22 JULY 2024, 13:16
Don't stop...jangan berhenti
Aku keluar sedikit lewat ke KKM Ayer Keroh hari ini. Puncanya layan youtube kat tv bertemankan orang rumah sekitar 8:30am. Tiada apa yang hendak dikejar kejar. Kini didalam mode santai gitu.
Di fyp sejak semalam lagi heboh pasal tersalah cakap. Bilamana minda tidak synchronize dengan apa yang dilafazkan maka beginilah jadinya. Serba tidak kena. Hajat hendak memanipulasi tapi sendiri pula yang terbelit. Inilah akibatnya bila tiada rasa kebertanggungjawaban dalam diri bila menghamburkan sesuatu yang hajatnya hanya mahu memberuntungkan diri tapi hujung hujungnya menjadi cercaan para netizen. Tiada siapa menyangka dan tiada siapapun menduga. Benda bila hendak berlaku, tiada sesiapapun yang mampu menghalanginya.
Leka layankan pelbagai clip video pasal hal titik bengik yang berlaku didalam masyarakat semasa yang menjadi 'viral'. Pasal khilafnya menteri perkatakan bacaan 'qunut nazilah' sebelum rukuk dan celuparnya influencer muda yang baru setahun jagong cuba pertikai orang agamawan dengan tersingkap aib tanpa sengaja dek terkhilaf juga membaca 'qunut nazilah' penuh berkeyakinan.
Hah...ambek kau!!!.
Leka sampai terlewat bersarapan dan terlewat jugalah ke KKM. Hampir ke 11:00am baru meletakkan 'buku rawatan' ke kaunter pendaftaran. Belum sempat melabohkan buntut di bench menunggu, aku segera mencari tandas. Sebenarnya sebelum mencari parkir kosong berkeliling disekitar premis KKM, dah rasa hendak memerut. Tapi aku bertahan mencari tandas terdekat dan biarlah aku mendapatkan nombor giliran terlebih dahulu. Namun 'seru' hendak lepaskan hajat makin mendesak. Tanpa berlengah lagilah segeralah aku mencari 'port' yang aku suka. Selesai hajat kembalilah aku ke kaunter pendaftaran semula menunggu nama 'Zaini Bin Ali' diulang sebut. Memang aku sudah agak, ketika melepaskan hajat, petugas kaunter akan memyebut memanggil nama aku untuk urusan selanjutnya. Bila dia nampak kelibat aku berdiri di spot yang sama dan maybe-lah dia sudah familiar dengan muka dan appearance aku maka segeralah dia ulang perdengarkan nama aku via microphone didepannya. Belum sempat aku berkata apa apa, belum sempat hendak buka smartphone sementara menunggu, dia terlebih dahulu berkata, 'en....ke tandas ke tadi.' Aku sekadar mengangguk dan ucapkan terima kasih kat dia yang sabar menunggu.
pasal kekhilafan dan nature's call...jadi lewat lak |
Selesai berurusan, aku melangkah santai ke Alza yang aku parkir didalam compound KKM Ayer Keroh ini. Bila kena makan obat didepan petugas KKM Najmi dan sejurus selepas itu bangkit bergerak didalam panas tengahhari yang membahang ke 'jentera' yang menunggu. Lepak seketika layankan lagu 'funky & groovy' sebelum memandu keluar walau kepala terasa pening kesan langsung dari makan obat. Ketika berhenti di persimpangan lampu trafik didepan MBMB, lagu dari folder yang aku compile sejumlah 92 songs yang aku dengari kini mulaikan 'intro...' lagu seterusnya. Susunan lagu yang secara 'auto' being alphabetically arranged beralih ke huruf 'K'. Texts...'K.I.D...Don't Stop' tertera di screen and starts moving from right to left. Keseorangan didalam kenderaan ditengahhari mendengar lagu yang aku download tapi jarang aku dengar membuatkan aku terhanguk hanguk melayankan rythmn lagu bergenre funky yang aku minati masa tahun 80an dahulu.
K.I.D. ... Don't StopApa ke bende lagu yang aku dengar nie...kejap kejap...don't stop...kejap kejap...don't stop, selang beberapa ketika... keluar lagi, eeh, don't stop. Adalah sampai 5 kali dia meratib...'don't stop', barulah disebutnya pula...'the music'. Oooo...dia hendak cakap...don't stop the music. Berposak posak mengulang ulang 'don't stop'. Duration lagu nie adalah dalam 6 minit lebih panjangnya. Diulangnya beberapa kali sampai penghujung lagu. Seingat akulah mungkin lagu ini punyai lyrics terpaling pendek. Faham...faham, aku memang faham yang lagu ini memanglah untuk depa 'menari' sakan. Apa nak kecoh bro, aku sekadar perjelaskan apa yang aku mahu perjelaskan. Relaxs okay....kau relaxs...kau relaxs. Jangan hendak tunjuk bagus okay. Ha..ha..ha.
Apapun, memasing bergerak berjalan diatas jalur kehidupan memasing. Mereka dengan penghidupan mereka dan aku dengan karenah aku. Semua ada urusan sendiri sendiri. Rasanya tidak perlu memberatkan benak memikirkan kenapa dan mengapa sesuatu itu berlaku terjadi. Segalanya menuruti sepertimana yang Allah swt telah aturkan. Namun kita telah dingatkan bahawa setiap apa yang terjadi berlaku itu perlu direnungi dengan penuh berhemah buat diri memperbetuli semampunya sehingga ke tahap paling sempurna sebelum diri 'pulang' ke tempat asal nanti.
Tambahan pula junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, memaklumkan yang 'mereka' yang paling baik adalah mereka yang paling memberi 'manfaat' kepada orang lain. Kalau hendak dirungkaikan memang tidak mampu untuk aku ulas sebaik mereka yang lebih 'alim' yakni yang lebih mengetahui. Mungkin, link ini dapat kembangkan minda kita untuk memahaminya lebih jelas. Rujuk dan fahamkan...paling-bermanfaat...antara kita sesama.
Moga bermanfaat hendaknya.
No comments:
Post a Comment