Monday, February 22, 2021

Rise to the Occasion

Sejak terpandangkan wajah anak yang sedang berjalan kedewan peperiksaan pada pagi ini semacam ada rasa bangga dan bertuahnya diri. Segalanya berpunca bilamana 'cikgu' dalam grup 'Parents MRSM2020' membuat laporan semasa ketikanya calon SPM 2020 melangkah masuk kedewan peperiksaan. Tidak aku jangkakan semuanya ini. Sekadar menunjukkan gambar pelajar sahajapun sudah mencukupi sebagai pembuktian. Namun yang membuatkan suka sesangat adalah rakaman video hampir kesemua mereka dipertontonkan. Amat berterimakasih yang tidak terhingga kepada pihak yang berinitiatif melakukannya. Barangkali juga mereka dapat menyelami akan rasa terkilan ibubapa yang tidak berpeluang hadir berjumpa berpunca dari wabak covid-19 yang masih lagi berleluasa kini. Bagi pihak ibubapa pula pasrah seandainya tidak dapat berjumpa sekalipun tapi tetap berhajat untuk mengetahui perkembangan terkinipun sudah memadai. Hasrat hati ini seperti termakbulkan. Bukan setakat gambar tapi siap ada videonya pula.


                                                     SPM 2020 di tahun 2021

Rasa terkilan jugalah sepertimana yang dilaporkan akan kisah pada pagi menduduki peperiksaan, sila rujuk 'Intai anak...' untuk menyelami perasaan seorang ibu.

Tidak berkesempatan berjumpa dek kekangan Covid-19. Manakala arahan tergempar akan kemasukan semula ke asrama pada pagi 09/01 tidak memungkinkan aku menghantarnya. Aku serahkan tanggungjawab ini kepada mamanya. Anak nombor dua bertindak sebagai pemandu dan ditemani oleh anak yang bongsu. Aku tidak berpeluang menyerahkannya kepada MARA pada hari yang ditetapkan. Namun segala keperluan dan bayaran pendaftaran untuk tahun 2021 sehinggalah March nanti telah diurusi.  

Ini adalah norma baru. Kebiasaannya sebelum bermulanya peperiksaan besar, aku akan mengambil cuti panjang. Namun buat kali ini biarpun kebiasaan ini aku laksanakan tapi malangnya aku tidak boleh pula bertemu untuk memberi kata kata rangsangan. Dia dan rakan semaktabnya yang mengambil SPM sessi 2020 telah tidak dibenarkan menerima pelawat waima 'parent' masing masing demi menjaga mereka dari dijangkiti covid-19. Pengawasan ketat oleh pihak Mara amat aku hargai. Tempoh sebulan lebih ini rasanya sudah memadai bagi mereka membuat persiapan akhir. 

Samaada kebetulan atau memang ditakdirkan, pengasingan sedemikian mungkin mampu melonjakkan prestasi mereka untuk fokus kepada peperiksaan. Betapapun gundah gulananya ibubapa mengharapkan pencapaian terbaik tetap juga bergantung kepada kemampuan mereka mengagahi diri menghadapi fasa penting dalam kehidupan mereka. Apa apapun keputusan yang bakal diterima dalam 3 bulan mendatang ini adalah hasil usaha kesungguhan dengan bimbingan barisan cikgu mereka yang terlatih. Perlu mensyukuri atas apa sahaja yang dikurniakanNya. Harapan aku moga dia mencapai kemuncaknya setelah sekian lama sekadar menjadi second fiddle.

Seharusnyalah pasrah atas apapun keputusan yang terzahirkan nanti. Bagi diri aku, takdir Illahi mana mungkin mampu untuk kita menahannya dari berlaku. Perjalanan kehidupan buat dirinya masih jauh lagi sebelum menemui titik akhirannya. Panjang pendeknya hayat kehidupan seseorang hanya Dialah Yang Maha Mengetahui.

Dikesempatan ini, aku berdoa memohon kepadaMu agar dipermudahkan urusan anak yang sedang menduduki peperiksaan besar ini yang penuh berpancaroba sejak permulaan tahun akademik 2020 lagi. Cabaran yang pada pandangan mata kasar seorang ayah begitu menyukarkan serta amat memeritkan untuk diharungi tambahan pula berjauhan dari keluarga. Semoga dirinya tabah menghadapi cabaran hidupnya ini dengan jayanya.

