Thursday, August 14, 2014

Memeriksa Kedudukan Kewangan selepas Raya

14 AUGUST 2014, 07:51 AM
Hari ini aku kembali bercuti mingguan dan untuk 'entah' kali yang keberapa tidak penting untuk dikira waktu sebegini. Tapi apa yang lebih utama diketahui dan amat perlu pula ditangani atau atasinya adalah keadaan kewangan yang makin meruncing. Sejak tahun 2013 lagi telah diazamkan pada diri untuk "bebas hutang" menjelang atau sebaik sahaja memasuki tahun 2014. Akan lebih manis lagi untuk tahun ini bila sampainya 02 Februari, aku melepasi usia 50. Wargatua atau usia emas seperti yang diistilahkan. Kehidupan mungkin akan lebih bermakna serta tenang kerana tidak lagi berserabut memikirkan soal hutang dan mungkin bebas memilih corak perjalanan kehidupan. Ketikanya bebas membuat aktiviti yang selama ini dihajati. Masanya keinginan diri dipenuhi. Sampainya diri ke tempat yang sejak kecil lagi ingin dilawati dan pelbagailah lagi aktiviti lain yang mungkin menyinggahi diri untuk turut sama merasai serta mengalaminya. Namun, hasrat dan impian yang tersimpan kemas dihati, jarang benar selari dengan hakikat yang berlaku. Kerap yang tidak diingini pula yang terjadi. Keinginan yang disembunyikan dalam diri terasa makin lama makin pudar dari ingatan apatah lagi diusia yang sebegini dengan daya ingatan yang perlahan lahan mula menurun maka tidak mustahil segala yang diimpikan mungkin akan terus lenyap sama sekali.

Sejak 3 Syawal 1435H lagi, aku telah mulai membaca autobiograpi Abang Jimmy Buffett yang bertajuk, 'A Pirate Looks at Fifty'. Seorang warga amerika yang menceritakan kisah kehidupannya dari usia kecilnya sehingga mencapai usia 50an. Banyak aktivitinya dimuatkan di dalam bukunya ini yang mungkin membangkitkan keinginan yang sama pada pembaca terutama sekalilah diri aku ini. Betul benarnya penulisannya itu atau berapa banyak sekalipun penambahan cerita sekadar hendak 'exaggerated' agar menjadi lebih menarik bukanlah menjadi persoalan. Pandai pandailah pembaca menilainya dari konteks masa dan zaman.

Excerpt dari coretannya  dibawah tajuk, 'Happy Birthday to Me' pada permulaan perenggan itu dia mencoretkan ...


During my forty-ninth year, I spent a lot of time thinking about what to give myself for my fiftieth birthday. Reaching this landmark was a shock to a lot of people, including me. What immediately came to mind was a trip around the world.'

Apapun aku tertarik dengan unjurannya yang boleh disesuaikan pada diri yang telahpun melepasi angka 50. List atau senarai rancangan yang ingin dilakukannya sebaik berusia 50 amat aku cemburui. Banyak masa diperlukan serta banyak wang yang dibelanjakan semata-mata untuk memenuhi apa yang direncanakan. Tentu sekali banyak usaha yang dilakukan, banyak tenaga yang digunakan serta banyak masa diuntukkan di usia mudanya di dalam pengumpulan dana untuknya 'enjoy bergumbira' di usia emasnya kini.

Abang Jimmy ini sekarang sudahpun berusia 66 tahun dan kebetulan seusia dengan abang long aku yang lahir pada 06/09/1946. Data yang diperolehi dengan meng-google menyatakan yang dia lahir pada 25th December, 1946 atau masa sambutan Chirtsmas tu. Tiada penyesalan dirasai bagi dirinya kerana telah menikmati sepenuhnya kehidupan yang beliau paksakan pada diri pada penilaian aku. Manakala aku di usia yang setaranya nun jauh di Bukit Katil ini masih terkial-kial memenuhi keperluan asas kehidupan. Berbeza sekali antara aku dan dia. Nasib orang begitulah. Apapun hidup perlu diteruskan. Segala dugaan dan rintangan perlu dihadapi. Tidak perlu merintih apatah lagi menangisi. Berusaha dan berikhtiarlah agar hidup lebih bermakna sebelum dijemput pulang.

Kedua-dua gambar ini menceritakan...., sebelum dan sesudah keluar 'break' di kantin pada petang Selasa 12/08/2014. Berselera nampak... Biasanya minum petang dikantin pi pekena nasi paprik, tom yam atau kekadang ke Windmills dan menjengah juga ke Old Town atau tidak tidakpun di food court dengan menu chicken chop atau nasi briyani. Nampak gayanya kena adjust sikit, kalau tak .... parah.
Tengah menikmati minum petang, mee mamak dengan kopi 'O'
Tak sampai 10 minit, habis... licin licau.

za642 - kesian pada Robin Williams yang 'membunuh' diri di usia ke 63 akibat syndrome kemurungan yang dihadapinya pada Isnin 11 August 2014. Lebih lanjut kena googlelah. Pelakon komedi yang berjaya menghibur khalayak tapi gagal menghibur dirinya sendiri.

Thursday, June 19, 2014

Bola dan 'permainan'

Ibisevic

Ibisevic's Amazing Goal

16 JUNE 2014, 08:07 AM
Musim bola datang lagi. Pandai sekali permainan para ejen propaganda didalam meniupkan bayu menjadi angin dan kemudiannya diketika menghampiri detiknya dikerahi pula agar menjadi kencang serta bertukar ribut dimusim bola. Kesepakatan dan kesepaduan tindakan telah menghasilkan suatu fenomena yang tiada seorangpun mampu menafikannya. Tanyailah sesiapa juapun semacam ala-ala program realiti yang pernah dikendalikan oleh Uzt. Khayy yang dulunya vokalis the Riyadh. Pastinya dengan mudah dan pantas sekali jawaban akan diberikan. Tidaklah terkial-kial hendak membacakan doa qunut atau menyatakan syarat-syarat sah sembahyang serta teragak-agak hendak memberikan berapa jumlah rukun sembahyang serta menyebutkannya satu persatu mengikut urutan awal akhirnya. Berpeluh dan resah gelisah hendak menjawab. Sebaliknya, bila ditanyakan negara manakah juara edisi 2010 atau berapa jumlah negara yang bertanding atau negara manakah yang menjuarainya paling banyak, nescaya ramai yang mampu menyatakan dengan penuh yakin. Bayangkanlah snowball effectnya. Tidak terjangkau serta tidak terduga kerana dinamik sekali tindakbalas yang mungkin ujud.
Memandangkan kekerapannya pihak media cetak serta elektronik melaksanakan kerja-kerja 'gila' mereka seperti yang diarahkan, tidak dapat tidak akupun turut menerima informasi mengenainya. Bila kegilaan ini berjaya dihasilkan maka mudahlah pihak-pihak seterusnya menambahkan lagi keinginan serta memenuhi kepuasan kumpulan sasaran ini. Terpulanglah pada individu itu sendiri samada termakan umpan yang ditaburkan merata-rata sekarang ini atau tidak menghiraukannya samada sekali.

