Coretan peribadi tentang apa yang berlaku dilingkungan (Berpandukan pengalaman/pengamatan serta pengetahuan yang sedikit cuma)
Sunday, September 24, 2023
Jauh Tertinggal
Monday, September 18, 2023
Tetap bergerak kedepan
18/09/2023 08:18
Biar tidak dipandang. Biar tidak dipuji apatah lagi disanjungi namun aku tidak peduli malahan sekelumitpun rasa kesal tidak membekas. Lumrah kehidupan antara sesama mana mungkin serupa biarpun dirasakan ada persamaan. Bukanlah permulaan yang penting tetapi pengakhiranlah yang perlu dirunsing dirisaukan. Hidup ini bukan untuk dinilai orang. Tidak juga untuk menunjuk mempamirkan kelebihan diri. Memasing punyai kelebihan juga kekurangan yang selalunya cuba diselindungi bersebab.
Apakah kita tidak bebas menentukan corak kehidupan yang teringin untuk dijalani. Pastinya setiap kita mahukan yang terbaik. Terbaik kelakuan, terbaik juga kehidupan yang diharungi. Tentunya mahukan gaya mewah sepertimana orang 'ada ada'. Sebenarnya tiada penghalang. Sesiapa juapun mampu. Tiada lebihnya dia dan tentunya tiada apa apa yang kurang pada diri kita sendiri. Even yang cacatpun berpeluang untuk 'berjaya'. Semua orang berhak mencari menuntut apa sahaja yang dimahukan. Namun keterbatasan yang tidak sesiapa jua dikalangan kita yang mampu menelahnya dengan tepat didalam perlumbaan kehidupan ini.
Setiap kita akan diuji mengikut keupayaan dan potensi yang ada pada diri. Tentulah berkadaran dengan kebolehan yang ada disedari juga yang tidak ketahuan dicungkil dizahirkan. Pastinya juga tidak keterlaluan terkeluar dari keupayaan yang dimiliki. Allah swt tidak sekali kali membebankan hambanya. Namun bersikap positif dan tabah mengharungi setiap ujian kehidupan yang diuntukkan kepada kita yang mana tentulah 'khas' buat diri merupakan 'anugerah' dariNya. Tidak mungkin dapat menepis mengelak.
Bila difikir fikirkan sememangnya kita tidak mampupun untuk cuba mengelak berdepan dengan setiap ujian kehidupan ini. Tentunyalah tidak menepati akan ikrar yang dilafazkan ketika roh dihembuskan kedalam jasad ketika penciptaan diri. Hakikatnya kita menyukai akan hal yang diingini sahaja dan mahu segera menjauhi perkara yang menyulit lagi memeritkan diri.
Rujuk ini untuk lebih jelas, perjanjian-manusia-dengan-allah-swt-sebelum-lahir-ke-dunia
Aku seperti biasa dan seperti hari hari sebelum ini melakukan perkara yang serupa setiap hari bertahun sudah lamanya. Tiada istilah jemu. Tiada juga mengelak melakukannya. Kerja yang selama ini dibuat yang menghadirkan rezeki buat keluarga terkadang terfikir sampai bila semua ini akan terhenti. Kudrat yang makin berkurang ditambahi pula dengan pemberitahuan akan kesihatan terkini pada 05/09 setelah tamatnya phasa kedua rawatan membuatkan aku agak tersentak. Tarikan nafas yang mulai melemah dengan situasi peparu sebelah kanan tidak berapa elok amat merisaukan. Hendak terus bekerja atau cukup setakat ini sahaja membuatkan aku dalam dilemma. Aku tidak mahu dikasihani sentiasa apabila tahap kesihatan aku diketahui. Mungkin sudah sampai masanya. Tapi aku sedayanya melawan 'takdir' yang tersuratkan ini.
![]() |
| Masih fit lagi...nie |
Redha harungi segala
Apa sebenarnya yang aku mahu tunjukkan. Mungkin itulah yang menjadi tanda tanya oleh mereka yang mengenali dan prihatin mungkin. Sangkaan komitmen kewangan terhadap hutang piutang mungkin ada kebenarannya. Tahap kesihatan digagahi jua pada pandangan mereka akan menghadirkan keinsafan dan kasihan. Nasib seseorang sebenarnya payah dimengertikan. Semangat dan kecekalan hati membezakan antara yang berjaya dengan yang gagal harungi cabaran.
