Saturday, February 13, 2016

52 dan semakin mendekati...

Belanja gambar lah..
Hari ini, 02/02/2016, adalah hari ulangtahun kelahiranku. Kebiasaan yang dilakukan saban tahun, aku akan bercuti. Mengambil cuti tahun, kekadang cuti gantian dan ada ketikanya kebetulan pula jatuh pada cuti mingguan. Namun buat kali ini seolah-olah tidak bermakna pula. Cuti tidak dapat malah sejak pertengahan Januari lagi sehinggalah tibanya Tahun Monyet mengikut kepercayaan orang Tionghua, semua staf telah diingatkan untuk tidak mengambil sebarang cuti tambahan kecualilah cuti mingguan masing-masing. Aku seperti menjadi mangsa keadaan layaknya sedangkan sambutan tahun baru mereka hanyalah pada 08 & 09 Februari.

Buat hari istimewa aku ini, aku bergerak pulang 5 minit selepas waktu rasmi bertugas tamat. Kebiasaan yang aku lakukan hari-hari tetiba berubah. Selalunya aku akan pulang setengah jam atau kekadangnya lebih dari sejam lamanya. Begitu jugalah kelaziman bersembahyang asar sebelum 'swipe-out' juga tidak aku lakukan tapi bergegas pulang mendirikannya dibilik sahaja. Terasa janggal dan serba tidak kena pula. Hari istimewa ini sememangnya dan semestinya telah aku susun baik-baik akan perancangan yang ingin aku lakukan seharian. Namun sambutan buat kali ke 52 ini langsung tiada apa-apa yang ingin dibuat. Menoleh kembali akan acara yang dibuat ditahun-tahun sebelum ini pastilah banyak sesangat mengamit kenangan. Imbauan akan detik yang dilalui pada setiap kali tibanya tarikh keramat ini terasa seperti baru lagi dilalui. Apapun dalam sedar tidak sedar, kini aku mula menyeberangi dan berada dilapisan ke 52. Pantasnya masa berlalu dan bergerak. Kalaulah masa dapat diundurkan kembali, tentulah bukan setakat aku seorang sahaja malah setiap insan bernyawa akan membuat sehabis baik, segigih mungkin serta secepat yang boleh memenuhi setiap impian yang tidak kesampaian dimasa lalu.

Cabaran serta dugaan yang harus dihadapi buat tahun 2016 pastinya jauh benar berbezanya dari tahun sudah. Hakikat ini tiada siapapun yang mahu menyanggahi malah harus akuinya. Terasa benar yang diri ini beransur-ansur kehilangan'tanggungjawab' yang saban hari dilaksanakan dengan penuh rasa kebapaan. Menghantar anak kesekolah tidak lagi sekerap dahulu. Yang bersekolah menengah, kekadang kawannya singgah menjemput kesekolah dengan motosikalnya. Yang bersekolah rendah dan yang koret ini pula sejak 01/02, abang longnya yang turut memulai bekerja semalam diangkutnya ke sekolah dalam perjalanan ke tempat kerjanya yang sepatutnya telah melaporkan diri pada 25/01/2016. So, semalam dan hari ini selepas sembahyang subuh, recite beberapa mukasurat al-quran serta kemudiannya memahirkan pemahaman bahasa arab aku dibilik dengan membuat latih-tubi. Turun kebawah bersarapan dan mencoret cerita yang ditatap dan dibaca ini.

Perubahan tiada sesiapapun yang mampu menahan dari berlaku. Segalanya adalah ketentuan dariNya jua. Kita sekadar mengharungi kehidupan sebelum dijemput pulang yang entah bila tidak akan diketahui sesiapapun jua kita. Baik kaya orangnya apatah lagi yang miskin. Mulia pekertinya mahupun yang rosak akhlaknya. Namun ada tanda-tandanya bagi yang maklum dan tahu dan sedar asal kejadian mereka. Maka beruntunglah buat yang telah membuat persiapan kesana nanti. Bagi yang masih dan sedang mempersiapkan diri, harus pula lebih istiqamah agar yang dikendongnya tidak keciciran dan yang dikejarinya terlepas begitu sahaja. Dan malang sungguhlah buat mereka yang tidak mengerti dan buat tidak tahu sahaja disebabkan jahil atau sombong dengan kesenangan hidup didunia yang dia mungkin ataupun mungkin tidak tahu langsung yang dunia yang sememangnya fana ini akan ditinggalkan setelah ajalnya dijemput pulang.

Tanpa Bag Plastik dan Cabarannya

Tidak perasan pula yang penggunaan plastik di premis perniagaan, baik yang kecil mahupun yang besar, tidak dibenarkan berkuatkuasa dari 1hb Januari 2016. Hari tanpa bag plastik telah menjadi kelaziman sepanjang tahun 2014 lagi iaitu pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Manakala untuk tahun 2015 ditambahi sehari lagi iaitu hari Jumaat juga. Ini bermakna selama tiga hari berturut-turut setiap minggu, pihak peniaga berkedai khususnya dilarang menyediakan pembungkus plastik kepada pelanggan yang datang berkunjung. Malah sejak awak tahun 2015 juga telah diwar-warkan yang bermula dan berkuatkuasa pada 01/01/2016, bag plastik tidak dibenarkan sama sekali. Pengguna telah dibiasakan bertahun-tahun dan dididik akan kepentingan penjagaan alam sekitar bagi faedah generasi akan datang dengan penglibatan semua orang pada masa sekarang. Kempen penggunaan bag kitar semula @ recycled bag atau woven bag yakni biodegrable sifatnya sebagai alternatif demi untuk tidak mencemarkan bumi dan juga demi untuk kesejahteraan generasi kemudiannya.

Kedatangan tahun baru masehi 2016 disambut hambar majoritinya walaupun pada segelintir pihak menyambutnya penuh ceria. Maklumat mengenai 'segala-galanya' naik telah dimaklumkan menerusi pelbagai medium. Kenaikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan yang seperti tidak mampu dikawalseliakan lagi oleh pihak kerajaan tentunyalah amat merungsingkan golongan marhaen seperti aku. Pastinya isu penggunaan bag plastik seolah-olah ditarik kebelakang dan tidak diberi perhatian. Sememangnya sesuatu yang baik tidak harus ditangguhkan pelaksanaannya apatah lagi untuk dibatalkan begitu sahaja setelah segala usaha dan tenaga digemblengkan bertahun-tahun lamanya. Apapun, perlaksanaannya semacam tidak kuat pula publisitinya.

Aku sendiripun seperti terlupa akan hal ini disebabkan asyik memikirkan akan belanjawan persekolahan anak-anak sejak awal November lagi dan sibuk menyiapkan keperluan sekolah mereka berdikit-dikit pada pertengahan bulannya membawa ke hujung December pula. Walaupun telah diuntukkan budget, terasa bebannya akan serba serbinya tetiba melambung naik harganya. Hampir terlupa juga akan majlis pernikahan anak buah yang berlangsung juga pada 01/01/2016 kalaulah Kak Long tidak singgah menjemput pada 12/12/2015. Bergegaslah pula naik ke Shah Alam menghadirkan diri sekeluarga ke majlis kenduri kahwinnya. Kebiasaan, orang bercuti tahun baru akan duduk diam-diam dirumah. Relaxs bersantai. Hidangkan menu special buat sekeluarga. Aku pula pepagi lagi telah memulakan perjalanan ke Shah Alam. Pecah tradisi. Belum pernah aku lakukan dan inilah pertama kalinya dan pastinya akan menjadi sejarah.

Lina... selamat pengatin baru @ 01/01/2016


Sekitar 10:00 malam lagi pada hari terakhir 2015, hujan mula turun dan melebat. 'Kalau sampai pagi ni... ahh kacau ni!!!,' aku maklumkan pada orang rumah. Dalam kepala sudah memikirkan bagaimana sulit dan sukarnya memulakan perjalanan jauh dalam keadaan sedemikian. Hujan yang turun ini rupa-rupanya berterusan hingga kepagi. Bergerak seperti dirancangkan dalam 7:00 pagi bermula sejam lewat. Itupun hujan tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Kesuraman simbolik menerusi hujan ini semacam turut berhiba dan berkongsi kesedihan akan kesukaran yang bakal ditempuh setahun mendatang ini. Segala bagai keperluan kehidupan yang mengila naiknya yang tidak mampu rasanya mengelak dan menepis setiap masa tentunya amat memeritkan. Rempuh dan redah sahaja. Mengundur adalah satu tindakan yang janggal, seolah-olah tewas diarus kehidupan. Kalau difikirkan dalam-dalam, direnungkan jauh-jauh dan dipandangkan lama-lama, boleh gila jadinya. Bayangkanlah orang seperti akupun yang bergaji tetap sekadar sedikit sahaja dibawah garis kemiskinan pun terkial-kial apatah lagi akan keadaannya orang kampung yang tidak bergaji yang menjadi ahli parti 'Gerakan' seumur hidup dengan mottonya, 'tak bergerak tak makan'.

