Thursday, February 22, 2024

Dah tahu dah cara short-cut

22 FEBRUARY 2024, Thursday @ 08:57

Sejak aku mengunapakai bluetooth terkini, ada beberapa fungsi yang masih gagal aku garap dengan baik. Setiap kali hendak guna, aku terpaksa manually pergi ke setting. Kemudian click bluetooth and search device untuk pairing. Selepas dah pairing, baru boleh access apps yang ada aku install. Kekadang terasa agak rumit hendak mengendalikan. Bukan disebabkan ianya baru tapi bila rujuk manual yang ada pula terlalu ringkas dan ada hal yang aku tidak faham.


Bukan untuk HP Slater 7 saja, Samsung Tablet A6(2016) SM-P585Y juga aku hadapi permasalahan yang sama. Setelah hampir beberapa minggu, baru pagi ini aku beranikan diri 'trial & error' akan segala key yang ada di keyboard. Memang tidak selesa kalau kita tidak berapa cekap mengguna.


on dulu...



Namun pada pagi ini, aku cuba cari kaedah yang pernah aku lakukan dan mungkin boleh di-apply. So, aku simultaneously tekan key FN + android + lambang bluetooth. Tetiba di screen tertera cursor. Wow, amazing. Kekadang apa yang kita rasakan macam susah sahaja tapi bila sudah 'berjaya' lakukan mungkin tidak disengajakan dan jadi sepertimana yang dihajati, tentu sahaja life akan jadi mudah. 


Pengalamanlah yang memberi sedikit sinar akan perkara yang harus ikut aturan awal akhirnya. Umumnya kita takut malah takut sesangat mencuba perkara yang tidak pernah diketahui. Kurangnya ilmu dan tiadanya daya juang yang tinggi tidak memungkinkan untuk berani memcuba. Kita juga mudah patah semangat  serta takut gagal yang akan memberi kesan berpanjangan. Lebih lebih lagi yang mudah 'associate-kan diri dengan stigma 'suwey'. Anggapan negatif kepada diri sendiri. Kita tidak akan tahu sejauhmana kemampuan andai tidak berani memcuba. 


Hidup ini keras. Hanya mereka yang berani bersungguh hadapi rintangan sahajalah yang berhak mengapai kejayaan. Mana yang tidak berupaya, please be behind.

Wednesday, February 21, 2024

Kekal bertahan

Sudahpun 21 haribulan. Keadaan untuk berubah kepada yang lebih baik hakikatnya amat sulit. Bukan disulitkan oleh keadaan sekitar ataupun halangan yang seperti sengaja diujudkan tapi lebih kepada inner-self dalam menongkah arus. Kita tidak akan tahu apakah yang bakal terjadi disuatu hari kehadapan. Rasanya dan pastinya semua kita yang waras pemikiran dan sedar akan apa yang dijangkakan tidak pasti akan terjadi. Kekuatan diri kena padu serta bulat tekad capai matlamat. Halangan dihadapi penuh teliti berhemah. Jadikan sempadan untuk tidak ulangi kesilapan lalu tanpa disedari.


Aku telah memasuki minggu ketiga persaraan. Target utama aku kini adalah memastikan yang aku harus berjemaah di masjid. Samada dikhariah sendiri atau mana mana masjid yang disinggahi, aku akan cuba pastikan yang aku 'present' myself sebelum berkumandangnya azan. Banyak kelebihan yang mengiringinya. Hanya kitalah yang harus merebut peluang tersedia. Buat mereka yang meyakini, pertolongan Allah swt amat hampir.


Kekal istiqamah adalah pengharapan. Namun takdir ketentuanNya perlu pasrah menerima. Diketika masa masih menyebelahi aku, kesempatan harus aku manfaatkan sebaik mungkin. Berkobar kobar bersemangat diawal persaraan dalam mengapai agenda yang aku hajati ini mungkin normal buat sesiapa yang mahukan perubahan. Semoga aku mendapat perkenan dariNya. Tiada sesiapapun yang ketahui akan apa yang bakal terjadi. Kita senantiasa berdoa berharap agar hal yang baik baik sahaja untuk berlaku. Tidak salah rasanya berprasangka sedemikian. Bukan setakat segelintir orang tapi besar kemungkinannya yang semua kita berpendirian agar something yang menguntungkan untuk berlaku pada diri. Juga semua kita andai diberi pilihan, if adalah choice, tidak mahukan perkara yang merugi dan membuang masa menimpa diri.


