Friday, May 20, 2016

Senja yang memutih

19 MAY 2016, 14:25

Semalam yang berlalu menimbulkan pelbagai soalan. Rentetan peristiwa yang terjadi untuk kesekian lamanya membuatkan taman yang aku diami ini menjadi tumpuan. Pihak kementerian kesihatan telah menjadikan taman aku ini antara kawasan pemantauan mereka. Malah petugas hospital diunit kecemasan telah sedia maklum dan diarahkan sejak sebelum program 'sembahyang hajat' lagi yang diadakan pada 26/11/2015, agar pesakit yang datang dari kejiranan Bukit Katil perlu segera diperiksa.


Coretan yang aku kepilkan bersama bertajuk 'Denggi dan ancaman' yang aku coretkan pada penghujung November 2015 memadai untuk aku katakan yang segalanya yang dihajati tidak tercapai sepenuhnya. Tiada pengurangan kes dari taman yang direkodkan sehingga kini telah memaksa pihak kesihatan 'memerangi' habis habisan. Rujuklah...

Denggi dan ancaman(27/11/2015)

Semalam, persatuan penduduk taman mengadakan majlis kesyukuran, bacaan yasin & tahlil. Hujan turun agak lebat jugalah sekitar 3 petang semalam. Lepas makan ketika itu. Perut tengah kenyang melantak pindang kepala ikan parang. Cuti punya time biasanya aku akan bersembahyang zohor dahulu sebelum makan tengahhari. Buat yang high priority dulu. Hujan yang mula melebat ketika sedang membaca dibilik membuatkan aku mengambil 'nap' le pulak. Hampir hendak ke Asar baru terjaga. Masih tidak berhenti lagi. Lebat bertukar gerimis. Cuaca agak suram semalam. Bila bercuti biasanya aku menyibukkan diri memahirkan sekerap dan seboleh mungkin akan bahasa arab demi memahamkan al-quran yang dibaca.

الحد لله،

Maklumat mengenai majlis yang bakal diadakan dibalairaya taman diperolehi dari sesalinan jemputan yang dimasukkan ke peti surat pada Rabu, 25/11/2015. Masa bila diletakkan tidaklah aku pasti. Semasa keluar berurusan tidaklah perasan cuma bila balik sekitar 2 petang hari itu, terjojol keluar dari peti surat kertas A4 yang digulung. Ketika tengah melepak disofa panjang depan tv dan terpaksa pula menonton Tuan Anas Mikael(drama yang disiarkan 4 malam berturut-turut setiap minggu dan dinanti-nantikan oleh orang rumah dan anak pompuannya), jiran datang menjengah menyerahkan file kerana aku adalah penyelaras parit dan saliran. Turut mengingatkan aku akan majlis pada khamis malam nanti yang telahpun aku sedia maklum.

انشءالله،

Mulanya berat hendak berpergian. Cuaca yang sejuk serta hujan masih turun rintik-rintik. Keadaan sebegini mungkin mengakibatkan aku akan lebih kerap batuk-batuk. Hendak tidak hendak terpaksalah juga menghadirkan diri. Ini adalah satu obligasi sebagai sebahagian dari penduduk taman. Minta orang rumah iron-kan baju melayu selepas mandi. Melengah-lengahlah pula, azanpun berkumandang. Sempat lagi 'berlakon'. 'Saya ni kalau tak pasal mesyuarat.... , tak kuasa hendak meninggalkan awak ni...' ketika dipintu. Spontan pula memanjang gelaknya bila aku sebutkan dailog ini. Orang rumah pula yang tambah-tambah, 'ooo... siap bawa tasbih lagi.... rupa-rupanya hendak ketempat lain.' Dia recall kembali adegan Pak Maon hendak menyelinap ke pesta muda mudi dalam filem 'Nasib Do Re Mi'. Bergegaslah aku melangkah ke balairaya. Sesampai sahaja, sembahyang maghrib hendak dimulakan. Haji Fendy mengimaminya walaupun dia cuba memberi penghormatan kat Ustaz Mokmin. Sebaik selesai, Hj Fendy bangkit dan memaklumkan makmum untuk sama-sama bersembahyang hajat demi menghindari penularan penyakit demam denggi yang menyerang taman kita. Diikuti selepas itu, bacaan yaasiin beramai-ramai serta doa yang di-lead oleh Hj Fendy juga. Dia refreshkan semua yang hadir akan cara nak laksanakan sembahyang hajat agar majlis sempurna.

Banner yang digantung selepas 'sembahyang hajat'

Jemputan menghadiri ceramah sehari sebelumnya berhajatkan

Selesai mendirikan solat isyak berjamaah yang diimami oleh Hj Fendy,majlis diteruskan oleh Hj Hanafi yang merupakan pengerusi taman yang baru mengantikan Abu Bakar Shabudin untuk sessi 2015-2016. Ucapkan terimakasih kepada penghuni yang berkesempatan hadir sesama menjayakan program. Memulakan ucapan memberitahu tujuan diadakan majlis demi mengatasi penularan wabak demam denggi yang makin merebk. Dia memohon kerjasama semua penduduk taman agar semua turut terlibat menjaga kebersihan rumah masing-masing. Sebelum menyerahkan mike kepada pegawai kesihatan yang akan memberikan ceramah tentang denggi, Tn Haji Hanafi memaklumkan akan komposisi penduduk taman. 60% Melayu, 30% Cina dan 10% India dan lain-lain. Mohon yang hadir mendengari info yang akan disampaikan oleh pegawai kesihatan. Orang yang berdiri disebelah Hanafi ini muda sangat mungkin sekitar awal 30an. Tapi demi tugas terpaksalah dia melaksanakan. Lingering around dikalangan orang yang veteran dan lebih-lebih lagi hendak menyampaikan maklumat penting tentang aedes dan denggi ini perlu berhati-hati. Cabaran ini harus ditangani dengan baik agar tidak dilihat mengajar orang yang lebih tua. Terpaksalah pegawai ini cakap berlapik dan sebolehnya mengunakan contoh-contoh yang lebih bersifat analogi. Penggunaan kata ganti amat kurang dan cuma sekali sekala dilepaskan. Makanya berbagai info dihamburkan setelah mula merasa selesa dan yakin yang mendengar mula menaruh minat keatas ceramah yang disampaikan. Antara yang terkesan dipendengaran adalah kemampuan telur nyamuk aedes. Walaupun ketiadaan air, telur yang bersarang ditempat takungan air yang kering mampu bertahan sehingga lebih dari enam bulan. Apabila digenangi air, proses pembiakan nyamuk bermula. Ini bermaksud telurnya tidak akan rosak jika ketiadaan air malah mudah menetas bila kita leka tidak menjaga kebersihan sekitaran. Lebih menghairankan nyamuk aedes juga mampu terbang sejauh 500 meter radius dari tempat penetasan. Ceramahnya dimasukkan juga statistik kematian seluruh melaka akibat nyamuk aedes yang merbahaya ini. Bukan untuk menakutkan tapi lebih kepada prihatin masyarakat memastikan penduduk kekal sihat dan terhindar dari demam denggi. Langkah-langkah pencegahan diperjelaskan agar semua yang hadir mendengar mampu melakukan nanti bila berada dikediaman masing-masing. 

Habis berceramah, pantas sahaja En. Hanafi kita memaklumkan beberapa perkara untuk tindakan bersama. Beliau mengharapkan semua penduduk taman agar bersama-sama memastikan kebersihan kawasan dijaga. Segala barangan terpakai dan tidak diperlukan lagi diletakkan di hadapan rumah masing-masing setiap Rabu dimana kontraktor yang dilantik akan datang memunggut. Dia juga memaklumkan denda RM500 akan dikenakan kepada mana-mana rumah yang didapati ada jentik-jentik nyamuk bila pihak kesihatan membuat siasatan. Pihaknya tidak akan membantu jika disaman. 

Perkara yang perlu ditangani bersama secara serius oleh semua penghuni taman tapi ternyata diambil ringan dan dipandang remeh pula oleh sebilangan orang akan permasalahan yang harus dihadapi bersama amatlah mengecewakan. Setakat membiarkan segelintir anggota memikirkan dan beria-ia melaksanakan setiap perancangan sedangkan sebahagian yang lain melakukan acuh tidak acuh sahaja tidak memungkinkan apa - apa kejayaan. Kekerapan pihak jabatan kesihatan dari unit pencegahan mendatangi taman membuat pemantauan serta pemeriksaan dari rumah ke rumah telah sampai kekemuncaknya.

Hari Rabu petang ketika pulang dari kerja yang agak lewat dari biasa seolah memaksa aku melihat sendiri betapa jerih peritnya pihak jabatan kesihatan menolong membantu mencegah penularan demam denggi yang semakin meningkat. Kereta 'kesayangan' aku ini telah mula meragam sejak Isnin minggu lalu. Sukar untuk hidupkan engine diwaktu pagi. Perlu bertolak baru hidup. Kalau minggu lalu hanya diwaktu pagi sahaja tapi minggu ini kekadang ketika pulang kerja pula. Keluar tugas pukul 6:00pm. Namun lewat sikit kerana membeli keperluan rumah yang di-whatapps-kan oleh orang rumah. Untuk elakkan kelupaan andai memesan ketika keluar bekerja, aku arahkannya untuk whatapps sahaja setengah jam sebelum habis bertugas. Maka menjadi kelaziman dan kemestian pula untuk aku melihat info yang di-post-kan sebelum bergerak pulang. Selepas membeli dan ketika melangkah kekereta waktu sudahpun menghampiri ke 7:00pm. Sudah dekat ke waktu Maghrib. Phobia pula, takut tidak boleh start lagi. Sehari sebelum, aku sampai kerumah, azan sudah lama berkumandang. Merayulah aku pada yang Esa agar dipermudahkan segalanya. Alhamdu-li-allah. Mudah pula engine dihidupkan. Bersegeralah aku memandu pulang.

