Sunday, November 13, 2016

Panahan petir yang memilukan...

13 NOVEMBER 2016, 19:40
Seawal 6:30 petang lagi, cuaca mendung. Isyarat awal atau petanda hujan akan turun selepas itu antara cepat atau mungkin lewat datangnya. Itu urutan yang pasti terjadi. Berkeadaan sejuk semacam maka tidak mungkin pula hujan tidak berlaku. Kepastian yang berpandukan kepada memerhatikan serta mengalami sendiri kesekian kalinya proses mula sehingga berhentinya hujan menyedarkan betapa tidak berdayanya kita menahan kejadian semulajadi alam. Guruh yang sayup sayup kedengaran sebelum maghrib semakin kuat kedengaran serta kerap hadirnya ketika memasuki waktu maghrib. Bertukar petir atau kilat yang bercahaya benderang seketika membelah awan dengan bunyi dentuman yang mengegarkan. Pun begitu urusan insan berjalan seperti biasa. Masuk waktu sembahyang kenalah bersembahyang.


Selesai solat, tergerak pula untuk mencoret. Hujan diluar seakan menjadi 'background music' diketika ini. Disaat kita sedang duduk-duduk, ada insan lain yang sibuk dengan urusan kehidupan masing-masing. Semua mereka melakukannya bersebab. Mana ada membuat sesuatu bukan dengan kerelaan. Mungkin masa dan ketika tidak berapa sesuai dari sudut pandangan kita. Apapun, urusan sendiri hanyalah individu itu sendirilah yang lebih maklum. Biarpun begitu dan dalam kelekaan mengurusi setiap hal dan kegiatan kita, tidak semena-mena pula kejadian yang tidak disangka-sangkakan menimpa diri. Sekali lagi dapat disimpulkan yang kita tidak mampu mengelak kejadian yang diluar pemikiran pemahaman untuk terjadi.

Petang tadi selepas zohor didirikan aku berehatlah dibilik locker sahaja. Melayankan smartphone mengintai blog dan whatApps group yang disertai sampaikan battery kehabisan. Rakan sebelah, seorang PB or Polis Bantuan pertengahan 40an, yang turut sama berehat leka dengan games. Sempat lagi menegur, 'Aiik!, battery kong sudah.' bila dia terdengarkan bunyi signal low battery power akan smartphone aku. Aku cuma sekadar angkat bahu sahaja sambil tergelak kecil. Tiada apa hendak dibuat, aku lihatlah lembaran akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 November. Terbitan Jumaat yang lusuh keadaan tapi cerita yang terkandung belum pernah aku bacai. Teringatlah si-Apek yang smash si Aziz yang begitu innocent memaklumkan akan macam-macam berita yang boleh dibaca bila harga sebeban akhbar yang ditawarkan begitu murah dengan katanya, 'Gua beli bukan mahu baca berita.' Sempat dia sekolahkan si Aziz lagi yang mana dia beli pakai borong sedangkan si Aziz beli kira keping. Berita utama pasal seorang 'orang besar' GLC, yang kehidupannya serba mewah sampaikan membeli 9 biji rumah secara tunai telah ditangkap. Sekadar mencebik sahajalah aku. Kuman seberang sungai, seberang selat mahupun seberang laut nampak jelas dipandangan tapi yang menghairankan sanggup pula gajah depan mata boleh buat-buat tidak nampak apatah lagi perasankan. Kemudian selak kemuka dalam pula, terpampang 2 muka penuh sebelah menyebelah dengan gambar warna lagi memenuhinya. Tangkapan penguatkuasa disana sini akan peniaga yang tidak beretika melakukan aktiviti menyorokkan minyak masak. Tiba-tiba serentak pula kejadian, harga naik agak melampau, minyak pula disorokkan. Apa punya sandiwara yang mahu dimaklumkan kepada pembaca. Rationalizing subsidy untuk minyak masak yang bagi golongan bawahan bermaksud harga minyak naik. Tapi pengertian pihak pentadbir negara yang terlebih bijak dan terlebih pandai amat jauh bezanya. Kesan langsung yang segera dialami oleh golongan bawahan semacam tidak dikesahkan. Pandai-pandailah hendak hidup.

Kisah benar yang perlu sesama kita membantu


Tapi bila membaca berita dari Gua Musang yang trajis berlakunya amat menyentap perasaan aku. Seolah tidak percaya akan kisah yang dilaporkan ini. Harus datangnya dari stringer mereka yang berada di Kelantan memaklumkan akan kisah ini yang mungkin tidak kedapatan diakhbar selainnya. Nilai beritanya kecil sahaja dari sudut pandang ketua pengarangnya dan diletakkan dimuka jauh dibelakang sebelum ruangan sukan. Tapi bagi diri aku andailah benar sepertimana yang dilaporkan, nilai beritanya amatlah besar. Membaca penuh teliti urutan kisah kejadian mula sehinggalah tergelimpang maut dipanah dengan penggunaan perkataan dan bentuk ayat yang dipilih sendiri untuk meyakinkan pembaca bagi mengambarkan situasi kejadian. Seolah dia berada disana diketika berlakunya tragedy. Aku pula cuba visualise-kan detik kejadian seumpama babak lakonan. Macammana dengan mimik mukanya mengarahkan anak yang membantunya dibangsal untuk segera masuk ke rumah. Mungkin kata si-arwah ini, 'Sudah... tinggalkan kerja tu. Baik angah lari cepat masuk rumah. Kilat ni... bahaya... kalau apa-apa berlaku kan ke susah nanti. Ayah siapkan yang ni, ayah akan menyusul kemudian.' Untuk lebih memilukan pembaca, sepatutnya pelapor berita ini memasukkan dailog terakhir yang sempat dipesankan kepada anaknya. Tidak tercatatpun tidak mengapa. Anaknya yang seperti terlepas dari ajal andai tidak berbuat sepertimana yang diarahkan bapanya pastinya akan mengenangkan kata-kata ayah tercintanya sehinggalah kepenghujung usia. Tiada siapa mampu meragut kenangan terakhir bersama arwah. Kita pula yang membaca yang bukanpun saudara rapat atau mengenalinya secara peribadi dan cuma saudara seislam yang jauh di Melaka ini hanya bersimpati keatas 'malang' yang menimpa keluarga mereka. Hanya titipan doa mengharapkanNya memudahkan segala urusan kehidupan mereka sekeluarga yang tetiba kehilangan ketua keluarga. Apapun, Kak Norazila kita ini, yang selama ini berperanan sebagai ibu dan dalam sekelipan mata harus juga memangku tugas bapa mentadbir urus lapan orang anak dari yang dewasanya baru berusia 18 tahun sampailah yang berusia 2 tahun kembar pula. Lebih memeritkan lagi, 5 dari 8 anaknya masih bersekolah dan ditambah pula OKu yang pastinya memerlukan belanja yang besar. Kemanakah harus dia mengadu nasib.

Jika difikirkan dan diperpanjangkan kesahnya ini, mungkin tidak tertanggung bagi sesiapapun yang tidak semena-mena menghadapi situasi sebegini. Dari photo keluarga arwah Shamsudin yang sebaya aku bila diamat-amati kelihatan wajah isterinya seperti tidak sepadan dengan usia 38 tahun. Teruk lasak bekerja tanpa penjagaan diri yang baik lagi sempurna biasanya mudah menyebabkan raut wajah kelihatan sudah berumur pertengahan 50an. Kita akan terpinga-pinga memikirkan kenapalah dia yang susah hidup sekeluarga diuji dengan sedemikian rupa. Tidak akan dapat jawapan yang tepat akan hal yang diluar bidang kuasa kita. Tapi Allah swt telah lama dulu mengingatkan kita akan ketentuanNya didalam banyak ayat yang kerap dibaca dan faham akan maksudnya. Frasa yang biasa terjumpa yang muncul sepertimana didalam sebahagian ayat ke 20, surah albaqarah,

إن اللهَ عل كُلِ شَىْءٍ قَدِيرٌ.