Bagi diri aku, memaksa diri menonton siaran langsung bukanlah sesuatu yang perlu aku ikutkan sangat. Memadailah menjenguknya bila ada kelapangan dan bertepatan pula ketikanya aku belum hendak masuk beradu. Info mengenai bola yang terlalu kerap disalurkan kekadang tu mengganggu tontonan rancangan yang sedang diikuti amat menyesakkan. Even tengah mengikuti program bercorak keagamaanpun turut diselangi dengan slot promo Piala Dunia 2014. Bukan setakat Astro sahaja malah TV3 @ Media Prima dan RTM jugapun turut tidak ketinggalan mewar-warkannya demi menjaga rating tontonan untuk siaran TV masing-masing. Memang benarlah customers always at the losing end. Mahu tidak mahu, suka tidak suka ataupun hendak atau tidak hendak para penonton dipaksa juga menonton promo yang dihadapkan saban hari serta kekerapan penyiarannya menjadi semakin galak bila tiba masa dan ketikanya. Kesannya dari tidak tahu menjadi semakin tahu dan teruja pula hendak mengikuti perkembangan seterusnya mengenai bola. Bila mula dan berakhirnya telah diregisterkan didalam 'hard drive'. Malah semua pemain bertaraf bintang untuk negara yang terlibat turut diketengahkan bagi memastikan kumpulan sasaran senantiasa mendapatkan input-input terkini untuk dibualkan sebagai perisa yang ampuh ketika menonton siaran langsung terutamanya. 

Medium yang amat berkesan didalam menyalurkan info kepada seluruh warga Malaysia tapi sayang sekali tidak dimanfaatkan sebaiknya. Alangkah elok andai maklumat mengenai Islam diperbanyakkan yang bukan sekadar tentang fardhu ain sahaja malah mencakupi dalam segala hal kehidupan didunia apatah lagi tentang hal kehidupan dialam akhirat nantinya. Bilanya pihak yang dipertanggungjawab masih gagal dan leka dengan hal-hal yang remeh temeh, misalnya pihak berkuasa agama di Penang telah mengenal pasti 42 hotspot diseluruh negeri Pulau Pinang sepertimana yang dilaporkan semalam akan dipantau bagi menahan orang islam yang mengelak untuk berpuasa atau makan disiang hari. Usaha pencegahan amat dialu-alukan tapi dalam hal inipun banyak aspeks seolah-olah terbuka luas untuk dipertikaikan. Apakah jaminan yang ianya bakal berjaya dikekang. Atau mungkinkah akan ada lebih banyak lagi hotspots bagi golongan tertentu untuk menjamu selera mereka di siang hari pada bulan Ramadhan 1435H ini. Sejauhmanakah pemahaman tentang puasa golongan yang cuba dipantau ini telah mereka ketahui. Kenapakah tiada usaha untuk mentarbiah golongan yang kurang peka terhadap keperluan agama yang sememangnya diwarisi turun temurun. Apakah pihak yang menjaga hal ehwal agama boleh terlepas pandang tentang perlunya diperkukuhkan ilmu keagamaan sejak sebelum baligh lagi. Mengharapkan orang perseorangan untuk memantau serta mengawal selia keadaan umat islam seluruhnya amat tidak praktikal. Kesatuan tindakan yang pelbagai tapi menjurus ke satu matlamat oleh mereka yang bertanggungjawab amat dituntut. Waima orang jabatan agama yang telah diberi mandat, orang perseorangan yang prihatin akan keperluan membantu serta membimbing sesama Islam mahupun juga pihak NGO yang lorat penuh makna dan misteri serta senantiasa cepat mendepani masalah yang kerajaan yang memerintah yang kononnya cuba untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi tapi sunyi sepi bilamana yang bersangkutan dengan hal-hal keagamaan.

Berbalik semula kepada bola ini, banyak kenangan yang terimbau untuk direnungi. Masih terbayang lagi bilamana selepas selesai menduduki Penilaian Darjah 5 pada tahun 1975 yang setara dengan UPSR untuk darjah 6 kininya dan bakal dihapuskan dalam 2 tahun lagi, pelajar dibenarkan membuat aktiviti bebas sekadar menghabiskan masa menunggu cuti akhir tahun. Antara aktiviti yang menjadi tumpuan diantara banyak program yang dirangkakan adalah pertandingan bolasepak 'inter-class'. Kelas 5B yang menjadi juara dalam pertandingan 'round robin' dikenali setelah dipersetujui bersama sebagai pasukan Bulgaria. Menjadi juara merupakan suatu kepuasan yang hanya mereka yang bergelar juara sahaja yang  mampu mengukirkan manisnya atau peritnya kejayaan yang dirangkul. Mengambil semangat kejohanan bolasepak piala dunia 1974 membuatkan kami murid darjah 5 ketika itu didalam status yang terbaik untuk enjoy selepas menduduki peperiksaan tersebut dan tahun berikutnya menjadi senior pula. 9 pasukan dari 9 kelas yang ada untuk Darjah 6(3), Darjah 5(3) dan Darjah 4(3) menyertai tournament. Pasukan Bulgaria mendapat markah tertinggi dan bergelar juara. Terbayang lagi semasa mendapat tepukan gemuruh didalam dewan perhimpunan untuk bersalaman dengan guru dipentas bagi menerima hadiah. Dari hujung dewan lagi budak budak junior yang berpeluang dan proud dengan rumah seladang khasnya bersalaman dengan team kita ketika melintasi tengah dewan menyampaikan ke pentas dewan. Menjadi tumpuan sememangnya banyak mencuri masa kita. Selepas peristiharan itu, bila kekantin diwaktu rehat, ramailah bebudak junior yang menegur dan ucapkan syabas lebih lebih lagilah yang sama rumah iaitu  Rumah Seladang. Masa nak masuk tandaspun ada yang mengenali dan berteguran. Inilah bahana menjadi juara. Kebanyakan team 5B alias Bulgaria dibarisi oleh budak Rumah Seladang. Baiknya ketua pasukan, Zainal Abidin Abdullah(budak Ujung Pasir) yang main diposisi attaking midfielder, aku sendiri diposisi left winger, beberapa pemain back serta keeper yang lupa pula nama mereka menjadi tonggak kekuatan Bulgaria. Persefahaman yang lama terjalin dalam team rumah seladang ini sejak awal tahun lagi menjadi pemerhatian guru PJ atau PE, Mr. Gan yang merangkap coach team sekolah untuk kejohanan inter-school pula untuk tahun 1976. Kerap juga semasa sessi PE(physical education), coach suruh ambil sepakan korner disebelah kanan tiang gol kerana aku boleh melambungkan bola 'inswinger' kearah depan pintu gol lawan. Pernah menjadi buah mulut bila tendangan melengkung aku tu terus masuk kehujung sebelah atas kanan goal post. Bila lambungan bola rendah atau tidak digemarinya, coach akan arahkan aku ambil korner sekali lagi. Dan setiap kali team aku dapat corner kick disebelah kiri gol lawan ni, maka akulah yang terpaksa berlari dari posisi untuk menyempurnakan sepakan korner. Malangnya semasa sesi pemilihan pemain mewakili sekolah pada suatu hari di bulan Disember 1975, aku tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa bertarung hebat untuk menjadi dewasa dengan mengagahi diri dikhatankan secara kampung. Duduk diatas batang pisang dengan tok mudimnya bermisai tebal yang tipikal gambarannya dengan dipegang sampai tidak mampu bergerak sedikitpun oleh Abang Tambi dan dua lagi abang saudara. Lupa sudah dengan tarikh selection dan ditambah pula dengan menahan ngilu selepas kena penangan pisau tok mudim. Diawal tahun 1976, semasa memulakan sesi persekolahan darjah 6, ramai member bertanyakan kenapa tidak hadir masa pemilihan team bola sekolah pada bulan Disember lalu. Coach tanya pasal apa aku tidak hadir masa pemilihan pada rakan-rakan yang hadir. Seorangpun tidak tahu sebabnya. Maka terlepaslah peluang untuk mewakili sekolah disebabkan khatan yang perlu dihadapi. 

Apapun pandai benar pihak Astro untuk permainkan golongan sasar mereka. Ada ke disuruhnya kita untuk melanggan lagi dengan Astro Sport pula andaikata ingin mengikuti kesemua 64 perlawanan. Sudahlah fee langganan dengan Astro telah dinaikkan yang kononnya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka walaupun menjadi polemik sekejap akan perlu tidaknya dinaikkan. Namun kita ada pilihan. Kalau mahu tengok semuanya kenalah bayar lagi untuk saluran Astro sports tapi andaikata tidak mahu biarkan sahaja. Jangan termakan umpan yang dihamburkan. Apapun sebagai memancing pelanggan sedia ada Astro, kita berpeluanglah mengikuti perlawanan pembukaan Piala Dunia edisi 2014 ini. Game pertama antara Brazil dengan Croatia. Semua orang sedia maklum akan kemenangan pada pasukan tuan rumah. Tapi bagi diri aku pula bukan kemenangan yang menjadi keutamaan didalam mengukur kejayaan tapi adalah usaha bijak mengatasi pihak lawan. Jahatnya permainan ini adalah tidak membenarkan pihak lawan menjaringkan gol dan sedaya upayanya menghalangi usaha pihak lawan membolosi pintu gol mereka pula. Didalam dua pasukan yang bertanding dimana aku tidak menyokong mana mana team, aku lebih cenderung menyebelahi pasukan yang 'down'. Perancangan serta usaha gigih mereka serta dengan keberanian dan kepintaran menyerang mungkin akan menghasilkan gol. Perancangan jahat pasukan yang leading dengan sekadar bertahan mengagalkan segala cubaan pihak lawan amat tidak menarik perhatian aku kerana takut mengalami kekalahan. Ini membosankan. Sebenarnya, permainan bola, perlukan kerja keras untuk senantiasa cemerlang dalam semua bahagian, barulah kemenangan itu penuh erti. Permainan yang melibatkan pasukan yang gah menentang pasukan yang kerdil, aku lebih senang menyebelahi pasukan yang berkemungkinan untuk kalah. Kekentalan serta semangat juang mereka membuatkan game lebih bervariasi. Tidak mustahil juga keputusan upset boleh tercipta. 

Sebenarnya banyak hal yang boleh diaplikasikan didalam kehidupan seharian bagi mereka yang mahu mengunapakainya. Antara kenyataan yang utama adalah kerja berpasukan yang mantap boleh mencapai kejayaan. Begitu juga semangat gigih serta fokus kepada arahan dan misi pasukan jarang sekali mengecewakan. Banyak lagilah iktibar yang boleh digarapkan dari permainan ini. Umpamanya pemain yang diangkat sebagai pemain terbaik Fifa belum tentu lagi boleh menyerlah. Messi pada game menentang Bosnia pagi ini nyaris dimalukan bila gagal menyerlah serta terkial-kial pula mencari gol sulung buat pasukannya. Malah gol pertama Argentina dihadiahkan pula oleh Kolasinac pada minit ke-3 permainan. Nampak macam Bosnia boleh makan. Dalam pada itu komen komen selari yang sama sibuk ketika game tengah rancak sedikit menganggu tumpuan. Kekadang tu ulasan yang dibuat tu memakan diri. Sebelum Messi membuat larian ke pintu gol lawan adalah dalam 3 ke 4 minit ketika mencipta gol sulung peribadinya untuk Piala Dunia ini pada minit ke 65, pengulas seakan mengutuk kebolehan Messi bilamana mempertikaikan kemampuannya di piala dunia. Edisi 2010, Messi gagal menjaringkan sebarang gol dan sampai ke minit semasa membuat ulasan masih belum berjaya menjaringkan gol. Begitu jugalah ketika melaporkan yang pihak Bosnia telah mula hilang semangat. Habis sahaja menyebutnya, tiba-tiba Ibisevic melorongkan bola betul-betul dicelah kelengkang keeper Argentina diminit ke-84 permainan. Meleleh sahaja bola bergolek kepintu gol. Aku gelakkan pengulas tersebut yang tidak menyangka perkara sebaliknya pula yang berlaku. Maknanya setiap detik sehingga saat terakhir  permainan, maka segalanya berkemungkinan. Begitu jugalah didalam kehidupan ini, yang kaya tidak semestinya akan kekal kaya dipenghujung hayatnya dan golongan marhaein boleh sahaja dihormati juga dengan keizinanNya. Yang pasti banyak masa akan terbuang dan menjadi tidak produktif buat golongan sasar ini disepanjang musim bola yang akan berakhir pada 13 Julai nanti bersamaan 15 Ramadhan 1435H. Pilihan ditangan sendiri. Hendak yang mana. Masa tidak akan menunggu kita. Buat perkara yang betul ke atau buat yang salah juga, dunia ini tidak akan berhenti berputar disebabkan tindakan kita. Ianya akan terus berputar dan berputar sehinggalah sampai kedetik akhirnya.

