Thursday, August 11, 2022

Kurus sesangat...

 08 AUGUST 2022, 15:02


Kurus sesangat


Seminggu telah berlalu memasuki bulan Ogos ini. Ingatkan makin menjadi lebih menceriakan setelah penghujung Julai bilamana socmed heboh mempersoalkan akan pengurangan pemakanan telur yang mana telah dicadangkan oleh pengarah kpdnhep cawangan Melaka pula tu. Keresahan kemarahan golongan B40 membuatkan mereka melempiaskan rasa kurang senang diplatform digital yang mudah diakses oleh semua membuatkan aku yang cuba dan ingin nikmati kehidupan yang tenang dan damai berubah jadi berserabut dibuatnya. 


Aku tidak faham mengapa. Bilamana masing masing melayan rentak kehidupan sendiri, tetap masih ada yang sama sebok runsingkan akan penampilan diri aku. Dah kenapa kau!. Bila persoalan yang tidak membawa 'keuntungan' tapi mungkin boleh mendatangkan kecelaruan pada orang lain. Amat dibimbangi mungkin sehingga ke tahap meyinggung perasaan. Seharusnya bersempadanlah dalam menyentuhi peribadi orang lain. Lainlah kalau empunya diri merelakan. Apa hal pula bila tuan punya badan rasa okay sahaja dan tidak pula menganggapkan akan apa yang janggal dipenglihatan orang yang memandang itu suatu kekurangan. Live life to the fullest. Apa kejadahnya hendak bubuh perut akan komen orang. 


Sekali pertanyaan itu mungkinlah disebabkan rasa kehairanan. Tapi andai kerap sangat bertanya hal yang sama akan timbul perspektif lain buat yang menerima pertanyaan sedemikian. Ada hal yang boleh diguraukan dan ada perkara yang sekadar perlu direnung dan diinsafi bersama. Tidak perlu bertanyakan berdepan akan sesuatu yang amat 'obvious'. Ditolongnya tidak, malah di-highlight-kan isu, semata mata hendak perbandingkan secara spontan akan kelebihan diri. Setidak tidaknya berilah cadangan mengatasi, mungkin sejuk sikit buat yang ditanya. Ada elemen bangga diri didalam pertanyaan sedemikian. 


Bagi akulah, isu hendak gemuk atau biarkan sahaja kurus tiadalah besar manapun permasalahannya. Nak gemuk, nak kurus ker terpulanglah pada individu itu sendiri. No hard feeling la. Lainlah kalau tidak cukup makan ka, ada penyakit ka atau sukar bergerak ka atau apa sahaja yang menyusahkan dirinya. Selagi mana dia mampu menjalani kehidupan yang normal, boleh makan, boleh urus diri sendiri dan bebas kesana kesini maka tidak perlulah dirunsingkan sangat. Empunya diri boleh 'move on', yang bertanya pula yang over sesangat. Sudah kenapa kau!. 


Selalunya, orang yang berperangai sebegini akan aku matikan perbualan walaupun dia samada bertujuan atau tiada niat sekalipun hendak menyinggung perasaan dengan berkata,' Beginilah - selagi mana aku boleh 'berak' dua kali sehari(sengaja aku kuatkan suara dengan nada marah/geram), rasanya sudah cukup bagus bagi aku'. Hampir semua yang punyai pertanyaan yang mirip sebegini akan aku tamatkan dengan jawapan 'klise' ini. Kerap jadinya mereka yang tidak pasal pasal bertanya ini akan tergamam dengan jawaban tidak terjangkakan ini. Ada yang merah padam muka dihamburkan 'berak' sambil mata aku merenung tepat ke matanya. Memang kelu sekejap dan mungkin dalam hatinya berbisik, 'Dia marah ni...'


Setakat kurus ke gemuk tidaklah berapa sangat kesannya. Apa agaknya buat 'kaki' yang suka benar singgung hati orang ini mengungkapkan, 'Kenapa kau ni gelap sangat?. Kurus, anytime kalau mahulah, boleh gemuk. Tapi kalau sudah semulajadi berkulit gelap takkanlah boleh melepak kulitnya semata mata hendak 'please' sipenanya. Bengkak lah. Ada yang tidak pasal pasal bertumbuk.


