Friday, March 27, 2015

Boikot!, ... boleh ke, sanggup ke?


13 FEBRUARY 2015, 06:35 PM
Diketika ini aku dihadapan kedai gunting rambut Wendy. Kat mana tu? Kat mana lagi, kat pekan Kandang-lah didalam kawasan kejiranan aku. Pekan yang telah sekian lama aku injaki sejak kecil lagi setelah aku boleh bergerak sendirian dan ketikanya secara beransur-ansur pengawalan kakak dan abang mula mengendur ketika itu. Terdapat ramai lagi yang masih menunggu. Mana yang tak sanggup, angkat kaki pergi. Masa mencari 'port' yang selesa untuk menunggu giliran  diluar kedainya, kedengaran bunyi deruman motor besar berhenti. Dalam pada itu, aku mengarahkan si yusree cepat-cepat duduk dikerusi didalam kedai si amoi itu. Ketika hendak melabohkan bontot kat sofa diluar kedainya, sambil sambil tu mengeluarkan smartphone bersaiz 5.9" untuk membaca e-book, aku disapa seseorang. Menoleh ke arah suara, tersergam satu susuk tubuh. Salamnya aku jawab. Bunyi suara tidaklah segarang raut wajahnya dengan susuk tubuhnya yang sedikit tough juga. Suaranya agak lembut ala-ala bapok aje macam lenggok suara ahli kumpulan 'Zero' yang kurus berambut lurus tu, Saiful namanya kalau tak silaplah.


Bini no. 2 dia ... katanya

Kekadang sukar rasanya bila tidak mengikut skil. Ada ketikanya, berbadan kecil tapi punya suara yang garau, tidak kurang juga yang ditemui bersuara halus(volume dah habis tinggi) tapi miliki badan yang besar persis 'american size'. Ada juga yang berusia tapi wajah macam budak sekolah lagi, tiada berjerawat, berkulit licin, bermisai tapi macam baru hendak tumbuh. Apapun mudah baginya membuat 'opening remarks' dan tidak nampak kekok bila berbicara lebih-lebih lagi dengan orang yang pertama kali bersua, akulah yang dimaksudkan. Dapat aku rasakan yang dia sertai club motor besar memandangkan cara dia bercakap dan berinteraksi amat meyakinkan. Banyak tempat telah dijelajahi agaknya bersama rakan se-club keseluruh tanahair memungkinkan dia boleh selesa berbual dengan sesiapa sahaja.

Memandangkan dia dah mulakan, akupun apalagi menjuallah. Tanyailah dari mana, pantas dijawabnya, Telok Mas. Aku cuba memancing pula, bukankah kat sana tu ada kedai gunting mamak. Dia mengangguk seraya memberitahu yang dia sudah boikot. Lanjutnya lagi dengan aku sendiri bertambah attentive, memaklumkan yang harga guntingan telah menjadi RM12.00. Sebab itulah dia datang ke Kandang. Pandai sungguh rangkaian kedai gunting rambut asing ini dalam memanipulasi keadaan. Kita hairan macammana warga india boleh berniaga di tanah tumpahnya darahku ini. Apa kelayakan yang membenarkan mereka datang berniaga sedangkan warga tempatan pasang payung, buka meja tepi jalan sudah pastinya disaman oleh pihak mbmb. Kini, malah berani menaikkan upah gunting dari RM8.00 menjadi RM12.00 pula. Apa yang brother ini beritahu memang betul sebab aku pernah mendatangi cawangan diduyung beberapa bulan terdahulu, mungkin menjelang raya tahun 2014. Masa sesi berbual dengan petugasnya yang cakap melayunya tergagap gagap sebab verbs dan nouns bahasa melayunya yang memang terhad, memberitahu terdapat 3 cawangan yang tengah ligat beroperasi. Pertama cawangan di duyung, kedua di Jasin dan terbaru di Taman Seri Telok Mas. Bila aku buat sedikit selidikan, no wonderlah dia tanpa takut-takut dan dengan wewenangnya menaikkan harga sebab tukang gunting melayu banyak yang sudah tutup bisnes. Angkara adanya rangkaian kedai gunting yang lebih organised serta professional lagi yang ditunjukkan mereka hampir melenyapkan terus penggunting rambut melayu. Adapun yang masih beroperasi cuma sekadar berniaga sambilan. Bila cuti atau berkelapangan baru buka niaga, macamana orang hendak singgah bila perkhidmatan ikut suka sendiri. Monopoli terhadap bidang ini dengan pihak yang sepatutnya memantau terlepas pandang ataupun telah ditutup pandangan mata mereka bila pengusaha asing ini bermain silap mata pastinya mengakibatkan golongan pengguna menjadi mangsa.

Terangnya lagi kedai Abang Osman yang berhimpit dengan balai polis tidak dibuka lalu  membawanya ke sini. Aku pernah juga membawa anak bergunting dengan abang Osman ini,lebih senior dan berkerjaya guru. Part-time sebagai juru gunting rambut ini dibuatnya mungkin punyai kemahiran yang dipelajarinya masa mudanya dahulu. Hobi yang boleh memberi pulangan ini cuma dilakukan secara suka-suka. Mana mungkin boleh bersaing dengan pendatang asing yang menjalankan secara serius.

Dalam usaha pemboikotan, kesepakatan matlamat amat penting. Kalau tiada, baik hentikan sebelum menjadi sia sia dan membuang masa sahaja. Golongan yang terkesan dan lebih lebih lagilah yang terhimpit dengan kenaikan harga akan makin sengsara serta perlu buat countermeasure serta adjustment didalam menyerap kenaikan. Manakala golongan berkemampuan hanyalah memandang secara pasif saja. Jika sebahagian sahaja yang terlibat untuk boikot, pastinya tidak akan berjaya mengajar penindasan pihak peniaga. Perkara kenaikan harga akan terus berlaku dan berpanjangan bila permintaan tidak terjejas langsung. Lebih parah lagi amaran kerajaan macam orang tua yang dah luruh giginya. Tinggal gusi sahaja. Hanya menjadi bahan ketawa peniaga yang tinggi egonya. Pengguna mahukan kerajaan yang ada 'taring' dan bertegas dengan peniaga jenis ikut kepala sendiri ini. Nampak sangatlah kerajaan yang ada ini seperti berpihak pula dengan para peniaga. Apa taknya, peniaga yang berdaftar boleh menonong ke kaunter kastam untuk claim rebate pembelian mereka berkuatkuasa pada 1 April yang 'fool' nanti. 6% gst, bagi end-user akan terteralah di receipt pembelian buat cium-cium aje. Hendak pergi claim tak layakpun. Hujung-hujung penggunalah yang being fooled. Betul jugalah kata salah seorang blogger yang kehairanan akan 'kuasa' graviti kat Malaysia ini sudah berkurangan. Apa apa sahaja mudahnya untuk naik. Takut nanti bila tiba detik dan ketikanya rakyat pula naik darah, naik hangin, naik semangat dan naik segala galanya, mahu terlingkup negara dikerjakan.

Tunggu dan lihat sahajalah sandiwara yang ada didepan mata dan bakal menekan diri jika tidak diurusi sebaik mungkin didalam tempoh waktu yang mendatang. Hayatilah patah patah kata lagu yang dah macam patah hati ini sebagai azimat dan pendinding atas ketidakan upayaan menghalangi sorang-sorang.




Dia dudukpun tidak, so akupun turut sama berdiri berbual-bual macam-macam cerita. Mulanya berkisar pasal harga guntingan yang melampau naiknya sehinggalah sampai mengenai Gst. Mungkin sudah agak lama rasanya, dia berikan isyarat tangan untuk kekedai sebelah bertujuan beli rokok sambil beritahu, lain kalilah datang bergunting.

Selepas dia bergerak pergi, aku pula mula menerawang jauh membayangkan bagaimanakah saudara kita yang tidak bergaji tetap malah pendapatanpun bergantung kepada usaha. Menjadi ahli parti Gerakan seumur hidup dengan mottonya, 'Tak bergerak... tak makan..' Bayangkanlah jika sedara kita mengambil upah motong getah kebun orang. Kalaulah seharian cuma memperolehi RM30 ikut keadaan, kemudian separuhnya dibahagi kepada tuan punya kebun yang kononnya bersimpati atas keadaan hidupnya ini dan dengan hanya setakat RM15.00, adakah beliau mampu menyara keluarganya. Rata-ratanya orang yang tergolong ini punyai keluarga yang besar, punyai anak 6 ke 10 orang tu kira normal bagi mereka. 

Selepas habis berguntingan, baliklah kerumah. Takkanlah magribh magribh masih hendak berkeliaran. Harus tunjuki contoh yang sepatutnya pada anak-anak yang kian dewasa. Lepas isyak, penulisan menjadi agak bermaklumat lagi sebabnya masa dikedai gunting amoi tu aku menulisnya menggunakan smartphone. Bila di-google-kan, 'Garis Kemiskinan' telah didefinasikan sebagai paras pendapatan minimum yang 'sangat' diperlukan untuk sara diri yang mencukupi. Kalau tidak mempercayai, boleh saja dirujuki di 'wikipedia'. Manakala menerusi www.epu.gov.my, baru diketahui akan adanya suatu team penyiasatan yang digelari 'Penyiasatan pendapatan Isi Rumah @ HIS' dibawah seliaan Jabatan Perangkaan Malaysia, yang antara lain kerjanya asyik hendak mengukur kesejahteraan ekonomi penduduk. Segala input yang diperolehi mereka kemudiannya disimplified-kan menjadi 'Indeks' Pendapatan Garis Kemiskinan(PGK). PGK pula menjadi antara 'tools' didalam merangka plan ekonomi katanya. Bagi diri aku, itu 'Aiman tak kisah'. Apa yang merungsingkan lebih-lebih lagilah bila tibanya perlaksanaan GST tu, mampukah golongan yang sedia maklum tertekan ini menhadapinya. Info yang didapati, PGK tahun 2009 yang masih lagi terpakai adalah RM720 bagi penduduk bandar dan luar bandar tidak mencerminkan keadaan sebenar yang dihadapi oleh penduduk.

Berserahlah pada yang maha esa, moga- moga dilindungi dari segala bencana. Bila golongan yang sepatutnya dibantu tidak dibantu, siapa lagikah yang boleh diharapkan. Apakah kita, yang mengaku sedara seagama boleh buat 'derk' aje ke. Apakah kita benar-benar memahami maknanya akan apa yang kita sering dengari imam yang membaca atau kita sendiri yang melafazkan surah lazim ketikanya bersembahyang. Menerusi surah al-maun, ayat yang ke-3,


"وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ"

[Al-Ma'un:3]

Shared via Bayan Quran

Ayat ke-3 ini mengikut pemahaman, menempelak kita akan sejauhmanakah kita merasa bebanan yang dihadapi oleh golongan 'miskin', dan setakat manakah upayanya kita didalam membuat kebajikan atau bertolongan kepada keperluan sesama saudara yang miskin ini yang ditakrifkan tidak 'mampu bergerak' didalam mencari dan memenuhi keperluan kehidupannya mungkin disebabkan masalah fizikal/mentalnya mahupun ketidakupayaan kewangan. Lebih mengerikan lagi, apakah kita mampu menjawab dengan betul akan soalan kelima nantinya masa proses penyaringan dilakukan bilamana kita gagal memberi jawab kepada soalan, ' Siapakah saudara-mu?


