Wednesday, June 28, 2023

Menjelang Raya Haji 1444H

Banyak hal berlaku yang tentunya mencorakkan pergerakkan kehidupan aku. Berhasrat berhajat untuk memberi tumpuan sepenuhnya dan senantiasa kekal fokus terhadap pembelajaran kendiri aku akan bahasa Arab especially akan grammar-nya dalam memudahkan pemahaman pembacaan Al-Quran yang menjadi matlamat utama aku. Dilengahkan namun masih tidaklah sampai turun ketahap melupakan terus, menyebabkan aku terasa seperti kesuntukan masa.


Mana hendak selesaikan pasal 'kereta', mana hendak fikirkan pasal kenaikan harga barangan serta kesukaran mendapatkannya dalam pasaran, minyak kampit, terpacul di fikiran. Belum lagi berpeluang berkemampuan hendak membantu saudara yang terhimpit dalam permasalahan kewangan dan emosi dan yang terlebih utamanya diri sendiri yang masih dibelenggu dengan penyakit lama 'seolah' datang menjengah. Symptom of TB disease seperti lemah badan, kurang berat badan, badan terutamanya dada kerap panas, sering batuk kekadang kahak mengandungi darah pekat dan berpeluh sampai lokos baju(night sweats) sehinggakan tidak lena tidur sering terjadi walau ianya sama sekali tidak diingini.


Seminggu dua lepas kemunculan tanda tandanya, diri terasa seolah back to normal. Hasrat hendak mendapatkan rawatan pemeriksaan or medical check-up aku abaikan seketika. Berjanji pula dengan diri sendiri yang mana seandainya 'si-dia' ni muncul lagi, maka aku akan membuat pemeriksaan kesihatan. Bukannya apa, risau akan terkurung lama di hospital bila kena quarantine. Segala pergerakkan akan terbatas. Senantiasa dipantau. 4 jam sekali kena diperiksa dari awal pagi hingga ke malam. Check BP, tambah air, ambil ubat dan yang paling 'benci' bilamana mata mulai terlelap dikejutkan pula oleh nurse bertugas untuk routine 4 jam sekali ni. 


Esok raya. Sudah lebih dari 60 kali rasanya aku menyambutnya. Putaran hidup manusia buat diri yang sudah menghampiri penamatnya semacam tiada yang mahu dikejar lagi. Beberapa hari kebelakangan ini aku mengulang baca akan buku yang aku ter-initiate membelinya menjelang raya haji untuk tahun 2022. Ianya penuh berinformatif. Tidak mampu untuk aku adhere sepenuhnya kepada apa yang diutara dicadangkan oleh pengarang buku 'Nota Pasca Haji' dan 'Karya Terakhir' yang kebetulan berkongsi tahun kelahiran iaitu 1964. Seolah apa yang dibimbanginya turut sama sepertimana yang aku rasakan malah sebelum aku membacai bukunya. Normal bagi mereka yang kini berusia berperasaan sedemikian yang berjaya dinukilkannya dan didokumenkan pula sebagai panduan berguna atau checklist agar kita terarah tindakan.


Biasanya pepagi aku akan take a nap dalam setengah jam andai tidak bekerja pagi. Memandangkan aku bercuti ganti hari ini, selesai sahaja aku mengulangi lagi menghafali dan memahamkan ayat dari surah al-baqarah, kali ini ayat 2:22 hingga 2:24, mata tak nak pula letih untuk berbaringan malah mencarak terbuka. Maka aku teruslah menukilkan coretan di diaro @ tablet samsung ini. Tetiba pintu bilik diketuk dan muncullah anak aku yang korek yang semalam diangkut pulang oleh abangnya dari asrama menyerahkan coupon daging. Sekali lagi aku terduduk bila selesai membaca info yang terkandung. 

Rezeki pagi...

Banyak hal yang berkaitan dengan raya haji dipandang sepi. Kurangnya keterlibatan aku samada secara langsung mahupun tidak membuatkan diri seolah tersisih dariNya. Kita yang perlu dan mengharapkanNya dan bukanlah sebaliknya. Banyak konsep konsep yang sering disalahertikan oleh orang kebanyakkan dipermudahkan pemahaman dengan adanya medium perantaraan yang canggih moden. Tiktok dan whatsapps dan dengan 'kuasa' viral yang serba pantas memungkinkan maklumat penting disegerakan penyampaiannya tepat ke sasaran. Contohnya konsep berkorban, pencerahan oleh ustaz yang prolifik lagi dikenali  mudah untuk difahamkan dengan ber-video lagi. Kalau tidak faham boleh diulang tengok dan cuba sedayanya dimengertikan. Tidak usahlah banyak berdalih. Yakinlah dan niatkan untuk sesama berkorban andai diberi kesempatan pada tahun hadapan nanti.