Sekarang ini bukan boleh sebarangan menegur. Silap tegur boleh ke tahap mendatangkan maut. Tindakbalas amat tidak terjangkakan. Bagi yang berjiwa memberontak, mungkin akan berubah jadi 'jalak lenteng'. Tak mustahil duduk hospital berbulan patah riuk bahana silap menegur. Sekarang ini bukankah semangat 'Mat Kilau' sudah menjalar pantas lebih lebih lagilah pada 'ultra' Melayu. 


Selalu senantiasa aku sebutkan dan sememangnya inilah hakikat yang mana semua kita harus maklum yakni segalanya berkemungkinan.

 

Saturday, July 9, 2022

Sebijik kena ke muka

06 JULY 2022, 12:12


Sebijik kena ke muka


Kerap aku mengulang ulangi menonton akan klip video yang dimuatnaik oleh rakan di grup yang aku turut sertai. Sejak itu aku terngiang ngiang akan 'maksud' yang mahu disampaikan secara 'halus'. Video yang dimuatnaik pada 03 July amat deep menyentuhi aku. Tegas dan cara penyampaiannya yang keras, rasanya hanyalah untuk memastikan maksud yang mahu disampaikan kepada yang hadir dapat diterima seharusnya. 

                                                             Tepat menusuk kalbu

Semalampun aku masih lagi mengulang tayangnya untuk aku hadamkan. Apa yang menariknya, dihujung klip itu muncul teks 'Pasca Haji' dengan grafik buku. Dan diwaktu yang sama, facebook yang aku intai banyak viralkan statement 'bodoh' pengarah kpdnhep yang mana netizen membahan kaw kaw. Isu pengurangan pengambilan telur demi untuk mengurusi budget keluarga.

                                                   Rimas, sepatutnya proaktif membantu

Diketika selesai Zohor, balik kerumah menunggui orang rumah menyiapkan lauk makan tengahhari, aku buka lagi klip video itu. Selesai sahaja, aku beralih pula ke fb. Kali ini mengenai seorang anak menikam leher ibunya di Tanjong Laboh, Tangga Batu. Terus sahaja aku ikuti berita yang mahu disampaikan. Amat dan begitu memeranjatkan. Apa dah jadi dan apa nak jadi dengan masyarakat sebangsa aku ini. Perkara perkara yang suatu ketika dahulu tidak pernah berlaku dan tidak terfikirkan mungkin berlaku namun telah dan dengan mudahnya diketahui oleh khalayak ramai. Bermenung didepan desktop HP EliteDisplay E221 yang dipacu oleh HP ProDesk yang di-hadiahkan oleh anak kedua aku mungkin dia perasan akan ke-obses-an yang melampau dengan gadget computer, rasa mual pula yang hadir dan bukan pula rasa lapar.

Sesama kita renungi, -bisikan-suruh-tikam-ibu-

Lain orang aku tidak tahulah. Tapi sememangnya hati ini mudah benar tersentuh akan apa sahaja perkara yang andai aku associate-kan dengan diri dan memikirkan cara terbaik mengatasi permasalahan yang 'mangsa' hadapi. Pantas benar aku membuat mengandaikan yang diri ini pula yang mengalaminya. Memang pening dan sukar hendak keluar dari kemelut yang menimpa. Sesuatu yang tetiba sahaja menimpa diri tanpa apa apa persediaan, terkejut terduduk memikirkan akan kenapa diri yang menjadi pilihan. Buntu memikirkan. Sebolehnya sesiapa juapun tidak mahu dan tidak ingin menghadapi situasi yang merugikan lagi merbahaya. Namun andai telah terpilih untuk menerima ujian maka perlulah menghadapnya. Cara mana dan sejauhmana tindakan yang patut diambil untuk mengatasinya amat terpulang kepada kemampuan diri.


