Friday, August 4, 2017

Pasal nama... , kecoh satu negara

03 AUGUST 2017, 15:26

Sekarang ini, siapa-siapapun boleh bercakap, boleh mengulas, boleh mengkritik dan pelbagailah mengikut kehendak masing-masing. Yang berkepentingan akan mengikut jalur pemikirannya sendiri sahaja. Yang bersimpati akan cuba mempertahankan apa yang difikirnya betul dan munasabah. Yang tidak tahu menahu akan duduk perkara sebenar turut sama sibuk membincangkan topik yang tengah mengelegak diperkatakan oleh pemastautin tetap dan mengunjurkan cadangan bagi yang prihatin, yang mencucuh api pula akan lebih galak menyebarluaskan dan yang menentangnya pula akan membuat bantahan sehingga ke tahap membuat repot polis.  Bagi yang berprinsip kononnya serta ada juga yang terasa diri macam bagus sangat akan mempertikaikan pula isu asal usul ini yang tidak membawa kita kearah kebaikan bersama.

Namun tetiba sahaja rasa macam meriah suasana. Semua orang yang dapat mengakses maklumat via media sosial seolah teransang untuk turut memperkatakan isu yang tengah hangat kini. Pulang dari kerja, macam macam video yang dipertontonkan via internet tv yang semacam disengajakan oleh orang rumah ketika minum petang. Sambil sambil itu menyebut nakal, mengajukkan cakapan video yang telah dia saksikan, 'Iskandar Kotty.... kotty...' berulang-ulang. Aku pulak buat derrk sahaja. Last-last dihujung ratibnya itu ada pula disebutnya antara dengar dengan tidak... iskandar kotty kotty kotek'. Sambil menegur menjeling akupun spontan komen dan gelak penuh erti, 'oohhh... perli yer'.

                                         Komen yang lebih memburaikan...

Bermula dari isu yang dibawa penuh muslihat oleh Ahmad Zahid Hamid yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan menjadi viral sekelipan mata sahaja, menjadi isu panas untuk diperkatakan dan dipertikaikan oleh semua orang. Counter reaction dari pihak yang mempertahankan dan serangan balas pihak yang berkepentingan memercikkan lagi api kehangatan di alam siber. Entah apalah yang dimahukan bila semua orang membuka kisah lampau yang tidak lebih dari sekadar hendak downgrade-kan orang lain bahkan jauh lagilah hal sebegini untuk mampu mempositifkan penduduk Malaysia yang bakal menyambut kemerdekaan ke 60.

Tema 2017 - Sehati Sejiwa lagilah


Apapun secara tidak langsungnya segala macam maklumat dapat diperolehi dari pelbagai sumber buat pembaca mentafsir dan membuat penakulan. Betul salahnya bergantung kepada sejauhmana seseorang itu dapat menghadamkan segala maklumat yang diterimanya.

Tidak pasal pasal semua kita berinformasi tanpa disedari oleh pihak yang memulakan.

والله اعلم بالصوب

Thursday, May 18, 2017

Segalanya berkemungkinan

Merenung memikirkan pepagi akan segala persoalan samada dihadapi sendiri, juga yang terjadi dilingkungan serta yang dilaporkan oleh media akan pelbagai hal ditempat lain yang tidak terjangkaukan dan tidak pernah kesampaian oleh diri makin memeningkan kepala dan merisaukan fikiran malah kekadang sampai ketahap melesukan badan juga. Berkecamuknya persoalan hingga tidak mampu menghuraikan setiap satunya dengan tepat lagi sempurna. Selalunya terbabas jauh. Pemahaman kita terbatas. Kemampuan kita untuk bertindakbalas amat bergantung pula pada suasana sekeliling pada dan ketika itu. Keupayaan mental dan fizikal yang setiap kita miliki ketara sangatlah berbeza turut mempengaruhi bentuk tindakan, ransangan dan matlamat yang ingin dicapai. Pendekkata segala bagai faktor berkemungkinan mempengaruhi tindakbalas dan penghasilan dapatan. Disaat kita meyakini yang perkara 'A' -lah penyebabnya, mungkin bertahun kemudian barulah kita menyedari bahawa 'B' -lah pula punca segalanya. Menghukum tanpa maklumat yang tepat lebih membelitkan yang tersimpul dan bukannya meleraikan persoalan.

Terfikirlah diri akan para pengamal undang-undang tentang sejauhmanakah keadilan kesaksamaan dilaksanakan dan ditegakkan. Mengadili setiap perkara yang dihadapkan oleh orang yang memohon serta mengharapkan pembelaan dan lebih lebih lagi kepada mereka yang merasakan dirinya teraniaya memungkinkan orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengadili berada dalam keadaan yang merumitkan. Ibarat mencantumkan 'jigjaw puzzle' sedangkan gambaran sepenuhnya tidak diketahui olehnya. Mengharapkan semata-mata maklumat yang disampaikan oleh orang yang meminta pembelaan tidak memadai malah dia(pengamal undang-undang) harus pula melihatnya dari sudut yang berlainan. Pelbagai dimensi serta agakkan kemungkinan yang sepatut dan seharusnya berlaku perlu dianalisa demi memastikan penghujahan serta kebenaran yang harus diketahui akhirnya terserlah lagi sahih.

Berat, memang berat buat mereka yang diamanahkan untuk mengadili. Namun andai mengikut lunas-lunas dan ianya benar-benar jujur melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan pasti segalanya akan menjadi mudah. Sekiranya terdapat elemen elemen 'berat sebelah' dan punyai kepentingan diri maka hancurlah harapan orang yang mengharapkan pembelaan. Jujur cakaplah, tidak ada sesiapapun jua ingin berada dalam kondisi sedemikian. Tapi keadaanlah yang merubah segala-galanya. 

Seminggu yang lalu, aku ada terbacalah keratan akhbar yang aku simpan. Antara habit aku semasa bersekolah rendah lagi dan makin terbiasa sejak mulai bekerja adalah mengunting keratan akhbar akan artikel yang menarik minat aku. Apa-apa sahaja berita yang 'luar biasa' atau 'rare' sifatnya maka lajulah aku mencapai gunting dan menyimpannya didalam clear folder. Catatan dan coretan yang berkaitan akan dilampirkan bersama keratan akhbar untuk tatapan kemudiannya hari. Keadaan turut berubah. Bertahun menyimpan akan mengakibatkan kertas akhbar kekuningan. Ada juga usaha untuk aku scan dan simpan dalam bentuk digital. Makannya selain dalam bentuk clear folder, setengahnya mengikut kelapangan masa dan rajin yang luarbiasa, aku akan burn-kan kedalam bentuk CD sebagai back-up. Folder akan kisah-kisah yang menarik perhatian aku ini akan aku rujuki bila berkesempatan dan buatlah coretan darinya mengikut kesesuaian.

