Tuesday, November 7, 2023

Busybody @ penyebok

08 NOVEMBER 2023, 12:49

Busybody @ penyebok

Semalam adalah hari aku dijadualkan bertemu M.O. kali ke-empat. Setiap kali bertemu untuk membuat pemeriksaan oleh pegawai yang bertugas, setiap kali itulah aku diperlukan menghantar sampel kahak dan x-ray. Untuk 2 pertemuan terawal, aku juga perlu diambil sampel darah. Namun pada kali ke-empat ini, tiada pula disyaratkan untuk hal sampingan ini. Sempoi sahaja aku datang untuk appointment kali ini disamping mendapatkan bekalan ubatan untuk 10 hari kedepan. Mungkin Si Arul kelupaan terlepas pandang. Masa aku bertemu dengan dia dibilik No. 4, setelah dia memanggil dari pintu bilik, aku diminta membuat timbangan badan. Terus menonong aku ke tempat timbangan. Sempat dia tanyakan, sudah hantar x-ray dan sample kahak kah. Pantas, aku jawab - tidak dimaklumkan terlebih dahulu untuk sessi pertemuan kali ini. Dia diam seketika dan memberikan kembali kepada aku untuk pergi semula ke kaunter pendaftaran untuk ambil nombor bertemu doktor pula. Ikut ajalah sambil menonong ke bahagian depan semula.

Terpampang jelas...



Kembali ke bilik no. 4, aku disuruh duduk untuk ambil bacaan bp serta tunjukkan bukti berat badan terkini aku. Mana hendak duduk sedangkan machine bacaan sedang digunakan oleh patient lain. So aku diarah duduk berdepan dengan dia, lelaki melayu dalam anggaran usia pertengahan 60an gitu. Ketika sedang dijerutkan lapik kain oleh Arul nie, sempat pula dia berseloroh - pandai awak jaga badan ya. Agak terkejut jugalah bila aku disapa olehnya bilamana aku maklumkan yang berat badan terkini aku hanyalah 37.6kg. Mungkin sekadar hendak berbual santai. Aku sekadar senyum disebalik facemask yang aku pakai. Sambil merenung dia, pantas bertanyakan akan usia aku pulak. Aku nyatakan 59 lalu spontanlah dia memberi komen yang aku adalah junior darinya. Tanpa ditanya dia memaklumkan yang dia sudah berusia 66 tahun. Mereka yang hadir di bilik no 4 ini tentulah punyai kes kesihatan yang sama. Cumanya tidaklah aku bertanya lanjut akan keberadaannya disitu. Diulangnya lagi, pandai jaga badan. Bila 2 kali statement yang sama diulangsebut dalam tempoh masa kurang seminit, tentulah ada element 'menghina' tanpa diriinya sedari. Anggapan akulah, mungkin dia sekadar hendak berbual cuma. Aku nyatakan yang berat badan semasa aku cumalah 37.6kg bila dia bertanya berdepan, pantas dijawabnya yang berat badannya adalah 3 kali ganda. Akupun tidak mahu mengalah, aku nyatakan yang berat normal aku dalam 45kg ke 50kg sebelun ini. 

Arul terdengar pula akan kenyataan yang berat badan aku tidak naik tapi disangkal pula oleh si Arul nie seolah memasang telinga membetulkan fakta. Dia menyampok, tak adalah pakcik, kali ini naik sekilo dari timbangan pada 05/09 yang lalu iaitu 36.8kg. Senyum sahaja patient yang aku berborak itu mendengarnya. Pandai awak jaga badan seolah provoke aku. Perlukah aku rungsingkan kenyataan dari abang ini. Bagi aku dia dengan hal dia, manakala aku biarlah aku urusi sendiri permasalahan aku. Habis kisah.

Kekadang terfikir pula aku, kenapa dan mengapa perlu dia menyibuk pasal appearance aku. Peramah terlebih ramah merasakan yang dirinya lebih bernasib baik dan berbangga dengan penampilan dirinya melebihi dari aku. Sempat lagi menyelit bertanya, datang memandu?. Selalunya orang betanya nie bermaksud bertujuan. Tak pasal pasal apa kejadahnya bertanyakan pasal memandu tidaknya. Apakah hendak membuktikan yang dirinya lebih bernasib baik dari orang lain. Memang pelik.