Khamis pertama ditahun 2015 adalah cuti mingguan pertama aku. Selepas selesai menghantar bebudak kesekolah, aku dan orang rumah bergegas pula ke Pasar Besar Melaka mendapatkan perishables items. Ikan parang antara item yang tidak boleh miss membelinya. Begitu juga ikan sardine yang dulunya RM3 ke 4 sahaja sekilo melambung ke RM6, RM7 diawal December 2015 dan sudahpun berharga RM9.90 sekilo pula kini. Semasa kemurahan harganya, kami membelinya kekadang sampai 5 kilo setiap kali berkunjung ke pasar. Sampaikan ada makcik yang mungkin sering memerhati bertanyakan orang rumah, 'Buat apa... nak... beli banyak-banyak... anak ramai ye...' dengan penuh kehairanan. Mungkin pada pandangannya terasa sedih hati dan menjangkakan punyai anak yang ramai sehingga terpaksa membeli ikan sardine sebanyak yang dilihatnya. Bagi menepis salah sangkanya, orang rumah memaklumkan makcik itu yang pembelian ikan sardine adalah untuk makanan kucing yang dipelihara hampir ke 10 ekor jumlahnya. Tapi buat kali ini dihadkan kepada 2 kilo sahaja. Itupun sudah menjangkau ke RM20.00. Ikhlas memberi makan kucing terbiar yang bertandang ke rumah dan tambahan pula orang rumah mudah tersentuh hatinya membantu secara sukarela akan kucing yang seperti sengaja dilepaskan orang didalam kejiranan dan serasi agaknya menambahbiak pula bilangan mereka. Rajinnya orang rumah, siap direbusnya sardine dan dihidangkan mengikut kategori kucing agar mereka tidak berebut. Dewasa dahulu kemudian barulah yang kecik-kecik pula dilepaskan dari sangkar untuk makan. Pagi, tengahari, petang dan lewat malam setiap hari tanpa gagal dan menekuninya saban hari tanpa gagal. Andai ada keperluan diluar akan disuruhnyalah anak-anak yang ada dirumah memberikan 'friskies' lambak yang disuruh beli dari kedai depan. Berbuat baik pada binatang agaknya lebih kurang cabarannya dari sesama manusia gamaknya. Sesama manusia mungkin akan timbul fitnah yang tidak terfikirkan tapi dengan binatang mungkin pada zahirnya tiada yang mengungkit dan terpulanglah pada hati masing-masing. Apa yang pasti, tiada balasan diterima directly dari kucing yang menagih simpati dan tempat berteduh didalam dunia yang sesama kita menumpang ini.

Selesai mendapatkan keperluan barangan basah, aku mengajak orang rumah ber-breakfast dipasar sahaja. Saja-saja membuat kelainan. Selalunya akan ke Rashid Corner di AMJ diBukit Piatu atau lebih kerap kini ke Duyung menikmati Roti Canai Pak Din, kekadang Mee Rebus Pak Tahir atau lontong ataupun nasi lemak ikut selera ketika itu. Sering aku maklumkan yang top di pasar adalah 'nasi gunting' Hj. Marzuki yang sudah lama terkenal masa ditapak lama pasar besar di Kg. Morten. Perniagaan keluarga ini kemudiannya diambilalih, diwarisi oleh anaknya pula, Hj Awal sebaya dan sama sekolah sejak dari darjah 1 sehinggalah habis SRP ditahun 1979. Hendak tidak hendak ataupun tidak mahu menghampakan, orang rumah menuruti sahaja cakapan abang handsome-nya ini naik escalator ke tingkat satu. Nostalgia mengimbau kenangan masa bersama orang tua menikmati 'nasi gunting' legasi peninggalan arwah Hj. Marzuki tentunya. Apapun mana punya makhluk yang datang dan duduk dimeja sebelah memekak pagi-pagi memutuskan selera makan aku. Tidak habis-habis disebutnya 'musibat alam'. Setiap kali dia menghabiskan perkataan hujahan akhirnya, maka musibat alam-lah penutupnya. Kekadang 'musibat alam' ini menjadi permulaan percakapan as a noun pula. 'Musibat Alam' ni tak fikir ke..., ketika lainnya, dihujungnya... apa punya orang ni... 'musibat alam' betul-lah dia ni. Mungkin inilah cara luahan rasa ketidakpuasan hati golongan marhaen yang kurang selesa dengan pengharaman penggunaan plastik bag ketika berurus niaga. Keyword dari pendengaran rintihan kepada rakan baiknya yang sesama bersarapan dengannya adalah keperihatinan dan alternatif. Tiadanya keperihatinan kepada golongan pengguna akan masalah yang dihadapinya akibat ketidakbenaran penggunaan bag plastik. Apa yang dirintihkan adalah kesukaran dan kurang praktikalnya pengharamannya. Contoh yang ada kebenarannya juga bila mana dia memberi contoh yang agak munasabah juga. Lantang suaranya, 'tak kan lah, beli taugeh 0.50 senpun nak letak atas tapak tangan. Berterabur le jatuh... itupunpun tak boleh nak fikir ke... 'musibat alam' betullah siapa yang punya kerja ni. Bertujai-tujai 'musibat alam' diulang sebutnya sampai membuatkan aku bermuslihat berselfie berlatarbelakangkan mereka untuk diabadikan dalam kenangan hidup aku.

Duyung's Family Store pada  05/04/2014 @ 2:03pm


Lat beberapa hari selepas dipasar, luahan yang hampir sama tapi lebih sikit bersopan pula aku dengari semasa membuat pembayaran di family store duyung. 'Kerajaan... menyusahkan rakyat...' jeritnya dengan kuat sambil meletakkan kotak kosong dikaunter cashier. Jelas laungannya kedengaran memandangkan aku orang yang keempat beratur dibelakangnya. Seorang kakak berperwatakan sopan, bertudung lagi dan dari dressingnya mungkin kakitangan kerajaan pun terlepas keluar imarahnya akan permasalahan yang dihadapi semua orang sekarang ini. Aku sekadar tersenyum melihatkan karenah dan ragam manusia berdepan situasi ini. Even aku sendiripun merasa kurang selesa. Mana hendak dicarikan kotak, bila masa pula hendak senantiasa membawa woven bag andai tetiba saja singgah kedai mendapatkan keperluan. Dari perspektif peniaga pula, memandangkan aku sendiri turut terlibat secara langsung, bahananya banyak. Pelanggan yang sedikit nakal mungkin ada ruang dan peluang untuk mencuri kerana tiada kawalan keatas setiap orang yang memasuki premis niaga terutama yang besar-besar. Mungkin orang yang tidak terlintas langsung akan mengambil kesempatan yang terhidang andai tidak kuatnya jatidiri dan sifat amanahnya. Sehari dua mungkin utuh. Apakah jaminan ianya akan kekal utuh untuk hari-hari mendatang. Terpulanglah pada individu itu sendiri. Apapun mengambil hak orang adalah berdosa. Itu bagi yang maklum. Bagaimana pula pada yang kurang 'alim'. Takut nanti ianya membudaya didalam masyarakat bilamana mencuri adalah sesuatu yang biasa dan normal. Masyarakat pula tidak ambil peduli. Ditakuti juga pihak penguasa buat tidak tahu dan penguatkuasaan undang-undang pula longgar. Maka haru-biru jadinya nanti.

Penetapan dan perlaksanaan setiap polisi dan arahan tentunya untuk faedah bersama. Namun ketiadaan rancangan susulan dalam memastikan perancangan berjalan lancar dan berjaya dan lebih-lebih lagi tidak diperkemaskan dan dipantau hanya membuatkan golongan sasar terpinga-pinga dan hampir-hampir tidak menyelesakan. Off course-lah, kebiasaan yang dilakukan saban hari hendak diubah serta-merta pastinya disanggah andai tidak diterangkan rasional dan perlunya perubahan itu. Tidak tersebarluasnya akan maklumat terpulang balik kepada pihak penguasa yang gagal memaklumkan kepada masyarakat. Pun begitu, ketidakpekaan segelintir dari kita dan ditambah pula oleh cucukan pihak berkepentingan akan melengahkan dan kekadang mungkin mengagalkan terus akan apa jua program yang sepatutnya dan diyakini akan membawa kebaikan kepada semua.