Pengertian dalam konteks ini bermaksud, Hanya Allah swt jualah yang berkuasa menentukan akan sesuatu kejadian. Kita semua ini yang bertaraf hamba tidak mampu mengerti setiap dan semua kejadian yang berlaku dengan sebenar-benarnya. Malah ingatanNya pada malaikat yang bertanya penuh keraguan membuktikan. Rujuk penghujung ayat ke-30,

قالَ إنى اٰعْلَمُ ما لاَ تَعْلَمون.

Dailog yang mematikan prasangka buruk para malaikat akan keujudan manusia dengan kata tegasNya, 'Sesungguhnya Aku amat mengetahui akan apa yang tidak kamu semua ketahui.'

Manakala dari sudut pandang aku yang tidak meluas skopnya, aku melihat dari perspektif selepas kejadian. Bagaimanakah kita sesama saudara boleh dan mampu membantu meringankan beban yang ditanggunginya. Cukupkah sekadar bersimpati dan meluahkan rasa simpati di whatsApp grup sahaja sambil meminta yang lain untuk turut sama bersimpati. Tentulah tidak bertepatan dan jauh dari meringankan. Malah mungkin lebih mengusutkan keadaan dengan saling tuduh menuduh kenapa mereka yang berkenaan tidak segera membantu. Banyaknya seruan dan suruhan Allah swt akan perihal anak yatim dan orang yang susah lagi kesempitan. Apakah setiap ayat yang dibaca didalam sembahyang, ditilawahkan pula sampai ke peringkat antarabangsa tidak diketahui maknanya atau sekadar lafaz dimulut sahaja. Dia maha melihat lagi maha mengetahui. Pihak kita pula harus mempraktikan apa yang dibaca. Knowledge is not power but action is. Sejauhmanakah kita beramal dengan apa yang dibaca dan difahami. Setiap perbuatan akan menjadi bukti amalan untuk dibawa ke sana nanti. Kitakan ditempelak akan sembahyang yang kita dirikan bilamana antara ayat lazim ketika sembahyang, surah ke-107, surah al-maun(Small Kindness) akan ketidak-mahuan kita  membantu anak yatim serta menolong orang miskin. Kejadian ini membuatkan banyak pihak harus segera membantu meringankan beban. Semua kita kalau diikutkan harus bertanggungjawab. Banyak ayat-ayat yang terkandung perkataan anak yatim dan orang miskin. Bagi anak yatim sahaja banyak ayat untuk kita fahami dan praktikkan seharusnya yang antaranya seruan untuk kita membantu, ingatan melarang menganiaya, serta tegahan memakan harta peninggalan arwah bahkan digalakkan membimbing mereka agar menjadi insan berguna dikemudian hari. Begitu jugalah akan perihal orang miskin. Membantulah kita dengan jalan bersedekah kerana kemiskinan seseorang menurut ketentuan Allah jualah. Kita tidak perlu sampai ketahap 'ignorant' dengan menyangkakan seseorang itu kecukupan belanja hidupnya sedangkan tanda-tanda kemiskinan hidup jelas dapat kita lihat. Maka bantulah mana yang perlu kerana mereka yang susah ini pun punya harga diri dan meminta-minta bukanlah sesuatu yang selalu dibuat tapi sekadar bila memerlukan.

Maka sejauhmanakah kita mempraktikkan sesempurnanya dan sepantas mana pula kita menyedari dan membantu sesama kita yang ditimpa musibah.

Moga kita dimudahkan olehNya akan segala urusan kehidupan kita.

Thursday, November 10, 2016

Ganti nama, pronoun and الضميرُ (possessive - attached)

07 NOVEMBER 2016, 08:23
Setelah kita ketahui akan detached pronoun yang letaknya dipermulaan ayat, seharusnyalah sedikit sebanyak kita telah maklum dan dapat menangkapnya within second sahaja bila ianya dibaca. Penguasaan yang baik andai dipupuk senantiasa, mampu setidak-tidaknya memahamkan akan apa yang dibaca itu pada peringkat asas. Untuk memantapkannya lagi maka haruslah berguru dengan mereka yang bertauliah.


Sebelum kita merujuk ayat alquran yang punyai struktur ayat sepertimana yang dijelaskan dalam entri yang terdahulu, adalah lebih baik untuk diketengahkan di catatan ini akan ucapan yang terlalu kerap diucapkan. Sedarkah kita ataupun terlepas pandangkah disebabkan tidak ketahui maknanya dan main pakai lafaz sahaja akan ucapan didalam sembahyang yang didirikan hari demi hari. Kitakan sedia maklum dan akui sepenuh hati bila diberitahu dan diceramahkan yang kita sekurang-kurangnya membaca al-fatihah sebanyak 17 kali setara jumlah rakaat sembahyang fardhu. Kalau dibuat sembahyang sunat maka jumlah bacaan al-fatihah akan lebihlah dari 17. Ucapan, 'اللهُ اكْبَرْ ' yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu adalah 'Allah Maha Besar' . Pengertian ucapan arab yang difahami yakni 'takbir' mulai diucapkan dipermulaan solat. Kemudian bila hendak rukuk.  Selepas tu dilafazkan lagi masa turun untuk sujud. Bangkit dari sujuk untuk duduk antara 2 sujud dan sujud semula harus diucapkan juga sebelum meneruskan rakaat kedua. So, untuk setiap rakaat, kita melafazkan takbir sebanyak 5 kali. Bagi rakaat kedua pula ditambahi satu lafaz lagi ketika bangkit dari sujud sebelum membaca 'tahiyat-awal' dan begitu jugalah untuk rakaat terakhir sebelum membaca 'tahiyat-akhir'. Ringkasnya, Subuh sebanyak 11 kali, Zohor sebanyak 22 kali, Asar juga 22 kali, Maghrib pula sebanyak 17 kali dan akhirnya Isyak sama banyak seperti Zohor dan Asar iaitu 22 kali penyebutan. Maka 17 rakaat fardhu sahaja menjumlahi 94 kali.

Andai sebutan ' اللهُ ' digantikan dengan   ' هُوَ '  ,  sebutan melayunya adalah, Dia Maha Besar'. Contoh lain, مُحَمَد مُسْلِمٌ ' mudah sahaja boleh ditukarkan ke ' هُوَ مُسْلم ' . Paling ringkas dan paling mudah mengingatkan struktur ayatnya. Bagaimanapun, didalam alquran, kita akan highlight-kan format sebegini yang muncul dalam konteks ayat mudah didalam ayat kompleks. Contoh dari alquran untuk pattern pertama dan rasanya semua orang amat familiar adalah,

قُلْ هُوَ اللهُ أحَدٌ.
Penganalisaan akan ayat 1, surah al-ikhlas ini akan menemukan kita kepada:
1. Ayat perintah... قُلْ , dari kata kerja قَالَ , 'telah berkata'.
2. Personal pronoun(detached) - هُوَ    nominative( مرفوع)
3. Nominative noun - اللهُ
4. Nominative adjective - احدٌ