Betapapun komitmen diri mendekat bertaqarrub dengan Allah, sedikit sedikit hubungan dengan manusia yang tidak banyak membantu kearah yang aku mahukan mulai terserlah. Menyisih atau tersisih adalah proses normal. Dapat dirasai sendiri. Kalau diamat amati seolah 'misteri' yang sukar dimengertikan dan apatah lagi untuk diperjelaskan. Sebabnya kita tidak akan tahu dan memang tidak perlu ambil tahu. Semua yang terjadi berlaku pastinya bersebab. Ini sangkaan kita.


Merenung memikirkan setiap keanihan yang hadir dilingkungan makin membuatkan diri 'takut' untuk berbuat silap membuang masa. Ilmu yang menjadi bekalan ke sana perlu aku perbanyak pertingkatkan. Haruskah aku perlu malu tatkala umur yang semakin lanjut dan tenaga kudrat yang mulai melemah. Masing masing kita ada perjalanan serta 'destiny' yang berbeza. Tidak perlu kesal mengesali. Jauh lagilah untuk berbangga dengan ilmu yang dimiliki. Semua kita adalah didalam pemerhatian.


Banyak kalilah hadis @ cerita pengkisahan tentang terlintasnya niat seorang 'abid' yang terdorong untuk melakukan perkara maksiat dengan seorang yang sememangnya bergelumang dengan dosa berhajat berbuat kebaikan. End-up perkisahan ini begitu 'tragis'. 


Sekadar untuk 'refresh', sila rujuk link...cerita-rasulullah-tentang-ahli-ibadah-yang-masuk-neraka-


Bukan permulaan yang tidak berapa cantik dibubuh perut sesangat tapi pengakhiran yang baiklah menjadi keutamaan. Kita tidak tahu akan untung nasib pengakhiran hidup ini. Segalanya berkemungkinan. 


Adakah kita bersedia hadapinya?




Monday, February 19, 2024

Permulaan minggu ke-3 Februari

Pagi ini, at this very hour @ 9:35am, aku mengadap HP Slater 7. Aku mulai mengunapakai gadget ini berpunca dari pembelian bluetooth keyboard 'Xplorer Docker 2'. Bluetooth ini adalah kenang kenangan @ memento bekerja mengakhiri karier di Aeon. Selesa dan boleh dipakai dimana sahaja sekitar rumah. Kalau rasa hendak duduk di porch, aku cangkinlah keluar. Andai sambil menonton tv, cukup sekadar dipangkuan sambil tangan menekan keyboardnya. Dan selalu juga selepas mengulangbaca dan buat latih tubi akan bahasa arab al-quran di bilik, aku beralih meluahkan pandangan dan apa sahaja yang terlintas dihati di gadget ini.


Serasi berdua


Gabungan kedua peranti ini sudah semacam serasi pada diri. Maksudnya aku akan beri lebih tumpuan dalam mencoret sesuatu dimedium 'personal journal' yang aku download. Apa lagi yang boleh aku lakukan kini tatkala tahap kesihatan tidak memungkinkan aku untuk mendera diri lakukan tugasan yang berat sepertimana ketika diusia muda. Aku tidak boleh mati akal. Pendapatan bulanan telah terputus dengan sendirinya sebaik bersara. Aku bukan bekerja dengan kerajaan. Tidak pernah terlintaspun untuk aku berkhidmat dengan kerajaan. Bersebab dan seolah menafikan aku membuatkan aku 'merajuk' dari menjadi hamba kerajaan.