Ingatan kepada pembuat-pembuat dasar yang bijak laksana dan laksini agar lebih berwibawa dan bertanggungjawab dalam membuat apa-apa perancangan. Perlulah dilihat dari pelbagai sudut. Multi dimension dan pastikan segala aspeks diambilkira sebelum memandai menguatkuasakan pengharaman penggunaan bag plastik. Mendatangkan kegusaran kepada masyarakat mungkin hal yang terlepas pandang. Namun bila lambat membuat pembetulan dan lengah menyalurkan alternatif hanya akan menambah lagi rasa marah masyarakat. Bukan setakat 'musibat alam' sahaja yang kini menjadi household name buat orang melaka tapi mungkin lebih hebat dan memalukan semua orang Melayu andai melengahkan demi meredakan keadaan.

Thursday, February 11, 2016

Mengingat-ingatkan

23 JANUARY 2016, 11:56 AM

Setiap kali hendak mencoretkan sesuatu yang melibatkan bahasa arab, semacam ada perasaan yang menggugat. Berbeza apabila menukilkan tentang hal-hal lain yang melingkungi diri. Tidak perlu berkira, tidak hiraukan susunan ayat demi ayat malah hentam sahaja ikut apa yang terlintas difikiran. Tiada juga dibuatkan draf sebelum menulis. Rasa tidak selesa kerap menusuk diri bila ingin menuliskan sesuatu di-folder 'Aku Dan Bahasa Arab'. Ketidakselesaan inilah yang membuatkan entri dibawah sub-tajuk ini ternyata amat sedikit. Entahlah. Namun dikelapangan masa yang hadir sekarang ini memaksa diri untuk lebih fokus dan bertanggungjawab didalam menukilkan didalam entri kali ini.

Bila sering mengulang-ulang baca akan konsep dan tatabahasanya membolehkan diri ini selesa dan tahu akan maknanya serta peranan yang dimainkan didalam sesuatu ayat. Apapun untuk sampai ketahap ini bukanlah sedikit masa diuntukkan malah kesungguhan, keinginan dan kekerapan melihat, membaca serta cuba mengertikan akan apa yang dibacai akan 'Al-Quran' itu dan dengan keizinanNya jualah memungkinkan segala yang dihajati itu bakal diperolehi. Apapun perjalanan hidup kita yang tidak pernah akan tahu hujungnya ini perlukan kita senantiasa dan sebilangan waktu harus membuat apa sahaja kebaikan sebagai bekalan hidup bila disana nanti. Sering juga, aku terfikirkan kenapalah susah sangat untuk mengetahui akan bahasa arab ini tidak sepertimana aku mampu menguasai bahasa inggeris sejak sekolah rendah lagi. Apa yang paling ketara adalah tiadanya pembelajaran bahasa arab semasa ditahun-tahun persekolahan aku dahulu yang bermula seawal 1971. Hanyalah subjek agama yang cuma satu kali sahaja seminggu dan tiada pula subjek bahasa arab diajarkan. Sekolah petang yakni ke sekolah agama 'rakyat' disebelah petangnya dikampung tidak pula orang tua aku daftarkan. Tidak perlu juga aku tanyai mereka masa itu, maklumlah budak lagi. Apa yang pasti mungkinlah faktor masa yang menjadi kekangannya. Balik dari sekolah pagi dibandar dengan van sekolah ketika itu hampir ke 3 petang setiap hari kecualilah untuk hari Jumaat awal-awalpun 10 ke 15 minit lagi azan zohor sampai ke rumah. Sesi persekolahan sekolah agama kat kampung bermula dari pukul 2 petang ke 6 petang. Tidak memungkinkan aku dan adik yang bersekolah pagi dibandar untuk tiba tepat pada waktunya. Keinginan orang tua yang mahukan anaknya ke sekolah inggeris ketika itu tentulah telah diambil kira segalanya sebelum berhasrat mendaftarkan kami di BHES.

Walaubagaimanapun aku amat berterimakasih kepada kedua orang tua aku yang punyai plan menutupi kekurangan ini. Mereka berdua telah berusaha berikhtiar menghantar kami dua beradik berguru dengan Haji Deraman Keling sehingga khatam mengaji. Bukannya sekali tapi berkali-kali khatam 'membaca' Al-Quran. Entri sebelum ini ada aku nyatakan tiada kompromi dalam bab belajar mengaji. Kelebihan dapat membaca dengan baik memudahkan diri ini untuk mengetahui erti dan fungsi setiap perkataan yang disebut. Tidaklah lagi seperti masa zaman bebudak dulu sekadar 'parroting' sahaja. Bila sudah biasa menyebut dan ditambahi dapat mengertikan akan apa yang diucapkan, terasa kelainan dan 'keajaiban' atau miracle yang kerap diucapkan Bro. Mehereli benar-benar dihayati.

Kita telah dibiasakan dengan dimaklumkan akan jumlah juz, jumlah surah dan serta jumlah keseluruhan ayat Al-Quran. Mungkin sebilangan besarnya diantara kita sudah lama mengetahuinya. الحمد لله، secara majoritinya kita boleh memberikan jawaban pantas serta tepat keatas soalan trivia sebegini. Kini pula dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih, jumlah perkataan dan jumlah huruf keseluruhan al-quran diketahui. Begitu jugalah dengan kekerapan sesuatu perkataan 'appeared' juga mampu direkodkan. Makluman sedemikian amat berguna bagi mereka yang tahu serta peripentingnya sesuatu perkataan dalam konteks ayat yang dibaca. Lebih banyak ianya diulang-ulang, bukankah ianya mengambarkan peranan dan fungsi yang harus terpahat kejap diingatan. Namun kalau sekadar tahu serta ingat jawabannya sahaja belum boleh lagi dikatakan yang seseorang itu telah 'well-verse' akan al-quran.

Banyak perkara lagi yang harus kita lakukan demi tanggungjawab dan hak  keperluan al-quran. Apakah tanggungjawab yang harus disempurnakan dan apakah kita benar-benar tahu dan mengerti sesungguhnya akan hak-hak terhadap al-quran ini. Pernahkah kita terfikirkan yang sembahyang yang kita laksanakan seharian dan sepanjang masa sejak balighnya kita sehinggalah habis hayat nanti dilafaz dan diulang-ulang menggunakan bahasa yang universal. Orang Arab melafazkan bacaan didalam bahasa Arab. Orang Barat samada di Amerika(termasuk Latin) mahupun di Eropah juga harus berbahasa arab. Malah disetiap ceruk dan pelusuk duniapun, bahasa arablah yang harus digunakan didalam solat. Adakah orang Asia pula dibenarkan menggunakan bahasa selain dari bahasa arab, misalnya mandarin ke, tamil ke, tagalog ke atau bahasa ibunda kita iaitu bahasa melayu yang pernah dicuba oleh pemimpin kita yang amat brilliant satu ketika dulu bertukar menjadi bahasa malaysia dengan beralasan sebagai bahasa muhibbah negara kita ini.

Reason kenapa kalimah yang dilafazkan dalam solat perlu didalam bahasa Arab sahaja dan tidak dalam bahasa-bahasa lain yang lebih banyak penuturnya, rasanya tidak perlu dipolemikkan. Komunikasi langsung dengan Junjungan kita, manusia yang dimuliakan dan diangkat sebagai kekasihNya tentulah dengan bahasa yang difahami. Kita pula, umat akhir zaman, apa hak hendak persoal dan pertikaikan. Tiada ruang untuk sangsi malah harus pula patuh sepenuh hati. Sebenarnya Mukjizat yang diterima oleh Muhammad S.A.W. ini amat perlu sebenarnya kita menghayati dan mengaplikasikan didalam kehidupan seharian. Al-Quran yang ada ditangan kita sekarang ini adalah merupakan dailog keatas Nabi besar kita dengan perantaraan Jibrail, tidak sedikitpun berubah dari mula-mula diperturunkan sehinggalah kehari ini. Dari sebanyak 78000 perkataan yang sebahagian besarnya berulang-ulang membentuk 6666 ayat, dihimpunkan pula didalam 114 surah dan diaturkan menjadi 30 juz demi memudahkan orang-orang diakhir zaman mentaati. Rasanya semua orang mampu membacanya andailah itulah yang dimahukan. Amat malanglah buat sesiapa juapun yang waras fikirannya serta selesa kehidupannya tapi masih tidak mampu sekurang-kurangnya memahami apa yang dibacai, jauhlah lagi untuk mendapatkan ikhtibar tentang apa yang disebut berulang dan senantiasa pula. Bagi yang tahu membaca serta lancar sebutan masih juga belum boleh lagilah dikatakan telah lengkap tanggungjawab diri terhadap 'Kitabul-Allah' ini. Betulkah pemahaman akan apa yang dibaca. Sudahkah atau mampukah melaksanakan setiap yang difirmankanNya. Sejauhmana pula keyakinan kita meyampaikan, memaklumkan, menunjukkan dan memperbetuli setiap apa jua yang terpesong dan tersasar jauh dari yang sepatut diperbuat dan diperlakukan oleh masyarakat andai terasa diri sendiri telah melaksanakan serta mengaplikasikan setiap yang diperintahkanNya.