Apapun, kehidupan perlu berjalan terus. Rungsing memikirkan hal yang tidak memberi faedah pada diri harus sebolehnya cuba dielakkan. Buat apa berkeluh kesah. Tiada kebaikan langsung dan makin membebankan andai terlalu 'deep' fikirkannya. Biarlah dia. Bukannya menjadi 'kudis' pun. Didalam meniti usia menuju titik akhir, perlulah berlapang dada. cegah mana yang boleh. Rawatlah dan patuhi arahan pemakanan ubat dan nasihat doktor yang 'konon'nya lebih mengetahui. Begitupun, haruslah aku berdoa lebih kerap berkeyakinan dengan limpahan KurniaanNya dalam mengharungi kehidupan di maya pada ini. 

Semoga aku dipermudahkan akan segala urusan kehidupan. Ameen.

Friday, November 3, 2023

Angkuh pertikai

03 NOVEMBER 2023, 18:40

Angkuh pertikai

Makin hari makin mulai menunjukkan kurangnya rasa hormat kepada petugas awam melaksanakan tugas. Kecoh diviralkan di media sosial. Pelakunya adalah dari bangsa Cina maka lagilah 'panas' insiden yang mudah ditonton dikalangan netizen. Rasanya begitu mudah untuk menaikkan tahap kemarahan kepada mereka yang memihak kepada penguatkuasa. Aku salah seorang yang tidak terkecuali. Brotherhood.

Memanglah, sesiapapun akan tersentak bilamana anak bangsanya diperlakukan sedemikian. Kita tidak pasti siapa salah dan siapa pula yang betul. Namun dari beberapa detik aksi pertengkaran dan disusuli dengan 'body contact' dek provokasi yang melampau, bukanlah menghakimi tapi pastinya emosi yang meluap luap dan tidak mampu dibendung sepatutnya maka terjadinya insiden ini.

Boleh rujuk -kereta-kena-kompaun- dan link videonya di instagram - melayang ditolak- 

Kejadian yang berlaku di Batu Pahat ini bukanlah yang pertama kali malahan telah kerap terjadi sebelum ini. Aku tidaklah menyebelahi sesiapa. Bersalah tetap bersalah dan sememangnya patut dikompaun. Namun sampai ketahap 'mengganggu' tugasan penjawat awam, ianya adalah sesuatu yang malang. Bagi diri akulah, banyak kali aku disaman parkir. Tidak perlu kecoh kecoh. Pergi bayar sahaja. Anihnya, tidak pula aku terserempak dengan petugas yang meletakkan surat saman dikereta. Tidak sekalipun. Setiap kali aku mengambilnya dari wiper, spontanlah hamburan maki ditujukan kepada pengguatkuasa. Dapat aku rasakan yang dia ada disekitaran ketika mana aku sampai dan mengambil surat saman tersebut.

Tidak tergamak pula untuk aku bertelagah dengan orang sebangsa yang bertugas mencari rezeki keluarga. Bukanlah aku tinggi sifat pemaaf dan mudah berkompromi tapi punyai rasa hormat kepada petugas awam dalam menjalankan tugasan hakiki mereka selagi mana ianya tidak bercanggah bersalahan. Menyerang bergaduh dengan orang sebangsa lagi dan terang terangan yang pihak kita yang membuat kesalahan adalah suatu hal yang melampau. Tidak seharusnya berlaku. Andai ianya terjadi, pastinya adalah hal yang cepat memercikkan 'api' kemarahan. 

Sejujurnya, perkara yang sekecil ini perlu akur dan patuhi sahajalah undang undang. Beringat dan jadikan suatu pengajaran agar tidak diulangi. Mudah dan tidak perlulah hendak tunjuk gangster tak kena tempat.

Sunday, October 8, 2023

Keyakinan diragui

Memanglah kita tidak mampu menjangkakan sesuatu dengan tepat apakah yang patut berlaku dalam tempoh masa terdekat. Dalam konteks ulasan ini aku buat ianya hanyalah untuk tempoh masa 14 hari sahaja kehadapan. 

Sama samalah kita tunggui. Kita memangnya tidak pernah serik. Sering sangat kita cuba mendahului masa dengan penuh yakin. Tanpa adanya rasa malu dan segan walau 'kenyataan' terdahulunya tidak membutirkan yang dihajati malahan memalukan diri. Malangnya masih tetap mendabik menafikan seolah tiada apa apa yang terjadi.

https://www.agendadaily.com/politik/zahid-yakin-calon-ph-menang-mudah-di-pulai-dengan-kerjasama-umno/ mungkin boleh dijadikan dokumen pembuktian.