Ditakuti andai tidak mampu bertahan dalam perlumbaan kehidupan ini dengan tahap kesihatan makin memburuk akan memberi kesan kurang elok pula. Kos merawat mustahil murah. Kroniknya sakit memerlukan jumlah wang yang banyak untuk menampung rawatan. Apakah sanggup semata mata mahu pulih, segala yang dimiliki perlu 'digadaikan'. Apakah jaminannya akan kembali pulih. Bukan tidak meyakini tapi kecenderungan kearah berlawanan begitu merisaukan.
Memang sedia maklum, tiada sesiapapun yang kekal. Namun andai itulah takdir yang perlu ditempuhi maka aku pasrah dan redha dengan kehendakNya. Berdebar harungi perjalanan ini ketitik terakhir. Tiada sesiapapun yang mampu menepis mengelak. Hasrat semua orang untuk pengakhiran yang khusnul khatimah. Namun tingkah laku selama ini yang dilaksanakan dan bagi yang ketahuan pengakhiran yang mungkin akan diterima masih juga meyakini yang diri akan mendapat 'maghfirah'. Berharap sebenar benar pengharapan akan hajat diri akan tertunai.
Friday, September 15, 2023
Mahu dengan tidak...ajer
Mengakhiri mengulang memahamkan akan topik harfu jarr(HoJ) yakni penggunaan kata sendi bergabung dengan kata kerja juga dengan gantinama diri(pronoun), aku ambil sedikit masa menukilkan sesuatu yang berkaitan. Jumaat hari ini aku ambil cuti ganti untuk Raya Haji. Luangkan sedikit masa sebelah petang untuk aku memantapkan diri dengan penguasaan bahasa arab yang kalau tidak diulang ulang akan cepatnya kelupaan mendatang.
Cepat sahaja aku copy & paste ke dalam blog aku ini akan table yang telah disusun oleh tutor Ustadz Muhammad Arjan Ali dari e-booknya, 'Learn Quran Easy than English'. Usaha 'jariah'-nya ini berpengkalan di UK sudah lama dan aku cuma beli e-booknya ini pada August lalu. Itupun pada harga promo at 9.50 dari harga asal 15.50.
Terpanggil aku untuk merenunginya bilamana rujukan yang di-compile-nya akan kekerapan harfu ini muncul didalam kitab al-quran memudahkan memahaminya. Dari banyaknya kedapatan harfu dalam bahasa arab ini, hanyalah 11 sahaja yang perlu diingatkan dan diulang bacanya setiap kali kita membaca al-quran.

There are 17 prepositions (Harf of Jarr حرف جر) in the Arabic language, 11 of them are used around 13,000 times in the Quran. These are among the most often repeated words in Al-Quran therefore they are essential for us to master. The Quran (standard Mushaf) has 600 pages each page with 15 lines, that means the standard Mushaf has 9,000 lines. That means you will find (on the average) at least one or two on every line of Quran. In lesson 07 we studied the 5 of the prepositions huruf of jarr: ب، ت، ك، ل، و In this lesson 08, we will study the remaining six huruf - مِنْ، فِيْ، عَنْ، عَلى، حَتى، إِلَى [#08-P2] -- Any ISM اسم that comes after a preposition (Harf of Jarr حرف جر) will always be in the Jarr status. There is no exception to this. The murakkab made up of prepositions (Harf of Jarr حرف جر) plus the ISM that comes after it is called - 'Murakkab Jarri' مُرَكَّب جاري or 'Jarr wa Majroor' جَارّ وَ مَجْرُوْر
Sejujurnya, aku agak lekit untuk membaca sebelum ini. Selari dengan peningkatan usia yang kian ke penghujungnya dan seingat akulah, kemestian untuk aku membaca sekurang kurangnya 2 muka sepagian telah aku praktiskan beberapa tahun kebelakangan ini. Biarpun tidak sepantas dan semahir sepertimana mereka yang 'pandai' al-quran, aku tidak harus mengalah malah perlu istiqamah berdikit dikit.