Tanggungjawab Setiap Muslim



Maka, haruslah seluruhnya kita bergerak cepat lagi pantas membudayakan al-quran pada diri serta mereka yang dilingkungan. Moga usaha yang tidak kenal jemu dan bersungguh sahaja akan menghasilkan sesuatu yang baik dan mungkin juga sesuatu yang tidak terfikirkan akan terhampar didepan kita suatu hari nanti. 

Insya-Allah.

Thursday, January 28, 2016

'Kerajaan' biarlah... kita buat kerja kita

17 JANUARY 2016, 07:49 

Masa berbual-bual sambil bersarapan pada pagi semalam dengan orang rumah, aku sempat lagi luangkan masa menyandar di sofa peribadi menghadap tv. Kata orang, hendak meluruhkan perut yang kekenyangan. Pisang yang digoreng pagi semalam adalah pemberian satu-satunya Kakak kandung dari 6 adik beradik. Orang yang makan dengan orang yang sekadar mendengarnya sahaja tentulah tidak bersamaan. Yang merasa akan keenakkan mengunyah pisang goreng yang meruap panasnya, terasa manisnya pisang yang masak meranum semulajadinya dan rangup pula tepung beras yang menyalutinya memanglah terbaik 'dari' ladang. Banyak benar aku makan pagi ini. Itulah kalau sudah lebih amat, sampai menyandau dibuatnya. Peluang merasai sesuatu yang disukai dan menyelerakan mana mungkin dilepaskan begitu sahaja. Dan sudah sifatnya manusia, yang sedap itulah yang diulang-ulanginya. 

Dalam pada merehatkan diri di depan tv ni, on-kan pula youtube. Berderetlah keluar 'rancangan' yang telah ditonton oleh ahli keluarga sebelum aku. Terpapar list lagu Ziana Zain yang sering dibuka oleh along selepas tamat pengajian peringkat diploma-nya pada disember lalu yang sudah setaraf aku pencapaian akademiknya. Juga terselit beberapa video kartun Upin dan Ipin yang tentunya diakses oleh anak bongsu aku. Begitu jugalah dengan video inggeris penyanyi wanita dan terkini lagu dari 'Diwale' yang kerap ditonton masing-masing oleh anak perempuan dan mamanya yang obviously kaki hindustan pula. Pantang ditanya, pantas sahaja dijawabnya. Siapa pelakon ni(Kajol)...., oooh ini isteri Ajay Devgan. Dimasa yang lain pula bila ditanya,'ini ke Aishwara Rai...'. Jawab bukan sekadar 'ya' ataupun 'tidak' sahaja tapi diteruskan dengan menerangkan yang dia tu adalah menantu Amitach Bachan. Bukan sekadar itu sahaja, siapa bersepupu(Rani Mukerjee & Kajol) dengan siapapun dia amat maklum. 

Apapun, seluruh ahli keluarga telah aku ingatkan awal-awal lagi agar tidak mengakses video yang tidak senonoh semasa memasang internet tv ni pada 3 tahun lalu sekitar pertengahan 2012. Sesi pagi ini semacam membuat auditlah samada mereka comply ataupun tidak. Setakat pagi ini dan spot-check sebelum-sebelum ini ternyata kepatuhan adalah 100%. Untuk mengekalkan harus kerap pula mengingatkan mereka. Takut terlepas pandang walaupun masa setting dulu telah aku disable-kan laman-laman web yang tidak bersesuaian. 

Dalam pada skrol video yang terpapar, terperasankan 'Jejaka Perasan'. Ini dah dikira klasik ni. Terus tekan button di remote. Filem yang berdurasi hampir 2 jam lamanya bermula. Imbauan tetiba datang. Tidaklah menumpukan sangat pada jalan cerita filem zaman 80an ini tapi lebih pada apa yang para pelakonnya berdepan kini berbanding dengan masa mereka didalam industri perfileman dahulu. Ada yang berjaya dan ada yang kecundang. Bak kata Abang Mat Daud Kilau, 'Duniaaaaa.... hidup penoh dengan pancaroba... waspada... Adakala gembira, adakala berduka...'

Salih Yaakop, ketika terkial-kial mencari identitinya sekitar 80an dahulu samada hendak menyanyi ataupun berlakon, siapa sangka limpahan rezekinya sekarang dengan berbini 4. Nasib orang. Begitu jugalah dengan ND Lala, pernah diberitakan dan menceritakan yang beliau pernah ketikanya dahulu malu hendak menerima tetamu bila tiba raya pasal menghadapi kemelesetan populariti dan ekonomi juga. Khabarnya kini sudah bergelar jutawan dalam MLM yang diceburinya. Nasib orang sekali lagi. Apa kurangnya dengan A. R. Badul, yang turut mengarah filem 'Jejaka Perasan' disamping berlakon melalui fasa hidup yang bertentangan seolah-olah pusingan 180 darjah pula. Tenggelam dan seperti tidak aktif lagi berlakon mahupun melibatkan diri didalam industri hiburan yang suatu masa dahulu melonjakkan namanya. Inipun nasib orang juga.

Bercerita dan mengenangkan kisah orang lain pastinya tidak sama dengan apa yang diri sendiri hadapi akan jerih peritnya kehidupan. Akibat tadbir urus negara yang bercelaru dengan para pemimpin yang tidak semengah perangai dan tindaktanduk yang mencerminkan tahap kemampuan yang jauh dari mencapai standard, amat mengecewakan golongan marhaen seperti aku ini. Adakah patut dan tanpa berfikir panjang, orang yang dipertangungjawabkan dan self-proclaimed lagi sebagai pemimpin negara kononnya menyarankan pelbagai saranan untuk setiap khalayak ramai mengikuti tanpa perlu menyoal kembali mahupun mempertikaikan 'rasional-nya' setiap cadangan yang dipropagate-kan mereka. Ayam naik harga, usahlah makan ayam. Menteri pengguna sebenarnya hendak jaga siapa, pengguna atau peniaga. Gula naik harga dikempenkannya sebagai punca kencing manis. Doktor yang terlebih bijak takut pula hendak komen. Oklah kalaulah para doktor had no guts, mana perginya kementerian kesihatan yang seharusnya membetulkan statement pasal kencing manis ini. Rokok yang telah difatwakan haram lebih awal lagi tapi tidak dihiraukan, tetiba 'vape' pula berbelah bagi hendak ke atau tidak patut diharamkan. Mana perginya para ilmuan agama. Apakah masing-masing sibuk menanti giliran menjalani pengambaran rancangan bercorak agama dari stesen penyiaran yang kian mendapat sambutan serta menjanjikan income yang lumayan.



Ahli Gerakan seumur hidup dengan slogan, 'Tak Gerak Tak Makan'

Biarlah mereka dengan cara mereka dan aku dengan cara aku. Memeningkan kepala memikirkan hal yang sepatutnya para pemimpinlah yang mendepani tidak menghasilkan apa-apapun. Lambat laun pasti ada jalan keluar pada setiap kemelut yang dihadapi. Kita teruskan berusaha sekadar kemampuan kita. menangis merintih akan nasib diri tidak akan membawa kemanapun. Ditertawakan orang adalah. Bak kata Gaya Zakry-pun,'Derita Hati Kutanggung Sendiri'. 