Selepas kita sudah biasakan diri dengan kata ganti-nama personal kini kita beralih pula kepada bentuk keduanya.Kata ganti-nama possessive adalah lebih banyak kedapatan melebihi kata ganti-nama personal. Kepenggunaannya lebih bervariasi. Kata ganti personal adalah terhad kepada kata nama(noun) sahaja. Manakala kata ganti possessive pula akan kedapatan selepas kata nama(noun), kata kerja(verb) dan juga kata sendi(preposition). Hampir setiap ayat yang dibaca, kita akan menemuinya. Katanama selepas katakerja adalah berfungsi sebagai objek kepada katakerja tersebut itu. Apa yang perlu kita lakukan adalah meningkatkan lagi pembacaan agar ianya meresap kedalam diri.
3 jenis kategori perkataan dalam bahasa arab


Possessive Pronoun attached to noun

Possessive Pronoun attached to letter






 Teringat lagi masa disekolah rendah. Pembelajaran bahasa inggeris yàng diajari oleh guru yang komited, cina lagi, di BHES. Dia yang sabar menunjukajari aku yang kosong asas berbahasa inggeris tanpa mengerti satu apapun pada peringkat awal tapi tidak lama berikutnya aku boleh bertutur dengan baik. Bayangkanlah dari kelas 1 Kuning or 1C iaitu kelas ke tiga aku beralih ke kelas 2 Merah or 2A iaitu kelas pertama ditahun berikutnya. Selepas itu aku kekal di kelas biru or B sehinggalah ke darjah 6. Bagi memantapkan kemahiran berbahasa, al-maklumlah bahasa pertuturan harian keluarga bukannyalah bahasa inggeris, aku mencatatkan setiap noun, verb dan adjectives yang ditemui dari pembacaan didalam buku untuk diulang sebut dan difahami maknanya. Kekerapan melakukannya ketika itu membolehkan aku tahu dan boleh bercakap dan menulis dengan agak baik juga akan bahasa inggeris. Andai method yang sama digunapakai untuk bahasa arab, insya-Allah, cepat atau lambat bergantung kepada keinginan diri sendiri.

Kita sebenarnya jauh tertinggal. Mengejar sekadar untuk bersaing sahaja dengan yang telah mahir lebih awal dari kita terutamanya ketika usia mereka disekolah rendah ibarat mendaki tebing yang sangat curam. Sukar dan perit adalah sesuatu yang pasti dialami. Cumanya, diperingkat usia sebegini, pengalamanlah yang menjadi perangsang untuk menempuh rintangan serta halangan serta kuatkan semangat untuk senantiasa kekalkan consistency demi memudahkan pembelajaran. Jangan hiraukan sangat dengan membandingkan kemampuan orang. Kita buat role kita. Ianya sudah memadai untuk kita memacu kemampuan sehabis mampu.

Yakinlah kepada kemampuan diri sendiri.

Saturday, November 5, 2016

Ganti Nama, Pronoun or الضميرُ

04 NOVEMBER 2016, 21:35
Memahirkan diri serta membiasakan diri dengan gantinama yang digunakan didalam alquran akan membolehkan kita tahu dan faham dengan lebih jelas dan tepat akan sesuatu ayat yang dibaca. Perkara yang sengaja dihighlightkan ini penting untuk diketahui diperingkat awal lagi memandangkan ianya memudahkan proses pembelajaran dan seterusnya penghafalan. Bila kita memudahkan sesuatu pastinya secara semulajadinya keyakinan diri akan meningkat dan minat serta kesungguhan akan lebih terserlah. Begitupun disiplin diri didalam proses belajar dan senantiasa istiqamah akan membantu mempercepatkan membiasa serta membudayakan membaca alquran. Normal bagi seseorang akan mengulang-ulang perkara yang biasa serta selesa dilakukan.


Bagi menguji kemampuan adalah lebih baik kita meneliti serta menganalisakan ayat alquran ini dari sudut tatabahasanya serta fahami struktur ayat. Tafsiran ayat mungkin serta harus dirujuki kepada mereka yang lebih maklum mengenainya. Apapun secara dasarnya kita perlu mengetahui asas bahasa arab. Kalau kita teliti baik-baik, alquran bukanlah seperti buku ilmiah. Susunan ayatnya lebih kepada memberitahu, menerangkan, memikirkan serta mengagongkanNya disepanjang kehidupan ini. Manakala buku-buku ilmiah lebih kepada pernyataan umum yang terhad jangkauan akal pengarangnya serta bergantung pada masa bila dia mencatatnya. Bukankah Dia yang mengajari Nabi kita akan sesuatu untuk kita semua rujuk dan amalkan. Maka kata gantinama yang bersesuaian perlu digunakan bagi menerangkan sesuatu. Malah kekerapan penggunaan kata ganti nama ke-dua lebih banyak dari ganti nama ke-tiga apatah lagi pertama. Penyusunan sedemikian membolehkan sesiapa yang membaca terasa seolah-olah Allah swt sedang 'berdailog' dengan si pembaca sepertimana dengan perutusan kepada junjungan besar kita via Malaikat Jibrail.

Pertama adalah kata ganti nama diri @ personal. Dikenali sebagai المنفصلة. Dari 14 kata ganti diri cuma 6 inilah yang kerap digunakan, .هُوَ،هُمْ،انْتَ،انٓتُمْ،انَا،نَحْنُ . Kemajuan teknologi yang kita nikmati kini amat memudahkan. Orang yang lebih awal dari kita telah pergunakan untuk kebaikan bersama. Sebelum ini, dalam entri terdahulu, serta semua orangpun sudah mengetahui akan jumlah ayat, akan jumlah surah serta jumlah juz yang terkandung dalam alquran. Berkat usaha yang dilakukan, kita kini dimaklumkan yang 6 kata ganti diri ini telah disebutkan sebanyak 1295 kali. Banyak lagi soalan-soalan yang trivia yang mungkin kita cuba tanyai sudahpun terjawab lebih awal lagi sebelum kita terfikir untuk menanyai.

Untuk lebih jelas, diperturunkan dalam bentuk 'table'.

6 kata ganti diri yang kena familiar


Merujuk kepada kata ganti diri ketiga iaitu, dia atau 'he' iaitu هو dan mereka ataupun 'they' iaitu هُمْ, maka kedudukannya didalam ayat adalah dipermulaan. Dalam tatabahasa dikenali sebagai subject or arabnya, مُبْتَدَاٌ . Predicate dan subject pula membentuk satu ayat yang sempurna. Predicate, arabnya, dikenali sebagai خَبَرٌ . Banyaklah perkara yang akan mempengaruhi structure ayat sedemikian yang dikenali pula as nominal sentence. Iaitu ayat yang dimulai oleh noun/pronoun dan arabnya, adalah الْجُمْلَةُ الاَسْمِيّةُ .

Untuk lebih mudah lagi, ganti nama diri ke-dua pula, kamu or 'you' iaitu انٓتَ dan jamaknya kamu semua/mereka atau you all/they adalah انْتُمْ . Juga being governed by kata kerja yang hadir selepasnya. Bila sudah expert, secara naturalnya kita akan tahu siapa yang berkata dan siapa pula yang menerima.

Kata ganti nama diri pertama, aku/saya or 'I', arabnya adalah انَا . Manakala kalau ramai yang berkata, kami or 'we' disebut pula نَحْنُ .

Penggunaan ke-enam-enam kata ganti nama personal ini boleh ditelitikan menerusi table dibawah.

Telitikannya baik-baik

Kalau ganti nama itu satu or singular, maka kata nama di predikatepun merujuk kepada satu. Bila digunakan ganti nama jamak or plural, automatically, kata nama didalam predicate mestilah juga dalam bentuk 'plural'.

