Wednesday, June 22, 2016

Berakhirnya Syaaban... menjelma kini Ramadhan

05 JUNE 2016, 20:05 

Isyak berjamaah dinantikan setelah selesai Maghribku dirumah. Bersiap-siaplah ke masjid selagi berkesempatan. Andai tidak mampu dan berupaya lagi maka berserahlah kepada yang Esa menentukan. Biarpun jika begitu akhirnya dengan terkapar terlantar dipembaringan segalanya harus ditempuh juga. Selagi termampu dan masih diberi ruang dan peluang untuk berbuat sesuatu yang bermanfaat maka tidak patutlah persia-siakan. Masa hidup akan terus menuju detik akhirnya iaitu saat kematian. Tiada terhenti sesaatpun apatah lagi berundur malah akan terus berdetik mengikut kiraan walau apapun yang terjadi dan dilakukan. Baikkah yang dibuat atau burukkah yang dipilih oleh tingkahlaku seseorang, perjalanan menuju saat kematian sedikitpun tidak tergugat. Terpulanglah bagi individu itu sendiri yang menilai dan memilih corak kehidupan. 

Bertemu kembali dengan Ramadhan merupakan anugerah dariNya untuk kita. Mempersiakan kedatangan Ramadhan adalah sesuatu yang malang dalam kehidupan. Adakah kita mengetahui apa lebihnya bulan yang istimewa ini berbanding dengan sebelas bulan yang lainnya. Seharusnyalah kita menyemak kembali akan peripentingnya bulan Ramadhan serta kelebihan-kelebihan yang hadir bersamanya. Setiap orang pastinya sedikit sebanyak mengetahuinya. Apa yang lebih menonjol adalah malam al-qadr. Suatu malam yang misteri bagi yang menantinya yang tiada sesiapapun mengetahui bila harinya yang pasti muncul. Ibarat orang berniaga lagaknya, semua inginkan untung. Andai menemuinya tentulah bertuah badan kerana setiap yang dilakukan pada kemunculannya dinisbahkan kepada 1000 bulan. Gandaan yang bersamaan 83 tahun dan berbaki 4 bulan ini menjadi pemangkin untuk orang berpuasa menekuni beribadat. Maksud terselindung akan malam yang ditunggu-tunggui ini rasanya tidak semua mengetahui dan juga tidak semua akan bertemu dengannya. Pastinyalah mereka yang terpilih sahajalah yang diberi keistimewaan. Begitupun, kemurahan rahmat dan rahim Allah meliputi seluruh alam. Tiada menjadi kesalahan buat sesiapapun mengharapkan rahmah dan rahimNya. Semua kita ni adalah hambaNya. Lambat cepatnya dimakbulkan atau tidak dibalasi didunia adalah hak mutlakNya. Namun begitu kita perlulah mengikuti adab-adab yang dianjurkan mengikut sunnah Rasulullah. 

Pun begitu, tidak semua orang yang mampu dan senantiasa istiqamah menuju matlamat yang dihajati. Ada sahaja halangan dan ujian yang seharusnya ditempuhi dan harus pula dilepasi dengan cara yang terbaik demi memastikan kejayaan, andai berhasillah, adalah sesuatu yang selayaknya untuk diterima. Kejayaan yang diraih bukan atas dasar simpati sahaja tapi dipupuk sekian lama dan mengikuti aturan yang ditetapkan serta ikhlas pula melakukannya adalah kejayaan sebenar. Godaan dan segala bagai hal melalaikan sering mendatangi diri. Amat nyatalah kekuatan diri dengan ilmu yang mantap dapat mengatasi dugaan yang hadirnya tidak tersangkakan. 

Tanyalah kepada mereka yang berjaya mengatasi rintangan kehidupan serta selesa dipandangan mata. Apakah nanti kita sanggup mengikuti setiap langkahan yang diambil serta bertahun berdisiplin melakukannya. Memang naluri manusia amnya inginkan yang terbaik. Hasil usaha dengan gigihnya berusaha adalah 2 perkara yang berbeza. Pertamanya adalah 'by-product' atau dapatan dari tekun gigih serta tidak mudah mengalah menuju matlamat. Manakala yang keduanya adalah perancangan berpandukan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki serta diperolehi selama ini.

Menyentuhi hal peribadatan puasa yang akan dilaksanakan sebulan lamanya ini perlu dilihat dari sudut yang betul. Setakat berpuasa menahan lapar dan dahaga sahaja telah diklasifikasikan sebagai puasa orang awam. Selagi tidak dijaga 7 perkara untuk digrupkan kepada puasa khusus maka seseorang akan kekal dalam level pertama sahaja malahan jauh bertentangan dengan yang dianjurkan. Kita diperingatkan agar menjaga pandangan, pendengaran, pertuturan, perbuatan tangan, pengisian perut, kemaluan dan juga langkahan kaki dengan sesempurna mungkin demi melayakkan dikategorikan di level kedua pula. Peringkat tertinggi lagilah memerlukan daya juang yang lebih besar sebolehnya menghampiri taraf wali. Puasa khusus al-khusus yang mencakupi bukan sahaja penahanan lapar dan dahaga bahkan juga menegah diri akan pancaindera sendiri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga tahu akan hal yang mungkin akan mencacatkan pahala puasa. Bila dua perkara ini mampu diperbuat dan dipantau sebaik mungkin lalu ditambahinya lagi dengan kecekalan hati dari dilalaikan mengingati Allah dan tidak terpesona langsung dengan segala tipu daya dunia. 

Berada dikedudukan teratas ini bukankah sesuatu yang didambakan. Semua orang ingin sampai ke level ini. Namun tahap kemampuan dan persiapan yang setiap kita miliki menentukan dikedudukan mana akhirnya kita sehabis Ramadhan nanti. Yang diburu adalah keberkatan berpuasa. Apalah ertinya bila sebulan penuh berpuasa, tiada apa-apapun perubahan terhadap diri. Tanda puasa kita itu diberkati akan terpancar dengan peribadi yang terbentuk. Mampu menegah nafsu tercela bukan sekadar sehari habis dari berpuasa tapi menyampai kembali ke Ramadhan seterusnya yakni sepanjang tahun dan berkekalan pula sehingga keakhir hayat. Punyai sifat-sifat terpuji, semisalnya sifat pemurah yang sanggup membelanjakan hartanya berderma kebajikan, sifat suka membantu seikhlasnya dan juga menjauhi diri dari sifat-sifat mazmumah seperti bersifat bakhil, terlalu ikutkan hawa nafsu dan lain-lain sifat terkeji. 

Bukan mudah hendak berjaya dan tidak sesukar manapun untuk gagal. Perlumbaan mencari keredhaan dan keberkatan berpuasa baru bermula. Ibarat orang yang hendak mengambil periksaan besar dalam perjalanan kehidupan. Cukup persediaan dan pandai serta tahu mengemudi pasti akan mendatangkan kejayaan cemerlang. Begitu jugalah sebaliknya. Kegagalan dan cuma penat sahajalah yang dapat jika persediaan cuma ala kadar sahaja.

 والله علم،

Tuesday, June 14, 2016

Tarawikh Ke 5 untuk 1437H

09 JUNE 2016, 22:50
Alhamdulillah, selesai sudah bertarawikh buat kali kelima malam ni. Banyak kelainan yang diperlihatkan dan diperhatikan oleh aku. Sebelum memasuki Ramadhan, aku semacam telah ikrar impliedly untuk tidak aktif berblog tapi sukar pula rasanya. Puncanya makin hendak menjarak makin kuat dan banyak pula input untuk diperkatakan. Banyaknya cerita yang melintasi fikiran untuk diabadi yang semuanya amat mengkaiti diri. Keterlibatan secara langsung mahupun yang tidak langsung mungkin akan juga mewarnai kehidupan pembaca.


Seperti biasa, aku ke masjid seminit dua sebelum azan Isyak dikumandangkan. Malah kerap juga keluar dari rumah ketika azan sedang dikumandangkan. Hari ini adalah kali ketiga aku bertarawikh untuk hari kelima berpuasa esok(Jumaat bersamaan 10/06/2016). Malam pertama dan kedua bertarawikh aku berkesempatan memandangkan aku bertugas di shif pagi. Ahad, untuk minggu itu aku bershif pagi. Manakala, Isnin, dilanjutkan bershif pagi kerana ada promosi di Central Court yang perlu diselia. Malam ketiga dan keempat tidak berkesempatan memandangkan aku bertugas sebelah petang.

Kereta pelbagai model telah berlambak diperkarangan masjid. Bila sudah tiba lewat, aku terpaksalah mencari ruang untuk aku menyempil mana yang boleh. Berjayalah aku menyelit dibelakang Honda ditepi bangunan rumah kedai ditaman yang betul-betul bersebelahan Masjid Raudahtu Al-Jannah. Berjalanlah sedikit pantas ke Masjid. Biasanya aku kesebelah kiri ketempat wudhuk tapi untuk malam ini kesebelah kanan pula. Selepas membasahkan kaki takut terpalit habuk semasa bergerak keluar, aku bergegas menaiki tingkat 1 ke ruang solat utama. Berdiri dimuka pintu belakang menunggu. Hendak sembahyang sunat 'بعد'  isyak, rasanya tidak sempat. Ketika hendak mengenakan butang baju melayu yang sengaja tidak dikancingkan, jiran setaman memberi salam. Aziz namanya, bekerja kilang, manakala bininya Norazah bertugas di MBMB. Spontan bersalaman. Beberapa ketika kemudian, aku membuat opening remarks, mungkin ada masa lagi untuk berbual memandangkan bilal belum bersuara menyeru @ iqamat. 'Abang yang tua ke...' sambil merujuk anaknya yang berdiri disisinya. 'Ooh... bukan. Ini nombor tiga. Yang tua ada di UMP Pahang. Dah tahun akhir sikakak.' Tersenyum bersama cuba mengujudkan kemesraan berjiran memandangkan lama jugalah tidak berteguran. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugasan. Kesempatan berada dimajlis yang sama sebolehnya tidak mahu dilepaskan begitu sahaja.

Sebelum itu semasa mendaki tangga masjid, mungkin telah tertakdirkan, insan yang hanya masa ramadhan cuma terserempak sedang memapah tangga dihadapan. Melengahkan pergerakan. Bila terlihatkannya cepat pula teringatkan Ramadhan setahun yang lalu. Ketika bersebelahan bertarawikh, tangan kanannya ditarik diampu oleh tangan kirinya selepas bertakbiratul-ikram. Ketika turun bersujud pula terasa kepayahan dipandangan. Tangan kirinya yang normal terlebih dahulu menongkat lantai dan diikuti oleh tangan kanan yang seolah-olah syarat sahaja menahan lantai. Masa duduk antara dua sujud pula, aksi semasa bertakbiratul-ikram diperlihatkan dengan tangan kirinya memaut meletakkan tangan kanannya dipeha. Menguris perasaan dan menginsafkan. Terpukul aku dengan insan berpayahan ini. Usianya dipenglihatan mungkin sekitar awal 30an. Mild stroke sebelah kanan tidak sedikitpun menggugah semangatnya untuk hadir berjamaah tarawikh. Apapun kehadiran bertarawikhnya untuk tahun ini seolah memperli aku. Secara halusnya menggesa aku untuk segera hadir kemasjid dan mengingatkan agar jangan gagal berjamaah.

Begitupun, berbeza sungguh kehadiran makmum berbanding dengan malam pertama dan kedua. Keramaian ketara berkurangan. Kemana pergi, kemana menghilang bukanlah aku yang perlu risaukan. Bukankah tetamu Allah dipilih olehNya. Sesiapa juapun tidak dilarang dihalang untuk ke masjid. Malah setiap orang yang telah dewasa dan mengaku pula 'muslim' selayaknyalah berkunjungan kemasjid. Namun hakikatnya, bukan semuanya berkesempatan. Terpilih dan dipilih merupakan satu anugerah dariNya. Bukan mudah mendapatkan privilege. Hanya yang mengikut adab dan aturan seharusnyalah yang diberi hidayah. Walaupun yang duduknya bersebelahan masjid belum tentu lagi senantiasa berjamaah dimasjid apatah lagi yang berjarak kalau bukan dipilih. Isyak berjamaahku di shaf ke 5 iaitu paling akhir yang memang aku sengajakan. Sehabis memberi salam, terlihat 2 shaf dibelakang yang membentuk ketika sedang bersembahyang. Maknanya ada yang lebih lambat dan terhegeh-hegeh lagi dari diri ini untuk berjamaah. Aku kekal dikedudukkan aku.

Sebaik memulai  solat tarawikh, aku melangkah pula ke shaf ke 4. Kekal dishaf ke 4 ini sehinggalah habis 8 rakaat pertama. Phenomena yang saban tahun terjadi berulang lagi. Ramailah makmum berbondong bondong meninggalkan shaf. Bukan sahaja budak-budak muda malah yang sebaya dan sedikit senior dari aku juga turut bergerak keluar. Tetiba sahaja aku berdiri dishaf ke 2 untuk 12 rakaat seterusnya menyampaikan ke rakaat ke 20. Akhirnya aku dibaris paling depan bersama hardcore Masjid Bukit Katil yang nama rasminya Raudahtul Jannah. Berada dikalangan veteran yang rata-ratanya 60an ke 70an agak sedikit terkesan juga. Aku menyelit diantara Cikgu Saiful yang baru pulang dari hajinya musim lalu(1436H) disebelah kiri dan seorang AJK Masjid yang notable jugalah disebelah kanan aku. Hendak tergelakpun ada tapi harus serius bila bergandingan bersebelahan, lebih-lebih lagilah dishaf paling depan. Memerhatikan kelainan dari kebiasaan amat menganggu tumpuan. Ajk yang besar tinggi orangnya, mungkin cukup dan berlebihan rezekinya, punyai suara yang halus dan bersujud dengan tangan kedua-duanya seolah patung singa yang menjaga Piramid Firaun lagaknya. Sepatutnya hanya tapak tangan yang melekap kelantai dan siku berkedudukan 45 darjah tapi dia pula berlainan. Tapak tangan sehingga siku melekap kejap kelantai seolah-olah kucing sedang duduk terleku. Manakala insan disebelah kiri aku pula lain pula aksinya. Haji Saiful, asal bangsanya Cina dan berkahwin sesama guru yang lama sudah aku mengenalinya ketika Along di darjah satu ketika itu tahun 2001 di SK Permatang Duyung. Sehabis imam melafazkan surah al-fatiha serta serentak meng-amin-kan, dengan aksi geleng kepalanya sambil melafazkan kembali surah al-fatiha yang agak sedikit kuat seolah menghilangkan fokus aku juga. Entahlah, kenapa aku dihidangkan dengan situasi sebegini. Layan sahajalah. Mungkin ada isyarat yang harus aku respond. Semacam menyuruh membuat checklist akan the do's and don't tentang perkara mengenai sembahyang untuk refresh kembali.

Apapun, yang paling mengesankan adalah tazkirah pendek yang disampaikan oleh Ust. Zaharudin sebagai anchor imam mengemudi sembahyang tarawikh musim ini. Mungkin bagi setengah orang, cara dia memberi tazkirah rasanya agak kasar tapi mungkin itulah style dia menyampaikan yang tidak terbiasa bagi kebanyakkan makmum di Bukit Katil. Kali ini dia menegur cara makmum mengamin-kan. Dari sudut pandang dan pendengarannya, 'aamiin' jamaah tidak cukup kuat dan terasa lemah bunyinya. Diceritakan juga kenapa di Mesir yang diketahuinya akan imam-imam disana yang sanggup dan mampu berdiri berjam-jam lamanya membaca ayat-ayat al-quran didalam sembahyang. Rahsianya adalah dengan makmum mengaminkan dengan penuh semangat dan dengan kekuatan 'aamiin' para makmumlah memungkinkan para imamnya lebih bersemangat membacakan lebih panjang lagi akan ayat-ayat al-quran. Indirectly, dia cuba 'psycho' makmum untuk lebih mantapkan suara bila meng-aamiin-kan Fatiha yang dibacakan.

Dalam dia bertazkirah ini, term yang janggal dan tidak sepatutnya dihamburkan diulanginya beberapa kali sehinggakan banyak makmum yang bertelinga nipis mengeleng-gelengkan kepala. 'Kepala bapak dia' dan 'mazhab gila babi' menjadi 'lingo' dari cerita pendek yang disampaikannya. Advancenya ust zaharuddin ini bila dia membuat komen akan video yang tengah viral. Menurutnya, video dari indon yang melaporkan kejanggalan mengerjakan ibadah tarawikh 20 rakaat dan witir 3 rakaat cuma mengambil masa sekadar 7 minit sahaja. Aku cuma mengetahui dan menyaksikannya sendiri video yang dipost oleh rakan segrup bila pulang dari tarawikh. 'Oh ini video yang dimaksudkan' bisikku sendirian. Diulasnya video yang dilihatnya itu menurut perspektif agama sambil menarik perhatian serta tumpuan makmum akan jauhnya tersasar dari mazhab ikutan kita. Maklumat yang cuba diketengahkan berdasarkan kisah-kisah terkini yang mudah diikuti lebih berkesan buat pemahaman dan diamalkan.

                                Video yang diperbualkannya setelah diviralkan oleh netizen

Cara dia menyampaikan tazkirahnya amat aggressive. Even pada malam pertama lagi dia sudah 'test' makmum di bukit katil. Dia menyeru agar semua dapat memahami bahasa arab agar tidak terasa letih bersolat bila kita tidak memahami akan apa yang dilafazkan oleh imam. Bila memahami maka akan datangnya seronok beribadat. Amat related dengan usaha yang aku lakukan tapi tidak cukup mantap dan harus istiqamah. Dimaklumkan juga pada malam pertama lagi yang pihak mereka ada mewar-warkan kelas bahasa arab serta tahfiz buat golongan dewasa di 3 cawangan madrasah yang dikendalikan mereka. Satu Melaka dipasang banner memaklumkan.

Dipersimpangan ke Masjid Negeri

Kekiri... ke Taman Seri Duyung
Simpang Bkt Duyung Bkt Baru ... kalau terus... ke Alai kita.


Moga usaha kearah kebaikan akan mendapat sambutan dan diredhaiNya.

,ان شاء الله


Apa yang difikirkan...

02 JUNE 2016, 20:28
Sesampai dipasar pagi ini, aku menurunkan orang rumah serta pengiring-pengiring di entrance sebelah belakang. Cuti sekolah sejak Jumaat lalu, 27/05/2016, dan berterusan sehingga 12/06/2016 serta orang rumah pula yang pecah berita ke pasar hari ini pada Selasa menyebabkan ramailah yang hendak mengikut. Tambahan pula, anak buah yang sebaya Meera datang bercuti sempena cuti penggal ini dari Temerloh teringin melihat suasana pasar di Melaka setelah diprovoke sikakak untuk mengikut. Sebenarnya sikakak ni ada sahaja agenda yang dirancangnya. Apa yang pasti, bahagian akhirlah yang ditunggu-tungguinya. Breakfast di restoran yang mungkin baginya sesuatu yang happening. Apa tidaknya, menu sarapan pagi pelbagai jenis mengikut citarasa. Kalau berhenti di AMJ, order sahaja masakan goreng samada nasi mahupun mee. Andai tidak menepati selera, tersedia pula lontong, nasi lemak ataupun roti canai dan juga capati. Paling sengkekpun kuih muih yang pastinya membuka selera untuk dijamah jika masih kenyang lagi. Andai singgah di Duyung pula lagilah banyak kiosk tersedia menyediakan pelbagai sarapan pagi. Hendak rojak mee... ada. Nak cuba mee rebus lagilah menyelerakan. Lontong, bakso, goreng-goreng mee dan nasi juga tersedia. Kalau nak berat lagi, nasi ayam sedia menanti. Nasi lemak serta roti canai yang merupakan menu popular juga senang didapati dimana- mana kedai makan khasnya di Melaka. Makanya bila berkesempatan pastilah diikutnya mak dan ayah ke pasar.


Maklumlah Ahad ini kita akan 'memegang' puasa. Biasanya kalau berhenti di tangga masuk belakang ini adalah dengan hasrat mendapatkan 'daging batang pinang'. Selepas reramai turun dan berdedai masuk, aku pula mencari tempat parkir di side entrance. Menyusur seoranganlah aku di bahagian menjual buah-buahan. Sememang dan sudah macam tradisi pula, setiap kali menjelang berpuasa persiapan menyambut dan meraikannya diperlihatkan. Apapun, dalam konteks penyediaan makanan dan juadah dirasakan lebih ketara dari yang bersifat kerohanian. Lebih dulukan makan pakai dari amal ibadah dibulan puasa. Mungkin telah lama membudaya dikalangan kita dan lebih ketara lagilah pada yang kurang dalam bab keagamaan. Bila ditegur bagi kurang 'alim' ini takut cepat benarnya melenting tidak tentu pasal. Biarlah yang lebih maklum dan ber-authority menyedarkan. Bagi kita, mana yang terdaya dan lebih-lebih lagi yang dibawah tanggunggan dinasihatilah dan diperingatilah agar amalan dibulan mulia dan penuh keredhaan ini diberkati olehNya.

Apapun, melihatkan insan yang didatangkan dari 'luar negara' untuk melakukan kerja-kerja 3D yang sering terucapkan dan dimaksudkan 'Dirty, Dangerous and Difficult' oleh mereka yang berkepentingan amat menguris perasaan. Sudut pandangan antara sesama kita pastinya jarang sekali bersamaan. Kemasukan pekerja asing yang pada tanggapan kita boleh dilakukan oleh warga tempatan mungkin mampu menyeret kepada polemik yang tidak berkesudahan. Namun rezeki yang dihadirkan membuatkan kita tertanya-tanya. Kemurahan rezeki dari Allah s.w.t. tidak terfikir dan terjangkakan. Bagaimana kita melihat dan menghargai pengurniaan 'rezeki' adalah lebih dipandang disisinya. Teringat lagi masa didewan makan untuk Asrama Delima 3 & 4. Berbual-bual  ketika makan tengahhari memperkatakan antara rezeki murah dan rezeki mahal secara santai. Ada mamat budak ACCA, kalau tidak silaplah, 2 biji pisang melintang didalam tray makanan yang dipegangnya duduk bersebelahan. Yang mengenali mulalah mengutuk, ' Wah... murah rezeki dia...'. Yang lain pula mulalah berderai ketawanya. Dibalas pula mamat yang kena kutuk ni, 'Itu le... kau orang. Rezeki kau orang semuanya mahal-mahal.' sambil dia pula yang ketawa besar.

Sedang tekun mengelap lantai

Apakah yang difikirkan...

Selesai tugasan... bergerak ke tugasan seterusnya

Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Kalau tidak dipecahkan ruyong masakan dapat sagunya. Berakit-rakit kehulu dan berenang-renang ketepian... dan malah banyak lagi kata-kata ransangan orang dulu-dulu dan mungkin yang akan muncul berversi baru yang segalanya terbit dari pengalaman. Biarpun begitu semangat tidak mengenal erti perit dan jemu pastinya akan menghasilkan sesuatu yang tidak pernah terjangkakan. Rezeki jika Allah hendak beri pada seseorang tidak kira bila harinya, atau dimana tempatnya dan pada bila usianya. Bersyukur dan berterimakasihlah kepada yang memberi.

Monday, June 13, 2016

Pantai Kundur... Pantai Puteri

Pertama kali menyusurinya pada 22/05/2016 bersamaan hari AhadSejak kemasukkan Yusree ke MRSM Terendak dihari pendaftaran pada 15/02/2016 dan hampir setiap minggu mengunjunginya, nama pantai puteri asyik disebut-sebut. Kalau tidak sianak, mamanya pula yang menyebut.

Masa menjengah menziarah Ucee dimaktab, laluan baliknya biasanya aku akan alternate-kan antara AMJ dengan laluan lama. Jika bercuti, selalunya akan menyusuri jalan lama sambil mengimbau laluan yang pernah aku lewati ketika bujangan dahulu. Pandangan masing-masing pastinyalah berbeza. Walaupun sekereta berpergian, sudut pandang serta kenangan yang diimbaukan oleh 'fizikal' bangunan serta tempat yang terlihatkan kini punyai nilai sentimentalnya yang tersendiri. Masing-masing punyai versi masing-masing. Andai aku bertugas petang pula atau ada urusan lainnya maka laluan baru AMJ menjadi pilihan. Masa perjalanan lebih singkat dengan laluan lurusnya.

Diawal April yang lalu, kakak dan adik ipar dengan keluarga masing-masing telah berkelah di Pantai Puteri' setelah beberapa kali tergendala. Kesempatan bersama seolah mengadakan 'family gathering' dengan sekeluarga keluar berkelah tanpa aku. Mamanya mengambil kesempatan bila along bercuti Ahad untuk menjadi 'pilot' ke pantai. Balaik sahaja kerumah, macam-macam ceritalah dimaklumkan. Tentulah seronok bila berkumpul bersama sambil makan-makan dipantai dengan dimeriahkan lagi dengan anak masing-masing. Itu baru melibatkan 3 keluarga. Andai 12 keluarga dengan purata 4 anak setiap keluarga yang berkumpul, tentulah gamat suasana. Mahu riuh rendah jadinya.

Makanya setiap kali melewati laluan lama dan menyampaikan simpang ke pantai puteri, setiap kali itulah, meera dan kekadang yaseer memaklumkan jalan yang dilalui mereka dahulu kepantai.
Aku buat-buat terrkejut sahaja, 'Oooh... ye ke? sambil bergerak melepasi simpang masuk ke pantai puteri menuju Klebang. Namun pada kesempatan Ahad ini dimana aku bercuti serta selesai Asarku berjamaah di Masjid As-Syuhada di Terendak Camp, harapan mereka untuk melihat pemandangan diwaktu petang akan suasana pantai tidak aku hampakan. Meera mengeluh merunggut di seat belakang, 'Penat aje ikut... tak dapat tengok pantai.' Mama dia pula memujuk merayu, 'Ala... bang, ikutkan aje mahunya...'. Aku buat selamba sahaja sehinggalah sampai ke trafik light dipersimpangan ke Bukit Rambai.

Rasa bersalah pula mendatangi diri. Menghampakan harapan orang amat tidak digalakkan. Sebaik bergerak melepasi lampu isyarat, aku bertanyakan laluan lain ke pantai kepada orang rumah. Segeralah dia menunjukkan dengan penuh yakin akan laluan pintas ke pantai. Laluan yang baru pertama kali aku jejaki setelah umur melepasi 50. Lorong kecil ini menemukan aku dengan Sekolah Cina 'Poh lan' tersergam indah didalam perkampungan melayu. Malah pintu utamanya betul-betul bertentangan dengan rumah melayu dengan berjarakkan cuma selebar lorong yang tiada berbahu jalan. Masih bersangka baik, walaupun aku cuak juga sambil menanyai lagi, 'Betul ke... jalan ni.' Orang rumah masih meyakini yang laluan ini akan menemukan pantai. Bila menyampai jalan bersimpang, diapun tidak pasti mana arah yang patut diambil. Kekiri ke atau ke kanan. 'Ragu-ragu... anda boleh pulang', tetiba sahaja terkenangkan pantun dua kerat terpampang megah dipintu memasuki Sg. Udang Camp. Orang rumah sudah mula pakai tunjuk sahaja. Aku pula seperti sudah kena main, ikutkan sahaja. Nampaknya kita telah jauh tersesat bila laluan dicelah-clah pokok getah berakhir diperkarangan rumah orang. Kita hendak pergi mana sebenarnya sambil mengingatkan orang rumah seraya berpatah keluar. Macammana ni... co-pilot. Maklumat jalanpun tidak tepat ini. Dia terdiam tergamam. Kita sudah sesatlah ni sambil tertawa kecil. Aku ambil keputusan berpatah balik kejalan besar menuju ke simpang masuk ke pantai puteri.

Sebaik sahaja membelok kiri susur masuk ke Pantai Puteri, masing-masing mulalah bercerita seronoknya berkelah pertengahan April lalu. Aku tidak menghiraukan cakapan pengalaman yang tidak melibatkan aku. Malah aku sendiri tenggelam dalam kenangan yang pernah aku lihat dan dengari ketika diawal 80an dahulu. Masa itu sekitar pertengahan tahun 1980an, isu pengambilan tanah orang kampong oleh kerajaan negeri mula memuncak. Tidak pernah terdengar sebelum itu akan ke-mengamukkan orang melaka berdemontrasi meluahkan rasa ketidakpuasan hati. Hujung pangkal isu tidaklah aku maklum sangat tapi perkara yang utama dan lebih dekat dengan mereka yang terlibat adalah mengenai pengambilan tanah yang turun menurun diwarisi akan diambilalih oleh kerajaan negeri Melaka. Mana tidak mengamuknya. Siapa- siapa sahaja pasti terkesan punya.

Siapa pula yang suka berubah kehidupan yang selama ini sebati dijalani dan tiba-tiba diarahkan pula untuk mengosongkan tanah pusaka. Ketika itu lepas tamat bersekolah serta masih tercangak-cangak akan arahtuju yang harus diambil serta punyai banyak ruang masa membuatkan aku longkah sahaja hendak melihat kesan dari demonstrasi yang terjadi. Seminggu selepas peristiwa berlaku, aku dengan sepupu yang punyai kawan dikampung tanah merah itu diajak melihat sekitar pantai yang menjadi isu. Menunggang motor kesana. Ditunjukkan oleh rakan sekolah sepupu aku akan tempat berlakunya 'rusuhan' atau luahan perasaan ketidakpuasan hati orang kampung dia. Bagi kami yang datang mendengar hanyalah sekadar bersimpati dan tidak lebih dari itu. Dari kejauhan terlihatlah deburan ombak menghampiri ketengah hari itu menghempas keatas batu-batu besar yang bertaburan dipantainya. Betapapun cekalnya batuan merah granite menahan terjahan ombak selama ini dan berzaman berlalu maka akan sampai ketikanya nanti yang tidak berapa lama lagi akan tidak terdayanya lagi menahan terjahan ombak yang makin mengila bilamana akan tetap dibangunkan walaupun mendapat bantahan. Suara-suara kecil yang tidak diumpamakan amat mengecewakan penduduk setempat. Hakikat harus diterima juga. Pembangunan yang didatangkan kononnya bakal memberi peluang rezeki kepada penduduk setempat. Janji yang dihamburkan serta pampasan yang akan diterima tidak memberi ruang untuk mereka menolak walaupun mereka sedar keburukannya adalah lebih dari manfaat yang dijanjikan. 
Batu 9... Pantai Kundur. Sekadar merenung ajelah



Itu dahulu dan menjadi kenangan. Setelah Petronas Penapisan(Melaka) Sdn Bhd yang tarikh di-incorporated-kan pada 19/09/1987, dan berbangga dengan pencapaiannya kini aku lewati. Itupun setelah lebih 20 tahun berlalu. Macam-macam ada. Jauh bezanya dari dahulu. Cumanya limpahan rezeki dari ujudnya kompleks oil refinery ini tidak ketara sangat kepada penduduk setempat. Masih ada lagi orang kampung melanggai udang. Banyak bot-bot nelayan bersidai di tepi pantai yang tidak terjaga kebersihannya. Pendekkata aktiviti penduduk tidak banyak berubah walaupun berdiri dengan megahnya kompleks penapisan berhampiran. Beberapa foto yang aku ambil sekadar untuk dijadikan kenangan setelah lebih 20 tahun peristiwa ini berlaku.  

Dari kejauhan... dilokasi berdepan jalan ke Kg. Pantai Rombang


Lebih jelas lagi... didepan Rumah anak yatim Sultan Salahuddin


Tuesday, May 24, 2016

Bila tahu... senang faham dan mudahlah hafalan

Dalam apa jua bidang yang kita lakukan, kita sebenarnya bermula dari 'zero knowledge'. Mana ada, orang yang lahir- lahir saja sudah tahu segalanya. Beruntunglah kepada mereka yang dibimbing dan dapat bimbingan sempurna dari mereka yang pro dan mahir dalam sesuatu pekerjaan yang dibuat. Kejamnya kehidupan bilamana bukan semua orang mendapat layanan yang sama. Ada-ada sahaja halangan dan rintangan mengagalkan hajat seseorang yang mengimpikan. Namun didalam meniti kehidupan ini serta juga melihat mengetahui kepayahan orang lain menerusi pembacaan dan penyaksian menyedarkan diri bahkan harus mengakui bahwa kejayaan tidak datang menyerah kepada orang yang tidak berusaha. Kesungguhan dan ketabahan menghadapi apa saja rintangan dan segala ujian sahajalah serta menyanggupi pula korbankan masa untuk satu tempoh waktu yang mungkin panjang bergantung pada respond atau tindakbalas yang kita pilih akan menghasilkan sesuatu yang tidak terfikirkan. Pengalaman mengajar kita bahwa kejayaan 'mendatangi' sesiapa sahaja yang cekal berusaha dan tidak sesekalipun bersikap putus asa serta mudah menyerah kalah.

Melihat kedalam diri, apa yang difahami dan harus diakui pula, sememangnya 'kejayaan' berhak dimiliki oleh mereka yang punyai ciri-ciri yang aku nyatakan diperenggan awal. Aku masih jauh untuk layak menjulang kejayaan. Setakat pagi ini, 23/05/2016 @ 9:31am bersamaan 16 Syaaban 1437H, usaha aku untuk mahir bukan setakat membaca tapi faham bacaan dan mampu pula menghafal isi kandungan Al-Quran masih jauh untuk menggapainya. Usaha yang aku paksakan hampir 5 tahun dahulu masih diperingkat awal. Tiada peningkatan disebabkan tiadanya kesungguhan malah gagal pula merancang peruntukan masa secara sistematik.

Biarpun begitu, segala halangan, rintangan dan dugaan yang menimpa diri walau berterusan dan walau sekerap manapun tapi impian tetap teguh untuk mengapainya. Biarlah segalanya cuba menghalang yang memungkinkan aku melupai keinginan yang tersemat dihati akan tetap aku hadapinya. Tiada sesiapa yang mampu menggugat. Justeru itu maka sudah tibalah masanya untuk aku menyemak kembali tahap pencapaian serta berazam mengulang memaham dan sekerap mungkin membuat latih tubi. Segala konsep grammar dan menghafal makna setiap perkataan perlu dijadikan amalan harian dan berterusan sehinggalah aku benar-benar 'masak' akan bahasa Arab ini yang membolehkan aku memahami makna asas al-quran. No turning back akan usaha yang aku paksakan kedalam diri pada 5 tahun dahulu. Masa tidak menunggui kita tapi kitalah yang seharusnya memanfaatkannya untuk mencari keredhaanNya. 

Bila mengenangkan kembali, terasa usaha aku ini tidak kemana. Tapi aku bersyukur sebenarnya walaupun tidak ketahap sempurna dan masih di level 'Beginner', aku setidak-tidaknya tahu beberapa konsep asas bahasa Arab. Cumanya aku harus korbankan lebih banyak masa serta beri penuh tumpuan kearah memahirkan diri berbahasa Arab.Segala bahan yang perlu ada telah lama tersedia. Cuma rajin dengan tidak sahaja. Buku teks, ringkasan nota, jawaban setiap soalan, video tutorial serta buku rujukan tambahan mengenai asas bahasa arab telah aku downloadkan serta dibukukan buat tatapan. Ibarat kata, perahu telah diair, pendayung sudah ditangan, perut tidak memulas, semangat tengah memuncak dan masih berkesempatan masa maka tidak harus dilengahkan. Teruskan, majukan serta mahirkanlah diri. Tidak perlu dengari sanggahan orang, jangan dihiraukan ejekan pelemah semangat tapi senantiasalah istiqamah mengejar impian dan mengharapkan redhaanNya.

Insya-Allah, usaha yang sedikit demi sedikit dikurangi akan aku cuba ubah menjadi sebaliknya. Biasalah bila memulakan semula memang terasa perit tapi, alhamdulillah, asas yang selama ini dipelajari dan masih diingati akan memudah membantu 'pengajian' yang seperti terhenti.

Friday, May 20, 2016

Senja yang memutih

19 MAY 2016, 14:25

Semalam yang berlalu menimbulkan pelbagai soalan. Rentetan peristiwa yang terjadi untuk kesekian lamanya membuatkan taman yang aku diami ini menjadi tumpuan. Pihak kementerian kesihatan telah menjadikan taman aku ini antara kawasan pemantauan mereka. Malah petugas hospital diunit kecemasan telah sedia maklum dan diarahkan sejak sebelum program 'sembahyang hajat' lagi yang diadakan pada 26/11/2015, agar pesakit yang datang dari kejiranan Bukit Katil perlu segera diperiksa.


Coretan yang aku kepilkan bersama bertajuk 'Denggi dan ancaman' yang aku coretkan pada penghujung November 2015 memadai untuk aku katakan yang segalanya yang dihajati tidak tercapai sepenuhnya. Tiada pengurangan kes dari taman yang direkodkan sehingga kini telah memaksa pihak kesihatan 'memerangi' habis habisan. Rujuklah...

