24 NOVEMBER 2016, 12:06
InsyaAllah, jika tiada halangan, selepas zohor dan selepas makan tengahhari nanti aku akan ke Terendak menjemput pulang akan Yusree dari MRSM Terendak. Pantasnya masa berlalu pergi. Dalam kesibukan urusan, sedar sedar sahaja telahpun habis sessi Tingkatan Satunya. Mulanya masa melepaskan, risau teramat aku akan kemampuannya untuk berdikari berjauhan dari keluarga. Aku tidak mahulah pula dia beranggapan 'diusir' keluar dari perhatian keluarga at a very tender age. Diusia 12 tahun dan 9 bulan dia harus menjalani kehidupan berbeza dari abang ke adik dan kakak tunggalnya. Harga yang mahal harus dibayarnya didalam mengejar impian tergolong dalam kalangan bebudak pandai. Berjauhan dari keluarga, berdikari mengurusi diri, belajar sendiri dan bergaul sesama rakan sebaya merupakan pengalaman barunya yang harus ditempuhi. Mengalah dan menarik diri bukanlah satu pilihan yang perlu diambil sesaja. Malah telah aku ingatkan terlebih awal ketika keputusan UPSR 2015 diumumkan bahawa peluang yang terhidang tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Kejayaan peperiksaan ada harganya yang tersendiri. Tagline yang dapat aku ilhamkan adalah, 'Yang berjaya ditawarkan manakala yang gagal perlu memohon'. Antara dua situasi ini, pandangan adalah lebih tertumpu pada yang berjaya sedangkan yang sesama berusaha tapi kejayaan tidak setanding seolah dikesampingkan. Inilah perilaku yang dikatakan normal dan biasa dipamerkan bagi kebanyakkan kita terutamanya buat golongan biasa biasa sahaja. Buat golongan kaya, keputusan periksa tidak mendatangkan sebarang impak kepada kehidupan keluarga. Cemerlangkah atau gagalkah anak mereka didalam apa sahaja peperiksaan tidak mendatangkan kudis sedikitpun pada mereka. Malah pelbagai pelan tindakan yang berdaya saing dan bakal berjaya dapat dirancang dan segera pula dilaksanakan atas alasan berkemampuan. Duit bukanlah penghalang utama. Mental block yang dihadapi oleh anak-anak golongan berada ini mudah sangat untuk diatasi mereka andai itulah yang dimahukan.
|
En. Murad yang lebih mengerti dan merasai akan apa yang dirasa |
|
Datang bersalaman dengan Pakcik Warden |
Alhamdullilah, diketika ini aku sudahpun bangkit dari terlelap sekejap @ 18:12. Sampai dirumah kurang lebih, 5 minit selepas 5 petang. Perjalanan pulang dari Terendak mengikut pilihan 'Minah Majid'. Iaitu mengikut jalan Sg. Udang ke Melaka via Pantai Puteri. Alasan mudah dan sering dituturnya adalah hendak melihat laut. Untuk tidak menghampakan setiap kali pergi menjenguk Yusree di asramanya dan terlanjur bercuti berkesempatan maka tidak pernahlah aku menolak permintaannya.
Sebelum bergerak ke Terendak sekitar 2:30petang, Yusree telah menghubungi bertanya. Mamanya yang ketika itu sedang menghidangkan makan tengahhari telah memberitahunya yang aku(suami tercintanya dan ayah si Yusree) bersembahyang zohor dan selepas makan nanti baru bergerak menjemputnya pulang. Dia mengingatkan akan cepat datang kerana pihak warden asrama akan mengunci blok asrama sekitar 4:00 petang. On the way ke Terendak, aku merentas Taman Merak ke Bkt Beruang terus ke Batu Berendam dan bersambung ke Lebuh SPA. Strecth dari hadapan MMU menyampaikan ke simpang empat Kontijen Polis Melaka kereta mulalah bergerak perlahan. Student banyak pula keluar masuk antara MMU dengan Kolej Komuniti Bkt Beruang. Budak negro dan anak pak arab menyeberang jalan yang sesak dengan kereta. Teresot esot bergerak kereta yang dipandu. Orang rumah pulak menegur bertanya sedang aku tengah layan MKI(masihkah kau ingat) yang mengumandangkan lagu-lagu 60an untuk pengisian program menerusi Klasik FM. 'Lawa baju yang dia orang pakailah' terpacul keluar. Akupun menolehlah melihat. 'Apa yang cantiknya, itukan uniform standard bebudak kursus penyediaan makanan.' jelasku meredakan rasa kehairanannya. Mungkin tidak pernah melihat dan pertama kali pula melihat yang membuatnya rasa sedikit pelik. Kemudian aku maklumkan bebudak kursus vocational serta teknikal diharuskan memakai uniform yang menjadi standard setiap industri. Aku jelaskan juga andai memilih kursus teknikal misalnya elektrikal/mekanikal, pelajarnya perlu mengenakan baju tebal technician berwarna biru. Habis sahaja aku bercakap dengan kereta bergerak perlahan lahan melintasi bangunan rumah kedai menempatkan kolej komuniti ini, terpandanglah kami berdua akan selonggok bebudak beruniform biru tengan duduk duduk diatas motor masing-masing, mungkin berehat menunggu kelas seterusnya. Hah, nampak tu sambil aku menunjukkan jari kearah mereka sebagai membuktikan kebenaran cakapan aku. Lepas sahaja dari kesesakan, berdesup menuju Lebuh SPA ke Sg. Udang.
