difficult' oleh mereka yang berkepentingan amat menguris perasaan. Sudut pandangan antara sesama kita pastinya jarang sekali bersamaan. Kemasukan pekerja asing yang pada tanggapan kita boleh dilakukan oleh warga tempatan mungkin mampu menyeret kepada polemik yang tidak berkesudahan. Namun rezeki yang dihadirkan membuatkan kita tertanya-tanya. Kemurahan rezeki dari Allah s.w.t. tidak terfikir dan terjangkakan. Bagaimana kita melihat dan menghargai pengurniaan 'rezeki' adalah lebih dipandang disisinya. Teringat lagi masa didewan makan untuk Asrama Delima 3 & 4. Berbual-bual  ketika makan tengahhari memperkatakan antara rezeki murah dan rezeki mahal secara santai. Ada mamat budak ACCA, kalau tidak silaplah, 2 biji pisang melintang didalam tray makanan yang dipegangnya duduk bersebelahan. Yang mengenali mulalah mengutuk, ' Wah... murah rezeki dia...'. Yang lain pula mulalah berderai ketawanya. Dibalas pula mamat yang kena kutuk ni, 'Itu le... kau orang. Rezeki kau orang semuanya mahal-mahal.' sambil dia pula yang ketawa besar.

Sedang tekun mengelap lantai

Apakah yang difikirkan...

Selesai tugasan... bergerak ke tugasan seterusnya

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Kalau tidak dipecahkan ruyong masakan dapat sagunya. Berakit-rakit kehulu dan berenang-renang ketepian... dan malah banyak lagi kata-kata ransangan orang dulu-dulu dan mungkin yang akan muncul berversi baru yang segalanya terbit dari pengalaman. Biarpun begitu semangat tidak mengenal erti perit dan jemu pastinya akan menghasilkan sesuatu yang tidak pernah terjangkakan. Rezeki jika Allah hendak beri pada seseorang tidak kira bila harinya, atau dimana tempatnya dan pada bila usianya. Bersyukur dan berterimakasihlah kepada yang memberi.

Monday, June 13, 2016

Pantai Kundur... Pantai Puteri

Pertama kali menyusurinya pada 22/05/2016 bersamaan hari Ahad. Sejak kemasukkan Yusree ke MRSM Terendak dihari pendaftaran pada 15/02/2016 dan hampir setiap minggu mengunjunginya, nama pantai puteri asyik disebut-sebut. Kalau tidak sianak, mamanya pula yang menyebut.

Masa menjengah menziarah Ucee dimaktab, laluan baliknya biasanya aku akan alternate-kan antara AMJ dengan laluan lama. Jika bercuti, selalunya akan menyusuri jalan lama sambil mengimbau laluan yang pernah aku lewati ketika bujangan dahulu. Pandangan masing-masing pastinyalah berbeza. Walaupun sekereta berpergian, sudut pandang serta kenangan yang diimbaukan oleh 'fizikal' bangunan serta tempat yang terlihatkan kini punyai nilai sentimentalnya yang tersendiri. Masing-masing punyai versi masing-masing. Andai aku bertugas petang pula atau ada urusan lainnya maka laluan baru AMJ menjadi pilihan. Masa perjalanan lebih singkat dengan laluan lurusnya.

Diawal April yang lalu, kakak dan adik ipar dengan keluarga masing-masing telah berkelah di Pantai Puteri' setelah beberapa kali tergendala. Kesempatan bersama seolah mengadakan 'family gathering' dengan sekeluarga keluar berkelah tanpa aku. Mamanya mengambil kesempatan bila along bercuti Ahad untuk menjadi 'pilot' ke pantai. Balaik sahaja kerumah, macam-macam ceritalah dimaklumkan. Tentulah seronok bila berkumpul bersama sambil makan-makan dipantai dengan dimeriahkan lagi dengan anak masing-masing. Itu baru melibatkan 3 keluarga. Andai 12 keluarga dengan purata 4 anak setiap keluarga yang berkumpul, tentulah gamat suasana. Mahu riuh rendah jadinya.

Makanya setiap kali melewati laluan lama dan menyampaikan simpang ke pantai puteri, setiap kali itulah, meera dan kekadang yaseer memaklumkan jalan yang dilalui mereka dahulu kepantai.
Aku buat-buat terrkejut sahaja, 'Oooh... ye ke? sambil bergerak melepasi simpang masuk ke pantai puteri menuju Klebang. Namun pada kesempatan Ahad ini dimana aku bercuti serta selesai Asarku berjamaah di Masjid As-Syuhada di Terendak Camp, harapan mereka untuk melihat pemandangan diwaktu petang akan suasana pantai tidak aku hampakan. Meera mengeluh merunggut di seat belakang, 'Penat aje ikut... tak dapat tengok pantai.' Mama dia pula memujuk merayu, 'Ala... bang, ikutkan aje mahunya...'. Aku buat selamba sahaja sehinggalah sampai ke trafik light dipersimpangan ke Bukit Rambai.

