Monday, October 19, 2015

Surat 5

  21hb. Oktober,
 (21 Syawal 1429H)
Zaini Bin Ali                                                               

10A,                                                                                       
Jalan Bayan 7,
Taman Bukit Katil,
75450 Melaka.
06-268 7034
019-714 4868


Assalamualaikum!
Apakhabar En. Zaki disana. Semoga berada didalam situasi yang menceriakan disamping keluarga yang dikasihi.

Awatlah hang ni, menjelma setahun sekali aje. Ingatkan tak ingat/kenal lagi mamat kat Melaka ni. Tahun lalu tiada apa-apa contact samada dari pihak saudara maupun dari pihak aku sendiri. Al-maklumlah, masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing sehinggakan lupa sahabat karib yang setia menunggu khabar berita disini. Seingat aku le, surat yang latest sekali tu adalah bertarikh 21/09/2006 bersamaan 29 Syaaban 1427H. Aku taklah mahu membohongi diri aku sendiri memandangkan usia yang dahpun menjangkau ke angka 44 dah sekarang ni. Nak aku menulis pada kau, rasa-rasanya macam tak ada respond. Kekadang tu rasa terkilan jugalah. Orang sudi nak berkawan dengan kitalagi tak ataupun sebaliknya. So, untuk melayan masalah ni, aku sering mengulang-ulang baca surat yang pernah aku hantarkan kat En. Zuki. Apa silapnya, apa kurangnya. Mungkin ke ada yang menyinggung perasaan atau mengutuk En. Zuki ke, samada tersurat mahupun yang tersirat. Apapun aku menghargai ingatan saudara pada aku di Melaka(Bandaraya Bersejarah) eh eh, dah tukarlah …Melaka(Bandaraya Warisan Dunia).

Sebenarnya, sepanjang tahun lalu, 2007, berbagai dugaan dan cabaran yang harus aku tempuhi samada di tempat kerja mahupun berkenaan hal-hal kekeluargaan. Bebanan tugas ditempat kerja banyak menghambat waktu dan memerlukan tumpuan bagi memastikan segalanya berjalan mengikut jadual dan menepati target. Tambahan pula budak-budak lepasan sekolah yang menganggap kerja dibahagian retail ni hanya ‘temporary’ sebelum menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Pening kepala bila nak consult dengan bebudak sekolah ni yang tak commited terhadap kerja. Datang kerja ikut akta ‘ISA’……..ikut suka aku aje. Masih tak dapat menyesuaikan diri dialam pekerjaan dan masih terikut-ikut semasa dialam persekolahan lagi. Aku di Jusco ni kira-kiranya dah jadi seniorlah. Dah lebih 15 tahun aku ‘makan’ gaji dengan Jepun lahabau ni. Mungkin sampai pencen agaknya. Hanya takdir yang menentukan. Sebenarnya setiap apa yang kita lakukan adalah ketentuan-Nya jua. Mungkin, bagi diri akulah, dan tak semestinya sama dengan apa yang orang lain lalui. Sejak tamat belajar dan memasuki alam pekerjaan, bidang ‘marketing’ ni seboleh-bolehnya hendak aku elakkan. Tapi tak mampu. Sebenarnya, semasa berkira-kira hendak menyambung pelajaran dulu. Lepas SPM/STPM, dan dengan result yang cukup-cukup makan serta bandingkan kelayakan ‘minimum’ yang diperlukan untuk mengikuti setiap kursus tu maka hanya kursus BM51(Dip. In Marketing) ajelah yang aku mungkin layak untuk diterima. External course lagi pulak tu. Masa tu, adik aku dah setahun di ITM mengikuti kursus ‘Dip. In Building’. Rasa tercabarpun ada. Dan selebihnya adalah sejarah. Kalau tak, kaupun mungkin tak akan mengenali aku, orang Melaka yang berkhayal dalam dunianya sendiri.

Perkara keduanya adalah terdapat komplikasi semasa kelahiran anak aku yang ke-5 pada tanggal 13/03/2007. Tahap ‘sakit kuning’ adalah sangat tinggi dan kritikal. Ahmad Yaseer namanya, terpaksa dimasukkan ke ‘Child Intensive Care Unit’ untuk beberapa minggu bagi tujuan pemantaauan dan pemeriksaan rapi. Akibatnya, darah banyak diperlukan dan digunakan bagimenstabilkan keadaan dirinya. Kesan dari semua ni, anggota tangannya dikatakan tidak normal. Refleksinya lambat. Tapi kini setelah usianya menjangkau setahun 7 bulan, keadaannya beransur pulih dan normal. Tumpuan terhadap keluarga amatlah penting juga memandangkan ianya suatu ‘investment’ yang menguntungkan sekiranya setiap manusia itu tahu menilainya. Follow-up dengan doctor pakar dipatuhi. Kalau tak ikut nanti, masalah pulak. So, banyak masa diuntukkan bagi memastikan si Yaseer ni in good condition as well as in good shape sesuai dengan perkembangan dirinya. Apapun, Allah swt. Maha mengetahui, maha adil keatas hamba- hambanya. Dugaan perlu dihadapi dan ditempuhi dengan tabah.

Tahun lalu juga banyak membuatkan aku lebih bermonolog memandangkan Malaysia seperti dilanda tsunami dalam era IT ni. Dulu kitapun taak pernah mengenali ‘blog’. La ni begitu mudah untuk membuat ‘blog’. Beberapa minit saja dah siap. Apa yang pasti, aktiviti penullisan aku ni, semacam menerima booster pula. Melonjakkan aku untuk aktif menulis. Sebenarnya, aku ada membuat buku catatan harian aku sejak dialam persekolahan lagi. Semuanya bermula ketika aku bersekolah menengah. Menulis pengalaman hidup buat tatapan sendiri aje. Mana yang tak sempat tulis panjang-panjang, aku buat drafnya aje. Mungkin bila ada kelapangan, aku akan rujuk dan tulislah. Banyak coretan aku dari sekitar tahun 80an sejingga kini tersimpan kemas. Berbuku-buku dan berfail-fail aku susun dalam almari. Tapi hakikatnya, banyak yang terbengkalai dari yabg telah aku siapkan. Nak menulis perlukan masa yang sesuai dan dalam keadaan yang tak terburu-buru. Banyak ruangan blog yang aku layari, terutamanya omputeh, menulis bila depa dah pencen. Tak ada apa keja nak buat …bolehlah. Gaya penulisan mereka dan tatabahasa yang digunakan aku perhati tengok dan cuba disesuaikan dengan konteks aku pulak. Begitu juga dengan penulis blog tempatan. Selain dari topic yang dibicarakan, aku juga melihat bagaimana depa mengarang dan cuba aku adaptasikan dalam penulisan aku pula. Kekadang tu sampai aku obsess sehinggakan kalau tak melayari blog terasa macam ada kekurangan pula pad hari tu. Yang seronoknya, melalui penulisan blog ni, kita tak perlu cetak buku, baru orang boleh baca tulisan kita….itupun kalau mahu baca, kita cuma perlu uploadkan article dan tersedia untuk dibaca oleh surfer yang happen to visit our blog. Itu aje. Mudah dan murah dan tak perlu masa yang panjang untuk diibaca oleh public. Kegilaan terhadap blog ni sampaikan hasrat aku untuk menghasilkan ‘auto-biography’ aku sendiri dah sedikit off-track. Masih berjalan dan msih diperingkat awal lagi dalam mengumpul dan sorting tulisan mengikut urutan masa sehingga kini.