والله اعلم!،


Monday, February 23, 2015

Bila rindu, disebut-sebut ... nape eekh!

13 FEBRUARY 2015, 07:42

Sepertimana biasa, setiap hari persekolahan, aku akan menghantar ketiga-tiga anak yang masih bersekolah ke sekolah masing-masing. Dan menjadi kebiasaan juga bila hidupkan engine kereta, maka jelas kedengaran pula lagu yang terpasang secara auto. Matikan engine maka cd player-pun turut sama tidak berfungsi. Telah sering sangat mendengar celoteh pengacara Sinar FM yang kian lebih kerap ketawa dari memberi info berfaedah kepada pendengar. Ketawa boleh saja namun bila selalu sangat terasa macam sia-sia pula malah kini siarannya diselangselikan dengan siaran iklan yang tentunya membawa faedah(wang tentunya). Pendengar jugalah yang menjadi sasaran. Disaat orang awam diseluruh pelusuk negara mempertikaikan harga barang yang tidak pula menurun tatkala harga minyak telah tiga kali turun berturut-turut setiap awal bulan, pihak berkenaan buat-buat tidak kisah pula. Malah dirasakan kerajaan yang memerintah kini seolah-olah dipihak mereka pula. Sejak seminggu yang lalu, aku telah memuat-turun lagu-lagu retro yang diminati dari internet untuk dimainkan semula didalam kereta sebagai penyejuk hati bila mengenangkan keadaan pelbagai rencam kehidupan masyarakat yang dilaporkan. Semua orang tahu akan kisah 'kekasih' hati yang dikelar lehernya dan buat mereka yang mengikuti perihal Anuar Ibrahim pula terpinga-pinga dengan verdict yang dibuat oleh para hakim yang terlebih adil dan semakin bijak terlaksana. Lagu-lagu yang menjadi pilihan ini pula aku susunkan pula dibawah folder yang berlainan mengikut mood. Folder - Aweks kena kelentong ... frust menonggeng, Betina gatal 80an ... gedik dan perasan, Jantan kelepeh ..... nangis konon, Rentak Pop Asli, Koleksi peribadi Black Dog Bone, 60an live(Band dimajlis perkahwinan ... macam-macam ada) dan banyak lagilah yang aku set untuk berbagai situasi yang bakal aku lalui nantinya.

Buat pagi ini, tak pasal pasal kedengaran pula suara Sanisah Huri sedang berkeluh kesah dalam lagunya, 'Aku jangan ditinggal-tinggalkan', lagu saduran hindustan. Rupanya anak aku yang bongsu telah menghidupkan engine kereta mungkin menunggu ayahnya lambat turut dari bilik. Kerap juga dia yang sedikit hyper active ini bertindak diluar jangkaan. Kalau tidak membahayakan tidak mengapalah. Takutnya nanti bakal mengundang bahaya bukan setakat pada dirinya sahaja tapi mungkin juga pada orang lain. Ada yang masuk suratkhabar nanti bila kejadian buruk menimpa. Bergegaslah kebawah menuju porch. Sanisah tengah meraung, 'kasih...... ,kasih.......... , mengapa aku ditinggal pergi, hatiku masih padamu, cintaku hanya untukmu...... '.

Selepas menurunkan Meera dihadapan sekolah, aku sibuk memerhatikan laluan dihadapan sekolahnya yang kian sesak. Untuk mendapat laluan memerlukan sedikit keberanian juga. Terpaksalah menjulurkan 'Merz mata belalang'ku ini ketengah sedikit bagi mendapat simpati pemandu. Berjaya mendapat ruang, terus sahaja bergerak pergi. Tiba-tiba sibongsu yang duduk disebelah mengerang, 'husiiiiin, huuuuuuusiiiiiiin' sambil gelak-gelak kecil dengan abangnya yang setia duduk diseat belakang. Apa hal ni ... , aku tanyai mereka. Sambil tangan digerakkan dengan aksi mencakar-cakar, si yaseer memberitahu pasal hantu kak limah. Rupanya lagu si siti fairuz pula yang sedang berkumandang. Sampaikan dapat menyatakan part bila nyanyiannya si johan muncul. Cekap betul mengingati lagu ini dengan filem si mamat khalid yang box office itu. Aku tidak terfikir pula sampai ketahap itu. Aku ingatkan mereka berdua semasa didalam kereta sebelum sampai kesekolah mereka supaya tekun belajar kerana mereka berdua adalah lelaki. Tanggungjawab seorang lelaki amat besar dan berat. Ingat tu. Mahu sahaja aku maklumkan pada mereka akan keperitan yang aku lalui kini. Kewangan yang kerap tidak mencukupi, masa yang panjang diuntukkan untuk mencari 'wang' dan tanggungjawab yang kian membebankan serta keadaan masyarakat yang makin caca marba dan bercelaru yang menyesakkan fikiran serta mengugat ketenteraman. Tapi apakan daya, mereka belum bersedia untuk memahami keadaan dan hakikat yang berada didepan mata. Pada mereka kesemua itu tidak pernah dihiraukan memandangkan masih punyai 'parent' yang mengawal selia perkembangan dan keperluan mereka. Namun sedikit demi sedikit akan aku masuk 'jarum' agar mereka tidak terleka dan buat tidak kisah akan hal yang didalam lingkungan. 


          

Bila Rindu ku Sebut Nama Mu - Siti Fairuz

Mengenai lagu si siti fairuz ini, lagu yang dianggap top jugalah sekitar 80an, aku kumpulkan dalam folder 'aweks kena kelentong ....' berdasarkan lirik. Terlalu mengharapkan sibuah hati setia padanya seorang adalah suatu pengharapan yang keterlaluan. Sekadar bercinta yang entah ia entahkan tidak dan sedikitpun tiada kepastian. Mungkin juga si 'buaya' friend cuma suka-suka sahaja tapi tidak pula buat si 'gila' friend. Pasti membuatkannya syok sendiri. Memang naluri manusia ingin cinta dan dicintai. Semuanya nampak terlalu ideal bila si pompuannya betul-betul percaya akan kata-kata abang hansome-nya. Tidak pernah terfikir langsung yang mungkin juga kata-katanya cuma mainan sahaja. Perasan sungguh sampaikan membawa kedalam mimpi. Ikatan belum ada lagi. Hendak kata sudah bertunang jauh sekali. Apa, ingat mak bapak tu tunggul ke apa? Senang-senang aje ke hendak kan anak orang tu. Entah entah mamat tu cuma acah-acah aje. Jantan sebegini, 'kaki lima' banyak. Phrase ini pertama kali aku dengari masa menyibukkan diri mendengar orang tua-tua bersembang tika pekena teh tarik kat warong kopi sekitar awal 70an dulu. Abang utih aku, yang bertugas sebagai 'polis hutan'  based di pengkalan chepa mengajak aku lepak kat warong pasal dia tak ada member bila balik bercuti. Aku yang ada dirumah ketika itu diajaknyalah sebagai peneman. Jarak usia antara kami lebih sedekad jauhnya. Ketika dia melapor diri masuk polis selepas 'Peristiwa 13 Mei, 1969, aku hanyalah berusia 6 tahun.

Berbalik pada lagu kak fairuz kita ni, terimbaulah juga kenangan masa lagu ini tengah mengelegak naik. Ketika itu tengah cari duit buat dapatkan lesen kereta dan motor lepas baru tamat belajar di ITM. Bekerjalah sementara dikilang kain yang berdekatan dengan kampung. MTM namanya or Malacca Textile Manufacturing, tapi bebudak kilang pandai pandai aje upgradekan menjadi 'Maktab Tengku Mariam'. Aweks banyak kat kilang tu. Macam macam profile ada. Yang tinggi lampai, yang bibir tebal pun ada, yang badan gempal, yang suara kasau dan yang lowered pun ada. Rambang mata dibuatnya. Masa tengah naiklah katakan. Pantang ditegur, jadi aje. Borak borak sesama rakan sekerja bila berkesempatan. Nakalnya aku masa tu sanggup pula bertanyakan ciri-ciri 'abang' yang dicari. Macam macamlah yang tersembur terutamanya yang jenis tak tahu malu dan suka cakap lepas gitu. Ada yang nak cari bermisai tebal-lah, ada yang hendakkan boyfriend yang berkereta dan banyak juga yang malu hendak beritahu, kira berahsialah. Survey yang aku buat tu berdasarkan respondent yang sudi memberi kerjasama dan berdasarkan kriteria yang aku setkan. Mereka tidak merasakan apa-apa significantnya pertanyaan yang aku ajukan tapi maklumat yang aku kumpulkan pula amat berguna untuk kajian 'ilmiah' dikemudian harinya nanti. 


Namun, semuanya kini tinggal kenangan. Kilang itupun sudah ditutup sebelum milinium lagi. Yang tinggal hanyalah bangunan pejabatnya sahaja yang bakal roboh dengan sendirinya manakala blok store dan blok production telah lama dirobohkan. Masa terus bergerak. Bernostalgia terus terusan tentu sahaja menyeronokan. Hakikatnya kehidupan berjalan terus sehinggalah 'nombor' kita naik. Selagi tidak dipanggil balik bukan bermakna kita terlepas. Semakin lewat maka semakin suntuk sebenarnya untuk melengkapkan diri. Kitalah yang mencorakkan dan kita jugalah yang perlu bertanggungjawab. Makanya kesempatan yang tersisa ini perlu dipergunakan sebaik mungkin.


Mana yang masih mengenali dan tetap berkawan rapat kebanyakkan telah mencari rezeki ditempat lain. Desakan hidup dan peluang rezeki yang terhidang direbut cepat demi kelangsungan hidup. Kebanyakan yang bekerja dikilang tersebut sekadar berkelulusan rendah. Paling tinggipun SPM yang 'cukup cukup makan'. Malah yang tidak tahu membacapun sekadar tamat darjah enampun ramai.Bila sesekali bertemu biasanya ketika raya masa masih sesama bujang dulu, sibuk bertanyakan siapa kahwin dengan siapa sambil sambil tu gelak-kan akan kisah lucu yang sama sama rasai ketika bekerja. Kini setelah menjangkau '5 series' banyak kisah sedih pula yang timbul. Pasal bini sipolan sudah menjandalah disebabkan abangnya pergi dahulu menemui sang penciptanya, Ada juga isteri tersayang pergi dulu akibat kanser tetek. Namun yang pastinya, bila bertemu kini, profile semuanya berubah habis. Berkedut dan putih beruban jangan cakaplah, ada yang gigi putih dan rata sekata menimbulkan kelucuan. Bila diminta tanggalkan, nampak sangat dah tua dah kita ni. Gelak tetap terus gelak. Apa ada hal. Merungsingkan fikiran dengan hal hal yang tiada kaitan dengan kita hendak buat apa. Pergi jahanamlah. 