Ketika memasuki taman, kelihatanlah asap putih menebal menutupi laluan setinggi bumbung rumah. Beberapa blok dikiri dan kanan kedengaran bunyi 'penyembur asap' serentak. Membingitkan suasana menghampiri senja. Terpaksalah berhati-hati memandu menyampaikan kehujung padang. Ramai kakitangan kesihatan sedang memantau.  Sampai dirumah, kelihatan pula petugas tengah menyembur diblok berhadapan rumah. Cepat-cepatlah aku menutup pagar sambil mencengkeng barangan yang dibeli. Bukan apapun, Roti Gardenia dengan 'Nutella'. Memijak licin berminyaklah dimuka pintu selepas salam aku bersambut. Orang rumah memaklumkan ada orang sembur asap sekejap tadi dan yakinkan aku akan segera mopkan muka pintu yang berminyak hasil kerja-kerja penyemburan. Beberapa ketika kemudian azan mula berkumandang. Saling bertingkah pula azan yang dilaungkan dengan bunyi  alat penyembur asap. Sambil menanggalkan pakaian kerja aku bermonologue, 'Azan dah berhenti... mamat sembur asap masih bertugas lagi'. Nak kata apa. Tugas perlu disempurnakan. Al-maklumlah waktu maghrib-lah nyamuk 'istimewa' ini sangat aktif dan aggresif. Apa tidaknya, dikhabarkan ada petugas yang meninggal akibat gigitan nyamuk aedes ketika sedang melakukan kerja-kerja penyemburan. Dikatakan juga petugas malang itu disyaki terkena gigitan dari taman yang aku duduki ini. Ikut rekod, beberapa orang yang dikategorikan tidak bernasib baik telah menemui ajal. Sukar untuk kita menyalahkan sesiapa. Kesilapan dipihak lain ataupun dipihak kita sendiri kerana mengabaikan kebersihan menyebabkan kita-kitalah yang terhukum. Nyamuk aedes pembawa 'denggi' ini pula tidak mengenali sesiapa. Ikut suka dialah hendak mengigit. Semasa dia sedang 'beroperasi' dan ketika itu pula kita terhegeh-hegeh diluar rumah dengan pelbagai aktiviti, maka 'lauklah' buat mereka. Nasiblah siapa yang diminatinya. Prime time ini setelah pihak kesihatan mengenal pasti maka kerja-kerja pencegahan serta pembasmian harus dilakukan ketika 'mereka' keluar beramai-ramai waktu maghrib. Pertembungan secara berdepan ini mengikut apa yang diperhatikan belum tentu lagi dapat menghapuskan nyamuk aedes secara tuntas yakni once and for all. Kejayaan jauh dari diharapkan andai tiada kesungguhan penduduk taman sesama menjaga kebersihan persekitaran.

Bunting terkini betul-betul depan rumah
Declare perang
Hampir setiap tiang terpampang... nyamuk popularlah,  aedes ni


Dikesempatan hari ini selepas pulang dari pasar, aku 'turun padang' memeriksa sekitar rumah. Depan dan belakang telah lama bersimen. Segala tin kosong serta barang tidak dipakaipun telah lama pihak yang ditugaskan mengangkut setiap Rabu yang dilonggokkan dihadapan rumah telah berbulan berlalu. Apa lagi yang perlu diperbuat. Mengadulah orang rumah akan pemeriksa kesihatan semalam bercakap sesama mereka yang mereka telah jumpa sambil mengajukkan perbualan mereka, 'Hah... dah jumpa... dah jumpa' dari arah belakang rumah. Pemeriksaan berkumpulan untuk compound penduduk taman adalah sebahagian tugasan mereka. Biarlah dia buat kerja mereka. Kita pula buatlah apa yang patut. Kebetulan terdapat tong cat emulsion putih ada setengah lagi isinya tersimpan terperuk di hujung tembok bilik bawah. Nasib baiklah tiada air bertakung dipenutupnya. Cuma terdapat banyak pasir diatas penutup. Kalau tidak kena dendalah kami.

Orang rumah pula ketika sedang makan malam memaklumkan 'jiran' belakang sekeluarga dimasukkan ke hospital 'suspect' dengue. Maklumat ini disampaikan oleh anak singh, si Ika, yang datang berkunjung meminta kain lampin adiknya dijahit tepi. Laju sahaja  dia 'smash' pasal tidak mengetahui cerita. 'Itulah... sibuk memanjang menjahit, sampai jiran kena denggipun tidak tahu.' ajuk orang rumah akan apa si Ika perli. Aku terperanjatlah mendengarkan berita yang seolah-olah tidak mahu aku dengari. Sudah semakin dekat ni maklumku pada orang rumah. 'Aedes ini pandai pula cari mangsa. Dia attack yang kaya-kaya sahaja' aku luahkan secara bergurau. Orang rumah semacam tahu pula yang nyamuk aedes ini datang dari 2 unit kedai makan yang beroperasi diiring padang. Segala tin-tin kosong serta air kumbahan yang tersekat dilongkang mungkin menjadi tempat pembiakan mereka. Ada kebenaran cakap-cakap orang rumah ini untuk menutup sementara kedai makan tersebut. Siapa berani usulkan. Hendak kena 'terkam' dengan tokay kedai. Tak pasal-pasal bergaduh nanti.

Kekadang memang sukar mendapatkan kesepakatan. Ada-ada sahaja rintangan. Kedatangan musibah yang benar-benar mengancam nyawa diharap dapat menyatukan setiap penghuni taman. Permasalahan bukanlah sekadar dimaklumkan sahaja tapi perlu mengambil initiative mengatasinya. Berserah kepada orang lain semata-mata sedangkan kita tidak menghiraukan malah melakukan perkara-perkara yang mengalakkan lagi pembiakan nyamuk aedes amatlah dikesali. Risalah dan pemeriksaan berkala dilakukan oleh petugas kesihatan dari semasa kesemasa. Pernah  pada 11 April 2016 ketika sedang menukar kepala paip baru di halaman, beberapa petugas terjerit-jerit mengulang ucapan 'salam'. Ada penghuni yang menyambut salam dan ada juga yang bertujai salam diberi tidak berbalas. Aku maklumkan kepada petugas, mungkin belum balik lagi tu. Sampai ke pagar pintu, selepas salam berjawab menanyakan bekas perangkap nyamuk yang katanya telah diserahkan kepada setiap penghuni pada Jumaat sebelumnya. Maklumkan pada orang rumah yang kemudiannya menunjukkan bekas perangkap yang diletakkan dipenjuru luar rumah. Terperasankan pula pegawai yang mengarahkan kerja-kerja pengumpulan bekas perangkap nyamuk yang macam kenal sahaja. Bersalamanlah aku dengan dia sambil dia pula terkejut melihatkan aku menghuni taman ini. Pernah berbual dengannya sebelum ini tapi disituasi yang jauh lebih formal. Tidak pula bertanyakan namanya tapi dia mudah mesra bila diajak berbual. Tanyakanlah tentang usaha pemantauan yang dijalankan. Banyak bualan berkisar tentang ancaman aedes serta kerjasama penduduk setempat. Sebaik  dia meninggalkan aku bergerak kerumah jiran yang lain, barulah aku berjaya recall wajah orang yang aku berbual itu. Rupa-rupanya dia adalah husband rakan sekerja aku. Encik Adnan yang kurang lebih beberapa tahun senior dari aku. Bayangkanlah orang luar pula yang bersusah payah menyelia memantau keadaan sekitar kediaman aku. Manakala penghuni tetap dan penyewa ada segelintirnya buat selamba sahaja akan isu yang berbangkit sekarang. Kalau ketika diadakan 'sembahyang hajat' banner yang digantungkan disekitar taman lebih kepada menyedarkan kepada penjagaan kebersihan demi mengatasi wabak demam denggi tapi sejak operasi besar-besaran ini, pelbagai kain rentang memaksa mengajak setiap penduduk taman agar lebih bertanggungjawab dengan kata-kata yang bersifat urgency.

Tepuklah dada sambil tanyalah diri kita sendiri akan apa yang seharusnya dilakukan sebelum kita menepuk dahi menyesali kesilapan kealpaan bila ada anggota keluarga meninggal dunia disebabkan nyamuk. Terserahlah.

Saturday, May 14, 2016

Segalanya bersebab...

28 APRIL 2016, 12:28
Masa akan terus bergerak dan sentiasa bergerak. Manakala kita pula harus memastikan yang  diri senantiasa seiring dan selari dengannya. Andai kita terleka yang bermakna mensia-siakan masa dimana mengikut sudut pandang orang yang maklum bermaksud 'berharga' itu  maka kita-kitalah yang ditinggalkan waktu. Untuk menghambat kembali masa yang tertinggal, ibarat mengejar sesuatu yang tidak ada. Beruntunglah buat mereka yang selama ini memanfaatkan masa yang dia ada. Kenangan yang terhimpun dikala usia tuanya nanti pastinya akan membuatkan diri merasa puas dan lega menurut perspektif masing-masing. Apapun segalanya berkemungkinan dan dimungkinkan oleh faktor-faktor yang kita sendiripun tidak mengetahuinya yang tetiba sahaja terpaksa dihadapi yang kita namainya sebagai 'takdir'. Sampaikan dinyanyikan orang, 'Takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka..., takdir juga yang menentukan perpisahan...'. Apakah kita sekadar mengakuinya sahaja tapi masih gagal untuk lebih proaktif to the fullest meniti hari-hari yang mendatang. KeredhaanNyalah yang perlu dipohonkan moga kita sampai kepenghujung usia mengikut aturan yang standard dan tidak lari dari S.O.P. 1400 tahun diturunkanNya.

Tak lengah lagi sesampai sahaja dirumah setelah menyempurnakan urusan buat pagi ini serta sempat lagi berhenti sekejap di kedai depan membeli barangan yang dipesan orang rumah, aku mencapai tablet sambil bersilang kaki disofa mencoretkan nukilan ini. Entah macammana dugaan dan cabaran yang dihadapi pagi ini membuatkan diri ini longkah sahaja menukilkan sesuatu yang berputar ligat dan berserabut pula difikiran. Memikirkan sejenak akan apa yang dialami sejak keluar rumah berurusan dan kembali semula kerumah hanya dalam kurang dari 2 jam ini merupakan sesuatu yang tidak terjangkakan dan tidak pernah diri ini mengalaminya. Biarlah, apapun orang lain agakkan kerana semua orang tidak mungkin menghadapi situasi yang serupa. Even keberadaan ditempat kejadian yang sama, sudut pandangan masing-masing kerap tidak bersamaan malah tindakbalas yang dipilih juga mungkin jauh berlainan dan kadangkala bertentangan. Terperasan pula aku akan mudahnya aku menukilkan sesuatu tanpa berpanduan dan sekadar mengikut gerak hati sahaja. Tiada rasa terbeban dan macam mudah sahaja walaupun entah apa-apa yang aku merapukan. Mungkinkah terlalu kerap menulis/menaip membolehkan idea dengan pergerakan jari di keyboard selari tiada bermasalah. Skil yang dipupuk kesekian lamanya menjelmakan keserasian yang hanya diri ini sahajalah yang merasai. Kekadang 2 atau 3 coretan yang berbeza topik berjalan serentak. Ada yang bersifat umum. Ada juga yang terlalu peribadi dan pastilah tidak dikongsikan di media sosial. Nukilan peribadi yang sekadar mendokumenkan pemerhatian dan pandangan peribadi sebagai ole-ole untuk dijadikan renungan didalam meniti kehidupan ini. Mungkin juga disatu hari nanti sebagai memento kenangan keberadaan didunia setelah ketiadaan aku.