Mengenai diri En. Zuki pula, aku walaupun mengenali saudara sejak di ITM dulu tu hanyalah sekadar rakan coursemate aje. Maaflah tak mengenali saudara secara mendalam. Apapun pengalaman bersama saudara walaupun sekadar teman sepengajian membuatkan perjalanan hidup aku yang tak panjang mana ni cukup bervariasi gitu. Tak berani nak komen lebih-lebih, nanti ada lak yang merajuk nanti.

Teringat aku semasa aku bekerja di ‘Hankyu Jaya’ di Chow Kit do awal 90-an dulu. Ada seorang management trainee tu, namanya lupa lak dan kalau tak silap akulah, mirda kea tau midah ke. Mungkin dia dapat rasai kelainan aku dari sales assistant yang lain. Pernah sekali tu dia dating kat meja semasa tengah makan tengahari di kawasan gerai berhampiran dan kamipun makanlah bersama-sama. Borak punya borak, tahulah aku yang dia berkelulusan ijazah dibidang ‘finance’ dari US(New York). Dan masa dia soal balas aku balik, akupun tercakaplah yang aku hanya berkelulusan diploma keluaran dari ITM. So, kamipun rapatlah sebagai rakan sekerja. Dia di bahagian admin., manakala aku hanyalah sales assistant dibahagian canned food. Sebagai perangsang buat sahabat yang kurang bernasib baik masa tu atau mungkin juga sebagai pemujuk hati yang tengah tak tentu arah masa tu, dia berikan aku sesalinan ‘puisi’ dari koleksi peribadinya pada aku. Memento kenangan semasa di Hankyu Jaya tu aku simpan baik-baik sebagai dokumen yang membuktikan yang aku pernah berada disana dan turut aku kongsikan bersama saudara Zuki untuk iktibar atau sekadar info aje. Rujuk ‘A People Place’.

Kini perception aku terhadap hidup dan kehidupan turut berubah sesuai dengan pertambahan umur serta onak hidup yang telah aku injaki setakat kini. Dan semasa aku surfing laman blog siapatah, aku tertarik dengan poem bertajuk ‘What is Life’. Juga turut aku kongsikan bersama saudara. Walaupun kita semakin berusia walaupun tak mahu mengakui dah tua, rasa-rasanya belum  terlambatpun untuk menyedari hakikat hidup dan kehidupan. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.

Kalau bercita-cita untuk menulis, aku lampirkan juga article ‘Pabila ‘semangat’ berbicara untuk memotivasikan anda untuk merakamkan peristiwa kehidupan peribadi anda. Juga tatapilah nukilan rasa aku yang aku uploadkan dalam blog aku. Segan juga untuk ditatapi umum. Tapi, itulah teknologi semakin pantas dan cepat untuk seseorang mengetahui hal-hal disekeliling mereka. Baik buruk sendirilah mau ingat.


Yang benar,

………………
         
(Zaini Bin Ali)