Betul, masa yang ada terluang dan masih diberi kesempatan olehNya perlu aku manfaatkan. Orang lain biarlah mereka sibuk dengan urusan mereka. Memasing punyai jalur perjalanan kehidupan yang berbeza. Seminggu dua ini heboh diperkata orang di socmed akan kekurangan beras tempatan dari pasaran. Pihak peniaga, bagi menampakkan kualitinya cerita yang tersebar, boss Mydin dan Speeedmart 99 melahirkan kehairanan akan kuantiti yang dipesan dari pemborong beras merosot kepada 20% sahaja jumlah yang diterima akan beras 'tempatan'. Apa isunya, dapat diagakkan tentulah berkisar tentang harga jualan dan pemantauan kerajaan berdepan 'kartel' beras yang digembar gemburkan.
Viral akan kemanakah hilangnya beras tempatan yang disubsidikan kerajaan. Dikhabarkan beras tempatan menampung keperluan negara sebanyak 60%. Beras diimport dengan pelbagai jenis memenuhi 40% lagi. Anihnya pula, beras 'import' makin mencanak naik dan memenuhi ruang peragaan di premis mereka. Begitu jugalah dengan barangan asas yang lain. Hampir semuanya naik. Akibanya harga barangan yang siap diproses atau dikenali sebagai barangan hiliran turut sama sibuk naik. Alasan paling sempoi yang diberi pengusaha peniaga adalah kos barang pembuatan telah naik maka terpaksalah menaikkan harga jualan bagi memastikan perniagaan tidak alami kerugian. Itu rational yang diberi peniaga. Nampak gayanya customers are always at the losing end. Makna kata terpaksalah pelanggan yang menanggung bebanan.
Berbeza berbanding dengan 'janji' Allah swt akan perniagaan yang menguntungkan manusia seluruhnya. Boleh rujuk rencana ini, berniaga-dengan-allah untuk percambahan minda. Antara mahu dengan tidak sahaja dan biarpun telah dimaklumkan diperingatkan beserta dengan contoh contohnya sekali namun penerimaan seseorang itu amat sukar untuk aku mengerrtikan.
Kekadang kita merasakan yang kitalah orangnya yang paling patut sedangkan disisiNya masih jauh untuk capai tahap piawaian. Jiwa kita masih jiwa 'berniaga' katanya. Setiap sesuatu yang dibuat mahukan 'keuntungan'. Bila tiadanya apa apa imbuhan, sanggup memandang sepi sahaja tanpa berfikir sejenak. Contoh terbaik rasanya adalah betapa menunggu nunggu dan minta diperpanjangkan usia agar dapat alami penangan 'malam al-qadr' yang beribadat pada malam itu bersamaan dengan 1000 bulan pada 10 malam terakhir dari bulan ke-sembilan umat islam.
![]() |
| Pahala satu huruf |
Monday, September 11, 2023
Baru sedar ke...
11 SEPTEMBER 2023, 12:20
Baru sedar ke...
Banyak perkara yang dilakukan kini terasa macam sudah terlambat. Melewati masanya. Bila diamat amati, inilah lumrah kehidupan. Manusia yang beringat dan senantiasa laksanakan diwaktu yang tepat lagi bersesuaian tentulah kini sedang menuai hasilnya. Manakala bagi yang berkira kira dan memujuk diri akan laksanakan dikemudiannya hari pasti akan kesal. Betapa melengahkan bukanlah satu pilihan. Gagal merebut dikesempatan yang sepatutnya ianya dilakukan adalah 'pengharapan' yang tidak mungkin berlaku di usia tua.
Bukan semua orang boleh menyimpulkan pendapat sebegini. Orang yang lebih muda tidak mungkin sedangkan dia belumpun sampai kedetik itu. Mereka cuma mengandaikan sahaja. Itupun berpandukan kepada keadaan sekeliling dan garapan pemerhatiannya sahaja. Tidak melalui detik detik masa meniti usia maka segala apa yang diutarakan sekadarlah pengharapan semata. Ini orangnya, yang telah lalui zaman dan diperingkat hujungnya kini, lebih berauthoriti untuk membicarakan. Mengesali lambat bertindak, juga telah pernah rayakan kejayaan yang dicapai walaupun cuma diri sendirilah yang akui dan bertekad lakukan lebih baik andai diberi kesempatan.