Hasrat hati yang tidak dapat ditahan-tahankan ini memaksa aku memfokuskan tumpuan mencatat apa yang dialami seketika tadi, masih segar diingatan dan cuba sedayanya untuk tidak kelupaan setiap moment yang dilalui. Peristiwa yang berharga buat diri untuk direnungi dan menjadi tatapan dikemudian hari.

2202 adalah nombor yang tertera pada kertas yang keluar dari Q system iaitu mesin nombor giliran di JPJ. Tercegat aku seketika melihatkan ramainya orang mendahului aku sedang duduk dihadapan counter. Tetiba aku disapa oleh pegawai yang berada dikaunter pertanyaan mungkin setelah melihat aku seolah-olah terpinga tidak tahu hendak buat apa sedangkan aku telah menghampiri mesin nombor giliran. ' Nak renew roadtax...' kata aku bila sipegawai bertugas bertanya sambil menyuruh aku menekan butang 'biru'. Tertera dikertas, nombor anda : 2202 dan nombor yang menunggu pula ialah 1551. Memandangkan sudah sampai dan sudahpun mendapatkan nombor giliran, mahu tidak mahu teruskan sahaja. Kalaulah aku tahu rasanya baiklah ke pejabat pos. Cepat siapnya walaupun terpaksa hulur RM2.00 sebagai bayaran perkhidmatan. Maka carilah kerusi yang kosong menunggu giliran dipanggil. Lepaklah aku bertemankan smartphone mengintai coretan terkini penulis blog yang telah aku setkan diblogger dashboard. Terdapatnya beberapa post yang belum aku view yang mungkin baru sekejap tadi diuploadkan. Lekalah aku membacanya dari sekadar menanti kosong akan giliran dipanggil untuk berurusan. Sambil-sambil tu menjeling juga kearah screen yang rasanya lambat benar bergerak walaupun kaunter yang beroperasi ternyata banyak. Mungkinkah 'runner' yang melengahkan masa dengan mengeluarkan segala dokumen dari bag yang disandang mereka. Memang banyak golongan ini berkeliaran mendapatkan khidmat kaunter. Orang perseorangan yang cuma hendak perbaharui cukai jalan masing-masing terpaksalah menunggu lama kekadang lebih lama dari yang disangkakan. Berurusan sekadar kurang dari 3 minit sahaja ikut kelazimannya. Bagaimanapun seorang runner dari pemerhatian memerlukan hampir ke10 minit urusan kaunternya. Itu baru seorang dan kalau ramai maka lagi lambatlah giliran. Terperasan pula satu grup perempuan duduk dibarisan depan dari tiga barisan kerusi yang disediakan boleh berselfie/wefie lagi. Sebelumnya mereka berbual-bual walaupun tidak ketahuan butir cakapan tapi kuatlah juga suara mereka. Siap posing lagi dan berbagai angle ditangkapnya gambar seolah-olah tiada sesiapa disekeliling memerhati. Entahlah, mungkin cuba menghilangkan rasa bosan menunggu agaknya. Plan aku yang menganggarkan cuma beberapa minit sahaja diperlukan berurusan di JPJ ini telah mengambil lebih masa dari dijangkakan. Semasa nombor menghampiri tiba melihatlah aku diskrin, suara digital menyebutkan nombor 2201 mengarahkan ke kaunter 6. Sekonyong itu jugalah sekawan wanita pertengahan usia awal 30an reramailah bangun. 'Oooo...' panjang keluhnya aku. Tak sangka pula giliran mereka sebelum aku rupanya.

Bila nombor aku dipanggil bersegeralah aku ke kaunter no. 3. Tidak lengah lagilah aku keluarkan kad lesen memandu, cover note insurance, geran kereta dan serahkan bersama-sama dengan nombor giliran ditangan yang hampir lusuh digenggam. 'Hendak renew berapa tahun?' tanya pegawai kaunter 3. Aku tergamam. 'Berapa tahun....' aku menyoalnya pula, bukan seolah-olah tapi memang tidak fahami pertanyaannya itu. Dia menjelaskan maksud pertanyaan samada hendak renew 'lesen memandu' setahun ke tiga tahun terus. Aku maklumkan pula yang aku hendak 'renew roadtax'. Dia tersalah sangka dan aku pula tersalah bagi dokumen. Pihak dia pula bila diserahkan lesen memandu seharusnyalah hendak perbaharui lesen memandu. Mungkin sudah terbiasa dan automatik mind dia bermaksudkan begitu. Bila aku tanyai 'berapa tahun' dalam nada keliru, barulah dia teliti kembali kad lesen memandu aku. 'Ooo tahun depan baru expired...'maklumnya kembali. Dia serahkan kembali lesen memandu aku itu dan segera mencapai RM20.00 yang aku hulurkan untuk dia memproses mengeluarkan roadtax. Silap aku juga. Urusan perbaharui cukai jalan cuma perlukan cover note dan geran kereta sahaja. Makanya bila aku lampirkan sesekali dengan lesen memandu, mungkin dia maksudkan untuk perbaharui lesen memandu dan cukai jalan juga.

Selesai sahaja berurusan di JPJ, tidak lengah lagilah aku bergegas kekereta. Destinasi seterusnya adalah ke bank dan selepas itu mengisi minyak. Akhir sekali sebelum sampai rumah, Maggi 'Secukup Rasa' mesti ditangan. Lama jugalah aku di JPJ bila melihatkan cetakan pembayaran di geran. 11:04:32AM tertera di resit rasmi. Kurang lebih 3 minit sahaja sampailah aku ke Maybank di bangunan yang sesama menempatkan King's Hotel dan bertentangan dengan Pantai. Apa tidak lajunya, selepas buat 'U Turn' dipersimpangan JPJ berdesup mencacak perginya Kanchil, pasal sudah beyond 'budget' time. Malangnya sesampai sahaja kelihatannya tiada ruang untuk parking. Bersusun kereta dibahu jalan berdepan Petronas. Makin jauh, semakin jauh aku bergerak menyampaikan susur keluar ke jalan utama barulah ada ruang kosong betul-betul dibuju keluar. Macam bahaya sahaja dan harap-harap tiadalah apa yang berlaku. Lenguh jugalah menapak kearah Maybank. Dari kejauhan kelihatanlah ramai orang berdiri diluar bank. 'Apa hal ni...' terpacul sahaja pertanyaan tanpa memerlukan jawapan. Bila sudah dekat barulah diketahui, pihak security yang dilantik Maybank sedang 'service' ATM. Proses menambahkan wang di ATM dan mengambil wang/cek di CDM sedang berlangsung. Perrggghhh... kena tunggu lagilah. Aku luahkan rasa tergamam aku ini difacebook, straight away. Sekejapan sahaja 'dunia' mengetahui status aku ketika itu.


Bukan 1Malaysia... 1Dunia tahu...


Menanti dari minit ke minit membuatkan lebih banyak perkara seolah terhenti. Penantian sememangnya suatu penyiksaan mengikut pertimbangan masing-masing. Walaupun aku memberi sedikit masa lagi untuk segalanya berakhir tapi tekanan makin mencengkam pula. Akhirnya aku akur dan mengalah walau tempoh masa yang aku berikan belum sampai lagi. Pasal tidak boleh tunggu lama lagilah membuatkan aku melangkah pula ke Petronas. Melangkah masuklah aku ke CIMB ATM didalam Petronas. Aku sudah tidak kesahkan berbayar RM1.06 untuk charge yang dikenakan. Sekali lagi terpaksa menunggu. Auntie India lingkungan 60an sedang berurusan. Bukan main lama lagi membelek transaksi slipnya tanpa berganjak pergi. Hendak menegur tidak sampai hati pula. Veteranlah katakan. Kemudian diteruskan ke transaksi keduanya. Sudahlah mesin ATM CIMB ini terlalu slow dan orang yang berurusan pula berhati-hati maka makin panas pula hati ini. Ingatkan 2 rupanya 3 transaksi dijalankan oleh auntie ini. Berpandukan senarai account number yang dilihatnya di kertas ditangan, mungkinkah dia sedang melakukan aktiviti bulannya menghantar 'duit' kat anaknya ataupun melunasi hutang piutang yang akan 'due' penghujung bulan. Aku sekadar mengagak sahaja. Pantas sahaja aku melakukan transaksi pengeluaran sebaik sahaja dia beredar pergi. Mengeluarkan sekadar diperlukan sahaja. Maklumlah lebih banyak dikeluarkan, lebih cepatlah dihabiskan. Macam-macamlah yang hendak dibeli kalau tidak dirancang. Orang makan gaji, bukankah habis bulan habislah gajinya. Kalau hendak kecukupan harus pandailah merancang perbelanjaan tempoh sebulan gajian. Terteralah dislip pengeluaran, 11:44:00AM.