Tidak sabar rasanya hendak menatapnya sendiri akan hal ini yang terkandung ribuan tahunnya tersedia untuk kita semua terokai serta praktikkan dalam kehidupan. Formasi paling ringkas adalah subject and predicatenya adalah juga satu perkataan.
Contoh mudah, الكِتَابُ جَدِيْدٌ
Bentuk kedua yang akan kita temui dimana predikatnya dalam bentuk frasa. Inggerisnya, prepositional phrase or حَرْفُ جَرٍ
Misalnya, الكِتَابُ على المَكٓتَبِ
Format ketiga adalah adverbial phrase. Selepas noun/pronoun(one word) as subject or مُبْتَدَأٌ  , akan dituruti oleh adverb atau kata penerangan. Antaranya, تَحْتَ، امَامَ، جَلْفَ و بَيْنَ .
Seperti, الكِتَابُ تحْتَ الكُرْسيّ
Kerap juga akan ditemui dalam formasi verbal sentence or الجُمْلَةُ الفعْليةُ
Contohnya, ِحامِدٌ ذَهَبَ الى المَسْجِد
Pattern kelima yang biasa juga akan terjumpa dimana predikatnya adalah juga nominal sentence. Maknanya, nominal sentence dalam nominal sentence.


Sentiasa peka dan meneliti dengan penuh perhatian akan kedudukan subject serta bentuk predikat yang mengiringinya pastinya akan memudahkan pemahaman struktur ayat. Begitupun dalam pada merangkak-rangkak membaca lambat laun nanti kita akan lancar membaca dan ditambah pula mampu memahami apa yang dibaca. Bila grammar sudah mantap, makna setiap kata nama, kata kerja, kata sifat dan kata penerangan(adverb) bahasa arab harus dihafali maknanya. Kata sendi dan kata penghubung yang tidak seberapa jumlahnya tentulah kacang sahajakan untuk mengingatinya. Semenangnya benar kata peribahasa kita, 'alah bisa tegal biasa'. Bila kita sudah alah pada bisa, secara semulajadinya ketegalan yang dialami akan menjadi sesuatu perkara yang biasa-biasa sahaja.

Sudah lali atau hendak nampak canggih, dah immune.

Friday, October 28, 2016

Assalamualaikum... assalamualaikunna

25 OCTOBER 2016, 21:36
Informasi yang kita terima yang datang dari segenap penjuru saban dan setiap hari kekadang terlepas dibawah arus sedar. Inggerisnya adalah 'threshold'. Perkataan ini terlalu kerap dituturkan oleh En. Hashim, lecturer Behavioural Science masa di tahun 2 mengikuti kursus BM51 - Diploma in Marketing(uk) dibawah School of Business. Teringat lagi orangnya yang mirip-mirip AR Badul dengan bergigi sederhana panjang macam Syed Keruak yang madang sahaja kena bahan dengan bloggers, yang lebih asyik menceritakan perihal keluarganya sebagai contoh menerangkan konsep-konsep yang diajarinya. Bukan sekali tapi sentiasa sangat. Cakap lebihpun tidak guna. Masa itu memasuki kelasnya sekadar mendengar celotehan dan memastikan kehadiran penuh adalah satu obligasi memandangkan coursemate batch July 1984 cuma seramai 13 orang sahaja. Penampilannya simple sangat. Berkasut kulit tanpa stokin adalah trademark yang membuatkan eyebrow terangkat melihatkan kepelikannya. Cakap orang putih slang America berabuk mengalahkan Graham Bridge, lecturer Marketing Communication yang didatangkan dari Australia. Maklumlah, dia ditaja oleh Mara untuk sambung belajar bagi lantikan pensyarah berkelayakan master. Kenangan di ITM mana mungkin boleh dilupakan sepanjang hayat ini.


Apapun, memperkatakan sesuatu yang ingin dicoretkan memangnya memerlukan daya ingatan yang cukup kuat dan kerelaan hati yang tanpa dipaksa-paksa untuk melakukannya. Sebenarnya agak lama jugalah hendak mengulas akan perkara tajuk ini tapi kesempatan masa yang melengahkan dan kadangkala tertunggak. Ikutkan hendak melupakan sahaja tapi semacam obligasi pula hendak menyudahkan. Masa sedang minum 'malam' dengan goreng pisang nangka panas yang dibeli beberapa sisir masa berpergian ke pasar pagi tadi,  astro pulak tengah runningkan 'Ali Baba Bujang Lapok'. Layankan sahajalah. Bila tiba pada scene si Norsiah, bini Ali Baba mengucapkan salam pada birasnya, Aloyah, bini si Kasim Baba tergeraklah hendak mengulas. Filem keluaran dan telah ditayangkan ditahun 1961 ini dan terlampau kerap diulangsiar hingga hampir diketahui sudah jalan ceritanya. Kata orang, biar banyak kalipun dimainkan, ianya masih segar ditonton. Evergreenlah katanya. Pun begitu, aku melihat dari sudut pandang yang berbeza. Terperasan lama sudah akan penggunaan/penyebutan bahasa arab didalam dailog filem-filem 'klasik' sebegini. Sejauhmana dan semungkin manakah penonton berjaya untuk memahamkan setiap patah 'arab' yang diucapkan oleh para pelakon tiada pula diketahui secara 'definite' mahupun relative-nya. Tiada kajian khusus secara saintifik pernah dibuat. Teringat lagi aku ketika di tahun 1976 bilamana keluarga baru berkemampuan membeli tv hitam putih ketika itu bersaiz 24". Berkaki dan siap berpintu berkunci.Kira grand dan berbanggalah. Bermulalah jiran-jiran yang belum memiliki tv datang menjengah kekadang sampai habis bersiaran saban malam lagi. Kebanyakkan program tv adalah berbahasa inggeris. Dramanyalah, acara sukanlah dan dokumentari yang berbahasa inggeris semuanya. Kalau ikutkan kekerapan menonton dan mendengari hari-hari mungkin kebanyakkan orang melayu dikala itu sudah faham dan boleh bertutur sedikit sebanyak akan bahasa orang putih. Tapi ianya tidak sedemikian hakikatnya. Orang yang secara pasif menonton dan bergantung sepenuhnya pada sarikata atau 'subtitles' tidak kemana perginya. Pernah satu ketika masa reramai sedang nonton cerita perang, ketua platoon mengeluarkan arahan 'Fire... fire... fire' tapi diskrin diterjemahkan sebagai 'Api... api... api...', aku ketawa besar mengejek. Kehairanan melihat, salah seorang yang turut sama menonton spontanlah bertanya, ' Kenapa ketawa...'. Mungkin tidak mahu mengganggu mood menonton, aku cuma berselindung mengatakan, 'Tak ada apa-apa...'. Berada dalam situasi yang sama tapi berlainan pemahaman. Apalah yang hendak dihairankan sedangkan setiap orang tidak bersamaan dalam banyak aspeks kehidupan.

Melalui dailog yang diucapkan ianya membuka ruang untuk diperpanjangkan. Kita terbiasa menyebutkan, 'Assalamualaikum' tapi tidak pernah pula terlintas menyebut ataupun mendengarkan 'Assalamualaikunna'. Begitu jugalah dengan 'Assalamualaika, assalamualaiki, assalamualaikuma. Tidak pernahpun di Malaysia ini menyebutkan, 'assalamualaihu, assalamualaiha, assalamualaihum dan assalamualaihumma. Itu belum lagi, 'assalamualaini dan assalamualaina'. Tidak terbiasa dan tidak terlintas hendak menuturkan disebabkan mungkin tidak pernah terdengarkan sebelum ini. Tapi percubaan menggunakannya di dalam dialog untuk filem klasik sejak ditayangkan 55 tahun lalu benar-benar menguji. Dibawakan secara amat 'subtle' untuk dicerap penonton tapi tidak ramai yang berjaya membaca 'isyarat' yang mahu disampaikan.