Biarpun masa sudah berlalu, aku adalah orangnya yang ada autoriti untuk perjelaskan. Sebabnya aku yang menghadapi dan tahu perit jerihnya meniti hari sehinggalah ke usia aku menjangkau 60 tahun. Memang dan senantiasa berasa cemburu kepada mereka yang berpeluang mencari makan dengan kerajaan. Bergajian tetap, pelbagai elaun diperolehi, cutipun banyak dan sering sangat bila tibanya event event besar, misalnya menjelang Sambutan Raya Puasa ada pula pemberian menyambut raya dan juga bantuan persekolahan tatkala sampainya musim sekolah dibuka.


Sekali imbas, pelbagai kemudahan dan keistimewaan diperolehi oleh 'anak' emas kerajaan. Pendam sahaja perasaan ini mengenangkan jauh berjaraknya dengan golongan pekerja swasta. Terdetik difikiran, mana mana yang bekerja swasta...pandai pandailah hendak hidup. Dipupuk dibelai dan dimanjai senantiasa akan kaki tangan kerajaan. Rata ratanya kemana sahaja pejabat kerajaan yang aku berurusan pasti terpandangkan mereka berpakaian kemas. Bekerja dalam suasana berair-cond adalah perkara wajib. Tidak kisahlah yang bergaji rendah, apatah lagi yang berpangkat lagaknya bukan 'main'. Pandang mereka yang datang macam kucing kurap. 


Biarpun demikian, hidup kena diteruskan. Biarkanlah mereka dengan cara dan karenah mereka. Kita perlu pasrah dan berusaha segigih mungkin demi mencari rezeki. Bukankah telah diketahui yang rezeki Allah itu maha luas. Dia akan memberi kepada sesiapa yang cekal berharap dan rajin berusaha.


Sunday, February 18, 2024

Salah pengendalian

Semalam, lima minit lagi sebelum tibanya waktu maghrib aku bergegas ke Kancil yang di parkir mengiring bergandingan MAQ & MBB dibaru jalan didepan rumah. Sudah genap sepusingan minggu aku paksakan diri berada di masjid sebelum azan berkumandang. Semoga aku terus diberi kesempatan untuk hadir berjemaah setiap waktu sembahyang seusai telah seminggu juga aku bersara dari kerja makan gaji.


Masa yang masih diberi ini harus aku senantiasa memanfaatkan sebaik mungkin. Cepat aku masuk dan 'start' engine. Sekali pulas sahaja, mengaum dia berbunyi. Sebelum ke masjid, sebaik selepas makan tengahhari dan adalah dalam kurang lebih 3:00pm, aku bersegera ke pusat pencucian kereta. Dari sehari ke sehari aku berhajat hendak hantar cuci akan MAQ... namun sering tertangguhkan. Burung yang tumpang singgah bertenggek tidur saban malam di pokok dibahu jalan dan 'membuang' isiperut mereka di awal pagi sampai sudah bertepek tepek dibumbung kereta. Nampak tak berapa semenggah. Mungkin akan dianggap orang yang melihatnya berandaian betapa tidak kisahnya tuanpunya kereta. Malas ke apa.

Kasi mandi...




Aku selalu 'rotate' penggunaan 3 jentera yang dimiliki untuk dilelau ke masjid. Ikut mana yang berkenan. Antara MCX... , MAQ... dan terkadang MBB..., aku lebih selesa dengan MAQ. Alasannya adalah ianya jentera yang aku telah gunakan dan paling banyak berjasa dalam mencari rezeki di AEON sejak permulaan millinium lagi.


Tersilap jangkaan dan lambat ketahui masalahnya mungkin boleh mendatangkan bahaya andai berulang lagi. Terus sahaja aku tekan brek dan masuk gear R bilamana engine mulai panas. Dalam masa memandang kebelakang, akupun masuk gear reverse. Tetiba engine mati. Aku hidupkan lagi sekali engin kereta dan setelah hidup aku lakukan hal yang sama. Engine kembali mati. Tertanya tanya, apa masalahnya. In-split second barulah aku realised yang kereta yang ingin aku gunakan ini pengendaliannya adalah manual. Harus tekan pedal clutch terlebih dahulu sebelum apply gear reverse. Spontan aku tepuk dahi mengakui silap sendiri.