Begitupun, bukan kita yang mengaturnya. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Tugas kita hanyalah perlu mengerjakan apa yang disuruh dan tinggalkanlah apa sahaja yang dilarang. Pengabdian kita kepadaNya adalah semata mata mengharapkan agar diganjari pahala atas usaha gigih kita. Beribadat dengan sungguh sungguh kepadaNya sepertimana yang dimaktubkan dalam ayat ke-21 surah al-baqarah,

 

Chapter (2) sūrat l-baqarah (The Cow)

Sahih International: O mankind, worship your Lord, who created you and those before you, that you may become righteous -


Aku tidaklah pandai sesangat tetapi ayat ini jelas dan rasanya tidak mengelirukan untuk difahami. Lebih baik lagi dilanjutkan dengan membaca kitab tafsir yang menghuraikannya lebih teliti akan kandungan ayat ini.


Semoga bermanfaat buat semua.

Friday, June 23, 2023

Dekat lagi murah...tentunya jimat...

23 June 2023, Friday, 11:53

Isnin hari itu, aku tidak berlengah lagi membuat servis yang dirasakan perlu keatas 'MBB' yang terperuk lama di workshop panel insurance. Memang tidak berpuashati dengan kerja kerja pemulihan yang diselenggarakan oleh mereka. Tahap profesionalisma ke laut, sudahlah menungguinya begitu lama dan kalau tidak disongsong mungkin lebih lamalah lagi. Begitupun, aku kena redha dengan tahap perkhidmatan yang diberi. Bagi diri aku, kepulangan penyerahan kembali akan 'kanchil' penuh makna ini lebih menjadi keutamaan.

Bukanlah aku hendak menafikan fungsi mereka yang terlibat sehinggalah ianya dikembalikan semula kepada aku walaupun senantiasa hendak kena tanya 'progress'. Tidak semengahnya kerja kerja penyelengaraan amat mengecewakan. Beginilah standard bilamana melibatkan kereta golongan 'marhaein'. Entah macammana agaknya andai yang menjadi mangsa adalah tuan punya kereta mewah. Tentu pantas perkhidmatan yang akan diberikan. Al-maklumlah, 'masuk'nya pun besar. Kereta biasa biasa yang sudah menjangkau banyak tahunnya tentulah ciput sahaja yang pihak berkaitan akan perolehi. Kalau boleh tangguh akan cuba mereka tangguhkan. Sikap tidak peduli dan 'double standard' yang diamalkan selama ini pastinya amat menyukarkan golongan bawahan untuk mendapat pembelaan yang sewajanya. Hadap sahajalah kenyataan ini. Bercakap banyakpun tidak akan kemana. Lebih menyakitkan hati sahaja. 

Sempurnakan apa yang kurang...my lovely



Moral ceritanya, kenalah senantiasa berhati hati dalam pemanduan. Elakkan diri dari terlibat dalam kemalangan. Berdoa lah dan berserah lah kepadaNya agar kita dijauhkan dari segala petaka yang tidak diingini.

Sebelum keluar kebengkel kereta pagi itu, orang rumah sudah mengingatkan untuk membeli beras yang telah kehabisan. Aku ia-kan sahaja. Sempat ber-zohor lagi di Masjid Saidina Ali sebelum kerja kerja selenggaran dibengkel yang aku percayai ini menyudahkan kerja.  Selesai membuat pembayaran, bergegaslah aku pulang ke rumah. Menonong sahaja sampai ke hujung padang tetiba teringatkan pula pesanan untuk membeli beras. Aku buat pusingan 'U' disimpang permulaan padang dalam taman ini. Terus sahaja aku menuju ke pangkal taman semula yang menempatkan pelbagai kedai dalam deretan rumah kedai yang semua pintu beroperasi. Untuk kedai runcit sahaja terdapatnya Kedai Dak Lim, 7E, Kedai Untie Minnie dan terkini dibuka adalah Speedmart.