Bagi aku sendirilah pandangan aku ini, bukanlah untuk diakui seratus peratus, tapi berpandukan rentetan peristiwa sejak dari sebelumnya PRU ke-14 dan bersambung ke PRU ke-15 lantas ke PRN 6 negeri yang baru sahaja selesai dan terkini serentak pula untuk PRK Parlimen Pulai dan DUN Sungai Jeram yang bakal berlangsung nanti bilamana cakap tak berlapik penuh keangkuhan takutnya nanti keputusan yang sama mungkin terjadi.

Selagi boleh bercakap...cakaplah. Selagi boleh berdalih...berdalihlah. Namun hakikatnya buat yang menuturkan kemungkinan kemungkinan untuk terjadinya akan apa sahaja yang dilafazkannya itu, dirinya sendiri akui yang segalanya hamyalah pengharapan. Tiada sesiapapun yang berani dengan pasti untuk apa sahaja yang bakal terjadi selain dari ramalan cuma.

Terimalah dan redhailah apa yang realiti dihadapi.



Sunday, October 1, 2023

Siapa racuni siapa...sebenarnya.

 1/10/2023 12:50 


Ahad hari ini. Permulaan bulan Oktober aku diizinkan bercuti seperti yang aku plotkan seminggu lalu tanpa di-adjust oleh LM. Malahan untuk sepanjang sebulan roster, tiada banyak perubahan yang dibuat. Prihatinnya aku kepada pembukaan semula stor pada 01/11/2023 maka terpaksalah aku 'park' cuti yang dibenarkan sahaja selepas pertengahan bulan Oktober. Aku sebolehnya akan elakkan pertindihan serta sesuaikan dengan aktiviti syarikat yang dirancang sebulan sebelum pembukaan stor Melaka. Ada tidak adapun, cuma pada 10/10, shift aku bersamaan dengan LM yang meluluskan roster bulanan. Agaknya terlepas pandang. Makanya shift untuk hari itu telah ditukarkan ke shift pagi. Selebihnya kira okay tidak 'clash' dengan LL seorang lagi itu. 


Santai santai dirumah bercuti dan menyelusuri akan beberapa video dan artikel yang menarik perhatian yang telah aku muat-turun dan akan aku ulas kemudiannya, tertarik pula untuk mencoret sesuatu akan video dari ROY. Sekilas pandang akan video nyanyian darinya, hampir hendak tergelak aku. Tindakan spontan. Intro diawal videonya telah membuatkan aku tergelak kecil. Irama 60an walaupun ketika tengah mengelegak popular aku masih lagi kecil. 1964 bulan 2, aku dilahirkan. Tetapi terasa amat dekat dengan diri. Mungkin disebabkan aku awalnya terdedah dan juga sengaja mendedahkan diri dengan irama Pop Yeh Yeh oleh mereka yang sezaman 'claimed'. Zoom-in ke wajahnya yang seolah tidak boleh move on berdendang merintih nyanyikan lagu 'Perachun Kalbu' penuh perasaan. 


Pada mulanya biasa sahaja pada pandangan aku. Banyak penyanyi asal dan juga yang sudah veteran menyanyikan kembali lagu popular mereka sebagai 'content' di  socmed memasing beralasan 'nostalgia' punyai seribu kenangan. Kini memangpun amat mudah untuk dengari lelagu yang kita ingati apatah lagi yang kita minati. Cuma taipkan sahaja tajuk lagu atau penyanyinya sahaja sudah cukup untuk 'google' listkan deretan lagu yang ada di internet. Namun entah macam mana mungkin aktifnya si Roy ini menguploadkan video nyanyiannya membuatkan aku terklik untuk nonton dan download. Dia dengan penampilan yang merasakan dirinya 'still' muda belia dengan cara berpakaian melewati masanya. Nampak janggal dipenglihatan tapi bagi empunya diri tiada apa apapun yang berubah, agaknya la. Zaman telah berlalu buat diri tapi buat buat merasakan yang diri masih berada dizaman itu. Denial syndrome.