Mungkin telah beberapa hari dek kerana ianya tidak kelihatan bersih, aku terabai memandunya. Lebih kepada gunakan dua jentera yang berkendalian auto. Tekan brek, masuk gear dan terus tekan pedal minyak. Maka meluncur mengarah bergerak mengikut pemanduan.


Moral of the story, yang baru lebih mudah pengendalian namun yang lama harus pandai belainya ikut aturan yang ditetapkan. Sekiranya keras kepala ikut kemahuan sendiri tanpa akui perbezaan yang tersedia ada maka besar kemungkinan mendatangkan kesulitan yang membebankan 'pocket'. Ini baru ingatan yang harus dipatuhi senantiasa. Sekiranya gagal menuruti hukum dan aturan yang ditetapkan yang tentunya bertujuan bermatlamat maka kacau bilaulah jadinya.


Nasib baiklah aku cepat tersedar dari 'silly mistake' yang tidak terduganya ini yang telah aku lakukan. Kalau tidak maka akan lambatlah untuk diri sampai ke masjid.


I've learnt my lesson.

Thursday, February 15, 2024

Khabarnya...banyak lagi barangan akan naik harga bermula Mar 2024

Hendak menafikan kenyataan yang dibimbangi oleh golongan bawahan makin lama makin meresahkan. Aku tiada kuasa dan sekadar membayangkan yang kos sara hidup akan bertambah perit dimasa mendatang ini. Cakap cakap golongan sedia maklum perit ini dengan pelbagai karenah dari pihak kerajaan sendiri yang seperti tidak menyeluruh membantu meringankan bebanan kos sara hidup amat mengecewakan ramai pihak.

Makanan ruji dari RM2.60/kg...harga kawalan, kini...


Segalanya bakal naik...



Ini pula adalah luahan dari seorang facebooker,Syean Mokhtar, yang diupload pada minggu yang sama dengan kebimbangan yang aku zahirkan...

TAHNIAH kpd Ketua Menteri,Timb.Menteri & semuanya lah yg berkenaan.. pendek kata kerana hari ini berlumba lumba menaikkan segala keperluan asas pengguna hingga langsung tidak memikirkan apa yang rakyat tanggung ketika ini...

Aku bukan orang POLITIK  tapi aku berada dlm kapal politik bukan baru dan sentiasa mengikuti perjalanan ini kerana selaku RAKYAT MALAYSIA yang SAH aku harus tahu apa yang sedang berlaku dibumi TANAH TUMPAH DARAHKU..

KERAJAAN MADANI sy ucapkan TAHNIAH kerana hari ini jelas segala UNGKAPAN ketika ingin diangkat sebagai HERO membeli nasib rakyat kononnya tanpa mengira BANGSA,WARNA KULIT & AGAMA nyatanya JANJI 0..JANJI DICAPATI...

Hari ini kamu BERKUASA apa yang kamu lakukan kpd NEGARA..kepada RAKYAT tiada apa yang MEMBANGGAKAN melainkan me lunaskan DENDAM pd individu tertentu dan RAKYAT terpaksa menghadap akan KENAIKAN MENGGILA harga barangan keperluan dan asas...

Mahu atau pun tidak kami selaku rakyat terpaksa menghadapinya kerana ia adalah perjalanan utk kami lbh berhati hati selepas ini memilih siapa PM seterusnya..

Kau dan sekutu kau tidak selamanya berkuasa pasti akan ada yang bakal mengambil kerusi tersebut.

TAHNIAH sekali lagi yang mana pihak berwajib bakal menaikkan tariff air dlm negara walaupun sistem  air di negara ini amat menyedihkan dan masih KUNO..

Acap kali berlaku pencatuan air..bekalan air terputus bagai.. itu ini mcm2 lagi dan kini mencari alasan utk menaikkan tariff air kepada rakyat kononnya tariff air dlm negara adalah yang terendah berbanding negara lain....