                            Assalamualaikunna...

Bagi yang tahu akan apa yang ingin diperkatakan, aku amat berterimakasihlah. Tapi biarlah aku huraikan dari sudut pengetahuan aku. Harap tidak mengelirukan tapi mudah diperjelaskan. Secara luarannya, ucapan salam ini membentuk satu ayat sempurna. Ada subject dan predicate yang berupa rangkaikata.

السلام عليكم.
السلامُ... سَلَمَ
على ... عَلَي +
كَمْ ... + عَلَى ... عليكم.


Sering diucapkan oleh semua muslim samada yang alim(tahu), yang tidak tahu makna sebenarnya atau sekadar sudah terbiasa menyebutnya. Malah yang bukan islampun kerap juga terdengar menyebutnya. Terjemahan yang meluas difahami adalah 'Salam sejahtera keatas kamu' or 'Peace be on you all' didalam bahasa inggerislah. Bila kerap ditutur dan diucapkan ianya akan dan telah sebati didalam diri. Mengetahuinya dan mampu menganalisa akan membuatkan ianya makin kejap. Tidak mudah digoyah atau menjadi pertikaian. Ini hal paling asas dan andai tidak berkemampuan secara menyeluruh memahaminya maka sukarlah. Sebutan 'kum' adalah antara 14 kata ganti-nama(pronoun) dalam bahasa arab. Kerap ianya disebut 'attached/possessive pronoun'. Fungsinya amat besar. Didalam al-quran ribuan kali akan dibaca bersekali dengan noun(katanama), verb(katakerja) dan preposition(katasendi). Pastinya pengertian akan berubah mengikut struktur ayat yang dibaca. Macam orang yang berhenti dilampu isyarat. Merah sepatutnyalah berhenti tapi adakalanya dibenarkan untuk terus bergerak. Maka amat perlukan pada ilmu. Exception dan exempted perlulah diketahui dan bukan main langgar sahaja. Sebab itulah banyak kejadian pelanggaran yang sepatutnya tidak berlaku tapi terjadi pula dipersimpangan lampu isyarat. Pelik dan hairankan.

Sebagai permulaan, pronoun yang dilampirkan mampu kita fahami sejelas-jelasnya demi memudahkan pembacaan.

Kena hafal... penting ni

Kerap muncul yang harus 'masak' untuk dihadamkan

Moga coretan ini dapat membuka hati untuk lebih mengenali al-quran dan mempraktikkan setiap yang dilafazkan.

Insya-Allah.

Tuesday, October 25, 2016

Pandangan Kosong

Memerhatikan gelagat orang sekeliling dan membandingkan dengan diri sendiri amat sukar rasanya menjangkakan dengan tepat. Kita cuma memandang luarannya sahaja. Apa yang dilakukan oleh seseorang dan diperhatikan oleh orang lain jarang benar bersamaan. Yang memerhati mungkin merasakan sipelaku itu sedang kesulitan. Tapi bagi sipelaku itu sendiri adalah sesuatu yang biasa selalu dilakukan dan memang kerelaan hatinya berbuat seperti terlihatkan. Siapalah kita untuk menghakimi setiap perbuatan.


Gambar Hiasan: Turunkan barang dari lori @ Family Store
Gambar Hiasan lagi: Strap seperti inilah yang memulakan coretan ini


Semasa berhenti singgah membeli D'Rosni Cake Premix(2's x RM8.90) iaitu bancuhan membuat kek cokelat di Family Store, Duyung yang jangkaan awalnya sekadar belasan ringgit tapi tup-tup menyeberang RM50.00, aku terperasankan seorang insan didalam usia pertengahan 60an, seorang peniaga gerai makanan @ asam pedas, sedang menolak trolley penuh merempang-rempuh keluar dari kaunter pembayaran no. 1. Mungkin dalam nilai RM200.00. Banyak barang buat niaganya hari ini. Semasa menolak trolleynya keluar menuju ke kereta,  tetiba dia bongkok mengutip sesuatu. Aku pula yang bagai nepal jaga memantau spontan perilakunya diketika aku menunggui orang rumah beratur di kaunter no. 2. Bert-shirt round-neck lusuh berwarna grey dengan berseluar cargo pant berwarna kuning tanah macam orang muda lagaknya. Rambut kerinting mengerbang melepasi bahu dengan warna putih lebih dominan dari warna hitam yang kelihatan selekeh sahaja penampilannya tapi siapa tahu duit berkepuk disimpannya. Ingatkan duitnya terjatuh. Tapi bukan kerna duit dia menunduk. Rupanya 'strap' plastik dikutipnya. Sambil mengangkat sambil mengelengkan kepala lalu dicampaknya ditempat bebudak nepal melonggokkan segala kotak kosong. Agaknya semasa menolak keluar trolley kekeretanya mungkinlah dia tersandung dek kerana tali pengikat kotak yang melonggar terjatuh ketika pekerja Family Store menurunkan dari lori. Mujur dia memegang palang trolley, kalau tidak mungkin tersungkur jatuh. Suatu hal lagi. Maklumlah diusia 6 'series' apa-apapun boleh berlaku. Banyaklah terlihat,terdengarkan akan orang yang berumur andai jatuh sahaja akan patahlah kaki yang kebanyakkannya tulang temulang mula mereput. Kelihatan segak dan gagah dipandangan merupakan gambaran luaran sahaja tapi bila terkena musibah sahaja segalanya bakal mengejut hilangnya segala yang dimiliki. Tergelincir dibilik air didalam rumah sendiri dan tanpa sesiapapun yang menolak memang kerap didengari. Tak orang tak kitalah. Perkara yang mungkin dipandang remeh boleh sahaja mengakibatkan permasalahan besar kemudiannya. Siapa yang hendak 'nursing' siang malam bila anak-anak sudah bekerjaya dan bekeluarga dan diburukkan lagi bila 'pasangan' telah terlebih dahulu dijemput Ilahi. Agak-agak dengan siapalah hendak diminta pertolongan. Mengharapkanlah simpati anak-anak. Mungkin boleh, mungkin tidak. Kalau berduit banyak tidak mengapalah. Diupah kepada 'private nurse' yang laparkan duit kita sebagai timbal balas. Apa kata kalau tidak berkemampuan. Meloponglah. Simpati dan kasihan masyarakat di-era kini is on stake. Sendiripun terkial-kial inikan pula hendak membantu orang lain. 'Hei... pegi dahhh...' bak kata Ibrahim Din dalam filem Doremi yang turut dibintanginya.