والله اعلم !          

Saturday, June 14, 2014

Kejadian pertama kalinya menimpa diri...

 14 JUNE 2014, 07:23


Kejadian pertama kalinya menimpa diri


Semalam kurang lebih pukul 5:30pm aku menyinggahi Stesen Caltex di Bukit Duyung semasa didalam perjalanan ke Pekan Kandang untuk perguntingan rambut Yusree dan Yaseer. Pada awalnya mendatangi stesen minyak tentulah untuk top-up tangki minyak yang sentiasa meminta ditambah tanpa disuruh. Tugasan routine yang semakin cekap dilakukan sejak dikuatkuasakan konsep layandiri beberapa tahun dahulu. Bantahan diperingkat awal oleh para pengguna seakan tidak dihiraukan oleh pihak pengusaha stesen minyak lebih lebih lagi pihak kerajaan termakan dengan alasan yang dikemukan dan seolah-olah menyebelahi mereka pula. Kementerian kepenggunaan pula makin  galak menyampaikan maklumat yang menjurus kepada pihak pengusaha stesen minyak khasnya dan langsung tidak memihak kepada para pengguna umumnya.


Apapun, seketika menggangkat nozzle dari Pam no.6, tetiba sahaja minyak menyembur keluar dan tidak sempat sampai ke mulut tangki minyak kereta Porsche aku itu. Minyak habis meleleh didinding sebelah bawah tangki sampailah penutup roda serta rodanya sekali turut terkena lelehan minyak. Masih tidak merasakan apa-apa lagi serta bersangka baik, mungkin aku tertekan picu nozzle minyak sehinggakan menyebabkan minyak terpancut awal. Namun selepas anggaran seminit berlaku secara tiba-tiba pula hose yang bersambung ke pam tertanggal dan hampir mengenai kepala. Kalau tidak mungkin boleh jadi biol pula. Paparan di skrin menunjukkan RM16.79 ketika ianya terhenti.


Tidak kalut dengan kejadian ini, terus sahajalah aku berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Maklumkan yang aku sekadar sempat menuang sebanyak RM16.79 sambil penugas dikaunter melihat diskrin desktopnya. Tanpa disuruh, dia menyerahkan lebihan baki yang sepatutnya aku mengisi RM20.00. Ingatkan agar kejadian ini tidak akan berlaku lagi. Memang tidak aku sangkakan yang aku akan menghadapi kesulitan sebegini. Terperanjat, tentu sahajalah aku terperanjat. Tidak semena mena dan entah macammana hose-nya boleh terpisah. Pelik andai difikirkan. Adalah besar kemungkinannya yang 'technician' yang mengendalikan kerja kerja maintenance tidak memastikan yang sambungan itu benar benar ketat bersambung.


Inilah akibatnya jika kerja dibuat tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Asal siap sahaja. Mana boleh sebegitu. Sudahlah dan tentunyalah dibayar setimpal dengan kerja yang dibuat tapi malangnya mutu kerja pula tidak mencapai standard piawaian yang ditetapkan. Hendak dikatakan tidak berpengalaman pastinya tidak patut kerana mereka yang terbabit dengan kerja kerja 'oil and gas' ini adalah mereka yang berkelayakan dan telah mencapai tauliah lantikan. Bahaya meletup terbakar selalunya dikaitkan dengan 'industri' ini. Tapi macammana hal sedemikian boleh terlepas terjadi.


Apapun yang kita lalukan, seeloknya jangan gopoh hendak cepat siap. Lakukan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin agar 'rezeki' yang dikurniakan itu barakah.


Friday, March 7, 2014

Aku Jangan Digoda




                                          The Queens - Aku Jangan Digoda

Dalam pada surf lagu-lagu 80an di laman Youtube untuk sessi mengimbau kembali kenangan dizaman remaja dahulu, aku terkliklah lagu dari kumpulan 'The Queens'. Mulanya hanya sekadar hendak mendengar lagu disco 80an dengan menyusuri keywords 'Back to the 80s' dan bila tekan aje enter button kat google tu, nah kau!, berderetlah yang keluar. Amat mengemari lagu-lagu terutamanya dari nyanyian Modern Talking dan C C Catch dengan rentak disconya. Excited bila dengar irama music yang banyak menonjolkan bunyi bass. Dari satu lagu ke satu lagu aku perdengarkan untuk halwa telinga. Yang kurang ummph tu aku tukarkan ke tajuk lagu lain pula. Mana yang ok kudengarinya sampai habis. Dan dalam dalam pada scroll down satu persatu aku terkliklah youtube 'The Queens'. Ingatkan group dari UK yang penyanyi utamanya(Freddie Mercury) mengemparkan dunia bila mati diusia tengah top disebabkan penyakit Aids kalau tidak silap diawal 90an. Tapi rupanya penyanyi 'duo' adik-beradik dari Singapura. Lagunya lagu melayu tapi nama kumpulan bunyi inggeris. Memang begitulah trendnya di era 70an/80an gamaknya. Kalau bubuh nama melayu, alamat tidak lakulah album. Mungkin penerbit/producernya mahukan nama yang komersial dan ditambah pula oleh penyanyi yang semangat Melayunya kurang dan tergila-gila hendak popular dan ditokok pula oleh peminat lagu-lagu melayu yang mahukan nama kumpulan yang senang diingati, dapatnya nama yang berbaur inggeris lagi longkahlah hendak beli album penyanyi tersebut. Sekitar darjah enam lagi sudah tahu nama kumpulan Black Dog Bone, kemudiannya Carefree-lah, Alleycats-lah, Heavy Machine-lah, Discovery-lah malah group dari Indon pun apply approach yang serupa. Siapa yang tidak meminati kumpulan The Mercy's, Koes Plus, Favourite Group dan D'lloyd tapi banyak bawakan lagu pop dangdut dan pop melayu ketika itu. Lagu tak ok pun tak apa, tapi nama band mesti gah. Barulah orang akan beliak mata melihat kelibat mereka bila buat stageshow.