Bila mana statement ini keluar awal2 dlm media sosial  berkenaan tariff air dlm negara paling rendah banding negara lain aku dpt rasa sesuatu dan akhirnya Yesssss ia menjadi kenyataan...

Ada MENTERI pun OTAK tidak di pakai dgn sempurna selagi boleh tekan rakyat selagi itulah ditekan...

Hari ini jangan KESAL atau MENGELUH kerana anda memilih dia selaku HERO anda..

Terima kasih sekali lagi kerajaan MADANI.

Pembaca boleh ikuti fb-nya di-link...
https://www.facebook.com/100044276226071/posts/pfbid02DEdHF2khPWKqjYesdH8L8YLqqB2i1bcCc9WPPVpxgAob41HujtBhm1KRe86mdoUCl/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v - untuk membaca dan hadamkan segala komen yang rasanya spontan dibuat.

Pihak yang tidak terkesan secara langsung adalah peniaga. Apa apa sahaja kos kenaikan barangan belian, mereka akan dipindahkan kedalam harga jualannya. Hujung hujung pihak pengguna akhirlah yang teruk terkesan. Sudahlah RM makin rendah berbanding dengan USD, ura ura pelbagai barangan samada kawalan mahupun tidak, akan terpaksa dinaikkan. Alasan bodoh yang sudah seperti jawaban standard kerajaan akan menegaskan yang harga masih lagi rendah berbanding dengan negara negara serantau.


Aku tidak pasti adakah penguasa kerajaan sekarang ini yang mengurus tadbir negara merupakan mereka yang competent akan tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka. Adakah lantikan ke jawatan diberikan itu sekadar bermuslihat demi membalas jasa memenangkan kerajaan semasa. Andai itulah hakikatnya, kita tunggulah 'kehancuran'  dan 'kerosakkan' yang akan dibuat oleh mereka yang tiada semangat untuk memajukan negara.


Sedih melihatkan keadaan yang seperti tiada apa apa yang bakal terjadi natijah dari mereka yang bukan ahlinya tapi bercakap beria-ia mengalahkan orang yang memang pakar dan terbaik serta tindakan berdasarkan maklumat lagi bertanggungjawab. Aku tidak pasti tatkala situasi makin memburuk, apakah 'pilihan' yang mereka ada dalam menangani setiap permasalahan. Takut takut mereka yang membuat onar ini malu sendirian dan sebagai jalan keluarnya menyalahkan pihak lain yang gagal menyalurkan maklumat penting. Crisis management-nya ke-laut.


Aku pula sebagai pekerja swasta yang telah akhiri kerjaya dibidang peruncitan dek kerana telahpun sampai 'persaraan mandatory' pada awal February lalu 2024 tentu sahaja akan bimbang yang teramat. Mampukah mengharungi disaatnya tidak bergajian lagi dan bergantung harap kepada 'simpanan' KWSP yang tidak seberapa.  Kenaikan kos sara hidup hampir dalam segenap aspeks walaupun mungkin mampu menyerapnya seketika pasti akan terkesan untuk jangka panjangnya pula.


Sekarang ini mengharapkan anak untuk membantu menampong kehidupan apatah lagi untuk menumpang hidup dengan mereka adalah bukannya 'gerenti' yang perlu dipegang. In split-second sahaja segalanya boleh berubah. Tambahan pula, mohon dijauhkan, bilamana orang tua tiada berharta dan tiada apapun yang boleh dibanggakan maka makin mudahlah untuk mereka 'membuang' ibu bapa mereka sendiri. Telah banyak contoh untuk difikirkan dan mana yang mampu untuk mengkajinya tentu sahaja boleh buat dapatan yang bertanggungjawab dalam memberi maklumat kepada bakal bakal pesara yang mungkin berhadapan dengan situasi yang serupa.

Desakan hidup yang makin menghimpit dijadikan alasan untuk tidak menjagai dan melepaskan tanggungjawab sepenuhnya menjaga ke pusat penjagaan orang tua tanpa ada sedikitpun rasa bersalah. Memang malanglah buat ibu dan bapa yang berkorban masa dan tenaga membesarkan zuriat menjadi seorang 'manusia' tapi gagal memahami segala pengorbanan ibu-ayah.