Pandangan mata kasar kita sekadar melihatkan setiap kejadian yang berlaku tapi tidak mampu sebenarnya memahamkan apa yang ingin dimaklumkan olehNya. Ilmu dan kemampuan mencerap yang tidak seberapa yang kita miliki, harus kita sedari, tidak mungkin berjaya mentafsirkan dengan tepat. Rujuklah, lihatlah keadaan semasa kini dan lebih-lebih lagi oleh pemimpin yang tidak berapa hendak bijak boleh cakap lepas sahaja tidak berlapik. Segala sesuatu adalah ketentuanNya jua. Sanjungan, pujian, ujian, musibah , petaka dan bencana mengikut tafsiran masing-masing adalah gambaran betapa celarunya kita bila ditimpa sesuatu yang dijangkakan apatah lagi yang tetiba sahaja sampainya. Pancaindera yang merupakan 'package' kehidupan yang kita miliki dan bukanlah saja-saja dibekalkan akan ditanyai nanti fungsi dan penggunaannya disana. Kebertanggungjawaban akan setiap hal yang dilakukan keatas kelima-lima pancaindera akan terpikul diatas diri masing-masing. Ingat senang ke. Mungkin ada yang terlepas pandang. Baiklah lima pancaindera yang dimaksudkan adalah mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. Orang putih gelarkan sebagai 'The Five Senses' tapi lebih kita kenali sebagai pancaindera atau deria. Untuk recall balik apa yang diketahui masa dizaman persekolahan dulu, kita rujuk pancaindera kita.



                                      Cakap tak berlapik 1


                                     Cakap tak berlapik 2

Setakat bergantung penuh dengan kemampuan pancaindera sahaja dan tanpa dibantu dengan faktor lain yang lebih dominan mungkinlah dapat disamakan dengan kisah sekumpulan orang buta dengan gajah. Lain orang lain tanggapannya berdasarkan apa yang didepannya dan dari sudut mana pula dia berada. Gambaran semua mereka tersasar jauh walaupun memberikan alasan yang nampak macam betul dan sempurna tapi bagi yang melihat 'kebenaran' akan sekadar bersimpati sahajalah dengan mereka yang kurang bernasib baik ini. Teringat lagi aku dimasa zaman bersekolah rendah, kemestian kehadiran ke library dipantau oleh guru. Rekod kehadiran diperiksa. Mana yang culas dan gagal hadir sessi 'berada' di-library perlu menjawab. Siapapun ketika zaman bebudak dulu amat menyampah ke library tapi terpaksa dan harus juga hadir. So, antara cerita-cerita yang masih melekat diingatan termasuklah cerita pasal gajah dengan orang buta ni. Masa itu dalam bentuk buku tapi kini senang sahaja. Ingat keywordnya dan teruslah minta 'Uncle Google' kita carikan. Yang menariknya dan terkini pula dari pembacaan santai via internet adalah 'moral' dari cerita ini yang disimpulkan oleh pakar philosopher Werner Heinsenberg, 

"We have to remember that what we observe is not nature in itself, but nature exposed to our method of questioning" 
Maka benarlah bahawa melihat dengan mata 'kepala' sahaja tentulah tidak mencukupi dan amat perlu pula disertai dengan mata 'hati'. Bagaimanakah caranya. Takkanlah pakai ikut rasa hati sahaja. Makanya, akal yang kita miliki seharusnya digunakan pula untuk menimbang dan memikirkan akan apa-apa yang disampaikan oleh 'pancaindera'. Setelah ditimbang dan difikirkan oleh akal, bergantung pada kemampuan masing-masing, lalu berbuatlah sesuka hatinya mengikut yang disangkanya betul membawa kebahgiaan buatnya. Tapi sayang sekali, dengan akal sahaja tidak cukup untuk membezakan mana yang jadi kebaikan buat diri sendiri dan mana pula yang sangat mungkin merugikan lagi memudaratkan. Kejadian dan hakikat sehari-hari yang dihadapi, diberita dan dikhabarkan akan urusan sendiri apalagi urusan bersama bermasyarakat menunjukkan bahawa akal semata-mata tidak cukup bagi manusia untuk memperolehi kebahagiaan. Seringkalilah pendapat akal kita berbuat perbuatan yang membahagiakan, padahal yang sebenarnya merugikan. Kadangkala juga membahayakan. Ada ketikanya pula kita membenci dan meninggalkan berbuat perbuatan yang dirasakan merugikan dan mencelakakan padahal pula ianya yang seharusnya diperbuat bagi mencapai maksud kebahagiaan. Hati yang berbolak-balik akan kepastian untuk bertindak akan salah betulnya perbuatan yang bakal diambil menunjukkan faktor akal juga tidak berapa membantu.

Pancaindera dan akal perlu dipandu. Andai tidak dipandu akan haru hujungnya. Faktor yang lebih dominan adalah agama. Allah swt Yang Maha Mengetahui, telah 'menurunkan' peraturan kepada manusia buat menjalani kehidupan didunia ini. Bukan sahaja aturan individu bahkan juga aturan bermasyarakat semasa didunia ini dan juga untuk dialam akhirat nantinya. Maka amat perlulah kita yang mahukan kebahagiaan hidup didunia buat diri sendiri dan bersama, harus perbetuli pendapat akal dengan peraturan yang diturunkan tuhan. Sebabnya, hanya Allah swt sahajalah yang lebih tahu tentang segala sesuatu yang menguntungkan atau yang merugikan manusia. Kalau kita menerawang sejenak, bukankah segala macam kejadian bencana dari dulu sehingga kini adalah disebabkan manusia semata-mata yang lebih dan asyik bergantung kepada akalnya sahaja yang selalunya tersilap dari bertepatan. Melihat dengan mata kepala yang disertai dengan pandangan mata hati kepada alam manusia dan masyarakat dengan disaluti oleh ilmu agama yang cukup dan ada setengah dari kita yang walaupun mantap tapi masih tidak cukup untuk manusia mencapai keselamatan dan kebahagiaan. Kita pastinya pernah lihat dan dengar akan ada orang-orang yang berpengetahuan agama yang bersalahan berbuat pekerjaan yang merugikan dan membahayakan diri sendiri mahupun masyarakat. Berbuat sesuatu yang sungguh berlawanan dengan ajaran agama yang telah ada pada diri pastinya akan membuatkan kita bertanya sesama akan apakah lagi yang diperlukan bagi menampung kekurangan. Seolah ada perkara yang lebih penting yang perlu dicari yang hanya semata-mata ada ditangan Allah swt, dan yang akan diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya pula.

Petunjuk tertinggi adalah taufik iaitu petunjuk yang disertai  pemberian kemahuan dan kesanggupan berbuat segala  sesuatu yang membawa kebahagiaan dan keselamatan dunia akhirat. Hal taufik ini terletak pada tangan Allah swt  semata-mata dan tidak ada kekuasaan manusia sedikit juapun. Kitapun pernah membaca akan kisah bagaimana nabi Muhammad saw tidak berjaya mengislamkan bapa saudaranya Abu Talib yang merupakan pelindungnya yang amat dikasihinya.

"إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ"

 [Al-Qasas:56] 
Shared via Bayan Quran

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).
(Al-Qasas 28:56) |  | English Translation | Tambah Nota | Bookmark


Kita amat-amat perlukan dan hidayah taufik inilah yang kita pohonkan kepada Allah swt supaya kita diberinya bagi menuruti jalan yang benar yang menyampaikan kita kepada keselamatan dan kebahgiaan dunia serta akhirat kelak.

Usaha dan teruslah berusaha kerana kita tidak akan tahu sehinggalah pada hari kita berdepan untuk dihitung segala amalan semasa didunia ini.


