Coretan peribadi tentang apa yang berlaku dilingkungan (Berpandukan pengalaman/pengamatan serta pengetahuan yang sedikit cuma)
Sunday, June 21, 2009
Sekadar Renungan
Friday, May 29, 2009
Antara Tetek ‘Terbelah’ Dengan Tetek Bijik
Sebenarnya hari ini pun rasa-rasanya tiada waktu terluang untuk mencoretkan sesuatu. Tapi dek rasa hati yang membuak-buak, memaksa aku melempiaskan ‘gian’ hari ini.
Fikir punya fikir, banyak isu yang mahu aku ulas tapi hal ni lebih menonjol serta poin-poin mengenainya masih berligar-ligar dan kadangkala ligat dikepala. Justeru itu topik mengenai anak lelaki ataupun perempuan yang dikurnia-Nya aku pilih.
Menguatkan serta merangsangkan lagi untuk mengulas persoalan ini bilamana semasa menghantar anak ke sekolah pada pagi 13/05/2009 bersamaan hari Rabu, buletin sinar di Sinar FM yang disampaikan oleh Johan Hamzah pagi tu mengenai satu berita yang menarik perhatian aku untuk lebih attentive seketika itu. Kisah seorang bapa yang tidak mandi selama 35 tahun hanyalah semata-mata mengamalkan ritual bagi mendapatkan zuriat lelaki. Bapa di negara India ini telahpun memiliki 7 orang anak yang kesemuanya adalah perempuan. Amalan tak mandi selama 35 tahun dengan tujuan untuk mendapat seorang ‘putera’ amat anih dan tak pernah aku dengar sehingga kini. Berbagai persoalan dan pertanyaan keluar secara spontan ketika memandu pagi tu memandangkan maklumat yang disampaikan begitu minimal. Pandai benar dia ‘trigger’ pendengar Sinar FM terutama sekali aku.
Sebaik saja sampai dirumah, akupun menonong aje keatas serta on-kan PC buruk aku ni. Kemudian pergi ke ‘Google Search’ dan taipkan ‘35 years not taking bath’. Bila aku tekan ‘enter’ button aje, ahh nah kau!, berderet article yang keluar mengenai kisah Kailash ‘Kalau’ Singh tentang usaha desperatenya untuk mendapatkan seorang cahayamata lelaki. Lapuran yang dibuat oleh berbagai media berpengaruh dunia merujuk pada sumber dari India yang sama iaitu ‘Hindustan Times’
So lapuran yang tertera diskrin PC bersaiz 19'’, aku baca dan hayatinya dengan penuh teliti. Ceritanya macam tak betul aje. Ataupun gimik untuk lariskan suratkhabarnya. Referencenya terlalu general. Kenapa komen isterinya tidak turut disertakan. Apakah Kailash ‘Kalau’ Singh ni berstatus duda atau masih memperisterikan ibu kepada 7 orang anak perempua. Tak berpuashati, aku cuba dapatkan gambarnya pula. Apa lagi copy & paste ajelah. Dari lapuran tu umurnya dahpun 63 tahun. Lihat wajahnyapun rasa-rasanya payah untuk melihat puteranya yang bakal dilahirkan(kalau diizinkan-Nya) membesar semasa hayatnya. Admire jugalah tentang semangat dan keinginan yang ditunjukkan dan diwar-warkan ke serata dunia. Namun, semangat tak berputus asa aje tidak memadai kalau tidak disusuli dengan tindakan yang sepatut dan seharusnya.
Kejadian di India ni memperlihatkan kepada seluruh manusia tentang cara yang diamalkan dalam memperolehi anak lelaki tapi masih belum terbukti keberkesanannya. Berita ini mungkin tidak membawa apa-apa makna bagi pasangan yang dikurniakan anak yang ramai tapi amat menarik perhatian pula terutamanya pasangan yang senasib dengan abang ‘Kalau’ kita ni. Lebih lagilah pada pasangan suami isteri yang belum dikurniakan zuriat walaupun dah bertahun tahun berkahwin. Walau sekarut mana sekalipun amalan yang dilakukan, ianya mungkin memberi sedikit ‘sinar’ bagi pasangan yang mempunyai permasalahan yang sama.
Namun begitu, kita sebagai umat Islam tentu sekali punyai perspektif berlainan dengan mereka yang non-muslim lebih-lebih lagi dengan Abang ‘Kalau’ Singh dengan tindak tanduknya yang bersalahan dengan norma-norma kehidupan manusia biasa. Sebagai seorang Islam, kita seharusnya redha akan ketentuan Illahi keatas diri samada ianya berupa kebaikan/kesenangan apatah lagi keburukana/kesukaran. Takdir yang menimpa diri atau limpahan kurnia yang diberi mengatasi segala perancangan yang kita lakukan. Allah swt Maha Adil, Maha Berkuasa serta Maha Mengetahui dalam setiap ‘pemberian’ dan ‘ujian’ keatas hamba-hamba-Nya. Namun begitu, setiap apajuapun yang menimpa diri merupakan ganjaran setimpal dengan kesungguhan serta niat seseorang. Yang pastinya setiap ketentuan Illahi tu, ada mempunyai hikmah tersembunyi yang perlu dibongkar oleh manusia untuk menginsafi diri serta meyakini ke-Esaan Allah swt.