Surat 4

21hb. September, 2006.
(29 Syaaban 1427H)
Zaini Bin Ali
10A,
Jalan Bayan 7,
Taman Bukit Katil,
75450 Melaka.
06-268 7034
016-6435 414
zaini642@hotmail.com.
Menemui sekali lagi sahabat lama yang berada di utara Semenanjung Malaysia, Assalamualaikum! diucapkan. Semoga berada didalam situasi yang menceriakan disamping keluarga yang dikasihi.
Diharapkan ketibaan warkah ni tak menimbulkan rasa kurang selesa di pihak En. Zuki. Tambahan pula negara yang berjiran dengan anda sedang bergolak. Semoga tak menimbulkan apa-apa masalah disana. Manalah tahu, mungkin tempiasnya akan turut dirasai di Padang Sera atau setidak-tidaknya dikawasan yang bersempadan dengan Kedah.
Tujuan aku mengirimkan surat ni adalah sekadar mengucapkan 'Selamat Menyambut dan Menjalankan Ibadat Puasa' untuk kali yang ke – 42. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini benar-benar membuatkan kita bertaqwa kehadrat Illahi hendaknya. Kali ini biarlah aku pula yang mendahului. Harap-harap ingatan anda terhadap sahabat mu di Melaka ni masih ada lagi walaupun semakin hari semakin menipis dek perubahan masa yang ditempuhi.
Apapun, bersyukurlah kita kerana ditemukan kita untuk Ramadhan kali ini. Semoga segala kelebihan bulan Ramadhan yang mulia ini mampu kita miliki sepenuh dan sesungguhnya. Berapa ramai umat Islam yang tak berkesempatan menjalani ibadat puasa pada tahun ini. Semuanya adalah ketentuanNya jua.
Pada mereka yang telah mendahului kita menemui Illahi ,tiadalah lagi yang mampu dilakukan melainkan amal bakti yang dibuat dikala hidup mereka didunia yang fana ni. Teringat aku akan sebuah hadis yang relevant iaitu yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari,
"Sebaik-baik barang yang ditinggalkan oleh manusia kemudian daripada matinya itu tiga perkara:
1.Anaknya yang soleh(Islam) yang berdoa baginya,
2.Dan, Sedekah jariah(wakaf) sampai akan dia pahalanya,
3.Dan, ilmu yang diambil manfaat kemudian daripadanya."
Beruntunglah bagi mereka yang masih mampu bergerak dan berdaya membuat amal bakti untuk hidupnya didunia dan juga sebagai bekalan hidup diakhirat nanti. Dalam kesempatan usia yang dipinjamkan ini adalah perlu kita membuat perkara-perkara yang baik-baik. Kalau mampu lagi hasilkanlah yang terbaik semoga mendapat keberkatan dari-Nya jua.
Dalam pada tu akhir-akhir ini berita mengenai kemunduran orang Melayu Pulau Pinang kerap dilaporkan dimedia arus perdana. Apa ertinya semua ini. Memang memalukan umat Melayu seluruhnya. Tapi setakat mengesali dan mengiakan kenyataan yang dilaporkan tidak memadai. Perlulah orang Melayu sendiri yang bangun memikir dan mencari jalan untuk meningkatkan taraf hidup mereka sendiri di negaranya sendiri. Tiada masanya lagi untuk kita menuding jari menyalahkan si polan tu dan si polan ni yang punya angkara hingga kehidupan bangsanya tersepit di tanahairnya sendiri.
Petikan kata-kata Saidina Ali Abi Talib boleh saja dijadikan panduan iaitu;
"Kepapaan membawa seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam
Dan menjadikan seseorang yang bijak menjadi bodoh."
Justeru itu sebelum turunnya ketahap kepapaan, perlulah orang yang bijak pandai serta yang petah berkata-kata ni tampil untuk mengujudkan suatu gelombang kesedaran yang mampu mengubah suasana yang ada sekarang ni kepada suatu keadaan yang 'suitable' atau yang condusive bagi mengambarkan majority penduduk Tanah Melayu.
Dalam pada itu, teringat aku akan hal satu keluarga di Kuala Pilah di bulan Ramadhan tahun 1426H. Kejadian setahun yang lalu merupakan satu peristiwa trajis yang perlu dihadapi oleh Kak Maznah sekeluarga dimana suami tempat enam beranak bergantung hidup telah pergi buat selamanya. Inilah realiti kehidupan. Dalam tidurpun tak selamat. Kalau dah sampai hukum, maka siapalah yang mampu menahannya. Berita penuh, saudara Zuki boleh rujuklah lampiran kalau saya dianggap berbohong atau sengaja mengada-adakan cerita.
Dalam kes Kak Maznah sekeluarga ni, agak-agaknya siapalah yang sudi menghulurkan bantuan. Bagaimanakah keadaannya ketika kedatangan Ramadhan kali ini. Terjaminkah kehidupannya kini atau melaratkah dia. Mana perginya saudara mara. Apa tiadakah jiran-jiran yang sudi membantu meringankan penderitaannya. Mungkinkah telah senang lenang dek pertolongan dan bantuan yang tiba mencurah-curah dari rakyat Malaysia yang kononnya mempunyai sikap suka menderma dan membantu yang tinggi.
Didalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani yang terjemahannya iaitu:
'Sampaikanlah hajat-hajat mereka yang mana tiada berdaya upaya menyampaikan hajatnya, maka siapa-siapa tolong sampaikan hajat seseorang yang tak berkuasa orang itu sampaikan dengan sendirinya lebih-lebih lagi dengan raja-raja, ialah ditetapkan oleh Allah akan dua kakinya ketika melalui siratul-mustaqim hari kiamat.'
Maksud hadis yang dinyatakan diatas sepertimana yang diterjemahkan oleh Uz. Abdul Halim Al-Hadi dari kitab bahasa Arab 'Mutiara Al-Hadis', ialah menyuruh kita(umat Islam) bertolong menolong sesama Islam.
Sejauhmana dan setakat mana kita berdaya menghulurkan pertolongan dan bantuan bergantung kepada tahap kemampuan individu itu sendiri. Kalau ada lebih,berilah lebih sikit. Kalau yang cukup-cukup makan tu, berilah mana yang terdaya. Ini pendapat aku. Tapi ada ke la ni orang yang sudi menghulurkan bantuan kalau sendiripun terkial-kial dalam mengharungi hidup. Semua ini berkait rapat dengan taraf ekonomi. Jika orang Islam mempunyai kekuatan ekonomi yang kuat dan mantap, aku rasa no problem punya untuk menghulurkan bantuan. Siapalah yang mahu 'tergelincir' ketika melalui titian sirat nanti. Masalahnya sejak dulu lagi hak kita sebagai tuan di tanah air kita sendiri secara sedar atau tidak, seolah-olah dinafikan.
Melihatnya dari perspektif sejarah, aku bawakan 2 kisah 'sejarah' yang diceritakan oleh pengarangnya sendiri didalam autobiografi yang berjudul 'Berenang Di Lautan Cetera'
  1. Petikan didalam sub-tajuk 'Perceraian dan Perpisahan'(halaman 77) oleh pengarangnya En. Maaruf Mahmud.
Dengan tiba-tiba Abdullah Tauke Lembu pulang semula ke Tanah Melayu, dari India.
"Saya mesti cari wang lebih banyak. Ini negeri memang negeri emas. Duit banyak macam itu daun-daun gugur ditiup angin!" kata Abdullah berbangga.
"Wah, kalau macam ni, awak pulang ke sini untuk kumpul duitlah macam dulu. Bila dah banyak, awak balik semula ke India. Bawa kita orang punya negeri punya wang. Berapa kali awak mahu buat macam ni, Abdullah?" ayah ingin tahu.
Abdullah tersengih-sengih ketawa. Dia memikirkan tentu ayah hanya bergurau sahaja, "Cikgu Mahmud, ini bukan kita orang punya salah. Ini negeri punya orang juga punya salah. Tak mahu usaha cari wang sendiri. Itu pasal lain negeri punya orang mari, kasi habis!" kata Abdullah berbangga.
Ayahku diam tidak dapat menjawab.
(Dialog antara Abdullah tauke lembu dengan ayahanda En. Maaruf, dari pemahaman aku berlangsung mungkin sekitar tahun 1925 ke 1926.)
  1. Petikan didalam sub-tajuk "Keretapi dan Kereta Kuda"(halaman 105) pula, begini bunyinya;
Ah Fook menjadi kaya dengan mengambil upah mengasap dan menggiling getah. Modal sedikit, kerja mudah, tetapi untungnya begitu lumayan. Dengan keuntungan ini, Ah Fook menambah lagi perniagaannya. Ditempahnya sebuah kereta kuda untuk disewa. Penyewa boleh duduk dalam kereta kuda itu dengan selesa. Mungkin dia tidak tahan memandu kereta kudanya begitu lama lalu diupahnya seorang ahli keluarganya jadi pemandu.
Datukku pernah berseloroh denga Ah Fook, "Apa pasal lu tak mau kasi olang Melayu tarik lu punya kereta?"
"Tak bolehlah Aji. Olang Melayu mana boleh buat kerja susah-susah ini macam?" Ah Fook memberi alasan.
Lalu terfikir juga aku kebenaran kata-kata Ah Fook. Ah Fook yang telah berusia 65 tahun itu masih bekerja keras menguruskan rumah asapnya, sedangkan pakcik-pakcik ku yang baru berusia 50 tahun, sudah tidak mahu membuat kerja yang boleh mendatangkan hasil. Mereka selalu mengeluh, sakit disini, sakit disana. Orang yang mengendalikan kereta kuda Ah Fook juga telah berumur. Teruk juga tugasnya sebagai penjaga kuda.
.
Akhirkata, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1427H.
Sahabatmu dari selatan tanahair,
…………………………………
(Zaini Bin Ali)