Hadir membeli sehari selepas dibuka on 18/06/2023

Ni receipt-nya


Dan ini pula beras-nya


Aku memilih kedai paling latest dibuka iaitu Speedmart. Selain dari merasai suasana baru yang umumnya terlebih maklum, ber-air-cond., bersih dengan teratur susunan barangan yang diperaga dan tentu sekali berbeza dengan kedai runcit era lama yang tidak kemas, berterabur dan paling aku tidak sukai adalah tidak hygienic. Susunan tidak terurus, berbau hapak dengan barangan jualan ada yang bertebuk tikus tapi masih dibiarkan tidak berkemas adalah sebahagian ciri ciri kedai cina yang tidak ambil peduli untuk memoden menceriakan kedai mereka. Apa yang lebih mereka mahu adalah 'untung'. Peliknya, kebanyakkan orang kita seolah boleh 'get along' dengan situasi sedemikian. Kita ambil sikap tidak apa bila peniaganya orang asing, terutamanya orang cina. Tapi bila melibatkan orang kita, macam macam dikomplen. Maksudnya, apa sahaja yang dilakukan oleh orang cina ini kita perakui walaupun ianya amat bertentangan dengan 'keinginan' dan naluri kita terutamanya dalam bab kebersihan, keuntungan melampau dan mudah memaafkan dan tidak terus menyerang menyalahkan mereka ini hampir dalam semua aspeks. Kita menurut sahaja. Sifat opologetic yang tinggi dan pemaaf bangsa kita dimanipulasi semaksimum mungkin demi kepentingan mereka. Ini hakikat yang perlu kita telan dan perlu disempadani dengan jelas agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan.

Sepertimana biasa yang terlihatkan, pengunjung kedai baru ini adalah semuanya orang kita. Dari budak sekolahnya, makcik makcik dan pak haji yang baru keluar masjidpun singgah memeriahkan minggu pembukaan kedai. Seingat akulah, pada khamis lalu, ketika orang rumah singgah mendapatkan bahan pembuatan 'karipap-nya' setelah bergerak balik dari Pengkalan Samak, kedai Speedmart ini belum dibuka lagi. Mungkin hari Ahad(18/6) dirasmikan agaknya. Memangpun betul menurut cashier budak perempuan melayu setelah ditanya yang outlet Speedmart, yang ke berapa tidak pula aku ingin mengetahuinya, memaklumkan yang ianya dibuka secara rasminya pada 18/06/2023 bersamaan hari Ahad.

Apapun kehadiran satu lagi minimart yang serba moden dengan sistem pembayaran 'digital' memudahkan urusan transaksi pembelian. Tidak perlu lagi menyediakan wang tunai dan hanya sekadar 'paywave' sahaja diterminal. Menyokong dalam terpaksa. Malu rasanya pada diri sendiri kerana tidak mampu memberi peluang pekerjaan kepada golongan anak anak muda. Setidak tidaknya mereka berpenghasilan setiap bulan meneruskan kelangsungan hidup. Andailah satu outlet menyediakan peluang pekerjaan kepada bebudak lepasan SPM dalam 10 orang sahaja, bayangkanlah kalau seluruh negara dikalikan dengan 10 orang sahaja pastinya beribu jugalah jumlahnya.

Semoga akan adanya kesedaran dalam masyarakat kita untuk saling membantu menyediakan peluang pekerjaan demi kemakmuran ekonomi bangsa dan negara.

Thursday, June 22, 2023

Terawang awangan

20 JUNE 2023, 12:15

Terawang awangan

Begitu cepat masa bergerak. Sedar sedar kita sudah hampir sampai garisan ke-60. Bukanlah tidak perasan akan hal ini tapi sememangnya dan senantiasa disibukkan pula dengan perkara perkara yang pelbagai. Kesemua hal yang menimpa diri perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Maka semestinyalah perhatian dan tumpuan akan menjadi berbilang pula. Secara semulajadinya mana yang mendesak akan diberi keutamaan. Mana yang boleh ditangguhkan dan dilewatkan, barang tentunya akan ditangguhkan kekadang kalaulah tidak 'berkepentingan' ataupun less significant maka dilupai terus agaknya dan ianya kerap terjadi.

Hidup diteruskan...