Kekadang tu, terfikir juga kenapa si Polan tu tak dikurniaka zuriat, manakala buat si Polan yang lain pula berderet-deret yang tiba(setahun satu beb). Ada pula yang memperolehi anak lelaki semata atau ada juga yang dapat perempuan semuanya. Dari pemerhatian aku sendirilah, walaupun belum terbukti kebenaran/ketepatannya, adanya ciri-ciri khusus bagi setiaap pasangan yang berzuriat denga yang tidak, yang punyai anak lelaki semata dengan yang memiliki anak perempuan. hal ini akan aku huraikan kemudian nanti.
Mengenai petua yang dilakukan oleh Kailash ‘Kalau’ Singh unjuran ‘godman’ di India sana tu, tak tahu pulak kat mana logiknya. India yang tamaddunnya cukup panjang dan terawal masih ada amalan sebegini dan dituruti pula oleh masyarakat, harap-harap cuma Abang ‘Kalau’ sorang aje, membuat aku rasa simpati keatas nasib yang menimpanya. Manakala dilingkungan aku pula, juga terdapatnya petua-petua serta tanda-tanda samada pasangan suami-isteri tu dikurniakan anak lelaki ataupun perempuan. Orang tua-tua ni selalunya kalau meneka ni, jarang yang silap. Misalnya, kalau tengok perut ibu/bakal ibu yang mengandung dah tahu dah samada lelaki ataupun perempuan yang bakal dilahirkannya. Kalau bulat, diberitahunyalah,dapat ‘orang dapur’ lagilah kau. Kalau lonjong kedepan dah sahlah dapat ‘orang muda’ le pulak. Apa agaknya perasaan ibu yang mengandung tu bila diberitahu sedemikian. Berbagai reaksi pastinya dijelmakan. Maklumlah, kalau jantina kandungan yang diramalkan menyamai harapan siibu tentunya bersemangat menantikan hari kelahirannya. Apakala berbeza antara yang dihajati serta yang dinujumkan, mahu gundah gelana dibuatnya bukan saja pada siibu malah sibapanya juga.
Secara tiba-tiba pula, aku teringatkan kisah seorang nenek yang kebetulan adalah ibu angkat kepada jiran kami semasa menyewa di Taman Desa Duyung sekitar awal tahun 2001 dulu. Dah nama berjiran maka amalan kenal mengena dan bertegur sapa menjadi suatu kelaziman pula. Menurut kata ‘orang rumah’ aku, mak angkat Kak Idah(jiran yang dimaksudkan) menjangkakan yang kami bakal menimbang cahayamata perempuan. Selain pandai menelek, beliau juga adalah tukang urut/pengasuh wanita bersalin berpengalaman. Mungkin tenaga yang kian berkurangan disebabkan faktor umur memaksanya ‘meletak jawatan’ dan lebih berehat kini. Walaupun kudrat berkuranga tapi skills masih tak hilang. Curious dengan pernyataan yang dibuat oleh orang rumah aku tu, akupun tanyailah balik. ‘Macammana makcik tu boleh tahu?. Ikut cerita orang rumah, masa sessi bualan pagi ataupun bualan petang tempoh hari, anak nombor 2 si Yusuf berlenggeng mendapatkan emaknya masa mereka tengah rancak berborak. So masa bila pula tak ketahuan tapi entah macammana dia meramalkan yang anak yang bakal dilahirkan sekitar awal bulan Mei nanti adalah seorang ‘puteri’. Bila aku tanyai lagi,”Amacam dia boleh tahu?’. Bini aku terangkan yang menurut makcik tu, Si Yusuf ni puting teteknya terbelah. Maknanya anak berikutnya mungkin perempuan. Masa tu aku tak berprasangka apa-apapun. Ini memandangkan kami telahpun dikurniakan 2 orang putera berselang 11 bulan cuma. Nasib baik berlainan tahun. Kalau tak, seorang lahir awal tahun dan seorang lagi hujung tahun. Tak ke haru namanya tu. So, bagi aku tak kisahlah samada lelaki ke ataupun perempuan. Kami terima aje apa jantinanya buat anak ketiga kami. Yang penting kelahirannya normal dan selamat baik sianak dan lebih-lebih lagilah ibunya. Redha akan ketentuan-Nya.
Maka pada tanggal 10 Mei 2001, lahirlah seorang puteri yang sempurna dan kami namainya Ameera Shakinah. Mujur semuanya selamat dan dah berusia 8 tahun dah kini. Dan terkenang kembali ramalan Mak Aji. Usikan nakal berupa pertanyaan pada Mak Aji oleh bini aku masa sessi berborak mereka tu, ‘Kalau bukan tetek terbelah, apa maknanya pulak?’. Huraian yang diberinya ialah kalau abang atau kakaknya mempunyai tetek bijik yakni puting teteknya berbiji ataupun berpunat maknanya yang kemudian bakal dilahirkan adalah lelaki. Sekali lagi ternyata kebenaran kata-katanya Mak Aji ni. Adiknya Si Ameera adalah Ahmad Yusree yang kini bertadika JAIM. Walaupun ianya merupakan suatu kebetulan saja, tapi tetap ada ketepatan yang bukan disengajakan. Perlu kajian saintifik ni.