Surat 3

24hb. Julai, 2006.
(28 Jamadil Akhir 1427H)
Zaini Bin Ali
10A,
Jalan Bayan 7,
Taman Bukit Katil,
75450 Melaka.
06-268 7034
016-6435 414
zaini642@hotmail.com.
Menemui kembali sahabat lama nun di utara sana tu. ASSALAMUALAIKUM. Apakhabar En. Zuki sekeluarga. Diharapkan anda sekeluarga berada didalam situasi yang menceriakan.
Ni kenapa senyap aje ni. Tolong citer sikit? Hang marah kat aku ke. Kalau betul sangkaanku, aku pohon kemaafan. Hang ni berahsia sangatlah. Even Siti Nurhaliza rahsia punya rahsiapun dah pecah. Satu Malaysia dah tahu. 21/08/06 akan diadakan majlis bertunang,bernikah dan makan kendurinya sekali. Kira-kira, 3 in 1 majlis tu. Kalau ada kesempatan bolehlah pi makan kenduri nanti. Khabarnya Datuk 'K' ni orang Kedah. Beruntunglah orang Kedah ni, depa pulun cukup-cukup nanti penyanyi 'tersohor' ni.
Itulahkan nasib orang. Tak siapa sangka dan tak siapa menduga yang jodohnya dengan anak dara gitu. Dah le masih 'fresh', popular lak tu.
Masa pengumuman dibuat pada pagi Isnin 17/07/06, aku tengah 'meracun' rumput yang hanya berkeluasan sekangkang kera dikediaman rasmi aku seperti dialamat diatas. Yang kecoh memaklumkan hal Datuk 'K' ni dengan budak Siti ni adalah bini aku. Tak senang duduk dibuatnya. Nak tak nak, jenguklah juga sekejap kat TV. Kalau buat tak reti, ada lak yang merajuk nanti. Fuyoo!, siaran langsung gitu. Pengumuman dibuat di hotel The Zon On The Park, Kuala Lumpur, berdasarkan caption bergerak disebelah bawah screen TV. Masa jengah tu bapak Siti iaitu En. Taharudin sedang berucap atau lebih tepat lagi membaca teks ucapan dimana beliau mengumumkan yang beliau merestui hubungan anaknya dengan bakal menantunya iaitu Datuk 'K'.
Tapi lain pulak halnya di Asia Barat sana tu. Pasal pihak Hizbullah tunjuk 'timing' dia kat Israel dengan menawan 2 orang askar Israel, tak pasal-pasal satu Lebanon diharuknya. Kan ke naya punya kerja. Manakala di Pulau Jawa pula, kedatangan tsunami yang tak diundang telah meragut beberapa jiwa. Kedua-dua scenario ni jelas menunjukkan kemelut yang perlu ditangani segera. Kalau berlengah-lengah dan buat sambil lewa pula, pastinya keadaan bertambah buruk. Kes di Middle East berpunca dari kerakusan manusia sendiri dan manusialah yang harus menanganinya. Manakala di Indonesia, kerapnya berlaku bencana adalah ketentuan Allah swt. jua. Perlu redha bagi yang terlibat secara langsung dan jadikan ikhtibar bagi umat manusia yang mahu memikirkan. Apapun, kita harus redha dengan takdir, sabar menghadapi ujian serta syukur dengan nikmat yang dikurniakanNya.
Diketika ini aku sedang membaca buku 'biografi' Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba. Buku ni dihasilkan oleh Adnan Haji Nawang dengan tajuk 'Za'ba Patriot dan Pendeta Melayu'. Sebelum aku melanjutkan cerita aku ni, biarlah aku huraikan terlebih dahulu berkenaan dengan 'biography' dan 'autobiography'. Kedua-duanya membawa maksud huraian mengenai riwayat hidup. Biography mengisahkan peristiwa yang dialami oleh seseorang tapi ditulis oleh orang lain yang perihatin atau atas sebab-sebab tertentu. Manakala autobiography pula, mengenai hal-hal yang dialami sendiri oleh penulis dan membuat ulasan berdasarkan faktor semasa dan daya inteleknya diketika itu tanpa dipengaruhi oleh sesiapapun. Perlukisan cerita dan komentarnya bersifat kontemporari dan tanpa prejudis. Bagi aku, antara keduanya, autobiography lebih tepat untuk mengetahui hal dan perilaku seseorang berbanding dengan biography. Apapun , daripada badak baiklah kuda, daripada tak dak, baiklah ada.
Sesungguhnya ada sesuatu yang ingin aku berkongsi dengan saudara Zuki darihal kisah Za'ba ni. Berikut adalah sedutan rencana yang telah disiarkan didalam majalah 'Pengasuh' pada tarikh 17/03/1919 dan amat menarik untuk dibuat komentar.
"Sungguhpun Tanah Melayu ini negeri yang sentiasa bertambah-tambah ramai dan bertambah-tambah kaya daripada kemakmuran khazanah buminya akan tetapi siapakah yang sentiasa menambah-nambahkan kekayaan itu? Dan siapakah yang sentiasa beroleh keuntungan daripada kemakmuran itu?
Dimanakah bapa-bapa Melayu dan dimanakah anak-anak Melayu? Pada sebutan yang zahir sebenarnyalah negeri ini negeri Melayu luarnya dan dalamnya hampir-hampir 700 tahun. Akan tetapi pada masa sekarang ini sebutan 'Negeri Melayu' itu menetapi hakikat maknanya akan daerah-daerah kampong dan cerok-cerok negeri yang jauh dari pekan jua: orang Melayu telah lari ke dalam hutan dan ke tengah-tengah negeri mendiami tiap-tiap lepan(tanah lembah) dan bukit-bukau. Orang dari luar telah datang menunggui dan meramaikan tepi-tepi lautnya dan bandar-bandar perniagaan! Maka ditengah-tengah negeri yang jauh dari suara loceng itulah kamu akan berjumpa dengan kebanyakan Melayu dan tempat-tempat itulah yang sebenarnya Negeri Melayu. Adapun lain daripada itu kamu akan dapati sama ada pada zahirnya atau hakikatnya – negeri ini ialah negeri orang dari luar – pada pekerjaannya, pada perusahaannya, pada perniagaannya dan pada pemerintahannya."
(Pengasuh: 17.3.1919)
Cuba pastikan betul-betul tarikh keluarannya. Maknanya, 13 tahun saja lagi genaplah 100 tahun rencana tu dihasilkan. Apa ikhtibar yang dapat kita fahami dan usahakan. Sama-samalah kita memikirkan semoga dapat deliver sesuatu untuk kebaikan bersama. Bukannya disegi 'makro' tapi 'mikro' iaitu diperingkat individu. Dan kalau berkemampuan diperingkat yang lebih tinggi lagi bagus. Kalau boleh…… .
Dan selang setahun saja, Malaysia bakal menjadi sebuah negara maju kononnya menjelang 2020. Itulah yang diimpi-impikan oleh Pak Mahathir, orang Kubang Pasu. Impian akan tetap menjadi impian andaikata tiada 'gelombang' perubahan oleh setiap anak Melayu merealisasikannya. Apakah dengan hanya bercakap dan 'rhetoric' sifatnya telah memadai bergelar negara maju. Tak semudah tu bang. Banyak hal yang perlu ditangani dan diperkasakan.
Bercakap mengenai orang Melayu , pandangan Za'ba dalam tahun 1958 seperti yang dilaporkan dan diperkatakan dalam 'biografi'nya menyatakan:
"Rupa yang tak dapat diubah, tetapi feel laku dapat …. Maka kita sangat berhajat kepada orang-orang kita(Melayu) sebagai satu kaum mengubah beberapa sifat perangai dan pekerti kebangsaan kita yang kurang baik diganti dengan yang baik. Sesungguhnya dengan berubah sifat-sifat perangai yang kekurangan itulah sahaja boleh diharap mereka itu akan dapat maju dengan sebenar-benarnya dalam alam perlumbaan hidup yang luas ini."
Sekiranya ingin mencapai kemajuan dalam segala lapangan kehidupan baik ianya duniawi mahupun akhirat, maka tak dapat tidak, kita yakni aku sendiri dan En. Zuki juga serta umat Melayu semuanya mesti dan perlu berubah. Beberapa sifat dan tingkah laku yang negative perlu digantikan dengan yang baik atau positive dan terpuji. Antara sifat yang tak elok seperti boros, bakhil, tidak sedar keupayaan diri, tidak bertanggungjawab kepada diri sendiri dan anak-anak perlulah digantikan dengan sifat-sifat yang lebih mulia. Antaranya beriman, yakin, amanah, taat beribadat, berusaha menjalankan kewajipan dengan bersungguh-sungguh, tawakal, benar, berani, sabar dan yang seerti dan semaksud dengan konteks yang diperkatakan.
Sebagai extension dalam persoalan ini, terdapat satu coretan yang aku hasilkan sebelum ini yang aku rasakan berkaitan. Harap rujuk lampiran.
Sekiranya En. Zuki ada kelapangan waktu, cuba-cubalah 'respond' warkah yang dikirimkan. Currently, myself in the process to have my own web site. Tengah develop dan bakal di-link-kan tak lama lagi. Nanti boleh surf laman web aku. Buat sementara En. Zuki boleh contact aku via medium yang dinyatakan.
Dilampirkan juga panduan menghasilkan 'Autobiography' andaikata saudara berminat untuk mencatat kisah-kisah hidup masa diusia emas nanti.
Sahabatmu dari selatan tanahair,
…………………………………
(Zaini Bin Ali)

