25 JULY 2024, 14:50
Sayu pula hati ini
Dah puas dengar dan sampai sudah naik bosan dibuatnya akan lelagu bergenre 'Funky & Groovy', sebelum bergerak ke KKM Ayer Keroh, aku beralih untuk mendengar lelagu dari genre lain pula. Antara pilihan 60-an dan pop dangdut, aku memilih pilihan kedua. Folder dangdut ni pula aku splitkan mengikut seleksi yang aku buat. A. Ramlie - 70-an Dangdut, A. Ramlie - Rentak Dangdut, Pop Dangdut(Malaysia), Dangdut Indon dan koleksi dangdut ikut artis, D. J. Dave, Ramlah Ram dan Malek Ridzuan dalam simpanan aku. Tidak perlu fikir lama berlengah, terus aku press folder Malek. Hampir menyampai ke-20 lelagu berirama dangdut dari penyanyi ini aku pilih untuk didengari sebagai halwa telinga pemanduan ke KKM.
Masa perjalanan pergi tidaklah terasa sangat tetapi dalam haluan balik dari KKM termula segalanya. Aku mudah sangat tersentap dan cepat perasa orangnya. Cepat sahaja untuk segera merasai kesedihan keresahan hati orang lain. Kekadang tanpa disuruh suruh, aku pula yang terhegeh hegeh menganggapkan yang 'insiden' yang terjadi dikhabarkan orang atau menyaksikannya sendiri terjadi kepada diri. Naturally ianya datang sendiri. Mungkin akibat dari terlebih amat membaca 'genre' autobiography sejak awal 80-an lagi. Mungkin dan amat pasti rasanya yang hal minat membaca buku bercorak kisah peribadi seseorang menjadi faktor utamanya.
Biar tidak berlaku dan tidak pernah dan tidak mungkin berlaku tapi aku kekadang menerawang mengandaikan yang aku akan ditimpa dengan 'musibah' sedemikian. Entahlah bagaimana termulanya. Saja hendak 'layan' perasaan dan membuai rasa kesedihan yang mungkin sahaja boleh terjadi. Tiada yang mustahil untuk terjadi. Tidak pelik kalau itulah yang terjadi. Sememangnya hidup dan kehidupan ini adalah 'suatu' perjudian.
Ketika berhenti di persimpangan Ayer Keroh - Bukit Beruang atau arah melintangnya Sungai Putat - Kontingen Polis(Ayer Keroh Heights), aku perhatikan seorang penunggang Grab-food dari cermin sisi kiri pandang belakang, bergerak perlahan meleleh seolah melambatkan pergerakan ke persimpangan ketika lampu trafik masih 'merah'. Tergerak pula hati ini tanpa disuruh suruh melihat gelagat dirinya. Terus sahaja aku menyelinap masuk kedalam dirinya seolah akulah orangnya. Diketika yang sama, lagu yang didengari makin mendayu dayu mengiringi suasana yang dilihat.
Cari rezeki - Tanggungjawab |
Henyak...sampai lunyai
Aku bukanlah bermaksud menghina tapi sekadar membuat 'projection' dan associate situasi yang terjadi didepan mata. Benda bukan kena bayarpun. Takkanlah melihat apa yang ada disekeliling merupakan suatu kesalahan. Kalaulah pihak Kerajaan semasa yang memerintah yang di gelar Kerajaan Madanon yang konon claim berteraskan Islam Madani imposed dan luluskan RUU pasal hal ini, maka makin loratlah jadi bahan 'gelak' di social media akhirnya.
Melihat pada orangnya, rasanya telah bekeluarga. Usiapun kalau ikut firasat aku mungkin dipertengahan 30-an. Seorang lelaki normal dalam usia 30-an, rata ratanya sudah berkahwin. Jarang kedapatan dalam masyarakat kita buat golongan lelaki Melayu tidak berkahwin diusia sebegini. Andai ada, ianya suatu kekecualian atau an exception to the general rule, clause yang senantiasa kedapatan dalam 'law' yang aku pelajari masa zaman bersekolah dahulu di ITM. Aku cuba membayangkan dirinya tengah memikirkan bagaimana hendak 'membahagiakan' keluarga kecilnya yang lambat laun akan berkembang. Tatkala diusia sebegini masih 'strive' demi survival keluarga dengan fikirkan makan minum keluarga, rumah andai bersewa perlu dilunaskan tanpa gagal saban bulan. Keperluan anak yang sedang membesar jika berzuriat perlu diadakan dan harus juga sediakan pelbagai keperluan pembelajaran mereka.
Kalau tidak tabah dan berani hadapi segala yang mendatang, mungkin mengalah begitu sahaja. Jalan keluarnya bercerai mungkin dirasakan pilihan terbaik. Tapi aku dare to be different. Aku beranggapan dia masih waras dan kental semangat juangnya. Being a gentleman is not a choice but a 'favourable' must. Buktikan kita bukanlah lelaki lemah serta gagal hadapi cabaran hidup. Maruah diri lebih penting dari 'lari' mengalah untuk bertanggungjawab. Aku tidak diajar untuk menjadi seorang yang lemah walaupun bapak aku tidak memberi 'pembelajaran' secara khusus. Aku menilai kesungguhan bapak melalui apa yang dia lakukan. Melihat sendiri kegigihan orang tua membesarkan aku walaupun dia tidak pernah bercakap berdepan akan kesukaran yang ditempuhinya. Tentulah dia ada 'pride' sebagai seorang bapa. Mana mungkin buat mereka yang tabah dan cekal sebagai ketua keluarga memaklum seolah meraih simpati dari anak anak akan kesungguhan ketulusan diri. Respect to be earned and not to be demanded. Mungkin prinsip ini dipertunjukkan secara senyap dan aku turuti serta hayati apa yang bapak pernah buat dahulu.
Begitu jugalah aku harapkan yang dia yang zahirnya seorang 'food delivery' pada pandangan orang awam seperti aku tidak tersalah sangka. Memang hidup sekarang ini amat perit dan kejam. Usaha yang kita curahkan mungkin berganda lipatnya tetapi hasil yang diperolehi tidak seberapa mengikut penilaian semasa dari sudut 'materialistik' orang lain. Pedulikan cakap cakap orang. Tangan yang mencincang maka biarlah bahu sendiri yang memikul segala yang mendatang. Hidup sekarang ini memang 'keras'. Lingua-franca bebudak sekarang di social media yang digunapakai ini malah aku sendiripun 'suka' mengungkapkannya dalam penulisan aku.
Namun disebabkan aku tengah 'tenggelam' dengan kesayuan lagu lagu dendangan Malek Ridzuan yang didengari teramat amat mendayu ini, aku pepandai sahaja cuba kaitkan lagu 'Maakan Ku Kasih'. Betapa pilunya perasaan bilamana kita yang beria-ia sangat ingin membina keluarga bahagia tapi diwaktu yang sama pasangan pilihan pula berubah hati serta pendirian. Seolah sesuai 'background music' yang keudara ketika itu membawa motor melelau hati yang sedang lara. Aku, bagi akulah memang tidak boleh 'nak brain' andai benar benar terjadi. Remuk hati beb. Memanglah berkemungkinan andai itulah takdir yang tersurat. Siapapun tidak mampu membaca akan apa yang tersirat didalam hati pasangan yang tentunya mendapat restu kedua belah pihak dan yang lebih terpenting sekali si-buah hati pengarang jantung mahu bersetia bersama lelaki pilihan yang didambakan.
Malek Ridzuan - Maafkan Ku KasihBak kat orang, langit tidak senantiasa cerah. Bila datangnya ribut kencang melanda dan tanpa tersangkakan boleh merubah segalanya. Sekelip mata dan sebegitu mudahnya boleh berubah hati. Dalam dunia yang serba mencabar dan boleh dilihat dibuktikan ini akan segalanya dan tidak sangup bersusah berpayahan bersama mengharungi, maka mudah sangat ikatan yang tersimpul rapi boleh terburai begitu sahaja. Mudahnya lafazkan...'apa boleh buat, jodoh aku dengan dia sekadar cukup sampai disini sahaja'. Bukan menuduh, bukan mahu bersangka jahat tapi inilah trend sekarang ini. Berjanji bersetia bagai hendak 'rak'...segala galanya sanggup diharungi bersama. Namun bila sudah mula terasa peritnya kehidupan berterusan beberapa lama dan tiadanya tanda tanda pengakhiran, membuatkan si-dia tidak tahan lagi untuk kekal bersabar. Minta berpisah menjadi pilihan terakhir, jalan keluar yang paling mudah pada sangkaan. Hakikatnya, berpisah bercerai akan lebih merumitkan keadaan. Buktinya banyak kalau mahu dinyatakan. Rasanya tidak berbaloi.
Iri dengan corak kehidupan kengkawan satu sekolah malah sekampongpun sudah cukup untuk dijadikan alasan. Tidak mampu membaca yang corak kehidupan setiap orang adalah berbeza. Memasing perlu ikuti rentak kehidupan berlainan tapi tetap gagal dimengertikan.
Aku mungkin tidak mampu hendak gambarkan lagi keadaan mereka dua atau sekeluarga seterusnya mungkin untuk seminggu, sebulan, setahun dan beberapa tahun kehadapan tapi cukuplah dengan gambaran yang dilagukan oleh Malek Ridzuan ini. Lagu berikut ini memang tidak pernah akan terlintas oleh pasangan yang mahu bercerai tapi rentetan selepas perceraian hampir mirip mengikuti urutan yang diandaikan penulis liriknya.
Malek Ridzuan - PerpisahanNasib orang kita sudah tahu tapi nasib diri masih menjadi tanda tanya tidak berjawaban pasti. Harungi sahajalah. Bukankah hidup ini satu perjudian. Kata seorang brother influencer yang aku suka...'lanyak sampai lunyai'. Tidak kisahlah.
No comments:
Post a Comment