Denggi dan ancaman(27/11/2015)

Semalam, persatuan penduduk taman mengadakan majlis kesyukuran, bacaan yasin & tahlil. Hujan turun agak lebat jugalah sekitar 3 petang semalam. Lepas makan ketika itu. Perut tengah kenyang melantak pindang kepala ikan parang. Cuti punya time biasanya aku akan bersembahyang zohor dahulu sebelum makan tengahhari. Buat yang high priority dulu. Hujan yang mula melebat ketika sedang membaca dibilik membuatkan aku mengambil 'nap' le pulak. Hampir hendak ke Asar baru terjaga. Masih tidak berhenti lagi. Lebat bertukar gerimis. Cuaca agak suram semalam. Bila bercuti biasanya aku menyibukkan diri memahirkan sekerap dan seboleh mungkin akan bahasa arab demi memahamkan al-quran yang dibaca.

الحد لله،

Maklumat mengenai majlis yang bakal diadakan dibalairaya taman diperolehi dari sesalinan jemputan yang dimasukkan ke peti surat pada Rabu, 25/11/2015. Masa bila diletakkan tidaklah aku pasti. Semasa keluar berurusan tidaklah perasan cuma bila balik sekitar 2 petang hari itu, terjojol keluar dari peti surat kertas A4 yang digulung. Ketika tengah melepak disofa panjang depan tv dan terpaksa pula menonton Tuan Anas Mikael(drama yang disiarkan 4 malam berturut-turut setiap minggu dan dinanti-nantikan oleh orang rumah dan anak pompuannya), jiran datang menjengah menyerahkan file kerana aku adalah penyelaras parit dan saliran. Turut mengingatkan aku akan majlis pada khamis malam nanti yang telahpun aku sedia maklum.

انشءالله،

Mulanya berat hendak berpergian. Cuaca yang sejuk serta hujan masih turun rintik-rintik. Keadaan sebegini mungkin mengakibatkan aku akan lebih kerap batuk-batuk. Hendak tidak hendak terpaksalah juga menghadirkan diri. Ini adalah satu obligasi sebagai sebahagian dari penduduk taman. Minta orang rumah iron-kan baju melayu selepas mandi. Melengah-lengahlah pula, azanpun berkumandang. Sempat lagi 'berlakon'. 'Saya ni kalau tak pasal mesyuarat.... , tak kuasa hendak meninggalkan awak ni...' ketika dipintu. Spontan pula memanjang gelaknya bila aku sebutkan dailog ini. Orang rumah pula yang tambah-tambah, 'ooo... siap bawa tasbih lagi.... rupa-rupanya hendak ketempat lain.' Dia recall kembali adegan Pak Maon hendak menyelinap ke pesta muda mudi dalam filem 'Nasib Do Re Mi'. Bergegaslah aku melangkah ke balairaya. Sesampai sahaja, sembahyang maghrib hendak dimulakan. Haji Fendy mengimaminya walaupun dia cuba memberi penghormatan kat Ustaz Mokmin. Sebaik selesai, Hj Fendy bangkit dan memaklumkan makmum untuk sama-sama bersembahyang hajat demi menghindari penularan penyakit demam denggi yang menyerang taman kita. Diikuti selepas itu, bacaan yaasiin beramai-ramai serta doa yang di-lead oleh Hj Fendy juga. Dia refreshkan semua yang hadir akan cara nak laksanakan sembahyang hajat agar majlis sempurna.

Banner yang digantung selepas 'sembahyang hajat'

Jemputan menghadiri ceramah sehari sebelumnya berhajatkan

Selesai mendirikan solat isyak berjamaah yang diimami oleh Hj Fendy,majlis diteruskan oleh Hj Hanafi yang merupakan pengerusi taman yang baru mengantikan Abu Bakar Shabudin untuk sessi 2015-2016. Ucapkan terimakasih kepada penghuni yang berkesempatan hadir sesama menjayakan program. Memulakan ucapan memberitahu tujuan diadakan majlis demi mengatasi penularan wabak demam denggi yang makin merebk. Dia memohon kerjasama semua penduduk taman agar semua turut terlibat menjaga kebersihan rumah masing-masing. Sebelum menyerahkan mike kepada pegawai kesihatan yang akan memberikan ceramah tentang denggi, Tn Haji Hanafi memaklumkan akan komposisi penduduk taman. 60% Melayu, 30% Cina dan 10% India dan lain-lain. Mohon yang hadir mendengari info yang akan disampaikan oleh pegawai kesihatan. Orang yang berdiri disebelah Hanafi ini muda sangat mungkin sekitar awal 30an. Tapi demi tugas terpaksalah dia melaksanakan. Lingering around dikalangan orang yang veteran dan lebih-lebih lagi hendak menyampaikan maklumat penting tentang aedes dan denggi ini perlu berhati-hati. Cabaran ini harus ditangani dengan baik agar tidak dilihat mengajar orang yang lebih tua. Terpaksalah pegawai ini cakap berlapik dan sebolehnya mengunakan contoh-contoh yang lebih bersifat analogi. Penggunaan kata ganti amat kurang dan cuma sekali sekala dilepaskan. Makanya berbagai info dihamburkan setelah mula merasa selesa dan yakin yang mendengar mula menaruh minat keatas ceramah yang disampaikan. Antara yang terkesan dipendengaran adalah kemampuan telur nyamuk aedes. Walaupun ketiadaan air, telur yang bersarang ditempat takungan air yang kering mampu bertahan sehingga lebih dari enam bulan. Apabila digenangi air, proses pembiakan nyamuk bermula. Ini bermaksud telurnya tidak akan rosak jika ketiadaan air malah mudah menetas bila kita leka tidak menjaga kebersihan sekitaran. Lebih menghairankan nyamuk aedes juga mampu terbang sejauh 500 meter radius dari tempat penetasan. Ceramahnya dimasukkan juga statistik kematian seluruh melaka akibat nyamuk aedes yang merbahaya ini. Bukan untuk menakutkan tapi lebih kepada prihatin masyarakat memastikan penduduk kekal sihat dan terhindar dari demam denggi. Langkah-langkah pencegahan diperjelaskan agar semua yang hadir mendengar mampu melakukan nanti bila berada dikediaman masing-masing. 

Habis berceramah, pantas sahaja En. Hanafi kita memaklumkan beberapa perkara untuk tindakan bersama. Beliau mengharapkan semua penduduk taman agar bersama-sama memastikan kebersihan kawasan dijaga. Segala barangan terpakai dan tidak diperlukan lagi diletakkan di hadapan rumah masing-masing setiap Rabu dimana kontraktor yang dilantik akan datang memunggut. Dia juga memaklumkan denda RM500 akan dikenakan kepada mana-mana rumah yang didapati ada jentik-jentik nyamuk bila pihak kesihatan membuat siasatan. Pihaknya tidak akan membantu jika disaman. 

Perkara yang perlu ditangani bersama secara serius oleh semua penghuni taman tapi ternyata diambil ringan dan dipandang remeh pula oleh sebilangan orang akan permasalahan yang harus dihadapi bersama amatlah mengecewakan. Setakat membiarkan segelintir anggota memikirkan dan beria-ia melaksanakan setiap perancangan sedangkan sebahagian yang lain melakukan acuh tidak acuh sahaja tidak memungkinkan apa - apa kejayaan. Kekerapan pihak jabatan kesihatan dari unit pencegahan mendatangi taman membuat pemantauan serta pemeriksaan dari rumah ke rumah telah sampai kekemuncaknya.

Hari Rabu petang ketika pulang dari kerja yang agak lewat dari biasa seolah memaksa aku melihat sendiri betapa jerih peritnya pihak jabatan kesihatan menolong membantu mencegah penularan demam denggi yang semakin meningkat. Kereta 'kesayangan' aku ini telah mula meragam sejak Isnin minggu lalu. Sukar untuk hidupkan engine diwaktu pagi. Perlu bertolak baru hidup. Kalau minggu lalu hanya diwaktu pagi sahaja tapi minggu ini kekadang ketika pulang kerja pula. Keluar tugas pukul 6:00pm. Namun lewat sikit kerana membeli keperluan rumah yang di-whatapps-kan oleh orang rumah. Untuk elakkan kelupaan andai memesan ketika keluar bekerja, aku arahkannya untuk whatapps sahaja setengah jam sebelum habis bertugas. Maka menjadi kelaziman dan kemestian pula untuk aku melihat info yang di-post-kan sebelum bergerak pulang. Selepas membeli dan ketika melangkah kekereta waktu sudahpun menghampiri ke 7:00pm. Sudah dekat ke waktu Maghrib. Phobia pula, takut tidak boleh start lagi. Sehari sebelum, aku sampai kerumah, azan sudah lama berkumandang. Merayulah aku pada yang Esa agar dipermudahkan segalanya. Alhamdu-li-allah. Mudah pula engine dihidupkan. Bersegeralah aku memandu pulang.