Surat 2

09hb. Jun 2006.
(13 Jamadil Awal 1427H)
Zaini Bin Ali
10A,
Jalan Bayan 7,
Taman Bukit Katil,
75450 Melaka.
Menemui kembali sahabat lama nun di Kedah sana. ASSALAMMUALAIKUM.
Apakhabar En. Zuki disana. Sukma dah selesai. Takkan sibuk memanjang. Tak ingat ke kat mamat kat Melaka ni. Hang ni haru lah. Sikit berita pun tak tulis.
Aku nak maklumkan bahawa sejak awal tahun lagi yang aku kini lebih berminat tentang hal-hal yang bersangkut paut dengan 'Orang Melayu Orang Kita'.
Pantang je aku jumpa article yang melibatkan orang kita ni, baik dalam bab ekonomi ke, baik tentang pendidikan ke, isu halal haram ke dan masalah sosial masyarakat kita, semuanya aku 'copy and paste'.
Kekadang tu terfikir juga aku sendirian, agak-agaknya bagaimana keadaan umat melayu pada tahun 2020 nanti. Berjayakah atau meranakah. Sama-samalah kita tunggu. Kalau ada umur, bila kita dah berusia 56 tahun nanti dapatlah kita menyaksikan sendiri. Mungkin kita dapat melihatnya bersama atau mungkin juga awak seorang aje disebabkan ajal aku sampai dulu. Semuanya jadi tak pasti.
Namun begitu apa yang pasti dan hakikat yang pedih untuk diterima dan dimengertikan adalah berkenaan nasib 'Pak Deraman' beberapa minggu yang lalu yang tersiar dalam program 'Bersamamu' terbitan TV3. Kalau tak silap dalam bulan April. Kalaulah encik Zuki kebetulan menonton program tu tentu saja kisahnya itu mampu menimbulkan rasa sebak. Apataknya, dah le hidup menumpang ditanah orang, menyewa lagi tapi dah berbulan tak bayar sewa. Kemudian isterinya pula sering sakit-sakit dan tak mampu untuk bekerja dan sentiasa memerlukan rawatan disamping anak-anak yang ramai yang pastinya perlu makan pakai dan lainnya. Tak tertanggung rasanya nak pikul bebanan hidup. Dengan linangan airmata, beliau bercakap dengan suara tersekat-sekat yang hidup perlu diteruskan walau macammana sekalipun. Betul ataupun tidak seperti yang disiarkan bukanlah merupakan hal yang utama, tapi cerita ini kalaulah benar-benar terjadi dan aku pasti yang ianya benar maka amat malanglah 'Pak Deraman' sekeluarga. Apapun berat mana mata memandang, berat lagilah bahu yang memikul.
Bukanlah aku nak menjadi pemikir kemelut orang melayu malah jauh sekali untuk aku bertindak sebagai jaguh tapi cuma sekadar bertanya, 'Apa dah jadi dengan orang Melayu'. Dari banyak-banyak berita yang tersiar diakhbar-akhbar tempatan baiknya Berita Harian ke, NST ke, Harian Metro ke, Utusan Malaysia ke ataupun The Star, apa saja yang bersangkut-paut dengan orang kita pastinya aku 'download'. Sampai dah naik lembab dah computer aku ni. Nampak gayanya kena tambah memory lagi. Umpamanya dalam masalah sosial, caption yang mengerunkan aku adalah;
1.Janda hamil 4 bulan.
2.Lari rumah jual tubuh.
3.Kekasih isteri suami orang.
4.Kekasih hamil lelaki lesap. dan banyaklah lagi. Dan kalau dilistkan mungkin berjela-jela jadinya.
Dalam bab ekonomi dan perniagaan pulak pun berbagi-bagai. antaranya ialah;
1.ASM habis dijual kurang 2 jam – 1 billion unit saham.
2.Pecah amanah – 11 juta duit PPRT lesap. dan banyak lagi yang lebih menjurus kepada yang negative sifatnya.
Apatah lagi dalam konteks pelajaran dan pendidikan, bukannya orang kita yang kedepan tapi orang lainlah yang menonjol. Kita jauh dibelakang. Mana mungkin kita mampu mengekalkan ketuanan Melayu. Yang peliknya, bila bab merempit, anak muda kitalah yang heronya. Yang menghuni pusat serenti juga majoritinya adalah orang kita juga. Yang terkedepan dalam konsert 'sureheboh' dan dijenamakan semula ke 'jomheboh' kononnya nak memertabatkan bahasa melayu, juga adalah anak-anak kita. Apa kesudahannya.
Terpanggil pula aku untuk menyelidiki sejarah asal usulnya orang melayu dan mungkin boleh dihubungkaitkan dengan fenomena sekarang. So, buku-buku ilmiah yang bersifat kajian sejarah dan pembongkaran mengenai keadaan mereka dulu-dulu cuba dihidu dan dikenalpasti oleh penyelidik dan membuat andaian sendiri-sendiri dalam usaha mendapatkan 'Phd' dan seterusnya mendapat gelaran "Dr". Tepat ataupun tidak bolehlah kita mentafsirkan mengikut selera kita masing-masing.
Pelbagai pendapat diutarakan oleh pakar dalam bidang 'ethnology' iaitu ilmu kajian bangsa dan sifat-sifatnya mengenai erti perkataan 'melayu'. Berikut adalah sedutan pendapat para sarjana Barat yang aku sendiripun tak pernah umur dengar nama mereka.
1.Menurut Werndly perkataan Melayu berasal daripada perkataan 'Melaju'. Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas. Daripada sebutan tersebut dapat diberi pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas dan cerdas; segala tindak tanduk mereka cepat dan deras.
2.Manakala Van der Tuuk pula berpendapat, perkataan Melayu bererti penyeberang, dengan pengertian bahawa orang Melayu menyeberang atau menukar agamanya daripada Hindu-Buddha kepada Islam.
3.Tapi sebaliknya, mamat yang bernama Hollander pula memberi makna(ikut suka dia aje, macam bagus….) sebagai hampir sama pengertiannya dengan pengembara. Tegas beliau orang Melayu suka mengembara atau menjelajah dari satu tempat ke tempat yang lain.
4. Bagi pendapat sarjana Melayu sendiri lagi bagus, iaitu menurut Darus Ahmad, kata Melayu diambil sempena nama sejenis pohon yang harum baunya iaitu pohon gaharu.
Lagi sempoi. Entah apa-apa.
Apa pula takrifan En. Zuki sebagai wakil orang melayu sebelah utara dalam mencari identity kemelayuan ini.
Sebagai percambahan minda dan polemik, dilampirkan beberapa artikel yang aku tulis untuk diulas dan kalau boleh minta saudara Zuki buat editing sekali.
Antaranya ialah;
1.Catatan Harian aku pada 01/05/2005 dengan tajuk 'Disiplin' dalam folder 'Cerminan Hidup'.
2.Ulasan mengenai akhbar jawi yang dikuburkan dan cuba dihidupkan semula beserta dengan print-out dari UM bertarikh 05/06 tentang penerbitan semula utusan melayu.
Apapun, bergembiralah dan berpestalah kita dengan kedatangan 'Piala Dunia – 2006'. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat meredakan rasa sayu dan pilu bagi mereka yang mahu memikirkan.
Sahabatmu dari selatan tanahair,
…………………………………
(Zaini Bin Ali)