Tanggungjawab mengurus-selia diserahkan kepada pihak NGO. Samada berbayar atau sukarela bergantung kepada keadaan yang bakal dihadapi. Sekarang ini seolah telah menjadi trend kepada golongan anak anak yang mungkin dimasa silamnya dahulu alami kesukaran kehidupan dan berdendam kepada orang tua mereka. Mudahnya menyalahkan mereka yang terkial kial bergelut dengan pelbagai masalah membesarkan anak anak. Sedikitpun tidak mahu memikirkan jasa kebaikan yang dicurahkan sehingga dewasa malah terus terusan mengesali dilahirkan didalam keluarga yang serba serbinya kekurangan.


Anak yang bersikap seperti ini seolah sudah mati akal fikirannya. Segalanya mahu disediakan secukup sepatutnya. Ada hati pula membandingkan dengan rakan sebaya yang kelihatan mewah bergaya. Masing masing ada corak perjalanan dan 'destiny' mereka sendiri. Bilamana diri tidak boleh menerima kekurangan dan mengimpikan sesuatu yang dimiliki oleh orang lain tanpa mahu bertindak sewajarnya adalah suatu keadaan yang amat mendukacitakan seorang ayah. Masih senang berpeluk tubuh dan mengharapkan yang orang lain pula menghulurkan bantuan untuk berubah.


Tiada added value pada diri. Apakah orang lain akan memandang tinggi. Jawabnya pastilah tidak. Lumrah dan hakikat yang perlu ditelan walaupun mungkin sukar dimengertikan adalah kita perlu pasti dan tunjukkan kelebihan kita berbanding dengan orang lain. Andai gagal, maka hiduplah diri sebagai seorang yang biasa biasa sahaja. Tiada semangat juang, tiada usaha memajukan diri dan senantiasa murung menyalahkan keadaan dan orang lain.


Pada keadaan semasa ini, aku perlu berhati hati dalam mengharungi kehidupan yang dipinjamkan sementara waktu ini. Akan aku pastikan yang aku akan mengambil langkah berjaga jaga agar diri tidak hanyut dalam pesta kegilaan menaikan harga hampir dalam semua hal. 


Be prudent and always alert. 


Wednesday, February 14, 2024

Andai disergah ditanyai...

 14 FEBRUARY 2024, 14:16

Kita tidak akan tahu bilakah kita akan dengan tidak semena mena ditanyai. Bukanlah bermaksud mahu meletakkan diri didalam situasi yang mengetahui segala sesuatu tapi andailah kita berada didalam keadaan yang tidak pernah terfikirkan bagaimana seharusnya kita perlu menanganinya.

Pengalaman tentulah menjadi asas untuk kita bertindak accordingly. Namun sekiranya it's total new, mahu miong dibuatnya. Tetiba seseorang datang menghampiri dan ingin mengetahui makna akan perkataan - نظيف...nazifun dan juga وسخ...wasihun - mahu terkejut dibuatnya. Dalam realiti kehidupan segalanya adalah berkemungkinan. Tentulah ianya boleh terjadi. Tiada yang mustahil sebenarnya.

Agak agak apa respond yang akan kita ambil. Diam membisu sambil geleng gelengkan kepala bermaksud tidak tahu. Ataupun akan bertanya balik kepada sipenanya akan muslihatnya. Sesiapapun akan berasa tergugat dengan pertanyaan yang entah dari mana muncul. Pastinya akan membuatkan orang yang ditanya itu tidak berapa selesa.

Okaylah, kalaulah dia mengetahui tentulah tiada masalah. Sekiranya orang yang ditanyai itu, baru seumur hidupnya didengarkan dengan ungkapan yang tentu sahaja asing dipendengaran pertama kalinya ini, kau rasa....pastinya dia agak keberatan untuk menjawab dan seolah diri dipermalukan sahaja.