Terbacalah aku akan kisah orang kampong sebelah yang berjawatan ditangkap SPRM sekitar 2014. Pengarah Kastam KL yang ketika tangkapan dibuat sudahpun berusia 55 tahun. Sepatutnya menuju era persaraan perlulah lebih memikirkan kehidupan selepas bersara. Tapi keadaan dan suasana sekitaran gagal dimanipulasi sebaiknya malah diri pula yang dimanupulasikan oleh mereka yang berkepentingan. Aku tidaklah mengenali diri Dato' Mohd Isa Endot secara dekat. Tapi aku amat rapat dengan adiknya yang sebaya aku. Pernah aku menziarahi kerumahnya ketika raya dan masa sesama berdiskusi untuk STPM 1983. Rumah kampung yang tipikal. Rumah Melaka yang tersergam dengan laman yang agak luas. Bagaimana suasana yang ideal untuk pembesaran dan siasah diri boleh berubah angkara dugaan dan kelekaan dunia. Ikutkan cara upbringing anak-anak kampong sekitar 70an dahulu, selain dari dimestikan hadir kesekolah kebangsaan, mereka dikehendaki juga ke sekolah agama disebelah petangnya. Tidak cukup dengan  pendidikan formal, keperluan untuk khatam mengaji sekurang kurangnya sekali adalah disyaratkan. Pun begitu pengakhiran kisah kehidupan tidak siapa juapun yang mampu mengetahuinya dengan jelas sejelas jelasnya.

Rujuklah rasuah-libatkan-pegawai-kastam ditahun 2014.

Aku teringatkan suasana kampong yang segar dikenangkan. Ketika mengekori emak ke kedai 'Dak Poh' dikampong Kandang yang biasanya akan dituruti berborak dikalangan mereka sambil bershopping, aku akan pasang telinga mendengar gossip yang antara faham dengan tidaknya. Menyibuknya aku mengikuti kekedai adalah untuk 'cukai' gula-gula sebagai upah meneman membawa pulang barangan dapur yang dibeli. Terdengarlah akan gaji anak sipolan 'tengah RM2000', anak sipolan lagi lebih, 'tengah RM3000'. Aku pula tidak kuasalah hendak bertanya lebih lanjut. Tapi bila dewasa, term yang dimaksudkan itu adalah mengenai gaji yang diterima adalah sebanyak RM1500( tapi disebutkan sebagai tengah RM2000 yang aku fahamkan sebagai RM2500). Berbangga nada yang diucapkan akan gaji anak-anak mereka sebagai memaklumkan akan berjayanya mereka membesarkan anak-anak sehingga bergajian yang besar pada masa itu. Namun masa itu jarang pula terdengarkan akan mereka yang makan rasuah. Tidak pernah terdengarkan dan kalaupun ada mungkin tidak diwar-warkan secepat dan sepantas sekarang ini.

Kini setiap apa yang berlaku, lebih lebih lagi yang buruk dan sensasi sifatnya akan cepat diketahui dan disebarluaskan. Jangan buat tidak tentu. Mudah benar ianya akan diketahui ramai. Memakan rasuah tentulah tidak akan ada dalam kamus kehidupan orang yang berakhlak. Kemuliaan akhlak yang tinggi mana mungkin gejala ini akan datang mengunjungi diri. Ini apa yang kita rasakan. Namun ujian yang didatangkan olehNya amat tidak disangka-sangkakan. Nikmat dan kemewahan dunia merupakan perhiasan kehidupan yang jauh melekakan dari menumpukan keutamaan mengingatiNya.

Apa agaknya perasaan mereka yang menerima dan yang memberi rasuah. Mutual agreement merupakan asas permulaan. Kalau tiada tentulah tidak berlaku. Tidakkah mereka yang terlibat ini memikirkan kesan dan akibat perbuatan mereka yang buruk laku ini. Okaylah, mereka ini sudah nekad melakukan mungkin sirna terkena pancaran 'syaitan'. Kesan buruk tidak mahu sekelumitpun dijangkakan. Tidakkah akan menimbulkan keresahan kepada pihak yang berkaitan. Pelaku tentulah ada isteri, ada keluarga. Bagaimanakah dia hendak berhadapan dengan isterinya, anak-anaknya, bapa dan ibunya( kalaulah masih ada lagi), mertua, ipar-duai, biras, bapa dan emak saudara dan sepupu yang dilingkungan dan rakan sekolah yang sesama membesar. Belum lagi dengan jiran tetangga yang pastinya lebih dekat dan arif akan sesama tetangga. Apa pula pandangan jemaah yang saban waktu berjemaah di Masjid. Mana hendak dibawa diri yang terpalit tohmahan rasuah yang mungkin tidak pernah dilakukannya. Jika tidak bersalah, sesungguhnya ianya adalah peluang kedua untuknya memperbaiki diri. Andai betul diri telah melakukan perbuatan tidak bermoral ini, apa pula rasa hatinya. Kemanakah orang yang berkait rapat dengannya hendak menghadapi dugaan kehidupan hari hari mendatang mereka.

Tak tertanggong rasanya.

Na-uzu billah min zalik

Saturday, May 6, 2017

Memburuhkan diri ... atau terbelenggu diburuhkan

01 MAY 2017, 07:34
Bukan semua yang  bekerja bergajian bercuti hari ini. Aku antara mereka yang bolehlah dikategorikan didalam golongan kedua. Bertugas berkhidmat sedangkan yang lainnya bercuti. Keujudan dan pengiktirafan peranan dan pentingnya pekerja sehingga diadakan satu hari khusus dengan menamainya sebagai 'Hari Buruh'. Sejarah dan bila mulanya secara rasmi serta falsafahnya disebalik adanya hari bermakna buat setiap pekerja boleh dapatkan maklumat yang telah didokumenkan.


Aku melihat dari aspeks berlainan. Pihak kerajaan lebih kepada mencari jalan mempergunakan pekerja untuk pelbagai kepentingan, lebih lebih lagi pekerja disektor swasta. Khabar yang didengar, kononnya, wang KWSP pernah, sedang dan akan terus disalah gunakan oleh pihak yang diamanahkan yang tiada sense of honesty. Tiada perasan malu langsung walaupun sedikit, bilamana wang orang yang bekerja memesin rumput berpanas berhujan ditepi highway yang tidak seberapa sebulan dicarumnya dan juga pekerja pencuci tandas yang saban hari menahan hidung menghidu haruman semerbak sanggup diserakahkan oleh mereka yang tidak berhati perut. Manakala aku dan mungkin sebahagian yang lain, bekerja bergajian demi kelangsungan hidup. Dilawakkan orang, kehidupan memerlukan wang tapi tanpa wang rasa macam hendak mati. Setiap pergerakkan kita memerlukan wang. Tanpa wang ditangan bukan sahaja kita diremehkan malah langsung tidak dipedulikan.

Bercakap melayarkan hal orang lain jauh bezanya dengan diri sendiri yang mengalami. Kesan yang dirasai oleh diri sendiri menjadi suntikan 'semangat' atau cabaran menghadapi hari muka. Mungkin juga sebaliknya, putus asa dan membiarkan sahaja suasana sekitar mempengaruhi diri dan bukannya merubah keadaan  kepada yang proaktif kearah kemajuan diri. Biarpun begitu bukan semua orang bernasib baik. Bernasib baik pula mengikut perkiraan masing-masing. Ada yang cukup makan pakai sudah dikira bernasib baik. Ada juga yang menganggap ketidakmampuan memiliki kereta mewah dan tidak berpeluang melancung mengiranya kurang bernasib baik. Terpulanglah buat individu itu sendiri memberi tafsiran.

Memikirkan, membandingkan, mempersoalkan sehinggalah ketahap mempertikaikan kewajaran seseorang akan kelebihan yang dimiliki mereka berbanding diri sendiri sampai bilapun tidak akan bertemu jawapan yang paling pasti sahih lagi tepat. Segalanya telah dikhabarkan olehNya. Kisah yang dipaparkan didalam al-quran adalah untuk kita mengambil ikhtibar dan redha atas ketentuan. Itupun kalaulah kita ketahui dan fahami akan apa yang dibaca. Bacailah kisah bagaimana Allah s.w.t. memaklumkan kepada para malaikat akan menghadirkan khalifah dimukabumi. Ketahuilah juga bagaimana kerisauan kebimbangan malaikat. Rujuklah ayat ke 30 hingga 35 surah al-baqarah untuk penghayatan sepenuhnya.