Surat 1

24hb. November 2005.
(22 Syawal 1426H)
Zaini Bin Ali
10A,
Jalan Bayan 7,
Taman Bukit Katil,
75450 Melaka.
Menemui kembali sahabat lama yang dah teramat lama tak bersua muka. Khabar berita pun cuma setahun sekali itupun pada musim raya saja.
Assalamualaikum En. Mohamad Zuki. Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan "Selamat Hari Raya dan maaf segalanya". Tak ada story baru ke dari utara?
Ketibaan kad raya anda dimaklumkan oleh 'setiausaha' aku, sekembalinya aku dari kerja.
Belumpun sempat aku menanggalkan kasut, dia telah memberitahu akan adanya beberapa surat yang telah diletakkan diatas meja dibilik.
Setelah meneliti sekali imbas, terdapat sekeping surat berwarna kehijauan. Yang lainnya dah terlalu familiar. Ini disebabkan saban bulan mesti akan aku terima punya. Check dekat 'postage' tu tertera Alor Setar dan bertarikh 26/10/2005.
Aku apalagi bukalah sampulnya. Dalam pada tu, difikiran, aku cuba bertanya siapalah yang sudi hantar kad raya ni. In fact, inilah satu-satunya kad raya yang aku terima buat tahun ini. Dan juga surat dari saudaralah @ kad raya yang diterima pada tahun 2004 yang lalupun juga merupakan the only raya card which I received.
Kad En. Zuki untuk tahun 2004 masih lagi ada dalam simpanan peribadi aku.
Sengaja aku 'bold'kan dan underline-kan satu soalan cepumas buat saudara Zuki disana.
Dan itulah juga hasrat aku pada penghujung tahun 2004 yang lalu tatkala aku membalas kad raya tu. Memandangkan anda bertanya khabar berita dari selatan, akupun respond dengan sedaya upaya aku. Tapi lepas tu 'hampeh'.
Selang beberapa ketika selepas tu, aku mula menantikan balasan dari utara. Tunggu punya tunggu, balasan yang dinanti-nantikan tak juga kunjung tiba. Hinggalah pada suatu hari tu, tak ingat lak hari apa, tapi yang pasti ianya dari utara. Kelihatan agak aneh sikit surat tu. Lebih membuatkan aku berteka-teki, chop 'Pejabat Pos'nya adalah di Butterworth.
Nak tahu apa jadi lepas buka surat tu, apa lagi terkejut beruk le aku.
Apa taknya, isi surat tu menyuruh aku contact phone number yang tertera andainya aku ingin jadi kaya. Haru dibuatnya. Ikut logic akal, kalau tahu cara buat duit, apalah susah-susah nak ajak semua orang ikut. Kata orangpun kasi pulun cukup-cukup. Orang lain peduli apa. Mestilah ada ajenda tersendiri. Apa lagi nak mengenakan oranglah.
Lepas kedatangan warkah yang tak ditunggu-tunggu tu, akupun mulalah 'give-up'.
Mungkin saudara Zuki disana tu sibuk, sibuk bebenar agaknya. Bunyi macam merajuk aje. Apa taknya, lain yang ditunggu, lain pulak yang tiba. Kira-kira frust-lah.
Hari-hari seterusnya aku juga disini mulai menjalani kehidupan seharian. Macam-macam ada!
Hari ini adalah hari Khamis. Hari ini aku bercuti mingguan. Hari ini juga merupakan hari terakhir 'Mesyuarat Raja-Raja' Kali ke-204. Kiranya dah banyak kalilah depa semua dok bersidang. Peliknya, sejak hari pertama mesyuarat diadakan iaitu pada hari Isnin, bumi Melaka ditimpa gerimis sampailah pada pagi tadi.
On-kan MelakaFM. Selalunya aku lebih suka ikuti siaran SinarFM. Sebabnya, MelakaFM banyak celoteh dari lagu. Tapi lain pula dengan Sinar sebab lagu-lagu era
60-an hingga terkini diputarkan. Pasal nak jadi ceritalah katakan, juruhebah sibuk buat promo dan kerap diulang-ulang supaya pendengar yang berkesempatan berkunjung ke MITC di Ayer Keroh sempena 'Majlis Makan Rakyat' bermula dari 3:00 petang tadi.
So, aku buat decision nak pi tengok raja dan sultan kat MITC tu. Bila dimaklumkan pada semua pasal rancangan ni, apalagi seronok gilalah semuanya. Seperti dirancangkan, lepas makan tengahari, anak beranaklah pi kat MITC. Sebenarnya jarak diantara Bukit Katil dengan MITC di Ayer Keroh tu hanyalah 3km aje. Sampai aje kat sana tu, parking semua dah penuh. Al-maklumlah dah pukul 3 petang. Melihatkan berbas- bas yang ada dikawasan tu, ada yang sejauh Kuala Sungai Baru, Lubuk Cina dan lain-lain destinasi yang bersempadan dengan Negeri Sembilan, terpampang di cermin bas, terfikir pulak aku, "Pukul berapa dia orang datang ni" detik hati aku. Dah sembahyang ke belum dia orang ni. Takkanlah pasal jamuan makan rakyat dengan sultan dan raja, hok yang wajib ni nak diringankan…… No comment.
Maklumlah Melaka tak ada Sultan mahupun Raja, maka ramailah orang Melaka yang hadir kononnya nak tengok depa termasuklah kami anak-beranak. Tapi bagi aku nilah masanya nak 'makan free' sebabnya pada 19/11 Pak Ali dan rakan setugasnya mengadakan 'Open House' di tebingan Sg. Melaka. Tapi hari Sabtu tu, aku kerjalah . Maknanya tak dapatlah nak menghadirkan diri. Ada 8 station disepanjang sungai menyediakan berbagai juadah. Kira rugilah. So, hari ini adalah sessi balas dendam kerana nak tumpang sekaki menghabiskan wang rakyat. Sesampai aje kami di MITC tu, nampaklah umat Melaka ni berkerumun bersama Pak Ali dengan bini dia di ruang lobby MITC. Adalah dalam 5 minit berikutnya kami menyibukkan diri disitu, sampailah orang-orang besar yang ditunggu-tunggu.
Yang pertama sampai adalah 'Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja' iaitu Engku ……..(nama tak tahu pulak ~ maklumlah Melaka mana ada orang besau). Alah, yang selalu inform pasal mula puasa dan tarikh raya tu. Kemudian, selang 10 minit berikutnya, Sultan Pahang pulak sampai. Sultan Haji Ahmad Shah. Lepas tu beberapa ketika muncul pula Sultan Kelantan bersama bini dia. Kemudiannya Sultan Abdul Halim pulak yang sampai. Dia turun sorang aje. Setahu aku orang rumah dia dah meninggal. Lah ni kahwin baru beb. Tapi tak bawak. Aku memang admire dia sebab masa dia jadi agong dulu sekitar pertengahan 70-an, orang tua awak ni segak orangnya. Wife dia tu, masu tu, cun gila. Tapi sekarang ni, jalan pun dah terhempap-hempap. Al-maklumlah dah berumur.
Lepas aje Sultan Kedah tu masuk, aku tengok anak aku yang kecik dah timbul tanda-tanda boring. Tunjukkan isyarat kat anak aku yang sulung supaya inform maknye beredar dari kawasan tu. Sebenarnya, akupun dah mula boring gak. Dikejauhan kelihatan orang mundar-mandir di side entrance bangunan MITC tu. Setelah semuanya beredar ke satu kawasan, anak-beranak aku le, akupun brieflah semua pasal apa dan perlu apa kita semua perlu beredar ke tempat yang lebih ber'makna' dari static kat satu tempat. Hanya semata-mata nak tengok mereka sampai sorang demi sorang, apa hal.
Menonong aje ke dalam dewan, kelihatan ramai orang telahpun memenuhi setiap ruang siap dengan polisnya sekali. Takut kena tembak curi kot. Malangnya, setiap meja yang ada, kononnya, untuk rakyat telahpun dipenuhi dan setiap meja tu mempunyai nombor.
Risik punya risik, setiap meja bernombor tu adalah tetamu yang diundang. Maknanya, kami yang datang ni pulak, bukannya tamu yang diundanglah. Ini tak boleh jadi. Lalu kami ke kawasan khemah di luar dewan. Wah, ramainya orang Melaka tengah syok mentadarah(makan le). Tanpa lengah-lengah lagi, capai pinggan polystereen dan bersantaplah anak-beranak dibawah khemah yang disediakan diluar dewan MITC tu.
Melihatkan timbunan bekas polystereen dan sisa makanan, mungkin dah lama dia orang ni start makan. Nampak gaya tak sempat tunggu Agong tiba. Tetamu didalam dewan pula belum bersantap lagi sebab masa aku buat 'lintas hormat' kat dalam dewan tu memang makanan dah tersedia dan berbalut plastic lagi. Mungkin bila majlis nak mula barulah boleh makan agaknya.
Lepas semuanya dah jamu selera dan pasal tak ada kad undangan rasmi, kamipun cabutlah meninggalkan majlis tersebut. Pi jalan rayalah kat tempat lain. Kat pukul enam sampailah keteratak buruk kami. Semua dah lentuk dalam kereta. Kalau bapak dia turut lentuk dalam kenderaan, alamatlah enam jahanamlah anak beranak.
Ingat lagikah En. Zuki pada dialog yang diucapkan oleh Tompel dalam filem 'Ahmad Albab'. Dialog dia sebagai 'Mas'od al-buaya' pada Saloma @ Mastura begini bunyinya, "Kebahgiaan, kekayaan dan kesenangan terletak ditangan bapak. Siapa yang banyak objection, orang itulah yang paling aku benci". Huraian lanjut di episode yang akan datang. Bagaimana kita melihat sesuatu hal tu, perlulah dari berbagai perspektif dan sudut agar kesimpulan yang dibuat atau statement yang hendak diwar-war mencapai matlamatnya.
Nampaknya, dah jauh pulak aku menyimpang ni. Moga ketemu lagi di arena penulisan ni. Menulis ni kalau dibuat selalu dan berterusan bisa aje menjadi senaman minda. Lebih kerap kita menulis, insya-allah lebih tajam pemikiran kita. Dalam buku motivasi Dr. Tuah, 'Jangan tidak-tidak' dan 'Nak ke tak nak', beliau ada buat kenyataan yang kita ni tak mengunakan semaksimumnya kebolehan akal kita. Ciput aje yang kita guna. Maknanya ada pembaziran. Antara kesan negatifnya yang paling ketara dan yang aku ingat ialah penyakit nyanyuk. Tak naklah nanti muda-muda lagi dah nyanyuk. So, lu kalau tak nak, jangan lupa kasi balas ini surat OK.
Sahabatmu dari selatan tanahair,
…………………………………
(Zaini Bin Ali)
P/S: Disini aku lampirkan gambar setiausaha sulit aku yang suka menyibuk dan sentiasa mengingatkan aku
terutama bila nak berjalan. Alamat kopaklah towkay.
Maaf, gambar tak berapa elok. Ink dah nak habis.
Maklumlah lepas raya, peruntukan dah habis. Ini
macam, boss boleh bangkrup apa.