Rasa bersalah pula mendatangi diri. Menghampakan harapan orang amat tidak digalakkan. Sebaik bergerak melepasi lampu isyarat, aku bertanyakan laluan lain ke pantai kepada orang rumah. Segeralah dia menunjukkan dengan penuh yakin akan laluan pintas ke pantai. Laluan yang baru pertama kali aku jejaki setelah umur melepasi 50. Lorong kecil ini menemukan aku dengan Sekolah Cina 'Poh lan' tersergam indah didalam perkampungan melayu. Malah pintu utamanya betul-betul bertentangan dengan rumah melayu dengan berjarakkan cuma selebar lorong yang tiada berbahu jalan. Masih bersangka baik, walaupun aku cuak juga sambil menanyai lagi, 'Betul ke... jalan ni.' Orang rumah masih meyakini yang laluan ini akan menemukan pantai. Bila menyampai jalan bersimpang, diapun tidak pasti mana arah yang patut diambil. Kekiri ke atau ke kanan. 'Ragu-ragu... anda boleh pulang', tetiba sahaja terkenangkan pantun dua kerat terpampang megah dipintu memasuki Sg. Udang Camp. Orang rumah sudah mula pakai tunjuk sahaja. Aku pula seperti sudah kena main, ikutkan sahaja. Nampaknya kita telah jauh tersesat bila laluan dicelah-clah pokok getah berakhir diperkarangan rumah orang. Kita hendak pergi mana sebenarnya sambil mengingatkan orang rumah seraya berpatah keluar. Macammana ni... co-pilot. Maklumat jalanpun tidak tepat ini. Dia terdiam tergamam. Kita sudah sesatlah ni sambil tertawa kecil. Aku ambil keputusan berpatah balik kejalan besar menuju ke simpang masuk ke pantai puteri.

Sebaik sahaja membelok kiri susur masuk ke Pantai Puteri, masing-masing mulalah bercerita seronoknya berkelah pertengahan April lalu. Aku tidak menghiraukan cakapan pengalaman yang tidak melibatkan aku. Malah aku sendiri tenggelam dalam kenangan yang pernah aku lihat dan dengari ketika diawal 80an dahulu. Masa itu sekitar pertengahan tahun 1980an, isu pengambilan tanah orang kampong oleh kerajaan negeri mula memuncak. Tidak pernah terdengar sebelum itu akan ke-mengamukkan orang melaka berdemontrasi meluahkan rasa ketidakpuasan hati. Hujung pangkal isu tidaklah aku maklum sangat tapi perkara yang utama dan lebih dekat dengan mereka yang terlibat adalah mengenai pengambilan tanah yang turun menurun diwarisi akan diambilalih oleh kerajaan negeri Melaka. Mana tidak mengamuknya. Siapa- siapa sahaja pasti terkesan punya.

Siapa pula yang suka berubah kehidupan yang selama ini sebati dijalani dan tiba-tiba diarahkan pula untuk mengosongkan tanah pusaka. Ketika itu lepas tamat bersekolah serta masih tercangak-cangak akan arahtuju yang harus diambil serta punyai banyak ruang masa membuatkan aku longkah sahaja hendak melihat kesan dari demonstrasi yang terjadi. Seminggu selepas peristiwa berlaku, aku dengan sepupu yang punyai kawan dikampung tanah merah itu diajak melihat sekitar pantai yang menjadi isu. Menunggang motor kesana. Ditunjukkan oleh rakan sekolah sepupu aku akan tempat berlakunya 'rusuhan' atau luahan perasaan ketidakpuasan hati orang kampung dia. Bagi kami yang datang mendengar hanyalah sekadar bersimpati dan tidak lebih dari itu. Dari kejauhan terlihatlah deburan ombak menghampiri ketengah hari itu menghempas keatas batu-batu besar yang bertaburan dipantainya. Betapapun cekalnya batuan merah granite menahan terjahan ombak selama ini dan berzaman berlalu maka akan sampai ketikanya nanti yang tidak berapa lama lagi akan tidak terdayanya lagi menahan terjahan ombak yang makin mengila bilamana akan tetap dibangunkan walaupun mendapat bantahan. Suara-suara kecil yang tidak diumpamakan amat mengecewakan penduduk setempat. Hakikat harus diterima juga. Pembangunan yang didatangkan kononnya bakal memberi peluang rezeki kepada penduduk setempat. Janji yang dihamburkan serta pampasan yang akan diterima tidak memberi ruang untuk mereka menolak walaupun mereka sedar keburukannya adalah lebih dari manfaat yang dijanjikan. 
Batu 9... Pantai Kundur. Sekadar merenung ajelah



Itu dahulu dan menjadi kenangan. Setelah Petronas Penapisan(Melaka) Sdn Bhd yang tarikh di-incorporated-kan pada 19/09/1987, dan berbangga dengan pencapaiannya kini aku lewati. Itupun setelah lebih 20 tahun berlalu. Macam-macam ada. Jauh bezanya dari dahulu. Cumanya limpahan rezeki dari ujudnya kompleks oil refinery ini tidak ketara sangat kepada penduduk setempat. Masih ada lagi orang kampung melanggai udang. Banyak bot-bot nelayan bersidai di tepi pantai yang tidak terjaga kebersihannya. Pendekkata aktiviti penduduk tidak banyak berubah walaupun berdiri dengan megahnya kompleks penapisan berhampiran. Beberapa foto yang aku ambil sekadar untuk dijadikan kenangan setelah lebih 20 tahun peristiwa ini berlaku.  

Dari kejauhan... dilokasi berdepan jalan ke Kg. Pantai Rombang


Lebih jelas lagi... didepan Rumah anak yatim Sultan Salahuddin