Namun apa yang telah dialami selama ini, sebagai seorang manusia yang waras lagi normal, tentulah merasakan yang segalanya terasa baru berlalu. Tentu sahaja mahu mengulanginya apa yang manis bermakna itu kalau bolehlah untuk kesekian kalinya. Similarly, hal yang tidak berapa elok lagi memudaratkan semahunya cuba dielakkan dari mendatangi diri. Ketidak upayaan kita dari timpaan ujian dan cabaran kehidupan yang pelbagai dan rencam sifatnya lebih lebih lagilah yang tidak terdugakan amat mencabar diri.
Dalam pada termanggu manggu memikirkan, terasa baru kini dan makin jelas diperhatikan akan banyaknya ayat al-quran yang memperkata, memperingatkan dan akan membalasi keingkaran mematuhi perintah arahan dariNya. Masa yang telah berlalu tidak akan kembali. Ini semua orang tahu. Malah sudah terlebih maklum sehingga ketahap jemu pula bila sering diingatkan. Banyak pertanyaan diajukan kepada yang membaca diakhir ayat. Misalnya, افلا تعقلون yakni tidakkah kamu berakal..., juga افلا يشكرون yakni mengapa mereka tidak mahu bersyukur dan banyak lagilah ungkapan pertanyaan yang mahukan kita sendiri menjawabnya penuh keinsafan.
Ada perkara yang perlu lagi harus dilaksanakan ketika diusia muda. Melengah lengahkan perlaksanaan melewati tempoh masanya membuatkan terasa janggal dipenglihatan. Kini banyak diiklankan di online media akan pelbagai kursus serta kaedah belajar 'cepat' membaca al-quran dan teknik memahamkan isi kandungan al-quran. Segala macam ilmu yang dihadapkan kepada 'target' audience memasing. Sekali imbas, harus mengucapkan terima kasih kepada kemodenan teknologi yang dicapai kini. Makin memudahkan. Makin mendekatkan antara guru dengan murid walau tidak pernah mengenali sesama.
Tidak perlulah aku sibuk memikirkan perihal orang lain. Diri sendiripun belum tentu lagi pengakhirannya bagaimana. Namun dari pemerhatian dan pembacaan kepada apa sahaja yang berlaku dilingkungan cukup menginsafkan diri. Mana mungkin kita mampu menjangkakan apa yang perlu berlaku dan meyakini sesangat yang sesuatu tidak akan terjadi. Biarpun sebaik mana diri dan canggihnya penggunaan kaedah 'ramalan' dimiliki, namun tidak mampu mengatasi 'takdir' yang dizahirkan. Banyak sudah hal yang terjadi diluar jangkaan dan ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pastinya menjadi kepelikan. Sombong bongkak beralasan menafikan kejadian yang berlaku yang kononnya adalah disebabkan faktor faktor tertentu yang tidak semestinya benar kesemuanya. Ianya lebih kepada menyembunyikan kesalahan diri kerana gagal mematuhi hukum alam dan menuruti perintahNya.
Diharapkan aku mampu meredah penuh tabah setiap kesulitan yang harus aku lalui. Tiadanya kekesalan. Tidak juga bernostalgia keterlaluan sedangkan 'hakikat-nya' adalah urusan yang perlu dibereskan sesegera mungkin. Perlu sedar masa berbaki yang diperuntukkan tidak ketahuan bila penghujungnya. Makanya haruslah aku maksimumkan kearah perkara kebaikan.
Tuesday, August 22, 2023
Terkenangkan
20 AUGUST 2023, 12:16
Terkenangkan
Ahad ini, setelah mulai bekerja selepas lebih sebulan berehat, bekerja pula pada sebelah petang, aku ambil masa terluang untuk mengulang akan kelas 'harfiah' yasin. Hujan sederhana lebat pagi ini. Bila selesai mengulang, teringin pula hendak membuat catatan. Ilmu kalau tidak dicungkil digali maka barang tentulah tidak akan ketahuan. Mungkin berpanjangan malah sehingga tamat 'riwayat' inipun tidak ketahuan langsung. Hal ini bergantungan kepada diri memasing. Diberi hidayah mahupun tidak, ianya bergantung kepada kecenderungan memasing. Jika diri lebih kepada sesuatu yang melekakan maka hati dan perasaan akan didorong kearah tersebut. Andaikata tendency kearah kebaikan lagi bermanfaat maka tentu sekali akan berhasil mendapatkan apa yang 'longing' dihajati itu.