Setiausaha aku...

Dakwa Mendakwa

08 OCTOBER 2015, 09:52
Pagi ini dan ketika ini aku sedang mengikuti drama ulañgan di Astro Prima. Conversation antara Jalaludin Hassan dengan Eman Manan dipenghujung cerita. Very touching. Mengesankan. Bagi yang mengikuti keseluruhan ceritanya tentu faham jalan cerita dan moral yang ingin disampaikan. 'Orang Kasar' tajuk ceritanya. Kisah berkisar orang biasa-biasa dengan orang korporat yang diangkat serta digarap dengan baik mengikut pandangan aku yang juga biasa-biasa ini oleh Harun Salim Bachik(arwahpun dia kini) amat menarik untuk ditonton. Sudah banyak kali drama ini diulangtayangkan. Semasa pertama kali terlihat drama ini, kelihatan jalal bergari dan dipaksa mengeluarkan duit dari 'bank rakyat' oleh si eman. Tidaklah menonton-nya sampai habis. Diketika lainnya pula, terperasankan sijalal pulak mengacukan pistolnya(oppsss ... bukan anu-nya eeh) kearah si eman pula. Dan buat kali ini dan pagi ini pula, tidak bekerja  dan berseorangan dirumah, ikutilah sampai hujung walau tidak lekat disofa.

Ketika on-kan MSI Tablet yang senantiasa ada disisi dan diletakan di coffee table bersebelahan sofa peribadi, perkara dakwa mendakwa sedang dibualkan oleh kedua pelakon diwad hospital diakhir babak cerita 'orang kasar'. Terpaculnya perkataan 'dakwa' yang diucapkan oleh abang jalal yang terlantar dikatil hospital, lantas aku abadikan sebagai tajuk coretan ini. Selingkar kisah yang diangkat menjadi drama tontonan awam khasnya pelanggan astro yang bagai telah diikat sekian lamanya dan dipaksa menonton apa sahaja yang disajikan oleh mereka yang telah menjadi routine membayar yuran tanpa gagal untuk setiap bulan. Apapun, part jalal meminta Mala, membuka drawer dikatil pesakit, mendapatkan hadiah pemberian peribadinya tetiba sahaja berkaca pula mata ini. Terharu pula hati ini. Bagi yang mengikuti keseluruhan cerita ini, pastinya tahu akan sebab si orang korporate menghadiahkan 'laptop' kepada anak si orang kasar itu. Entahlah, natural pula bila perkara yang dekat pada diri maka cepat sungguh tersentuh. Tersentap, terharu dan mudah pula membayangkan peritnya, sengsaranya dan sukarnya hati bila hal yang diceritakan benar-benar menimpa diri. Kisah tentang bersangkut paut dengan pembelian rumah merupakan isu yang tiada akhirnya. Selagi mana adanya anak, membesar dan mencari penghidupan mereka sendiri dan tentunya akan bekeluarga nantinya maka topik yang akan diberi perhatian adalah tempat kediaman. Semua orang yang bekeluarga mengimpikan rumah yang selesa untuk diduduki. Rumah yang membuatkan sekeluarga tenteram didalamnya, berteduh dari panas dan hujan serta selamat dari perkara yang mengancam keselamatan ahli keluarganya. Maslow's Hierarchy of Needs boleh menjelaskannya hal ini secara scientific. Boleh rujuk dan nilaikannya. Budak-budak course business mesti tahu punya pasal theory ni.