Sampai di round about ke Taman Angkasa Nuri dan Taman Merdeka, tetiba melaju pula Toyota Camry putih memotong dilaluan dalam diround about itu ke kampong gangsa menyampaikan Lebuh Spa. Sekali lagi orang rumah menegur. Kereta pengantin. Siap bereben menyilang warna pink. Aku cuma diam sahaja. Selepas mengekori rapat dibelakangnya, aku pula buat komen selari, 'Agaknya dah lewat. Itu yang memecut laju. Takut kena marah sebab lambat sampai.' Gelak sahajalah untuk hilangkan kebosanan bergerak ke Terendak hampir setiap minggu. Masuk sahaja lebuh spa, meluru kedepan Toyota pengantin meninggalkan kami dibelakang. Hendak cepatlah tu. Sampai dilampu isyarat ke kawasan perindustrian krubong, lampu isyarat berwarna merah pula. Toleh kekanan, aku telah seiringan kembali dengan Camry. Kami tertoleh toleh menjengah. Drivernya sahaja, pengantin tidak nampak. Sempat lagi mengungkapkan kepada orang rumah akan pantun dua kerat yang aku masih ingati ketika bekerja sementara dikilang kain yang penuh kenangan, 'Ikan todak masuk belanga...'. Kemudian minta dia habiskan rangkap kedua. Sehabis disebutnya maka tergelak besarlah bersama penuh erti.
Memasuki perkarangan kem, pihak askar yang bertugas seperti biasa mengarahkan mendapatkan pas lawatan. Ramai mak bapak yang sudah sampai mendahului aku dan sedang menyerah memulangkan pas untuk bergerak keluar dari kem. Sarat barat Alza mengangkut pelbagai khazanah anak mereka yang berkelana setahun di MRSM. Semuanya berkereta besar, kancil rasanya aku seorang sahaja dan buruk pulak mungkin menurut pandangan orang jauh yang berkunjung menjemput anak masing-masing. Dari kejauhan dipintu gerbang laluan terpandangan banyak kereta bersusun dibahu jalan berdekatan asrama perempuan. Terpaksalah perlahankan kelajuan kereta keblok asrama lelaki yang perlu rentasi blok asrama perempuan. Kelihatan bebudak lelaki diblok C iaitu blok paling belakang sekali berkumpul bersama dengan beg dan peralatan lain diluar pintu masuk asrama. Cepat maknya mengecam, 'Aarh, tu pun Yusree.' Naluri keibuan yang mengalir amat ajaib pertalian antara anak dengan ibu. Chemistry yang sukar digambarkan dan tidak terdaya mengambarkan. Aku menonong ke hujung bloknya memandangkan kiri kanan berhampiran pintu asrama telah bersusun kereta. Sebaik memarkirkan kereta dibawah pokok, dari kejauhan pula ucapan salam dilontarkan oleh orang yang mengenali aku, sebaik keluar dari kereta dan terpandangkan aku ketika dianya sedang bercakap dihandphone. Betapa bertuahnya diri disapa sebegitu mungkin hakikatnya didatangkan sedikit rasa keriangan pada diri sedangkan setibanya tadi terasa tersentap melihat 'keberadaan' orang yang datang menjemput anak masing-masing. Dia melambaikan tangan kearah aku walau phone melekap ditelinganya sambil berkata, 'Assalamualaikum, bang.' yang segera aku sambuti walaupun diketahuinya kemudian dari bualan yang dia 2 tahun berusia dari aku. Mungkin dia kelupaan. Banyak bertanya dan aku sekadar membalas menjawab setiap pertanyaannya sehabis mesra. En. Majid yang menegur aku ini adalah warden asrama blok dimana anak aku ditempatkan. Sebenarnya, dialah orang yang pertama menegur ketika turun dari kafeteria pada 16/12/2015. Ketika itu, baru selesai bersarapan setelah pihak pengurusan memaklumkan sesi temuduga mengambil masa yang agak lama seraya mencadangkan agar ibubapa boleh ke kafeteria untuk minum pagi. Mungkin dia rasakan yang kami ini boleh 'makan' dan ngam maka kami berboraklah. Lebih banyak bertanya ketika itu adalah orang rumah sambil aku cuma menyampuk bila perlu. Duduk mana, anak berapa, kerja mana dan yang berkaitan diulangnya pertanyaan dengan sedikit perbezaan. Masa pertama kali berkunjung dia yang control perbualan. Maklumlah tempat orang dan kita tidak biasa malah pertama kali pula. Pertanyaan balas lebih kepada suasana di MRSM. Dari jadual belajar pelajar, peraturan asrama dan kehidupan seharian cuba didapatkan gambaran awal walaupun gagal jayanya memasuki belum diketahui. Mujurlah ada juga orang yang sudi dan ingin berbual-bual dengan kami yang entah dari mana datangnya. Segalanya adalah ketentuan. Sebelum berpisah seketika dengannya untuk bergerak menuju ke dewan menunggu Yusree selesai ditemudugakan, dia dengan tulus ikhlas dan penuh yakin menyatakan, 'InsyaAllah... ada rezeki dia disini.'