Pun begitu perkara perkara yang bukannya menjadi main concern dalam hidup dan kehidupan memangnya menjadi faktor yang melengahkan kita untuk kekal fokus akan asal kita dilahirkan kedunia ini. Hal yang melekakan inilah yang banyak meragut masa berharga. Banyak perkara yang seharusnya dimasa muda lagi telah mantap akan segala ilmu kemahiran untuk hidup didunia serta ilmu bekalan ke akhirat nanti. Kita lebih rungsingkan penampilan diri. Rambut yang dahulunya hitam tebal berkilat kian memutih menipis lalu digelapkan kembali. Gigi yang putih rapat teratur yang mulai tanggal satu per satu seiringan usia kini dipalsukan menjadi seperti dahulu semasa muda. Sehinggakan diketika ini berhasrat agar diri kembali muda yang sendiripun tahu yang ianya mustahil untuk berlaku. Hanyalah kepura puraan menipu diri dan terbawa bawa dibuai masa lalu.

Malangnya, bekalan untuk pulang kekampung yang kekal abadi seolah tidak dipedulikan. Boleh senangkan hati berhibur menghabiskan sisa usia yang dipinjamkan kearah yang tidak bermanfaat. Namun bagi yang cepat tersedar dan mulai mencari cari sesuatu yang diredhaiNya, setidak tidaknya, dapatlah membawa bersamanya bekalan. Ini dari perseptif kita. Bagi Allah swt pula, bukanlah banyak mana amalan dilakukan semata tapi 'usaha' ikhtiar mencari redhaNya lebih dilihat dinilaikan.

Bagi yang religiously brought up, pastinya terlebih awal dan amat maklum akan ayat al-quran yang kedapatan di surah al-dhariyat pada ayat 51:56

٥٦وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴿٥٦﴾ الذاريات-٥١

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(Adz-Dzaariyaat 51:56) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

Lebih perincian, rujuk tujuan-kehidupan-kita-di-dunia, moga tidak mengelirukan.

‏Walaupun begitu, taufik dan hidayahNyalah yang memungkinkan kita berada dilandasan yang sekarang ini dilalui. Dirasakan terlalu banyaknya kekurangan. Tiada kecukupan bekalan untuk dibawa 'pergi'. Aku masih sibuk memikirkan hal remeh tentang keduniaan. Bagaimana untuk menempuhi kehidupan dimasa mendatang. Sihat lagikah atau mungkin melepek dikatil menunggu kematian. Lebih amat memusatkan tumpuan kepada kekayaan duniawi, perbandingkan pencapaian sesama insan dan seolah bangga pula merasakan agak bernasib baik bilamana 'ujian' hidup yang ringan sahaja dihadapi.
 
Pernah aku luahkan sebelum ini yang memasing antara kita tidak akan bersamaan dugaan kehidupan. Batas waktu dan corak kehidupan yang memasing jalani agak berbeza antara sesama kita. Apa yang dilihat akan betapa sengsaranya penghidupan orang lain, tapi bagi yang menghadapinya menganggapnya sesuatu yang biasa sahaja. Pelik dan misteri. Banyak hal yang tidak tersangkakan boleh terjadi. Manakala 'kejadian' yang berlaku pula tidak pernah diramal terfikirkan benar benar terjadi. 

Perkara yang datangnya secara tiba tiba dan gelarkan 'kejutan' pasti akan membuatkan kita semua terpaku terpegun. Ilmu yang kita ada belum mampu untuk mengkaji menilai malah tidak setanding dengan yang dimiliki oleh sang pencipta kita.

Tapi, itulah kita, manusia memang mudah lupa dan perlu terus diperingatkan samada secara berlembut kekadang dengan keras dengan amaran siksaan. Anihnya respond yang diperbuat diperlaku oleh kita kerap tersasar. Kepelbagaian cara 'ujian' kehidupan ditimpakan perlu dinilai diteliti sehabis eloknya. Segala aspek perlu disentuh. Bukan boleh main tutuh sahaja. Pendekatan yang diambil perlukan pengetahuan yang betul lagi benar. Tidak boleh ikut logik akal semata. 

Ya Allah...berikanlah hambamu ini kekuatan dalam menempuhi setiap dugaan kehidupan. Ameen.

Sunday, June 11, 2023

Berusaha...berserah

11 JUNE 2023, 15:09


Berusaha...berserah


Hendak aku ulas pada hari kejadian akan perbualan penuh maksud dengan anak jiran pada khamis yang baru lalu tapi tidak berkesempatan disebabkan jadual aktiviti yang agak padat. Hari ini aku bercuti. Hari ini juga banyak hal yang perlu dan harus aku uruskan. Petang Ahad ni selepas makan tengahhari selepas membeli barangan keperluan dapur pada sebelah paginya sekitar 11:00am dan sebelum itu menunggui dan berbincang dengan budak Rauf yang mahir 'wiring' atas recommend rakan setugas untuk dia buat quotation pemasangan kipas angin diruang makan dan ruangan porch sebelum ke Mydin MITC.