Nama nama band yang disebutkan ini pula bukan sebarangan aje aku menyebutnya. Banyak album mereka dalam bentuk LP menjadi koleksi peribadi dan disimpan siap berbungkus lagi kat bawah katil. Terperuk dan tidak pernah disentuh. Lebih-lebih lagi kininya amat mudah untuk flashback. Ingat tajuk lagu atau ingat penyanyinya sahaja sudah memadai untuk track down lagu mereka di internet. Kalau berhajat boleh terus download. Agak-agaknya, gejala sebegini boleh nangis sedara Yusuf Haslam kita, sampaikan anaknya si shamsul merajuk terus dek gejala download mendownload ni. Masa tu belum ada lagilah teknologi sedemikian. Computer pun belum menjadi bualan lagi apatah lagi memilikinya. Melelehlah juga hendak kumpulkan duit buat beli piring hitam. Biasanya duit saku aku tidak belanjakan. Aku ambil pendekatan reverse psychology dalam usaha menyimpan. Bulan puasa boleh menahan lapar dari pagi hingga ke senja, ini sampai tengahhari sahaja tentu kacang sahaja. Amalan yang dibuat adalah ambil sarapan lebih sedikit dari kebiasaan. Genap sahaja jumlahnya bergegas le ke 'Kedai Record Yee Hai' di Jalan Bunga Raya untuk mencari album baru yang dipasarkan. Target dah setkan awal-awal. Biasanya info tentang lagu-lagu baru didengari dari Radio. Bukan siaran permintaan lagu tapi via program album baru yang ditaja oleh syarikat record yang ada masa itu. Slot program mereka pada hari minggu dengan dj program untuk 'EMI' dan 'WEA' yang berselang setengah jam antara keduanya beria-ia mempromosikan album baru atau penyanyi baru keluaran syarikat masing-masing. Kaedah marketing sedemikian mengena pula pada aku yang mudah dipancing.

Masih kekal sama seperti dahulu


Berbalik pada 'The Queens' yang terkenangkan ini, amat-amat tidak berpuashati olehku akan kisah yang menimpanya. Mereka ini masa tu my sweetheart lah juga terutama sekali si Farah ni dan sebaris juga dengan Mazuin Hamzah yang suara manjanya dengan raut muka mereka yang terlalu innocent serta menjadi pujaan hati ribuan peminat ketika itu tapi diragut pula oleh kumbang durjana. Memang aku tertinggal bas. Tertinggal baspun bersebab. Melanjutkan pelajaran dan kekangan masa mengakibatkan aku agak terlewat menerima info. Menjadi kebiasaan aku pula, suka melihat sesuatu hal dari sudut pandang yang berbeza. Komen-komen dari pengunjung aku baca kerana ulasan mereka lebih direct dan lebih jujur dari pemberita-pemberita yang terlalu amat dan suka memutarbelitkan fakta untuk tatapan pembaca. Kekadang itu terfikir juga, bila maklumat yang tidak benar disampaikan bukankah itu suatu pembohongan namanya dan lebih teruk jika dikelaskan sebagai fitnah pula. Mana perginya etika kewartawanan sipemberita. Editornyapun satu hal. Hendak lakukan suratkhabar masing-masing, soal prinsip ditolakkan ketepi. Janji suratkhabarnya laku biarpun penuh dengan berita sensasi dan cerita yang tidak benar ataupun tidak pernah berlaku. Hanya berdasarkan khayalan dan perasaan sahaja. Boleh begitu gamaknya?

Komen dari Dimitri Santangelo yang paling atas tapi telah berusia lebih dari 2 tahun sebagai membalas komen yang dibuat oleh Ahmadped setahun terdahulu darinya,

     'Farah Diba deserves a better person than that womanizer, Aman Shah! LOL!'

Hendak tahu juga tentang apa yang dikomenkan oleh si Ahmadped ni lalu scroll down-lah aku. Kata si Ahmadped pula, 

'............ Farahdiba dah 15 tahun bercerai dengan Aman Shah........' 

Maka, kalau benarlah facts yang dinyatakan bermakna mereka bercerai sekitar tahun 1996. Singkatnya usia perkahwinan mereka dan tahu tahu sudah bercerai. Pandangan umum merangkap peminat ini sukar dipandang sepi begitu sahaja. Menjadi selebritipun atas kerelaan sendiri. Tiada sesiapapun yang memaksa. Namun harganya terlalu mahal untuk menebusnya kembali. Setiap perilaku dan perkembangan diperhatikan. Bak kata 
kumpulan Rockwell-pun, '..... i always feel now, somebody's watching me!' 

Ada kebenarannya juga, bait-bait lagu yang disampaikan merupakan suatu 'doa' atau harapan. Betul benar terjadinya atau sebaliknya boleh diperhalusikan lagi atau mana yang mampu boleh membuat thesis untuk pHD pula. Misalnya lagu 'Aku Jangan Digoda' nampak gayanya terkena batang hidung sendiri.


Namun apa yang pasti bukan sahaja orang yang sezaman yang maklum akan cerita ini malahan juga budak-budak sekarangpun yang tak tahu menahupun dah gobar satu nusantara. Itulah teknologi namanya, sekali maklumat diuploadkan maka sampai bila-bilapun ianya akan floating di alam maya. Makanya maklumat yang disalurkan dari para surfer akan menjadi info berguna untuk dicerapkan. Betul atau salah pandai pandai sendirilah menilaikannya.Disertakan juga komen pengunjung untuk dinilaikan dan dihakimi kebenarannya.



Thursday, March 6, 2014

Cinta Palsu 80an Dijejaki Kembali Hari Ini

Suatu hari dalam minggu lalu ketika hendak berpergian ke tempat kerja, aku mendengari lagu yang boleh juga dikatakan popularlah masa diawal 80an. Tidak pasti pula samada mendengarnya menerusi siaran Sinar FM yang terkenal dengan tagline 'Muzik Retro Terbaik'nya atau dari CD yang dimainkan di Deck player. Biasanya aku akan alternate pendengaran antara keduanya. Bila program atau lagu yang diputarkan oleh stesen radio Astro tak 'mengancam', aku akan tekan button CD dan berkumandanglah lagu yang suited dengan pendengaran aku yang telah tersedia diletakkan didalam slot CD. 




                                           Quinary M - Cinta Palsu

Apapun yang pastinya bila lagu 'Cinta Palsu' berkumandang dengan intro bunyi-bunyian picitan keyboard oleh abang Mazuin iaitu Mazlan ketika di persimpangan Bukit Katil bersebelahan dengan Hotel Kings, aku cuba recall kembali akan lagu hits dari Mazuin. Lampu trafik mengarahkan berhenti dan dengan air-cond. yang dibesarkan agar lebih terasa kedinginan ditengahari tu serta diiringi pula dengan mendayu-dayunya lagu nyanyian Mazuin ni, aku entah macam mana terimbau kisahnya di tahun 80an dan terkenangkan apa yang Mazuin alami kini. 