.... قَالَ إِنِّى أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

Sebahagian ayat terakhir ke-30 diatas, Allah s.w.t. menepis keraguan yang ditimbulkan oleh para malaikat sehinggakan ditempelak dan terpaksa malu sendiri kerana gagal memaklumkan sehinggakan mengaku,

قَالُواْ سُبْحَنَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ آلْعَلِيمُ اّلْحَكِيمُ.

Bagi menghapuskan terus rasa ragu ragu, Allah swt mengingatkan serta membuat amaran pula, sepertimana dipenghujung ayat ke-33 pula.

.... قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّى أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَٰوَٰتِ وَ الأَرْضِ وأَعْلَمُ مَا

تُبْدُونَ وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ

Moga kehidupan aku yang entah bila penghujungnya akan senantiasa dipermudahkan olehNya serta diberkati.

إِِنْ شَاءَاللهُ

Wednesday, April 19, 2017

Passion... kesukaan gitu.

18 APRIL 2017, 11:49
Melonjak lonjak pula hendak mencatat sesuatu. Macam banyak pula hal yang hendak dituliskan. Bila keghairahan mula mendatangi, terasa tidak kecukupan masa dan ruang untuk meluahkan. Sebenarnya awal lagi hendak aku perkatakan tentang katakerja atau verb or فِعْل (fi'il). Ibarat kata-kata semangat yang diberitahu oleh Bro. Asif Mehserali, 'brick by brick, layer by layer then the room and finally the roof'. Bila confident telah benar benar mantap maka setiap yang ingin diperkatakan dan menganalisakan sesuatu mungkin mudah dan tidaklah mengelirukan.


Dalam hendak memulakan coretan ini, terdengarkan sayup-sayup lantunan suara Ramli Sarip dengan pasangan duetnya akan lagu 'Bukan Kerna Nama'.

'... AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA...'

'.... KITA SEMUA... ADALAH SAMA....'

Apapun, katakerjalah yang membuatkan sesuatu bahasa itu menarik untuk dipelajari dan difahami. Katanama benda adalah biasa sahaja. Ini kena kita fahami tanpa perlu bertanya lanjut. Lebih-lebih lagi akan katanama khas yang hanya ditujukan kepada sesuatu yang specific.

Misalnya,

١. اَدَمَ ، جِبْرِيْل ، فِرْعَوْن ، إِبْلِيْس

٢. مَكّة ، مَدِيْنَة

٣. نَارٌ ، أَرْضًٌ ، كَهْفٌ

٤. فِيْلً ، حِمَارٌ ، جَمَلٌ ، بَقَرَةٌ

Keempat-empat kategori ini, tidak perlulah kita sibuk bertanyakan kenapa ia dipanggil dan disebutkan sebegitu. Segalanya kita terima dan ucapkan seperti yang orang yang terlebih dahulu dari kita menyebutnya. Katanama 'khusus' ini perlulah kita kenalinya as per stated. Cabarannya kurang dari katanama terbitan especially 'masdar' or verbal-noun. Melalui repitition dan sering membaca, lambat laun hal ini akan menjadi second-nature pada diri. Pun begitu kenalah ada kesungguhan dan keazaman untuk mengetahui sesuatu dan seluruhnya agar pemahaman lebih jelas dan sempurna.

Katanama telah diklasifikasikan lagi dalam beberapa kategori demi memudahkan pemahaman. Bagaimana bentuknya sebagai الفاعل , المفْعول , مبْتدا dan keadaan yang mempengaruhinya. Makanya harus perlu ketahui struktur ayat dan tatabahasa Arab.

Memperkatakan tentang الفِعْلُ pula, lagilah banyak cabaran yang kita kena hadapi dan harus tempohi. No turning back bro. Rintangan terbesar ini kalau berjaya diatasi, rewardnya sangatlah bermakna. Tiadanya kesukaran memahami ayat yang mudah mudah. Menghafali tidaklah sukar jadinya sebab kita telah ketahui setiap perkataan yang akan hadir selepas setiap perkataan yang disebutkan. Bila asas kita kukuh dengan tahu struktur ayatnya maka mudah 'nature' setiap perkataan dan peranan yang dimainkan. Tahu mananya subjek, siapa yang menyebutnya dan kepada siapa diucapkan. Malah tahu pula bentuk pengucapan itu samada kepada seorang ataupun khalayak ramai.

Kalau kita jahil sangatpun akan al-quran ini, tidak dapat tidak kita akan perasankan yang ada kata kata yang diungkapkan, disebutkan dan ditilawahkan akan terdengarlah perkataan yang yang biasa disebutkan seharian. Malah kalau ada masa untuk dicatatkan satu per satunya dari awal pembacaan al-quran sehinggalah habis 114 surah mungkin berjela panjangnya. Betapa banyaknya perkataan Arab diserap kedalam bahasa Melayu dan sebati pula penyebutan. Effort untuk memahami akan bahasa Arab ini bagi kita umat melayu menjadi semakin mudah kerana belum apa apa lagi , beribu perkataan Arab telah kita ketahui. Cumanya perlu ada minat, kesungguhan dan mengharapkan redhaanNya agar dipermudahkan segalanya.

Kita pastinya tahu akan perkataan 'nikah'. Bagaimana hubungannya dengan 'kahwin'. Ada pertaliannya. For beginner mungkinlah merasakan ianya perkataan melayu. Bila horizon telah terbuka dan seluasnya, barulah kita akui yang asalnya adalah dari bahasa Arab.

فعل ماض ..... نَكَحَ ( to marry / kahwin )

فعل مضارع .... يَنْكِحُ ( F-1 verb.... marry / mengahwini )

فعل مضارع .... تُنكِحُ ( F - 4 verb.... to marry )

فعل مضارع .... يَسْتَنْكِحَ ( F - 10 verb.... to marry )

اسم .... نِكَاح

Bayangkan dari 'nakaha' in madi form menjadi mudhari form 'yankihu'. Itu belum lagi dalam amar form. Ini dalam kata kerja Form 1. Form 4 dan Form 10 belum lagi disingkapkan. Kemudian kena pula menghafali 14 penuturnya dengan penyebutan yang berbeza antara madi dengan mudhari. Setiap katakerja ini pula terangkum didalamnya akan orang yang berkata. Seorang ke, berdua ke ataupun ramai. So memang banyak cabaran tapi akan jadi mudah bila bersungguh.

Contoh verb form 1 paling mudah: كَتَبَ .... to write

كتب ، كتبا ، كتبوا ، كتبْتَ ، كتبْتما ، كتبْتُمْ ، كتبْتُ ، كتبْنا .

يَكْتُبُ ، يَكْتُبَانِ ، يَكْتُبُون ، تَكْتُبُ ، تَكْتُبانِ ، تَكْتُون ،أَكٓتُبُ ، نَكْتُبُ .

Bila dalam form Amar, ianya bertukar kepada suruhan/arahan specifically to the person infront the speaker.

كَتَبَ...... يَكْتُبُ .... اُكْتُبْ

Bila kita mengambil contoh 'nakaha' yang akhirnya menjadi katanama/verbal-noun atau masdar arabnya ( نِكَاحًٌ ) maka perkataan 'nikah' itu lama sudah menjadi something common dalam pengucapan seharian.