Wednesday, October 12, 2016

Baik aku segera mulakan

09 OCTOBER 2016, 11:35

القران كتاب الله

الكعبة بيت الله

محمد صل الله عليه وسلم رسول الله

Ulang sebutlah beberapa kali dan kalau boleh banyak kali dalam menghafali ayat diatas bagi mendapatkan 'feel' dan memahamkan akan apa yang disebut. Jika selalu dan kerap dipertuturkan ianya pasti akan menjadi suatu hal yang memudahkan. Orang putih cakap, ' becoming a second nature'. Terfikir pula aku, perutusan yang diturunkan lebih 1400 tahun sebelum hijrahnya lagi nabi kita dengan tidak berubahnya bilangan perkataan yang membentuk ayat-ayat dan dihimpunkan pula mengikut surah yang sebanyak 114 surah dan kemudiannya  dibahagikan kedalam 30 juz dan dinamakan al-quran seperti yang ada ditangan tapi umat kini seolah mengabaikannya pula. Tiada usaha untuk membaca dan memahamkan adalah sesuatu yang merugikan serta memalangkan kehidupan. Kitab yang terpelihara kandungan dengan kekal tiada berubah seperti yang dijanjikan olehNya boleh dipandang sepi sahaja oleh umat terkini. Mengaku mewarisi keislaman tidak memadai. Berusaha beramal menjadi insan yang lebih baik sememangnya dituntut. Maka amat perlulah mendapat panduan serta pedoman ke jalan yang lurus. Belajar dan terus belajar bagi mempercepatkan diri mengetahui benar salahnya tanggapan pandangan, juga baik buruknya tindakan perbuatan agar setiap apa yang dilakukan tidaklah menyimpang dari yang sepatutnya dilakukan. Yang kelihatan bijak belum tentu lagi betulnya dan yang nampak macam ragu-ragu mungkin ada benarnya. Pentinglah untuk mencari ilmu bagi menyuluh menyinari perjalanan kehidupan hingga ke akhir nanti. Bagaimana caranya, dimana mahu mendapatnya dan bila masanya amat bergantunglah pada individu itu sendiri menentukan.

Dari banyaknya maklumat yang mudah ditemui, aku berusaha lebih serius sejak lima tahun kebelakangan ini mempelajari dan mendalami akan bahasa arab al-quran kerana ianya amat rapat hubungan dan pertalian. Tidakkah kita malu bila zahirnya kita tampak tenang bersembahyang 'berbicara' dengan sang pencipta tapi anihnya tidak mengetahui biji butir yang dituturkan. Sekadar mengetahuinya secara hafalan terjemahan amat sukar menghadirkan kekhusyukan. Biar betapa tepatpun terjemahan yang dibuat, roh dan jiwa tidak akan dapat diresapi kemukjizatan yang terkandung didalam ayat al-quran yang diturunkan langsung kepada manusia untuk mengetahui dan memikirkan. Isyarat yang jelas untuk semua kita andai faham akan apa yang diperkatakan bilamana Allah Yang Maha Mengetahui, menempelak menyedarkan dengan kata-kata ingatan dipenghujung ayat. Antaranya ialah :

١. افلا تعقلون  2:44
٢. افلا يثكرون 36:35

Banyaklah rangkaikata/phrase @ شبه الجملة , kalau mahu dilistkan yang dimulai dengan 'afala' ini yang akan membuatkan seseorang yang faham untuk menerawang memikirkan kebenaran akan hal yang diperkatakan.


Kita semua pastinya sedia maklum akan ayat pertama yang diturunkan dengan perantaraan Jibrail alaihissalam yang diperintahkan. Dimana dan disituasi mana Nabi kita menerima 'wahyu' inipun rasa-rasanya semua kita tahu dengan tepat andai ditanyai. Apa yang lebih utama untuk diberi perhatian dari sekadar mengetahui sejarah permulaan turunnya ayat al-quran ini adalah sejauhmana kita memahami perutusan dan paling penting pula mengamali setiap segala yang dibaca. Proses memahami dan mengamali adalah berterusan sehinggalah ke hujung hayat. Tiada terhentinya usaha memahamkan, tiada terhentinya juga pelaksanaan dan tidak juga terhenti menyampaikan buat kesejahteraan diri dan seluruh alam. Bukankah telah diingatkan kepada kita olehNya menerusi surah al-qamar ayat ke-17, yang menegaskan betapa telah dimudahkan alQuran untuk pelajaran dan sejauhmana pula orang yang membaca itu mengambil apa-apa pelajaran. Bukan sekali ayat ini 'muncul' tapi berjumlah 4 kali dan didalam surah yang sama pula. Muncul di ayat ke-17, kemudian di ayat ke-22, juga di ayat ke-32 dan di ayat ke-40. Apakah implikasinya kepada kita akan 4 ayat yang sama diulang untuk kita semua 'fikirkan' ini.

"وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ" [Al-Qamar:17] 

Shared via Bayan Quran

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Menerusi surah Saad 38:29, diperjelaskan akan penting dan perlunya kita memahami serta mengambil iktibar. Tapi sebelum itu, kita haruslah fahami akan tanggungjawab terhadap alQuran yang terpikul keatas setiap Muslim. Antaranya:
a. harus mempercayai akan isikandungannya.
b. perlu membaca dan menghafaz.
c. perlu serta harus fahaminya.
d. perlu beramal sesempurna yang boleh.
e. hendaklah menyampaikan pengajaran dari alQuran itu keatas orang lain.


"كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ" [Sad:29] 

Shared via Bayan Quran



(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
(Saad 38:29) |  | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

Bila meneliti balik akan kelima-lima tanggungan ini macam payah serta berat juga hendak menggalasnya. Pastinya pada peringkat awal, tanggungjawab tersenarai ini adalah tidak mampu dilaksanakan sekiranya pemahaman mengenai alQuran tidak mantap. Bagi kita pula yang non-arab ini pula tidak harus leka dan kekal tidak tahu dan cuma bergantung pada terjemahan semata-mata. Perlu ditanamkan kedalam diri untuk mahir akan bahasa arab agar kita setidak-tidaknya fahami apa yang dilafazkan ketika bersembahyang. Ini permulaan. Bila penguasaan mulai mantap dan yakin maka secara semulajadinya kita akan mudah dan kerap membaca mengingati untuk sebilangan waktu. Bila telah memahami dan dipandu pula oleh mereka yang lebih alim maka pengamalan serta tindakan kita tidaklah bersalahan dan mana tahu bila keyakinan terpahat dihati maka kita harus yakin pula mampu menyampaikan pengajaran keatas orang lain. Dua hadis ini mampu menaikkan semangat untuk kita menyampaikan walaupun aku perturunkan berbahasa inggeris. Boleh fahamkan.

1. The messenger of Allah(SWT)said:
             ''Convey from me, even if it is only one verse."


2. The prophet(pbuh) said:
             "The best of you is the one who learns the Quran and teaches it(to others)."


AlQuran harus dibaca, dihafal serta difahami dan harus pula dihayati sehingga kepenghujung usia. Ianya menghuraikan akan erti kehidupan juga memberi panduan akan hukum hakam. Pengkisahan umat terdahulu untuk dijadikan iktibar dan memikirkan perumpamaan yang diperjelaskan serta tanda kekuasaan Allah SWT. Sebelum capai ketahap boleh membaca, haruslah ketahui akan tatabahasa yang melingkarinya sebelum memahami akan bacaan alQuran. Bukan senang hendak mahir tapi hakikatnya tiada cara lain kecuali belajar. Tiada jalan pintas. Hendak tahu kemudiannya pandai membaca untuk memahami dan mengamalinya maka haruslah memulainya. Sudah ditakdirkan memulakannya di usia yang lewat, teruskanlah dan tidak perlu dikesalkan. Malah masa tidak menunggu kita. Berusaha berikhtiar selagi termampu mencari ilmu demi mendekatkan diri kepadaNya.

