Aku memperlahankan Alza dipersimpangan Bkt Beruang ke Ayer Keroh. Andai ke kanan akan ke Kontijen Polis Melaka. Susur ke kiri pula terus ke Sungai Putat. Pergerakkan aku ke KKM Ayer Keroh terhenti seketika. Tengah layankan lagu A. Zanees, lagu 60-an di pen-drive, dipertengahan lagu 'Sa-hati Sa-jiwa'. Budak budak sekarang mana-nya hendak dengar lagu sebegini. Jangan mimpilah. Akupun tidak salahkan mereka kerana lagu yang aku dengari seketika ini bukan datangnya dari 'zaman' mereka. Kalau adapun yang meminati tentulah 'istimewa' orangnya.
Beberapa saat kemudian, entah dari mana datangnya sepasang 'merpati gelap' muncul dicermin sisi kiri aku dan berhenti digarisan. Jelas terlihat. Cepat sahaja aku mempotret mereka. Terdetik pula buat diri untuk mencoret 'something' mengenai mereka berdua ini. Di saat kita sudahpun berada di tahun 2024 ini, masing masing tentulah menjalani penghidupan memasing. It's for sure. Mananya ada orang hendak fikirkan sesaja mengenai orang lain. Biarlah mereka dengan kisah hidup mereka. Apa pula ler lorat hendak sibuk pasal orang lain.
Biarkan kami begini |
Relaxs okay...kau relaxs...kau relaxs. Apa tak puas hati ke?. Suka hati aku lerr hendak buat apapun. Tentu sahaja merekapun mahu sesuatu in their whole life. Antara aku dan mereka berdua ini, rasanya tidaklah jauh sangat berjarak usia. Aku tidaklah bermaksud 'something' yang keterlaluan. Sekadar cuba merasakan keperitan orang lain. Betapun kita berusaha segigih yang kita rasakan seperti sudah sehabis baik diusahakan tapi penghasilan pulangan dari titik peluh yang dikeluarkan itu seolah tidak berbaloi. Kita mengukur pencapaian mengikut perkiraan kita. Salahkah aku dengan pandangan mata melihat yang terzahir didepan mata, bergerak kedestinasi dengan bermotor sahaja. Ikutkan keselamatan buat golongan 'veteran' bermotor sahaja kemana mana tentulah terdedah kepada bahaya 'kemalangan'.
Kalau diberi pilihan, pastinya merekapun mahu memandu ke tempat tujuan. Memang sifat manusia mahukan yang lagi baik dan paling terbaik kalau boleh. Malangnya kemampuan terhad kepada apa yang kita sesama lihat. Didalam diri dan jauh disudut hati tentunya bertelagah kenapa aku tidak sebandingan dengan orang lain. Aku tidak perlulah lebih lebih mahu mengetahui akan apa yang telah mereka berdua lalui. Cukuplah buat diri melihat ianya 'takdir' dari Yang Maha Kuasa kepada hamba hambaNya.
Bukan pula berkecil hati tapi berprasangka yang bukan bukan tentunya mudah mendatangi diri. Mereka tidak cacat penglihatan dan boleh melihat 'directly' dengan jelas. Ternyata apa yang dilihat itu bukanlah 'fatamorgana' dan senantiasa memandang akan orang lain yang dianggapnya lebih bernasib baik berkenderaan lagi bagus dari mereka. Ini baru 'bab' transportasi. Belum lagi membandingkan dengan berpakaian, makanan seharian serta kediaman yang andai dilihat nyata tentulah akan lebih membuatkan dirinya makin 'down' tidak sebandingan dengan mereka dilingkungan.
Jauh disudut hati, dapat aku rasakan, yang diri akan tertanya tanya akan apa kurangnya aku dan apa lebihnya mereka. Hina sangatkah aku sehingga tidak 'layak' memilikinya. Lumrah manusia begitulah karenahnya. Tidak mahu diri terkurang sedikitpun. Apa yang pasti tidak 'sanggup' terima kenyataan tanpa 'muhasabah' diri akan apa yang harus sepatutnya diusahakan.
Apapun yang tergambar ini, hardship yang telah bersama lalui sehingga kini menjadi bukti kecekalan hati mereka berdua. Biarpun diuji sepanjang usia, kebersamaan antara mereka berdua 'berkepit' diatas motor, seolah melaungkan bahawa kebahgiaan adalah miliki mereka mengikut kayu ukur yang mereka tetapkan. Biar tidak kaya, biar tidak punyai serupa dengan orang lain tapi kekal setia berkorban demi che abang dan keluarga yang dibina amat amatlah aku 'admire'... . Ianya lebih bermakna. Selesa kehidupan dan hati tenteram jalani kehidupan seharian disamping diberikan kesihatan yang baik sudah cukup memadai. Lebih berharga bernilai dari harta yang melimpah ruah tapi runsing tidak tentu pasal.
Sebagai menghargai kesetiaan mereka berdua sehingga kini, aku tujukan lagu 'Sa-Hati Sa-Jiwa' dendangan A. Zanees dengan iringan band Les Flingers. Moga terhibur mendengarnya.
A. Zanees...Sa-Hati Sa-JiwaDari persimpangan ini, harapnya tidaklah jadi persimpangan dilemma tapi jadi penguat semangat teruskan kehidupan duniawi yang sementara sahaja sifatnya. Aku pula, sudah sudahlah hendak berkhayal sangat, segera cepatlah ke KKM ambil obat dan patuhi arahan. Can't you do it, after all it's for you own good. Mana tahu can live longer dari jangkaan.
No comments:
Post a Comment