Hidup perlu bergaya. Soal halal haram ditolaknya ketepi. Tanggungjawab dan amanah dibuatnya tidak tahu. Kebebasan yang dikejar takut kehinaan yang diterima. Terfikir pula diri, sejauh manakah sebutan dan lafaz dalam sembahyang kita itu, bebar-benar dihayati dan dipraktikkan. Kita mengharapkan pertolonganNya supaya ditunjuki laluan, saluran atau destinasi ke Jalan Yang Lurus lagi Diredhai tapi sedarkah kita atau pernahkah kita membuat checklist samaada betul atau salahkah akan apa yang dikerjakan kini. Kita takut nanti, bila bangun disuatu pagi, kita tidak mampu lagi untuk bangun sendiri, makan pula perlu bersuapkan, berjalan berpapah dan mandipun orang lain yang uruskan. Bila disituasi ini apakah kita boleh mendabik dada mengatakan kitalah yang terbaik.

Harungilah masa kini dengan penuh bijaksana agar kembalinya kita nanti mendapat keampunanNya.

Tuesday, January 12, 2016

MRSM... cerahkah peluang atau semakin samar

16 DECEMBER 2015, 15:26

'Siapa yang ketuk pintu bilik ayah...' terus sahaja aku ajukan soalan kepada Yusree yang siap beruniform sekolah sambil duduk disofa diruang tamu. Hanya dia seorang sahaja yang ada tertonggok. Yang lain kena berkejut baru hendak bangun. Cepat sahaja dia menjawab, 'Ucee... ' . Saja keraskan suara konon hendak control 'macho' sebab terlambat bangun. Azan belum lagi berkumandang dari masjid 'Raudhahtu Al-Jannah' tapi dia sudah siap sedia. Bersemangat sungguh nampaknya dia. Aku bershift petang semalam dan pulang agak lewat juga menghampiri ke 12:30 tengahmalam. Bertugas 'tambahan' sebagai closing manager perlu memastikan keseluruhan premis niaga berkeadaan selamat dengan meneliti checklist yang diserahkan oleh leader setiap line samada telah dibuat dan dipastikan sempurna, kemudian aku perlu pula menandatangani dokumen tersebut dan akhiri dengan 'on'-kan alarm code berpassword lagi sebelum meninggalkan tempat kerja.

Sebelum pulang dan kebetulan pula pegawai malam ketika itu adalah orang yang sebelum ini aku rujuki mengenai MRSM memandangkan anaknya pernah bersekolah disana, maka berboraklah lagi pasal ujian placement yang akan berlangsung esok(yakni hari ini). Dimaklumkanlah olehnya pada beberapa staf jagaannya mengenai hal aku ini. Tidak lengah lagi masing-masing mengucapkan tahniah kepada aku akan terpilihnya anak aku untuk menghadiri 'placement test' itu. Ucapan balas aku sekadar, 'terimakasih' serta aku beritahu mereka bahwa belum pasti lagi berjaya ataupun sebaliknya. Tapi pegawai malam itu seolah-olah meyakinkan kepada aku dalam memujuknya, 'insya-Allah, dapat tu...'. Lanjutnya dan ingatkan agar jangan terperanjat bila masuk kedalam compound maktab tu. Eager benar dia hendak berbual dan bertambahlah lagi keinginan aku hendak mengetahuinya akan apa yang luarbiasanya disana. Curiosity tidak dapat dielakkan memandangkan aku bakal mengalaminya esok dan demi mengelakkan dari terkejut 'beruk'. Katanya, terdapat banyak monyet berkeliaran didalam maktab tu. Halau halau depa semua datang semula sampaikan pihak pengurusan tak boleh hendak buat apa lagi. 'Kalau budak hilang kotak pensil ke, baju ke atau apa saja... itu kerja dia oranglah', bersemangat sungguh dia bercerita. Komen pendek aku, 'Wah...berat ni', maklumlah belum melihatnya lagi dan sekadar mendengar kisah yang diceritakan oleh orang yang pernah melalui. Tentulah tidak sama.

Mampukah melepasi halangan

Menoleh kenangan sebelum bergerak pulang

Kehadiran penuh harapan tetamu dari luar Melaka



Sampai dirumah, sepi sahaja tidak seperti selalu dengan tv masih terpasang bersiaran. Orang rumah sudah 'terlayang' disofa panjang, mungkin letih seharian didapur, menunggu abang handsome dia balik. Kejutkan dan tanyakan pukul berapa si Yusree tidur. Sebelum bergerak ke tempat kerja, sudah dimaklumkan dan siap berpesan pada mama dia suruh pastikan tidur awal. Orang rumah terpisat-pisat bangun dan masih mamai lagi agaknya sambil menguap, 'Lepas isyak lagi... tak lengah suruh dia sembahyang dan lepas tu pergi tidur'. 'Ohh... ok..' aku memberi komen ringkas berpuashati sambil berbisik pada diri akan setakat pagi ini segalanya seperti 'on-scheduled'.

Semuanya satu hati tidak hendak bersarapan dirumah. Semuanya juga sudah dress-up for success nampaknya. Orang rumah sudah mula alertkan aku waktu sudah pukul 7:30 dah kini, laungnya dari bawah. Orang yang hendak ambil test sudah lama standby, maknya pula yang terlebih excited. Aku pula dibilik tengah melayan whatsapp sekadar mendapatkan info terkini mengenai rakan-rakan sekolah dan rakan-rakan sekerja. Bergegas turunlah kebawah mendapatkan mereka yang sudah bersiap.'Sarapan nanti, ayah kena ke atau mamanya hendak belanja?, soalku. Pantas sahaja orang rumah jawab, ' Kita tengok siapa yang kena...'.

Pergerakan ke MRSM hanyalah mengambil masa sekitar 30 minit ke 45 sahaja untuk sampai kalau ikutkan ramalan Pakcik Google @ Maps. Teknologi amat membantu. Goggle maps yang dirujuki mencadangkan laluan dan anggaran masa untuk sampai ke alamat yang dinyatakan. Mudah. Senang. Apa yang lebih maklum lagi laluan yang disyorkan sememangnya pernah aku lalui. Teringat lagi, aku dan orang rumah, ke Kem Sungai Udang ditahun 1993 berdua sahaja dengan RX-Z menemui kakak iparnya di kuarters didalam kem. Ketika itu sesi berkunjung-kunjungan kerumah ipar-duai setelah bernikah untuk beramah mesra sesama. Honeymoon mungkin bolehlah dikategorikan. Cuti kahwin hanya sekadar menjenguk berziarah kerumah keluarga sanak saudara sahaja. Itupun tidak dapat 'cover' semuanya. Mana yang tidak sempat terpaksalah tunggu musim raya nantinya.

Apapun aku sampai kedestinasi ini kurang dari 30 minit selepas memulakan perjalanan dari rumah dalam 7:45 pagi rasanya. Menyelusuri lancarlah aku via lebuhraya SPA dari Bukit Katil. Tiada kesesakan yang melampau walaupun banyak kereta ketika orang hendak ketempat kerja masing-masing. Kalau di Kem Sungai Udang, kedatangan kita dialu-alukan dengan pantun dua keratnya, 'Anda tidak diundang, Ragu-ragu boleh pulang'. Tapi lain pula nadanya di Kem Terendak ini. Banyak ditulisnya, dan tak 'dan' nak baca. Lupa lak nak tangkap gambar. Memasuki pintu gerbang MRSM, terlihatlah olehku banyaknya kereta telah lama bersusun diparking lot ditepi padang bola. Aku gagahi juga memasuki buat kali pertama. Tiada yang menyambut cuma cetakan kertas A4 'beranak panah' menunjuk arah ke kawasan dikhaskan. Setiap persimpangan berdiri tercegat Pak Guard mengarahkan laluan yang perlu dilalui. Tiada 'personal touch'. Dalam tercari-cari ruang yang kosong, kelihatanlah olehku akan 'gap' yang muat-muat untuk kancil menyelit. Buat derrrk ajelah. Sebelah kiri Vios dan sebelah kanan Honda. Jeling kat plat number, both bukan dari Melaka. Tuanpunya kereta semi-mewah ini lebih awal agaknya telah memasuki Dewan Utama MRSM. Malah tidak kelihatan sesiapapun atau anak-anak berjalan dari tempat parking kereta ke bangunan MRSM. Aku membiarkan orang rumah menemankan Ucee memasuki dewan untuk mendaftar. Sempat lagi mengambil gambar mereka berdua melangkah penuh harapan.