Betul betul menjiwai dalam menyampaikan lagu 60an yang dipopularkan A. Rahman Onn kalau tidak silap aku. Memasing punyai cara tersendiri 'passing' time sebelum sampai hujung hayat. Kecenderungan yang lebih kearah bernyanyi tentulah bersebab. Aku tiada jawaban pasti. Hanya dirinyalah yang boleh menjelaskan sejujurnya. Tapi bagi mereka yang berumur dan sezaman dengannya malah aku sendiripun mungkin 'junior' darinya dalam lingkungan 5 ke 10 tahun sahaja, tentunya punyai jalur perjalanan kehidupan yang telah ditetapkan bersesuaian. Kalau aku kini menghampiri 60 tahun, Roy sekilas pandang mungkin paling palingpun belum lagi mencecah 70 tahun. Appearance seseorang memang sukar dijangkakan usia mereka. Segalanya berpandukan kepada how streneous-nya beliau telah lalui kehidupan sejak lahir lagi. Bagi mereka yang tidak banyak mendera diri ketahap maksimum dalam jalani kehidupan, mungkin fizikal mereka tidak berapa terjejas. Bagi yang teruk terpaksa gunakan tenaga 4 kerat mereka, kebiasaannya melewati usia 40 dan keatas sudah kelihatan tanda tanda penuaan. Penampilan guru pencen dengan mereka yang bekerja buruh amat ketara berbeza. Aku saksikan sendiri. Bukannya pakai cakap sahaja. Beberapa cikgu yang telah bersara yang dikenali dan ditemui sekiranya tiada mengalami penyakit kronik, kelihatan agak segak bergaya dengan raut wajah yang ceria. Manakala buat mereka bekerjaya memerah tenaga setiap hari, majoritinya alami pelbagai masalah. Lemah kaki dan tangan dan pelbagai lagilah yang sendirilah yang menanggung deritanya.


Memang bersemangat sekali Abang Roy kita menghayati lirik dan berlenggok nyanyikan lagu ini penuh perasaan. Untuk sesama terkesan, hayatilah lirik lagu yang menceritakan 'kisah' pilu yang perlu ditempuh sampailah kini seolah sukar hendak move-on. Tempat ber-healing-nya pula adalah di Tanjung Pinggir, Sekupang, Batam dalam Kepulauan Riau. Menarik tempatnya. Kalau berkesempatan, hendak juga ke sana.


Jangan kau merayu

Kepada aku

Aku dah jemu

Memandang wajahmu


Dulu kau kasihku

Penawar hati rindu

Sekarang ku tahu

Kau peracun kalbu


Kini kepunyaan orang

Aku tak dapat menghalang

Tapi ku takkan lupa

Akan peristiwa lama


Bunga tak sekuntum

Lagi pun tak lama harum

Aku membawa diri

Mengikutkan hati



                                                        Perachun Kalbu - Roy


 A YouTube calculator is a simple online tool that calculates an estimate of how much money you can earn from your YouTube channel.

Calculating your potential earnings from YouTube is a great way to see if it is worth your time to start a channel and begin creating videos for certain niches. It can also help you set realistic expectations for the average earnings you can expect.

The tool below has been developed to allow you to easily calculate the estimated earnings from a Youtube Video or Channel and is based on your video view count, engagement and various other factors.

How to Use the YouTube Money Calculator  

Using a YouTube money or revenue calculator is quite straightforward. All you need to do is enter some basic information about your channel and video views. From there, the calculator will do the rest of the work and give you an estimate of your potential earnings.

Below are the three easy steps to use the YouTube Money Calculator:

  1. Drag the YouTube View Count slider up or down based on your daily video views

  2. Set your Estimated CTR based on your channel's historic performance

  3. View your estimated daily, weekly and yearly earnings potential

It’s that simple. With just a few clicks, you can get an estimate of how much money you could be making from your YouTube channel.

Daily Video Views
Drag the slider to calculate potential earnings
20,000 Views/Day
0150 00020 000030 00060 00090 000120 000150 000
Average Engagement Rate
0 %100 %50 %0255075100
600,000
Views per Month
7,300,000
Views per Year
Estimated Daily Earnings
$28.50 - $47.50
Estimated Monthly Earnings
$855 - $1,425
Projected Yearly Earnings
$10,403 - $17,338

 This estimates your earnings before Youtube’s cut. (Although YouTube traditionally kept its share of advertising income secret, it is now common knowledge that Google keeps 45% of YouTube advertising revenue. So you receive 55% of every dollar paid by advertisers) The estimated earnings that the average YouTube creator could expect to receive from ads on a new video on their channel if EVERYBODY watched the ad on their video and the advertiser paid the average $7.60 CPM is 55% x $7.60, equaling $4.18 per 1,000 views.                                  

Kini dengan perkembangan yang tiada sesiapapun yang mampu menahannya, medium menjana pendapatan adalah banyak dan pelbagai. Dahulunya tiada terfikirpun. Menghasilkan 'content' dan uploadkan ke you-tube boleh mendatangkan wang. Iya, wang. Wanglah yang menjadi perkiraan dan perhatian orang sekarang ini. Lagi banyak yang dapat direbut maka makin senanglah hidup. Hendak duit ni kenalah panjang akal dan pandai memanipulasi keadaan. 