Panjang langkahan kekereta untuk misi mengisi minyak pula. Jarum meter sudah menjunam jatuh. Semasa melangkah sempat lagi menoleh kearah Maybank. Kelihatanlah Van 'Safeguard' masih disitu dan orang yang berdiri diluar bank makin ramai. Maknanya proses masih belum selesai. Memandangkan kedudukan aku parking kereta sudah kedepan sangat dari Stesen Petronas, aku terus sahaja meleleh masuk ke Caltex. Tanpa menengok-nengok aku memberhentikan 'kesayanganku' ini di pam yang paling depan sekali. Terpandanglah memo bertulis tangan menyatakan kehabisan minyak di ke-empat empat pam berdekatan. Tepuk dahi aku. Seketika kemudian meluru keluar pula pump attendant dari sebelah kiri mengarahkan aku ke pam paling hujung disebelah dalam. Melurut sahaja mengikut arahannya. Hendak buat macammana. Minyak memang sudah 'kering' dan memangpun hendak fill-up balik. Ikutkan ajelah arahan budak itu. Hendak berpatah ke Petronas rasanya tidak patut pula. Semasa membuat pembayaran, bertanyakan tokay cum cashier. Alasan yang diberi minyak on the way. Belum sampai lagi. Sedang budak pump attendant membantu mengisi minyak, bagusnya no self-service, aku bertanya memandangkan usianya masih muda. 'Hadi... belajar lagi ke... ? opening remarks aku memulakan perbualan. Terpampang jelas name tagnya didada membolehkan aku address-nya bukan dengan pro-Noun(kata-ganti), adik ke atau mamat ke. Dia cuma gelengkan kepala dan macam segan-segan hendak converse dengan aku. Kata orang, terkilas ikan di air, sudah diketahui jantan betinanya. Dalam perbualan singkat aku dengan adik Hadi ini, cara cakapnya ada sedikit masalah. Lambat respond dan seolah hadapi kesukaran bercakap. Tanyakan juga kerja yang ke berapa. Tapi dia tak berapa nak ingat. Inilah kehidupan. Rezeki seseorang tidak siapa mampu menjangkakan datangnya. Tokay stesen minyak ini 'Tay Brothers'. Tempat dia mencari makan. Even kita sendiripun belum tentu kekal mencari rezeki ditempat yang sekarang dan selama ini kita bekerja. Hanya Dialah yang Maha Mengetahui. Tetiba terlintas difikiran akan komen selari aku ketika memasuki kereta bergerak kedestinasi seterusnya manakala adik Hadi ini pula terlihat dari dalam kereta melangkah longlai ke motornya bertenggek menanti pelanggan selepas aku.


Kertas kuning bertampal... '95 HABIS'

Masa sudah 11:47AM

Hadi ke 'standby' mode


Kemudiannya menyusur perlahan keluar dari Caltex mengikut laluan rentas ke Bukit Katil via Taman Ciptaco. Tiada banyak kenderaan dilaluan ini yang menghampiri 12 tengahhari. Merentasi taman perumahan dengan banyaknya 'hump' tidak menyukarkan pemanduan kerana kita telah biasa melalui dan sering menggunakan jalan pintas ini. Sudah boleh diagakkan bila hendak slowdown dan bila pula hendak menekan minyak. Serentak itu juga posisi gear cepat ditukarkan agar pemanduan smooth. Halangan yang nampak mudah sahaja kita hadapinya tapi halangan yang tetiba dijelmakan dan tidak semena-mena harus dihadapi pastinya kita menghadapi kesukaran mengatasinya andai tidak berilmu dan berpengetahuan. Kesabaran benar-benar 'on-test'. Dalam pemanduan pulang kerumah seperti mendapat ilham pula, seolah-olah perilaku aku dipertunjukkan buat renungan sendiri. Malu rasanya.

Stopover terakhir adalah 'Kedai Depan' di Taman mendapatkan Maggie Secukup Rasa yang beberapa kali lupa hendak membelinya walaupun diingatkan oleh orang rumah. Malah sebelum keluar rumah telah diingatkan agar jangan lupa lagi. Betullah, bila kerap diingat-ingatkan kebarangkalian untuk lupa makin berkurangan. Every moment sejak keluar sampailah ke moment di stesen minyak, 'Secukup Rasa' seolah telah diregistered dikotak fikiran. Sebaik keluar dari kereta hendak menyeberang ke kedai, laungan 'salam' kedengaran. Berhelmet bermotor berhenti sambil senyum-senyum. Cepat aku menjawab salamnya sambil cuba mengecam wajah yang terpancar senyuman berserkop helmet ini. 'Wan' teriak aku dan dia mengangguk spontan. Cepat sahaja capai tangannya bersalaman cara 'rockers' siap gesel ibu jari lagi, ala-ala adegan dalam cerita P. Ramlee ketika hendak bernikah. Some sort like 'gusti lengan' gitu. Berboraklah ditengah panas pasal sudah banyak tahun tidak bertemu. Panas tidak terasapun. Ingatan dan kenangan bertukar dan saling cuba mengingati. Dilanjutkan lagi dengan apa yang dilakukan sekarang serta berapa anak kini antara topik diperkatakan. Banyak info terkini diupdatekan yang mungkin berguna bila bertemu kemudian nanti. Dalam kesibukan masing-masing, petemuan yang tidak dirancang dan berselisih didepan kedai pula pastinya ada hikmah yang tersembunyi. Apapun imbauan kenangan cepat menyelinap masuk. Teringat lagi masa terserempak di Puduraya. Kat kampong masa tu tidaklah berapa panjang rambutnya tapi masa diKL, hah nah kau, rockers tulen. Insan yang berkesempatan untuk aku bertemu hari ini adalah junior beberapa tahun masa sekolah. Seingat akulah, dia merupakan anak bongsu dalam keluarga yang agak respectable-lah juga. Banyak abang dan kakak telah bekeluarga menetap di KL. Sering masa pergi balik aku ke ITM Shah Alam ditahun 1984 - 1988, kerap jugalah terserempak dengannya. Kekadang di KL dan kekadang pula masa dikampong. Kerjanya, boring dikampong, duduk lepak rumah abang atau kakak di KL. Bila kena 'sound' dengan orang tua, larilah dia ke KL. Tak seronok di KL, balik semula ke Melaka. Pernah jugalah cuba nasihat tapi masa itu mana makan nasihat. Lebih-lebih lagilah dari kenalan biasa sahaja. Apapun, buat diri ini,  kehadirannya didepan mata seperti merefleksi diri. Betapa susahnya aku menjalani kehidupan aku kini, rupa-rupanya ada insan yang jauh lebih perit hidupnya tapi ceria sahaja kelihatan dipandangan. Punyai anak lima dan masih bersekolah semuanya dan bekerja sebagai 'Mat Despatch' kepada Kedai Spare parts motor setelah berubah corak kehidupannya dipenghujung 90an dimana era Rockersmania berakhir benar-benar menginsafkan. Ingatkan aku susah, rupanya ada lagi insan yang lebih susah.

Ridwan @ Wan

Walauapapun, maggie secukup rasa berjaya akhirnya aku bawa balik. Tidak kelupaan lagi. Mujurlah pertemuan perbualan dengan 'long lost' friend tidak sampai melekakan aku. Sebagaimana 'secukup rasa' diperlukan untuk menambah perisa masakan tidak kiralah asam pedas, kuah lemak ke atau apa sahaja masakan ianya amat diperlukan. Fungsi 'Aji-no-moto' telah diambil alih oleh'secukup rasa' yang lebih memudahkan disamping harganya yang jauh lebih murah. Begitu jugalah dengan kehidupan. Kawan dipelbagai peringkat sehingga kehujung nyawa nanti merupakan penyeri kehidupan selain pasangan hidup dan anak-anak. Bertuahlah buat mereka yang ramai kenalan. Semakin meriahlah hidup seseorang yang dikelilingi dengan mereka yang sanggup dan rela membantu mana yang perlu dan diperlukan didalam kelangsungan kehidupan.

Sebenarnya bila bersendirian dan merenungi insiden yang dialami banyak menyedarkan diri. Segala yang berlaku bukanlah sekadar disengajakan mengikut sudut pandang kita tapi lebih kepada ianya telah dirancang rapi dan terjadinya pula atas kehendakNya. Kita hanya mengikut sahaja. Mengelak rasanya tidak mampu apatah lagi dikatakan disengajakan.

Bukankah segalanya bersebab.

Monday, May 9, 2016

Yang terlihat... , terdengarkan...

01 MAY 2016, 12:14
Hari ini adalah Hari Buruh. Hari yang sepatutnya semua para pekerja yang makan 'gaji' bercuti tapi hakikatnya lebih ramai yang dipaksa, dimestikan dan diharuskan bekerja walhal inilah hari yang istimewa kepada golongan pekerja. Ahad lagi. Kerelaan dalam  paksa dengan diumpankan gaji berganda untuk hari ini membuatkan golongan ini tidak kesahkan lagi. Saban tahun hal yang sama berlaku berulang. Sudah lali dan terbiasa. Tergolong dan terperangkap dalam 'kasta' pekerja tidak memungkinkan untuk merubah sistem yang telah lama membudaya secara sendiri-sendiri. Andai ingin juga merubahnya, tindakbalas yang bakal diterimanya nanti tidak terfikirkan. Siapakah diantara kita yang sanggup menyanggah sistem yang telah lama diamalkan. Ini harus kita renungi bersama.


Apapun, aktiviti kehidupan aku berjalan seperti biasa. Dalam 8:00am pagi ini, aku untuk kesekian kalinya berkunjung kepasar. Mendapatkan barang keperluan basah@perishables untuk tempoh 4 ke 5 hari semacam routine mingguan pula. Kekadang bila ada event, seminggu 2 kali pula aku berkunjungan. Kali ini dalam pemerhatian aku banyak hal yang menarik perhatian. Kebiasaannya aku akan berbual-bual dengan penjual jagung seketika orang rumah melihat memilih ikan digerai ikan yang cuma sejarak pandangan. Bila siap memilih, orang rumah sekadar melambaikan tangan sahaja menyuruh membayar harga ikan yang dipilih andai wang ditangannya tidak kecukupan. Buat pagi yang istiewa ini, abang jagung yang berbesan dengan Abang Ahmad, merangkap abang ipar kepada abang utih aku, tiada ditempat biasanya berniaga. Mungkin bercuti 'Hari Pekerja' agaknya. Tokaylah katakan. Hendak berniagakah atau tidak mahu berniagakah, tiada siapa yang boleh pengaruhinya. Ikut suka dialah. Untungnya buat orang yang berniaga sendiri.

Bersendirian cuma, aku berdirilah berjarak dalam 2 meter sahaja dari seorang pengutip 'derma' yang duduk memangku kotak derma berwarna 'pink' ditempat biasanya berjiran dengan tempat abang jagung yang tidak berniaga. Selang seminit sahaja, seorang makcik berhenti dihadapan aku menarik note 'hijau' dari genggaman tangannya dan perlahan-lahan melangkah memasukkan wang kertasnya itu kedalam tong derma 'pak haji' yang sopan menunggu sumbangan pengunjung pasar pagi ini. Makcik yang kelihatan orang ada-ada ini dengan melihatkan dressingnya dan bercermin mata tidaklah sampai meruntun perasaan ini. Biasalah orang yang punyai rezeki lebih, memberi mungkin bukan suatu bebanan. Ini sekadar agakan aku sahaja. Selepas memasukkan sumbangannya dia berpatah melintasi dihadapan aku. Tergerak pula untuk aku abadikan gambarnya yang 2 kali melintasi hadapan aku. Mungkinkah ada isyarat hendak disampaikan. Aku dalam mengagak-agak itu meneruskan pemerhatian akan keramaian orang bermundar-mandir mencari keperluan masing-masing. Bila menoleh kebelakang sekitar 3 minit kemudiannya kelihatanlah makcik tadi berdiri terlihat-lihatkan anak pokok buah-buahan di kiosk dibelakang aku. Tidak lengah lagilah aku memotretkan dirinya sebagai kenang-kenangan.
Makcik yang memulainya...