Harapan yang disandarkan

Segalanya termasuklah mereka yang sampai mendahului kami macam buat keras sahaja. Apalah yang hendak digerunkan kami yang biasa-biasa ini. Takut sangatkah peluang untuk anak-anak mereka akan kami rebut. Sedih pula perasaan ini. Muka semua nampak ketat sahaja. Hendak menegurpun sudah tidak ada mood. Dress-up mereka nampak lebih gah. Maklumlah orang bandar. Menyombong tidak tentu pasal sedikitpun tidak merisaukan aku. Kalaulah anak mereka mendapat tempat, aku rasa gembira juga kerana anak bangsa aku juga yang dapat. No 'heart feeling'-lah, andai dia yang terbagus dari yang bagus. Setahu aku, hanyalah yang mendapat 5A sahaja dipertimbangkan. Terpulanglah pihak pengurusan MRSM menentukan.

Gambar yang di-snapkan ini adalah sekitar 8:18:19 pagi. Awal rasanya sampai sedangkan sesi kedua dimana anak aku tersenarai bermula sekitar 9:45am ~ 11:55am. Sistemkan sudah on-line. Masa login ke website MRSM, cuma tersedia masa sesi 9:45,by default, agaknya. Terus tekan butang ok dan save ketikanya pada 02/12. Maknanya untuk sesi pertama yang bermula 8:00am, ibubapa mereka lebih pantas dari aku. Itu aku tidak peduli sangatlah. Apa yang penting setiap calon harus diberi peluang yang serupa. Nilailah, ujilah dan pilihlah tanpa adanya tekanan dari mana-mana pihak. Be fair. Pegawai pemilihan harap be impartial dan jangan ada tendency memilih serta mengamalkan favourtism. Mereka yang didalam jawatankuasa pemilihanlah yang harus bertanggungjawab bukan setakat kat dunia ini sahaja tapi jawablah juga masa disana nanti. Anda ditugaskan memilih yang terbaik dikalangan yang terbaik menurut sistem peperiksaan yang ada sekarang ini.



40 calon termasuk anak aku disesi kedua.
Kelihatan tiada sesiapapun yang menghampiri meja pendaftaran dipintu utama dewan. Selepas menanyai petugas dikaunter pendaftaran, segeralah menyerahkan dokumen tawaran sambil memaklumkan sesi untuk disaring adalah pada pukul 9:45 pagi. Melangkah masuk ketika itu sekitar 8:20 pagi mungkin. Agaknya, disangkakan kelewatan kedatangan kami untuk sesi pertama yang bermula pendaftarannya 8:00 pagi oleh pegawai bertugas. Selepas itu disuruhnya duduk dideretan kerusi yang tersedia. Lat beberapa minit kemudiannya diumumkan 10 calun dari sesi kedua tampil menyerahkan borang. Anak aku antaranya sebab ketika sampai disuruhnya mengambil nombor giliran. Nombor 7 ber-printed atas kertas A4 yang dikerat empatsegi diunjukkan ketika menyerahkan borang beserta dokumen yang diingatkan dibawa sesalinan setiap satunya masa pendaftaran. Selepas itu, Ucee diarahkan duduk bersama-sama bebudak lainnya yang telah lama duduk berasingan dan diawasi oleh petugas mereka. Agaknya, bilangan sesi pertama yang juga berjumlah 40 orang juga masih ada yang belum ataupun lambat tibanya. Atau mungkin juga tidak akan hadir atas sebab. Khabarnya, tawaran ke SBP sudahpun keluar diawal December ini dan memilih untuk menerimanya. Orang yang terlebih layak punyai banyak pilihan. Tawaran yang hadir kepada mereka yang berkenaan mungkin merasakan lebih baik dari yang mampu ditawarkan oleh MRSM. Terpulanglah pada individu itu sendiri dengan diyakini sepenuhnya oleh ibubapa yang tentunya lebih maklum. Apa yang aku risaukan adalah orang yang tidak layak juga turut terpilih dan di'layak'kan oleh badan 'khas' yang berperanan dan berpengaruh. Adanya 'element' sabotage amat mengusarkan malah mungkin mengecewakan harapan anak-anak yang layak tapi dinafikan hak mereka. Aku sekadar merenung dari jauh ke kumpulan pertama bergerak untuk sesi temuduga dan seterusnya sesi ujian UKKM pula.


Melangkah berbaris disaring ke masa depan
Waktu bergerak ke sessi temuduga

Selepas melihatkan mereka berbaris panjang bergerak untuk sesi temuduga yang diawasi pergerakan mereka oleh pegawai pengurusan dibelakang sekali itu, wife dan aku cuma berbual-bual kosong sambil memerhatikan kehadiran dan kemunculan calon bersama keluarga ke meja pendaftaran untuk sesi kedua. Gelagat dan karenah diperhatikan dan sempat lagi buat komen ringkas bernada nakal lagi. Bosan duduk tidak buat apa-apa, aku mencadangkan untuk bersarapan. Tup tup seketika kemudiannya, hebahan dibuat oleh pegawai dikaunter pendaftaran memaklumkan para ibubapa yang ingin bersarapan bolehlah ke bangunan yang menempatkan 'cafeteria' sambil mendepangkan tangan kirinya menunjukkan arah. Diingatkan lagi yang sesi temuduga dan ujian selepas itu memakan masa yang agak lama. Selang beberapa minit, kamipun bingkas bangun menuju ketempat makan yang dicadangkan. Sesambil itu sempat juga melihat keadaan sekitar dan laluan menuju ke bilik asrama mereka. Menyampaikan ke pintu masuk cafeteria yang dimaksudkan, kelihatan oleh aku beberapa monyet bergerak santai di tepi bangunan bersebelahan. Tidaklah sampai terkejut memandangkan diawal paginya, En. Kamarudin @ pegawai malam telahpun memaklumkan hal ini. Apa lagi tidak lengahlah aku snap beberapa gambar dan seperti tidak takut dan sudah terbiasa dengan manusia, aku abadikan didalam bentuk video juga.

Falsafah Pendidikan - compliance ke?


Ole ole Kem Terendak


Selesai bersarapan berdua macam kat kampus dulu dengan couple masing-masing, turunlah semula menuju kedalam dewan. Dikaki tangga dari cafeteria yang situated ditingkat satu, kami menegurlah petugas asrama yang sudi hendak berbual dengan kami. Kami layanlah dia berbual mungkin diapun tahu yang antara dia dan kami ini adalah jenis biasa-biasa sahaja. Mesra pulak sapaannya. Maka tidak lengah lagilah, orang rumah menanyakan apa sahaja yang dia ingin tahu dari petugas asrama itu. Rancak saja bualannya. Aku cuma menyampuk mengiakan tanpa aktif berbual dengannya. Lebih banyak mendengar dan memerhatikan dirinya sahaja. Ketika berjalan beriringan ke dewan, aku maklumkan pada orang rumah samada dia perasan atau tidak akan matanya. 'Biasa aje, apa yang peliknya,' katanya kehairanan. Aku jelaskan yang matanya asyik pejam celik, pejam celik sahaja. Sebaik aku nyatakan, berderai tawanya sambil berkata, 'Macam lampu traffic lights, asyik pejam celik pejam celik'. Kali ini aku pula yang ketawa lebih kuat.

Sebaik terlihatkan bebudak yang sesama Ucee mula meramai diluar dewan, kami cepat sahaja mendapatkannya. Nampak gayanya sudah selesai. Apa lagi, macam bertih gorenglah, bertalu-talu dan bertujai-tujai pertanyaan aku hamburkan untuk anak aku menjawab. Dari satu soalan membawa ke satu soalan berikutnya. Mana yang aku tidak puashati, kutanyainya lagi biar jelas. Hujung-hujungnya, setelah mendapat gambaran sebenar, tidak ubah macam permainan jigjaw puzzle pula, 'bila dapat result...'pertanyaan terakhir aku. 'Lepas CNY nanti... baru dapat tahu.' balas si Ucee pula. 'Ayah ingatkan terus sudah dimaklumkan atau lewat-lewatpun sebelum buka sekolah, ini kena tunggu lagi. Lama lagi tu.'


Selesai ujian bertulisnya.. bapanya pulak nak tanya...