Apapun kesempatan untuk aku 'merenung' sejenak akan hal ini bukanlah untuk membanding bandingkan tetapi sekadar meluahkan pandangan akan perihal yang menimpa akan mereka yang dilingkungan dalam menginsafi diri. 


Sebaik sampai didepan rumah sekitar 12:50pm, aku segera membuka pintu rumah dan mengangkut barangan keperluan dapur 'perishable' yang dibeli di Pengkalan Samak dan di PMEH, Umbai. Kedengaran anak jiran, Haziq, tengah 'kick-start' motor ditegur oleh orang rumah akan dirinya, 'kerja mana sekarang'. Pantas jawabnya, 'jabatan pendidikan'. Aku dari dalam rumah agak jelas mendengari, pembantu kantin kat jabatan, mungkin. Tapi orang rumah yang ketika itu ditepi Alza ketikanya sedang mengangkat barang ditangannya yang dicangking dari dalam kereta berupa sebungkus mata kuching dan suku belah tembikai mungkin agak tidak berapa  mendengarinya. Bila aku tanyainya kembali semasa didalam rumah sambil santai santai disofa, jawaban pasti dari penampilannya dengan berkasut hitam juga berseluar hitam pastinyalah bertugas sebagai 'security guard'. Pak Guard diistilahkan semasa era 80an dulu di ITM.


Tak orang tak kita. Bila diuji dikalangan kita yang konon katanya 'kuat', barulah hakikat yang sebenarnya akan diketahui potensi diri dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang silih berganti datangnya. Kita selalu diingatkan yang mana segala ujian yang ditimpa adalah kaedah untuk pertingkatkan lagi ketakwaan keimanan kepadaNya. Menghapuskan dosa yang 'mungkin' ada adalah perspektif keagamaan sebelum dijemput kembali ke kampung asal yang baqa. Namun tidak semua kita mampu bertindak 'accordingly' dengan redha akan ketentuan dariNya. Selalu sangat yang terlihatkan adalah yang berlawanan. Memberontak, kecewa mengesali nasib diri tidak seperti orang lain dan sehingga sanggup mengambil 'nyawa' sendiri sebagai jalan terakhir menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi.


Sememangnya aku bersimpati dengan 'ujian' yang perlu ditempuhi oleh Haziq sebagai anak tunggal lelaki dalam keluarga. Broken marriage semasa mereka 5 beradik ini masih dialam persekolahan tentu sekali memberi kesan yang pelbagai. Tidak terurus bilamana ayah mencari rezki sebagai pemandu lori rentas negeri yang jarang akan berada dirumah sedangkan dialah yang punyai hak penjagaan  lebih memburukkan situasi. Tidak tamat persekolahan akibat kekangan yang hadir tidak memungkinkan untuk mereka berlima berjaya mengikut saluran biasa iaitu ada sijil tamat SPM boleh memohon sebarang kerja yang bersesuaian. Hadap sahaja selagi mampu berpenghasilan dalam meniti usia remaja yang kontradik dengan rakan sebaya dikejiranan yang masih dalam perlindungan keluarga.


Begitupun, pengakhiran semua kita adalah bukan kita yang menentukan. Selagi nyawa dikandung badan maka selagi itulah ujian akan datang dan berganti berkadaran dengan kemampuan dan ketetapan dariNya. Tidak seorangpun, percayalah, yang akan terlepas dari ujian Allah.  


Berbangga dan bongkak atas 'sikit'-nya cabaran yang dihadapi seusai umur bukanlah bererti yang kita terabai dari 'radar' pemantauanNya. Ianya sekadar bertempoh yang tiada seorangpun yang tahu masa dan tempat sesuatu yang pasti terjadi terhadap diri.


Apa yang patut dipanjatkan kepadaNya adalah permohonan doa agar segala sesuatu itu dipermudahkan dan diakhiri dengan hisab yang ringan menuju pengakhiran kehidupan di alam fana ini. 