Ini belum lagi pertembungan bunyi sebutan antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab yang berlainan maknanya.

Misal lagi,
haa- ti ....... هَاتِ ( give! / bring! )


ba-ha-sa ..... بَحَثَ ( search / cari )

ku-ti- ba ..... كُتِبَ ( passive verb for كَتَبَ ... telah dijelaskan or is prescribed )

mak-na ...... معنا ( with us / bersama kami )

kuntum ...... كُنْتُمْ ( you are/ were )

Banyak lagilah contoh-contoh yang kalau mahu dinyatakan maka makin panjanglah coretan ini. Anehkan, sesuatu yang didepan mata dan berharga untuk kebahgiaan hidup dan bekalan untuk kesana nantinya boleh kita buat sambil lewa. Apakah kurang kasih sayang atau tiada orang yang memaklumkan atau diri sengaja mahu menjauhinya. Banyak faktor yang melingkungi diri seseorang. Hendak dikatakan tidak mengetahuinya akan Al-Quran agak mustahil jugalah. Setiap orang yang dilahirkan dalam keluarga muslim sememangnyalah tahu. Tapi setakat tahu sahaja tidak memadai. Harus berusaha untuk memahamkan. Bagaimana hendak tahu dan faham kalau tidak didedahkan sejak dari awal kehidupan. Membudayakan al-quran yang merupakan pembimbing kejalan yang benar lurus memerlukan komitment yang amat tinggi dari semua orang. Sorang-sorang tidak bolehlah. Dapat-dapat lagi sekarang ini dengan pelbagai bentuk kelekaan yang mungkin menjarakkan kita sebagai umat Muhammad yang mewarisi 'Islam' dari ibu dan bapa masing-masing secara automatik yakni keturunan amat perlu kepada kaedah memantapkan keislaman yang lebih proaktif sifatnya.

Perlu difikirkan bersama...

Saturday, April 8, 2017

Dipermudahkan

05 APRIL 2017, 07:46
Biasanya bila hujan, tidak kiralah lebat atau renyai, pastinyalah jalan diawal pagi akan agak sesak. Sibuk masing masing yang hendak kepejabat atau ketempat kerja dan saling 'bertembung' pula dengan mereka yang menghantar anak kesekolah. Seawal 6:30 pagi tadi, hujan turun sederhana lebat. Ketika dan saat sedemikian adalah dijangkakan pergerakan trafik sememangnya perlahan. Adalah suatu tindakbalas normal bagi setiap pemandu untuk berhati-hati dan berawas senantiasa menuju destinasi melainkan buat mereka yang berhati 'kering'.


Lihat jam ditangan, masa sudahpun 7:18am. Si adek sudah monyok dimuka pintu. Lebat diawalnya, kini gerimis pula. Aku jugalah yang membuka pintu pagar walau saban hari persekolahan, routinely si Yaseerlah yang membukanya. Si kakak masih belum keluar dari biliknya. 'Tak siap bersolek lagi ke?' aku tanyakan padanya yang ketika itu sedang duduk ditangga bertongkat dagu. Masam mukanya sambil 'mengerang' menyebutkan ya dengan nada suara tidak berpuashati. Kita lagilah hendak mengelakkan kesesakan, dia boleh melengah lagi. Ajukan pula pertanyaan kat orang rumah yang tengah bekemas didapur, 'Dah lama ke si Meera ni masuk bilik dia'. Pantas dijawabnya siap penerangan lagi, 'Dah lama bang dia mandi, entah buat apa entah lama lama dalam bilik. Dia nak sekolah ke nak melaram. Orang kalau nak sekolah buatlah cara nak sekolah. Sekolah lagi dah macam ni. Edah dah jeritkan berkali-kali, dia boleh buat selamba aje.'

Aku segera hidupkan engine kereta dan dituruti oleh Yaseer duduk di seat sebelah. Layankan Sepahtu dalam segmen 'Pengaduan Pagi Sinar'. Hampir 7:25am muncul sikakak dimuka pintu sambil berjalan kekereta tanpa rasa bersalah. Pagi-pagi memang aku tidak mahu dan kalau bolehlah cuba elakkan memarahi sesiapa. Mood baik akan bertukar tidak baik sampai kepetang nantinya. Aku kawal amarah aku dengan mengeleng-gelengkan kepala. Dulu bila tidak boleh aku kawal, macam macam perkataan yang tidak pernah dan jarang disebut habis aku hamburkan. Adreanile sekejapan melonjak dan degupan kencang dengan suara kemarahan mengatasi volume siaran radio didalam kereta. Mood lari, tension makin menjadi, bebudak dalam kereta tentu tidak selesa mendengar serta mungkin mencalarkan permulaan hari mereka belajar pagi itu. Hal seperti inilah yang cuba aku elakkan.

Macam biasa sebelum memulakan perjalanan, aku menadah tangan berdoa,

بسم الله توكّلْتُ على اللهِ

لاحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّبِاللهِ

Menuruni bukit menyampai ke jalan besar, terpandangkan kereta berderet berhenti memberi laluan kepada kereta untuk keluar dari lorong ke Taman Merak. Manakala dari arah sebelah kanan pula laluan kosong cuma sebuah motor sahaja sedang bergerak menuju melintasi didepan aku. Sebaik sahaja melepasi, cecepat pula aku bergerak memasuki laluan. Pergerakkan seterusnya lancar. Tidak tersekat sekat seperti biasanya bila hujan. Walaupun banyak kereta diatas jalan, masa diperlukan untuk hantar dan sampai balik kerumah terasa singkat pula.

Dalam beberapa saat sahaja dan dengan ketentuanNya jualah segala yang aku alami pagi ini terjadi. Kelengahan sikakak bersiap dan ketidakpuasan hati si Yaseer akan perangai kakaknya serta jeritan memarahi oleh mamanya dan pendaman amarah aku sepatutnya menjadikan suasana bertambah kalut dan kusut. Tapi ianya tidak berlaku. Keajaiban yang menambahkan lagi ketakjuban membuatkan kita rasa amat kerdil untuk memahami sesuatu dan segalanya. Kita tidak mampu melihat masa kehadapan tapi kita pastinya boleh dengan akal fikiran yang dibekalkan serta bimbingan dan panduan yang tersedia untuk dipelajari serta dipraktikkan dalam kehidupan. Itupun kalau kita benar benar memahaminya.

Subuh, dua hari lepas aku mengulang membaca surah ke 78. Kewajiban kita. Harus mengetahui. Harus juga memahaminya dan yang terpenting lagi mengamalkan. Al Quran bukanlah buku biasa biasa. Orang yang mengerti dan 'alim' pasti dapat membezakan. Susunan ayat, cara penceritaan serta isikandungan amat jauh berbezanya dengan buku sejarah yang dikarang oleh sejarawan ilmuan. Mereka menulis akan apa yang diketahuinya akan hal yang telah berlaku dan cuba menghubungkaitkan antara sesuatu kejadian yang berlaku dengan kejadian sebelumnya. Faktor faktor kemungkinan diketengahkan mereka untuk menyokong pendapat yang dirasakan betul tepat tidak disangsikan lagi. Tapi tidak begitu akan Al Quran. Kita tidak boleh treat macam kita membaca buku sejarah walaupun diceritakan pelbagai hal peristiwa yang menimpa masyarakat terdahulu dari kita. Tidak juga kedapatan cerita yang diflash-forward dalam buku sejarah tapi diwahyukan kepada junjungan besar kita dengan pengantaraan jibrail khusus untuk kita semua. Kisah yang dinyatakan dalam al quran yang telah lama berlaku lebih awal dari 1400 tahun serta mengenai kisah yang belum berlaku dan akan pasti berlaku untuk kita. Bersedia tidak atau mengetahui hal duduk perkara ini tentulah bergantung kepada individu sendirilah. Banyak bezanya antara mereka yang tahu dan maklum berbanding mereka yang jahil lagi tidak mengerti apa-apapun.