Ketika memasuki taman, kelihatanlah asap putih menebal menutupi laluan setinggi bumbung rumah. Beberapa blok dikiri dan kanan kedengaran bunyi 'penyembur asap' serentak. Membingitkan suasana menghampiri senja. Terpaksalah berhati-hati memandu menyampaikan kehujung padang. Ramai kakitangan kesihatan sedang memantau.  Sampai dirumah, kelihatan pula petugas tengah menyembur diblok berhadapan rumah. Cepat-cepatlah aku menutup pagar sambil mencengkeng barangan yang dibeli. Bukan apapun, Roti Gardenia dengan 'Nutella'. Memijak licin berminyaklah dimuka pintu selepas salam aku bersambut. Orang rumah memaklumkan ada orang sembur asap sekejap tadi dan yakinkan aku akan segera mopkan muka pintu yang berminyak hasil kerja-kerja penyemburan. Beberapa ketika kemudian azan mula berkumandang. Saling bertingkah pula azan yang dilaungkan dengan bunyi  alat penyembur asap. Sambil menanggalkan pakaian kerja aku bermonologue, 'Azan dah berhenti... mamat sembur asap masih bertugas lagi'. Nak kata apa. Tugas perlu disempurnakan. Al-maklumlah waktu maghrib-lah nyamuk 'istimewa' ini sangat aktif dan aggresif. Apa tidaknya, dikhabarkan ada petugas yang meninggal akibat gigitan nyamuk aedes ketika sedang melakukan kerja-kerja penyemburan. Dikatakan juga petugas malang itu disyaki terkena gigitan dari taman yang aku duduki ini. Ikut rekod, beberapa orang yang dikategorikan tidak bernasib baik telah menemui ajal. Sukar untuk kita menyalahkan sesiapa. Kesilapan dipihak lain ataupun dipihak kita sendiri kerana mengabaikan kebersihan menyebabkan kita-kitalah yang terhukum. Nyamuk aedes pembawa 'denggi' ini pula tidak mengenali sesiapa. Ikut suka dialah hendak mengigit. Semasa dia sedang 'beroperasi' dan ketika itu pula kita terhegeh-hegeh diluar rumah dengan pelbagai aktiviti, maka 'lauklah' buat mereka. Nasiblah siapa yang diminatinya. Prime time ini setelah pihak kesihatan mengenal pasti maka kerja-kerja pencegahan serta pembasmian harus dilakukan ketika 'mereka' keluar beramai-ramai waktu maghrib. Pertembungan secara berdepan ini mengikut apa yang diperhatikan belum tentu lagi dapat menghapuskan nyamuk aedes secara tuntas yakni once and for all. Kejayaan jauh dari diharapkan andai tiada kesungguhan penduduk taman sesama menjaga kebersihan persekitaran.

Bunting terkini betul-betul depan rumah
Declare perang
Hampir setiap tiang terpampang... nyamuk popularlah,  aedes ni


Dikesempatan hari ini selepas pulang dari pasar, aku 'turun padang' memeriksa sekitar rumah. Depan dan belakang telah lama bersimen. Segala tin kosong serta barang tidak dipakaipun telah lama pihak yang ditugaskan mengangkut setiap Rabu yang dilonggokkan dihadapan rumah telah berbulan berlalu. Apa lagi yang perlu diperbuat. Mengadulah orang rumah akan pemeriksa kesihatan semalam bercakap sesama mereka yang mereka telah jumpa sambil mengajukkan perbualan mereka, 'Hah... dah jumpa... dah jumpa' dari arah belakang rumah. Pemeriksaan berkumpulan untuk compound penduduk taman adalah sebahagian tugasan mereka. Biarlah dia buat kerja mereka. Kita pula buatlah apa yang patut. Kebetulan terdapat tong cat emulsion putih ada setengah lagi isinya tersimpan terperuk di hujung tembok bilik bawah. Nasib baiklah tiada air bertakung dipenutupnya. Cuma terdapat banyak pasir diatas penutup. Kalau tidak kena dendalah kami.

Orang rumah pula ketika sedang makan malam memaklumkan 'jiran' belakang sekeluarga dimasukkan ke hospital 'suspect' dengue. Maklumat ini disampaikan oleh anak singh, si Ika, yang datang berkunjung meminta kain lampin adiknya dijahit tepi. Laju sahaja  dia 'smash' pasal tidak mengetahui cerita. 'Itulah... sibuk memanjang menjahit, sampai jiran kena denggipun tidak tahu.' ajuk orang rumah akan apa si Ika perli. Aku terperanjatlah mendengarkan berita yang seolah-olah tidak mahu aku dengari. Sudah semakin dekat ni maklumku pada orang rumah. 'Aedes ini pandai pula cari mangsa. Dia attack yang kaya-kaya sahaja' aku luahkan secara bergurau. Orang rumah semacam tahu pula yang nyamuk aedes ini datang dari 2 unit kedai makan yang beroperasi diiring padang. Segala tin-tin kosong serta air kumbahan yang tersekat dilongkang mungkin menjadi tempat pembiakan mereka. Ada kebenaran cakap-cakap orang rumah ini untuk menutup sementara kedai makan tersebut. Siapa berani usulkan. Hendak kena 'terkam' dengan tokay kedai. Tak pasal-pasal bergaduh nanti.

Kekadang memang sukar mendapatkan kesepakatan. Ada-ada sahaja rintangan. Kedatangan musibah yang benar-benar mengancam nyawa diharap dapat menyatukan setiap penghuni taman. Permasalahan bukanlah sekadar dimaklumkan sahaja tapi perlu mengambil initiative mengatasinya. Berserah kepada orang lain semata-mata sedangkan kita tidak menghiraukan malah melakukan perkara-perkara yang mengalakkan lagi pembiakan nyamuk aedes amatlah dikesali. Risalah dan pemeriksaan berkala dilakukan oleh petugas kesihatan dari semasa kesemasa. Pernah  pada 11 April 2016 ketika sedang menukar kepala paip baru di halaman, beberapa petugas terjerit-jerit mengulang ucapan 'salam'. Ada penghuni yang menyambut salam dan ada juga yang bertujai salam diberi tidak berbalas. Aku maklumkan kepada petugas, mungkin belum balik lagi tu. Sampai ke pagar pintu, selepas salam berjawab menanyakan bekas perangkap nyamuk yang katanya telah diserahkan kepada setiap penghuni pada Jumaat sebelumnya. Maklumkan pada orang rumah yang kemudiannya menunjukkan bekas perangkap yang diletakkan dipenjuru luar rumah. Terperasankan pula pegawai yang mengarahkan kerja-kerja pengumpulan bekas perangkap nyamuk yang macam kenal sahaja. Bersalamanlah aku dengan dia sambil dia pula terkejut melihatkan aku menghuni taman ini. Pernah berbual dengannya sebelum ini tapi disituasi yang jauh lebih formal. Tidak pula bertanyakan namanya tapi dia mudah mesra bila diajak berbual. Tanyakanlah tentang usaha pemantauan yang dijalankan. Banyak bualan berkisar tentang ancaman aedes serta kerjasama penduduk setempat. Sebaik  dia meninggalkan aku bergerak kerumah jiran yang lain, barulah aku berjaya recall wajah orang yang aku berbual itu. Rupa-rupanya dia adalah husband rakan sekerja aku. Encik Adnan yang kurang lebih beberapa tahun senior dari aku. Bayangkanlah orang luar pula yang bersusah payah menyelia memantau keadaan sekitar kediaman aku. Manakala penghuni tetap dan penyewa ada segelintirnya buat selamba sahaja akan isu yang berbangkit sekarang. Kalau ketika diadakan 'sembahyang hajat' banner yang digantungkan disekitar taman lebih kepada menyedarkan kepada penjagaan kebersihan demi mengatasi wabak demam denggi tapi sejak operasi besar-besaran ini, pelbagai kain rentang memaksa mengajak setiap penduduk taman agar lebih bertanggungjawab dengan kata-kata yang bersifat urgency.

Tepuklah dada sambil tanyalah diri kita sendiri akan apa yang seharusnya dilakukan sebelum kita menepuk dahi menyesali kesilapan kealpaan bila ada anggota keluarga meninggal dunia disebabkan nyamuk. Terserahlah.

Saturday, May 14, 2016

Segalanya bersebab...

28 APRIL 2016, 12:28
Masa akan terus bergerak dan sentiasa bergerak. Manakala kita pula harus memastikan yang  diri senantiasa seiring dan selari dengannya. Andai kita terleka yang bermakna mensia-siakan masa dimana mengikut sudut pandang orang yang maklum bermaksud 'berharga' itu  maka kita-kitalah yang ditinggalkan waktu. Untuk menghambat kembali masa yang tertinggal, ibarat mengejar sesuatu yang tidak ada. Beruntunglah buat mereka yang selama ini memanfaatkan masa yang dia ada. Kenangan yang terhimpun dikala usia tuanya nanti pastinya akan membuatkan diri merasa puas dan lega menurut perspektif masing-masing. Apapun segalanya berkemungkinan dan dimungkinkan oleh faktor-faktor yang kita sendiripun tidak mengetahuinya yang tetiba sahaja terpaksa dihadapi yang kita namainya sebagai 'takdir'. Sampaikan dinyanyikan orang, 'Takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka..., takdir juga yang menentukan perpisahan...'. Apakah kita sekadar mengakuinya sahaja tapi masih gagal untuk lebih proaktif to the fullest meniti hari-hari yang mendatang. KeredhaanNyalah yang perlu dipohonkan moga kita sampai kepenghujung usia mengikut aturan yang standard dan tidak lari dari S.O.P. 1400 tahun diturunkanNya.