Masa suatu tengahhari, beberapa hari yang lepas dalam usaha menyiapkan coretan ini dan sedang bersiap untuk bersembahyang zohor, kedengaran pembaca berita memaklumkan akan kegagalan menyelamatkan dua ekor anjing oleh pihak polis rasanya nun jauh di Canada setelah kedua-dua ekor anjing terlepas dari jagaan tuannya. Pihak polis, khabarnya lagi berjaya menarik keluar si tuan anjing yang terpelosok kedalam sungai yang mulai mencair aisnya dalam usaha memujuk anjing anjingnya. Getus hati ini, tiada berita yang lebih penting lagikah yang hendak disampaikan, hinggakan kisah anjingpun kita sanggup membeli 'berita' yang jauh tokreng. Apa perlunya berita ini disiarkan dan apa significantnya dengan umat melayu di malaysia. Hancur ....


Apapun, be your ownself.

Sunday, February 22, 2015

Saat Kematian Menjelma

Sebenarnya, tidak seorangpun yang boleh menjangkakan apatah lagi meramalkan saat tibanya kematian seseorang. Segalanya telah termaktub atau telah direkodkan didalam luh mahfuz lagi. Apapun setidak-tidaknya, kita telah dimaklumkan akan tanda-tanda tibanya detik kematian. Terpulanglah kepada kita kembali untuk memahaminya serta melakukan apa yang seharus dan sepatutnya sebelum tibanya detik terakhir kita. Memang dikalangan kita, tidak semuanya mempunyai kefahaman yang serupa mengenai kehidupan yang bersifat sementara sahaja ini. Malah semua orang ketahui samada melalui khabaran ataupun melihatnya sendiri disepanjang hidupnya akan seseorang yang meninggal dunia atau bahasa kasarnya 'mati'. Namun reaksi antara sesama tidak selalunya sama, ada yang merasakan dirinya senantiasa sihat dan tidak pernah dirundung malang. Manakala setengah yang lainnya pula sering dan kerap kali dihimpit oleh pelbagai masalah yang tidak tertanggung. Ketentuan dari Ilahi tidak siapa dapat menolak malah kita harus pula menerimanya. Mempertikai dan apatah lagi  mempersoalkan bukanlah sifat seorang hamba atau kita sahaja yang syok sendiri dan merasakan yang kita ini adalah terlalu istemewa disisiNya. Kalau ditanyai pada seseorang yang normal, apakah yang diingininya sementara hidup didunia ini. Tentu sekali, berdasarkan pemerhatiannya dan pengharapannya pada segala yang didalam lingkungan hidupnya, mahukan yang terbaik akan segala-galanya. Bukan bermaksud tamak tapi mahukan kesemuanya yang terbaik kalau diizinNya. Apapun kudrat dan iradat seseorang itu adalah terbatas serta telahpun diaturkan skrip kehidupan masing-masing sebelum kita dilahirkan lagi. Redha adalah katakunci pada kehidupan ini.

Garis yang memisahkan antara hidup dengan kematian amatlah sukar ditentukan. Tiada siapapun dapat mengukurnya dengan tepat. Dari segi usia, ada yang beranggapan semakin banyak usia seseorang maka makin beruntunglah diri. Pengukuran usia tiada salahnya. Namun begitu, usia bukanlah suatu penilaian yang tepat.  Allah swt telah memaklumkan dan kepada yang terlupa ataupun yang tidak pernah dikhabarkan atau juga sememangnya tidak pernah mengetahuinya bahawa antara hidup dan mati itu cuma senafas jaraknya. Terlalu singkat dan amat tidak sempat sebenarnya untuk seseorang berbuat sesuatu yang difikirnya perlu dan patut dilakukan ketika saat kematian mendatangi diri. Biarlah berapa banyak harta yang mampu dikumpulkan sepanjang hidupnya, betapapun ramai saudara dan handai yang kerap bersamanya dan walaupun melangit sekalipun pangkat serta darjah kebesaran yang diperolehinya, namun tidak jua mampu untuk menangguhkan detik kematiannya.

Takdir yang menimpa yang membawa pada kematian adalah ujian kehidupan terakhir pada seseorang. Kematian yang semua orang ketahui merupakan hujung penghidupan semahunya tidak ingin difikirkan lebih-lebih lagi yang kononnya sedang menikmati kemuncak nikmat kehidupan. Tiada sengsara, malah bersenang-senang. Tiada hutang melingkari tapi miliki harta yang banyak dan tidak terkira jumlahnya. Tiada juga ditimpa sakit apatah lagi yang kronik, malah senantiasa ceria dan cergas. Namun ibarat pepatah lama untuk kita senantiasa mengingatinya iaitu 'pelandok kerap melupakan jerat tapi jerat pula tidak pernah sekalipun melupakan pelandok'. Berita yang tersiar baru-baru ini mengenai 4 sekeluarga yang ditimpa malang dan membawa kepada kematian amat dikesalkan terutama sekali pada waris. Umumnya telah mengetahui kisah kejadian yang menimpa mereka sepertimana yang dimaklumi oleh akhbar-akhbar tempatan. Selain dari kisah mulanya kejadian sehinggalah berita selanjutnya mengenai pengebumian yang divideokan serta dipampangi gambar al-marhamah untuk tontonan khalayak, pembaca amnya dan para waris khasnya tentu sahaja akan mendoakan semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama dengan golongan mereka yang diredhaiNya. Itu harapan kita. Tapi bagaimana pula perasaan anak cum suami cum ayah kepada mereka yang terlebih dahulu menemui sang penciptanya. Rasanya, kalaulah dapat diselami perasaan En. Abd. Ghafar Said(usianya - 49), tentu boleh jadi gila kalau tidak kena caranya. Apa tidaknya, diketika bakal mendapat menantu yang pastinya direstui(walaupun tidak kesampaian) dan tidak terlintas sama sekali akan diuji sedemikian, tentulah akan terasa terkilan serta kecewa yang amat sangat bila kegembiraan yang baru hendak berputik tapi diragut pula tanpa dapat berbuat apa-apa.

Siti Rohana sempat beli barang 
pertunangan sebelum maut

25 Januari 2015 2:01 AM
PAGOH 24 Jan. – Empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan ngeri di Jasin, Melaka, semalam dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Parit Kemang laut, Kesang Laut, Ledang selepas membeli barang pertunangan.
Mereka bertolak dari Melaka kira-kira pukul 4 petang selepas membeli kelengkapan pertunangan untuk salah seorang mangsa, Siti Rohana Abd. Ghafar, 23, dan sebelum itu sempat bersiar-siar di Bandar Raya Melaka.
Bapa mangsa, Abd. Ghafar Said, 49, berkata, Siti Rohana bersama anak keduanya, Siti Rohani, 18, selain isterinya, Ida Dollah, 46, dan ibu mertuanya Saimah Wahab, 77, sebelum kejadian ada menunjukkan tanda pelik.
“Isteri saya, Ida, tiga atau empat hari sebelum kejadian menyatakan kepada saya lebih baik mati daripada membuat dosa. Arwah isteri menyatakan demikian semasa saya bergurau dengannya tetapi tidak mengesyaki apa-apa.
“Sementara Siti Rohana pula kelihatan terlalu gembira hendak pergi ke Bandar Raya Melaka pukul 9.30 pagi semalam,” katanya ditemui selepas pengkebumian keempat-empat mangsa itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sari Baru, di sini hari ini.
Dalam kejadian di Jalan Melaka-Muar itu pukul 4.15 semalam, keempat-empat mangsa yang menaiki kereta Perodua Kancil dipandu Ida dari arah Melaka, dilanggar sebuah Proton Perdana dari Muar dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan.
Kereta mangsa kemudian dilanggar sebuah Proton Preve dari arah belakang menyebabkan Siti Rohana dan Siti Rohani yang duduk dikerusi penumpang belakang tercampak keluar daripada kenderaan tersebut.
Sementara Ida dan Saima, di bahagian hadapan tersepit dan keempat-empat mereka maut di tempat kejadian yang berlaku di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuang Hwa dan berdekatan Kampung Seri Minyak.
Abd. Ghafar mengakui masih terkejut dengan insiden tersebut namun reda atas kehilangan isteri, dua anak dan ibu mertuanya serentak dalam kejadian yang amat menyayat hati itu.
Dalam pada itu, abang kepada Ida, Abdul Razak Dollah, 47, berkata, kali terakhir keluarganya bertemu adik dan ibunya lebih sebulan lalu tetapi mereka tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik.
“Saya difahamkan mereka ke Melaka untuk meninjau barang pertunangan Siti Rohana yang merupakan seorang jururawat dan mengetahui insiden itu apabila mendapat panggilan telefon pukul 6 petang semalam,” katanya.
Terdahulu, suasana pilu menyelubungi upacara pengkebumian di tanah perkuburan tersebut pukul 3.30 petang dan sebelum itu jenazah disembahyangkan di rumah Saima di kampung berkenaan yang dihadiri lebih 200 saudara, kenalan dan penduduk setempat.


Pernah dahulu aku ada membuat catatan berkenaan mati dan kematian. Cuba menyelongkar kembali serta mengambil sedikit masa untuk menemuinya dan diperturunkan didalam ruangan ini sebagai satu wadah dari perspektif ketika itu.

"Benda nak jadi, kalaulah aku tahu ...(06/05/2006 - Sabtu)"

April 2006 yang baru dilalui menyimpulkan berbagai peristiwa yang tak terduga dan tak diingini. Apapun sebagai hamba Allah yang lemah, aku hanya mampu redha atas apa yang berlaku.

Awal bulan April iaitu pada 02/04/06, ayahku telah terlebih dahulu dijemput 'pulang'. Aku sendiri tiada disisinya semasa beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir. Walaupun aku sekerap yang boleh ingin sentiasa berada disisinya, tapi Allah jua-lah yang maha mengetahuinya. Beberapa minggu sebelum 'kepulangan' tu, keadaan ayahku atau lebih mesra dipanggil bapak telah menunjukkan tanda-tanda. Bapak tiada selera makan dan kalau bercakap pula tidak melihat tepat. Tak seperti sebelum sebelumnya. Orang yang normal, biasanya, akan memandang dengan orang yang dilawan cakap itu. Dan dalam bab makan pula, seolah-olah bapak dapat rasakan yang hayatnya akan tiba dipenghujung. Banyak minum air dari makan. Kalau makanpun, cuma bubur nasi yang dimasinkan. Itupun sekadar sesuap dua sudu camca aje. Sukar untuknya menelan. Kekadang dikemam bibirnya, mungkin protes, bila kita beriya-iya benar 'memaksa' dia untuk makan. Dan walaupun berjaya menyuapkan sesudu bubur nasi kemulutnya, bapak akan seketika kemudian, menolaknya keluar dengan hujung lidahnya. Sambil-sambil tu mengerak-gerakkan tapak tangan kekiri dan kekanan seolah-olah memberitahu, 'cukuplah'. Kekadang aku akur atas permintaannya itu. Tapi sering juga keakuran ku itu bersyarat. 'Bapak kalau tak nak makan tak apa. Tapi bapak kena banyak minum air. Sekurang-kurangnya ada tenaga' pilihan yang aku ajukan padanya dan kusambungkan lagi akan rationalnya syarat yang aku beri, 'Taklah berkeadaan lemah'. Kerap juga dia tak mahu minum. Namun, atas diplomasi dan berkat kesabaran serta berhemah memujuk, bapak mahu juga meneguk air suam/air masak putih sekadar beberapa teguk.