Dahulunya, siapa sangka menonton video sekadar hiburkan hati bak kata budak budak sekarang ini...nak healing healing. Sebab mampu menjana 'pendapatan', disuruh nyanyipun tidak mengapa. Janji aku dapat duit. Rasanya semua kita yang normal akan mempunyai kecenderungan yang sama kearah ini. Mengikut arus 'perdana' dan semasa. Orang hendak bagi duit, bodohlah hendak menolak. Lagipun kerjanya senang dan mudah.


Samada kita sedar ataupun tidak, masa untuk menemui sang pencipta kita rasanya sudah semakin suntuk. Bagi yang mengetahuinya pastinyalah tengah sibuk dan menyibukkan diri mengambil peluang masa yang tersisa mencari 'bekalan' untuk dibawa pulang ke kampung halaman yang abadi itu. Malanglah kepada mereka yang masih leka dan terus dilekakan dengan 'permainan' dunia. Diketika mereka yang seusia lorat lorat memikirkan untung nasib, boleh lagi sebahagian dari kita yang terus terusan dan semakin hebat 'pencarian' duniawi yang semua kita ketahui ianya tidak akan berkekalan. Tiadakah rakan yang 'alim' menasihati. Mungkinkah pernah diingatkan tapi tetap 'stubborn' dan punyai ego yang tinggi untuk urusi penghidupan sendiri. 


Sebelum ini aku pernah coretkan bagaimana Allah swt telah maklumkan kepada nabi besar kita akan usaha baginda mahukan bapa saudaranya yang banyak membantu dan melindunginya dari golongan Quraisy agar menjadi seorang muslim. Malangnya usaha baginda ditempelak. Tentulah ada maksud tersirat yang harus kita insafi bersama. 


Apa yang pasti, hendaknya semuga semua kita mampu jalani kehidupan ini dengan penuh keberkatan dariNYa.  

Saturday, September 30, 2023

Meresahkan...


29 SEPTEMBER 2023, 11:26


Meresah semacam


Pagi jumaat ini dirasakan hati dan perasaan seperti gundah tidak menentu. Biarpun sudah bersarapan dan kini bersantai santai mencoret di dairo @ samsung tablet pula, 'wandering thought' akan hal sekeliling yang kurang menyelesakan. Kita dahulunya tidak pernah terfikirkan yang perkara yang dihadapi kini mustahil boleh berlaku. Beredarnya masa seiringan dengan peningkatan teknologi maka segala sesuatu begitu mudah untuk diketahui. Penyebaran yang begitu pantas serta meluas dek penangan socmed yang pelbagai kini samada bertujuan beragenda oleh pihak tertentu dan di tokoktambahi pula oleh netizen amat meresahkan diri. 


Tidak jauhpun kejadian yang tragis dan dilaporkan. Sekejapan sahaja 'viral' akan penemuan mayat yang mana ditemui di pantai klebang seminggu yang baru lalu. Juga akan gadis berusia 15 tahun, muda sesangat, telah menjadi mangsa rogol kepada 2 lelaki rohingya. Selepas selesai dikilijakan, mangsa ditinggalkan ditapak permainan di Batu Berendam. Gejala sosial yang datang secara 'package' hasil kedatangan pendatang asing yang tidak terkawal berpantau ini sudah ketahap menjolok mata. 

Antara artikel meresahkan aku...mayat-wanita-ditemui-tertiarap-di-pantai-puteri dan lebih menyedihkan  remaja-perempuan-akhirnya-dirogol-dua-rohingya

Biasanya kedatangan pekerja asing yang tidak ditapis serta longgar syarat yang tetapkan sehinggalah ketahap 'kebanjiran' amat menyukarkan untuk dikawalselia. Tidak nampakpun ketara atau tiadanya sebarang tindakan membendung oleh pihak berkuasa melaksanakan usaha lebih ketat dalam menyekatnya. Semakin hari semakin ramai pula kehadiran pekerja asing dari kawasan asia tengah seperti India, Pakistan, Nepal dan Bangladesh. Saban hari macam macam karenah mereka akan muncul di-fyp aku. Kenapa aku terus menatap. Kenapa pula aku perlu risau. Mereka yang berkhidmat dan diberi kuasa dan mandat dalam menjaga kedaulatan negara ini tentulah bergajian. Amanah dan tanggungjawab kepada negara perlu menjadi priority utama. Ikrar dan sumpah jawatan kemana disangkutkan.