Itulah, apa yang tidak ingin terjadi dan tidak pernah terfikir akan berlaku telahpun  terjadi dan tersebar luas. Tidak perlu bersusah susah untuk dapatkan maklumat, goggle sahaja maka apa apa tentang Mazuin dari a hingga z tersedia untuk dibaca. Nasib orang kita sudah tahu tapi nasib diri sendiri bagaimana pula. Mahu gila dibuatnya bila sesuatu yang tidak diingini benar benar terjadi pada diri sendiri pula tatkala kita tidak bersedia menghadapinya. Apapun ikhtibar dari peristiwa yang menimpa orang yang kita kenali perlu dijadikan panduan didalam mengharungi kehidupan. Inilah yang sepatutnya. Mengesali dan lebih teruk lagi mengutuk perbuatan yang telahpun terjadi oleh mereka yang berperanan sebagai consultant tidak dilantik, penceramah tidak bertauliah mahupun motivator tak bergaji amat mengecewakan. Kejadian yang berlaku ini  adalah versi terkini yang Allah swt hadirkan buat umatnya memikirkan peripentingnya institusi kekeluargaan. Terutamanya pihak pihak yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan untuk mengendalikan bab cerai-berai ni. Bagi pihak individu pula perlukan satu kaedah berkesan untuk mengetahui hak-hak yang perlu dibuat dan yang harus dituntut lepas bercerai. Semuanya ini seolah-olah untuk kita memeriksa kembali adab adab yang kena kita fahami dan cuba perkemaskan lagi agar tiada siapa juapun yang teraniaya. Al-maklumlah bukan semua orang terpilih untuk mendapat privilege ini. Hanya mereka yang dikasihiNya dan sememangnya yang boleh absorb 'ujian' dari Allah swt sahajalah yang diuji olehNya.

Apapun, hanyalah لاحول ولاقوه الا بالله

Monday, March 3, 2014

Salah baca le....

22 FEBRUARY 2014, 06:09 PM
Sekejap sahaja seminggu sudah berlalu. Terasa masa bergerak terlalu pantas. Tahu tahu sahaja dahpun berjumaat lagi. Namun insan selalu terlupa akan hakikat masa. Ingatan serta kekangan masa yang samada sengaja diadakan mahupun gagal memanfaatkan masa yang dihadirkan amat mengusarkan setiap yang bernyawa. Memang Allah swt bersikap Maha Adil keatas umat manusia, baik yang mengaku dirinya seorang Islam mahupun buat golongan kuffar. Setiap orang diuntuk jumlah masa yang sama dan setara banyaknya iaitu 24 jam sehari. Penggunaan masa dipulangkanlah kepada individu itu sendiri untuk merencanakan penghidupan seharian masing-masing. Namun ingatan yang diberikan menerusi surah al-asr dimana dipermulaan ayat telah ditegaskan yang mana manusia macammana carapun dan bagaimanapun masa yang diberikan itu digunakan akan mengakibatkan kerugian pada diri sendiri melainkan mereka yang telah melaksanakan apa yang harus dilaksanakan serta yang dianjurkan. Maka beruntunglah mereka yang patuh dan sebaliknya pula yang akan didapati buat mereka yang ingkar.

Untuk Jumaat 21/02/2014, setelah tekan file pdf didalam folder 'Khutbah Jumaat' di Portable Drive Acer yang berkapasiti 500GB, aku bacailah teks khutbah dengan tajuk 'Adab Bersahabat'.
الحمدالله!
Berkat dari latihan serta latih tubi yang berterusan, pembacaan tulisan jawiku tiada masalah besar yang aku hadapi memandangkan telah mula bertatih-tatih le ketika itu sekitar October 2010 lagi didalam pembacaan bahasa Arab yang mula meyakinkan namun perlukan sekerap mungkin membaca serta memahamkan ertinya. Sekejap sahaja aku menghabiskan teks bacaan yang dimestikan para khatib/imam untuk dibacakan ketika berjumaat nantinya. Habis membacanya, aku cuba recall point-point penting yang cuba disampaikan oleh penulis teks khutbah. Selepas recap , barulah turun kebawah untuk makan tengahari, mandi sunat Jumaat serta bersiap dengan uniform kerja lalu bergegas kekereta. Sebabnya ketika hendak keluar rumah, azan telah berkumandang dari Masjid Raudah Al-Jannah. Namun aku tidak berjumaat di Raudah al-Jannah tapi menonong aje ke Masjid Saidina Ali. Park-kan kereta dibahu jalan, betul betul berdepan dengan 'Wan Saripah Seafood' dan melangkah laju ke arah masjid. Sekelompok budak-budak taman/kampung membentuk separuh bulatan di tepi longkang konkrit terlihat olehku. Lagaknya hendak berjumaat tapi masih duduk mencangkung sambil menghisap rokok dan ada juga yang tengah mengunyah keropok lekor agak-agaknya yang dibeli dari brother bersama isteri gamaknya yang berjualan mengunakan lori yang telah diubahsuai tidak jauh dari tempat mamat-mamat ni berlonggok. Kemudian terdengarlah biji butir khutbah yang dibacakan oleh imam dan sambil melangkah menghampiri perkarangan masjid, maka lebih jelas lagi isi bacaan khutbah.

         '..... maka bilal-lah yang patut dipatuhi, dan imam salat yang mesti diikuti .....'.

                                          
                                     Masjid Raudahtul Jannah

Terdetik difikiran sambil kehairanan. Aiik, tadi aku baca pasal bab adab bersahabat. Ini apsal pulak bilal, imam pun tersebut. Rasa-rasa akulah, tidak pulak terlintas didalam pembacaan semasa belum ke masjid. Cuba ingatkan kembali akan tajuk-tajuk untuk bulan Feb mengikut minggu. 1st pasal perbelanjaan keluarga, keduanya bab aqidah kalau tak silaplah, ketiga pasal solat berjamaah dan untuk minggu ke empat dan akhir minggu bulan Feb adalah pasal adab bersahabat. Betullah tu, cuba meyakinkan diri. Aku tadinya juga membaca teks untuk minggu terakhir. Apsal pulak imam kat masjid saidina ali berkhutbah dengan tajuk solat berjamaah pulak ..... nak kena denda ke pasal tidak ikut arahan. Entah macammana tetiba aje aku tersedar yang jumaat ini bukanlah yang terakhir untuk Feb tetapi minggu depan 28/02/2014.