Berbalik pada diri, sebenarnya aku telah lama menaruh rasa cemburu kepada mereka yang mahir berpengetahuan dalam bahasa arab. Bukan sekadar terpegun akan kefasihan bertutur mereka tapi amat menghormati juga menghargai kemampuan memahami akan apa yang dituturkan mereka lebih lebih lagilah akan erti pembacaan al quran. Mampu menterjemahkan, mampu menghuraikan makna satu per satu perkataan arab yang dibaca. Lebih mengujakan bilamana mampu menerangkan 'peristiwa' yang diturunkan oleh Allah swt melalui Jibrail as kepada Nabi Muhammad saw berpandukan pengetahuan yang diperolehi hasil pembacaan kitab serta 'kuliah' dari pengajian dalam bidang yang dituntut mereka.
Akhirnya, saat itu hadir juga. Aku mulai mengikuti pengajian Arab Aula. Ketika mulai mengikutinya terdetik juga akan betapa lewatnya untuk diri mengikuti kelas. Namun memandangkan kelas ini dikhususkan kepada 'warga' pencen. Kaedah pembelajaran dan module pengajaran yang berdikit dikit amat sesuai kepada diri. Walaupun pada awal macam janggal sahaja tapi akuilah yang akulah yang harus menyesuaikan diri dalam usaha untuk mengejar akan 'hal' yang amat jauh tertinggal.
Ambil 'off' seketika untuk menukilkan sesuatu. Dalam masa tengah 'revise' mengenai kata sendi dan lebih khusus akan 'wau - و ' sumpah atau swearing 'و ' dari kelas harfiah yasin yang telah sebulan lebih mengikutinya. Dinyatakan terdapat beberapa ciri yang perlu peka bila membaca. Ciri utamanya ialah huruf 'و' ini adalah dipermulaan duduknya. Sifatnya yang tidak bercantum dengan perkataan lain sedangkan huruf tunggal ini membawa maksud 'dan' dalam BM atau 'and' in English. Tapi dalam nahu arab pula ianya mesti dirapatkan dengan huruf perkataan berikutnya.
Bagi yang tidak mengetahui, please do take note, dan aku mulai mengetahuinya maka harus peka akan kehadirannya dalam pembacaan bagi mengelakkan salah pemahaman. Dari apa yang diterangkan oleh Ustadz semasa berinteraksi berdepan mahupun menonton di online oleh pengajar/tutor berbeza yang berwibawa, semuanya sependapat yang huruf 'و' ini mesti berdampingan dengan perkataan berikutnya. Tak kisahlah samada ianya adalah katanama, katakerja, malah kata perintah pun. Penting untuk lebih fokus. Kalau difikirkan balik, kalau tidak ketahuinya mana mungkin akan faham akan apa yang dibaca. Main langgar sahaja. Main sebut sahaja. Tentu sahaja ke 'laut' jadinya.
Menariknya kedapatan banyak perkataan arab ini bilamana dibunyikan akan kedengaran seperti bahasa melayu tapi uniknya punyai maksud yang berbeza. Bagi kita orang melayu yang tidak didedahkan akan merasakan dan punyai persepsi lain pula. Inilah yang aku rasakan dizaman 'ber-takbir' dari rumah ke rumah dulu. Bagi yang mengetahui makna keseluruhan ucapan takbir pastinya amat beruntung. Faham serta hayatinya serta applykan disepanjang hayat hidup didunia ini. Bertuah mereka.
Aku pula agak kehairanan jugalah akan sebutan 'ولو' yang transliterasinya berbunyi 'wa-lau'. Setiap kali pak Seman boyau sampai ke 'ولو كره الكاقرون', aku stuck seketika. Kata bebudak sekarang, 'tak boleh nak move on'. Masa itu tidak sampailah hendak selidiki maknanya. Sekadar mengikut menyebutnya dan selesai meng-ameenkan doa ringkas pak Seman Boyau, tuan rumah akan agih agihkan duit. Tidak banyak mana ketika itu, kebiasaannya 20 sen, kekadang 50 sen dan tuan rumah yang agak berada pula adakalanya akan 'sedekah-kan' RM1.00. Kenangan zaman itu lebih lebih lagi malam raya memang tidak akan dilupakan.