Apapun kini, kepesatan industri perumahan membuatkan sesetengah dari kalangan kita amat sukar memiliki rumah. Rumah mampu milik yang diwar-warkan oleh kerajaan menjadi ejek-ejekan sebagai 'rumah mampu tengok' sahaja. Realitinya, bagi pasangan yang baru bernikah, mereka secara majoritinya akan memilih untuk menyewa terlebih dahulu. Berkahwin merupakan kehendak fitrah manusia yang normal sifatnya. Harga hantaran yang senantiasa meningkat tentunya merungsingkan silelaki didalam mencukupi perbelanjaan perkahwinannya. Mana hendak asingkan 'wang hantaran', mana nak cukupkan belanja kendurinya pula. Budak budak kompang hendak kena hulur juga. Mana yang duduk taman pula, pastinya akan memilih caterer yang mampu dibiayai untuk sekian sekian banyak jemputan. Lebih parah lagi jika pasangannya tidak sekampung. Kalaulah nun diutara jodohnya, sewa bas persiaranlah kita. Tidak mampu hotel 3 bintang, homestay nampak gayanya untuk safe budget. Ditakdirkanlah gadis idaman, orang sarawak @ pandai jaga anak, kata ito blues gang dalam lagu, 'oh! mama, saya mahu kahwin'-nya tentu sahaja menjadi lebih mengelisahkan diri.

                                                  Sekitar majlis kahwin anak-anak buah

Ketika ini, aku sedang membaca kisah kehidupan Abang Mike Reid menerusi 'T'rific - the autobiography of MIKE REID'. Kebetulan pula aku terbaca kisahnya tentang masalah mendapatkan rumah disebabkan tiada kerja tetap yang dihadapinya sekitar tahun 60an di UK sana. Genre 'autobiography' merupakan genre utama dalam pembacaan kisah non-fiction selain dari buku motivasi dan self-development. Antara excerpt yang relevant yang boleh dikongsi adalah seperti terakam di hujung halaman 113 dan permulaan halaman 114.

'Considering that I never sat around on my arse, we always seemed to be struggling to make ends meet. My bit of club work brought in about eighteen shillings a night, and the scrap game could earn me a good lump one week, then nothing the next. So something had to go, and that was invariably the rent.

We moved as regular as clockwork from one miserable flat to another. At that age, I still hadn't funnelled my vision into the fact that whatever happens, home comes first, and I have to admit I was pouring the little money we had spare down my throat. For a long time I practically lived in the Queen's Head up Turnpike Lane. Looking back, I must have been mad. Morning, noon and night, pissing it up the wall, and Shirl at home looking after the kids. I could have lost her. One time I really thought I had, and that pulled me up short.

Because of money problems, we were both desperately unhappy. You know how it is when things aren't going right - you take it out on the one nearest to you. The flat we were in was a piss-hole, and selfishly, I was never there. I've got to say it doesn't give me any pleasure to remember those times, because when I did show myself I was moody, argumentative and generally acting lousy. One night she looked at me and said, 'Michael, I don't love you any more.' It wasn't said for effect or nothing, I could see she really meant it. I was devastated - absolutely knocked back on my heels. Nothing was said for the rest of the night, and when I woke up in the morning she was gone. I've had a lot worse days since then, but looking round that empty flat counted as one of the worst so far. I consoled myself with the fact that she hadn't taken all her gear. Sure enough, she eventually came back and I vowed that things would change, but I soon slipped back into the same old rut.'

Masalah rumah adalah masalah universal. Setiap pasangan yang baru berkahwin biasanya tidak menganggapkan rumah kediaman sebagai agenda utama mereka. Berbulan madu dan memadu asmara menjadi immediate matlamat. Hanya selepas puas menikmatinya, barulah timbul perkara lain untuk difikirkan. Bagi yang cepat dan cekap mengurusi kehidupan, perkara ini tidaklah seserius mana terutamanya yang bekerjaya dan tinggi pula jawatan. Gajipun seiringanlah. Namun begitu, majoriti pasangan yang baru berkahwin, merasai ketidakstabilan pekerjaan. Masih tercari-cari bidang pekerjaan yang mampu menjadi tempat bergantung hidup bekeluarga. Jawatan yang belum berapa stabil serta masih mengejar impian yang dicita-citakan selama ini mungkin ketikanya dibangku sekolah lagi membuatkan pasangan baru bernikah ini menangguhkan dahulu rancangan untuk memiliki rumah sendiri.

Realitinya, harga rumah tidaklah menunggu golongan ini. Harga senantiasa meningkat sesuai dengan keadaan ekonomi serta kedudukan tempat dan jenis rumah yang dibina. Pihak pemaju sedikitpun tidak menghiraukan atau mengambilkira keperluan dan kepentingan mereka. Mereka, yakni, pemaju lebih kepada 'sales-oriented' dan bukannya 'marketing-oriented'. Sesiapa yang berduit dan mampu boleh memohon. Mana yang tidak berupaya harus ketepi. Tiada siapa yang boleh menjamin akan bentuk kehidupan yang bagaimanakah yang akan ditempuhi di hari muka. Sememangnya, we never know what's round the corner.

Mengerunkan dan berlaku pula ditempat kita bilamana ada orang sanggup berbuat sesuatu yang tidak masuk dek akal pasal rumah. Mungkin kisah si Eman yang desperate sungguh bertanyakan kepada owner syarikat pemaju akan rumah yang kononnya telah dibayar sepenuhnya cuma khayalan dan sekadar hiburan semata tapi laporan akhbar sekitar Julai tahun ini amat mengemparkan pembaca. Aku antaranya yang tersentap. Bayangkanlah insan bernama Ahmad Taib, 65 tahun usianya masih menyewa. Punyai dua anak berusia 7 tahun dan 4 tahun sepertimana dilaporkan 'stringer' di Kedah untuk cuba meraih simpati pembaca akan keperitan hidupnya. Dapat diagak-kan juga yang Abang Taib ini berkahwin diusianya melepasi 55 tahun dulunya. Apapun tindakan melulu dari seorang berstatus 'warga emas' amat merungsingkan. Diusia yang sebegini seharusnya telah lebih memberi tumpuan kepada hal-hal bersangkutan the Here-After tapi bagi dirinya masih bergelumang dan tersepit dengan hal keduniaan yang tiada berpenghujungan.

Rujuk 'Tak mengaku pulak' dan 'Keadaan anak tuan punya rumah tu' dan nilaikan....

Apapun, kisah yang dilaporkan ini semuga menjadi panduan didalam mengurusi kehidupan. Kita sememangnya tidaklah merancang untuk gagal tapi kegagalan dan kekecewaanlah yang diperolehi andainya kita gagal merancang.

Waulahu-alam