Its okay. Apapun khutbah yang disampaikan dan sebagai makmum harus mendengarinya segala peringatan serta panduan didalam kehidupan dihari muka. Ikut atau tidak ikut bergantung pada individu yang hadir mendengar atau hadir sekadar sesama berjumaat. Terpulanglah ..... . Imam yang  menyampaikan khutbah cuba sehabis baiknya sepertimana yang dihajati oleh penulis khutbah dengan lenggok bahasa  serta intonasi yang sesuai dan sepadan didalam meluahkan kekesalan. Bilamana segala kebaikan solat berjemaah yang dinyatakan dan dilapikkan pula dengan hadis Rasullullah saw, namun kebanyakkan umat Islam memandang remeh. Ditokoknya pula dengan rasa kehairanan  yang mana kalau yang muda muda mungkin pasal kurangnya pendedahan, tapi bagi yang tua tuapun liat hendak berjemaah, apa hal pula. Berikutnya dinyatakan perkara yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak yang prihatin bagi tujuan menarik khalayak ke masjid seperti katanya,

' ... Biar sekuat mana pembesar suara sampai ke telinga, biar masjid berkarpet tebal dan berhawa dingin, .........'

                                       
                                         Masjid Saidina Ali dari 'Wan Saripah Seafood'


                                        Signboard kedai makan 'Wan Saripah Seafood'

Namun kesalnya adalah jumlah kehadiran kurang dari 50 orang dari penduduk khariah yang ribuan orang ramainya. Diperjelaskan lagi even yang dudukpun berhampiran masjid malah cuma dipisahkan oleh pagarpun  terasa masih 'jauh' dari masjid. Dinyatakan juga akan senario yang biasa terlihat dan mungkinlah juga penulis khutbah ini menyaksikan sendiri demi menghadirkan feel dalam penyediaan teks dan disampaikan pula dengan penuh emosi dan lenggok bahasa yang catchy dengan katanya, masih seronok berlonggok disimpang-simpang jalan(mungkin refer pada budak bujang), masih selesa di padang-padang permainan(anak sekolah mungkinnya), masih enak menghirup kopi di kedai-kedai berhampiran(dituju tepat kepada golongan pesara agaknya), masih leka berurus niaga dipasar-pasar malam(ini tentunya dimaksudkan peniagalah tu), masih leka dengan mengilap kereta atau masih leka dengan gurauan anak dan cucu-cucu yang tercinta(orang dewasa), dan masih ternganga dengan siaran television biarpun masjid cuma dipisahkan dengan pagarnya sahaja.

Anihnya, didalam khutbah kali ini banyak merujukkan kepada golongan biasa biasa sahaja, tapi tiada pulak dicontohkan kepada golongan yang 'ada ada'. Kenapa tidaknya penulis khutbah ini merujuk juga kepada orang politik dan pak menteri yang sibuk merancang serta melancarkan program untuk rakyat katanya, merasmikan pelbagai event ataupun sekadar leka bermesyuarat, dan juga para sultan dan raja yang tertonggok di istana dalam serba kemewahan,juganya para ahli perniagaan yang umumnya sedikitpun tidak membuang masa dari mencari keuntungan dan semua mereka ini tidak juga muncul-muncul untuk setiap waktu solat berjemaah secara tetap dan consistent. Apa penulis ini hanya mengkhutbahkan kat orang biasa biasa sahajakah. Ataupun orang yang 'ada ada' ni sudah cukup bagus dan tidak perlu ditarbiahkan lagi. Atau mungkin takut diapa-apakan. Kata orang, ikan membusuk bermula dari kepala. Mulanya aku tidak berapa berkenan dengan analogi ini tetapi hakikatnya begitulah. Kalaulah yang berkuasa serta berpengaruh tidak memberi tindakbalas yang sepatutnya untuk mengimarahkan lagi masjid, apakah yang bawah bawah pula yang perlu mendahului sedangkan saranan ditujukan kepada seluruh kaum Adam.

Disimpulkan dengan mengharapkan semua makmum yang hadir untuk sama sama memakmurkan masjid. Semua orang berperanan 'mengajak' kearah kebaikan. Diingatkan juga akan perlunya mengadakan solat berjemaah bagi setiap waktu kerana kalau tiada didirikan oleh kariah tertentu maka semua ahli khariah akan dipertanggungjawabkan. Ini adalah Fardhu Kifayah namun sebahagian dari kita mengambil sikap bila orang lain sudah buat, aku tak payah..... . Khutbah yang disampaikan serentak pada seluruh masjid di negeri Melaka pada tarikh yang dinyatakan dan besarlah harapan yang sembahyang Asar, Magrib dan Isyaknya nanti akan bertambahlah bilangan makmum dan bukan lagi hanya ada satu ataupun cuma dua shaf sembahyang sahaja lagi. Namun hakikatnya yang terlihat selepas khutbah dan sehingga seminggu yang berlalu, masjid terasa suram dan sepi setiap kali azan dilaungkan. Lebih ketara lagilah diwaktu Subuh. Hendak dikatakan khutbah itu sukar difahami atau terlalu tinggi penggunaan kata-kata atau istilah yang tidak pernah didengari sampaikan tidak dimengertikan juga sesuatu yang mustahil. Ini memuskhilkan dan menjadi tanda tanya bagi mereka yang cuba memikirkannya. Kehadiran tetap macam yang sebelumnya. Orang yang datang tetap mereka yang sama juga. Tiada penambahan bilangan walaupun berapi-api dan bersungguh-sungguh menyampaikan khutbah. Mana silapnya.

Ternyata ketentuan Allah mengatasi perancangan manusia. Mungkin pada pandangan kita yang inilah adalah yang terbaik pernah dibuat. Sebenarnya banyak lagi aspek yang terabai, sengaja dilupakan ataupun tidak mengetahui akan adanya elemen lain yang core yang mesti ada dan menjadi syarat terpenting tetapi tidak dikukuhkan. Bilamana aspeks fardhu Ain yang menjadi teras dikesampingkan lalu mana mungkin hendak mengharapkan keberhasilan sesuatu perancangan. Ibarat pepatah lama kita, Yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih pula tidak mungkin akan datang melayang kalau tidak kena dengan caranya. Bayangkanlah dan fikirkanlah, kehadiran yang berbagai orang bersembahyang jumaat samada yang muda mahupun yang tua, bijak berilmu ataupun yang bodoh bodoh alang, bekerjaya atau cuma seorang penganggur, yang sudah berpergian menunaikan haji mahupun yang sekadar berkira-kira hendak kesana dan juga yang amat mengetahui kepentingan berjemaah atau sekadar ikut ikut sahaja namun kesemuanya masih gagal menghadirkan diri ke masjid.