Caption yang tetiba timbul dari center screen menunjukkan buku 'Pasca Haji' dan menghilang pantas membuatkan aku terpana melihatnya. Rasa tidak puas dan ingin aku tatapi lagi sekali. Maka aku ulangi dan kali ini lebih attentive. Iringan musik yang 'masuk', amat bersesuaian bertepatan dalam mempengaruhi perasaan viewer terutamanya aku. Aku freezekan video untuk aku bacainya dan mencatatnya. Selepas itu akupun google-la. Ini adalah teknik pemasaran dalam menimbulkan awareness diperingkat awal prosess. Target customer akan kemudiannya mencari jalan bagi memuaskan segala inqusitive yang dihadirkan. Lama kelamaan ianya akan berubah menjadi lebih terarah dan self-guided menuju sasaran. Akhirnya akan terbeli.

                                                         Order on 06/07, sampainya 09/07

  

  Pembuktian sampai sebelum Raya Haji @ 10/07
  
                                    

Beli ataupun tidak, namun bagi diri aku 'message' yang penceramah mahu tasakkan ke-minda peserta ceramahnya yang bersifat 'urgent' lagi penting untuk semua hadamkan amat terkesan pada diri. Memangpun diperingkat usia hendak memasuki '6 series' ini, masa sebenarnya makin suntuk. Berbeza dengan mereka yang masih diperingkat remaja dengan panjangnya lagi perjalanan mereka. Semua kita akan menuju ke-arah yang sama. Kematian adalah final destination. Tiada keraguan akan perkara ini. Samada suka mahupun tidak, namun kematian adalah arah tuju kita. Cuma bezanya antara sesama adalah cepat lambatnya sampai. 


Hasrat untuk senantiasa istiqamah berjamaah dan mahu melakukan perkara perkara bermanfaat berfaedah mengakhiri sisa sisa kehidupan menjadi keutamaan. Kehadiran video yang diuploadkan ke dalam grup amat bermakna. Cecepat sahaja selepas meneliti teguran serta saranan penceramah, aku ke platfom yang membolehkan aku memdapatkan maklumat lanjut. Aku google nama buku tu. Berderet link yang berkaitan yang keluar. Dari sinopsis buku, tentang penulisnya dan yang lebih memudahkan boleh dibeli secara online.


Berpuashati, maka aku beralih ke shoppe pula. Log-in ke akaun shoppe lalu segera membuat tempahan. Pandai benar pihak yang hendak menjual ini buat pemasarannya. Selain 'Pasca Haji', aku nilaikan juga 'Karya Terakhir' oleh penulis yang sama. Tersihir dengan persembahannya dan aku memang mudah dipengaruhi maka terbeli sama keduanya.


Era kemodenan kini memungkinkan segalanya mudah digapai. Tidak sampaipun beberapa hari, kedua duanya tiba selamat ke Bukit Katil. Mood Raya Haji menjadi pendesak kuat. Bayangkanlah kisah tentang pak haji dan bakal pak haji dispin sebaik mungkin dalam memberi nilaitambah kepada buku yang aku beli ini. Biarpun kebetulan, kehadirannya mungkin akan membuka minda lebih jelas dan terarah dengan checklist yang boleh memandu kearah jejak perjalanan yang lebih terarah.


Harap ianya bermanfaat.

Tiba ... seperti dijadualkan.

Semalam aku membuka pembalut 'parcel' yang sepatutnya pada petang khamis lagi tapi sengaja aku lewatkan sehingga 'terbiar' seharian. Kita merancang tapi perancangan Allah-lah yang lebih sempurna. Seawal pagi khamis lagi, aku berhasrat untuk pastikan yang aku cukup 'tidur' demi untuk bertugas malam buat kedua kalinya pada tahun 2022. Seingat aku-lah, pertamanya semasa membantu kerja pengauditan 'stocktake softline pada pertengahan May. Manakala pada khamis 07/07/2022 adalah stocktake foodline pula. Bukannya tiada staff lain yang boleh tetapi memasing seperti mengelak untuk bertugas malam dengan pelbagai alasan. Bagi diri aku pula akan cuba sedaya mungkin membantu mempermudahkan tugasan dan menyempurnakannya sebaik mungkin. Persepsi 'kerja' malam membawa konotasi yang berbeza buat diri masing masing. Biar apapun, seseorang perlu melaksanakannya.