                                                        Berduyun masuk...


Hairannya kita apabila bagaimana mereka begitu beria-ia hendak datang ke Malaysia berselindung beralasan mencari pekerjaan. Siapa yang menjemput mereka dan siapa sesangat yang hendakkan kepada mereka ini. Banyak sudah dibongkarkan oleh mereka yang prihatin dan dihebohkan di socmed memasing. Usaha Ustadz Sofiyan dan Cikgu Izzat Johari menghebohkan perkara sebegini amat dihargai. Seharusnya kita semua mulai bangkit memainkan peranan memasing. Jelas sekali bagaimana mereka seperti tidak segan langsung kepada undang undang negara. Tidak kekok menjalankan pelbagai aktiviti perekonomian hampir disetiap tempat dalam negara. Seolah mereka ini tiada rasa hormat dan berani sungguh yang pada aku sudah ketahap melampau di negara kita ini. Pihak penguatkuasa 'kerajaan tempatan' seolah tidak berfungsi sepatutnya. Apakah setiap tindakan perlukan arahan dari pihak atasan sahaja. Tiadakah SOP yang harus mereka ikuti. 

Buktinya adalah terang dan nyata...tapi...-premis-niaga-disita-peniaga-tak-puas-hati-rakam-perlekeh-tugas-penguat-kuasa-di-klang

Secara perbandingan, aku pernah menanyakan syarat syarat yang harus dipatuhi dalam membuka premis perniagaan. Selain perlukan lesen perniagaan, perlu patuhi banyak lagi syarat. Papantanda perniagaan perlu ada dan dikenakan lesen tahunan, pemantauan kebersihan berkala andai menjalankan perniagaan makanan. Pengendalinya pula harus membuat suntikan 'thypoid' dan sijilnya perlu dipamirkan dipremis perniagaan. Garu kepala dibuatnya bilamana di video yang tersebar, mereka yang amat teristimewa ini boleh sesuka hati berniaga. Peliknya didalam satu outlet kedai boleh dijalankan pelbagai perniagaan ala ala kiosk makanan tapi mereka ini lebih 'daring'. Disamping ada kedai runcit, disitu juga ada kedai baju, disitu kedapatan juga kedai menjual handphone dan pelbagai lagilah yang mereka usahakan.


Dirasakan dan semacam ada agenda dari tangan tangan 'ghaib' yang berkuasa. Angkara jahat bertujuan oleh golongan ini seolah ingin melihat tindakbalas oleh pribumi. Samada kita peka mahupun tidak. Mereka seakan sedang memerhati ruang dan peluang untuk berbuat sesuatu terhadap negara ini. Yang aku nampak dan amat amat aku rasakan semacam ada kecenderungan mengujudkan situasi huruhara didalam negara. Bilamana kita sibuk berusaha untuk mencari jalan penyelesaian atasinya, mereka akan sesenyap yang mungkin akan menggerakkan agenda yang sekian lama telah mereka rancang.

Maruah dan kedaulatan negara diperlekehkan oleh sebahagian mereka yang tidak mahu akur kepada 'ketuanan Melayu'. Tiadanya rasa hormat dan seolah cuba sedaya mungkin agar orang Melayu tergugat dinegara nenek moyangnya ini. Lepas tangan dan suka membuat onar. Lets the Malays protect theirs motherland. Biar Melayu pertahankan maruah negara. Sedikitpun tiada rasa kekitaan kepada mereka yang mana pemimpin terdahulu yang bersetuju dengan muslihat British dalam menuntut kemerdekaan. Sepatutnya kewarganegaraan tidak wewenangnya diberikan. Orang mendatang diperingkat lebih awalnya sebelum kita menuntut kemerdekaan dahulu bukanlah kita yang menjemputnya tapi didatangkan oleh 'penjajah' dalam usaha mengaut kekayaan negara. Tiadanya kerjasama orang tempatan dengan pihak penjajah sekadar alasan mempelawa mereka ini untuk datang jadi kuli British. 