Beberapa minggu sebelum kematian bapakku, doktor india lingkungan 30-an di Poliklinik Semabok mengesahkannya mengidap 'paru-paru berair'. Budak doktor tu mengarahkan supaya di-admitted-kan ke hospital dengan kadar segera. Tapi kakak tunggal aku, Rokiah, yang jarang benar aku memanggilnya kakak bertegas mengatakan biarlah dia duduk rumah aje. Alasan yang diberinya ialah siapalah yang nak jaganya kalau kat hospital tu. Susah. Biarlah dia kat rumah. Siapa yang nak jaga, semua orang bekerja. Kalau kat rumah bolehlah kita jaga. Kalau kat hospital, jururawat-jururawat yang ada buat tak kisah aje. Apa apa hal, kencing berak ke, nak mandi ke, semuanya suruh waris yang betulkan. Dan killing statement yang kakak aku bagi, 'kalau bapak nak meninggal, biarlah kat rumah. Kat hospital nanti leceh!. Nak periksa tu lah ni lah kemudian dia orang bedah lagi. Dah! Tak payah!'. Aku akur dengan decision yang dibuatnya. Akupun tak leh comment banyak since most of the time, kakak akulah yang bertindak sebagai 'full-time' nurse. Beliaulah yang banyak 'nursing' bapak, so her 
opinion and back-up with strong arguments must be respected. Selepas 'peristiwa' di Poliklinik 24 jam Semabok, kita jagailah bapak seadanya dan sebaik dan seelok mungkin sehingga sampailah ke hujung hayatnya. Tiada lagilah insan yang boleh dilawati dan hilanglah sebutan 'bapak' buat selamanya. Sedih memangpun sedih. Tapi aku 'berterimakasih' kehadrat Ilahi kerana menjemputnya diusia yang begitu lewat. Sekurangnya tidaklah terasa bebanan hidup yang perlu dipikul oleh anak-anaknya. Ini memandangkan semuanya telah besar panjang dan telahpun mempunyai keluarga sendiri. Anaknya yang paling bongsu kelahiran tahun 1965. Lebih tepat lagi pada 19 Januari 1965. Maknanya telah berusia 41 tahun. Cukup matang untuk harungi hidup bekeluarga diatas bumi yang fana ini.

Kita tak boleh pertikaikan kenapa sekarang dan bukannya 10 tahun ke atau 20 tahun ke ataupun 40 tahun dulu ke beliau dijemput pulang. Semua ini adalah ketentuan Allah swt. Manusia tak terjangkau pemikirannya untuk menjangkakan apa yang berlaku dan apa yang tak akan berlaku pada masa depan. Malah setiap detik, jam dan ke-esokkan haripun kita tak mampu menjangkakan apakah yang pastinya berlaku. Semuanya terserah kepada Allah swt yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Namun begitu, kita disuruh memikirkan setiap kejadian yang berlaku dan mencungkil 'hikmah' yang tersembunyi disebalik setiap kejadian yang berlaku.

Bagi diri aku sendirilah, apa yang segera menyelinap kedalam diri aku ini adalah bagaimana hendak aku balasi jasa baik ayah dan juga ibuku yang terlebih dahulu dijemput pulang ke Rahmatullah. Sekarang ni pun, aku lebih kerap dan cenderung kepada pembacaan buku keàgamaan disamping membaca buku motivasi. Terkini, aku sedang ulang baca/faham himpunan hadis 'penggal 1' milik bapak aku. Dalam banyak-banyak hadis, halaman 144, hadis ke-578 adalah yang relevant dengan situasi dan ketika kini. 

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari iaitu terjemahhannya, 

                      
           "Sebaik-baik barang yang ditinggalkan oleh manusia kemudian daripada matinya itu tiga    
             perkara, 
             1. Anaknya yang soleh(islam) yang berdoa baginya,
             2. Dan, sedekah jariah(wakaf) sampai akan dia pahalanya,
             3. Dan, ilmu yang diambil manfaat kemudian daripadanya"

Insya-allah, sebagai seorang anak dan semestinyalah menjadi tanggungjawab membalas jasa baik ibu dan bapa yang telah membesar dan menjadikan 'manusia' yang sebaik mungkin diketika ini mengikut kemampuan dan kapasiti yang dimiliki. Cara 'upbringing' mereka keatas diri aku amatlah aku hargai dan sepatutnya dan juga seharusnyalah disanjungi. Apapun, aku akan berusaha mempertingkatkan lagi sahsiah diri dan berusaha lebih giat lagi menjadi muslim sejati.




Wednesday, November 26, 2014

Sebelum dibahasakan, mahirkanlah diri berbahasa ...

05 NOVEMBER 2014, 19:43

Didalam kesibukan kehidupan seharian, adakalanya kita tidak mampu mencapai apa sahaja yang kita inginkan. Namun tatkala melihat kejayaan orang lain, perasaan serta keinginan untuk berjaya juga pastinya tiba-tiba menerjah diri. Berada didalam keadaan seperti ini adalah normal. Apa yang orang lain ada secara semulajadinya kita juga turut ingin merasainya. 'Apa lebihnya dia, apa kurangnya kita' adalah 'mantera' untuk kita menyakini diri menjadi sepertinya malah mungkin lebih berjaya lagi. Kebiasaannya kita dihadirkan serta menonjol bezanya apabila sesuatu itu diangkat ke mata umum. Lebih berbeza dan lebih menonjol sesuatu yang menjadi tumpuan maka semakin hebatlah sesuatu hal itu. Hakikatnya banyak usaha dan cabaran yang harus seseorang hadapi dan tempuhi sebelum mampu mengapai impian. Tidak ada satupun kejayaan yang mendatangi diri tanpa gigihnya usaha. Mengharapkan keajaiban semata-mata untuk 'outstanding' hanyalah suatu impian kosong. Tidak pernah berlaku dan tidak mungkin berlaku. Pola perjalanan kehidupan seseorang memerlukan usaha yang berterusan dan tanpa mengenal erti jemu dan jauh sekalilah untuk cepat berputus asa didalam mengejar matlamat yang ditetapkan. Ciri-ciri inilah yang membezakan antara yang berjaya dengan yang tidak dikurniakan untuk berjaya.

القران كتاب الله (  Al-Quran adalah kitab allah  - The Quran is book of Allah).     
  
Termulanya catatan ini adalah dari lamanya memikirkan serta sekadar renungan buat diri setelah menontoni rancangan 'Semanis Kurma' dengan tajuknya 'Buta Al-Quran' dan sejurus itu juga gatal-gatalkan jari mencoretkan sesuatu diblog. Kemampuan seseorang memahami dan bertutur dengan baik dan sempurna akan bahasa Arab amat aku 'respect'. Sehinggakan ada beberapa artikel yang aku tulis mengenai bebudak hafiz yang mengimami sembahyang terawikh beberapa tahun sebelum ini akan keberuntungan mereka bila dapat membaca dengan lancar serta terang dan jelas. Keyakinan yang tinggi dan jarang tersasul didalam penyebutan setiap patah perkataan dan pastinya fahami apa yang dilafazkan amat mencabar diri ini. Jika difikirkan dalam dalam serta merenunginya jauh jauh, sebenarnya bukan sedikit masa yang harus diuntukkan dan bukan juga sedikit usaha yang perlu dicurahkan demi memahirkan diri didalam pembelajaran bahasa arab al-quran ini. Memahirkan bahasa arab perbualan sahaja, ada yang mudah bosan dan pantas meninggalkannya sekerat jalan apatah lagi dengan memahamkan bahasa arab al-quran pula. Fokus dan tumpuan yang sepenuhnya amat dituntut demi memastikan diri mampu membaca dan memahami dengan baik akan bahasa arab al-quran ini. Kita secara semulajadinya akan terpegun melihat hasil kerja pelukis, sebagai perbandingan. Tapi pernahkah kita menyelidiki akan ilmu-ilmu yang perlu dimiliki sebelum berjaya bergelar seorang pelukis yang prolific. Begitu jugalah kita akan kehairanan bagaimana seorang budak yang cacat anggota tapi mampu mencapai 5A didalam pencapaian UPSR yang didudukinya mengalahkan anak anak yang sempurna sifat. Kehairanan makin  berterusan bila memerhatikan akan setiap keajaiban yang ada didepan mata. Ketakjuban pastinya akan menjadi-jadi bilamana kita tidak berupaya menghubungkaitkan antara tekunnya usaha dengan hasil usaha.

Keegoan dirilah serta keselesaan yang selama ini dirasai bahkan telah bertahun tahun menyelubungi telah melengah dan melekakan dari mengingatiNya seharus dan sepatutnya. Kini kesedaran yang didatangkan perlulah dimanfaatkan semaksimum mungkin. Setiap dari kita ada keistimewaan yang tersendiri malah ianya membuatkan kita sebahagian dari keseluruhan yang penuh bermakna. Bukan semua antara kita punyai kepintaran yang setanding walaupun pada mulanya kita maklum telah diajari dengan 'a b c ....' dan '1 2 3 ....' . Kebergantungan antara sesama membuatkan kehidupan ini beragam dan berwarna warni. Program pembelajaran yang aku ikuti amat membantu didalam memahami bahasa  al-quran asas. Pendekatan workbook dengan bantuan video memudah dan menarik minat mengikuti lesson demi lesson. Banyak aspeks yang selama ini tercari-cari tetiba tersingkap didepan mata. Aturan menyebut perkataan dan hukum menyambung bacaan perkataan yang berturutan dihuraikan dengan mudah sekali dan memangpun praktikal sifatnya. Apa yang harus kita lakukan kini hanyalah banyakkan latihtubi membaca dan menulis. Teknik yang sistematik dengan gaya penyampaian yang mudah dan ditambahi pula dengan keinginan diri yang meruap-ruap untuk memahirkan diri membaca, seterusnya memahami dan menghafal setiap patah perkataan. Ibarat hendak meneroka sesuatu tempat, arah mana perlu dituju dulu, tempat mana hendak dimulai dan bagaimana harus melakukannya perlulah dirancangkan terlebih dahulu. Namun ketersediaan berbagai program, amat memudahkan bergantung pada keupayaan diri.

Telah dinyatakan oleh instructor Bro. Asif Meserali didalam video pengajarannya, untuk memudahkan penghafalan, harus memahaminya dahulu. Kalau tidak, amat sukarlah usaha yang dibuat. Ibarat orang yang membawa kereta, perlu mendapat lesen memandu sebelum layak untuk memandu. Harus fahami dan melakukan yang seharusnya akan apa yang dipaparkan pada setiap 'signboard' dan menuruti setiap warna yang bertukar mengikut urutan pada lampu trafik dipersimpangan. Kemahiran ini perlukan proses pembelajaran dari seorang yang mahir lagi berpengalaman serta bertauliah(satu formality sahaja) demi memastikan apa yang dibuat mencapai standard. Apa maknanya, lancar membaca tapi tidak memahami. Apakah setiap ayat yang dibaca mampu dimegertikan seperti mana yang seharusnya dimegertikan. Ada antara ayat yang  meminta kita memikirkan, ada yang memberitahu apa yang harus dibuat, ada yang mengancam bila mengabaikan dan banyak lagilah. Sebenarnya, Allah swt 'berkomunikasi' dengan umat akhir zaman via Nabi Muhammad saw. Mukjizat inilah yang kekal hingga keakhirnya. Umum sedia maklum akan mukjizat yang Allah swt kurniakan pada Nabi Musa a.s. berupa tongkat. Kita semua tahu akan kelebihan keajaiban tongkatnya itu. Hakikatnya, pengurniaan mukjizat ini sesuai dengan zaman dan tahap intelektual masyarakat ketika itu. Dengan ertikata lain, ianya bersifat kontemporari.

Sebelum 'mampu' memahami patah demi patah perkataan Arab, teknik memahamkannya hanyalah melalui terjemahan dan memaksa diri menghafalnya. Approah sedemikian amat memeritkan serta perlukan banyak masa. Lebih lebih lagi kita bukannya berada didalam masyarakat yang sentiasa bertutur didalam bahasa arab. Namun dengan kebanjiran program self-study mengenai bahasa arab memungkinkan orang yang bukan 'lidah arab' juga boleh mampu memahami bahasa arab al-quran jika gigih berusaha. Sepanjang hampir ke-empat tahun ber-kuliah dialam maya, dengan izinanNya jualah, perubahan pada diri ada kelainannya. Proses pembelajaran turut dipelbagaikan. Setiap bacaan imam didalam sembahyang dan doa lepas sembahyang yang diucapkan aku dengari serta fahaminya. Mana perkataan yang tidak berapa familiar, kena semaklah dikomputer kemudiannya. Akhbar dan movie mereka juga turut aku surf, baca dan dengari demi menghadirkan keyakinan. Sepatah kata Bro. Asif Meserali didalam keratan video yang diuploadkan ini, '... memorization not only become easy when we understand but its also enjoyable.' Apa yang dikatakannya memang benar dan diri inilah bukti 'hidup' untuk merasainya, mengalami dan memaklumkan pada 'pembaca' akan statementnya itu. Malah bukan berhenti setakat itu sahaja tapi perlu pula mengaplikasikan setiap yang dibaca pada diri. Peringkat inilah bermulanya cabaran 'against all odds'. Sejauhmana dan setakat mana kemampuan akan dinilai olehNya.


Insya-Allah, coretan demi coretan yang bakal menyusul selepas ini adalah luahan rasa dari hati akan commitment yang telah aku hadirkan demi memastikan kemantapan didalam asas bahasa arab yang kini bolehlah dikatakan agak selesa dari sebelumnya. Seboleh dan semungkinnya untuk menjadikannya sesuatu yang 'second nature' pada diri. Harapanku semoga usaha ini memberi manfaat pada semua. Apapun, kita tidak boleh cakap habis. Segala perancangan dan ketentuanNya tidaklah sesiapa juapun yang tahu. Hanya Dia-lah yang Maha Mengetahui segalanya.

Wallahualam.

Friday, October 31, 2014

Buta Al-Quran

24 OCTOBER 2014, 07:35 AM

Semalam sekitar pukul 9:00 malam, selepas isyak disempurnakan, aku turun menikmati juadah yang mama bebudak sediakan. Macam biasalah bebudak asyik dengan program kartun mereka. Arahkan yang memegang control untuk menukar ke saluran '101'. Program ceramah, 'Forum Perdana' sedang keudara dengan topiknya mengenai 'memberi dan menerima'. Program yang lebih kepada menerangkan dan mengupas topik dengan penonton yang hadir duduk mendengarinya sambil-sambil itu mengunyah 'jajan' yang dibawa. Terpandangkan seorang ustaz sebagai panel, orang rumahpun bertanya akan namanya, pasal lama sangat tidak masuk TV katanya. Jengukkan muka kearah tv, aku maklumkan namanya Uz. Farid Ravi. Muaalaf yang menghafaz al-quran di Madinah bertahun lamanya dan kembali 'pulang' ke Malaysia mencari rezeki dibumi tanah tumpahnya darahku ini.

Selesai pekena kiew tiau hailam, maka melekaplah sekejap disofa peribadi mengadap TV sedang ditangan memegang kemas tab untuk mengintai blog. Bilamana program TV tidak menepati selera ataupun selingan iklan 'on air', pantas sahaja aku surf blog yang mungkin bermanfaat pada ketikanya nanti. Isu yang dibawakan kali ini lebih menyentuh akan tanggungjawab pemerintah dan peranan orang yang diperintah untuk mentaati kurang ummph kerana adanya tendency untuk praised current government secara yang tidak sepatutnya dan belumpun sempat dilafazkan, orang rumah pula menukar ke NTV9. Hendak tengok Uztazah Siti Nor Bahiyahlah pula. Namun pada sessi kali ini, program 'Semanis kurma' membuatkan aku terpaku mengikutinya sehingga akhir. Topik yang diangkat untuk dibicarakan adalah kebutaan insan pada al-quran. Suatu topik yang dikira berat dan serius untuk disiaranlangsungkan yang pastinya menempiaskan pelbagai persoalan kepada para penonton umumnya dan juga kepada pihak-pihak yang dipertanggunjawabkan khasnya. Menghadirkan sepasang tetamu yang berstatus dan berketrampilan serta bijak berbicara dan tidak pula jenis camera-shy membuatkan program ini terasa singkat bebenar. Cumanya program ini diganggu dengan kerapnya oleh siaran iklan. Hendak tidak hendak, kenalah juga memandangnya. Apapun aku terpegun dengan caranya bertutur serta narrate-kan peristiwa yang melingkari dirinya untuk pengetahuan umum. Caranya menceritakan peristiwa yang beliau alami sendiri, dapat dihidu kebenaran dan ketulusan hatinya agar menjadi inspirasi buat khalayak seluruhnya yang mengikuti rancangan yang dihoskan oleh pasangan pengacara yang ber-title-kan ustaz dan uztazah ini. Kesempatan menyaksikan program ini benar benar menuju tepat pada diri. Ianya seolah-olah suatu booster  untuk melipatgandakan usaha dan kekal fokus akan self-study pembelajaran bahasa arabku. Di usia yang telahpun melangkaui setengah abad, faktor masa bukanlah suatu kelebihan buat diri ini. Jauh disudut hati, aku merasakan sudah amat terlalu lewat untuk menyedari akan kekurangan ini. Namun usaha yang sudah dimulakan seawal 2010 lagi untuk memantapkan penguasaan bahasa Arab dengan amat bersemangat pada permulaannya masih diteruskan walaupun kadang-kadang digendalakan oleh hal yang tidak terjangka. Apapun diri ini merasa amat bertuah kerana masih dipinjamkan 'usia' untuk berusaha mengingatiNya.

Menoleh kembali ketikanya masih di alam persekolahan sekitar 70an dan sehingga pertengahan 80an, mengaji Quran lebih kepada 'membaca' Quran. Seharian sekurang-kurangnya 2 kali, selepas zohor setelah pulang dari sekolah dan selepas maghrib. Untuk Sabtu dan Ahad pula, 3 kali  iaitu pada 8:00 pagi, lepas zohor dan selepas maghrib. Atok Deraman 'Keling', yang menjadi guru Quran lebih menekankan kepada sebutan bacaan. Kaedah ini lebih kepada memastikan sebutan yang dilafazkan menyamai apa yang diinginkannya. Drill yang dilakukan dan diikut tanpa banyak soal membolehkan aku untuk khatam membaca beberapa kali sepanjang 6 tahun belajar mengaji. Ketika itu, pemantauan orang tua dalam hal belajar mengaji ini tiada kompromi. Kalau ponteng, maknanya beraninya badan menahan libasan rotan. Kalau difikirkan, sepatut dan seharusnya aku tiada masalah. Sekadar boleh membaca tapi tidak mengetahui makna akan apa yang dilafazkan merupakan suatu kerugian yang teramat sangat. Seolah-olah memegang bunga yang mekar tapi tidak tercium harumannya. Menghafal bacaan sahaja bukanlah suatu kelebihan. Huraian yang diucap dan diungkapkan oleh tetamu Semanis Kurma ini benar benar menyamai apa yang aku alami. Kepuasan tidak mungkin dirasai bila kita tidak memahami. Kehadiran computer serta internet merupakan tools yang dihadirkan untuk memudahkan sepertimana yang sering diucapkan sebagai, 'maklumat dihujung jari anda'. Semuanya bergantung pada keinginan seseorang. Mahukan kebaikan disini boleh diperolehi dan jika mahukan sesuatu yang memudaratkan di sinilah juga pusatnya.

الحمد لله !
Berkat kesungguhan serta bolehlah memahami makna yang dibaca membuatkan diri ini rasa sedikit selesa. Tidaklah seperti dulunya dimana lebih menitikberatkan kepada bunyi sebutan. Cepatnya terasa bosan sebab kita sekadar menghafal bunyi sebutan sahaja. Tapi kini menjadi suatu kemestian pula untuk membaca Quran selepas subuh setiap hari. Namun perjalanan aku ini tidaklah sepertimana yang prof. yang menjadi tetamu Semanis Kurma alami. Cabarannya lebih dramatik dan cara penyampaian ceritanya begitu memukau. Orang sebijaknya dan berilmu pastinya mampu memegunkan penonton dengan kepetahannya bercakap dalam mempengaruhi khalayak. Pandai sungguh penerbit program ini mencari public figure yang mampu menarik penonton. Apapun aku ingin berkongsi pengalaman di dalam pencarian di internet akan program bahasa Arab ini. Kebanyakan Laman web tempatan mengenakan bayaran untuk e-book yang diujudkan. Namun approahnya tidak menepati kehendak aku. Manakala di dalam pencarian seterusnya di dalam bahasa inggeris terdapatnya berbagai kaedah yang dihadirkan di dalam pembelajaran bahasa Arab ini. Setelah dinilaikan, approach yang dibawa oleh 'Institute of the Language of the Quran' amat sesuai dengan diri. Sejak dari itu bermulalah pembelajaran aku secara maya. Buku yang berkaitan dimuat-turunkan dan aku cetak salinan menjadi buku. Apa yang menariknya, segala materials adalah percuma. Dari workbooknya, contoh jawapannya dan video setiap lessonnya adalah percuma. Malah cara penyampaian Bro. Asif Meherali amat superb sekali.

Antara garapan dibawah ini yang telah aku catatan sekitar tahun 2012 menceritakan segalanya.

"Welcome...
to the Institute of the Language of the Quran, based in Toronto, Canada. 
Why should I learn arabic?
As Muslims we have no choice but to learn the Language of the Qur’an. 
Why?
BECAUSE ALLAH CHOSE THE ARABIC LANGUAGE TO CARRY HIS FINAL MESSAGE TO ALL MANKIND
The Qur’an contains the exact words which Allah revealed to our beloved prophet-pbuh and the exact words which the Prophet recited. Nothing added or deleted.
The “Qur’an” is NOT the “Qur’an” if it is not in the Arabic Language; otherwise it is a mere translation.
As a Muslims we are obligated to recite the Qur’an in Arabic EVERY SINGLE DAY.
Our SALAAH is in the Arabic Language.
We cannot have khushoo and khuzoo in our Salaah until and unless we understand what we are saying in our Salaah. 
The Language of the Qur’an is a Miracle.
THAT MIRACLE will never touch our hearts unless we learn and know the Language of the Qur’an. 
How can the Qur’an guide me and how can I ponder over it and implement the Guidance of the Qur’an in my daily life if I do not understand the Language of the Qur’an! 
This ARABIC LANGUAGE COURSE will provide you the knowledge to understand the Qur’an in its ORIGINAL MATN (original Arabic Text).
Our first priority in this course will be to understand the Language of the Qur’an and then InshaAllah the speaking part of it will come gradually.
Please remember if you are dedicated, serious and hardworking, you will achieve something most beautiful and rewarding in your life (i.e. the understanding of the Qur’an directly when you recite it or when the recitation is heard). 
The beauty, the Eloquence, the Miracle and the Divine Wisdom of the Qur’an will penetrate the innermost depth of your heart and you will experience the joy and happiness which cannot be expressed but can only be felt in the Believer’s Heart.
So get ready to work hard to learn the Language of the Qur’an. 

Perkara ini memang sukar untuk menafikannya. Hanya orang-orang yang mampu dan boleh memikirkan dengan sesungguhnya akan kebenaran statement yang dibuat oleh pihak  'Institute of the Language of the Quran' di Toronto, Canada sana tu.Terkadang tu bagi kita orang Melayu yang mengaku dan berbangga beragama Islam tapi kurang pergertian tentang Islam apatah lagi untuk mendalami hal-hal keagamaan amat mendukacitakan dan memalukan. Sebuah negara yang bukan bermajoriti Muslim tapi mempunyai approach yang kedepan dari negara-negara yang bermajoritikan umat Islam sebenarnya memberi manfaat berguna pada penduduk dunia yang menggunakan teknologi terkini untuk umat dunia sejagat."



Untuk makluman juga, kepentingan memahami dan mengamalkan akan setiap apa yang dibaca adalah terpikul ke atas setiap Muslim. Setelah benar benar mantap, wajib pula menyampaikan kepada mereka yang jahil. Ketika mulai mengikuti lesson by lesson program yang dikelolakan oleh Bro. Asif Meherali ini, aku cuba Google akan buku apakah yang paling tidak difahami. Macam tidak percaya bahawa yang teratas sekali adalah Al-Quran, paling tinggi jumlah pembacanya dan anihnya ianya juga paling tidak difahami pembacanya.

Untuk lebih fahami apa yang dimaksudkan, silalah saksikan video ini:


Kelekaan kepada dunia semata-mata tentunya akan membawa padah. Banyak ayat-ayat Quran yang mengancam manusia yang berpaling dari menyembah diri pada yang maha kuasa. Mulalah menatap kembali Al-Quran kerana masa tidak menunggu kita malah kitalah yang harus mengejarnya sebelum ajal menyapa diri.




Kebelakangan ini kecoh dengan bantahan terhadap campaign 'let's touch the dog'.
Apa kata kita sesama memulakan kempen 'Let's read the Qoran' pula sebagai satu wadah menyedarkan umat semuanya akan kemuliaannya.

Thursday, October 9, 2014

Ooo be...!!!, bangun en. baba... minyak naik lagi le, anak 'sungai' kau.

02 OCTOBER 2014, 23:21
Hari ini angin tidak, ribut tidak, tapi tidak semena mena hujan pula turun. Kalau gerimis tak apa le juga, ini tetiba hujan lebat yang datang. Inilah analogi yang boleh aku rangkumkan mengenai hal kenaikan harga minyak ini. Tiadanya tanda-tanda akan kedatangannya merujuk kepada kekuasaan tuhan rabb al-jalil. Sering kita mengganggapnya sebagai phenomena alam bila kita tidak mampu menghuraikannya secara tuntas. Ini menunjukkan samada kita malas untuk memikirkan atau sememangnya tahap kemampuan untuk menghuraikan permasalahan ini tidak terjangkau dan sebanding dengan Allah swt yang maha mengetahui segala-galanya.


Kebiasaan menuang RM30.00 kini berkadaran dengan 13.043ltr. Half tank aje beb.


Apapun tidak mungkin aku terlepas pandang dari mendapat perkhabaran akan perkara sebesar dan terpenting ini didalam kehidupan seharian setiap orang. Akhbar utusan malaysia dan the star aku bacai keduanya saban hari ditempat kerja serta melalui online bila dirumah. Akbar yang yang dikatakan akhbar arus perdana ini amat mustahil-lah tidak melaporkan berita kenaikan harga minyak. Hampir seharian jugalah aku meninjau-ninjau kembali akan kedua-dua akhbar untuk seminggu sebelumnya mengenai perkara kenaikan harga petrol ini. Para bloggers samada yang pro kerajaan ataupun yang menentang serta tidak bersependapat turut tiada memberikan apa-apa riak mengenai kenaikan harga bahan bakar ini. Amat berahsia sekali para pembuat dasar sampaikan utusan dan the star yang merupakan 'lidah' kerajaan sedikitpun tidak menyentuh akan perkara ini. Nampak gayanya, orang kebanyakanlah yang terkena lagi. Kenaikan sebanyak 20 sen untuk setiap liter bagi RON95 dan juga diesel pada 12:01 pagi ini, 02/10/2014 menjadikannya masing-masing RM2.30 dan RM2.20. Bagi para peniaga, apa ada hal. Didalam hukum perniagaan, kos yang dikeluarkan bagi menghasilkan end-product akan diserap kedalam harga jualan. Kos yang tidak perlu seperti pengiklanan dan promosi, bagi para peniaga terutamanya yang bertaraf multinasional akan dikira juga didalam kos pengeluaran. Orang meniaga tidak terkesan sangat dengan kenaikan harga bahan bakar. Orang yang makan gajilah yang akan merasa kesan secara langsung. Kakitangan kerajaan yang merupakan 'anak manja','anak emas' dan kekadang tu sebagai 'anak belaan' juga tidak terkesan sangat akan hal kenaikan harga. Tidak kiralah harga apapun. Harga rumah naik, kadar pinjamannya berbeza dengan orang kebanyakkan. Harga barangan keperluan naik, diujudkan berbagai elaun yang berkaitan demi mengatasi kenaikannya. Begitu jugalah bila menyampainya musim perayaan dan ketikanya bila menyampaikan hujung tahun, disediakan pula bonus dengan alasan mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah. Manakala mereka yang makan gaji dengan pihak swasta bagi pengubal dasar dan pemimpin yang melaung-laungkan keprihatinan terhadap nasib golongan marhain terutamanya ketika berkempen didalam musim pilihanraya sekadar buat-buat tidak perasan sahaja. Orang kerja swasta ini, hendak hidup pandai-pandai engkaulah. Ada aku kisah. Mereka yang dikira bernasib baik yang menumpang hidup dengan pihak kerajaan jarang benar yang mahu serta menyusahkan diri memikirkan permasalahan golongan yang tertekan dan terhimpit. Kesombongan dan kesenangan yang dinikmati oleh 'orang' kerajaan hampir-hampir membutakan mata dan memekakkan telinga dari memerhatikan keadaan serta mendengari rintihan golongan yang kurang bernasib baik ini.

Pembelaan yang cuba ditunjukkan dengan memastikan gaji pekerja swasta ditetapkan sebanyak RM900.00 sebulan berkuatkuasa pada 01/01/2014 sehingga kinipun tidak terlaksana sepenuhnya. Diberikan pula  akan para majikan kelonggaran memulakan arahan mandatory ini pada pertengahan tahun juga tidak tertunai. Alasan demi alasan diberikan oleh pihak majikan yang kurang rasa tanggungjawabnya pada pekerja mereka seakan mempermainkan arahan pihak kerajaan. Apa kuasa kerajaan sebenarnya dalam hal urusan perniagaan mereka. Sekadar berkokok bolehlah. Tidak nampakpun sesuatu arahan dituruti dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan yang tegas. Mana mungkin golongan pekerja bawahan sanggup menongkah arus menuntut majikannya menuruti arahan kerajaan. Yang pastinya, gaji pekerja mengikut ehsan majikan. Kalau tidak berpuashati dengan upah yang diberi, pekerja bebas untuk meletak jawatan. Bagi yang cuba menunjukkan keberanian, kata dua dari pihak majikan adalah 'Gua punya sukakah atau Lu punya sukakah?'. Persoalan yang kian mendesak buat golongan bawahan dan semakin dihimpit amat memerlukan perhatian serta pembelaan. Anggapan sesetengah orang politik yang beranggapan orang melayu majoritinya malas dan tidak  mahu berusaha adalah satu statement yang jauh tersasar. Apakah orang berpengaruh ini benar-benar merasai degup kehidupan golongan marhain dan sentiasakah bergelumang dengan mereka ini dari semasa kesemasa. Mengeluh serta merintih tidak membawa diri kemanapun. Malah dapat diselami tiadanya kelohan dan rintihan dalam  kamus kehidupan mereka sekarang ini. Pemimpin yang cuma bermodalkan air liur wewenang  benar  mengungkap dan melemparkan 'malas', 'tidak berusaha', 'gagal rebut peluang', 'tidak mahu berubah' dan banyak lagilah kata-kata yang seerti maksudnya. Namun sekadar mengungkap tentunya tidak sama kepada mereka yang pernah  merasai serta yang sedang menghadapi dan melaluinya kini. Bersimpati semata tidak membawa sebarang erti buat mereka. Huluran bantuan dan peluang sahajalah boleh mengeluarkan golongan ini dari lingkaran ganas yang makin mengalak ganasnya. Sebab itulah, golongan ini lebih rela mengambil 'approach' berikhtiar sendirian di dalam melawan permasalahan demi kelangsungan hidup. Meminta bagi mereka yang punyai maruah adalah hal yang tidak pernah terlintas di fikiran. Lebih lebih lagilah yang tinggi agamanya akan lebih gigih berusaha menambah rezeki dari hanya sekadar mengharapkan bantuan dan ehsan yang bermuslihat.

Kenaikan harga bahan bakar ini pastinya akan meningkatkan juga harga seribu macam barangan. Belum sempat isu kenaikan harga minyak ini genap seminggu usianya, pihak akbar belaan kerajaan telah menyampaikan berita yang pihak kerajaan tidak akan mencampuri harga tambang bas sekolah. Maksudnya, pandai-pandailah pihak ibubapa merundingkannya dengan pengusaha bas sekolah itu sendiri. Kalau setuju dengan harga yang ditetapkan maka ikutkan sahajalah dengan permintaan dan kemahuan mereka. Bila harga ditentukan oleh pasaran serta kerajaan tidak hiraukan langsung maka penindasan akan menjadi-jadi dan membudaya pula nantinya. Mereka yang kaya pastinya bertambah kaya dan yang miskin makin terhimpit nampaknya. Belum lagi kedatangan 1 April, 2015 dengan package GSTnya, keresahan golongan bawahan makin tidak terbela.

Siapakah lagi yang boleh digantungkan harapan di dalam mengemudi dan menangani pesta kenaikan harga barangan yang telah menunjukkan riaknya dipenghujung tahun 2013 lagi. Hendak harapkan kerajaan, sedikit demi sedikit kepercayaan yang diberikan semakin dikhianati. Harapkan 'regu' yang mula digantungkan segala harapan juga mula menunjukkan onarnya. Beginilah jadinya bila orang yang bukan ahlinya mendabik dirinyalah yang terbaik sekali dalam hal urus mengurusi ini. Nantikanlah azab menganiaya dan menzalimi orang yang dipimpin bila mereka menadah tangan mengadu pada Yang ESA. Terkenang pula akan adegan di dalam 'action movie' koleksi peribadi yang aku tontoni suatu pagi lepas bersarapan lebih tepat lagi pada 25/09/2014. Filem berjudul 'Street Fighter - The Legend of Chun-Li' yang mengisahkan seorang anak, bukannya lelaki tapi perempuan yang bertindak sendirian di dalam mengharungi dugaan bertemu ayahandanya yang dipaksa menuruti mereka yang tamak dan berkuasa. 

Antara dailognya yang amat related adalah bila mereka dipertemukan untuk dipisahkan. Ayahnya kagum dengan kegigihannya seraya menginginkan jawapan pasti dari anak tunggalnya itu.




Chun-Li's father bertanya penuh kehairanan,'Chung-Li .... Why?

Chun-Li sekadar mengungkapkan,'Papa, I have to ... !

Chun-Li's father cuba memujuk,'You know, I try so hard for so many years, just to keep you safe.... to protect, to make sure you have a good life.'

Tapi cepat pula dipangkah oleh  Chung-Li dalam usaha bapanya untuk psycho dia.

Chung-Li kemudian dengan tegasnya berkata, 'I would rather have you... !'

Malangnya, bapanya react begitu pessimist pula,'Getting 'Byson' away is a losing battle. Why you doing this to yourself.'

Tapi dengan penuh yakin dia mengungkapkan kata-kata 'sakti' yang pernah ayahnya pesan kepadanya semasa kecilnya dahulu,'Sometimes you have to stand up when standing is not easy. You tell me that.

Ayahnya sekadar mengangguk-angguk sahaja tanda pasrah sambil mengucapkan,' I love you so much'.



Filem kekadang menceritakan apa yang pernah terjadi di dalam khalayak. Cerita-cerita benar di dalam masyarakat diangkat ke filem demi menyogokkan realiti masyarakat kepada penonton agar menjadi tauladan pada perkara yang baik juga sebagai panduan dan sempadan pada perkara perkara yang negatif sifatnya. Apa yang dirisaukan dan dibimbangi akan terjadinya kegelisahan serta membawa kemudaratan pula kepada masyarakat, jika pihak yang berkuasa dan masyarakat tidak saling memastikan 'kesejahteraan' ummah terjamin dan terpelihara.

Siapakah antara kita yang sanggup memegang watak Chun-Li ini. Hanya mereka yang ada keberanian sahajalah yang mampu menyanggupinya. Takut nanti ada pula yang 'terlajak' berani pula sampai raja sanggup disanggahnya seperti watak Hang Jebat. Apapun realitinya, Adam 'Rambo' pernah cuba membawa watak sedemikian sekitar pertengahan tahun 80an dulunya namun akhirnya tidak menjadi seperti yang ia mahukan.

Ada beranikah...

Friday, September 26, 2014

Salam Baitullah dan Haji Mabrur

25 SEPTEMBER 2014, 07:37 AM

Semalam, aku berkesempatan menonton program 'Salam Baitullah' di TV1. Program bual bicara tentang hal hal yang bersangkut paut mengenai haji ini memudahkan penonton mendapatkan info serta laporan 'live' dari Mekah. Program yang baik, lebih lebih lagilah kepada yang punyai sanak saudara yang kini berada di 'tanah suci'. Catch program ini, pada pandangan peribadi lebih kepada ucapan orang yang dikenali kepada saudara mara ditanah air. Kalau disebut nama sebutir-sebutir serta tempat tinggalnya, maka makin galaklah orang yang disebutkan itu bercerita. Hal ini pula tentunya akan lebih mengalakkan penonton untuk senantiasa mengikuti program ini saban hari sehinggalah habis musim haji nantinya. Program yang mula bersiaran secara live dari 17 September sehingga 08 October nanti mungkin boleh mendapat rating yang memuaskan andai kena caranya. Maka kehadiran penceramah jemputan yang dikenali dan popular mungkin, serta dihoskan oleh pengacara yang mampu menarik minat penonton perlu dicari agar program ini berjaya mencapai matlamatnya. Maka buat malam semalam, Ustz. Harryanto(penceramah jemputan, Jawa Selangor) di-probe-kan dengan guided question yang disoal oleh pengacara En. Ashraf(Johan imam muda, 2012) dalam usaha memenuhi masa yang diuntukkan buat slot ini. Untuk menampakkan canggihnya program ini, beberapa soalan dari penonton yang diajukan menerusi Laman Facebook yang diujudkan akan dipilih untuk dijawab.


Namun ada beberapa element dari slot ini yang nyata sedikit cacatnya. Perlu diingatkan, dikalangan penonton mungkin tidak semuanya menonton tapi sekadar melihatnya setelah terpaksa menonton. Mungkin dikalangan yang menonton itu adalah sekeluarga. Di dalam konteks aku ini, channel ini dipilih kerana aku yang memegang control. Dengan french fries dan nugget yang meruap-ruap didepan mata, bebudak tidak menghiraukan sangat tentang program TV yang bersiaran. Bersantai didepan TV dengan mamanya menghidangkan juadah 'ringan' tentunya mengurangkan fokus mereka apatah lagi yang 'membosankan' tapi tidak berani menyatakannya namun tidak buat diri ini. Walaupun bersilang kaki disofa peribadi mengadap TV sambil mengunyah nugget panas, tumpuan masih difokuskan pada rancangan yang ditonton. Kejanggalan yang dirasai ialah terlalu kerapnya perkataan 'mabrur' disebutkan. Ucapan dari sanak saudara mengharapkan agar orang yang dikasihi di Mekah ini mendapat haji 'mabrur'. Begitu juga dengan pengacara dan tetamu jemputan juga menyebut dan mengharapkan semua yang menunaikan haji beroleh haji yang mabrur. Terasa macam ditahun-tahun 70an dahulu masa peranan radio sebagai medium penghubung begitu menonjol. Didekad itu, rancangan tuju lagu menjadi rancangan yang diminati pendengar. Antara ucapan yang pop ketika itu adalah, 'kenang daku dalam doamu', 'semoga sihat selalu' dan beberapa lagilah ucapan yang mengharapkan sesuatu pada sesama kenalan.

Walaupun ini merupakan program yang santai sifatnya, pengisian mestilah yang bermatlamat. Mereka yang bertuah dipilih kesana semestinya berbangga. Mereka yang sudah bertahun mendaftar mungkin terkilan. Beberapa tahun dahulu, menteri agama kita ada memaklumkan yang bakal haji yang baru mendaftar mungkin mengambil tempoh menunggu lebih dari 40 tahun lamanya. Aku sendiripun dalam kumpulan 'ketiga' iaitu baru mendaftar. Setiap orang Islam maklum akan rukun Islam yang kelima iaitu mengerjakan haji. Ibadah haji mesti ditunaikan bila telah memenuhi syarat yang ditentukan. Bagai orang berniaga, setiap kesungguhan serta segala pengorbanan di dalam mempersiapkan diri tentunya mengharapkan ganjaran. Janji Allah adalah benar. Maka semuanya sekitar 28 ribu bakal haji dari Malaysia mengharapkan haji yang mabrur. Ibarat orang masuk gelanggang perlawanan, kemenanganlah yang dicari walau kekalahan sesuatu yang pasti lebih lebih lagilah berdepan dengan lawan yang kuat dan yang tidak pernah dikalahkan sebelum ini. Apakala pertanyaan di-Facebook yang dipilih mengenai ke-mabrur'an haji seseorang minta dikupas kepada penceramah jemputan, aku ingin sangat mengetahuinya dari sudut pandangannya. Maka diterangilah maknanya serta dimaklumkan apa yang dilihat seraya melakonkan, mengajukkan percakapan dan siap dengan mimik muka. Penceramah juga mengharapkan agar bakal haji melakukan sesempurna mungkin demi mendapatkan haji yang mabrur. Kupasan santainya amat tidak memuaskan hati. Lebih menfokuskan gambaran ketika seseorang berada diMekah dengan karenah yang tidak bertepatan malah berlawanan. Misalnya pertikaikan sikap panas baran dengan merujuk akan sesetengah bakal haji yang sanggup 'bergaduh' dengan lift. Begitu jugalah dengan penghisap rokok tegar yang berkepol asap yang keluar sedangkan kesempatan berada dikota suci Mekah, sebaik dan seeloknya memperbanyakkan 'zikr'.Sempat lagi menyindir, 'ini bukan haji mabrur tapi haji malboro' sambil mereka berdua tersenyum sinis.Kupasan sedemikian pada pandangan diri mungkin akan mengelirukan para penonton yang pelbagai latarbelakang dan berbeza tahap pengetahuan agamanya serta berbeza keupayaan untuk memahamkan apa yang diperkatakan. Misleading information amat mudah berlaku. Mungkin ada dikalangan penonton mentafsirkan dengan hanya menahan diri dari bersikap panas baran serta perbanyakkan berzikir sudah memadai untuk mencapai dan mendapatkan 'Haji yang Mabrur'. Kupasan yang bersahaja yang dipancarkan 'live' keseluruh pelusuk negara ini amat membahayakan khalayak lebih lebih lagi bila disampaikan oleh orang yang ada authority. Cakapannya adalah sesuatu yang betul dan pihak yang mendengar pula mudah menerima apa yang dicakapkan tanpa perlu menilai kembali.

ya Allah, mabrurkanlah hajiku ini ....

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas lagi, maka aku memaksa diri menyelongkar dan menatapi buku serta surfing maklumat sekadar memastikan kejituan fakta serta tidak bercanggahan. Arahan mengerjakan haji ini sepertimana yang dijelaskan menerusi Surah Al-Imran: no. 97

, . .. ...والله على الناس حخ البيت من استطاع اليه سبيلا ...  ،

Firman Allah ta'aala di dalam sebahagian dari surah al-imran, ayat ke 97 ini, yang bermaksud,

'... Dan bagi Allah atas manusia itu berhaji ke 'baitullah' oleh sesiapa yang sanggup pergi kepadanya.... '

Manakala didalam kitab fekah karangan Al-ustaz Abdul Hamid Hakim, المعين المبين , yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu dan di dalam 'Buku 2' ini terdapat hal yang menyentuh Bab haji yang difokuskan. Pengertian haji disegi bahasa bererti, maksud atau tujuan. Pengertian disegi syarak pula, iaitu pergi ke Kaabah untuk melakukan ibadat dengan syarat-syarat yang tertentu. Sebagai pengembangan minda 'umrah' pula bererti ziarah atau berkunjung dari pengertian bahasa.Dan pengertian syarak pula sama maknanya dengan haji yang membawa maksud pergi ke Baitullah untuk melakukan ibadat dengan syarat-syarat yang tertentu. Apapun untuk mencapai kesempurnaan perlu berpandukan ilmu dan kefahaman. Pastinya ibadah akan lebih sempurna dan berkualiti.

                   ،  .... العام يسبق العمل .... ،

Ertinya, 'Ilmu hendaklah mendahului amal.'

Apabila peribadatan tidak dipandu dengan ilmu dan kefahaman, ini memungkinkan ibadah menjadi rosak dan tiada kemanisan malah menjadi sia-sia dan penat sahaja.


Haji yang mabrur yang bermaksud amalan haji yang diterima dimana seseorang itu akan diganjari dengan Syurga yang merupakan pengurniaan paling tinggi dan istimewa. Namun perlu diingat demi mencapai ganjaran besar ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Setiap orang harus menempuhi berbagai kesukaran, perlu membuat banyak pengorbanan serta kuat menghadapi cabaran. Justeru itu amat memerlukan kekuatan iman dan tingginya ketakwaan. Sebelum bergerak ke sana, beberapa perkara penting perlu dimantapkan dan dilaksanakan. Dari pembacaan, antaranya ialah sifat ikhlas. Tanpa adanya keikhlasan janganlah mengharap sangat. Perginya hanyalah pada zahirnya sahaja, ibarat orang melancong lagaknya. Maksudnya keikhlasan disini ialah tidak bercampur dengan dosa. Dirinya telah dipastikan tiada lagi dosa yang dibuat. Sebab itulah amalan orang dulu-dulu, sebelum berangkat ke tanah suci akan seboleh mungkin bertemu dengan orang yang dikenali memohon kemaafan akan silap dan dosa yang dilakukan yang langsung dan yang tidak langsung agar pemergiannya akan diredhaiNya jua. Kini jarang pula kedapatan.Ada tak adapun, jemputan kenduri dengan memanggil 'orang masjid' datang kerumah membacakan doa selamat. Kalau yang jarang ke masjid tu, kekadang dipulaukan majlis sibakal haji. Kesian. Disamping keikhlasan, lawannya iaitu sifat riak harus dijauhi sama sekali. Jika terdapat sifat riak dalam diri, al-maklumlah amat sukar sebenarnya hendak mengikis tebalnya riak yang telah lama melekat pada diri, maka kemabruran hajinya seperti terawang-awang sahaja.

Selain dari keikhlasan diri, faktor keduanya ialah pemergiannya berpuncakan sumber yang halal. Maksudnya, kewangan yang dikumpulkan dari sumber yang disyaki bercampur dengan yang tidak halal tentunya menyukarkan diri mendapat haji yang mabrur ini. Maka sewajarnyalah meneliti setiap sen yang diperolehi itu memang benar-benar halal sifatnya. Disamping itu amat perlu juga memuhasabah akan segala sumber-sumber pendapatan yang diperolehi, segala perbelanjaan yang dikeluarkan, segala bekalan yang digunakan dan segala pakaian yang dipakai nantinya juga mesti dari sumber yang halal. Bila 'checklist' ini bebas dari perkara yang mencurigakan dan terbukti kehalalannya, barulah besar kemungkinannya yang haji kita itu mabrur atau diterima. Teringat lagi masa dikebun Pak Ngah Borhan pada suatu pagi dahulu. Aku kekebunnya mendapatkan buah duku ketika musimnya untuk dijual ditaman yang aku diami dulu. Sedang aku memasukkan buah duku kedalam karung sambil sambil tu berbual dengannya menyentuh bab pergi haji ketika itu, Pak Ngah, seorang bekas guru, memaklumkan beliau menunaikan haji selepas bersara dari tugas. Bila ditanya kenapa, jawabnya dia takut amalannya nanti tidak diterima. Menurutnya, dia merasakan ada elemen ketidakadilan ujud masa bertugas bila yang pandai diberi perhatian yang lebih manakala yang kurang cerdik diabaikan. Menurutnya dari hasil titik peluhnya berkebun, setiap musim buah-buahan, lebih dari RM12000 ringgit diperolehi. Maka dari simpanan hasil kebunnya inilah, dia dan Mak Ngah Jit berangkat ketanah suci Mekah sambil mengenangkan pemergian mereka kesana pada diri ini.

Itu baru dua perkara asas yang perlu ada dan sentiasa mantap dan diperkukuhkan saban tahun serta pertingkatkan lagi sehinggalah giliran kita ketanah suci ditahun tahun menjelang. Perkara ketiganya yang amat penting ialah mempelajari akan ilmu-ilmu yang bersangkutan tentang perkara Haji. Hal ini perlu demi memastikan pemergian pertama ini yang diwajibkan sekali seumur hidup adalah betul dan sempurna.  Mendalami ilmu kehajian ini dimestikan kepada semua bakal haji agar mematuhi syarat dan adabnya agar ianya betul dan sempurna. Setelah syarat dan adabnya diketahui dan cuba dipupuk sebaik mungkin sebelum mengunjungi Baitullah, terdapat juga beberapa panduan atau ciri-ciri Haji yang mungkin diterima. Antaranya,
i. tidak melampau lampau didalam mengerjakan kewajipan haji.
ii. tidak pernah langsung mengabaikan adab-adab dan sunat-sunat haji yang disyaratkan.
iii. senantiasa memperbanyakkan mnetaati perintah, ibadat dan bersedekah.
iv. sering menjadi teladan dengan memiliki budi pekerti baik.
v. kerap memberi makan sekadar kemampuan pada mereka yang memerlukan.
vi. selalu berkata-kata dengan lemah lembut.
vii. mampu mengawal cabaran yang terpaksa ditempuh.
viii. senantiasa berlapang dada dan punyai sikap pemaaf.
ix. memandang tinggi akan kehidupan akhirat.
x. dan juga kekal berniat dan istiqamah.
Andainya, ciri-ciri ini berada didalam diri maka kemungkinan besar lagi amalan hajinya bakal diterima.


Selain dari tiga faktor yang dikelaskan ini, faktor yang mengugat perlu juga kita jauhi seboleh dan secepat mungkin sebelum tibanya giliran kita ke tanah suci. Seharusnyalah kita menjauhi segala amalan tercela dan khurafat sifatnya demi memastikan haji yang diusahakan dan dimatlamatkan tercapai dengan jayanya. Maka perlunya kita mengelak dari mengumpat, memaki hamun dan juga berhasad dengki sesama kita bukan semasa disana sahaja malah ketika masih dibumi Malaysia lagi. Proses ini sebenarnya perlu diawalkan agar penyucian diri menjadi second nature pada setiap muslim. Apabila berjaya menyucikan diri dari segala dosa dan ditambahi pula dengan bekalan 'takwa' pastinya amalan kita mendapat ranking yang tinggi dan kemungkinan mendapat haji yang mabrur amatlah cerah. Kemurahan Allah swt didalam pengurniaan syurga kepada tetamunya bukanlah kita yang menentukan. Allah jualah yang maha mengetahui segalanya. Namun menurut kata ulama, Al-Khaus, beliau menegaskan terdapatnya tanda-tanda  amalan haji seseorang itu diterima ataupun tidak. Ianya secara explicit ataupun implicit dimana kekadang orang itu sendiripun tidak menyedarinya disebabkan ianya sudah menjadi sifat yang semulajadi pada dirinya. Orang sekelilingnya merasakan yang dia berakhlak menghampiri dengan akhlak Rasullullah. Ini relative sifatnya bergantung pada orang yang menilai. Lebih nyata lagi seseorang yang diterima hajinya itu tidak menceburkan dirinya didalam perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Maksudnya, tidak membiarkan diri melakukan perkara yang membawa dosa pada diri sendiri dan juga orang lain. Orang yang terpilih ini juga tidak sekali kali memandang dirinya lebih tinggi dari orang lain yang kurang 'alim' yakni berilmu. Malah dia berasa sedih dan terpanggil untuk meningkatkan orang yang 'jahil' seboleh mungkin setaraf dengannya dengan izinan Allah swt. Yang jelas dia tidak terpesona langsung apatah lagi turut merebut perkara yang bersifat keduniaan. Lebih kepada mencukupi keperluan hidupnya didunia dan tidak melampau yang mungkin melekakan diri. Sekiranya segala tanda-tanda ini secara explicit mahupun implicit yang ada pada diri seseorang yang pulang dari menunaikan haji, maka benarlah janji Allah swt akan mabrurnya haji seseorang itu. Kalau yang pulang itu selamba aje malah kembali berkeadaan sebelum mengerjakan haji maka sahlah hajinya tidak diterima. Ibarat pohon rambutan jantan, bila musim berbunga diapun turut sibuk berbunga malah adakalanya lebih lebat bunganya. Tapi bila pohon lain berbuah, dia 'haram' satupun tidak lekat. 

Apapun, Haji Mabrur ini merupakan satu pengiktirafan buat umat Islam yang berjaya melaksanakan amalan haji dengan sempurna. Kita boleh menyebut perkataan mabrur, sekerap dan selama mana yang kita suka tapi yang boleh mengurniakan kesan 'mabrur' itu hanya hakmilik exclusive Allah swt. sahaja. Begitu jugalah tahap kemurkaan Allah swt. Perkataan, 'laknat' bukan sebarangan orang boleh mengunakannya. Ianya perkataan 'terpelihara' dan exclusively digunakan olehNya. Macamlah perkataan 'rakyat'. Perkataan 'rakyat' ini sebagai makluman bersama adalah diassociate-kan dengan raja mahupun sultan. Bila perkataan istana dibawa turun kekhalayak ianya menjadi janggal. Misalnya bila menteri besar berucap sebelum dipaksa lepaskan jawatan dan ketika di satu majlis beliau menyebutkan, 'Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 'RAKYAT' Selangor kerana memberinya peluang berkhidmat ...'. Pedih telinga mendengarnya bila seseorang meletakkan dirinya setaraf raja ataupun sultan sedangkan diri sekadar rakyat biasa.

Seperkara lagi yang kurang cantiknya program ini bila mana sipengacara cuba 'poke fun at' bakal haji. Diterangkanlah scenario di ketika imam berdoa semasa bersembahyang jumaat di Mekah yang dihadirinya dimana rata-ratanya makmum bersedih dan ada yang mengeluarkan air mata. Terdapat juga rakyat Malaysia yang turut bersedih, mungkin setelah ditanyai tidak mengerti akan apa yang didoakan. Ketawa merendahkan orang lain adalah suatu perkara yang tidak patut dipertontonkan secara live. Dari satu sisi, penonton akan beranggapan, 'Wah pandainya dia didalam berbahasa arab sampai berbangga diri keatas orang yang kurang darinya'. Bila dilihat dari sudut yang lain pula, bagaimanakah hendak mencapai kesempurnaan bila penguasaan bahasa arab yang merupakan bahasa sejagat yang digunakan bukan sahaja disini saja malah disana nanti menuntut setiap orang yang mengaku islam amat perlulah memahaminya setidak-tidaknya bolehkannya khyusuk dalam sembahyang.

والله علم.