18 NOVEMBER 2016, 08:14
Sering sangat masa dipenghujung penutup doa, imam atau sesiapa sahaja yang mampu dan berwibawa untuk mengetuai bacaan tahlil dan dituruti pula dengan doa akan menyebut 'frasa' diatas yang menjadi bahan lawak bila Karim Buaya(sepatutnya aku address-nya sebagai abang) akan crack a joke selepas semua yang hadir serentak meraut muka selepas meng-amin-kan doa yang dibaca. Kenduri kendara dikampong adalah suatu phenomena yang biasa berlaku bila memasuki bulan Rejab dan lebih galak lagi di penghujung Syabaan sebelum datangnya Ramadhan. Lebih dikenali sebagai kenduri 'arwah'. Antara yang regular dan kerap hadir ke rumah bila dijemput adalah abang Karim Buaya. Jarang miss untuk hadir. Ketiadaan dirinya seolah tidak berseri pula majlis. Ada sahaja lawak mengena yang hendak diguraunya membuatkan hadirin berderai ketawa. Dapat pula ada seorang dua yang melawan, lagilah riuh majlis sambil menikmati juadah yang disajikan. Pak Lang Seman Boyau dan Busu Lambak antara mereka yang suka cucuh api supaya hilai ketawa berterusan sehingga selesai makan.
Maka dengan bangganyalah abang Karim buaya ini membisik bertujuan dengan kuat kearah yang duduk bersebelahannya, kiri dan kanan, agar didengari semua yang hadir. 'Dengar tu... nama aku disebut. Imam sayang aku sebab tu dia sebut nama aku...'. Mana yang terdengar mulalah tersenyum senyum dan yang 'vocal' pula akan laungkan, 'perasan... nampak'. Kemudiannya, bertujailah sampuk menyampuk berselang selikan hilai ketawa menunggui juadah dihidangkan. Terfikir pula aku samada dia sengajakan dengan niat berlawak atau benar-benar tidak mengetahui maknanya.
Kenangan masa bebudak dahulu masih segar diingatan. Masa orang tua masih ada dan kalangan sebaya seusia mereka menunjuk menyerlahkan keakraban yang terjalin sekian lama. Hari hari berjumpapun masih ada cerita yang hendak dikhabarkan dan dibualkan. Mesra terjalin. Terpancar keikhlasan. Hubungan sesama jiran memang rapat. Kalangan sesama yang tidaklah kaya mana dan mengharungi kehidupan kampong yang bersederhana dan tiada iri hati sesama mereka membuatkan aku amat merindui semua itu. Masa tidak akan dapat diputar kebelakang. Ini adalah sesuatu yang pasti. Diusia aku yang akan memasuki 53 tahun 'masihi' menjelang Februari 2017, bernostalgia akan hal yang dialami serta ketahui tentulah berbeza dengan mereka yang sekadar memahamkan akan apa yang didokumenkan. Budak-budak baru yang tiada dizaman aku masih bebudak dahulu sekadar mampu menghidu dan mengambarkan tanpa perasaan. Memanglah suasana berbeza dan sukar untuk mereka menghayati dengan tepat. Kalangan seusia kedua orang tua akupun semuanya telah kembali. Kini yang menghuni dikampong dengan rumah yang baru mengantikan rumah papan dan separuh papan dengan rumah batu pelbagai bentuk adalah anak-anak mereka pula. Hambatan masa dan kerja tidak memungkinkan generasi kini untuk berborak santai. Masa itu duit. Duduk lama-lama dirumah tidak akan menghasilkan duit. Inilah realitinya yang dapat dicerap dari pemerhatian aku. Anehkan. Dahulu sekadar rumah papan tapi banyak masa terluang. Kini tersergam rumah batu tapi jarang dapat merasai nikmat memiliki rumah yang dilengkapi kemudahan peralatan serba canggih. Bilik tidur ber-aircond., mesin basuh fully auto, fridge berkapasiti 450 liter padu dan sapu menyapu sudah berganti dengan vacumn cleaner yang lebih pantas. Memasak lagilah banyak bantuan yang didatangkan kini. Tumbuk menumbuk cili dan hiris menghiris bawang seumpamanya telah digantikan dengan blender dan chopper. Kukus mengukus serta juga goreng mengoreng tidak perlu dirisaukan sangat, food steamer dan fryer berlambak model untuk dipilih. Semua alat bantu ini kalau difikirkan adalah menjimatkan masa kerana segala kerja telah di'serah'kan. Malangnya tuanpunya pula sibuk memanjang ketiadaan masa. Bersilaturrahim macam tidak ada. Taman perumahan makin banyak bercambah tapi masjid yang ada tidak pula melimpah ruah dengan jemaah khariah. Kekadang hendak dapatkan satu shaf penuhpun susah lebih-lebih lagilah pada waktu Subuh. Segala sesuatu yang berlaku tentulah bersebab. Hanyalah kita yang perlu memikirkan kenapa sampai begini jadinya.