Tak lengah lagi sesampai sahaja dirumah setelah menyempurnakan urusan buat pagi ini serta sempat lagi berhenti sekejap di kedai depan membeli barangan yang dipesan orang rumah, aku mencapai tablet sambil bersilang kaki disofa mencoretkan nukilan ini. Entah macammana dugaan dan cabaran yang dihadapi pagi ini membuatkan diri ini longkah sahaja menukilkan sesuatu yang berputar ligat dan berserabut pula difikiran. Memikirkan sejenak akan apa yang dialami sejak keluar rumah berurusan dan kembali semula kerumah hanya dalam kurang dari 2 jam ini merupakan sesuatu yang tidak terjangkakan dan tidak pernah diri ini mengalaminya. Biarlah, apapun orang lain agakkan kerana semua orang tidak mungkin menghadapi situasi yang serupa. Even keberadaan ditempat kejadian yang sama, sudut pandangan masing-masing kerap tidak bersamaan malah tindakbalas yang dipilih juga mungkin jauh berlainan dan kadangkala bertentangan. Terperasan pula aku akan mudahnya aku menukilkan sesuatu tanpa berpanduan dan sekadar mengikut gerak hati sahaja. Tiada rasa terbeban dan macam mudah sahaja walaupun entah apa-apa yang aku merapukan. Mungkinkah terlalu kerap menulis/menaip membolehkan idea dengan pergerakan jari di keyboard selari tiada bermasalah. Skil yang dipupuk kesekian lamanya menjelmakan keserasian yang hanya diri ini sahajalah yang merasai. Kekadang 2 atau 3 coretan yang berbeza topik berjalan serentak. Ada yang bersifat umum. Ada juga yang terlalu peribadi dan pastilah tidak dikongsikan di media sosial. Nukilan peribadi yang sekadar mendokumenkan pemerhatian dan pandangan peribadi sebagai ole-ole untuk dijadikan renungan didalam meniti kehidupan ini. Mungkin juga disatu hari nanti sebagai memento kenangan keberadaan didunia setelah ketiadaan aku.

Hasrat hati yang tidak dapat ditahan-tahankan ini memaksa aku memfokuskan tumpuan mencatat apa yang dialami seketika tadi, masih segar diingatan dan cuba sedayanya untuk tidak kelupaan setiap moment yang dilalui. Peristiwa yang berharga buat diri untuk direnungi dan menjadi tatapan dikemudian hari.

2202 adalah nombor yang tertera pada kertas yang keluar dari Q system iaitu mesin nombor giliran di JPJ. Tercegat aku seketika melihatkan ramainya orang mendahului aku sedang duduk dihadapan counter. Tetiba aku disapa oleh pegawai yang berada dikaunter pertanyaan mungkin setelah melihat aku seolah-olah terpinga tidak tahu hendak buat apa sedangkan aku telah menghampiri mesin nombor giliran. ' Nak renew roadtax...' kata aku bila sipegawai bertugas bertanya sambil menyuruh aku menekan butang 'biru'. Tertera dikertas, nombor anda : 2202 dan nombor yang menunggu pula ialah 1551. Memandangkan sudah sampai dan sudahpun mendapatkan nombor giliran, mahu tidak mahu teruskan sahaja. Kalaulah aku tahu rasanya baiklah ke pejabat pos. Cepat siapnya walaupun terpaksa hulur RM2.00 sebagai bayaran perkhidmatan. Maka carilah kerusi yang kosong menunggu giliran dipanggil. Lepaklah aku bertemankan smartphone mengintai coretan terkini penulis blog yang telah aku setkan diblogger dashboard. Terdapatnya beberapa post yang belum aku view yang mungkin baru sekejap tadi diuploadkan. Lekalah aku membacanya dari sekadar menanti kosong akan giliran dipanggil untuk berurusan. Sambil-sambil tu menjeling juga kearah screen yang rasanya lambat benar bergerak walaupun kaunter yang beroperasi ternyata banyak. Mungkinkah 'runner' yang melengahkan masa dengan mengeluarkan segala dokumen dari bag yang disandang mereka. Memang banyak golongan ini berkeliaran mendapatkan khidmat kaunter. Orang perseorangan yang cuma hendak perbaharui cukai jalan masing-masing terpaksalah menunggu lama kekadang lebih lama dari yang disangkakan. Berurusan sekadar kurang dari 3 minit sahaja ikut kelazimannya. Bagaimanapun seorang runner dari pemerhatian memerlukan hampir ke10 minit urusan kaunternya. Itu baru seorang dan kalau ramai maka lagi lambatlah giliran. Terperasan pula satu grup perempuan duduk dibarisan depan dari tiga barisan kerusi yang disediakan boleh berselfie/wefie lagi. Sebelumnya mereka berbual-bual walaupun tidak ketahuan butir cakapan tapi kuatlah juga suara mereka. Siap posing lagi dan berbagai angle ditangkapnya gambar seolah-olah tiada sesiapa disekeliling memerhati. Entahlah, mungkin cuba menghilangkan rasa bosan menunggu agaknya. Plan aku yang menganggarkan cuma beberapa minit sahaja diperlukan berurusan di JPJ ini telah mengambil lebih masa dari dijangkakan. Semasa nombor menghampiri tiba melihatlah aku diskrin, suara digital menyebutkan nombor 2201 mengarahkan ke kaunter 6. Sekonyong itu jugalah sekawan wanita pertengahan usia awal 30an reramailah bangun. 'Oooo...' panjang keluhnya aku. Tak sangka pula giliran mereka sebelum aku rupanya.

Bila nombor aku dipanggil bersegeralah aku ke kaunter no. 3. Tidak lengah lagilah aku keluarkan kad lesen memandu, cover note insurance, geran kereta dan serahkan bersama-sama dengan nombor giliran ditangan yang hampir lusuh digenggam. 'Hendak renew berapa tahun?' tanya pegawai kaunter 3. Aku tergamam. 'Berapa tahun....' aku menyoalnya pula, bukan seolah-olah tapi memang tidak fahami pertanyaannya itu. Dia menjelaskan maksud pertanyaan samada hendak renew 'lesen memandu' setahun ke tiga tahun terus. Aku maklumkan pula yang aku hendak 'renew roadtax'. Dia tersalah sangka dan aku pula tersalah bagi dokumen. Pihak dia pula bila diserahkan lesen memandu seharusnyalah hendak perbaharui lesen memandu. Mungkin sudah terbiasa dan automatik mind dia bermaksudkan begitu. Bila aku tanyai 'berapa tahun' dalam nada keliru, barulah dia teliti kembali kad lesen memandu aku. 'Ooo tahun depan baru expired...'maklumnya kembali. Dia serahkan kembali lesen memandu aku itu dan segera mencapai RM20.00 yang aku hulurkan untuk dia memproses mengeluarkan roadtax. Silap aku juga. Urusan perbaharui cukai jalan cuma perlukan cover note dan geran kereta sahaja. Makanya bila aku lampirkan sesekali dengan lesen memandu, mungkin dia maksudkan untuk perbaharui lesen memandu dan cukai jalan juga.

Selesai sahaja berurusan di JPJ, tidak lengah lagilah aku bergegas kekereta. Destinasi seterusnya adalah ke bank dan selepas itu mengisi minyak. Akhir sekali sebelum sampai rumah, Maggi 'Secukup Rasa' mesti ditangan. Lama jugalah aku di JPJ bila melihatkan cetakan pembayaran di geran. 11:04:32AM tertera di resit rasmi. Kurang lebih 3 minit sahaja sampailah aku ke Maybank di bangunan yang sesama menempatkan King's Hotel dan bertentangan dengan Pantai. Apa tidak lajunya, selepas buat 'U Turn' dipersimpangan JPJ berdesup mencacak perginya Kanchil, pasal sudah beyond 'budget' time. Malangnya sesampai sahaja kelihatannya tiada ruang untuk parking. Bersusun kereta dibahu jalan berdepan Petronas. Makin jauh, semakin jauh aku bergerak menyampaikan susur keluar ke jalan utama barulah ada ruang kosong betul-betul dibuju keluar. Macam bahaya sahaja dan harap-harap tiadalah apa yang berlaku. Lenguh jugalah menapak kearah Maybank. Dari kejauhan kelihatanlah ramai orang berdiri diluar bank. 'Apa hal ni...' terpacul sahaja pertanyaan tanpa memerlukan jawapan. Bila sudah dekat barulah diketahui, pihak security yang dilantik Maybank sedang 'service' ATM. Proses menambahkan wang di ATM dan mengambil wang/cek di CDM sedang berlangsung. Perrggghhh... kena tunggu lagilah. Aku luahkan rasa tergamam aku ini difacebook, straight away. Sekejapan sahaja 'dunia' mengetahui status aku ketika itu.


Bukan 1Malaysia... 1Dunia tahu...