Hal kaitan antara puting tetek dengan jantina anak ni merupakan satu ilmu juga. Dan sebagai pengukuhan, cubadapatkan seberapa banyak ‘sampel’ sebagai pembuktian. Ternyata semuanya menepati pola yang sama. Menakjubkan. Terbaru, pada 18/04, sepupu, En. Yusuf bin Ahmad menjemput kenduri kesyukuran anaknya yang baru mendapat cahayamata. Cucu pertamanya perempuan dan yang terbaru ni oleh anaknya yang kedua juga perempuan. Abang Usop ni hanya punyai 2 anak iaitu Rahayu dan Rahaya. Kebetulan lagi kedua-dua cucunya juga perempuan. Takdir Illahi tak mampu menolaknya dan tak terduga sama sekali. Semasa didalam kereta diperjalanan pulang, orang rumah beritahu yang aku akan dapat cucu perempuan lagi. Aik! macammana tahu ni. Menurutnya, semasa Ayu dan Aya tukarkan baju anak masing-masing, kedua-duanya punyai puting tetek yang terbelah. Oh ye ke!, Cekap nampaknya dah sekarang ni. Boleh jadi Mak Nujum ni. Termulanya kisah ni, bila aku nyatakan hasrat yang kelahiran berikutnya bagi Ayu dan Aya nanti adalah anak lelaki pula. Yang pasti Abang Usop tak bersambung zuriatlah nampak gayanya.
Andailah ‘penemuan’ ini dimaklumkan kat Abang ‘Kalau’ yang kerap berkalau ni, apakah dia boleh menerimanya. Misal kata, anak perempuannya yang bongsu punyai tetek terbelah juga, tentu sekali akan disanggahnya. Apa pula kelakuannya bila sebaliknya berlaku iaitu bertetek biji. Mungkinkah dia bakal menerima anak lelaki. Lebih memburukkan keadaan, mampukah isterinya yang mungkin seusianya dan tentunya dah melepasi usia kritikal untuk bersalin lagi iaitu dah monopause untuk kembali mengandung. Entah-entah bini diapun dah cabut sebab tak tahan dengan kerenah dan kerja gila dia tu.
Apakah nasibnya nanti setelah tak berdaya mengharungi sisa usianya yang kian bertambah lanjut, bilamana anak-anaknya yang berupa ‘amanah’ tidak dijagai dandipelihara sesempurna mungkin. Takut nanti pepatah lama yang berbunyi, ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula yang berciciran’ menimpa diri. Malang sungguh malang jadinya. Tak mustahil hal ini boleh berlaku. Masa sekarang ni, apa-apa perbuatan yang jahat sifatnya apatah lagi yang zalim, Allah swt tunjukkan masa kita masih hidup lagi. Banyak contoh yang boleh dijadikan ikhtibar. Misalnya kisah seorang anak di Muar yang sanggup menetak tangan bapanya sebab tak bagi duit untuk beli dadah yang tersiar diakhbar beberapa tahun dahulu. Dan baru-baru ni pula, tersiar kisah di Kelantan tentang anaknya yang sanggup membakar rumah ibubapanya yang dia sendiri turut mendiaminya hanya kerana hasratnya tak dipenuhi. Bukannya anak perempuan tapi anak lelaki yang menjadi pelakunya. Mungkin ada kisah silam yang ‘hitam’ pernah dilakukan oleh insan bergelar bapa menyebabkan peristiwa tak terduga menimpa diri.
Kesimpulannya, apa juga jantina anak yang diterima bersyukur ajelah. Ni nak bersusah payah berusaha buat apa. Seolah-olah menolak kurniaan Allah swt. Penolakan oleh pasangan yang tak redha ni hanya akan lebih memburukkan lagi keadaan. Mengabaikan tanggungjawab atas anugerah yang diberi akan terpaling balik keatas diri mereka sendiri. Allah swt menyegerakan pembalasan tak perlu tunggu diakhirat. Kat atas dunia lagi ditjunjukkan-Nya. renungkanlah dan marilah kita fikirkan bersama. Perjalanan hidup yang penuh paancaroba ni perlu dilalui juga samada suka ataupun tidak sehinggalha kita dipanggil ‘balik’.
Tuesday, October 21, 2008
Katakanlah
Katakanlah(Uji & Hail)
L: Duhai gadisku mengapa lambat tiba
Lama sudah ku menanti
Ku sangka dikau terlupakan janjimu
Bimbang rasa hatiku
P: Maafkan daku membuat kau tertunggu
Bukannya aku sengaja
Pada ibuku malu hendak berkata
Ingin jumpa dengan mu
L: Mengapa sayang masih lagi sembunyi
Perkenalan yang mesra
P: Biar cintaku tiada siapa yang tahu
Rahsianya hatiku
L: Katakan saja dirimu dah berpunya
P: Akulah teman setia
L: Kalau setuju pada ibu dan ayah
P: Tunggulah hari bahgia
Dialog:
L: Hey Uji, Uji ….
P: Eeemm……
L: Uji sayang pada Hail tak?
P: Hail ni mengarutlah
L: He he he, Kenapa pulak mengarut …..
P: Alah bang…. cendana pulak
L: Iya kah …..
Hey Uji, hey …..
Nantilah dulu sayang
Nantilah dulu ….
Lagu ini aku sengaja perdengarkan kembali pada 18/10/2008. Sebelum tu semalam iaitu 17/10 adalah Hari Jumaat. Ianya merupakan hari off day aku. Manakala Sabtunya adalah hari dimana aku mengambil annual leave. Ada berbaki 10 hari lagi untuk menyampaikan hujung tahun. Bercuti dihujung minggu kalau ikut majority orang 'makan gaji' memanglah amat ditunggu-tunggu. Masa nilah untuk berehat dan yang berkemampuan pula, 'outing' bersama keluarga. Bagi yang bujang-bujang, biasanya inilah masanya untuk bersiar-siar dan berpeleseran bersama awek atau buah hati. Ketikanya untuk mengenali hati budi masing-masing. Kalau berkenan dan 'serasi' mungkin diteruskan. Kalau tak, dicuba lagi mencari pasangan yang sesuai dan yang terbaik antara yang berjaya dipikat oleh sang jantan.
Malangnya, walaupun duit gaji dah dapat, keutamaan mengatasi keperluan yang bersifat secondary. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kredit kad serta utility bills perlu dilangsaikan setiap penghujung bulan. Yang tinggal selepas tu barulah diuntukkan kepada keperluan harian @ household. Keperluan anak anak yang semakin membesar perlu difikirkan seserius yang boleh. Tiada lagi nak membazir tak tentu arah. Apatah lagi, setiap pergerakan memerlukan 'wang'. Tanpa wang bukannya tak boleh hidup. Tapi kehidupan kini memerlukan wang untuk apa jua aktiviti kehidupan.
Beralih kepada lagu 'Katakanlah' ni, memang dah lama nak diulaskan tapi tak kesampaian. Hinggalah kini, rasa-rasanya barulah ada ruang dan kesempatan untuk 'pertikai'kannya. Inilah aktiviti yang mampu aku buat pada hujung minggu yang tak melibatkan wang secara langsung. Kira-kira nak 'kemot' sikitlah. Bukannya berkira tapi kena budget bang.
Aku teringat kembali dizaman persekolahan dulu iaitu ketika di darjah 6 di BHES(2). Masa tu pada tahun 1976. Tahun enam, kami anggapkan tahun 'honeymoon'. Ini memandangkan ujian 'besar' untuk sekolah rendah dah lepas iaitu Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Banyak masa terluang disamping menghabiskan sukatan pelajaran darjah 6. Peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun untuk darjah 6 hanyalah sekadar mencukupkan syarat.Tak perlu rushing atau lebih tepat lagi tahun untuk bersantai.
Ini disebabkan keputusan Penilaian Darjah 5 menjadi asas untuk kemasukkan ke tingkatan 1. Aku hanya mampu mendapat 2A 3B. Tak cukup kuat untuk ke MRSM walaupun boleh memohon. Untuk ke High School pula disyaratkan memperolehi sekurang-kurangnya 3A. So, aku antara yang diserapkan ke sekolah yang baru dibuka iaitu SMAL, kependekkan kepada Sekolah Menengah Air Leleh.
Masa penghujung tahun akhir di sekolah rendah tu, masing-masing sibuk menyalin lirik lagu yang pop sekitar 70-an dan menyanyi sama-sama sebagai satu aktiviti. Masa tu belum ada lagi kemudahan photostat seperti sekarang ni. Ada yang berani tu sanggup ke depan kelas untuk mengalunkan lagu yang telah disalin untuk hiburan semua. Masa tu cikgupun dah jarang-jarang masuk ke kelas. Mamat yang kerap kedepan adalah yang ala-ala bapok, kalau tak silap Hamidon namanya. Siap dengan showmanship sekali. Kami kerap ketawakan apa saja yang dikira dan difikirkan lucu. Nak memasuki alam dewasa, almaklumlah semuanya dah di-khatankan. Sifat-sifat 'teruna' tu sikit-sikit mula menjelma dan ditunjukkan. Perubahan tak siapa yang boleh menahannya. Ianya datang sendiri lebih-lebih lagi yang biological sifatnya.
Anehnya masa tu, budak Cina dan juga India pun turut sama sibuk menyalin lirik lagu dan cuba-cuba nyanyikan apa yang mereka tulis. Terasa semuanya terlibat dalam aktiviti yang mampu menghilangkan rasa bosan tak belajar ketika itu. Tapi itu dulu …..,
Mengenai lagu yang hendak diperkatakan ni, rasa-rasanya terdapat sedikit kejanggalan. Terasa agak aneh bilamana yang perempuan pula yang ajak berdating. Yang berjanji nak jumpa tu dah le satu hal, yang si jantannya pula asyik remindkan buah hatinya akan pertemuan yang dijanjikan tu. Pada sekitar tahun hujung 70-an kalau benarlah seperti yang digambarkan dalam lagu 'Katakanlah' ni, bermakna telah mula merebaknya keruntuhan moral dikalangan remaja masa tu. Hakikat ni tak dinafikan memandangkan aku sendiri pernah melihat pasangan kekasih berdua-duaan di atas St. Paul hill suatu ketika sekitar 1976 tu. Masa tu, aku terpaksa menghadirkan diri sessi latihan Rumah Seladang atau warna 'Ungu' pada sebelah pagi. Ketika itu aku bersekolah di sesi petang. Takkan nak balik ke rumah pula. So, aku lepak-lepak dikawasan bukit St. Paul sementara menunggu waktu persekolahan. Ketika tu waktu hampir ke tengah hari. Terserempak dengan mereka berdua disatu sudut dengan kedua-duanya memandang kearah 'Memorial Kemerdekaan'. Tapi masa tu belum lagi dikenali dengan nama itu tapi merupakan 'Malacca Club'. Ada pub didalamnya. Dan lat beberapa meter saja dibawah tempat mereka berdiri dijendela tu, iaitu dicerun bukit, adalah tempat persemadian orang-orang Belanda. Mereka dalam lingkungan usia 20-an dengan budak lelaki tu macam 'Komando' Sg. Udang dengan crew cut-nya. Mamat yang memeluk dari belakang aweknya tu, sedang mengesel-geselkan 'awang damit'nya dijamban aweknya sambil merenung keluar. Sama ada pandang ke 'Memorial' atau ke kubur Belanda tak lah aku maklum. Yang peliknya, si betina tu diam aje bila diperlakukan begitu. Tapi yang pasti kedua-duanya tengah bayangkan syoknya ber'asmara' mungkin. Apapun, harap-harap mereka masih ber'nyawa' dan telah berkahwin dan berkeluarga. Usia merekapun kini mungkin dalam lingkungan awal 60-an.
Memikirkan apalagi mengkritik sesuatu yang tak sesuai dan serasi dengan norma-norma kehidupan masyarakat Melayu yang 'ideal' perlulah dilihat dari banyak aspek. Menyempitkan scope penganalisaan sesuatu perkara yang melingkungi kehidupan seseorang tanpa mengambil kira persoalan lain yang berkaitan bakal mengundang 'bias' dalam memberi cadangan atau usul untuk mengatasinya. Misalnya, dalam hal pergaulan bebas antara muda mudi ni, bukan setakat golongan remaja saja yang perlu diambil kira malah ibu bapa serta masyarakat keseluruhannya perlu memainkan peranan masing-masing.
Tapi apa perlunya hendak bertemu ditempat yang 'mencurigakan'. Bukankah lebih elok dan manis dipandang kiranya bertandang kerumah si-dara kalau si-jantannya betul-betul gentleman. Mungkin juga ada element-element nak ambil kesempatan bila bertemu diluar. Bila mana terlepas dari pandangan orang tua dan berada disuatu tempat yang sunyi dan terpencil kedudukannya, macam-macam hal boleh berlaku seperti yang aku lihat sendiri tu. Yang ruginya si-betinalah. Kenapa hendak berjumpa diluar. Malu nak beritahu ibu pasal dah ada pak we tapi tak malu pulak bila ajak pak we berdating.
Nah! disini jelas, penulis lirik lagu ni, bahawa persoalan keagamaan dikesampingkan. Bila mana hukum-hukum agama dipandang remeh, masyarakat tidak lagi di'ikat' oleh nilai-nilai murni terbit dari pengetahuan yang mendalam dalam bidang agama. Lebih parah lagi, individu yang dah 'baligh' tak mahu dan tak mampu mempelajari dan mendalami serta mempraktikkannya untuk kesejahteraan hidup didunia yang sedia maklum fana ini. Ditambah pula oleh pihak berkuasa yang tidak menyediakan prasarana yang efektif dalam persoalan ini serta tebalnya sifat sambil lewa kakitangan yang dipertanggungjawabkan, pastinya tak memungkinkan kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil buat kesejahteraan ummah seluruhnya.
Kalau setakat nak berjanji bersetia mengapa perlunya di tempat sedemikian. Siapa pula yang jadi saksi perjanjian tak rasmi ni. Siapa agaknya yang akan endorse-kan, bilamana berlaku dan timbulnya krisis atau mungkir-janji. Kan ke lebih elok, kalaulah dah berkenan sangat dengan anak orang tu, minta saja orang tua pinangkan sidia. Malah susur galur serta 'background' tentang keluarga sebelah perempuan akan dibriefkan dengan lebih mendalam oleh kaum kerabat. Ni tidak, ikut pandai-pandai sendiri. Boleh gitu? Tambahan pula, hujah yang diberikan oleh ibu dan bapa sendiri samada pilihan anaknya itu sesuai ke,padan ke atau apa ke tentulah untuk kebahgiaan sianak sendiri. Jarang sekali pilihan dan restu keluarga tu tak tepat dan tak serasi. Sekiranya terjadi juga, maka amat malanglah sianak dan mungkin juga dan perlulah dilihat sebagai ujian dari Allah s.w.t.
Yang pastinya, kembalilah kejalan yang diredhaiNya. Semoga perjalanan kehidupan kita diatas muka bumi ini menjadi ibadat dan dilimpahi rahmatNya sehinggalah ke hujung hayat.
Insya-Allah.
Sunday, March 11, 2007
Pasar Malam Dan Masa Depan...
09/03/2007 12:31
Pasar Malam dan Masa Depan
Hari ini adalah hari Jumaat , bersamaan 09/03/2007. Diketika ini aku sedang menunggu untuk menunaikan kewajiban bersembahyang Jumaat. Dalam pada itu, gatal-gatalkan tangan untuk mencoretkan kejadian yang aku alami semalam.
Aku ke pasar malam Taman Air Molek semalam, pukul 6:00 petang lebih kurang begitu. Selepas memarking dengan selamatnya Kancilku itu, aku berlenganglah ke kawasan pasar malam yang diadakan. Datang bukan sebarang datang tapi datang nak perabih duitlah. Sebenarnya, orang rumah yang sedang sarat mengandung tinggal menunggu harinya saja nak bersalin teringin benar nak makan ikan 'parang'. So, sebagai suami yang bertanggungjawab, terpaksalah aku keluar sekejap ke pasar malam tu. Pasar malam Air Molek ni semua orang dah tahu harinya iaitu Khamis malam Jumaat bermula dari seawal 5:00 petang membawakan ke 10:00 malam. Dulunya, kawasan tapak pasar malam ni cuma di Rumah Awam Air Molek saja. Tapi kini setelah Taman Air Molek yang bertentangan jalan dengan Rumah Awam Air Molek siap sepenuhnya beberapa tahun yang lalu, kalau tak silap sebelum tahun 2000 lagi, kawasan pasar malam telah diperbesarkan meliputi laluan masuk ke Taman Air Molek ni juga. Maka kini, ujudlah dua bahagian pasar malam. Satu di Taman Air Molek dan satu lagi di Rumah Awam Air Molek.
Selalunya dan kebiasaannya pada waktu –waktu sebegini telah berpusu-pusu orang yang datang berkunjung. Kalau ikutkan bulan, rasa-rasanya bulan masih 'muda' lagi. Kata orangpun tengah lebat begitu. Kurangnya pengunjung pada awal bulan begini dan pada waktu yang dikira 'prime – time' ni sedikit menunjukkan kelainannya dari kebiasaan yang dilihat. Apakah ini petanda orang ramai kurang berminat berkunjung ke pasar malam lagi atau mungkinkah ini satu petunjuk yang 'purchasing power' pelanggan yang semestinya orang kita juga telah berkurangan atau mungkin juga suatu kebetulan yang mana aku ditakdirkan berada didalam situasi sebegini. Mungkin juga ini merupakan suatu ruang yang 'dilorongkan' oleh Allah swt untuk aku buat sedikit komen dan laporan mengenai apa yang dilihat dan disaksikan pada petang semalam. Malah aku berkesempatan tanpa banyak hal menyusuri keseluruh kawasan pasar malam tersebut. Disamping tu tak lupa pula mencari-cari ikan 'parang' yang dipesan. Setelah gerai yang ada menjual ikan 'parang' di-identify dari beberapa peniaga ikan yang ada berniaga, akupun singgah untuk membeli.
Dari pemerhatian aku, didapati keseluruhan peniaga yang beroperasi disini adalah terdiri dari kalangan orang kita. Bila melihatkan betapa cekal dan bersemangatnya mereka mengendalikan operasi masing-masing, secara tiba-tiba rasa bangga pula muncul dari diriku. Semoga usaha dalam bidang perniagaan ni tak hanya kekal dalam bentuk kecil-kecilan tapi berkembang menjadi perniagaan berskala besar pula. Ini harapan aku sebagai orang Melayu yang inginkan dan mahu melihat sendiri bahawa dengan usaha niagalah saja yang mampu meningkatkan martabat bangsa Melayu itu sendiri. Harapan saja tanpa adanya usaha terancang dan bersepadu setiap peniaga ni serta sokongan dari pihak 'pemerintah', rasa-rasanya amat payah nak capai.
Setelah aku perhatikan ikan-ikan yang diperagakan beserta harga per kilo yang dipamirkan, aku pun bertanya harga sekilo ikan parang tu sebagai confirmation dari 'abang' tu. "Sekilo RM21.00" jawabnya. Minta dia kerat dan ambil bahagian ekornya saja. Untuk ekornya saja, aku di-charge RM12.80. For assortment, akupun mintalah dia timbangkan selar kuning sekilogram. Untuk selar kuning pula sekilo harganya ialah RM7.00. Untuk belanja beli dua jenis ikan ni saja aku dah kopak RM19.80. Dalam hatiku bertanya sendirian, konsep pasar malam kalau ikutkan kelazimannya merupakan tempat dimana kita boleh mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang jauh lebih murah dari pasar biasa ataupun kedai runcit yang banyak bersepah. Nampak gayanya konsep ini tak didukung oleh sebahagian peniaga pasar malam ni. Aku tak nafikan adanya peniaga-peniaga yang masih mengenakan harga yang berpatutan untuk barangan jualan mereka. Umpamanya, barang jualan yang unik dan lebih sesuai untuk pasar malam saja , seperti jagung rebus, burger, apam balik, nasi lemak, roti john, air buah-buahan dan tapai ubi sekadar makluman masih mengekalkan harga yang merupakan identity pasar malam. Tapi lain pula halnya bila melibatkan barangan perishable seperti ikan basah, sayur-sayuran dan barangan runcit lainnya baik ianya ikan bilis ke, bawang ke, ubi kentang ke atau apa saja yang boleh dilabelkan sebagai barangan yang perlu diproses semula sebelum diconsume amat melampau-lampau harga jualannya..
Selepas membeli ikan dengan harga yang amat tak memuaskan hati dan aku tak dapat mengelak sebab hanya gerainya sajalah yang ada ikan 'parang' yang diidam-idamkan walaupun bagi diri aku mahu saja aku lupakan untuk membeli, aku beredar dari gerainya dengan seribu persoalan. Aku kemudiannya berhenti digerai 'Mazanah Enterprise' yang menjual apam balik. Kak Maznah ni adalah kakak kepada Abang Bahar. Abang Bahar ni pula baru-baru ni iaitu pada 25/02/07 dengan rasminya bakal berbesan dengan Abang Ngahku. Kelihatan ramai pengunjung berkerumun digerainya. Ada yang minta dibungkuskan 4 keping, ada yang minta dua keping dan ada juga yang sampai sepuluh keping. Sekeping 'apam balik'nya dijual dengan harga RM1.50 saja. Harganya ni, rasa-rasanya tak lah membebankan pembeli. Kira-kira munasabahlah harganya tu. Anggarannya, setiap 2 minit siaplah sekeping apam tu dari mula adunan diletakkan kedalam mould sehingga akhirnya berbungkus untuk diberikan kepada pelanggan. Kalau 2 minit sekeping, bererti productionnya sejam berjumlah 30 keping . Dan dari 30 unit yang dihasilkan menjana jualan sebanyak RM45.00/sejam. Mould untuk menghasilkan apamnya tu ada 4. Ini bermakna sejam tanpa henti mampu menghasilkan 120 pcs. Jumlah maksimum yang dihasilkan setiap jamnya pula ialah RM180.00. Itu baru sejam saja. Sepetang beroperasi selama 5 jam saja mampu generate RM900.00. Itu baru apam balik saja. Terdapat juga produk lain yang dihasilkan iaitu apam kecil dan kuih pumkis yang kurang menarik perhatianku untuk membelinya.
Continued : 11/03/2007
Setelah menunggu lebih kurang 15 minit mengikut giliran, tibalah masanya untuk aku membayarnya pula. RM3.00 berpindah tangan. Apapun aku bangga kerana berurusniaga dengan peniaga yang sebangsa dan seagama walaupun jumlahnya tak seberapa. Melihat pada masa yang semakin menghampiri Maghrib, aku bergegas pulang. Terfikir lak aku, bagaimana nak melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t. sedangkan 'niaga' tengah rancak berlangsung. Itu bukan urusan aku. Tapi inilah antara perkara yang perlu diambilkira dalam urusan perniagaan. Ibadah dan niaga perlu dilaksanakan. Tiada yang perlu dikesampingkan. Berat cabaran yang perlu dihadapi oleh peniaga pasar malam ni. Nak tutup sementara, rasa-rasa rugi lak. Tapi kalau terus buka sampai tak hiraukan Maghrib, apa nak jadi akhirnya. Bukannya aku berprasangka buruk terhadap golongan peniaga ni, tapi suasana dan penampilan mereka langsung tak menunjukkan 'keislaman'. Apatah lagi dengan gaya bercakap dan tingkah laku yang tak mencerminkan seorang Muslim. Kedapatan anak gadis yang membantu orang tuanya berniaga, tak bertudung serta ber 'T-shirt' ketat, menonjolkan buah-buah didadanya. Emmm, mengkal gitu. Apa mungkin akan bersegera mereka ke surau berhampiran untuk berjemaah atau ada kemungkinan lainnya. Semuanya jadi tak pasti. Niaga boleh saja, tapi ibadah wajib dilaksanakan. Inilah 'harga' yang perlu dibayar.