Insya-Allah...ameen.


Sunday, February 21, 2021

Yang akan terjadi, tetap terjadi

February 21, 2021 10:24

Selepas makan tengahhari semalam dengan 'siakap 3 rasa' dan bercuti pula, aku mengambil peluang untuk mengimbau akan lagu lagu slow rock era 80an. Kebetulan lagi lagu lagu sedia ada yang telah aku download ke pendrive untuk halwa telinga dalam pemanduan agak lama juga tidak dikemaskinikan. Folder lagu dalam pendrive 8GB aku buat seketika ini adalah 'Boys 60an', 'A. Ramlie @ Dangdut', 'Back to the 80's', dan beberapa lagi.


Memandangkan telah terlalu biasa didengari dan kerap dikumandangkan semasa pemanduan, tetiba timbul pula hajat untuk download beberapa lagu slow rock yang selesa didengari. Bukannya lagu yang top tapi lagu era rock 80an yang sedap didengar tapi kurang publisiti terhadapnya. Lagu slow rock yang lembut iramanya dengan suara rockers yang mendayu dayu menyebut patah lagu menarik perhatian aku. Dalam tempohmasa memuat-turun, kebiasaan yang aku lakukan adalah membaca 'hantaran' dari netizen berkaitan dengan lagu serta penyanyinya. Banyak info yang boleh diterimapakai. Lagi lama sesuatu lagu yang didengar itu maka makin pelbagai cerita yang dkhabarkan oleh mereka yang sezaman dengan penyanyi pujaan mereka. 


Gambar budak budak rockers dengan macam macam aksi dibuat oleh mereka buat tatapan peminat memang nampak sangat gah. Setahu aku, mereka yang terbabit dengan dunia rock ini sebahagiannya tidaklah tinggi mana pencapaian akademik walaupun ada segelintirnya berpelajaran tinggi. Aku diantaranya yang terjebak. Pencapaian akademikpun biasa biasa sahaja. Terpanar juga dengan arus rock masa awal 80an dahulu. Ikutkan peredaran masa, kebanyakan yang aktif dibidang hiburan ini telahpun diusia emas kini. Lingkungan hujung 50an ke pertengahan 70an yakni sudah dipenghujung usia. Makanya setiap kali aku menatap gambar posing 'maut' mereka ini, aku bertanya tanya apakah kehidupan mereka sekarang ini. Era rock telah berakhir sebaik memasuki millenium. Dikhabarkan via filem 'kisah benar' garapan Mamat Khalid dalam filem bersiri 'Rock'nya akan kemelut yang sesetengah rock band lalui begitu mengusarkan. Mampukah mereka ini berpenghasilan secukupnya buat menampung hari tua mereka. 


Terima kasih yang teramat sangat dengan kecanggihan teknologi komunikasi yang kita ada sekarang ini. Amat mudah dan juga cepat untuk mengetahui perkembangan semasa tentang hampir apa sahaja yang ingin kita kongsikan bersama. Begitu jugalah dengan perkhabaran insan insan yang pernah dan cukup dikenali mereka yang seusia sebaya malah sezaman dan sama sama membesar di era rock 80an. Maka komen para 'netizen' kepada lagu yang di-upoadkan ke you-tube sememangnya menjadi rujukan untuk mengetahui keberadaan semasa mereka. Aku bukanlah mahu meng-aib-kan tetapi sekadar merenungi akan 'takdir' atau ketentuan yang harus setiap insan hadapi. Pelbagai keperitan dugaan kehidupan yang begitu memilukan hati peminat mereka setelah diketahui akan berita terkini. Bagi diri akulah, tiada sesiapapun yang ingin hidup tersisih dari masyarakat. Semua kita bergaul bercampur dan berinteraksi sesama. Mana mungkin di penghujung usia masih mahu berselindung dengan kegemilangan silam yang bersifat 'fatamorgana' walaupun hakikatnya mereka terlalu lambat untuk mengakui.