Menanti dari minit ke minit membuatkan lebih banyak perkara seolah terhenti. Penantian sememangnya suatu penyiksaan mengikut pertimbangan masing-masing. Walaupun aku memberi sedikit masa lagi untuk segalanya berakhir tapi tekanan makin mencengkam pula. Akhirnya aku akur dan mengalah walau tempoh masa yang aku berikan belum sampai lagi. Pasal tidak boleh tunggu lama lagilah membuatkan aku melangkah pula ke Petronas. Melangkah masuklah aku ke CIMB ATM didalam Petronas. Aku sudah tidak kesahkan berbayar RM1.06 untuk charge yang dikenakan. Sekali lagi terpaksa menunggu. Auntie India lingkungan 60an sedang berurusan. Bukan main lama lagi membelek transaksi slipnya tanpa berganjak pergi. Hendak menegur tidak sampai hati pula. Veteranlah katakan. Kemudian diteruskan ke transaksi keduanya. Sudahlah mesin ATM CIMB ini terlalu slow dan orang yang berurusan pula berhati-hati maka makin panas pula hati ini. Ingatkan 2 rupanya 3 transaksi dijalankan oleh auntie ini. Berpandukan senarai account number yang dilihatnya di kertas ditangan, mungkinkah dia sedang melakukan aktiviti bulannya menghantar 'duit' kat anaknya ataupun melunasi hutang piutang yang akan 'due' penghujung bulan. Aku sekadar mengagak sahaja. Pantas sahaja aku melakukan transaksi pengeluaran sebaik sahaja dia beredar pergi. Mengeluarkan sekadar diperlukan sahaja. Maklumlah lebih banyak dikeluarkan, lebih cepatlah dihabiskan. Macam-macamlah yang hendak dibeli kalau tidak dirancang. Orang makan gaji, bukankah habis bulan habislah gajinya. Kalau hendak kecukupan harus pandailah merancang perbelanjaan tempoh sebulan gajian. Terteralah dislip pengeluaran, 11:44:00AM.

Panjang langkahan kekereta untuk misi mengisi minyak pula. Jarum meter sudah menjunam jatuh. Semasa melangkah sempat lagi menoleh kearah Maybank. Kelihatanlah Van 'Safeguard' masih disitu dan orang yang berdiri diluar bank makin ramai. Maknanya proses masih belum selesai. Memandangkan kedudukan aku parking kereta sudah kedepan sangat dari Stesen Petronas, aku terus sahaja meleleh masuk ke Caltex. Tanpa menengok-nengok aku memberhentikan 'kesayanganku' ini di pam yang paling depan sekali. Terpandanglah memo bertulis tangan menyatakan kehabisan minyak di ke-empat empat pam berdekatan. Tepuk dahi aku. Seketika kemudian meluru keluar pula pump attendant dari sebelah kiri mengarahkan aku ke pam paling hujung disebelah dalam. Melurut sahaja mengikut arahannya. Hendak buat macammana. Minyak memang sudah 'kering' dan memangpun hendak fill-up balik. Ikutkan ajelah arahan budak itu. Hendak berpatah ke Petronas rasanya tidak patut pula. Semasa membuat pembayaran, bertanyakan tokay cum cashier. Alasan yang diberi minyak on the way. Belum sampai lagi. Sedang budak pump attendant membantu mengisi minyak, bagusnya no self-service, aku bertanya memandangkan usianya masih muda. 'Hadi... belajar lagi ke... ? opening remarks aku memulakan perbualan. Terpampang jelas name tagnya didada membolehkan aku address-nya bukan dengan pro-Noun(kata-ganti), adik ke atau mamat ke. Dia cuma gelengkan kepala dan macam segan-segan hendak converse dengan aku. Kata orang, terkilas ikan di air, sudah diketahui jantan betinanya. Dalam perbualan singkat aku dengan adik Hadi ini, cara cakapnya ada sedikit masalah. Lambat respond dan seolah hadapi kesukaran bercakap. Tanyakan juga kerja yang ke berapa. Tapi dia tak berapa nak ingat. Inilah kehidupan. Rezeki seseorang tidak siapa mampu menjangkakan datangnya. Tokay stesen minyak ini 'Tay Brothers'. Tempat dia mencari makan. Even kita sendiripun belum tentu kekal mencari rezeki ditempat yang sekarang dan selama ini kita bekerja. Hanya Dialah yang Maha Mengetahui. Tetiba terlintas difikiran akan komen selari aku ketika memasuki kereta bergerak kedestinasi seterusnya manakala adik Hadi ini pula terlihat dari dalam kereta melangkah longlai ke motornya bertenggek menanti pelanggan selepas aku.


Kertas kuning bertampal... '95 HABIS'

Masa sudah 11:47AM

Hadi ke 'standby' mode


Kemudiannya menyusur perlahan keluar dari Caltex mengikut laluan rentas ke Bukit Katil via Taman Ciptaco. Tiada banyak kenderaan dilaluan ini yang menghampiri 12 tengahhari. Merentasi taman perumahan dengan banyaknya 'hump' tidak menyukarkan pemanduan kerana kita telah biasa melalui dan sering menggunakan jalan pintas ini. Sudah boleh diagakkan bila hendak slowdown dan bila pula hendak menekan minyak. Serentak itu juga posisi gear cepat ditukarkan agar pemanduan smooth. Halangan yang nampak mudah sahaja kita hadapinya tapi halangan yang tetiba dijelmakan dan tidak semena-mena harus dihadapi pastinya kita menghadapi kesukaran mengatasinya andai tidak berilmu dan berpengetahuan. Kesabaran benar-benar 'on-test'. Dalam pemanduan pulang kerumah seperti mendapat ilham pula, seolah-olah perilaku aku dipertunjukkan buat renungan sendiri. Malu rasanya.

Stopover terakhir adalah 'Kedai Depan' di Taman mendapatkan Maggie Secukup Rasa yang beberapa kali lupa hendak membelinya walaupun diingatkan oleh orang rumah. Malah sebelum keluar rumah telah diingatkan agar jangan lupa lagi. Betullah, bila kerap diingat-ingatkan kebarangkalian untuk lupa makin berkurangan. Every moment sejak keluar sampailah ke moment di stesen minyak, 'Secukup Rasa' seolah telah diregistered dikotak fikiran. Sebaik keluar dari kereta hendak menyeberang ke kedai, laungan 'salam' kedengaran. Berhelmet bermotor berhenti sambil senyum-senyum. Cepat aku menjawab salamnya sambil cuba mengecam wajah yang terpancar senyuman berserkop helmet ini. 'Wan' teriak aku dan dia mengangguk spontan. Cepat sahaja capai tangannya bersalaman cara 'rockers' siap gesel ibu jari lagi, ala-ala adegan dalam cerita P. Ramlee ketika hendak bernikah. Some sort like 'gusti lengan' gitu. Berboraklah ditengah panas pasal sudah banyak tahun tidak bertemu. Panas tidak terasapun. Ingatan dan kenangan bertukar dan saling cuba mengingati. Dilanjutkan lagi dengan apa yang dilakukan sekarang serta berapa anak kini antara topik diperkatakan. Banyak info terkini diupdatekan yang mungkin berguna bila bertemu kemudian nanti. Dalam kesibukan masing-masing, petemuan yang tidak dirancang dan berselisih didepan kedai pula pastinya ada hikmah yang tersembunyi. Apapun imbauan kenangan cepat menyelinap masuk. Teringat lagi masa terserempak di Puduraya. Kat kampong masa tu tidaklah berapa panjang rambutnya tapi masa diKL, hah nah kau, rockers tulen. Insan yang berkesempatan untuk aku bertemu hari ini adalah junior beberapa tahun masa sekolah. Seingat akulah, dia merupakan anak bongsu dalam keluarga yang agak respectable-lah juga. Banyak abang dan kakak telah bekeluarga menetap di KL. Sering masa pergi balik aku ke ITM Shah Alam ditahun 1984 - 1988, kerap jugalah terserempak dengannya. Kekadang di KL dan kekadang pula masa dikampong. Kerjanya, boring dikampong, duduk lepak rumah abang atau kakak di KL. Bila kena 'sound' dengan orang tua, larilah dia ke KL. Tak seronok di KL, balik semula ke Melaka. Pernah jugalah cuba nasihat tapi masa itu mana makan nasihat. Lebih-lebih lagilah dari kenalan biasa sahaja. Apapun, buat diri ini,  kehadirannya didepan mata seperti merefleksi diri. Betapa susahnya aku menjalani kehidupan aku kini, rupa-rupanya ada insan yang jauh lebih perit hidupnya tapi ceria sahaja kelihatan dipandangan. Punyai anak lima dan masih bersekolah semuanya dan bekerja sebagai 'Mat Despatch' kepada Kedai Spare parts motor setelah berubah corak kehidupannya dipenghujung 90an dimana era Rockersmania berakhir benar-benar menginsafkan. Ingatkan aku susah, rupanya ada lagi insan yang lebih susah.

Ridwan @ Wan

Walauapapun, maggie secukup rasa berjaya akhirnya aku bawa balik. Tidak kelupaan lagi. Mujurlah pertemuan perbualan dengan 'long lost' friend tidak sampai melekakan aku. Sebagaimana 'secukup rasa' diperlukan untuk menambah perisa masakan tidak kiralah asam pedas, kuah lemak ke atau apa sahaja masakan ianya amat diperlukan. Fungsi 'Aji-no-moto' telah diambil alih oleh'secukup rasa' yang lebih memudahkan disamping harganya yang jauh lebih murah. Begitu jugalah dengan kehidupan. Kawan dipelbagai peringkat sehingga kehujung nyawa nanti merupakan penyeri kehidupan selain pasangan hidup dan anak-anak. Bertuahlah buat mereka yang ramai kenalan. Semakin meriahlah hidup seseorang yang dikelilingi dengan mereka yang sanggup dan rela membantu mana yang perlu dan diperlukan didalam kelangsungan kehidupan.

Sebenarnya bila bersendirian dan merenungi insiden yang dialami banyak menyedarkan diri. Segala yang berlaku bukanlah sekadar disengajakan mengikut sudut pandang kita tapi lebih kepada ianya telah dirancang rapi dan terjadinya pula atas kehendakNya. Kita hanya mengikut sahaja. Mengelak rasanya tidak mampu apatah lagi dikatakan disengajakan.

Bukankah segalanya bersebab.