Penghujung ayat terakhir surah 78(النباء ) iaitu ayat ke 40 dimana kita tidak berupaya lagi untuk mengelak menyangkal mempertikai dan dengan segala ruang telah tertutup rapat dan ketiadaan jalan keluar lagi hingga terpacullah dari diri , ' Alangkah baiknya jika aku dijadikan tanah sahaja.'. Ibarat kata diri telah dihimpitkan kedinding tiada upaya untuk bergerak lagi, checkmate kata omputih maka terpaksa menyerah kalah. Didalam situasi sebegini segalanya tidak berguna lagi dan sudah terlambat.

Kelancaran membaca sampai diiktiraf kebagusan tapi tidak memahami adalah sesuatu yang memalangkan. Kita disuruh membaca tapi tidak faham akan apa yang dibaca. Hal ini normal dan biasa dalam mayarakat kita. Diwajibkan dan dimestikan serta membudaya dizaman aku bebudak dahulu untuk belajar membaca al quran yang lebih kepada membunyikan sebutan sejelas dan setepat mungkin. Tapi kini aku realize kemampuan membaca al quran sepertimana yang dimahukan oleh ibubapa era awal 70an dahulu hanyalah sekadar tahu dan pandai membaca. Dapat lagi bila malam jumaatnya bersama dengan jemaah di masjid membaca surah yasin beramai-ramai. Faham tidaknya itu cerita lain.

... وَ يَقُوْلُ الكفِرُ يٰلَيْتَنِيْ كُنْتُ تُرٰبًا

Transliterasinya ;

    ...... wa yaquulul kaafiru yaalaytanii kuntu turaabaa.

BI :

     ...... and will say the disbeliever, " O I wish! I were dust!”

BM :

      ..... dan orang-orang yang kufur itu akan berkata : Alangkah baiknya kiranya aku menjadi tanah saja!.

Bagi yang tidak berapa nak biasa dengan bahasa arab, kebergantungan kepada terjemahan adalah langkah awal. Jauh lagilah hendak memahaminya dari bahasa asalnya. Mesti ada distortion-nya. Pengertian sebenar pasti ada bezanya bila memahamkan dari bahasa terjemahan. Malah mood dan maksud yang mahu disampaikan sedikit dan kadangkala jauh menjarak. Maka tidak dapat tidak harus dan kenalah kita belajar mengetahui bahasa arab agar apa yang diperintahkan Allah swt, ditegahiNya, diterangkanNya dan diberitakanNya akan sesuatu yang telah berlaku dan sesuatu yang belum berlaku agar benar benar meresap menerobos kedalam hati kita sepertimana yang  dialami oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.

Cuba kita renungkan penghujung ayat ke-40 ini. Menyebut dengan lancar akan bahasa Arab adalah sesuatu yang membanggakan. Memahaminya lagilah amat dipuji. Jujurlah pada diri. Apa itu ' و ' , wa kalau disebut. Apa pula ' يَقُولُ ' yaqulu. Siapakah yang menyebutnya. Apa ertinya pula 'الكافر ' disebut al-kafiru. Perlu juga kita ketahui yang bahasa arab ini selalunya bersambung ayat ke ayat. Juga tiadanya sepertimana BI/BM akan adanya tanda bacaan, kata seruan/exclaimation mark, full-stop and question mark. Mana ada dan memang tiada. Sebagai orang yang bukan arab, tugas akan lebih berat perlu digalas. Sukar hendak membezakan struktur bahasa arab tapi hebat membunyikan sebutannya pastilah tidak membawa sipembaca itu kemana. Hilang dalam pencarian. Membaca sekadar membaca. Pernahlah di-google-kan akan pertanyaan akan buku apakah yang bilangan pembacanya ramai tapi tidak memahaminya. Terperanjat tentunya. Malah aku sendiripun terhimpun dalam golongan ini.

Situasi yang digambarkan adalah ketikanya setelah kita dimatikan. Kita akan diwaktu itu melihat sendiri akan apa jua yang dikerjakan masa hidup didunia ini , yang baik , yang buruk dan balasan Allah yang akan diterima nanti memanglah setimpal dengan usaha  masing-masing. Bila segalanya diperlihatkan, maka akan timbullah penyesalan yang tidak berkesudahan buat orang kafir sehingga terpacullah kata-kata penyesalan akan kenapa tidak dijadikan tanah sahaja. Berbeza pula dengan golongan muttaqqin. Mereka ini, tentulah kitapun ingin tergolongkan,  iaitu orang beriman yang hatinya takut kepada Allah, serta tunduk dan setia menurut apa-apa yang disuruh Allah dan tunduk setia serta menjauhi larangan Allah. Patutlah juga kita membaca kitab-kitab tafsir mengenai surah An-Naba' agar tidak keliru dan mendatangkan lebih banyak lagi kekeliruan.

Cuba kita applykan apa yang kita fahami akan bahasa arab ini diperingkat paling asas.

كَفَرَ( to disbelieve ).     كَافِرٌ / كُفـــَّاًرٌ

وَقَىٰ  ( form 1 - to save/protect )...... اتَّقَىٰ ( form Vlll - to fear )

التّقْوَى ..... المُتَّقِ

Kita boleh leraikan sebutan 'al-kafirun' dari kata dasar 'kafara'. Begitu jugalah 'al-muttaqin'. Why so special golongan muttaqin ini. Bukankah telah dimaklumkan di permulaan surah al-baqarah menerusi ayat ke-dua hingga ke-lima dimana Allah swt menegaskan akan  Al-quran yang tiada keraguan dan menjadi petunjuk buat golongan al-muttaqin yang memenuhi kriteria ditetapkan. Dimuktamadkan pula dengan : 

و أوْلئِكَ هُم المُفْلِحون

And those-they (are) the successful ones.



والله أعلم

Thursday, April 6, 2017

Masa, peluang dan kesempatan

Pagi ini, sebentar tadi, aku ke family store cawangan Duyung membeli barangan keperluan niaga. Sejak 01/04 lagi, sehari selepasnya dan semalam juga tiadanya kedapatan minyak kampit 'bersubsidi' menurut kata si Yaseer dikedai Lim dan juga Auntie Minie yang dikunjungi. Anak bongsu yang digerakkan ke Kedai Lim di depan sebelah petang semalampun tiada terjualkan. Tempat yang biasa diletakkan minyak kampit 1kg kosong. Terpaksalah aku keluar selepas bersarapan menuju ke Duyung. Untung-untung adalah stok disana. Terpampang dihadkan kepada 5 bungkus buat se-family. Bagi sesiapa juapun, kehadiran tidak patut dihampakan. Tidak dapat banyak, dapat satupun jadilah. Ini adalah pengharapan pelanggan. Bukannya kita boleh buat sendiri, jauh sekalilah untuk mulainya dari penanaman pokok kelapa sawit. Isunya disini adalah pengedaran. Secekap manakah mereka yang diamanahkan menjalankan tanggungjawabnya amat dituntut. Bukan boleh lepas tangan begitu sahaja dengan sekadar mengeluarkan arahan tanpa memantau pengendalian dengan sesempurnanya. Namun apa yang pasti, ada agenda tersembunyi bagi golongan berkepentingan. Bak kata orang, menangguk di air yang keroh dan sengaja dibiarkan keruh biar mudah membuat kerja-kerja tidak ber-etika.