Kita telah lama mengetahui akan 5 ayat terawal diturunkan kepada Junjungan Besar kita, yang dimulai dengan kata perintah @ الءمر iaitu ' اقرا '. Kita juga perlu tahu akan ayat terakhir sekali diturunkan buat mengambil erti dan iktibar penurunannya. Mesej terkandung dalam ayat terakhir ini adalah suruhan untuk kita semua bertaqwa dimana dihari manusia akan dikembalikan kepada Allah SWT nanti, kita akan dinilaikan setiap amal perbuatan untuk dibalasi seadilnya tanpa dizalimi sedikitpun. Bukankah janji Allah itu benar. Rujuk Al-Baqarah 2:281,

"وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ" 
[Al-Baqarah:281] 

Shared via Bayan Quran

Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
(Al-Baqarah 2:281) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark




Al-Baqarah, 2:281 ... ayat terakhir diturunkan.



Persoalannya kalau memang tidak tahu tapi liat pula hendak belajar alamat sampai ke tua-lah diri dalam kejahilan. Bila hal seperti diandaikan ini benar-benar terjadi, apakah kita bersedia menemui pencipta kita. Entahlah Labu...

Thursday, October 6, 2016

Pengalamanlah menyimpulkan

Selasa, 27/09/2016. 
Semasa keluar menghantar Yaseer dan Meera ke sekolah masing-masing pada pagi ini, aku terperasankan satu leaflet yang bergulung digetahkan dibawah kereta semasa reverse keluar dari porch. Leaflet 'Court Mammoth' yang mungkin dilempar masuk oleh petugas yang dilantik keperkarangan rumah lewat petang semalam. Nasib baiklah tidak hujan semalam. Kalau tidak, mungkin sudah kembang kebasahan. Terpelusok dibawah kereta dan tidak hujan, aku tunduk mengambilnya selepas pulang dari pasar dan sempat bersarapan roti telur diwarung Din Roti Canai di Duyung. Sesampai dirumah bersarapan lagi dengan Mee Rebus Pak Thahir yang dibungkus pulang dan dikongsi makan bersama. Tergerak pula orang rumah hendak merasa mee rebus yang lama juga tidak dirasainya. Aku tanyakan, maklumlah baru gaji,'Hendak ke... kalau takut tak habis kita kongsi makan nanti'. Hendak sahajalah bila aku mencadangkan sedemikian. Ketika sedang membelek-belek sambil menyuap mee rebus yang boleh tahan jugalah rasanya dan walaupun harga sudah menjadi RM4.00 dari mula dulu sekadar RM2.50 sahaja, aku tersenyum dan terfikir sendirian. Muka depannya sahaja seolah mengamit pembaca bertindak seperti yang dihajati pihak Courts. Kaption besarnya terpampang... 'BELI SEKARANG & BAYAR PADA 2017'. Disisinya pula seperti chop pengesahan dengan maksud lebih subtle dan makan dalam... 'SENANG SAHAJA. COURTS ADA'. 

Leaflet yang 'mengganggu' hariku

Chop mohor memperakukan

Perjanjian 'Courts'


Harga tunai yang menarik serta bayaran mingguan yang rendah adalah strategi yang amat berkesan mensihirkan pembaca 'cum' bakal pembeli. Mungkin yang tidak berfikir panjang akan cepat dan mudah terpedaya. Tak orang tak kita. Bukan semua diantara kita yang mampu membeli secara tunai. Tambah-tambah lagilah bila sudah dikhayalkan dengan harga ansuran yang mampu bayar. Siapa yang tidak teringinkan memiliki peralatan elektrik dan gadget multimedia terkini. Mengelitik dan tidak berfikir panjang mahukan apa sahaja yang dihadapkan. Secara psycho-nya, normal bagi insan membayangkan satisfaction dan keberuntungan jika memiliki peralatan yang dipromosikan.

Sudahpun sifatnya manusia, tidak akan kecukupan dengan apa yang ada dimiliki. Setiap kita ingin dan teramat mahukan sesuatu yang lebih baik, lebih bagus dan lebih sempurna dari yang sedia ada. Biar tidak mampu tapi keinginan tetap kukuh dihati dengan terniatkan yang satu hari nanti akan pasti dimilikinya. Mudah sungguh kita dialihkan pandangan dari tujuan asal kita. Pujuk rayu serta pesongan tujuan yang disandiwarakan membuatkan kita senang dikelirukan dan menurut apa sahaja yang dianjur serta diunjurkan. Pihak yang memujuk bermaksud ini pastilah tidak menghiraukan sangat akan sesuaikah tidak, patutkah tidak atau mampukah tidak memiliki sesuatu yang diperagakan. Bagi mereka yang penting adalah 'business'. Berganda duit yang akan dia dapat dari berjualan secara begini. Kita yang telah terpukau akan mudahnya serta rendahnya bayaran ansuran tidak akan berfikir panjang dan tidak perlu memikirinya dua kali ataupun banyak kali untuk terus menyetujui pembelian.

Andailah seseorang sanggup bertanya ditempat lain membandingkan harga maka tidak mungkin akan terus menurunkan tandatangan. Apa yang lebih penting dan harus dilakukan adalah bertanya dengan diri sendiri.Tepuk dada, tanyalah selera dan kiralah dulu duit ditangan. Pengguna senantiasa dipihak yang 'kalah'. Ini hakikat yang sukar dipertikaikan. Statement asal, 'Customers were always at the losing end no matter how...', yang lama aku realized masa menuntut di-ITM lagi terpakai sehingga kini. Kursus BM51- Dip. in Marketing(uk) yang dipelajari dan terkenangkan amat membantu melihat permasalahan ini. Masa ditahun pertama, buku Philip Kotler 'Principles of Marketing' sentiasa diusung setiap rakan coursemate dari asrama masing-masing kebilik kuliah, ke kafeteria, ke library juga dan sehingga ke dewan makan. Pelbagai konsep asas dipelajari ketika itu. Bagaimana theory 'Hierarchy of Needs' yang dipelopori Maslow diperjelaskan dan digunapakai dalam bidang pemasaran yang aku ikuti masa itu. Juga konsep pemasaran dalam pelbagai cabang ilmu didalamnya difahami dan diaplikasi dalam perniagaan serta keberkesanan setiap kaedah yang diperkenalkan diterangkan serta faktor-faktor penyebab menyokong kebolehgunaannya didalam perniagaan semasa. Semua maklumat dalam perkara yang dipelajari harus cepat pula dihadamkan untuk dicurahkan kembali didewan peperiksaan. Tujuannya adalah untuk menentukan samada calon yang menduduki ujian tersebut layak atau tidak mendapat pengiktirafan dari Chartered Institute of Marketing(uk) dibawah patron Putera Philip, laki kepada Queen Elizabeth. Tagline CIM iaitu, 'The World is our market' mempunyai konotasi yang bersifat umum. Maksud tersirat disini ialah apa-apa sahaja boleh dipasarkan selagi ada orang yang sanggup membeli jika kena caranya. Berkat usaha dan ketekunan, dihujung nama aku telah dibenarkan untuk diletakan 'DipM'.

Pengiktirafan... bukan macam dR. Azizan Osman eehh!!! 

The World is Our Market

Usaha 3 tahun lamanya baru boleh mengapainya

Kekadang terasa kesian juga bila tidak mampu membezakan antara keperluan dan kehendak. Orang yang tidak tahu akan mudah terjebak. Tapi yang menghairankan mereka yang telah mempelajari dan terlebih mengetahuipun tidak terlepas dari perangkap. Ini yang merungsingkan dan merisaukan. Boleh mengakibatkan seseorang dibelenggu hutang berpanjangan kalau tidak pandai mengemudi kehidupan.

Layankan sahajalah.