                                             Yang Terjadi Kan Tetap Terjadi

Wadah social media or 'socmed' ringkasnya, memungkinkan banyak ruang untuk berbuat kebaikan. Terpulanglah kepada kita semua untuk saling bantu membantu sesama insan. Kalaupun kita tidak mampu menolongnya dengan material, setidak tidaknya kita boleh salurkan bantuan kewangan semampu dan dalam kapasiti kita buat mereka mengharungi kehidupan masa tua. Jika bantuan material dan kewanganpun menjadi kesulitan, sehabis daya yang kita mampu buat sebagai orang muslim adalah mendoakan agar kehidupan mereka yang dimaksudkan ini dipermudahkan serta dirahmati olehNya.


Moga usaha baik dan mulia ini dipraktik dan dibudayakan oleh kita semua. Insya-Allah.


Mudahnya hendak keluarkan maka perlulah berhemah

Pada awal minggu ini, W8(15/2 till 21/2), lebih tepat lagi pada Isnin hampir ke tengahhari setelah kedatangan tarikh 02/02 aku mengambil keputusan untuk membuat pengeluaran pertama ditahun 2021 ini. Memang berhasrat untuk mengeluarkan 'dividen' epf sebaik diumumkan pada hujung bulan ini dan akan dikreditkan kedalam akaun pada 01/03. Namun pengeluaran terpaksa diawalkan sebagai persediaan buat kemasukan anak yang bongsu pula kembali ke sekolah pada awal April setelah lama menunggu pengumuman tarikh dari kementerian. Manakala kemasukan segera ke asrama atas arahan MARA pada 09/01 kepada abangnya yang bakal menduduki peperiksaan pentingnya esok(22/02) dan tanpa didugakan perbelanjaan untuk bulan January lalu telah melebihi 'budget'. Nasib baiklah saki baki didalam 5 akaun yang ujud bersebab itu dapat menyerap perbelanjaan sehingga kini.

Selamat dan mudah


Begitupun ketetapan untuk mengeluarkan dari 'reserve' harus mematuhi pra-syarat yang aku sendiri tetapkan. Aku bukanlah kedekut apatah lagi dikatakan bakhil tapi perlu lebih objektif dalam berbelanja. Al-maklumlah tagline 'simpanan hari tua' yang diwar warkan sekian lamanya oleh pihak kwsp biasanya dianggap sepi sahaja oleh pencarum. Belum melaluinya maka tiada sesiapapun yang menghiraukan saranan sepenting ini. Usia masih aktif bekerja selalunya tidak akan terfikir atau terlalu memikirkan akan masa tua memasing yang pasti akan menjengah sekiranya ajal belum tiba. 


Berbeza pula pada diri yang telahpun melepasi usia 55. Terimbau lagi ketika memula mencarum. Tidak terbayangkan caruman yang sekadar tidak sampai RM100.00 sebulan masa memula memasuki alam pekerjaan akan mampukah menyara kehidupan dihari tua aku nantinya. Malah tidak aku jangkakan yang aku akan sampai dan mencecahi usia 55 iaitu usia bersara wajib kepada golongan pekerja disektor swasta. Seingat akulah, ditahun tahun selepas millennium dikhabarkan yang kos sara hidup akan meningkat berganda ganda dari yang diramalkan. Ditunjukkanlah bukti nyata bagi menyokong kajian yang telah dilakukan oleh pihak kwsp dengan kerjasama bijak pandai dalam bidang masing masing diperingkat universiti dan dibawah seliaan kerajaan dalam merangka strategi mengatasi kemelut yang bakal membelenggu golongan pesara swasta. Antara hasil kajian dan hakikat yang benar benar berlaku didalam masyarakat dan diperbesar besarkan untuk ingatan pencarum adalah gambaran jumlah terkumpul caruman masing masing akan habis dalam tempoh 3 ke 5 tahun sahaja dari tarikh pengeluaran jika bakal pesara tiada sumber kewangan lain dalam menampung perbelanjaan diusia bersara mereka. Tambahan pula buat golongan B40 yang rata ratanya kurang berpendidikan lebih lebih lagilah dalam bidang kewangan akan teruk terkesan. 