Memangsakan pengguna marhain

Dari sisi lain... kerajaan dipihak mana sebenarnya

Apapun, aspeks yang aku ingin perkatakan disini adalah kesanggupan bebudak lepas sekolah terutamanya yang baru mendapat keputusan SPM masing-masing gigih bekerja. Terperasankan rata-rata juruwang yang bertugas dikaunter pembayaran pagi ini adalah staff baru. Pastinyalah aku dapat membezakan staf lama dari yang baru. Queue tidaklah begitu panjang. Barangan pelanggan yang diletakkan diatas meja kaunterpun tidaklah banyak manapun. Kelengahan dan terlalu berhati-hati bebudak 'fresh' bekerja mengendalikan cash register membuktikan yang mereka baru belajar, mungkin, first time menekan button. On-job training sambil ditunjuk-ajarkan oleh staf lama yang mereka juga dilatih dipantau oleh staf terdahulu darinya membuatkan masa aku terbiar habis dalam 8 minit agaknya.

Beruntung sebenarnya buat bebudak lepasan SPM. Penetapan gaji minimum RM1000.00 yang telah di-mandatory-kan beberapa tahun yang lepas dari RM850.00 permulaannya, meningkat ke RM900.00 dan terkini berura-ura menjadi RM1200.00 dan harap menjadilah amat menyeronokkan mereka yang baru mengintai alam pekerjaan. Peningkatan tangga gaji sebenarnya dan seharusnya perlu dikaji secara berkala untuk mengimbangi taraf ekonomi keseluruhannya. Hakikatnya, mereka yang menamatkan alam persekolahan sekarang ini dikira beruntung. Peluang mencari duit poket terbuka luas. Banyak tempat dan peluang mendapatkan kerja dengan gaji yang dianggap lumayan kepada mereka yang ingin bekerja. RM1000.00 solid yang diterima tanpa tambahan duit kerja lebih masa dan elaun perkhidmatan lainnya sekiranya ada sudah cukup menampung malah berlebihan pula jika masih dibawah tanggungan keluarga masing-masing.

S. Y. Leong berusia 61

Sporting sungguh...sudi berselfie lagi.

Dikala mereka yang masih muda bersemangat dan teruja untuk bekerja untuk merasai mengalami suasana baru dalam kehidupan mereka, terdapat juga kalangan yang dikira veteran masih terus 'membanting tulang' bekerja. Perjalanan hidup antara kita mana ada yang bersamaan. Destiny takdir masing-masing adalah berbeza. Sejauhmana kita mampu mengemudi melayari kehidupan sehinggalah ke penghujung usia bergantunglah kepada pandangan pegangan tentang kehidupan. Aku ada bertanya padanya akan sebab dirinya masih bekerja dan tidak mahu berehat sahaja dirumah seolah pertanyaan aku ini yang aku pula yang terlebih risaukan dirinya. Jujur cakapannya memaklumkan yang semua anaknya telah bekerja. Adapun yang masih belajar telahpun di tahun akhirnya di universiti. Bekerja baginya walaupun tidak diucapkan adalah untuk menghindari kesunyian dirumah. Anak semuanya bekerja dan sebagai ibu tunggal dek kematian suami, sisa hidupnya perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin. Bersosial dan aktif bergaul adalah ciri-ciri yang aku perhatikan pada dirinya amat terserlah. Semua rakan sekerja yang mengenalinya amat senang akan kehadirannya. Rajin melaksanakan tugasan tanpa pengawasan, pandai melayan customer serta tahu dan cekap menyiapkan laporan jualan bulanan sebelum tarikh akhirnya membuatkan dirinya 'valuable'. Pengalamanlah yang membezakan. Orang baru, mungkin cergas yang eager sesangat hendak bekerja tentulah amat berbeza sekali dengan style orang lama yang telah masak dengan tugasan seharian.

Semasa duduk minum petang di kantin sempat pula aku berbual bertanyakan hal kerja dengan budak lepasan sekolah. Shazwan namanya. Bekerja sementara di bahagian kasut sama dengan Auntie SY Leong cuma berlainan brand. Sebelum bermulanya perbualan santai aku dengan dia, kerap juga berselisih dengannya ketika disurau. Akulah yang lebih banyak bertanya. Maklumlah orang lama. Menurut katanya lagi ketika menyarung kasut, dia sedang menunggu result SPMnya. Bekerja sementaralah di Aeon bagi mencari duit saku. Ayahnya menguatkan lagi agar dia belajar berdikari disamping memenuhi masa terluangnya. Kerap juga masa dikantin kelihatan dia minum petang dengan rakan sekerja lainnya dan kadangkala terserempak juga dia sedang makan tengahhari juga bersama gangnya sesama part-timer. Namun pada petang itu, kelihatan dia berseorangan membuka bekas makanan yang dibawanya. Lauk-pauk serta nasi yang dipunggah kedalam pinggan untuk sessi breaknya. Akupun bawalah mee goreng 'mamak' yang siap berbayar setelah dilaungkan oleh Shikin, tokey kantin, menuju kemejanya menemankan. Dia menjawab, ibunya yang bekalkan makanan untuknya bila ditanyai. Biasalah, budak baru nak 'up', baru nak kenal hidup pastinya banyak dibantu oleh keluarga.

Selesai makan, berboraklah sesama. Aku maklumkan pada dia yang bebudak lepasan sekolah sekarang ini amat beruntung tidak sama semasa aku menamatkan zaman persekolahan dipenghujung tahun 1981. Aku ceritakan padanya, memang payah hendak dapat kerja sementara ketika itu. Bila kita maklumkan baru menamati SPM, majikan seakan tidak mahu mengajikan bebudak lepas sekolah. Kebanyakkan, mungkinlah dari pengalaman, akan berhenti setelah sebulan dua bekerja. Agaknya hal sebeginilah yang hendak mereka elakkan. Dia, si Shazwan ni, banyak mendengar dari menyampok akan cerita retro yang aku butirkan padanya. Berkisar payahnya hendak dapat kerja bila aku bertanya dari satu ke satu majikan atas kekangan yang pelbagai terutamanya 'transport' dan jauh berjarak dari rumah dan akhirnya sekadar lepak-lepak sahaja aku dirumah. Lepas makan tengahhari, ambil nap. Kemudian lepas asar, keluar main bola atau takraw dan lepas isyak lebih kepada intai tv sehinggalah ke malam. Itu sahajalah saban hari dilakukan menghabiskan masa sehingga result keluar.