Aku memang menjangkakan sepertimana yang di-schedule-kan oleh pihak pembekal yang pesanan yang aku buat pada Isnin, 04/07, akan diterima pada Khamis. Namun dari pagi sebaik selesai bersarapankan karipap 'sardin' sebanyak dua keping, aku keluar disebabkan menyelaraskan kesulitan yang dihadapi oleh anak bongsu aku. 4:40 petang, selesai segalanya dan kembali kerumah. Perut memang sudah rasa menggigil kerana terlewat waktu untuk makan tengahhari. Selalunya masa makan tengahhari aku adalah sekitar 12:00 tengahhari berjajaran ke pukul 3:00 petang. Lebih kerap diawal waktu dan hampir sekali sekala sahaja terlewat tapi tidaklah sampai melepasi 3:00 petang. Tetapi untuk Khamis disebabkan tragedi yang menimpa keatas anak yang pada awalnya sekadar 'kemalangan' ringan telah 'drag' masa sehingga ke petang. Amat tidak aku jangkakan. Makanya, dengan keadaan kelaparan, informasi yang dimaklumkan akan kesampaian 'parcel' lebih awal dari kepulangan aku tidak aku hiraukan sangat. Malah aku pula menyuruhnya segera menyediakan 'delayed' juadah makan tengahhari aku. 

terhempap meja...katanya

tunggu dresser untuk cement pergelangan kaki


Ketika melangkah masuk, tergolek 'parcel' berwarna hijau petronas di sofa. Sekilas terpandangkan, barulah orang rumah memaklumkan dari dapur yang ketika itu sedang mop lantai. Aroma wangi semerbak menyerbu hidung. Tapi pantas aku potong menyuruhnya menghidangkan 'nasi'.

Memang pantas dan semakin cekap mereka ini membuat 'business'. Aku pula, cukup disukai oleh pengendali on-line shopping. Senang berjual dengan orang sebegini. Tidak menolak, cepat terpengaruh dan segera buat pembayaran. Bayarpun bukannya perlu kena keluar ke 7E atau ke bank. Cukup dengan buka on-line banking dan ikut aturan pembayaran dan sekejap sahaja transaksi pembayaran selesai. Cuma nungguin sampainya sahaja.


Sesuatu yang dahulunya sememangnya sceptical, kini perkara biasa sahaja dan mulai membudaya dalam kehidupan. Terpaksa berlapang dada menerima hakikat. Sebaiknya, kita juga harus bertindak bergerak seiringan.




3




Friday, July 8, 2022

Puluhan tahun berlalu, baru mulai mengerti...

Sememangnya amat sukar untuk menelan realiti. Antara mahu dengan tidak, namun diri terpaksa mengakui hakikat sebenar. 

Dahulunya di pertengahan 70an tatkala sudah mulai mampu membaca dan meneroka setiap ruang kehidupan dan seperti terasa bebas melakukan apa sahaja yang diminati dan disukai, aku pasti akan mencuba sesuatu. Dalam pembacaan ketika akhbar adalah medium 'maklumat' yang paling mudah serta murah untuk diakses maka selalu sahajalah aku menatap dan membacanya. Dalam pada itu perkataan arab yang telah di-romanised-kan tentulah tidak terlepas dari pandangan dan sebutan. Namun diketika itu mungkin sahajalah pemahaman akan setiap sebutan bunyi ke-arab-an sedikit tersasar atau terbabas terus akan maknanya.

Antara yang dapat aku catatkan disini misalnya... 'para anbia'...', 'golongan fukara' dan bermacam lagi yang mampu disebut dibunyikan tetapi pemahaman konteks ayat dalam penulisan rencana yang dibaca itu agak 'ke-laut'. Maklumlah pendedahan awal dan secara formal akan bahasa arab agak terbatas. Tapi kini melalui perubahan yang pesat dalam penyampaian informasi serta medium yang pelbagai serta lebih pantas dan hampir lengkap - teks, audio dan video - memungkinkan apa yang selama ini tidak terfikirkan boleh berlaku telah menjadi sesuatu yang normal. Bergantung kepada individu itu sendiri untuk memanfaatkan kemodenan teknologi yang tersedia kini. 

Pagi tadi aku membuat revision akan bahasa arab 'al-quran' yang kesekian kalinya dalam usaha memastikan 'memory retention' aku dalam tip-top condition. Senantiasa mengulang-ulangi akan lebih memudahkan pemahaman. Objektif utama adalah untuk memahamkan isi kandungan al-quran yang mana sebagai muslim harus mengetahui akan segala yang di-butirkan kepada nabi muhammad saw agar dapat kita laksanakan sepertimana baginda pemimpin agong kita perbuat. Namun tidak setakat terhenti memahamkan sahaja tapi perlu melaksanakan setiap arahan/perintah serta mentaati setiap tegahan/larangan dengan berpandukan tafsiran para ulama via kitab yang dikarangi mereka dan mengikuti kelas ceramah agama oleh ustaz yang membincang dan mengupas kitab yang dipelajari dalam situasi terkini.

Usaha kearah ini hendaklah pula berterusan dan bukan pula sekadar bermusim. 

Sunday, July 3, 2022

Firasat mengatakan...ini bukan kebetulan

Hari ini adalah hari kedua dari 3 hari bercuti berturut-turut aku. Entah macammana boleh terlajak rajin pula. Sebelum pulang dari kerja bershif pagi pada petang Rabu(29/6), aku ke Maybank ATM di tingkat satu dan bersebelahan pula dengan Mr. D.I.Y. Perancangan yang akan aku laksanakan esok adalah untuk memasang 'water container' dan tapak battery compartment yang baru ke kanchil 660 yang sememangnya telah banyak berjasa. Barangan telah lama diterima dari Shopee. Konon kononnya hendak pasang sendirilah. Benda boleh buat dan kalau buat pembelian terus dikedai aksessori kereta, sah sah kena sembelih. Harga yang sekali imbaspun kalau tengok memang agak tinggi berbanding dengan pembelian atas talian. Ditambah pula dengan upah pemasangan yang kitapun boleh laksanakan. Mengapa perlu bayar lebih kalau sendiri mampu membuatnya. Tidak perlu hendak bandingkan dengan harga alat ganti di kedai. Seingat dan setahu aku, pekedai/pekerja alatan gantian kereta ini punyai persepsi yang berbeza antara walk-in customer dengan regular mereka. 

Kalau kita saja saja singgah hendak beli, harga yang dikenakan sedikit mahal berbanding dengan pekerja bengkel yang saban hari akan datang ke kedai untuk mendapatkan alatan gantian. Aku boleh nampak 'sandiwara' mereka ini. Malah pekerja pekerja bengkel yang telah mesra dikenali memaklumkan yang kalau owner kereta yang datang hendak beli, harga kena bayar berbeza. Selalu sangat bila kereta kanchil aku ini dihantar ke bengkel dan alatan gantian yang perlu ditukar, pekerja akan minta 'boss' untuk dapatkannya andai tiada kedapatan di kedai alatan gantian kereta di IKS. Tugas 'boss' la untuk order dari pengedar yang lebih besar sejauh di Malim atau mana mana kedai yang dia biasanya akan mendapatkan bekalan. Apa yang diandaikan murah boleh melambong harganya setelah dicampurkan upah budak dispatch, upah pemasangan serta peratus keuntungan. 

Aku terpaksa berkira kira kini dan mesti mulainya sekarang tambahan lagi sepertimana yang telah di-viralkan pasal segala subsidi untuk rakyat akan ditarik berkuatkuasa dari 01 Julai 2022, hari ini lah. Slogan 'Keluarga Malaysia' dah boleh dihumbankan ke laut nampak gayanya. Kalau tidak beringat, rasakanlah bebanan yang bakal menjelma yang tidak diketahui akan kesan buruknya, sama ada lama ataupun sekejap sahaja. Jadinya setelah mengeluarkan sedikit wang dari ATM, akupun menonong masuk ke Mr. DIY. Tidak ada lagi scan dahi untuk bacaan suhu dan tidak perlu juga menunjukkan 'My Sejahtera' ketika melangkah masuk. Apa yang hendak dibeli dan dimana perlu dituju secara auto-nya aku sudah terpacak memerhati memilih tools yang bersesuaian. Capai yang berhajat kemudian terus ke kaunter pembayaran.