Terkini, suasana dalam ketidaktentuan bahana Covid-19 yang sudahpun menjangkau setahun lebih begitu memeritkan golongan marhaen. Kerajaan yang ada kinipun tidak berapa mesra rakyat lebih memburukkan keadaan. Lambat melihat situasi golongan yang terkesan dengan pelbagai birokrasi menimbulkan keresahan kepada pencarum terkesan dalam mengeluarkan wang di kwsp via i-sinar yang heboh diperkatakan. Kerajaan dari satu sudut dikira tersepit. Mengizinkan pengeluaran tentulah untuk dibelanjakan serta mungkin akan merancakkan ekonomi buat seketika cuma dan dalam masa yang sama tabungan rakyat akan berkurangan dan bakal memberi kesan jangka panjang yang menakutkan kepada kesejahteraan masyarakat. 


Aku dikira bernasib baik. Tidak perlu lorat lorat dan menyibukkan diri mengisi borang permohonan i-sinar dalam usaha kerajaan memastikan hanyalah mereka yang benar benar terkesan untuk layak memohon. Tapisan amat penting bagi memastikan ketelusan dan terhindar dari penyalahgunaan oleh pencarum dan semoga tidak tertipu dek 'scammer' yang memasang jerat. Golongan dibawah 55 perlu bersyarat dalam pengeluaran sedangkan aku boleh membuat pengeluaran pada bila bila masa sahaja dan dalam jumlah mengikut permintaan. Paling sedikit RM10 dan sehingga maksimanya iaitu pengeluaran semua dari akaun emas. Lebih memudahkan proses, kita tidak perlu ke pejabat. Di Melaka, paling hampir adalah di MITC kalaulah untuk pengeluaran secara manual. Harus hadir ke kaunter dan perlu tandatangan dan cap jari diborang sebelum wang dikreditkan kedalam akaun dalam tempoh 3 hari berikutnya. Pengeluaran secara atas talian @ online adalah lebih pantas dan tidak memerlukan untuk hadir ke pejabat. Pertama kalinya ini aku melakukan transaksi secara atas talian. Memudahkan. Berhasrat berhajat mengeluarkan cuma sekadar pergi ke website kwsp serta isikan maklumat yang diperlukan dan 'submit' borang secara 'online'. Apa yang pasti, aku membuat permohonan pengeluaran dari rumah sahaja pada Isnin dan berselang sehari sahaja iaitu pada 17/02 telah di-sms-kan ke smartphone akan jumlah yang dikreditkan ke akaun pilihan aku.


Duit kita maka sendirilah yang harus mengurusinya. Namun jika tidak berjimat, duit sebanyak manapun akan habis sekelipan mata. Banyak sudah dilaporkan bagaimana caruman semasa muda bekerja tapi telah ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dihujung usia. Mereka yang 'menangguk diair keroh' ini memang pandai mempengaruhi mangsa menyerahkan hasil bekerja bertahun tahun lamanya. Akan ada balasan setimpal buat mereka yang menganiayai orang sebangsa. Tapi menyalahkan 'scammer' sahajapun tidak adil rasanya. Mungkin sifat tamak dan 'keberkatan' harta terkumpulnya itu ada juga 'sahamnya' dalam kemelut ini.


Moga moga aku mampu mengharungi usia persaraan aku mengikut yang sepatutnya. 

Tuesday, February 2, 2021

57 sudah usiaku

Hari ini adalah permulaan hari baru aku. Usiaku kini sudahpun mencecah 57 tahun. Menoleh kebelakang bukanlah satu kesalahan buat diri. Mengenang mengimbau akan perkara yang pernah dilalui dan pastinya amat terkesan pada diri. Malahan segala sesuatu itu pula seharusnyalah membentuk perilaku zahir dan batin disaat ini. Bukanlah merasa bangga mengharungi sehingga ke sempadan usia 57 tapi kecekalan hati serta tabah menghadapi cabaran dengan menepis rintangan yang menghalangi perjalanan kehidupan sehinggalah kedetik mutakhir ini adalah kekuatan built-in.