Arahkan orang rumah menghulur...
 Seketika itu juga aku menoleh lagi pakcik yang memangku tong derma. Tiada seorangpun yang singgah berhenti memasukkan sumbangan walaupun orang bertali arus berjalan dihadapannya. Mungkin inilah dikatakan orang, sunyi dalam keramaian. Kejap pandangan aku kearahnya menunggu-nunggu akan siapakah gerangan yang bakal menghulur selepas makcik yang aku snap gambarnya. Lama jugalah menanti dan hampir ke minit ke sepuloh, kelihatanlah seorang makcik dari arah gerai ikan dengan wang kertas 'hijau' juga terkepit dijarinya berhenti memasukkan sumbangan. Laju sahaja aku snap gambarnya tanpa dia perasan. Siap diuploadkan di facebook lagi.

Makcik kedua yang meruntun perasaan...

Sedang diri dibuai perasaan terharu melihatkan mereka yang menderma ini, aku tersentak pula dengan cakapan yang agak kuat jugalah, 'Hendak beli, belilah... tak hendak beli sudahlah'. Cepat sahaja pandangan aku memfokuskan kearah datangnya suara itu. Kelihatan orang rumah tengah tunduk memilih-milih ikan. Takkanlah penjual ikan berbangsa India bercakap kasar dengan orang rumah pula. Rupa-rupanya dia 'sound' wanita Philippine yang speak English dengannya. Marah sungguh. 'Ini malaysia-lah, cakap Malaysia-lah... cakap Melayu'. Makluman dari orang rumah bila diminta pencerahan memaklumkan yang perempuan pilipina tu hendak memilih udang yang sememangnya tidak dibenarkan oleh india berjualan itu. Hanya dia sendirilah yang memilih dan menimbang. Bersebablah kenapa dia bertindak demikian. Menurut info orang rumah yang 'expert' memilih, biasa sangatlah si india tu mencampurkan udang lama dengan baru. Mana yang tidak biasa atau main pakai beli sahaja pastinyalah terkena. Berbagai cara digunakan hendak menipu pelanggan. Si india ini hanyalah kuli sahaja. Tokaynya adalah Cina. Pembantunya pula Bangla yang ditugaskan menambah stok ikan atau barang jualan yang berkurangan. Kira-kira buat replenishment sahaja tugasnya. Direct contact dengan customer tidak dibenarkan takut tersalah maklum. Siapalah yang berani memperbetulkan keadaan sedemikian. Kekadang pihak yang berkuasa memantau terlepas pandang akan situasi yang kerap terjadi. Memanglah betul 'customer adalah raja' dan dia bebas samada hendak membeli atau tidak. Tapi jika semua peniaga mengamalkan cara yang sama dan tidak beretika, rasanya mengadupun tidak berkesan. Sebaiknya, pandai-pandai sendirilah membuat judgement. Rezeki masing-masing. Hendak berkat rezeki buat orang berniaga seharusnyalah jujur dalam berniaga. Manakala yang datang membeli pula, lihat-lihatlah dahulu dan jangan pakai beli sahaja.
Berbaju biru yang panjang akalnya...

Sudah terlanjur ke pasar, orang rumah mengadu hendak beli barangan groceries pula di Mydin Bazaar. Biarkanlah dia masuk dahulu sementara aku me-markir-kan kancil di bahu jalan AMJ. Teringat pula hendak beli personal hygiene yang hampir kehabisan. Semasa menyusuri deretan gondola untuk mendapatkan 'shaving cream' yang telahpun melepasi harga RM10 dan tidak mustahil untuk beberapa bulan lagi akan terus naik harganya. Aku terdengarkan MAT BANGLA berbual-bual bila berselisih dengan mereka. 'Semalam kija banyak teruk. Orang ramai arrrh. Ini hari kija ada letih juga...'. 'Hebat juga mereka, 'bisik hati ini. Sanggup datang ke Malaysia bekerja. Malangnya aku sebagai orang tempatan merasakan kehadiran mereka hanyalah mendatangkan masalah. Orang tempatan yang kurang pendidikan dan rendah kelulusan mana harus mereka pergi. Segala sektor kerja peringkat bawahan telah dikontrakkan kepada mereka. Maka kemanakah anak-anak tempatan hendak pergi. Tidak mustahil pula dalam sedikit masa lagi kita pula yang memohon kerja kategori ini under 'outsource'. Kecenderungan pihak majikan yang disokong kuat oleh pihak kerajaan membenarkan dan mudah pula meluluskan permohonan mendapatkan pekerja asing lebih mempercepatkan situasi ini untuk berlaku. Kedapatan kini dan aku sendiri menyaksikan dan bertanya kepada orang tempatan yang bekerja di rangkaian peruncitan bersama-sama bekerja dengan mat-mat bangla/nepal/pakistan dan indon. Rasanya sudah setaraf pula. Lebih menyedihkan, yang bertindak sebagai leader atau ketua adalah orang 'luar' inilah yang mungkin telah lama berkhidmat dengan 'outsource' company itu. Lambat laun sudahlah harga rumah makin meningkat, peluang kerja pula makin kurang disektor 'labour worked' yang dibolot oleh orang luar yang peningnya direstui oleh kerajaan maka makin merempatlah mereka.
Sedang berbual santai...
Short 'Morning Briefing' di selling floor.

Sambutan tahunan akan '1 Mei' bagi mereka yang terabai pastinya menyedihkan. Pihak yang patut melindungi golongan pekerja lebih gah menyambut 'Labour Day' tanpa memberikan sesuatu yang signifikan dan amat diharapkan membantu rakan-rakan sekerja tempatan yang terperangkap. Apakah sekadar membiarkan keadaan membetulinya sendiri. Tiadakah campurtangan kerajaan membela membantu rakyat serta menangani persoalan ini. 

Kita tengok ajelah.

Monday, April 25, 2016

Himpitan Menular

11 APRIL 2016, 09:35
Semalam aku bercuti seperti yang dirancangkan. Apapun setiap perancangan bukan kitalah penentunya. Memangpun sejak 2nd G64 Bowling Tournament pada 05 March yang telah berlalu sebagai pra-reunion untuk tahun ini telah diwar-warkan untuk mengadakan pertandingan Bowling Khas antara G64 Melaka vs G64 KL. Setelah bersama bersetuju maka 10/04/2016 menjadi tarikh pertemuan untuk 'repeat match'. Biarpun  sehabis bagus perancangan yang dibuat dan mungkin pada pandangan dan perspektif kita terasa sungguh sempurna namun jayanya belum pasti lagi.


Seminggu sebelum itu iaitu pada 02/04, sahabat sesama bersekolah telah mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya di Dewan MBMB yang berdepan dengan tempat kerja aku. Malah beberapa minggu sebelumnya sekitar March dia telah post-kan kad undangan perkahwinan anaknya di whatsapp group. Tujuannya tentulah ingin menjemput semua kenalan yang berkesempatan untuk hadir dimajlis yang diadakannya. Demi untuk meraikan majlisnya itu, aku plotkan cuti hujung minggu aku ke tarikh yang dimaksudkan. Kehadiran bersama isteri dan Yaseer pada hari itu seolah satu obligasi memeriahkan majlisnya. Bertemu sesama rakan lain yang ditakdirkan bertemu dikesempatan ini dimanfaatkan sebaiknya.

Namun begitu tidak semua yang kita andaikan pasti berlaku. Setiap yang terjadi itu pula punyai hikmah. Sejauh mana dan sebagus mana pula kita berdepan dengan situasi yang dihadirkan akan menjadi titik tolak kearah perkara yang seterusnya. Kita hanya berdaya melihat apa yang ada didepan mata sahaja dan tidak mungkin dan terjangkau untuk menyaksikan sesuatu yang jauh kehadapan. Sedangkan apa yang patut berlaku kepada diri pada sebelah petangnya hari andai memikirinya dipagi harinyapun tidak pasti, apa pula halnya untuk hari esoknya, minggu depan, bulan depan atau tahun berikutnya lagilah kabur jadinya. Berita gempar yang diterima sekitar lebih kurang ke 12 tengahhari untuk 02 April diwhatsapp amat mengejutkan semua yang membacanya. Ini aku pasti. Naluri ini kuat mengatakan yang semua rakan yang mengenali arwah bersedih atas pemergiannya yang tidak sesiapapun menyangka. Tatkala masing-masing merancang ke majlis Ai @ Ibrahim Chia, tetiba pula kematian rakan sekolah diterima. Takdir harus disambut dengar sabar. Dua situasi yang berbeza dalam masa serentak membuatkan masing-masing dalam dilemma. Disini kemeriahan dan di Salak Tinggi pula kesedihan. Kalau disuruh memilih, tentulah keceriaan dan kegembiraanlah yang dihajati. Normallah buat kita sebagai manusia. Kesempatan untuk berada didua tempat dalam masa yang sama adalah mustahil terjadi. KetentuanNya jualah memaksa diri berada dikedudukan dimana kita berada. Beberapa rakan semasa bertemu dimajlis Ai bercadang berkonvoi menziarahi buat kali terakhir akan arwahnya Azmi Mamat. Aku pula bukanlah mengelak untuk turut berziarah tapi telah berjanji menziarahi anak di MRSM selepas makan kenduri. Ucapan takziah dititipkan untuk disampaikan kepada keluarga arwah agar bersabar menghadapi ujianNya.