Ingatkan semalam sudah selesai. Tapi itulahkan, kita mampu merancang tapi perlaksanaan tergendala pula. Layankan agenda orang rumah mahu membeli keperluan niaganya pula. Tidak dapat tidak maka pagi ini aku paksalah diri setelah bersarapankan 'nasi goreng telur mata' mengangkat tools box baru memulakan tugasan 'penting'. Water container dan battery compartment telah hampir sebulan sampai dan sudah dua tiga kali berubah tempat letaknya, dari dalam bilik ke kerusi rehat di verandah dan akhirnya terpelosok di sudut square marble coffee table. Ini angkara dak Oren Si Comel yang membasuh baju dan samada disengajakan ataupun tidak, tertendang mungkin, bila menjulurkan kakinya penuh aksi ketika menjilat bulunya dikerusi outdoor yang aku tempah khas dari Merlimau.

Jenuh jugalah hendak membuka memasang. Barulah aku sedar. Bukan mudah sebenarnya. Kalau tidak fokus, kelain jadinya. Lebih lebih lagi peralatan tidak sepadan. Ada beberapa tools yang tidak aku beli. Ruangan sempit memerlukan jenis peralatan yang berbeza juga. Padan dengan muka aku. Lenguh dan keras perut aku bila membongkok. Menyesalpun ada. Alangkah baiknya kalau biarkan pihak yang pakar membuatnya. Memang tepatlah kata pepatah, 'Alah bisa, tegal biasa'. Sengsara dibuatnya. Peralatan kurang, asal siap berpasang. Siappun serupa tidak semengah, asal boleh. Memang tidak berpuashati akan hasil kerja aku. Pasal dah gatal bebenar, terimalah hakikatnya. Mula kerja sekitar 11:00pagi berakhir hampir ke 1:00petang. Berbanding dengan mereka yang mahir, mungkin ambil masa tidak sampaipun setengah jam rasa rasanya.

Apapun, pengalaman memasang sendiri walaupun tanpa kemahiran membuka minda untuk mengakui kebolehan orang lain. Kemampuan seseorang adalah terbatas. Begitu jugalah dalam apa jua perkara. Tidak semuanya kita pandai dan mahir. Semua kita bergantung diantara sesama. Kelebihan mereka menjadi 'input' dalam kesempurnaan kita. Manakala kelebihan kita pula pasti akan menjadi 'kekuatan' buat mereka mengharungi kehidupan. Rezeki perlu 'dikongsi' bersama. Cumanya perspektif masing masing yang sememangnya berbeza menyebabkan timbulnya salah faham dan perasaan iri. Kecelaruan dengan mengutarakan pelbagai pertanyaan 'dalam' diri tentang kenapa dia dilebihkan, sengsara diuji, terkilan melihat orang lain bermewah mewah dan asyik senantiasa mempertikaikan bilamana sesuatu tidak menyebelahi diri.

Kita tidak tahu sebenarnya, apa yang akan terjadi pada diri dimasa mendatang. Setiap kita harus redha dan berserah diri kepada ketentuanNya. 

Insaf diri bila melihatkan ada insan yang pada pandangan 'terkial-kial' mengharungi hidup. Tidak mampu juga untuk pertikaikan secara melulu kerana segalanya adalah berkemungkinan untuk berlaku. Kalau tidak dia, mungkin kita.

Apapun bermohonlah kepadaNya agar dipermudahkan akan segala urusan...ameen.



Thursday, June 30, 2022

Lewat sampainya

Pantas sahaja tangan ini mencoretkan sesuatu seketika selamat pulang dari Econsave, Batu Berendam. Seperti menjadi kelaziman pula bila kehujung bulan, barangan keperluan dapor akan segera dibeli. Tengah tengah banyaknya idea perkatakan hal yang menyelubungi sebaik selesai Zohor, orang rumah pula terjerit dari ruang tamu, menyuruh berjumpa dengan budak JnT yang berada didepan rumah. 

Organiser...


Sekarang ni amat mudah membeli. Tergerak dan sesuai berkenan maka yang perlu dilakukan hanyalah ikuti sahaja proses yang tersedia. Have money will travel, bak kata omputih. 

Idea dan model perniagaan sebegini di era aku belajar dahulu tiada kedapatan. Malah konsep secanggih ini belum tersedia. Prasarana perhubungan masih diperingkat pembangunan. Era digital jauh lagilah untuk dimanfaatkan.