Selesai segalanya, maka bergerak keluarlah aku dari MRSM Kem Terendak. Aku bekerja shift petang. Sepatutnya masuk pukul 2 petang tapi memilih untuk bertugas sekerat hari. 6:30 petang nanti baru memulakan tugas. Tidak banyak aku bualkan semasa melangkah menuju kekereta. Keadaan sekeliling tidak berapa aku hiraukan sangat. Tetiba datang pula ilham untuk berbuat sesuatu. Manalah tahu mungkin inilah kali pertama dan mungkinkah juga kali terakhir aku melangkah kesini. Beberapa gambar diambil lagi sebagai kenang-kenangan kehadiran kami. Harapan ibu dan bapa tentulah yang terbaik buat anak mereka. Tiada dan tidak pernah seumur hidup ini terlihat mahupun terdengar akan hasrat ibu dan bapa kepada yang buruk-buruk untuk anak masing-masing. Memang tidak ada punya. Hakikatnya, harapan dan impian bukanlah kita yang menentukan jaya gagalnya. Namun usaha dan ikhtiar yang ditunjukkan seikhlas mungkin pastinya akan dibalasi setimpal olehNya.

Seawal 20/11/2015, sebaik selesai memasukkan data permohonan, aku ada mengintai blog mengenai cerita kemasukkan ke MRSM. Maklumat yang disampaikan secara indirectly ini mampu menghadirkan sinar menjangkakan akan apa yang mungkin berlaku buat kali ini. Cerita yang disampaikan oleh orang yang mengalami dan melaluinya sendiri adalah lebih dipercayai dan hampir menepati realiti walaupun sudut pandang yang berlainan. Rujuk memohon ke mrsm 2013 yang sedikit sebanyak memaklumkan hal-hal bersangkutan.

Tak orang tak kita. Bersaing mendapatkan yang terbaik adalah lumrah dunia. Aku berdailog sendirian sebaik sahaja mendapatkan I/C yang harus diletakkan di pos kawalan memasuki Kem Terendak sambil memandu bergerak keluar. Semacam memerli pula, terpampang jelas disebelah kiri jalan dipintu masuk ke 'Kor... ' apatah, slogan ke atau kata-kata keramat ke dengan berwarnakan keemasan tersembol berlatarkan tembok berwarna hitam berbunyi, 'Berani bererti Hidup. Takut bererti Mati.'. Tergelak kecil aku bila aku menyebutnya berulang-ulang kali menyampaikan lampu isyarat disimpang tiga. Memangpun, kalau berani tidak kena tempat apa makna pula. Sebenarnya, pada pandangan aku, elemen 'layak' untuk hidup mahupun mati tidak diambil kira disini. Usahakanlah untuk melayakkan diri dan jangan biarkan diri ditolak ketepi dari bersaing. Selebihnya, kita berserahlah kepadaNya.

Dan Insya-Allah.

Thursday, December 31, 2015

Rancangan khas...

17 DECEMBER 2015, 18:25

Jam sudah menghampiri ke 3:00 petang. Makanpun belum lagi ni. Tetiba ring-tone 'A. Ramlie - Terpikat' dari phone orang rumah yang sedang memasak berbunyi,'... ingin ku katakan... ingin ku jelaskan... rahsia terpendam dihatiku... tapi silu menyatakan...'. Obsess sungguh dengan lelagu A. Ramlie, aku membuat komen selari. Sehabis berbual di cellphone-nya itu, dia memaklumkan pihak sekolah menyuruhi datang mengambil surat kemasukan ke 'Rancangan Khas' dipejabat. 'Makan dulu, makan dulu... itu nanti abang uruskan' pantas sahaja aku memotong cakapnya. Macammana pula pihak sekolah boleh contact edah, aku pula menyoalnya kembali. Menurutnya lagi, ada satu hari, si Yusree membawa pulang borang untuk ibubapa mengisi butiran yang dikehendaki oleh pihak sekolah. 'Masa tu, ayah terlupa hendak isikan', katanya mengingatkan. Bila bebudak ada bersama, sebutan 'ayah' terpaksa dan perlu digunakan tapi kekadang terlepas juga 'abang'. Dulunya masa 'perkakas' masih kecil lagi dan tidak mengerti mungkin, sering juga mereka memanggil aku dengan sebutan 'abang' yang janggal dipendengaran. Mungkin juga selepas mama-nya berpesan dan mengingatkan mereka barulah selepas itu memanggil 'ayah'. Sekarang ini andai diaddresskan 'abang', bebudakpun sudah boleh menerimanya dan tidak mengelirukan lagi. Apapun, ayah ke atau abang ke yang diucapkan kini, ikut mana sempat, ianya bukan isu lagi.


A. Ramlie - Terpikat

Bila boleh makan ni..., gesaku dari ruang tamu sambil melihat whatapps dari grup rakan sekolah. 'Sudah hendak siap bang...,' laungnya dari dapur. Masa lepas mandi pagi, terperasankan beras basmathi ada setengah bag lagi. Cadangkan kat orang rumah buatkan 'nasi biryani' tengahhari nanti. Belikan apa yang kurang dikedai 'depan' untuk bahan perlunya selepas bersarapankan 'kodok' ikan bilis bercicahkan sos dan wedges pedas yang bebudak gemari. Semasa bersarapan itu, memang berselera mereka dan sebagai ayah puas rasanya melihat mereka berlima bersama bersarapan. Moment seperti ini jarang kedapatan. Hanyalah ketika cuti sekolah sahaja dapat berkumpul dan berbual santai bersama. Dalam pada melayan perasaan yang merasakan diri semakin meningkat usia ini(... apa pulak..., kan ke sudah memang tua dah kini... perasan muda le tu) tetiba sahaja terdengar orang memberi 'salam'. Seraya menjawab, aku bingkas bangun membuka pintu. Abang Yan datang dengan adiknya Wawa, sampai dari Shah Alam. Wah... langkah kanan ni, maklumku pada dua beradik ini. Pak Uda baru hendak makan ni... nasi biryani lagi. Gembira rasanya dapat menjamu anak buah yang datang dari jauh. Dirasakan jauh tapi hanya memerlukan sejam setengah sahaja untuk sampai. Zaman sudah berubah. Perjalanan semakin singkat dengan berkereta cuma. Jaringan jalan yang semakin menyelesakan malah memudahkan. Jauhnya perjalanan biasanya meletihkan tapi mereka berdua sampai ke rumah Pak Uda-nya ceria sahaja.

Rezeki orang tidak siapapun yang tahu tapi kita akan jelas memahaminya bila sesuatu itu telah terjadi. Seminggu sebelumnya, hari Ahad, Lina dengan Kak Long datang berkunjung. Menjemput beradab sanak saudara diMelaka ke majlis kahwin Lina pada awal Januari nanti. Bila ditanyai pasal ayahnya, jawab yang biasa didengar,'Ayah busy... bawak teksi... tak dapat cuti...', kata Lina berlawak. Masa itu 'pengantin' hendak sangat merasa ayam masak merah macam masa mak uda-nya buat masa majlis nikah Wawa pada pertengahan Disember 2014 lalu. Tapi menu tengahhari ketika itu adalah asam pedas ikan parang yang memangnya favourite aku. Mak Uda-nya pula rasa bersalah sebab tiada ayam di-fridge ketika itu. Itulah siapa boleh sangka. Orang lain yang hendak tapi orang lain pula yang dapat. Ini semua ketentuanNya. Kita sebenarnya tidak berdaya menentukan jadi atau tidaknya sesuatu itu. Niat hendak ke sekolah terpaksalah dibatalkan. Leka melayan anak buah sampai waktupun sudah lewat menghampiri asar pula.

Selepas anak buah bergerak pergi ke destinasi tujuan di Melaka, aku bersegeralah menyiapkan diri untuk bersembahyang Asar pula. Terasa cepat dan pantasnya masa berlalu. Orang rumah pula sedang leka membasuh pinggan didapur. Terpaksalah aku phyco memujuk dengan memaklumkan yang awal pagi esok akan kesekolah mengambil surat tawaran ke 'Rancangan Khas' itu dan kemudiannya terus ke SMK Bukit Katil membatalkan pendaftaran. Dia tertawa kecil bila aku membuat aksi spontan dengan mengajukkan cakap Pak Maon ketika adegannya hendak keluar mendengar ceramah kononnya.