Bila ditanya, dia menjawab dia ambil SPM di sekolah integrasi Selandar. Cepat sahaja aku bertanyakan samada mengenali si Asraf. Jawabnya pantas, kenal dan memang kenal sangat. Asraf antara kawan rapatnya semasa di Selandar malah sekelas lagi. Sempat lagi buat 'pose' dengan dia, serta minta dia 'WhatApps' kat anak buah seraya tagkan dengan ucapan tahniah. Menurut katanya, Asraf ni adalah pelajar kedua terbaik seluruh negeri Melaka 2016 dengan 10A+. Manakala dia pula sekadar 7A+. Ketika ini, dia sedang menunggu tempat untuk Matrikulasi pula. Sebagai orang lama, aku ucapkan tahniah kepadanya semoga mencapai cita-cita menjadi arkitek. Bekerja sementara mencari duit tambahan mungkin sedikit sebanyak membantu orang tuanya dari bebanan perbelanjaan pendidikan yang semakin meningkat. Melihat dari penampilan dan sahsiah dirinya serta sopan berbahasa, rasa-rasanya jika dapat dikekalkan mungkin pasti menjadi seorang insan yang berjaya kehidupan duniawi dan ukhrawinya.


Pengalaman bekerja sementara menjadi pembakar semangat untuk lebih berjaya didalam mengejar cita-citanya. Namun cabaran yang bakal mendatang samada getir tidaknya bergantung juga pada ketabahan serta kesungguhan tanpa mengenal erti putus asa. Kekentalan semangat serta keyakinan diri yang tinggi mampu menundukkan setiap rintangan yang hadir untuk mengagalkan impian dan harapan bukan saja buat dirinya sendiri malahan harapan keluarganya.

Anak buah, pelajar cemerlang 2016 10A+

Terima RM1000.00 dari Deris Haron


Beruntung, memang beruntung bebudak sekarang ini.

Wednesday, April 5, 2017

Katanama @ الاِسْمُ

Bila memperkatakan tentang kata nama, struktur binaan perkataannya tidaklah mengelirukan. Semua kita dapat membezakannya. Apatah lagi buat mereka yang familiar sesangat dengan bahasa Arab. Biar dihadapkan dengan apa jua perkataan, mereka yang cekap dapat memastikan adakah ianya kata nama( الاَسم ) ataupun bukan. Detailed breakdown atau sentence analysis ataupun penganalisaan terhadap ayat dimana kedapatan kata nama itu akan membolehkan kita mengetahui peranan yang dimainkan berpandukan struktur binaan kata nama itu.

Apapun, disini, aku ingin mengolahnya dari sudut pandangan aku yang walaupun tiada pengiktirafan tapi setidak-tidaknya bolehlah diharapkan membantu pemahaman pembacaan or reading comprehension, at least. Risau juga, takut mengelirukan. Mengetahui lebih mendalam akan maksud ayat yang dibaca maka haruslah berguru dengan mereka yang expert dibidang tafsir.

Binaan asas iaitu yang paling mudahnya adalah berbentuk derivative. Bermula dari kata kerja @ الفِعْلُ

A : to do..... فَعَلَ       doer or the one who does the action...... فَاعلٌ

Dari pola ini, maka banyaklah kata nama yang boleh diujudkan. Misalnya,

to write..... كَتَبَ         writer........ كَاتِبٌ

to open..... فَتَحَ          a person who open..... فَاتِحٌ

to help...... نَصَرَ       a helper....... نَاصِرٌ

to worship..... عَبَدَ    worshipper....... عَابِدٌ

Kategori ini dikenali sebagai اسم الفاعل . Ianya bermaksud 'pelaku' kepada kata kerja. Perlu diingat, katanama berbentuk begini hanyalah dari 'salim' verb. Banyak lagi katanama yang tidak mengikuti pola sedemikian. Kena kenal pastinya.

Lanjutan dari kata nama terbitan ini, kita sering kali terlihatkan dan menyebutnya dengan penambahan awalan, ' ال '. Awalan ini membawakan kita kepada pergertian 'definite' pula iaitu sesuatu yang pasti dan dimaksudkan. Ertinya, tanpa awalan ini katanama itu bersifat umum dan dengan adanya awalan ' ال ' pula ianya adalah katanama yang khusus. Apa erti tanpanya dan dengan kehadirannya kena ketahuinya dengan yakin. Contohnya,

a writer..... كاتب

the writer...... الكاتب

Bagi memudahkan pemahaman, Arabic grammarians sepakatan mengungkapkan istilah النكرة (katanama am) pada perkataan tanpa ' ال  ' dan  المعرفة  (katanama khusus) pula yang punyai awalan ' ال '.

Seterusnya, dari kata kerja juga, satu kategori lagi boleh diujudkan iaitu اسم المفعول . Ini pula bermaksud objek atau 'pihak' yang menerima kesan dari tindakan 'pelaku'. Bagi memudahkan pemahaman tentulah disertakan contohnya. Maklumlah hendak belajarkan. Polanya yang harus kejap diingatkan,

B : to do.....فَعَلَ         the one who suffer the action..... مَفْعولٌ

the one being opened.... فَتَحَ - مَفٓتوحٌ

the one being helped..... نَصَرَ - مَنْصورٌ

the one being worshipped.... عَبَدَ - مَعْبودٌ

Satu trick yang diberitahu oleh kebanyakan penulis buku mengenai grammar arab adalah 99% perkataan bermula dengan ' م ' ini adalah sebenarnya katanama. Sudah tahu, haruslah kita ingat sungguh sungguh. Proses serupa jugalah yang akan terjadi bila awalan ' ال ' didatangkan. Katanama am akan bertukar menjadi katanama khusus. Englishnya, from common noun converted into proper noun.

Setelah mengetahui 2 kategori katanama dari root verb ' فعل ', terdapat juga katanama yang berkaitan. Tentunyalah setiap aksi perbuatan oleh pelaku dan yang menerima tindakan perbuatan pelaku kadang tentunya dari alat yang digunakan.

'Ali telah dipukul oleh Ahmad sehingga berdarah.'

Bila statement seperti diatas dibacakan, mungkin sememangnya difahami. Untuk menampakkan dramatiknya, seseorang ingin pula mengetahui dengan apakah dia dipukuli dan dimana pula kejadian ini berlaku.

Seterusnya, kategori berikutnya yang dapat dikesan iaitu ' اسم الالة '. Terdapat 3 pola yang mesti diingati.

C : to do..... فعل            the instrument for the action the doer used.... الاة

                                                   نَشَرَ  (to rise)........ مِنْشَارُ      ١. مِفْعَالٌ

                                                    ثَقَبَ  (to drill)....... مِثْقَب      ٢. مِفْعَلٌ

                                           كَنَسَ  (to disappear)...... مِكْنَسَةٌ     ٣. مِفْعَلَةٌ

Beberapa contoh mudah yang diberikan ini mungkin menjadi pemangkin buat kita mencatat serta mengingatkan polanya bila terjumpa didalam pembacaan nanti. So biasakanlah mencatit dan ulang sebutnya selalu. Pasti ianya akan merungkai sedikit demi sedikit kepayahan dan menjadi semakin jelas pemahaman kita. Memangpun permulaan ianya amatlah perit sikit dan terasa leceh pula. Tapi bila kita sudah mula mengetahui akan makna dan fungsinya setiap katanama yang disebut, pembacaan serta pemahaman akan menjadi mudah. Lebih lebih lagi kekerapan mengulang baca akan melancarkan pembacaan dan pastinya aktiviti membaca ternyata lebih menyelesakan.