Jauh pula aku melencong tapi ada kaitannya juga. Akhir sembahyang berjemaah sampai selesai imam berdoa, frasa ini akan kita dengari. Untuk lebih mendatangkan 'feel', aku kerap ulang baca dan fahami maksud bacaan doa yang pelbagai dibacakan oleh mereka yang mengimami sembahyang fardhuku. Bila kita tahu biji butir yang disebut dan dilafazkan, pemahaman serta penghajatan via doa itu akan melekat dihati bila sering dan senantiasa didengari. Mengetahui sesuatu dengan membuat sesuatu adalah dua hal yang berbeza. Kerap aku temui dalam e-mail yang dipostkan oleh merchandisers diHQ akan 'kata-kata motivasi' diakhir e-mail. Antaranya, 'Knowledge is not power, but Action is...', juga, 'Every job is a self-potrait of the person who did it'. Begitu jugalah yang ini, 'The difference between ordinary and extra ordinary is a little effort' dan hampir bersamaan dengan 'You don't have to be great to start but you have to start to be great'. Apapun, 'Those who fail to plan are indeed planning to fail'.
Andailah semua kita mengetahui lebih awal akan perihal yang baik-baik lagi bermanfaat diawal usia, pastinyalah tiada banyak masalah dan gejala yang menimpa masyarakat. Tahu akan apa hukumnya mencuri. Kenapa perlunya bersifat jujur dan amanah. Bertanggungjawab pada diri sendiri. Mengetahui akan hak sesama jiran. Mampu melaksanakan peranan sebagai ibu dan bapa dan pemimpin seperti yang dianjurkan. Dalam ertikata lainnya mengetahui hubungan sesama manusia dan juga hubungan dengan Allah swt.
Sebutan arab secara transliterasi(transliteration) mengikut tulisan melayu, pastinya semua orang yang normal boleh menyebutnya. Memang mudah dan cukup mudah. Malah penyebutan kita bila selalu diucapkan mungkin lebih baik dari orang arab sendiri. Namun tahukah kita maknanya. Maka amat perlulah kita berguru kerana pengetahuan bahasa arab adalah asas buat kita orang melayu dan juga seluruh manusia didunia ini untuk memahami isikandungan alquran. Bukan sekadar memahamkan sahaja malah harus pula mempraktikkan kedalam kehidupan. Kunci kepada pembelajaran bahasa arab ini adalah senantiasa constant and consistent. Ianya amat memerlukan kegigihan bertahun-tahun lamanya untuk benar-benar mantap mempelajari akan bahasa ini. Pastinya langkah pertama adalah yang paling sukar. Langkahan seterusnya akan terasa sangat mudah sekiranya langkah pertama telah dilaksanakan dengan penuh jayanya. Percayalah, seseorang yang kerap belajar serta memperbaiki setiap kelemahan akan lebih banyak yang dipelajarinya walaupun dia melakukan banyak kesalahan.