Tuesday, June 6, 2023

Amalan Ke syurga

Kecenderungan kearah yang menguntungkan amat jarang sekali buat diri yang biasa biasa ini  untuk tidak memberi perhatian. Rasanya sesuatu yang lumrah dan perkara sebegini sememangnya menjadi perhatian. Apa sahaja yang 'menguntungkan' jarang terlepas begitu sahaja.

Perkara perkara bersifat duniawi dan disaksikan sendiri pasti akan membuatkan semua kita teruja. Bilamana orang yang serba serbinya lebih rendah dari kita boleh berjaya lagi bergaya maka akan tercabarlah diri. Apa kurangnya aku dan apa lebihnya dia sehinggakan aku tertinggal kebelakang.

Namun seperti selalunya kita seolah tidak mampu atau sengaja tidak pula mahu mengaplikasi-kannya untuk tujuan ukhrawi. Aneh dipenglihatan mata dan tentulah lebih sukar untuk dimengertikan. Perkara kearah kebaikan dan terjamin menguntungkan di-alam sana dikesampingkan begitu sahaja. Tiada sedikitpun rasa kerugian malah mengganggapnya hal kecil sahaja. Bak kata orangpun, hanya jauhari sahaja-lah yang mengenal mengetahui manikam.

Rujuk, Amalan ke Syurga, yang diolah secara santai oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi tapi punyai impak yang cukup kuat.

Amalan Ringan Dijamin Syurga
=====
Terdapat beberapa amalan yang mudah, tetapi dijamin syurga oleh Allah dan Rasul. Berikut adalah diantaranya seperti
1. Membaca doa selepas wuduk
2. menjawab lafaz-lafaz Azan
3. Membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat
4. Memberi Salam ketika masuk rumah.
Semoga Allah membimbing kita

Kita tidak mampu menafsirkan sehabis bagusnya memandangkan insan adalah ciptaanNya. Pengetahuan kita terbatas dan berpandukan kepada apa yang dialami dan diketahui dari orang sebelum dari kita. Setakat itu sahaja. Kita tiada keistimewaan berbanding dengan nabi kita, Muhammad saw. Dengan keizinan dariNya, baginda memaklumkan kepada kita akan apa yang perlu dan harus kita perbuat. Keupayaan kita jauh lebih rendah dan tidak sebandingan pun dengan Junjungan besar kita.

Andailah kita kejap mematuhi mengikuti setiap yang 'diturunkan' sepertimana yang terkandung didalam 'mukjizat' paling besar keatas manusia iaitu Al-Quran, maka tidak mungkin segelintir dari kita sekarang ini sampai terpesong begitu jauh. Sebabnya segala pembalasan berupa kurniaan dan juga hukuman ditangguhkan ke suatu masa 'hadapan' yang akan pasti sampai.

Sehinggalah ke detik itu, tindak tanduk yang kita perbuat dirasakan betul dan memadai untuk diterima masuk ke Syurga-Nya. Macam yakin seyakin-yakinnya. 

Perlu kita semua ingat, segalanya berkemungkinan.

Maka perlulah kita menjadi Jauhari malah harus bagi membolehkan diri mampu mengenal dan berbuat yang sepatutnya menuju kampung yang 'kekal' nanti,

Harap dipermudahkan olehNya.





Sunday, May 7, 2023

Terkesan sesangat...

07 MAY 2023, 18:04

Terkesan sesangat

Semacam suatu routine pula setiap pagi bilamana selesai membaca al-quran dua mukasurat, aku akan intai pula informasi di smartphone. Antaranya yang tidak pernah miss adalah untuk klik icon facebook. Memandangkan aku sudah follow satu 'figura' yang istiqamahnya terhadap bidang penulisan amat dasyhat hebatnya  dari ber-blog sehinggalah beralih ke facebook, semacam tiada kekeringan idea. Ada sahaja isu yang cuba ditonjolkan untuk dimaklumkan kepada pembaca 'setia'-nya. Kisah kisah yang berlaku dilingkungan diketengahkan. Soal perkara yang agak peribadipun kekadang didedahkan. Even bila ketandusan idea menjelma, pandai dia mengimbau kenangan lalu yang relevant untuk dirungkaikan buat mengisi kelompongan.