Kategori ke-4 dikenali sebagai ' المكان و الزمان '. Katanama dalam kategori ini pula merujuk kepada bila dan dimana sesuatu kejadian itu berlaku. Ianya dalam pola berikut:

D : to do..... فعل          denote time/place for the action.... المكان و الزمان

   لَعِبَ (to play) ..... مَلْعَبٌ (place of playing)       ١. مَفْعَلٌ

    كَتَبَ (to write) ..... مَكَتِبٌ (place of writing)     ٢. مَفَعِلٌ
                                                                       
                                                                         ٣. مَفٓعَالُ

                                                                          ٤. مَفْعِلٌ

                                                                          ٥. مَفْعَلَةٌ

Kategori kelima unjuran dari katakerja adalah masdar( مَصْدَر ) atau verbal noun. Katanama terbitan dalam BM ini samalah ertinya dengan istilah BA atau BI. Terdapat beberapa pola yang dikenalpasti dan kenalah juga diingati. Jika kita membiasakan diri untuk alert mengesannya dan kerap pula mengulang membaca, pastilah lebih mahir seseorang akan asas BA. Antara pola yang biasa kedapatan adalah:

E : to do.... فعل

                                                      ١. فُعولٌ - دَخَلَ - يَدْخُلُ  ..... دُخولٌ

                                                    ٢. فَعالٌ - ذَهَبَ - يَذْهَبُ   ...... ذَهابٌ

                                                       ٣. فِعالٌ - نَكَحَ - يَنْكحُ  ....... نِكاحٌ

Penerangan ringkas akan katanama dari katakerja atau kata mudahnya katanama terbitan memerlukan tumpuan penelitian yang utama. Ini disebabkan kita tidaklah begitu mahir lagi akan kata kerja( الفِعْل ). Kenalah rajin. Sentiasalah menuliskan kembali buat mengingat-ingatkan. Kerapkan mengulang penyebutan agar ianya melekat kejap diingatan.

Katanama yang ujud dari katakerja ini bukanlah 'berdiri' sendirian tapi perlukan sokongan dari sejumlah perkataan lainnya dalam konteks ayat yang dibaca dalam memberi pengertian khusus. Tanda  tanwin dihujung  dalam ayat yang dibaca membawa makna yang berbeza. Begitu jugalah bila hadirnya tanwin gandaan. Ini baru hal tanda bacaan. Tentulah ada perkataan lainnya yang mempengaruhi pengertian maksud ayat. Agar tidak bersalahan serta perlu jelas akan fungsinya maka amatlah perlu diketahui juga akan hal ini.

Paling utama ialah الفِعْل iaitu katakerja/verb.

                                                                         فَتَحَ المُدرًِِس البَبَ

                                                             Guru itu telah membuka pintu.

Sekilas pandang sahaja sudah diketahui peranan 'al-mudarrisu'. Dia, iaitu guru/cikgu, adalah pelakunya. Term yang kita kena ingat ialah الفاعل . Ianya dalam bentuk اسم مَرْفُوعًً . Tapi ada exceptionnya juga. Ini turut sama kena ingat. Contoh yang digunakan diatas dipadankan dengan kata kerja active verb( فعل مَعْرُوف ).

Manakala yang dibawah ini pula menggunakan kata kerja passive verb( فعل مَجْهُول ). Katakerja ini mestilah seharusnya bersifat 'transitive' dimana memerlukan object.

                                                                                فُتِحَ البَبُ

Disini dan dikedudukan ini, al-mudarrisu tidak dinyatakan dan البَبُ adalah object pula. Ini baru satu hal malah banyak lagi perkataan dan rangkaikata lainnya yang mempengaruhi peranan katanama.Bila ada pelaku atau doer, pastilah ada yang akan menerima kesan dari tingkahlaku 'subject'. Mudah cakap yang menerima kesan akibat adalah object. Dikenali sebagai  dan berbentuk .

Kekadang ada ketikanya katanama itu dalam bentuk اسم مَجْرُورًًٌ bilamana ada kata penghubung sebelumnya, preposition in english atau arabnya الحَرْفُ . Juga bila hadir dalam bentuk مُضاف - مُضاف إِلَيْهِ

                                                                    ١. الحَرْفُ - مَعَ المُدرًًسِ

                                                                   ٢. مُضافٌ - بَيْتُ المُدرّسِ

Istilah arab yang pelbagai melingkungi katanama punyai hubungkait yang penting dalam memberi pengertian yang bermakna. Bentuk binaan dan konsep punyai implikasi bila dua kata nama bergabungan. Contoh terdahulu adalah merujuk kepada cuma satu katanama sahaja. Analisanya seperti berikut:

1. Definite .... وَلَدٌ

2. Indefinite .... الوَلَد

3. Case

                 a. Nominative .... بَيْتٌ / البَيْتُ

                 b. Accusative .... وَلَدًا / الوَلَدَ

                 c. Genetive .... وَلَدٍ / الوَلَدِ

4. Form

                a. Singular

                b. Dual

                c. Plural

Mengetahui ciri dan kriteria sesuatu kata nama akan lebih memudahkan kita memahami peranan yang dimainkan. Bahasa Arab atau bahasa apapun, tiada perkataan yang isolated. Gabungan dua katanama akan mempunyai maksud yang lebih khusus.

1. Bila dua kata nama punyai struktur binaan yang sama. Tanwin ( ِ  ، َ  ، ُ  ), Double tanwin ( ٍ  ، ٌ  ، ٌ  ) dan juga penambahan ' ال '. In english, kita panggilnya 'compound noun'. BM pula adalah katanama gabungan. BA diistilahkan sebagai صِفَة - مَوْصُوْف .

Contoh :
         
               BA.....  بَيْتٌ جَدِيْدٌ

               BM..... rumah baru

               BI....... new house.

2. Ada keadaannya dua katanama merujuk kepada kepada satu(1) maksud, dimana katanama pertama berbentuk (  ِ ، َ  ، ُ   ) tanpa ( ال ). Manakala katanama kedua dalam bentuk (  ٍ  ، ٌ  ، ٌ   ) dan selalu juga dengan ( ال ). Katanama pertama, englishnya adalah 'thing possed'. Katanama kedua tu pula 'possessor'. Untuk familiarkan dan senantiasa disebut diingati adalah مُضاف - مُضاف إِلَيْهِ .

Contoh :

BA ..... بَيْتُ المُدَرِّسِ

BM..... rumah guru, bermaksud rumah milik guru

BI....... the teacher's house or house of the teacher

Tapi dalam contoh lagi satu ini, maksudnya lain pula.

BA ...... مِفْتَاحُ بَيْتِ المُدَرِّسِ

BM ..... kunci rumah guru

BI ....... the key of teacher's house

Selain katanama terujud dari root verb, terdapat juga katanama yang asalnya adalah nama seseorang atau sesuatu benda. Kata benda nama atau istilahnya, اِسْم عَلَمُ , so kita kena hafallah. Tidak perlulah pertikaikan kenapa dan mengapa lagi. Sebabnya ianya telah sebati dalam bahasa itu. Nama khas keatas sesuatu yang dirujuk.

Contoh, nama seseorang atau nama tempat.

                                                             اَدَم ، مُحَمَّد ، إِبْرَهِيْم ، مُوٓسَ ، يُوْنُس

                                                                               مَكَّة ، مَدِيْنَة

Bagi memantapkan perlulah kita lebih proaktif. Caranya, cuba kita kenalpasti dan kategorikan setiap katanama yang ditemui dalam pembacaan al-Quran. Buat permulaan, apakata kita analisa 100 ayat pertama surah al-Baqarah.Segeralah berbuatnya, pasti akan membuatkan kita bertambah yakin memahamkan apa yang tercatat 1400 tahun dahulunya yang tidak berubah lagi terpelihara olehNya.

إِنْ شَاءَاللهُ