Terkini, segalanya dihujung jari. Untuk menghubungi sanak saudara, jauh dan yang dekatpun, cuma tahu nombor handphone sudah boleh dihubungi. Ditambahi pula dengan kemudahan e-banking lagilah merancakkan ekonomi digital ke peringkat yang tidak pernah terfikirkan oleh golongan bawahan.

Orang yang merancang tentunya telah melihat kemungkinan untuk menjana sumber 'perniagaan' baru. Peluang yang terhidang akan dimanfaatkan oleh mereka. Manakala mereka yang dilevel bawah mungkin sedikit ketinggalan tapi kemudahan yang dirintis oleh pioneer dalam teknologi ini mampu membuka peluang niaga era baru. Hanya imaginasi individu yang tidak bersempadan dan bebas menerokai bidang bidang perniagaan serba baru akan memberi pulangan lumayan.

Kita pula tidak sekadar harus menjadi pengguna semata. Harus ada usaha untuk terlibat secara serius dalam bidang perniagaan tanpa pejabat ini. Kelompok pengguna bangsa kita adalah teramai terbesar. Andailah hanya satu barangan sahaja yang kita upaya menjual dan dengan dokongan serta keterlibatan semua kita berjumlah jutaan pengguna, tentu sahaja bakal meningkatkan ekonomi bangsa.

kononnya...dari China

sebenarnya...dah ada pusat edaran kat Malaysia

keadaan sebelum...agak tidak teratur

selepas siap pasang


Harus adanya kesatuan dan bertindak seiringan serta saling membantu dalam pertingkatkan ekonomi orang kita. Teknologi telah tersedia, rebutlah peluang niaga tanpa premis dengan menggunakan 'platform' yang dibangunkan oleh orang kita bagi menjana pulangan yang berbaloi dan kalau kena caranya mungkin lumayan. Contohilah platform 'Shopee' atau 'Lazada' dan banyak lagi yang kedapatan dalam membantu peniaga kecil kecilan berpotensi berkembang menjadi penjana ekonomi orang kita dimasa mendatang.

Harapnya agar harapan aku ini disambut baik oleh anak anak muda yang punyai jatidiri menjadikan orang kita berdaulat bermaruah ditanah tumpahnya darahku ini.


No. 1 - Malu melihatnya

Ketika dalam 2 minit menyampai ke-persimpangan Tun Kudu - Ayer Molek lagi, aku terpaksa mengekori dan seperti didera dengan lori 3 tan. Keberadaannya dihadapan aku memaksa aku beralih lorong sebelah kanan kerana andai mengikutinya dari belakang maka makin lewatlah aku hendak ke Pengkalan Samak via Paya Dalam. Bila sahaja lampu bertukar hijau, dia dilorong kiri meluru dahulu manakala aku dilorong sebelah kanan terpaksa menunggui kereta dihadapan 'terhegeh hegeh' membelok ke kanan untuk meneruskan perjalanannya ke arah Ayer Molek. Aku perhatikan lori disebelah kiri aku tadi hendak memasuki lorong utama dari susur kiri tetapi aku lebih pantas kedepan dan kalau mengikut undang undang jalanraya, kereta sebelah kiri perlu memberi laluan kepada kereta dilorong sebelah kanan. Lagipun kalau membiar membenarkan dia memasuki jalan terlebih dahulu, pandangan mata aku pastinya akan terhalang. Didalam pemanduan, aku memang tidak gemar mengikut dibelakang kenderaan besar. Bila bergerak perlahan mengekori akan kenderaan dihadapan lebih lebih lagilah yang besar, kita kena buat 'kerja' tambahan. Terpenting sekali terpaksa mengagak kemana dia hendak bergerak dan kena juga mengikut 'rentak' pemanduannya. 

Bila aku dihadapan, pandangan tentunya akan lebih jelas dan boleh ber-awas senantiasa akan laluan yang akan aku ambil. Kalau mengikut belakang kereta, lebih lebih lagilah kenderaan lori yang sah sah terhalang pemandangan hadapan kita, pastinya membuatkan pemanduan lebih berhati-hati. Perjalanan ke destinasi tujuan terhenti sekali lagi. Kali ini dipersimpangan ayer molek - tambak paya. Lori yang aku perkatakan ini telahpun sampai ke persimpangan yang sama, cuma lewat seminit telah berada disebelah. Pastinya bila lampu isyarat bertukar hijau, alamat tertinggal dibelakang la dia.