Apapun semalam dan hari ini aku mengambil cuti hujung minggu keduaku buat bulan ini. Sepatutnya semalam adalah event berbowling tapi tidak terlaksanakan. Cadangan sesama rakan untuk menangguhkan aktiviti ini ke satu tarikh yang bersesuaian disokong semua. Alasan sebagai mernghormati pemergian arwah tiada siapapun mempertikaikan. Sebulat sekata bersetuju membuktikan keakraban sesama rakan masih utuh walaupun seorang demi seorang kembali ke rahmahtu allah. Dalam mengenangkan nasib yang menimpa keatas arwah, aku pula bermonologue. 'Nasib orang kita dah nampak... nasib sendiri macam mana agaknya bila dimatikan.' Kita maklum yang ajal maut hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tarikh dan harinya, tempat masanya serta cara keadaannya dimatikan tidak pernah akan kita ketahui. Tapi kita kena yakini segalanya telah tersurat di Luhz Mahfuz. Cumanya bagaimanalah nanti yang segala pertanyaan yang kita macam tetahu sahaja cuba diajukan tapi tergantung tiada terjawabkan.

Semalam dalam usaha 'menyibukkan diri', aku mengubah susunan meja tulis aku dibilik. Aku sendirian sahaja. Orang rumah biarlah dia menyiapkan makan tengahhari. Jangan diganggu kerana selepas makan tengahhari hendak jengah anak di Terendak sebagai sokongan moral agar dia tidak rasa diasingkan. Dalam berkemas-kemas tu terpandangkanlah risalah yang mahu aku ulas masa tengah panas ketika itu. Namun masa tengah bersemangat dulu terlupa pula mana diletakkan dan mencarinya tidak berjumpa pula. Hari ini baru ketemukan dan tidak lengah lagilah mula mencoret. Persoalan yang membimbangi diri akan kemampuan anak untuk mendepani kehidupan dihari muka mereka sukar diluahkan. Malah kalau diluahkan juga maka tidak siapapun yang mengambil kisah. Kerisauan sebagai bapa dapat mengagakkan betapa peritnya nanti kehidupan mereka andai tidak diurusi dengan penuh berhati-hati. Kalaulah telah ditakdirkan sekian-sekian corak kehidupan yang harus dilalui anak-anak, aku perlu pasrah. Seeloknya aku hanya berdoa kehadrat Illahi agar mereka tabah mengharungi ujian hidup.


Risalah yang diketemukan  memulakan coretan

Isu rumah dan kediaman merupakan isu yang berpanjangan dan tidak mungkin selesai sepanjang zaman. Betullah yang pergi akan meninggalkan apa yang arwahnya ada dan tidak akan turut membawa bersama mereka rumah yang dimiliki dan diduduki. Perubahan tetap silih berganti. Yang usang berganti baru. Belum pernahlah aku melihat ada anak-anak yang sudi menghuni rumah tempat mereka dilahirkan dan dibesarkan. Sikap ingin berdikari setelah berkeluarga perlu dan mesti ada pada pasangan yang ingin berkahwin. Malah kalau sikap sedemikian diawalkan sebelum bekeluarga adalah lebih bagus. Tanggungjawab yang semacam 'package' pula kepada pasangan yang baru memulakan penghidupan bekeluarga tidak terlepas dari memikirkan soal rumah. Isunya bukanlah rumah yang pelbagai bentuk dan jenisnya. Itu akupun tidak kisahkan sangat. Tapi kenaikan harga rumah yang semakin mengila mungkin akan mengakibat pasangan yang tergila-gilakan rumah sendiri menjadi gila pula memikirkan harga rumah yang terus melambung naik. Apakah pasangan yang baru hendak memulakan penghidupan bekeluarga sanggup mengharungi segala bagai rintangan. Selama manakah harus menyewa sedangkan ikut fitrahnya bekeluarga, bilangan ahli keluarga pasti bertambahan mengikut usia perkahwinan. Bebanan dan terbeban rasanya tidak dapat mengelak. Harung dan redah sahajalah nampak gayanya.

Terpanggil nya aku untuk mengulas isu ini bilamana PM kesayangan kita ni yang terkenal dengan 1Malaysia-nya dan berkonsepkan 'wassatiyah'-nya sebelum dikecohkan dengan 1MDB dan dihebohkan lagi pasal penerimaan derma yang jutaan jumlahnya, bila menyebutkan harga rumah 'PR1MA' berharga serendah RM400K kepada pasangan baru berkahwin ketika melancarkan projek diKL. Kalau ikutkan perancangan, penubuhan PR1MA @ 2012, matlamatnya adalah membina rumah mampu miliki berharga paling rendahpun RM100K ke RM400K bergantung pada lokasi projek.  Manakala yang layak pula harus bergajian gabungan laki-bini dalam lingkungan RM2500 ke RM7500 dan telah dinaikkan ke RM10000 pula. Sebab itulah timbulnya ejek-ejekkan golongan yang kurang berkemampuan dalam nada mengeluh mereka, 'rumah mampu milik dah bertukar jadi rumah mampu tengok aje...'.

Photo pada 21/08/2015

Photo pada 24/03/2013
Taman Bkt Katil Emas

Taman Camar Indah

Kedua-dua gambar yang di-snap pada tarikh yang dicatatkan menunjukkan tiada apanya yang ketara bila dilihat dari hadapan stesen minyak Caltex. Orang luar lagilah tidak perasankan apa-apa yang berbezanya. Jarak masa yang tidak sampaipun ke 3 tahun lamanya dan disebalik tidak ketaranya perbezaan pada kedua-dua gambar ini, jelas pembangunan telah rancak dan rakusnya dilakukan. Investigative report yang aku lakukan sendiri selepas mengisi minyak pada 21/08/2015 bagi menunjukkan siapakah yang beruntung keatas pembangunan yang telah dijalankan. Sebaik selepas Pilihanraya ke 12 pada 05/05/2013, hutan paya gelam telah kononnya dimajukan demi pemodenan yang tidak dapat dielakkan. Bagus alasan yang diberi tapi tidak bagus untuk rakyat dikawasan yang terlibat. Muncullah dua taman yang hampir serentak dimajukan dan serentak juga disiapkan oleh pemaju yang berjaya terpilih dan diberi projek. Taman Bukit Katil Emas dan Taman Camar Indah yang cuma bersebelahan menjadi kemegahan. 56 units bersaiz 22/24 X 75 untuk Bukit Katil Emas dan hampir 30 units Semi-D berstatus freehold(MCL) untuk Camar Indah masih belum terisi sepenuhnya sehingga sekarang. Harga yang ditawarkan untuk Semi-D itu yang siap sebelum raya tahun lalu(2015) berharga RM295K sebuah. Tahun ini mungkin ada kenaikan harga aku rasakan. Maklumlah serba serbinya kan ke naik harga sekarang ini. Harga rumah pula tidak tunggu harga minyak dunia naik ke turun malah kenaikan harga rumah rasanya tidak terkawal sekarang ini. Ikut suka pemajulah. Kerajaan sekadar tengok bolehlah. Himpitan yang kian terasa dari sehari ke sehari sehinggakan rakyat dan golongan marhaen tidak kuasa lagi bersuara. Biarlah yang bijak dan yang pandai mengurusi persoalan kenaikan harga. Slogan 'Tradisi mem'bela' rakyat' dan 'Demi Bangsa, Negara dan Agama' yang familiar dan kerap kedengaran masa Pilihanraya Umum sekadar rhetorik dan mentorikkan telinga rakyat bawahan.

Nilaikanlah kedudukan kita...



Sanggup ke sebulan seribu lebih untuk 30 tahun...


Aku cuba propagate-kan isu kemahalan harga rumah pada bebudak bujang yang sama berkhidmat dan dikenali agar lebih serius kerana mereka lelaki dan perlu bertanggungjawab keatas keluarga yang bakal dibina nanti. Tapi yang sedihnya, diantara ramai-ramai bila diperjelaskan isu ini, tidak seorangpun yang mengambil pusing akan perkara ini. Mungkin aku terlalu eager benar  cuba menjelaskan perkara ini  sehingga membuatkan kebanyakan mereka semakin kabur pula akan isu ini. Budak baru hendak mula bekerja dan masih tercari-cari kerja yang menjamin masa depan. Akupun seharusnya malu sendiri kerana yang datang bekerja adalah bebudak lepasan SPM yang masih tidak terfikirkan lagi perkara ini. Diperingkat umur aku ini andailah masih menyewa lagi maka besar kemungkinannyalah sehingga akhir hayatlah tidak berumah sendiri. Bagi yang bernasib baik dan berjawatan tentulah tidak berapa aku kisahkan tapi bagaimana pula yang SPMpun terkial-kial untuk lulus dan peluang pekerjaan untuk lepasan SPM banyak yang telah diserahkan wewenangnya kepada pekerja asing yang dialu-alukan kedatangan mereka. Benar rezeki adalah tersedia untuk semua. Tapi kecenderungan memuji pekerja 'outsource' akan keberkesanan melaksanakan '3D' jobs oleh pihak kerajaan amat dikesali. Kemanakah golongan kelabu asap ini hendak dicampakkan. Membiarkan ibubapa dan penjaga sahaja mengurusi, rasanya tidak memadai. Campurtangan pihak berkuasa diperlukan agar rakyat sendiri tidak terpinggir dek kerana hendak mencapai status negara maju, kononnya, menjelang 2020.

Berbalik kepada isu pemilikan rumah ini, nampak gayanya, golongan yang berpendapatan rendah kalaulah tidak dibantu akan terus-terusanlah menjadi penyewa ditanahairnya sendiri. Semasa mengangkut segala khazanah setelah hampir 3 tahun Along berkelana di Pasir Gudang sebaik tamatnya paper terakhirnya aku mahukan dia untuk menyambung ke peringkat ijazah pula. Sekadar diploma bukan tidak membantu tapi perit untuk meningkat ke jawatan yang lebih lumayan gajinya. Ikut pasaran, gaji permulaan diploma dalam 'mechanical' yang dipelajarinya sekadar dalam lingkungan RM1200 ke RM1700 sahaja. Tidak mencapai standard yang aku set-kan. Gaji bersih permulaan seharusnya mencecah RM3000. Ini berpandukan arahan BNM yang menghadkan ansuran bulanan pinjaman perumahan seseorang harus tidak melebihi dari 1/3 dari gaji bulanan yang diterima. Dan 30 tahun berhutang terpaksa adalah hakikat yang pedih menerimanya kerana lebih pendek tempohnya akan lebih tidak berdaya memikulnya nanti. Jangkakan yang buruk-buruk dahulu sebelum mengimpikan yang indah-indah. Bersedia menghadapi segala kemungkinan amat penting diberi perhatian didalam mengharungi rona-rona kehidupan. Berserah semata-mata tanpa sebarang usaha akan merisikokan diri.