Ketikanya berdarjah 1


Sejak lahir buat sesiapa juapun pasti akan tidak melupai segala ranjau yang telah dilalui dan terpaksa diatasi. Biar sesukar mana, tekad kecekalan hati tanpa kenal erti putus asa memungkin ‘keajaiban’ dengan izinanNya pasti akan terzahirkan.

Lingkungan kehidupan aku tidaklah gah manapun. Orang biasa tapi punyai cita dan harapan aku sendiri. Lemah pada permulaan kehidupan tidaklah sampai tewas kepada cabaran pertandingan. Aku rela bergerak mengikut kemampuan diri secara bertahap. Selangkah demi selangkah dalam mengukir kejayaan yang cuma diri sendiri sahajalah yang mengerti.

Kalau hendak diturutkan berlebihan akan rasa kecewanya hati kepada setiap kegagalan yang pernah dirasai, mungkin tidak kemana sampainya aku. Bersyukurlah ke hadrat Illahi atas apa sahaja limpahan nikmat dan tahap ujian yang diterima sehingga kini. Biarlah dipandangan orang tiada apa yang boleh dibanggakan dan aku tidak peduli malah sekelumitpun tidak aku hiraukan akan tanggapan mereka. Apa yang lebih aku kisahkan adalah kesanggupan untuk pertingkatkan persediaan bekalan untuk dibawa ‘pulang’.

Adalah suatu hal yang lumrah buat diri akan sering teringatkan kisah yang telah diharungi selama hidup sejak lahir sampai ke hari ini. Banyak rasanya detik yang ingin diimbaukan kembali. Rentetan peristiwa sejak zaman kanak kanak sehingga dewasa memberi impak yang tidak terfikirkan ketika itu. Gabungan segala rencam kehidupan yang mewarnai perjalanan kemudian darinya bagaikan ‘puzzle’ game. Akhir kehidupan nanti akan tersingkap gambaran ‘sebenar’.

Moga aku tabah mengharungi sisa sisa kehidupan ini.

Monday, February 1, 2021

BMF, meresahkan...

01 February 2021 10:51

Pagi ini, sekejap sahaja sudah sebulan berlalu untuk 2021. Berbual sambil minum pagi dengan orang rumah, sambil sambil itu bertanyakan stok keperluan pembuatan karipap 'frozen' yang telah berkurangan.  Aku admire akan kesungguhannya menyediakan karipap saban hari sejak hari pertama berjualan pada pertengahan October 2017. Aku mula menyedari yang usaha niaga ini tidak tergugatpun walaupun kehadiran covid-19 tahun lalu. Mana yang sempat dan bila berkesempatan, aku akan top-up barangan pembuatan karipap. Ini adalah tanda sokongan menambah ekonomi keluarga. Kos aku tanggung, kutipan jualan biarlah dia menyimpan semuanya.


Dalam pada berbual, terdetik pula pertanyaan mengenai perbezaan harga barangan antara kedai muslim dengan yang bukan muslim. Dia rasa hairan akan harga yang ketara berbeza. Tepung di Esah H, sekampit RM2.10, di EconS dan Auntie Minnie cuma RM1.90. Bila ditanya harga sekotak, staff kedai orang kita ini memaklumkan  harganya RM25.00/ctn. Biasanya, harga yang dibayar cuma sekitar RM20.50 ke RM21.50 dikedai milik orang lain. Hal ini memang telah lama aku ketahui. Even sebelum adanya gerakan mempopularkan BMF ini, aku telah menyenaraikan faktor penyebabnya. Sejak tamat era pengajian aku mendapatkan ilmu pengetahuan sekitar 1984 - 1987 di ITM memang aku menyedari dan jelas diperhatikan. Namun diketika itu, luahan hanya sekadar di catatan peribadi. Maklumlah, pandangan dan pendapat dari seorang yang biasa biasa sahaja tidak memungkinkan akan diangkat dan jauh sekalilah untuk diterimapakai oleh pembuat dasar belanjawan negara.