Berat mana mata memandang, berat lagilah bahu yang memikul. Memang rezeki yang Allah turunkan amat banyak dalam bidang perniagaan ni. Kalau tak takkanlah sampai dinisbahkan sebanyak 9/10 datangnya dari perniagaan. Untung dan laba yang diperolehi amat bermakna bagi mereka yang melaksanakan etika perniagaan yang benar dan diredhai Allah s.w.t. Tapi amat rugilah bagi mereka yang tak beretika dan mencari untung yang melampau. Terkilan rasa bila peniaga Melayu/Islam menindas bangsanya sendiri, hanyalah semata-mata nak untung lebih dan nak kaya cepat. Tak ada perasaan ke mereka ni atau memang dah dididik begitu. Secara perbandingan, Kedai Lim di Duyung, ikan parang dijual dengan harga RM12.00/kg dan ikan selar kuning pula, paling tinggipun pernah aku beli ialah RM4.50. Kebiasaannya ialah RM3.00/kg. Disebabkan ke'murah'an harga yang ditawarkan, maka ramailah pelanggan Dak Lim yang pastinya berbangsa Melayu tak henti-henti dan tak jemu-jemu berkunjung menghantaukan duit kat Cina hawau ni. Lambat launnya nanti pelanggan pastinya akan mencari dan mendapatkan barangan keperluan harian mereka dari peniaga yang mampu menawarkan harga yang jauh lebih murah dan berpada. Tak kiralah samada peniaga tu Melayu ke , Cina ke ,waima India ke. Ledakan informasi yang dijana oleh handphone yang rata-rata kini dimiliki oleh hampir keseluruhan penduduk Malaysia yang bekerja memungkinkan kekurangan pelanggan yang mendadak bukanlah diluar jangkaan bagi peniaga yang degil mungurangkan 'margin' jualan mereka.
Secara jujur bolehlah dikatakan, kebanyakan peniaga Melayu ni masih tidak mampu untuk bersaing secara terbuka dengan peniaga 'asing' ni. Terlalu banyaknya kekangan yang perlu dihadapi. Disamping itu, tiada kesedaran dan sokongan dari kalangan bangsa Melayu sendiri untuk membantu serta memajukan perniagaan bangsanya dan di tanah airnya sendiri. Hakikatnya, peniaga pasar malam ni tiada satupun yang menunjukkan potensi untuk berkembang maju. Sepatutnya dari pasar malam beralih pula ke ber'kedai' iaitu punyai bangunan sendiri yang boleh beroperasi tak kira siang ataupun malam dan tak dipengaruhi oleh hujan atau panasnya mentari. Contohnya, Brother yang berniaga burger yang aku kenali sejak pertengahan 80-an lagi, masih lagi menjalankan niaga yang sama. Van Toyota Lite-ace putih buruk serta kelengkapan yang sama untuk menghasilkan burger masih digunakan sehingga kini. Lebih 20 tahun beroperasi tapi masih kekal begitu. Dari aku bujang sehinggakan dah ada anak seramai 4 orang dan tak lama lagi bakal menimang anak yang kelima pula, tapi mamat dari Semabok ni masih dengan corak perniagaan yang sama. Yang berbeza hanyalah dia kini mampu mengajikan 2 budak pembantu. Ini perlu, memandangkan ramainya pengunjung yang mengemari burgernya disebabkan harganya yang masih kekal RM1.00. Tertariknya pengunjung ke gerainya pula, pada pandangan aku dan mungkin sebahagian yang lain ialah hanya gerainya sajalah yang di-top-up dengan mayonnaise. Kedua-dua faktor inilah yang membuatkan burgernya digemari ramai.
Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat diperolehi sagunya. Sekiranya peniaga-peniaga pasar malam masih mahu kekal berniaga cara begini serta takut meneroka ke peringkat yang lebih tinggi lagi, maka peluang niaga yang sentiasa terbuka luas akan hanya dikaut oleh peniaga dari keturunan lain terutamanya peniaga Cina. Sesungguhnya berniaga ni juga suatu bentuk fardhu kifayah yang mana amat perlu bagi orang Islam turut terlibat secara aktif bagi menjaga kepentingan ummah. Terdetik juga dihati untuk turut sama melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara aktif. Walaupun memiliki 'Diploma in Marketing(UK)', tapi masih lagi 'gemar' makan gaji. Malu!, memangpun patut aku berasa malu. Bukan saja malu pada diri sendiri tapi juga malu pada bangsa aku sendiri. Ada ilmu dan kepandaian tapi tak digunakan sepenuhnya. Ni, asyik-asyik nak makan gaji. Yang untungnya orang lain. Dalam kes aku ni, orang Jepunlah yang senyum lebar. Bukannya tak mahu, tapi masih tak mampu mengharungi cabaran perniagaan yang kian sophisticated sifatnya. Bukan pula aku mencari alasan tapi lebih kepada sikap berhati-hati serta mengamalkan policy 'wait and see' sebelum benar-benar yakin akan kemampuan untuk bergiat cergas.
Knowledge isn't power, but action is …..