Kata-kata rangsangan ini pernah aku terlihatnya masa di sekolah dahulu yang sesuai untuk sepanjang zaman,:
I listen, I forget,
I see, I remember,
I practice, I learn,
I teach, I master.
Urutan prosesnya dari tidak tahu kepada tahap mahir adalah pembakar semangat untuk kita semua melaksanakannya demi kebaikan diri sendiri, kalangan keluarga dan untuk kesejahteraan masyarakat seluruhnya. Tambahan pula bukankah pemahaman akan alquran adalah keutamaan hak keatas alquran. Banyak sekali ayat-ayat alquran yang meminta kita memikirkan(asking to ponder) dan bukan sekadar memahamkannya sahaja.
'Min na wa min kum, takkabbal ya-karim' yang sering terdengarkan dipenghujung doa bagi yang tidak mengetahui maknanya hanyalah sekadar ikut sibuk menadah tangan seraya meraut muka sepertimana yang dilakukan oleh sesama rakan yang meng-amin-kan doa yang dilafazkan.
مِنّّا. dari kami/from us
مِنْكُمْ dari semua kamu/from you all
تَقَبّلْ (terimalah(hajat permintaan
ُ
يَا كَرِيمُ O Yang Maha Mulia/O, The Most Noble
Tidak tahu bertanyalah.Tidak pandai harus pula berguru. Apa sahaja ilmu yang pastinya perlu dan berguna dalam kehidupan sememangnya dan seharusnya dimestikan mencari. Logiknya orang yang pandai membaca tentulah tidak sama dengan orang yang buta huruf. Begitu jugalah orang yang mahir dalam ilmu kedoktoran tahu serta arif dengan kebersihan dan kesihatan diri berbanding dengan yang langsung tidak ambil kesah akan tahap kecergasan diri terutama mengenai keadaan jantungnya sendiri. Jahil atau dalam bahasa kita bermaksud bodoh akan mendorong kita berbuat sesuatu tanpa panduan. Betul salahnya tindakan hanyalah akan tambah merosakkan lagi walau meyakini ianya mungkin dapat memperbaiki apa yang selama ini tidak betul. Terlewat menyedari perbuatan dan tindakan yang diambil itu adalah tidak betul hanyalah lebih memburukkan lagi situasi.
Terpulanglah. Hendak hijrah kearah yang lebih baik maka harus sanggup berkorban. Pengorbanan pula adalah penggerak utama kepada penghijrahan. Lakukanlah.
Sering sangat masa dipenghujung penutup doa, imam atau sesiapa sahaja yang mampu dan berwibawa untuk mengetuai bacaan tahlil dan dituruti pula dengan doa akan menyebut 'frasa' diatas yang menjadi bahan lawak bila Karim Buaya(sepatutnya aku address-nya sebagai abang) akan crack a joke selepas semua yang hadir serentak meraut muka selepas meng-amin-kan doa yang dibaca. Kenduri kendara dikampong adalah suatu phenomena yang biasa berlaku bila memasuki bulan Rejab dan lebih galak lagi di penghujung Syabaan sebelum datangnya Ramadhan. Lebih dikenali sebagai kenduri 'arwah'. Antara yang regular dan kerap hadir ke rumah bila dijemput adalah abang Karim Buaya. Jarang miss untuk hadir. Ketiadaan dirinya seolah tidak berseri pula majlis. Ada sahaja lawak mengena yang hendak diguraunya membuatkan hadirin berderai ketawa. Dapat pula ada seorang dua yang melawan, lagilah riuh majlis sambil menikmati juadah yang disajikan. Pak Lang Seman Boyau dan Busu Lambak antara mereka yang suka cucuh api supaya hilai ketawa berterusan sehingga selesai makan.
I see, I remember,
I practice, I learn,
I teach, I master.
ُ
يَا كَرِيمُ O Yang Maha Mulia/O, The Most Noble
No comments:
Post a Comment