Apapun, perkara sudahpun diketahui. Plan B sudah dimaklumkan. Sebelum pemberitahuan ke 'Rancangan Khas' risau jugalah diri ini. Alasannya, aku lambat membuat permohonan ke SBP yang tarikh tutupnya dua minggu awal dari tarikh keputusan UPSR dikeluarkan. Puncanya adalah kerana aku tidak terlalu meyakini yang si Yusree akan mampu mendapat 5A walaupun keputusan percubaan terakhirnya dia mendapat 5A. Over confidence boleh mematikan semangat. Aku tidaklah mahu melawan kehendakNya andai yang dicita dan diimpikan tidak menjadi. Jauh lagilah hendak pertikaikan kenapa anak aku hanya setakat itu sahaja atau lebih parah lagi persoalkan kejamnya 'takdir' yang ditimpakan seolah-olah tidak redha atas apa yang berlaku. Terlebihpun salah dan buat sambil lewa dan tidak kisah pula lagi tidak betul. Berusaha dan berikhtiar adalah tugas kita tapi hasil dan kesannya, kita pulanglah kepada KebijaksaanNya menentukan.

Sejujurnya matlamat ke MRSM adalah impian aku yang tidak kesampaian. Hampir 40 tahun ianya masih dipendamkan. Aku menduduki Penilaian Darjah Lima pada tahun 1975. Anak aku pula mengambil UPSR diketika berdarjah Enam yang setara pentingnya pada tahun ini. Harapan yang telah lama padam rasanya seolah-olah menghadirkan kembali harapan yang lama sudah dilupakan. Semoga dia mampu menyambung impian aku ke MRSM. Sekali lagi perlu aku akui dan terpaksa aku redhai andai kali inipun berakhir dengan kegagalan. Peluang hanya datang sekali. Tapi 'second chance' yang kini aku hadapi rasanya tidak sanggup untuk aku lepasinya begitu sahaja. Segala usaha telah aku lakukan. Satu-satunya permohonan adalah ke MRSM. Tiada tempat lain dihati seolah-olah aku telah 'locked target'.

Andai kata Plan A gagal, harap-harap Plan B beroleh...

Bertemu Tuan Pengetua

06 DECEMBER 2015, 12:19

Samada aku silap dengar atau dia yang silap sebut, hujung-hujungnya aku yang terkena. Màsa pagi minggu yang lalu, aku berkunjung ke gerai roti 'Pakcik Din' bak kata anak aku yang bongsu tu, tokey memaklumkan akan bercuti bulan 12 ke Kelantan menghadiri konvo anaknya. Masa bertemu ketika itu dan bila dekat menghampirinya, dia pantas bertanyakan, 'Semalam... pergi rumah latif bomba di bukit kecil?. Tidak ... pantas juga aku menjawabnya selepas sapaan salamnya aku balas. Aku nyatakan waktu itu yang Sabtu semalamnya aku bekerja. Kalau tidak memang berkesempatan berkunjung kerumahnya. Aku maklumkan juga yang kerja dibahagian 'retail' ni, susah hendak bercuti masa weekend. Kena plan betul-betul untuk bulan mendatang. Sebab itulah mana yang sempat aku akan hadir dan mana yang tidak tu bukan rezeki akulah hendak bertemu.

Masa sembang dengan Tuan Kamarudin ni, tangannya pantas menepek, menebar dan dimasa yang sama juga mencanai roti dikuali bersebelahan. Terpancar kemahiran hidup yang dipelajari dan diperolehinya masa mula mendapatkan identiti diusia mudanya dahulu. Ini pengakuannya bila dia benar-benar ingin memajukan diri setelah berputus harap merantau ke KL dan hala tujunya semacam kabur sahaja dimasa bujangnya dahulu. Ternyata, langkahan yang diambil biarpun perit diawalnya kini telah sekian lama membuahkan hasil dan selesa hidupnya. Bak kata pepatah lama, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya. Berkat kesungguhan serta kegigihan meniti, melayan, menempuh, menyerap dan bertindakbalas dengan rentak dan ragam kehidupan, akhirnya kehidupannya pada pandangan mata kasarku amat menyelesakan. Berita kejayaannya dapat dihidu satu persatu setiap kali menghampiri 'office'-nya berborak berbual sesama sementara orang rumah membuat pembayaran. Sebelum-sebelumnya dia seronok memaklumkan 'outing' bersama keluarga ke Penang seminggu lamanya dan ke Indonesia, Bali le, Bandung le atau kawasan peranginan di Sumatera juga hampir seminggu setiap destinasi katanya. 'Sayang tiket sudah tempah, rugi rasanya kalau batalkan', emphasizednya lagi bila aku tanyakan gerainya bertutup semasa singgah untuk bersarapan. Kali ini dan terkini dia sekeluarga ke Krabi pula. 'Wow, seronok tu...', komen spontan aku membuatkannya seperti tersenyum puas sambil tangannya pantas beraksi. Mungkinkah apa yang aku saksikan dan cerita yang didengari dari mulutnya sendiri ini dan setelah 'dihadamkan' menepati slogan, 'Usaha tangga Kejayaan'. Namun hal ini belum boleh cakap habis. Kita merancang dan hanya Dia sahajalah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Apapun, sebaik sahaja sampai di Duyung pagi ini, aku menyuruh orang rumah dan batu penimbangnya yang senantiasa mengekor masuk dahulu mendapatkan meja yang kosong. Manakala aku pula memarking dibahu jalan. Dia, dua beranak berhenti sambil memaklumkan yang Pokcik Din tidak berniaga. Memandangkan yang aku telah mematikan engine, masuk sahajalah bersarapan. Menonong sahaja mendapatkan mereka yang duduk dimeja dihujung sudut. Menu bertukar. Roti telor yang sudah macam didalam tekak terpaksa bertukar. Dari roti canai yang tak berniaga ke nasi lemak atau lontong yang kedua-duanya telah habis, akhirnya order-lah mee goreng 'mamak' yang teramat jauh berjarak dari menghampiri standard 'mamak'-nya. Spoiled, memang spoiled sarapan Ahad aku ini. Makanpun tidak habis. Ingatkan aku seorang sahaja, orang rumah juga tidak habis mee-nya. Yang berselera, Si Yaseer yang memilih nasi ayam sampai licin licau. Bebudak, apa sahaja menyelerakan. Sebelum bergerak keluar dari pasar, aku jengok-jengok juga whatapps grup yang aku terlibat. Geng grup sekolah, ZZ hantar post ajak sarap roti canai. Nan, the pengetua, respond mencadangkan ke Duyung. Member lain pula sent location-nya. Aku aktif membaca tapi jarang post-kan apa-apa kecuali ucapkan tahniah harijadi ke, tahniah naik pangkat ke atau ada geng yang terima menantu. Dalam hati berkata, '... kebetulan ni, aku hendak kesana bersarapan. Saja nak buat surprise...'.

1st - ZZ tergerak nakkan roti canai

2nd - Tn pengetua nak menemankan

3rd - tanyakan lokasi

4th - tak niaga le pulak...


Semasa menunggu 'order' sempat lagi jenguk whatapps. Info memaklumkan oleh rakan lain yang tokeh tidak berniaga, hadir konvo anak di kelantan. Baru jam itulah aku teringatkan rancangannya hendak kesana. Pastinyalah geng-geng tidak datang ke duyung bersarapan, agakku menyimpulkan. Semasa hendak bangun bergerak keluar, kelihatan 2 susuk tubuh yang dikenali. Terperanjat, terkejut dan tak sangka berjumpa didalam kedai makan. Selesai bersalaman, cepat sahaja aku tanyakan, 'Baru sampai ke...?' dan lanjutku lagi yang kami sudah hendak keluar. Nyata si Din botak(ZZ) pula, kami sudah lambai tangan, tapi kau tidak perasan. Nampak kau bergerak ke meja tadi. Jelaskan kat mereka yang aku betul-betul tidak perasan. Diluar kedai berbual sebentar sambil berdiri. Kesempatan berjumpa dengan tuan pengetua membuka ruang untuk aku bertanyakan peluang ke tingkatan 1 dibawah program 'Rancangan Khas'. Aku luahkan hasrat, tanpa banyak berlengah lagi, ingin menempatkan si Yusree di MHS. Mungkin agaknya selepas mendengar deretan alasan dengan beria-ia aku memaklumkan serta 'result' yang terlebih layak, dia memaklumkan,'Dah tentu bolehh... tiada masalah', sebaik aku habis cakap akan apa yang aku hendak cakapkan. Sambil-sambil berbual santai tu, aku selitkan lagi pasal hal anak aku, sesaja hendakkan kepastian. Sebelum ZZ dan Tuan Pengetua beredar selepas bersalam, dia mengingatkan agar datang ke pejabat esok ke atau bila ke. Ingatnya lagi supaya call dulu sebelum datang.

Alhamdu lillah, misi bertemu tn pengetua berhasil.