Dalam aku mengintai-intai akan pemandunya biarpun light tinted, jelas kedapatan dua orang, rasanya gelap juga kulit tubuh mereka. Muda tidak lah muda sangat tapi mungkin dalam lingkungan penghujung 20an atau awal 30an. Semacam telah kejap pertalian berdasarkan pemerhatian aku. Sebelum inipun memang nyata semangat 'tolong' bangsa begitu menebal dikalangan kaum mendatang ini. Banyak sudah kedai India dan juga kedai runcit bukan orang kita punyai staff dikalangan orang mereka. Amat jarang yang aku terlihatkan akan bangsa kita mencari makan bekerja 'kuli' dengan mereka. Tidak pastilah kenapa phenomena sedemikian begitu ketara. Kedai melayu, tentulah orang kita juga. Hasil pemerhatian dan sedikit tanya menanya secara 'casual' dengan empunya kedai, rata ratanya mengambil saudara mereka sendiri bekerja dengan mereka. Ranjini mini market dari beroperasi satu pintu kedai pada permulaan operasi, kini di tahun 2022 telah menguasai 4 pintu sederet. Dari pekerja am sehinggalah ke juruwang semuanya berkulit hitam. Ada juga staff Melayu tapi setiap kali aku tersinggah bertukar wajah. Maknanya tidak kekal lama. Bongkar cari kerja lain. Mungkin tidak serasi agaknya. Begitu jugalah dikedai runcit Soon Soon di Taman Desa Duyung. Cerita hampir sama. Dari seunit kedai berkembang maju sehinggalah menjadi 3 unit kedai sederet. Yang ini pula lagi 'bold'. Kedai anak beranak. Chulai chulai yang mana masih belum bekerja akan diajak kerja sementara dengan Ah Soon. Kuatnya 'bond' kekeluargaan mereka sesama bangsa.

                                              Berselisih lagi, Ayer Molek - Paya Dalam pula

Menerawang sekejap dalam menunggui lampu isyarat bertukar hijau. Sayu pula hati melihatkan  insiden ini. Bila aku zoom-in, bukan biasa biasa. Aku cuba menafikan tentang apa yang aku lihat tapi realitinya adalah sebaliknya. Takut pula untuk aku membayangkan keadaan masyarakat aku dalam 10 ke 20 tahun lagi. Diketika anak muda kita leka merempit dan dilemahkan pula dengan dadah, anak bangsa mendatang berlumba mengaut peluang 'ekonomi' yang senantiasa terhidang tidak disambar oleh kita. Bilakah mereka yang terjebak didalam kegiatan kegiatan 'negatif' yang langsung tidak akan memertabatkan bangsa kita ditanah tumpahnya darah kita dan terlebih dahulu lagi akan betapa cekalnya nenek moyang yang berposak posak menahan menepis menentang melawan pengaruh luar akan terngadah tersedar. 

Risau memikirkan kemampuan anak bangsa yang hanyut dalam 'dunia'-nya sendiri untuk bangun bangkit bertindak. Menongkah arus tanpa adanya kekuatan hanya akan membuatkan golongan pelapis bangsa terus tenggelam tidak berdaya bersaing. Bangsat ditanah pusaka.

Aku tidaklah mampu membantu menaikkan semangat mereka. Empunya dirilah yang harus membuat perubahan drastik demi 'survival' diri dalam kehidupan. Tiada keajaiban. Insaf dengan kesungguhan menghadapi cabaran hidup yang mana secara semulajadinya akan hadir bilamana realiti yang merugikan diri benar benar terkesan. 

Sekiranya masih mengambil sikap tidak 'kesah' dan tidak mahu ambil peduli, pastinya menjadi 'pariah' lebih hampir digapai.

Harap dijauhkan petaka angkara gagal bertindak. Tetiba, kata kata semangat Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjalar dalam diri,

    'Diatas robohan kota Melaka - Kita dirikan jiwa merdeka

     Bersatu-padulah segenap baka - Membela hak keadilan pusaka'