Masa mendaftar masuk pada pertengahan Februari(15/02/2016), dia telah tercegat didepan blok dimana Yusree ditempatkan. Berjumpa bersillaturahim lagilah. Aku gembira bertemu dengannya dan dia bersalam erat dengan aku seolah aku ini saudaranya. Kebetulan lagi yang dia adalah warden blok anak aku. Semuanya semacam telah dirancang-rancangkan. Aku bersyukur sangat kehadratNya kerana memudahkan urusan pendaftaran kemasukan. Kebimbangan selama ini setidak-tidaknya dapat dibendung kerana ada insan yang mengenali dan sudi menengok nengokkan Yusree ditempat baru yang asing baginya. Lega bila selesai mendaftar dan meneruskan kehidupan aku seperti sediakala tanpa runsingkan keadaan Yusree di asrama. Bagai adegan dalam filem pula, hari ini aku sekali lagi bersemuka dengan En. Murad lagi buat kali ketiga untuk tahun ini. Kali ini berborak lebih santai terasa. Dia memaklumkan yang dia harus berada diblok asrama sampai semua bebudak dijemput pulang. Risaunya yang teramat adalah takut-takut monyet berjaya lepas masuk kebilik dan akan mengotorkan menyelerakkan peralatan. Diceritakan, pernah berlaku dahulu, monyet yang memasuki asrama telah kencing serta berakkan tilam serta merosakkan peralatan. Maka sebab itulah pihak pengurusan telah menyuruh para warden memasti serta memantau keadaan asrama agar terhindar dari gangguan monyet yang banyak disekitar pinggiran hutan berdekatan. Habis satu topik berjangkit ke satu topik lain. Pasal kerja mana, duduk mana, berapa anak yang kalau diberitahunya akan kecik hati pula dia yang pertanyaannya itu telah aku jawab pada December 2015 lagi. Tapi aku bersikap sporting dan tidak mahu melukakan perasaan. Aku layan sahaja. Terpacul lagi dari mulutnya mungkin merasakan telah akrab, menyatakan kalau tiada aral pada April 2017 nanti akan menerima menantu. Spontan aku jawab, 'Wah dah hendak terima menantu ni... bagus bagus dan tahniah En. Murad.' Senyum penuh kepuasan dia sambil aku ingatkan agar tidak lupa menjemput nanti. Telitinya dia sampaikan cover tayar pun menjadi bualan. 'Mana pergi cover rim?' sambil menunjuk kearah tayar kereta. Terpaksalah aku jelaskan asal jadinya seperti terlihatkan. Lama berbual tidak terasa pula dek kemesraan yang saling ditunjukkan. Orang rumah melangkah merapati sambil mengucapkan rasa terima kasihnya selama menjadi warden blok. Seolah memberi isyarat untuk beredar, akupun ucapkan terima kasih sambil berjabat berharap bertemu lagi pada 02/01/2017 nanti hendaknya.
Bergerak pulanglah kami penuh ceria yang dinavigate pula oleh orang rumah melencong ke Pantai Puteri melihat pantai dipetangnya hari. Ingatkan selepas itu aku pula yang mengemudi tapi terus diarahnya kita ke Duyung mendapatkan peralatan jahitnya yang kekurangan dan kehabisan. Pandai dia control the game. Sebabnya, hal ini adalah hal bisnes. Kalau tidak diikutkan, alamat tidak siaplah baju orang. Approah 'Minah Majid'nya menjadi. Selain hal bisnes, dapat bersiar-siar berkeliling Melaka.
Apapun menjelang sessi persekolahan 2017, peruntukkan persekolahan akan makin bertambah. Yaseer ke darjah 4, Yusree ke Tingkatan 2 berasrama penuh dan Meera ke Tingkatan 4 selepas PT3nya. Sebulan sahaja lagi. Mana hendak korek duit.
Moga dipermudahkan olehNya.
No comments:
Post a Comment