At Aeon

At Family Store

At EconS

At EsahH

At auntie Minnie & Ranjini


Begitupun, dikesempatan ini perkara yang ditimbulkan memang ketara dan mungkin akan mengambil masa yang agak panjang sekiranya kita sesama menganggapnya remeh dan tidak perlu dirisaukan terlalu. Terpulanglah. Masing masing punyai pendirian. Namun bagi diri ini secara peribadinya berandaian, sekiranya hal yang mungkin kelihatan kecil ini jika tidak dipantau dan diatasi sesegeranya, pasti akan mendatangkan masalah dikemudiannya hari. Ekonomi harus kitalah yang mengemudinya. Bukanlah diserahkan bulat bulat kepada orang luar orang mendatang mengurus selia keseluruhannya. Kemanakah menghilangnya daya juang dan semangat berdagang bangsa melayu yang amat dibanggakan dahulu. Dikatakan bangsa melayu adalah bangsa pelayar dan pedagang hebat sehinggakan bangsa asing dari barat dan timur sanggup datang berdagang ke 'nusantara' 


Juga rasanya anak cucu Melayu sekarang ini telah lama dilekakan dengan kemewahan dan dikhayalkan dek pemimpin sebangsa yang beragenda dengan ucapan retorik 'ketuanan Melayu' demi membolot untuk kepentingan sendiri. Kesedaran sahaja tidak mencukupi. Gelombang besar yang menyeluruh oleh umat Melayu pribumi perlu dipalu dibangkitkan sebelum terlambat. Initiatif BMF adalah permulaan. Tapi banyaknya suara suara sumbang seolah memperlekehkan amat tidak membantu. Mungkin mereka ini tidak nampak ataupun tidak berpandangan jauh atau mungkin juga tiada kesedaran langsung untuk merasa megah dihormati dibumi yang diwarisi turun temurun. Ratusan tahun kita telah dinafikan oleh penjajahan. Ruang dan peluang yang sedikit inilah perlu kita berperanan untuk mengembalikan kegemilangan. Memang dalam setiap perjuangan, cabaran dan pengkhianatan adalah lumrah dan perlu diatasi. Seharusnyalah kita yang maklum dan sedar perlu mengorak strategi mendapatkan hak kita kembali. Bersimpati kepada bangsa mendatang keterlaluan membawa padah yang memeritkan. Setiakawan yang dizahirkan mereka di tempat asing adalah penting demi 'survival' mereka disini ditanah tumpahnya darah kita ini.


Setiap gerak kita diperhati dipantau oleh 'mereka'. Ketika kita mengatur strategi untuk mengorak langkah, mereka telah meluru kedepan. Dan dalam kita berkira kira memperkukuhkan jaringan perniagaan, mereka pula telah meneroka dunia perniagaan diperingkat global secara berjemaah bergandingan sesama mereka. Namun perlulah kita akui bahawa untuk berjaya dan lebih lebih lagilah untuk bersaing diperingkat antarabangsa amat memerlukan kesungguhan yang tinggi. Rasanya tidak harus mengalah berputus asa. Mencuba dan terus berjuang mencari ruang dan peluang agar bangsa kita kembali gah.


Pedulikanlah cakap cakap yang cenderung kearah destruktif oleh mereka yang menentang secara halus ataupun terang terangan. Pastinya mereka ini dapat menjangkakan sekiranya ianya semakin teguh, kuasa ekonomi yang kukuh dipegangnya lama kelamaan akan terhakis. Melihat ianya berlaku didepan mata tanpa sabotage adalah kerugian kepada bangsa pendatang dan tentulah mereka tidak mengingininya dari terjadi.


Ayuh peribumi semua bergerak seiringan. Kita mantapkan ekonomi muslim. Bantu membantui sesama. Mungkin kesan langsungnya tidak dirasai buat masa sekarang tapi percayalah dalam tempoh masa beberapa tahun mendatang ini bangsa kita tidak akan berani mereka perlekehkan. Selama 22 bulan diberi kesempatan bergandingan mengemudi pemerintahan menyerlahkan 'true colors' mereka serta berkonspirasi dengan golongan opportunist Melayu sebangsa cuba sedayanya membangsatkan peribumi. Ini adalah isyarat jelas untuk kita semua bangkit pertahan perkukuhkan sillaturahim dan ukhwah.


Moga hasrat kita ini akan tercapai demi kelangsungan hidup anak cucu kita.