![]() |
| Teks Takbir Raya...taken for granted dulunya |
Kini bukanlah hendak katakan...'with flying colours' tapi aku maklum akan makna pengucapan keseluruhan 'takbir' yang saban tahun didengari dan diucapkan berjamaah. Analisa perkataan demi perkataan keatas apa yang dibaca berdasarkan jenis perkataan dan pattern setiap perkataan yang dipelajari perlu aku apply demi memahamkan makna 'sebenar' apa yang disebutkan.
Practice makes perfect. Simpulan ini tentu sahaja ada kebenarannya. Mudah dan menyelesakan bila mulai tahu akan apa yang dilafazkan. Kesan positif tentulah akan membuatkan kita lebih berkeyakinan untuk 'explore' lebih mendalam lagi.
Harapnya semuga segala usaha aku ini diredhaiNya.
Sunday, August 13, 2023
Menungan Ahad 2
Sunday, August 6, 2023
Berbalik
05/08/2023 09:18
Tiada sesiapapun menjangkakan akan perkara yang pernah berlaku suatu ketika dahulu kini mendatangi diri. Sememangnya setiap detik yang kita lalui dan setiap mukabumi yang kita injaki tidak diketahui hujungnya. Hanyalah masa yang menentukan lambat cepat datangnya. Setiap apa yang berlaku dahulu, kini dan yang berkemungkinan dimasa mendatang adalah perkara yang diluar bidang kuasa kita untuk ianya terjadi. Apa yang pasti ianya sesuatu yang tidak berbaloi untuk meramal hal yang diluar kawalan kita.
Walaupun begitu, kita telah dibekalkan dengan panduan yang perlu diikuti serta dipatuhi penuh teliti tanpa sebarang keraguan. Kandungannya merentas melingkungi ruang masa setiap insan yang hidup di mukabumi ini. Al-quran, didalamnya, terhimpun segala kisah yang telah terjadi juga akan perkara dikemudiannya masa dan dialam seterusnya. Haruslah saling mengingati serta mentauladani agar perjalanan kehidupan kita berhemah lagi terarah. Kehadiran kita ini bukanlah suka suka. Ada misi yang perlu dilaksanakan.
Pagi ini bilamana membaca kisah masyarakat yang berlaku dan kini amat senang untuk diketahui serta dimengertikan menyebabkan aku terpanggil untuk mencoret sesuatu sekadar renungan. Biarpun coretan ini tidak mungkin merombak keadaan semasa tapi ianya menjadi ingatan dan panduan agar kesilapan tidak berulang lagi. Tetiba aku teringatkan kata kata, 'Mc Gyver' yang popular di tahun 80an dahulu ketikanya masih bersekolah yang mampu membuat 'something' from bare-hand dari lingkungan. Betul, betullah tu, ianya hanyalah cerita dan lakonan tapi berjaya dihidupkan berpandukan 'ilmu' paling basic menghasilkan sesuatu yang praktikal. Antara yang terkesan adalah, what goes around will come around dan every action has a reaction. Si Mc Gyver ni atau nama sebenarnya Richard Dean Anderson banyak menuturkan theory fizik dalam cerita semi-penyiasatan lakonannya. Mungkin dia sendiri tidak berapa tahu akan konsep fizik yang disebutnya atau terfikirkan untuk mengetahuinya. Apa hendak dihiraukan. Lebih dipentingkan lakonannya dibayar sewajarnya.
Altimet dari PH akan ditentang calon PN dari PAS di DUN Lembah Jaya
Pertembungan yang bakal terjadi ini akan menyaksikan sejauhmanakah 'kebenaran' dipertahankan. Adakah 'Hoi ya Hoi' yang di-ratibkan dahulu membawa laba lagi atau sebaliknya bala pula yang datang. Rujuklah hasrat yang dimetrikan di satu lawan satu.