Perasan ataupun tidak, kedatangan pelancung dari 'china' yang dikhabarkan mencecah angka 1.2 juta dalam satu masa yang singkat selepas Covid-19 dimana pergerakkan keluar masuk dilonggarkan. Macammana pula sistem pengendalian kemasukan pelancung asing alami permasalahan sistem dan menjadi tidak 'stabil' dan beralih kepada sistem manual. Hanya segelintir sahaja yang masih 'concern' kepada insiden tersebut. Tabik la kepada cikgu Izzat Johari yang tidak jemu jemu dan terus berusaha menyedarkan kerajaan dan orang melayu semuanya agak berhati hati dengan konspirasi oleh golongan yang tidak hormati kepada bangsa melayu ketika era pemerintahan 22 bulan itu. Itu baru 'bunga bunga' sahaja dan ternyata kita kurang sensitif soal kedaulatan negara.


Berbalik kepada mereka yang tidak diundang dari Central Asia ini pula, mana mungkin mereka sesaja datang. Tentulah ada konspirasi. Berduyun sekali masuk dan kalau tiada pihak yang membuka ruang, tentu sahaja merekapun tidak tahu. Synergy kedua belah pihak berkolaborasi menjalin usaha jahat mereka seolah tiada siapa yang mampu menyekat menghalang. Bebas penuh lakukan sesuka hati. Tidak prihatinkah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kedaulatan negara dari segala bentuk ancaman. Susah sangatkah untuk laksanakan fungsi kepada setiap pihak yang telah diberi kuasa memantau.


Sekali tengokpun kita sedia maklum. Rumah kedai dikawasan perniagaan dalam mana mana PBT adalah dimiliki oleh orang tempatan. Kalaulah tidak dibenarkan, macammana mereka boleh wewenangnya berniaga dipremis kekal tersebut. Tentulah ada cerita disebaliknya. Tuanpunya atau pemilik bangunan tentu terlebih maklum akan property yang mereka miliki. Sengaja membenarkan kononnya mereka bayar sewa bulanan. Okaylah...fine. Tapi tentang menjalankan operasi niaga, siapa hantunya yang menjaga mereka. Kemanakah perginya pihak penguatkuasa setempat.  


Bilamana ada interaksi dengan penduduk tempatan, golongan pekerja asing lebih terarah mengambil kesempatan yang ada dan ujud. Pandangan mereka yang baru tiba ini dengan kita yang telah sekian lama disini tentulah berbeza. Mereka nampak apa yang kita tidak nampak. Dan kita pula bersikap tidak mengapa selagi mana tidak menganggu gugat kehidupan kita. Persoalannya sampai bila. Sekarang inipun sudah terasa besar kepala dan pandang kita seolah kita pula yang mengganggu mereka. Sudah terbalik jadinya.


Andai tidak dibendung penuh tanggungjawab oleh semua kita, diramalkan dalam sedikit masa lagi akan lebih banyak musibah menyusahkan pribumi. 


 

Monday, September 25, 2023

Sukarnya mendapatkan

 25 SEPTEMBER 2023, 12:31


Sukarnya mendapatkan


Pagi ini aku bersarapankan pisang nangka goreng. Bukan semua orang meminati pisang nangka. Aku adalah salah seorang penggemar tegar. Bila berkesempatan masa, dimana sahaja lokasinya kedai penjual buah buahan tempatan, pasti akan aku singgahi. Pertanyaan pertama andai tidak kelihatan bergantungannya sesisirpun akan pisang nangka adalah tentang ada atau tiadanya pisang nangka untuk digoreng.


Semalam seharian aku tidak keluar rumah. Ahad lagi. Bercuti 'Rest Day' yang mana aku untukkan khusus dalam memantapkan lagi pengguasaan bahasa arab aku demi memahamkan isikandungan al-quran. Kebiasaan bilamana anak perlu balik keasrama, hanya akulah yang akan menghantarnya. Memandangkan anak yang telah berkerja dan punyai 'Bezza' sendiri, tugas ini dan ikut keperluan, abang atau kakaknya yang diperintahkan untuk menghantarnya. Selalunya kepulangan keasrama akan anak bongsu aku ini akan ditemani oleh mama-nya. Terlanjur berpergian pada petang semalam aku berpesan agar cari kan pisang nangka dalam sesisir dua untuk sarapan malam nanti atau pagi esok.


Dalam masa kini di seluruh negara rakyat dirisaukan dengan kesukaran malah disetengah tempat langsung ketiadaan beras tempatan dengan diistilahkan sebagai beras SST(Super Special Tempatan) aka beras tempatan, yang mana aku turut merasai bahangnya diBukit Katil ini. Hal akan kurangnya beras diperagakan dikedai runcit, dipasaraya juga dipasaraya besar tidak aku pedulikan sangat. Kerajaan yang ada perlulah bertindak sewajarnya. Kalau tidak dapat mengalas tugas memimpin khalayak terbanyak maka malulah kepada diri sendiri. Gagal laksanakan tugas tapi masih mahu lagi menjadi pemimpin. mereka yang dipertanggungjawabkan menyelesaikan polemik ini harus segera mencari jalan atasi permasalahan.


Apa yang lebih aku terkilan adalah telah hampir beberapa minggu sudah tidak menjamah goreng pisang home-made. Semacam ada konspirasi pula. Sudahlah berhadapan dengan kenaikan harga barangan makanan yang seolah tidak terkawal dan diburukkan lagi dengan kekurangan ketiadaan beras tempatan dari pasaran, takkanlah pisang nangkapun hendak dibabitkan sama. Memang 'bakau darah' dibuatnya kita. 


Aku pernah juga bertanya tanya akan pisang nangka kepada penjual buah buahan tepi jalan bilamana susah amat hendak membelinya buat juadah minum petang atau sarapan pagi. Selalunya jawaban yang diberi oleh pengusaha gerai buahan mengeluh akan kerapnya pokok pisang ditimpa pelbagai serangan yang merencatkan penghasilan buah. Mungkin jujur penerangan mengikut apa sahaja yang diberitahu oleh pengusaha ladang pisang kepada mereka. Bilamana permintaan melebihi penawaran yakni kekurangan bekalan, maka wewenanglah naikkan harga. Ertikata lainnya, pemborong yang membeli dari ladang ikut kewajaran mereka dan punyai kuasa untuk tentukan harga. Rantaian merekalah yang kawal. Pembeli akhir sekadar pasrah kepada 'permainan' dan sandiwara golongan opportunist yang mahukan keuntungan berlebihan.


Ironinya, peniaga goreng pisang jalanan boleh pula sentiasa beroperasi malah siap gantungkan setandang pisang sebagai strategi perniagaan. Mana mereka dapatkan bekalan dan kitapun sudah boleh agak. Dalam usaha mengurangkan kos pengeluaran, kebanyakkan peniaga penjual pisang goreng ini akan ambil initiatif berunding dengan tuanpunya kebun pisang ataupun orang orang kampung yang menanam pokok pisang untuk menjual terus kepada mereka. Sekarang inikan segalanya mudah. Bila tiba time hendak tebang, talipon sahaja atau lebih senang 'whatsApp' peniaga, cepat sampainya mereka ini. Siapa tak mahu untungkan. Rezeki hendak masuk. 


Kalau sudah dasar hendak kaya cepat, untung beberapa kali lipat selagi boleh akan dicubai mereka. Sekarang ini sebiji pisang boleh dihiris sampai sudah macam bentuk 'shoestring' dan dijual 5 keratan atau hirisan for RM2.00. Tepuk dahi dibuatnya. Harga yang melampau dengan kualiti yang ibarat langit dengan bumi. Sikap orang kita yang tidak mahu vocal kerana yang meniaga adalah orang kita juga. Kita lebih beralasan berlapik memaafkan tidak suka mengaibkan peniaga. Tapi tindakan melampau keterlaluan peniaga yang tidak beretika seolah mencabar kesabaran pembeli pelanggan tetap malah yang walk-in juga. Seharusnya bertimbang rasalah. Untung janganlah sampai melampau.


Penjualan pisang oleh peniaga gerai jalanan mengikut timbangan berat. Sekarang ini sekilo pisang nangka dan pelbagai jenis pisang mengikut 'pasaran' katanya. Biasanya harga per kilo dalam jajaran RM4.20 ke RM4.90. Harga yang sudah lama naik dari beberapa tahun lalu yang cuma dalam lingkungan RM2 ke RM3 sahaja. Bila ditanya, akan banyaklah alasan yang diberi mengikut kesesuaian keadaan semasa. Malangnya pembelilah yang paling terdedah kepada permainan 'jahat' konspirator rantaian bekalan makanan. 


My favourite  - pisang goreng nangka



Apapun, berselera sekali aku menikmati sarapan pagi untuk hari ini. Bila lama sangat tidak dapat, 'nikmat' merasainya amat berlainan. Lumrah manusia, kita ambil mudah dan tidak menghargai akan apa yang abundantly kita ada tapi gelisah meracau semacam bila memerlu mahukan tapi sukar mendapatkannya.


Harapanku, agar sesamalah kita bertimbangrasa dan usahakanlah untuk permudahkan keperluan sesama kita. Semoga kehidupan kita lebih bermakna hendaknya sehinggalah penghujung usia.


Ameen...Ya Rabb