Aku dahulunya ketika mulai berblogging dan cuba cuba mengupload-kan article ke dalam blog pernah mendapat komen dari 'uncle'. Masa itu, komennya sekadar aku baca tapi tidak tahu cara hendak membalasnya. Dari situ aku mula mendapat informasi sedikit demi sedikit mengenai latarbelakangnya via blognya, 'uncle815.blogspot.com' dan kemudian beralih ke faccebooknya pula. Anehnya, gambar dirinya serta anggota keluarganya yang diuploadkan dan tidak pula diperkenalkan samada secara terus akan perihal isterinya. Namun aku dapat mengagak penuh pasti akan spouse-nya itu. Ternyata dia lebih hebat walaupun beberapa tahun 'junior' dari aku sendiri. Pengalaman getir pahitnya, keseronokan zaman persekolahan serta rencam kehidupan alam bujangan dan sepak terajang kerjaya juga gelora alam bekeluarganya begitu berwarna warni. Meriah.

Ibarat menyusun kepingan jigjaw puzzles, sedikit demi sedikit gambaran dirinya the 'inner-parts' tentunya serta liku-liku perjalanan kehidupannya terserlah terlihatkan. Namun apa yang mentally aku bayangkan dan cuba merasai degup kehidupan yang dilalui mungkin tidaklah seratus peratus tepat. Segalanya bergantung bagaimana melihatnya dengan built-in 'filter' yang mungkin akan distorted dari realiti yang beliau lalui.

Apa yang paling terkesan dan begitu dekat dengan diri seusia aku tentunya amat mengerti dan faham sesangat akan perkara yang dilontarkan pada pagi semalam(06/05/2023). Hendak aku ulas serta merta tapi tidak berkesempatan. Bila berkelapangan bercuti, hal ini tetap aku angkat untuk diperkata diulas lebih bertanggungjawab. Terasa hampir dan tepat menuju diri ini. Malah apa yang disebutkan itu adalah realiti yang sesama harus hadapi. Andai tidak mampu menyerap tekanan kehidupan bermakna sendirilah menempah 'duka'. Takdir, sesiapapun tidak mampu menjangkakan. Pasrah dan hadapinya penuh 'tenang' sepatutnya dan jangan melatah tidak tentu arah yang anihnya kerap terjadi. Tindakan susulan tidak syncronize atau janggal berlawanan.

And it's worth untuk aku perturunkan di blog buat mengulangbacanya dimasa mendatang. Mengesali dan merintih tentulah tiada ertinya lagi. Masa telah jauh berlalu. Diketika ini memang amat amat bermakna sekali ungkapan 'strike while the iron is still hot'. Kata penuh hikmah ini 'laku' pada situasi yang tertentu dan kekal relevant pastinya buat sepanjang masa seusia perjalanan kehidupan seseorang. Tiada yang menghalangi untuk berbuat sesuatu selagi terdaya. Kemahuan diri serta keazaman untuk membuat yang terbaik dan berpandangan jauh adalah kelebihan berbanding dengan mereka yang biasa biasa sahaja.

Saya insert-kan fb link-nya, Berilmu Untuk Berjasa! @ https://www.facebook.com/mohd.s.ali.71/, ber-moto-kan 'Berilmu Untuk Berjasa!' - semoga bermanfaat.

126/365/S04

Apa dah jadi dengan anak-anak saya? Oh ya mereka dah selesai berhoray-horay disana. Mungkin sedang berkemas-kemas kerana petang nanti mereka akan pulang ke tanahair.

2. Saya akan ke klia malam ini dan flight mereka dijangka tiba pada tengah malam nanti. Semoga penerbangan mereka bertiga lancar dan selamat sampai pada malam ini. 

3. Alhamdulillah misi mereka berakhir dengan jayanya. Mereka dapat bertemu dengan ahli keluarga mereka dikampung di Niigata. Mereka berjaya ke tempat-tempat seperti Kyoto, Nara, Meguro Sky Garden, Shinjuku Gyoen Park, Matsushima, Nikko, Kitsune dan banyak lagi. Semuanya berlangsung didalam 2 minggu mereka disana bermula dari hari raya ke 2!

4. Saya berharap mereka tak demam bila balik sini. Dari cuaca dingin terus ke cuaca ekstrim panas. Saya sendiri pon struggle nak sesuaikan. Tekak terasa sedikit perit, body temperature rasa naik turun dan sekali-sekala kepala rasa sedikit berat.

5. Balik kesini mereka tak sempat nak berehat panjang. Mereka hanya ada satu hari yakni Ahad dan bersiap-sedia untuk kembali ke rutin biasa pada hari Isninnya. Abang kembali bekerja, Yuya akan pulang ke kampus esok petang di Puncak Alam manakala Marina akan ke sekolah menyambung semula tingkatan 5 nya.

6. Cepat sangat bukan, cuti 2 minggu ni? Iya....masa berlalu dengan amat pantas dan sedar-sedar mereka dah nak balik. Begitulah dengan saya pun. Sedar tak sedar dah masuk usia epf dan dah ada 'akaun emas' pon kini hingga berumur 60 tahun😅.

7. Jika kita tak rebut peluang sekarang, kita akan terlepas. Jika kita tak berusaha bersungguh-sungguh dari awal, kita akan merana dikemudian hari. Jika kita tak mula menabung dari masa muda, masa berumur nanti kita akan sengsara. Jika kita tak kerja kuat sewaktu muda, kita mungkin terlepas banyak peluang. Jadi, beringatlah......

8. Hari ini juga rest day saya. Saya nak siapkan kasut boot saya. Bersihkan, polishkan dan siap untuk latihan esok. Semoga cuaca kembali normal dan tak sepanas minggu lalu....

Cukup dulu untuk hari ini, jumpa lagi esok ya. Bai❤️.

It's well said untuk no. 7. Bukan calang calang orang boleh memperkatakannya. Hanyalah mereka yang telah melalui serta mengalami merasainya yang mampu lagi ber-authority untuk mengungkap memperingatkan terutamanya buat pembaca yang lebih muda dari aku.

Sharing is caring...gitu.


Sunday, April 9, 2023

Insiden hari jumaat sabtu malam...

Terasa hati, sememangnya akan terasa hati bilamana selesai sahaja sempurnakan rakaat ke-12 dan belumpun bilal mencapai cordless mike untuk lantunkan 'salawat', si-beliau telah cecepat lipat sejadah yang dibentangkannya bangkit meninggalkan shaf. Aku yang mulanya bertindak sebagai satu obligasi memenuhkan shaf paling depan yang kedapatan dua ruang makmum yang dikosongkan selepas selesainya 8 rakaat terawikh, tidak tersangkakan oleh aku akan kejadian yang dialami ini. Makmum dishaf kedua yang rata ratanya lebih 'alim' berjubah tiada tanda tanda dan rasanya keberatan untuk bergerak segera memenuhkan ruangan kosong dishaf paling depan membuatkan aku bingkas memenuhinya.


Imam dalam tugasnya menyempurnakan 10 rakaat pertama sebelum imam kedua mengambilalih menyampaikan 20 rakaat terawikh telah segera bangkit memulai sembahyang terawikh. Malah bacaan Fatihah-nya hampir sudah kepenghujung lalu aku cecepatlah penuhi ruang yang dikosongkan tu dalam memastikan shaf sembahyang tidak terputus. 


Aku tergamam dan tidak pasti akan sebab musabab senior berjubah hitam dan amongst the 'mosque-goer' ini pada pemerhatian aku, bangkit meninggalkan shaf tergesa-gesa. Sentap jugalah hati ini. Adakah aku ada membuat salah. Atau dia tidak selesa akan aku yang bersebelahan dengannya. Busuk ke pakaian atau bauan yang aku kenakan. Musykil dan benak memikirkan. 


Aku lupakan seketika hal kejadian ini dan 'move on' bila selesai imam membacakan doa ringkas sebelum memulai rakaat ke-13/14 pula. Berbaki 8 rakaat sahaja lagi sebelum sembahyang witir. Dalam pada antara hirau dengan tidak hiraukan hal ini, aku terperasankan yang 'tuan haji' disebelah kiri aku awalnya kini berada bersebelahan dengan cikgu berahim yang setia sehingga akhir disebelah kanan aku. Dari ekor mata aku, warna dan corak sejadah yang dilipatnya disebelah aku tadi adalah sahih sama bilamana terpandangkan dirinya terselindung sikit dari pandangan dek sehatnya susuk tubuh cikgu berahim.


Akan aku ingat susuk tubuhnya yang kurusnya hampir seperti aku. Cumanya dia lebih seasoned dan sedikit senior dari aku. Rasanya dia tergolong orang yang bernasib baik yang kecukupan serba serbi. Terkilan memanglah aku terkilan sesangat. Tidak setaraf dan tidak sesuai untuk linger amongst mereka yang tidak sama bulu. Bukanlah dikatakan orang, birds of the same feather flocks together.


Aku kini mengerti...