Apapun, tetamu ke 'Rumah Allah' bukanlah kita yang menentukan. Malahan kita dipilih untuk menjadi tetamuNya. Maka beruntunglah bagi mereka yang sentiasa didalam lindunganNya.

Sunday, February 23, 2014

Khutbah Jumaat @ 07/02 yang mengesankan ...



14 FEBRUARY 2014, 01:02 PM
Selalunya sebelum aku berpergian ke masjid untuk berjamaah Jumaat, aku akan terlebih dahulu membaca teks khutbah yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM) untuk setiap minggu. Malahan seminggu sebelum memasuki bulan yang baru, pihak berkenaan akan uploadkan teks khutbah untuk sebulan berikutnya. Dan selalunya, aku akan downloadkan pula kedalam folder yang aku ujudkan semata-mata khusus untuk khutbah yang diterbitkan oleh pihak agama negeri Melaka. Sebagai makluman juga telah hampir 2 tahun penuh aku menyimpannya sebagai koleksi peribadi dan akan sentiasa mengulang-bacanya kemudian hari nanti tatkala ketikanya bersesuaian. Tapi untuk bulan Februari ni pula aku terlewat untuk download walaupun telahpun tersedia di laman web jabatan. Apapun tidak terlewat untuk membaca serta mengulang baca sehingga benar-benar mengambil pengajaran dari maklumat yang pihak mereka ingin sampaikan.

Tajuk 'Mengawal Perbelanjaan Keluarga' untuk 06 Rabiul Akhir 1435H itu aku dengari sebaik mungkin serta se-attentive yang boleh. Walaupun ketika itu aku bercuti gantian serta datang awal ke masjid siap berkopiah dan berbaju melayu yang disiapkan oleh orang rumah ketikanya berRamadhan 1434H serta mencalitkan 'Minyak Anugerah' agar aromanya mententeramkan jiwa didalam situasinya mengadap Ilahi yang tentunya Rabbu Izzati. Banyak info yang dibacakan oleh Pak Imam sepertimana yang diharapkan oleh penulis khutbah untuk disampaikan kepada para makmum dan tentulah juga telah diluluskan oleh pihak yang mengawal selia butiran khutbah. Hakikatnya maklumat yang didengari sememangnya telah sedia maklum diketahui dan telahpun aku rasai serta alaminya. Antaranya, saranan tentang peripentingnya berbelanja secara bersederhana serta penghuraian cara yang seharusnya diikuti dan dibacakan juga hadis dan ayat al-quran sebagai pengukuhan unjuran Islam. Diingatkan tentang panduan berbelanja serta memberi tips untuk diikuti dan dipraktikan didalam kehidupan seharian. Off course, semua orang mahukan yang terbaik didalam kehidupan ini. Bercakap tentang sesuatu yang baik-baik amat dialu-alukan. Platform ini perlu digunakan sebaik mungkin. Kehadiran serta moment yang diwajibkan keatas kaum Adam untuk mendengar khutbah saban minggu perlulah semuanya memberi tumpuan dan  mengunapakai segala saranan mahupun tegahan untuk manfaat bersama. Usaha secara kolektif dimana semua melakukan secara serentak sepatutnya akan menghadirkan suatu kesan yang positif didalam masyarakat. Semua orang mengimpikan sesuatu. Namun jika setakat impian sahaja dan tidak disertakan dengan usaha masakan boleh tercapai segala yang diimpikan. Even jika telah berusaha dan berikhtiar sebaik mungkin pada pandangan sendiri, kejayaan tidak pula muncul-muncul malah makin tersiksa jadinya, dimanakah silapnya. 


Terfikir pula difikiran, bagaimana timbulnya hal ini untuk diketengahkan dan dimaklumkan ke seluruh pelusuk negeri Melaka. Gerakan menyedarkan orangramai agar hemah berbelanja mungkin bertitik tolak dari kegilaan pesta menaikkan harga barangan keperluan dan perkhidmatan bermula dari penghujung tahun lalu lagi dan berlanjutan sehingga awal tahun ini. Lepas gula dinaikkan kononnya untuk kurangkan bahaya kencing manis, kemudian tol pula lorat-lorat hendak dinaikkan serta dengan sombongnya pihak penguasa mengsyorkan, sila guna jalan alternatif jika tidak mahu bayar dan membawa kepada isu tarif elektrik yang dinaikkan dengan alasan dangkal pak menteri yang tidak akan membebankan orang perseorangan katanya. Tidakkah ada seorangpun dari para bijak pandai didalam bidang masing-masing yang punyai keberanian(guts) untuk menasihat sekurang-kurangnya kerana hendak menegur jauhlah sekali kerana takut diapa-apakan. Tapi dengan golongan bawahan iaitu golongan pekerja, belasah semacam aje serta sedikitpun tiada rasa bersalah. Snowball effectnya amatlah tidak terjangkakan oleh mereka yang wewenangnya menaikan apa sahaja yang boleh dinaikkan sehinggakan dilawakkan didalam laman sosial dengan penuh sinisnya. Antaranya menyatakan kehairanan, 'Di Malaysia ni semua barang naik harga, cuma gaji sahaja yang tidak naik-naik.'


Up till now, damaged had been done. Siapalah yang hendak perbetulinya. Nampak gayanya tagline, Rakyat didahulukan ...., memang benar-benar mendahulukan rakyat. Rakyatlah terlebih dahulu merasai bebanannya. Untuk memujuk dengan berselindung dengan cakap lawanya, demi mengurangi kesulitan rakyat, BR1M 3.0 akan ditaburkan kepada golongan berpendapatan dibawah RM4000. Aku juga layak untuk mendapatkannya kerana turut terperangkap didalam kesulitan yang 'diujudkan' ini. Yang pastinya diri sendirilah yang harus lebih proaktif didalam menangani persoalan ini. Gagal jayanya didalam membebaskan diri dari belenggu hutang dengan hemah berbelanja tidak berhenti setakat itu sahaja. Cumanya pihak yang mencadangkan penulis khutbah untuk menukilkan teks khutbah tidak pula memasukkan element Ketentuan Illahi. Bukan semua apa yang dilaksanakan akan berjaya. Gagal tentunya pasti, berjaya belum tahu lagi andai tidak direstui oleh-Nya.

Allah jualah yang Maha Mengetahui.