Sebaik dia berada dirumah dan tanpa sebarang perancangan dan dengan ibunya yang masih memanjakan agar dia berehat dahulu selepas 'penat' belajar membuatkan aku lebih 'mendidih'. Aku menyuruhnya ke 'Ekspo RMM or Rumah Mampu Milik untuk melihat sendiri realiti didepan mata. Apakah betul atau salahkah sepertimana yang aku maklumkan kepadanya semasa ke Pasir Gudang  pada 12/11/2015 itu. Aku ingatkan dia supaya melaporkan apa yang aku hendak tahu tentang perkara-perkara yang berkaitan. Dia berkereta dengan adiknya untuk misi yang aku tugaskan. Sesampai dirumah aku tanyalah apa yang hendak aku ketahui. Harga rumah yang ditawarkan semuanya diatas RM150K. Dibawah dari harga ini tiada kedapatan. Mungkin malas agaknya hendak berdiskusi atau merasakan hal ini masih jauh lagi terus sahaja dia mengakui apa yang aku maklumkan kepadanya. Aku sekadar  mengingatkan akan peripentingnya menyambung belajar agar kehidupan di hari kemudian nanti, dengan izinNya jua, bakal terurus dan selesa.

Apapun hidup ini adalah satu perjudian. Melangkah atau tidak mahu melangkah, segalanya akan menuju kepenghujungan. Redha dan redahlah ikut kata hati masing-masing.

Friday, April 22, 2016

Hukum alam jelas dipertunjukkan

22 APRIL 2016, 08:05

Terkini - Adik Nuriey dipatuk ular. Sila rujuk sini.

Bagi mereka yang punyai perasaan dan hati pastinya akan turut bersimpati atas musibah yang menimpa pada ibu dan bapa kepada adik Nuriey Nadhirah Ruslan yang baru berusia 7 tahun di Kelantan. Maklumat mengenai kematiannya yang disebarluaskan atau sekarang ini dengan term 'viral' khususnya di media sosial cepat, sekejap dan sekelip mata sahaja massa mengetahuinya. Peringkat rakan sebaya dan mungkin juga mereka yang rapat serta mengenali si arwah pastinyalah lebih terasa kehilangan berbanding dengan aku yang menumpang hidup di Melaka. Namun kesedihan kehilangan yang tetiba sahaja dan tidak disangka pula ianya berlaku amat mengejutkan. Tindakbalas yang universal sifatnya dijelmakan, baik dikalangan yang rapat dengan simati mahupun jua bagi mereka yang sekadar mengetahui berita tergempar ini. Takkanlah hal kematian disambut dengan sorak sorai dan bertandak gembira. Perasaan terkejut dan bersedih hati dipamirkan bagi mengambarkan simpatinya masing-masing diatas kepulangan yang terlalu awal. Siapakah kita untuk pertikaikan wajar tidaknya pemergian adik Nuriey menemui sang penciptanya.

2004 - Gadis, Arni Syuhada dipatuk Tedung. Sila rujuk yang ini pula.

Kematian yang hampir bersamaan tapi situasinya lebih trajis lagilah dari pandangan aku. Gadis yang berusia 23 tahun dan bakal berkahwin sebulan setengah sahaja lagi dan mengikut perancangan kedua belah keluarga akan dilangsung di bulan Syawal tidak kesampaian. Pertengahan Syaaban dia tetiba sahaja menjadi Allahyarhamah. Gadis yang berkelulusan Sarjana Senilukis dan Senireka(UiTM) pastinya dirasai kehilangan oleh ibu dan bapanya dan lebih-lebih lagilah tunangan yang berhajatkan. Siapa sangka hal kematian menerjah disaat seluruh  sanak saudara berpakat merancang hari bahgia dia dengan tunang kesayangannya. Pasti luluh perasaan jejaka yang tidak menyangka perkara sebegini berlaku pada kehidupan. Segala impian dan rancangan untuk hidup bersama hilang begitu sahaja. Kegembiraan bertukar kesedihan dalam sekelip mata. Siapapun tidak menginginkan tapi hakikatnya yang tidak dijangkakanlah yang berlaku. Ketentuan dan perencanaan Allah swt mengatasi segala perancangan kita.

2013 - Warga Emas, 66 usianya, arwah selepas 'mematuk'. Baca yang ini juga.

Perkara kematian mana boleh buat memain. Kejadian menimpa diri mana mungkin mampu mengelak. Malah kita sebenarnya harus menerima apa sahaja ketentuanNya. Kalaulah kita mengetahui saat dan ketikanya kematian mendatangi diri, pastinyalah kita akan senantiasa mengingatiNya. Kelalaian kitalah punca sebenar setelah ditipudayakan oleh 'syaitan' yang merupai pelbagai bentuk dan dimensi menyebabkan kita terperangkap didalam diri. Semua orang akan menemui sang penciptanya. Biarpun pandai orangnya, bodoh alang sekalipun dia, berpengaruh atau biasa-biasa sahaja tapi bila tiba masa untuk kembali, tiada siapapun berdaya menghalanginya.

Dan dipagi Jumaat yang mulia dan penuh keberkatan, aku awalkan pembacaan khutbah jumaat untuk hari ini. Aku bercuti 'ERD' yang bermaksud extra rest day. Bertajukkan, 'Yakini Nikmat dan Azab Kubur' yang dipenuhi dengan hal-hal bersangkutan dan perihal menghadapi kematian diperjelaskan dengan berlandaskan nas-nas al-quran. Moment kematian yang semua orang pasti melaluinya yang entah bila pula giliran kita cuba di-visualize-kan oleh penulis khutbah kali ini iaitu Encik Muhammad Khidir Bin Hamidun. Aku tidak mengetahui siapa dirinya tapi hasil penulisan yang diiktiraf oleh MAIM dan dikhutbahkan ke seluruh Melaka pastinya setelah melepasi saringan yang ketat. Semua makmum hari ini mendengarinya. Apakah ianya akan memberi impak yang maksimum lagi positif terpulanglah kepada yang mendengarinya.

Awal hadirnya aku ke masjid berjumaat. Imam muda lagi sekali dipertanggungjawabkan membaca khutbah. Jelas dan tertib membacanya. Mungkin setelah berulangkali melaksanakan tanggungjawab, membacanya sudah menjadi semacam second nature pula. Patah perkataan tidak lagi tersasul malah sebutan arab yang didengari juga cukup sempurna. Keyakinan diri yang terpancar bakal meletakkan diri imam muda ini untuk ditugaskan ke masjid yang lebih 'besar'. Apapun sememangnya niat penulis dan penyampai khutbah hari ini agar isi kandungan khutbah dimengertikan dan diterjemahkan oleh setiap makmum yang mendengari. Peringatan akan hal kematian bukanlah untuk mengerunkan tapi memaklumkan peringkat demi peringkat sebelum roh dicabut malaikat maut. Diterangkan ujian buat simati bermula seawal didunia lagi ketika sedang nazak iaitu saat menghadapi shakaratal maut. Moment segenting ini pula roh akan didatangi oleh 'tentera-tentera'syaitan memujuk mensyirikkan Allah swt untuk mati dalam kekufuran. Mendindingi dari pujukan menyesatkan, diunjurkanlah agar kalimah shahadah senantiasa dituturkan dengan lidahnya dan hatinya. Perlukan juga kita berbaik sangka dengan sifat-sifat Allah swt agar dapat membantu diri berhadapan dengan detik-detik paling mengerunkan lagi mencemaskan. Apakah kita masih mempersoalkan sifat-sifat Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Pemurah-Nya. Rasanya tidak mungkinlah bagi mereka yang beriman. Moga kita mendapat khusnu  al-khatimah.

Imam yang membacakan khutbah, penulis yang cuba mencuri perhatian dan tumpuan makmum tentang isu kematian apatah lagi makmum yang hadir mendengar, sememangnya semua antara kita belum pernah berhadapan saat kematian masing-masing. Saat kritikal inilah ketikanya imam berpesan sepertimana yang dituliskan oleh Encik Muhammad Khidir, semacam punch-line pula, menegaskan, 'Yakinlah bahwa nikmat dan azab kubur itu adalah benar dan pasti akan terjadi.' Bagi meyokong statement yang dibacakan dinyatakanlah juga akan terdapatnya kurang lebih sebanyak 300 ayat  didalam al-quran yang menceritakan tentang kematian dan keadaannya selepas kematian termasuklah mengenai nikmat dan azab kubur. 300 ayat adalah bersamaan 4.5% dari keseluruhan ayat al-quran, khusus membicarakan perihal kematian. Projection yang diingini adalah agar kita semua meyakini dan sering mengingati akan kematian lebih-lebih lagi akan azab siksa kubur. Orang yang berakal dan beriman akan heed the advice. Mana mungkin akan berani untuk melakukan sebarang bentuk maksiat dan hal yang dimurkaiNya. Diharapkan agar makmum untuk tidak wewenangnya meninggalkan solat, mencukupkan puasa ramadhan serta kalau boleh ditambahi dengan puasa sunat dan diharaplah juga untuk tidak mengelak mengeluarkan zakat. Lanjutan dari khutbah yang dibacakan setelah diperingatkan tentang kematian kepada kita semua,  moga tiadanya lagi dikalangan kita dari melakukan sebarang bentuk perkara maksiat dan dosa, diharapkan juga tidak berlakunya curi tulang ketika bekerja serta seboleh mungkin menjauhi dari perkara yang sia-sia. Ransangan yang terhasil atau kesan positifnya pula moga-moga kita bermotivasi untuk melakukan kebajikan dan mengejar pahala. Menutupi khutbah, dibacakanlah ayat ke 16 surah al-imran, untuk dijadikan doa pendinding diri yang mustajab.

"الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ"
[Al-i-'Imran:16]


Shared via Bayan Quran

Sememangnya yang pergi tidak akan kembali. Kembali menceritakan azab sengsaranya siksaan dialam kubur tidak mungkin berlaku. Perjalanan kita ini adalah 'one way'. Tiada istilah berpatah balik. Yang tua teringinkan masa mudanya, Yang muda pula kalau boleh senantiasa dialam kanak-kanak. Namun saat kematian menjelma tidak siapapun tahu. Malah setiap ketika dan waktu kita diintip. Yang muda siapa menyangka akan dijemput dahulu dalam keadaan yang masih mentah mengenai kehidupan. Cabaran yang lebih mengetarkan pastilah kepada yang telah lama menjalani kehidupan tapi masih belum dipanggil balik. Tentulah ada sesuatu yang melengahkan kepulangan dari pandangan kita tapi masa dan tempat serta bagaimana kita akan dimatikan telah lama tersimpan didalam Luhz Mahfuz. Ayat ke 52 surah Yasin menjelaskan kekesalan orang yang ingkar akan peringatan Allah swt. Surah Yasin yang saban minggu di-recite-kan harus difahami dan diyakini bagi mengingatkan kekuasaan Allah swt terhadap sekian makhluk.

"قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَن بَعَثَنَا مِن مَّرْقَدِنَا هَٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ"
[Ya-Sin:52]


Shared via Bayan Quran


Aku bukanlah pandai sangat tapi pengetahuan yang ada serta masih mendalami segala ilmu yang bermanfaat dan untuk dimanfaatkan bersama. Seawal 5 ayat pertama lagi dalam surah al-baqarah telah dinyatakan akan golongan manusia yang ditentukan mendapat petunjuk dan dijanjikan kejayaan. Golongan itu adalah mereka:

1. Yang mempercayai perkara-perkara ghaib
2. Yang mendirikan solat
3. Yang memberi dan membelanjakan harta yang diterimanya @ rezeki
4. Yang mempercayai perkara yang diturunkan keatas mereka dan sebelumnya @ كتاب الله
5. Yang mempercayai akan hari akhirat

Lima ayat pertama surah al-baqarah ini amat digalak untuk dibacakan didalam sembahyang fardhu agar kita senantiasa mengingati akan siapakah golongan yang diberi petunjuk dan kejayaan. Diayat ke-5 ditegaskan bahwa,

"أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ"
[Al-Baqarah:5]


Shared via Bayan Quran

Memandangkan semua orang akan menghadapi kematian, maka marilah kita sesama kita bermula dari sekarang melakukan hal-hal kebaikan agar mendapat redha-Nya dan berdoalah agar dijauhi dari melakukan perkara yang dimurkai-Nya.

Insya-Allah.

Thursday, April 7, 2016

Rasuah dikhutbahkan

01 APRIL 2016, 12:06 PM

Hari ini aku buat rekod. Selalunya pukul 12:00 tengahari baru memulai pembacaan teks khutbah yang bakal dibacakan untuk jumaat ini. Kurang lebih sejam setengah sahaja lagi. Hal mengenai rasuah, punca dan alasannya, tempatnya, akibat serta pembalasan dari perspektif agama diperjelaskan dan diperingatkan kepada makmum yang bakal hadir mendengarinya. Teks yang disediakan oleh pihak SPRM dan tentunya disaluti sekemasnya dengan aspeks kerohanian demi menyesuaikan audience yang off-course-lah religiously inclined. Mereka yang berat menunaikan tanggungjawab hakiki terhadap sang penciptanya mana mungkin hadir. Ibarat menarik rambut dalam tepunglah katakan, tepung tak mau selerak dan rambutpun kalau boleh tak mau putus. Berhati-hati sungguh pihak panel memilih perkataan dan  tertib pula menyusun teks dan memastikan maksud difahami oleh semua makmum agar tidak secara directly menghubung-kaitkan dengan isu semasa yang diperkata massa.


"وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ"
[Al-Baqarah:188]

Shared via Bayan Quran

Sebaik sahaja pembacaan khutbah dimulakan, terus sahaja imam menyebutkan 'Rasuah adalah perbuatan jenayah... ' dan dilanjutkan lagi dengan memaklumkan ianya telah mendarah-daging dalam kehidupan masyarakat manusia. Sebagai kesinambungan serta mungkin tidak berani membuat satu tuduhan mahupun memaklumkan sesuatu yang pasti lagi tepat maka jalan 'selamat' yang diambil oleh pihak penulis khutbah SPRM ini adalah dengan merujuk kepada laporan media cetak/elektronik dimana sekadar membuat kenyataan umum sahaja akan perlakuan rasuah ada berlaku didalam politik, sektor perkhidmatan awam/swasta serta orang awam sepertimana yang dilaporkan. Hasil siasatan yang dibuat selama ini, suapan yang berpunca dari meminta, menawar dan menerima antara duabelah pihak serta secara impliedly menegaskan adanya petugas yang dipertanggungjawabkan telah menyalahguna jawatan untuk kepentingan diri. Sebagai rujukan terpaksalah imam menyebutkan statistik tangkapan oleh pihak SPRM, yang entah makmum dengar ataupun bubuh perut ke atau ada juga yang entah-entah langsung tidak mendengar dengan cuaca panas membahang sekarang ini, berhubung dengan rasuah yang telah meningkat jumlahnya dari tahun sebelumnya(2014 vs 2015) melibatkan penjawat awam. In split second juga aku memikirkan yang majoriti penjawat awam yang jutaan sudah jumlahnya adalah sebangsa dengan aku. Agak sukar hendak aku menafikan kenyataan. Melayu seharusnya Islam dan Islam diwarisi oleh Melayu.

Seperkara lagi yang menghairankan pihak SPRM, 'dapatan' hasil kajian kes-kes yang disiasat terdapatnya hubungan yang sangat rapat antara pengamal rasuah dengan jawatan. Mereka menegaskan bahawa, 'Semakin besar pangkat maka semakin besarlah peluang 'merompak harta rakyat' dan semakin pintarlah melepaskan diri dari sabitan jenayah rasuah'. Risaunya mereka sehinggakan via khutbah , amat membimbangi kalau-kalau jenayah rasuah berkembang biak dan menjangkakan boleh mengganggu kestabilan politik, ekonomi dan juga keselamatan negara. Jangkaan dan andaian dari badan yang berpengalaman dalam bab rasuah merasuah ini tidaklah boleh dipandang sepi sahaja. Seharusnyalah kita orang perseorangan, pihak NGO dan petugas yang terlibat secara langsung membanteras salahlaku individu dalam sesuatu organisasi yang disiasat harus lebih fokus dan komited. Namun kita terkilan benarlah bila perkara yang telah lama membarah dan berleluasa, barulah terhegeh-hegeh mencari punca. Paling awal disebut adalah ikutkan hawa nafsu yang mahu bermewah walau apa cara sekalipun dan ditokok pula dengan sifat tamak haloba yang mengila memburu kekayaan segera. Kesan yang terhasil dari pemerhati-pemerhati bergaji SPRM, sekadar untuk didokumenkan adalah, pertamanya berlaku kekayaan berpusat kepada orang-orang tertentu, kedua pula adanya peningkatan inflasi iaitu kenaikan harga barangan amnya dan lebih-lebih lagilah barangan keperluan asas khususnya. Pergeseran dari kedua-dua keadaan ini dimana sebelah pihak punyai banyak hartanya dan sebelah pihak yang  lainnya serba kekurangan akan mengakibatkan pula kezaliman dalam masyarakat. Ini yang aku dapat fahami setelah cuma menghadamkan teks khutbah minggu ini. Yang tidak sedapnya bila cuba menarik simpati makmum dengan mencontohkan golongan marhaen lagi dhaif seperti petani, nelayan, penoreh getah serta penarik becapun disebut sama bagi menunjukkan penggunaan khudrat tulang empat kerat mereka mencari rezeki halal. Apakah profesion lain terhindar dari gejala rasuah. Amat musykil difikiran. Bukankah sebarang pekerjaanpun ada ruang dan peluang untuk  melakukan rasuah. Terpulanglah pada pelaku yang kreatif mengolahnya. Kenapa tidak dicontohkan juga kepada sektor pekerjaan lain yang mudah terjangkit seperti warga kerja polis, kastam dan kalau lebih 'daring' lagi sebutkan jugalah petugas-petugas dikementerian kewangan dari sekecil-kecil pangkat sehinggalah kepada menteri kewangannya. Jika berani menyebutnya maka tidak hambarlah dan ianya mampu menyentuh perhatian dan tumpuan makmum kerana menghubungkaitkan dengan isu- isu semasa yang ligat berputar. Tindakbalas dari makmum mungkin akan menghasilkan sesuatu yang positif jika khutbah yang dibacakan mengambilkira hal setempat dan semasa pula sifatnya.

Kemudian secara umumnya juga dinyatakan pengamalan rasuah adalah perbuatan haram. Bila sudah haram maka dinyata dan diingatkanlah yang segala ibadatnya tertolak. Solat dan doa pengamal rasuah adalah jauh dari mendapat rahmat Allah. Seterusnya merayu agar semua yang mendengari untuk turut terlibat secara kolektif membanteras kerana ditakuti kemurkaaan Allah dalam bentuk malapetaka atau bencana akan didatangkan. Dinyatakan juga usaha-usaha yang bersifat fizikal yang telah dijalankan seperti penambahbaikan pembaharui passport, lesen memandu dan pembayaran cukai tanah. Dibanggakan pula dengan pelaksanaan pembayaran secara online maka gejala ini dapat dikurangkan andaikata tidak dapat dibanteras sepenuhnya. Sebagai 'reward' kepada mereka yang menolak rasuah, ditakrifkan pula sebagai manusia hebat dan cemerlang. Senangnya panel penulis khutbah bersepakat mengiktiraf. Begitu mudah ke hendak menjadi hebat. Dimana kewajarannya. Pengiktirafan yang simply-simply sahaja semacam ketandusan idea amat mengecewakan. 

Aku bukanlah hendak pertikaikan teks khutbah ini dimana matlamat akhirnya ianya untuk kebaikan bersama. Cumanya aku rasa terkesan bilamana cara pengolahan lebih menumpukan kepada orang yang biasa-biasa sahaja. Kecelaruan dalam bab rasuah ini lebih menekan pada golongan yang berkuasa dan berilmu tapi bijak dan pintar memanipulasikan kedudukan dan pangkat yang disandang. Tidak berani menegur oleh pihak yang dipertanggungjawabkan keatas perkara mungkar menjadi tanda tanya pada orang kebanyakan. Cakap-cakap orang bawahan, 'Cakap tak serupa bikin', dan juga 'Ikan bilis ditangkap, jerung terlepas' sekadar menjadi ejekan semata. Keberanian dan kebertanggungjawaban terhadap tugas amat dituntut. Melawan arus merupakan cabaran. Siapakah yang sanggup menggalas tugas mulia ini. Apa pula takrifan bagi mereka yang didalam SPRM ini yang digajikan tapi gagal berfungsi. Bolehkah berterusan mencari rezeki untuk anak dan bini. Boleh nyenyakkah tidur andai diketahui dan berjaya pula membuktikan kesalahan rasuah seseorang tapi dibiarkan sahaja.


Semoga kita semua beringat...