Sejak seminggu lalu bahkan sebelum sebermulanya hari penamaan calon(12/08/2023) untuk PRN ke-15 buat 6 negeri 'pembangkang' yang sengaja ditangguhkan, lagu ini kerap aku dengari dan lihat di 'wall' aku, kata bebudak sekarang di-fyp yakni 'for your page'. Di Tik Tok paling banyak. 'Hoi Hoi Ya Hoi' kerap muncul. Seolah berkait dengan rencam kisah politik semasa. Seingat akulah, kalau tidak silap, lagu ni dari filem P. Ramlee, 'Ali Baba Bujang Lapok'. Bila di-parody-kan dan disebarluaskan pula, ianya menjadi persendaan kepada orang orang politik. Tidak tahu pula siapakah gerangan yang mengubah mengadaptasikan senikata yang semacam 'kena' pula.
Hasil pencarian di internet, Altimet, seorang rapper Melayu yang popular, adalah orangnya yang bertanggungjawab 'sepenuhnya'. Kemudian pula baru diketahui yang beliau ini juga adalah ahli PKR. Sumbangan kerjatangannya menjadi senjata tambahan dalam mencalar pedihkan lagi parti sebelah yang sesama bertanding pada PRU ke-15 pada tahun lalu. Tidak sampai setahunpun ianya digunapakai malah tidak tersangkakan berkesan menumbangkan parti yang 'claim' parti keramat orang melayu. Apa yang menyedihkan kejatuhan seusai lebih 60 tahun berkuasa kukuh adalah kalangan orang melayu sendiri. Kedengaran ditelinga, bisikan Mc Gyver, every action has a reaction'.
Video penuh - Full HDSebaik turun sahaja dari pentas lepas diperkenalkan oleh petugas SPN secara rasmi maka tidak lengahlah para pemberita yang telah ditugaskan oleh 'majikan' memasing mendapatkan 'scoop' berita untuk akhbar mereka. Samada sudah diagak atau tidak menduga, pertanyaan 'direct' pasal lagu 'Hoi Ya Hoi' membuatkan bakal 'YB' terkial menjawab. Selagi boleh ditepis maka ditepislah. Namun sebagai orang baru yang hendak menceburkan diri dalam kancah politik ini dan pertama kalinya pula masuk bertanding maka kenalah juga menjawabnya. Walaupun jawapan innocence beralasnya agak tersasar, diraut wajahnya seolah ditampar hebat tanpa dapat mengelak sempurna.
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.
(Yaa Siin 36:65) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | BookmarkSiapa sangka dan siapa menduga dan disebabkan tidak ambil kisah untuk berhemah bertanggungjawab memertabatkan bangsa boleh tersungkur terjelepuk tidak bermaya. Diburukkan lagi ianya bukanlah diperlakukan sedemikian oleh bangsa lain tapi oleh anak bangsanya sendiri. Namun tidak sampai setahunpun lagu yang memberi 'kekuatan' pada parti dukungannya, tetiba lagu yang sama juga menjadi 'kegemaran' ramai mengarahkan kepada partinya kembali. Bukannya oleh mereka yang mempopularkan dahulu tapi oleh lawannya pula. Sekali lagi, si Mc Gyver, memekapkan kedua telapak tangannya mencorong terus ketelinga aku, 'what goes around will come around'.
Bila ditemubual oleh pemberita kepada salah seorang calon yang bertanding untuk N20 Lembah Jaya, Selangor wajahnya seiras Altimet. Barulah diketahui calon ini bernama Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad adalah orang yang sama. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana nantinya dia mulai berkempen untuk memenangi pengundi setempat. 'Against All Odds' bak kata Phil Collins pun akan menentukan nasibnya. Bagaimana rasanya memperlekeh mempersendakan orang lain dan kurang dari setahun sahaja diri pula mungkin akan diperlekehkan. Andailah pengundi di Lembah Jaya ini bersikap terbuka dan 'move on' dengan apa yang pernah dia ada 'sumbangan' menjatuhkan parti keramat, rasanya dia berpeluang. Tapi andai menebalnya rasa ingin balas dendam maka kedudukannya ibarat telor dihujung tanduk.
Beginilah hukum 'karma' yang dipertunjukkan. Balasan atas segala yang pernah dilakukan adakalanya tidak perlu menunggui terlalu lama. Budak budak sekarang pandai menggelarnya...Allah bayar 'cash'.
Apapun, kita tunggulah bersama akan keputusan rasmi pada malam 12/08/2023 nanti. Jangan lupa standby-kan 'super ring' dalam 5 bungkus.

.jpg)





.jpg)
