07 NOVEMBER 2016, 08:23
Setelah kita ketahui akan detached pronoun yang letaknya dipermulaan ayat, seharusnyalah sedikit sebanyak kita telah maklum dan dapat menangkapnya within second sahaja bila ianya dibaca. Penguasaan yang baik andai dipupuk senantiasa, mampu setidak-tidaknya memahamkan akan apa yang dibaca itu pada peringkat asas. Untuk memantapkannya lagi maka haruslah berguru dengan mereka yang bertauliah.
Sebelum kita merujuk ayat alquran yang punyai struktur ayat sepertimana yang dijelaskan dalam entri yang terdahulu, adalah lebih baik untuk diketengahkan di catatan ini akan ucapan yang terlalu kerap diucapkan. Sedarkah kita ataupun terlepas pandangkah disebabkan tidak ketahui maknanya dan main pakai lafaz sahaja akan ucapan didalam sembahyang yang didirikan hari demi hari. Kitakan sedia maklum dan akui sepenuh hati bila diberitahu dan diceramahkan yang kita sekurang-kurangnya membaca al-fatihah sebanyak 17 kali setara jumlah rakaat sembahyang fardhu. Kalau dibuat sembahyang sunat maka jumlah bacaan al-fatihah akan lebihlah dari 17. Ucapan, 'اللهُ اكْبَرْ ' yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu adalah 'Allah Maha Besar' . Pengertian ucapan arab yang difahami yakni 'takbir' mulai diucapkan dipermulaan solat. Kemudian bila hendak rukuk. Selepas tu dilafazkan lagi masa turun untuk sujud. Bangkit dari sujuk untuk duduk antara 2 sujud dan sujud semula harus diucapkan juga sebelum meneruskan rakaat kedua. So, untuk setiap rakaat, kita melafazkan takbir sebanyak 5 kali. Bagi rakaat kedua pula ditambahi satu lafaz lagi ketika bangkit dari sujud sebelum membaca 'tahiyat-awal' dan begitu jugalah untuk rakaat terakhir sebelum membaca 'tahiyat-akhir'. Ringkasnya, Subuh sebanyak 11 kali, Zohor sebanyak 22 kali, Asar juga 22 kali, Maghrib pula sebanyak 17 kali dan akhirnya Isyak sama banyak seperti Zohor dan Asar iaitu 22 kali penyebutan. Maka 17 rakaat fardhu sahaja menjumlahi 94 kali.
Andai sebutan ' اللهُ ' digantikan dengan ' هُوَ ' , sebutan melayunya adalah, Dia Maha Besar'. Contoh lain, مُحَمَد مُسْلِمٌ ' mudah sahaja boleh ditukarkan ke ' هُوَ مُسْلم ' . Paling ringkas dan paling mudah mengingatkan struktur ayatnya. Bagaimanapun, didalam alquran, kita akan highlight-kan format sebegini yang muncul dalam konteks ayat mudah didalam ayat kompleks. Contoh dari alquran untuk pattern pertama dan rasanya semua orang amat familiar adalah,
قُلْ هُوَ اللهُ أحَدٌ.
Penganalisaan akan ayat 1, surah al-ikhlas ini akan menemukan kita kepada:
1. Ayat perintah... قُلْ , dari kata kerja قَالَ , 'telah berkata'.
2. Personal pronoun(detached) - هُوَ nominative( مرفوع)
3. Nominative noun - اللهُ
4. Nominative adjective - احدٌ
Selepas kita sudah biasakan diri dengan kata ganti-nama personal kini kita beralih pula kepada bentuk keduanya.Kata ganti-nama possessive adalah lebih banyak kedapatan melebihi kata ganti-nama personal. Kepenggunaannya lebih bervariasi. Kata ganti personal adalah terhad kepada kata nama(noun) sahaja. Manakala kata ganti possessive pula akan kedapatan selepas kata nama(noun), kata kerja(verb) dan juga kata sendi(preposition). Hampir setiap ayat yang dibaca, kita akan menemuinya. Katanama selepas katakerja adalah berfungsi sebagai objek kepada katakerja tersebut itu. Apa yang perlu kita lakukan adalah meningkatkan lagi pembacaan agar ianya meresap kedalam diri.
Teringat lagi masa disekolah rendah. Pembelajaran bahasa inggeris yàng diajari oleh guru yang komited, cina lagi, di BHES. Dia yang sabar menunjukajari aku yang kosong asas berbahasa inggeris tanpa mengerti satu apapun pada peringkat awal tapi tidak lama berikutnya aku boleh bertutur dengan baik. Bayangkanlah dari kelas 1 Kuning or 1C iaitu kelas ke tiga aku beralih ke kelas 2 Merah or 2A iaitu kelas pertama ditahun berikutnya. Selepas itu aku kekal di kelas biru or B sehinggalah ke darjah 6. Bagi memantapkan kemahiran berbahasa, al-maklumlah bahasa pertuturan harian keluarga bukannyalah bahasa inggeris, aku mencatatkan setiap noun, verb dan adjectives yang ditemui dari pembacaan didalam buku untuk diulang sebut dan difahami maknanya. Kekerapan melakukannya ketika itu membolehkan aku tahu dan boleh bercakap dan menulis dengan agak baik juga akan bahasa inggeris. Andai method yang sama digunapakai untuk bahasa arab, insya-Allah, cepat atau lambat bergantung kepada keinginan diri sendiri.
Kita sebenarnya jauh tertinggal. Mengejar sekadar untuk bersaing sahaja dengan yang telah mahir lebih awal dari kita terutamanya ketika usia mereka disekolah rendah ibarat mendaki tebing yang sangat curam. Sukar dan perit adalah sesuatu yang pasti dialami. Cumanya, diperingkat usia sebegini, pengalamanlah yang menjadi perangsang untuk menempuh rintangan serta halangan serta kuatkan semangat untuk senantiasa kekalkan consistency demi memudahkan pembelajaran. Jangan hiraukan sangat dengan membandingkan kemampuan orang. Kita buat role kita. Ianya sudah memadai untuk kita memacu kemampuan sehabis mampu.
Yakinlah kepada kemampuan diri sendiri.
Setelah kita ketahui akan detached pronoun yang letaknya dipermulaan ayat, seharusnyalah sedikit sebanyak kita telah maklum dan dapat menangkapnya within second sahaja bila ianya dibaca. Penguasaan yang baik andai dipupuk senantiasa, mampu setidak-tidaknya memahamkan akan apa yang dibaca itu pada peringkat asas. Untuk memantapkannya lagi maka haruslah berguru dengan mereka yang bertauliah.
Penganalisaan akan ayat 1, surah al-ikhlas ini akan menemukan kita kepada:
1. Ayat perintah... قُلْ , dari kata kerja قَالَ , 'telah berkata'.
2. Personal pronoun(detached) - هُوَ nominative( مرفوع)
3. Nominative noun - اللهُ
4. Nominative adjective - احدٌ
3 jenis kategori perkataan dalam bahasa arab |
Possessive Pronoun attached to noun |
Possessive Pronoun attached to letter |
No comments:
Post a Comment