Pengetahuan dan maklumat adalah bersifat dinamik. Samada kita mahu tahu dan perlu tahu dan mungkin digunapakai bukan pada masa mengetahuinya. Kekadang ilmu yang kita ada itu mungkin bertahun kemudiannya ianya dirasakan begitu membantu. Itupun kalaulah dia masih mengingati akan apa yang telah dipelajarinya dan bermanfaat ketika diperlukan.

Secara analogi mudah, budaya mengingati 'Valentine's Day' yang tidak begitu mesra lagi dengan orang Islam yang kita secara berjamaah telah menyedarkan rakan rakan yang dulunya terjebak dan agak fanatik meraikan. Even sampai sekarangpun. Teringat lagi aku ketika mana masih bekerja bergajian dengan Aeon. Membantah tidak mampu, tapi terpaksa juga membuat promosi yang berkaitan. Tiada sesiapapun diperingkat atasan yang berani menongkah arus.

Kita maklum, pelanggan yang berkunjungan ke premise aku bertugas adalah berbilang bangsa, walaupun majoritinya adalah Melayu. Disebabkan tugasan maka dalam terpaksa rela perlu lakukan apa yang boleh. Bukan setakat promosi 'Valentine's Day' sahaja, Black Friday, Christmas, CNY, Deepavali sampaikan Halloween pun terpaksa terbabit. Terang terang bercanggah.

Aku mengharapkan agar Allah swt mengampunkan salah silap aku selama ini.

Thursday, February 8, 2024

Seminggu sudah...

Semalam, 08/02/2024, genaplah seminggu lamanya aku tidak ke Aeon.  Tempat kerja paling lama dan terakhir. Persaraan mandatori pada usia ke-60 on 02/02/2024 memerlukan aku untuk hadir bertugas untuk terakhir kalinya pada 01/02/2024. Memang terasa agak janggal dalam usaha untuk menyesuaikan diri tidak bekerja kini.

Aku sedar bukan mudah untuk meninggalkan segala yang telah dilakukan puluhan tahun lamanya secara tiba tiba pula. Namun hakikatnya aku perlu realiti ini. Bukan sesuatu yang senang untuk lepaskan. Akibat kebiasaan dan tanpa didorong oleh sesiapa, naturally ianya mendatangi diri.

Perasan yang diri masih bekerja. Bangkit bangun mandi dan bersarapan seperti biasa. Tapi terhenti setakat itu sahaja. Memandang keluar rumah melihat kereta kancil yang kekal setia memberi khidmat menghantar dan membawa pulang tuannya kembali ke kediaman rasmi.

Kini aku telah ubahsuai porch area menjadi tempat aku bersantai-santai. Layan aktiviti penulisan sambil menunggu masuk waktu sembahyang. Rasanya inilah aktiviti semasa aku yang aku manfaat sebagai cara untuk aku 'parsing time' menunggu tibanya hari kematian.

Siapapun tidak mampu menjangkakan apa yang 'menunggui' diri dihadapan. Kita cuma berserah diri kepadaNya agar dipermudahkan akan segala urusan kita. Menyelidik menyelongkar hal yang bukan bidang kuasa kita hanyalah usaha yang tidak berbaloi. Dapatan yang mungkin mampu diperolehi hanyalah andaian andaian yang mungkin boleh terjadi dan mungkin juga jauh tersasar dari yang diimpikan

My appearance after a week...

.

Aku bukanlah mahu mendahului masa. Kita tidak perlu hiraukan. Kita harung sahaja akan apa yang 'muncul' dihadapan. Tidak perlu merunggut. Tiada masa merintih menangis kesedihan. Terbaiknya, lakukanlah dengan sepenuh keikhlasan dan dengan penuh bertanggungjawab. Selebihnya kita berserahlah kepadaNya jua agar diberikan kejayaan yang diinginkan.

Kekadang timbul juga rasa rungsing. Mampukah aku mengharungi 'ujian' dariNya. Betul, ujian yang ditimpakan bersesuaian dengan kemampuan diri. Allah Maha Mengetahui, Allah juga Maha Berkuasa.

Semoga aku mampu menyerap segala yang ditimpakan. Ya Allah, kau perkenankanlah hajat aku ini. Ameen.