Sunday, July 14, 2024

Pentingnya Istiqamah

Pentingnya Istiqamah

Created: Friday, 12 July 2024 17:48

Updated: Sunday, 14 July 2024 18:49


Bercakap memang senang. Namun hendak memulakan dan perlu kerap mengulang itulah 'moment'nya yang paling utama. Tidak ubah berangan hendakkan sesuatu tapi tiada langkah langkah yang perlu lagi berkesan menjurus kearah mendapatkannya. 


Hendak kata orang lain berjaya, pada pandangan kita, macam mudah sahaja mereka melakukan. Kita tidak mahu tahu bagaimana caranya dan 'effort' yang telah mereka buat. Kita hanya memandang pengakhiran 'kejayaan' yang diperolehi dan berhak dikecapi. Melorot sahaja yang kita juga mahukan ianya berlaku pada diri. Macam 'bagus' aje.


Orang boleh memperolehi, kitapun sama lorat mahukan juga. Bunyi macam senang sahaja hendak buat. Tanpa berfikir panjang menanya macammana dia boleh berjaya dan dengan muka tidak berapa hendak malu segera bertanya 'rahsia resepi' kejayaannya. Macamlah dia mampu hadap cabaran dan dugaan serta peruntukan masa yang panjang lagi menyeksakan. Tentulah buat mereka yang telah sampai ke puncak, tidak sampai hatinya mahu kecewakan permintaan mereka. Maka ikhlaslah dia 'terangkan' bagaimana dia melakukan, moga moga akan dituruti olehnya. Sedangkan orang yang menanya itupun tidak maklum sesangat yang setiap kita adalah berbeza berlainan. Masing masing diantara kita adalak unik. Jawab SPM pun, ada yang dapat 10A(highest lah tu) dan ada yang satu A pun tak sangkut.


Bagi akulah, selagi ciri ciri menjadi orang berjaya tidak sekelumitpun ada pada diri maka memang payah hendak hadapi cabaran yang 'pasti' mendatangi diri. Mana ada 'kejayaan' tetiba bergolek sampai. Mustahil dan tidak mengikut fitrahnya. Hidup bukankah satu 'pertandingan'. Mereka yang berjaya...okay-lah, good for him. Buat yang tidak, tak kanlah hendak melolong mengenang nasib. Mungkin malah pastinya rezekinya ditempat lain. Tiada sesiapapun yang tahu apa yang bakal terjadi dihari mendatang. Dalam pada sihat berbangga terjelepok diserang angin ahmar(paralyze-lah). Boleh kita sangka. Benda kalau hendak berlaku, tidak perlu maklumkan pada diri terlebih dahulu. Namun ada petanda petandanya tapi kita pula yang tidak tahu dek kurang berilmu atau sombong tidak heed the advice dari mereka yang bolehlah dianggap pakar dalam bidangnya.


Aku bercakap tentang 'cabaran' yang aku hadapi. Mungkin aku bukanlah yang terbaik untuk perkatakan tapi inilah hakikat yang aku lalui. Tengok orang yang berjaya macam 'best' sahaja. Andai diberitahu sejujurnya akan betapa jerih perih yang telah ditempuhi dengan kecekalan serta kesungguhan mungkin tergugat tercabar mahu meneruskan hajat. Cuak hendak ikut jejaknya. Mulai tersedar dengan kemampuan diri.


Baru beberapa hari aku 'drills' diri mantapkan grammar arabic, mata dah berpinau. Ditambah pula dengan 'berita' yang tidaklah mengejutkan tapi memang aku dapat rasakan yang penyakit aku berulang kembali. Sebelum Raya Haji lagi, badan sudah terasa lemah lemah. Sukar bernafas dan kerap batuk. Symptoms yang terlalu familiar dan paling ketara mengesahkan adalah kahak berdarah. In between, kerap kencing, every one hour or so akan ke tandas disamping tidur berpeluh kekadang lokos t-shirt, lagilah mengukuhkan sangkaan aku.


Seboleh mungkin dan ikrar pada diri untuk tidak hiraukan sebarang 'faktor' yang seems unrelated sekalipun untuk gugat usaha aku ini. Masa adalah amat berharga. Kita bukanlah muda lagi dan tidak mungkin akan menjadi muda semula. Amat mustahil. Musuh yang paling 'kejam' dan perlu dihindari adalah sifat rasa malas. Hendak tidak hendak, suka tidak suka maka aku harus 'serius' melawan rasa malas yang kalau dibiarkan tanpa dihalang maka makin lama lagilah untuk aku 'selesa' bilamana membuka membaca al-quran. 


Siapapun tidak akan berpuashati andai masa yang panjang diuntukkan untuk mampu mencapai hajat tapi masih jauh dari mencapai sasaran. Tentulah ada sesuatu yang tidak kena. Kena terima hakikat. Kekadang suatu yang rasanya too closed namun sebenarnya masih sangat jauh lagi. Perkara ini bagi akulah seolah begitu sukar untuk aku rungkaikan dengan yakin. Apa yang kita rasa 'kacang' sifatnya, rupanya begitu sukar untuk aku hadamkan dengan pasti.


Anih. Memang menghairankan. Banyak perkara tidak mampu being treated sambil lewa. Ada masanya harus lebih serius dan fokus. Ciri inilah yang aku agak 'culas'. Namun aku belum lagi angkat tangan menyerah. Pantang menyerah kalah. Menoleh kebelakang akan lamanya masa yang aku peruntukkan tapi 'kejayaan' macam masih jauh lagi terjangkaukan begitu mencabar diri. Aku tidak bersaing dengan orang lain tapi aku mencabar diri sendiri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.


Moga apa yang aku hajati dan usahakan ini berakhir dengan kejayaan yang selama ini aku dambakan. Ya...Allah, Ya...Rabb, Kau permudahkanlah usaha aku ini. 


Ameen.




No comments: