26 NOVEMBER 2016, 19:45
Hendak dijadikan cerita, bergegaslah aku selepas asar yang agak terlewat ke supermarket. Ramai orang sedang makan-makan di food court area. Ada bekerluarga, ada bersendirian, ada pula berduaan disudut dan terpandang juga staff dengan promoter berkumpul satu grup sambil semuanya sedang menikmati 'meals' masing-masing. Aku percepatkan langkahan kerana waktu sudahpun 6:30 petang. Melengah-lengah pastinya lewatlah sampai ke rumah. Setiba di kawasan produce, terperasankan staf baru terbongkok-bongkok menyusun menambah stok di chiller bahagian 'vege'. Confident sungguh aku berkata kepadanya, 'Mana satu ni... daun saderi. Kat mana kau susun'. Dia terpinga-pinga, 'amused', serta jammed dia sekejap mendengarkan pertanyaan aku. Bila dia regained conscious, mulalah dia terpusing-pusing mencari saderi yang aku kehendaki. Mengagau mencari, akhirnya dia mengangkat keratan sayur berbungkus plastik semacam batang keladi rupanya. Tergambar wajah puashatinya sambil menghulurkan kepada aku. Ini daun saderi ke batang saderi, aku cuba probe dia. Dia mula gelabah. Takkanlah hendak buat karipap kena masukkan sayur yang dah macam batang rotan ni. Bila sudah pasti benar yang diapun tidak tahu, sempat lagi aku bergurau mengena, 'Batang sebesau rotan ni... kalau sesah tengah belakang ni mahu mengeliat menahan pedih'. Dia tersipu-sipu meneruskan kerja menambah stok. Sebenarnya yang ditunjukkan adalah 'chinese leek' dengan batangnya sebesar pelepah pisang yang diraut daunnya. Aku ketawa kecil sambil geleng gelengkan kepala seraya mengimbas pengetahuan asasnya tentang jabatan dia ditempatkan.
Dalam masa yang sama, aku melilau mencari orang yang lebih senior yang dapat membantu mencari mendapatkan. Terpandangkan si Mahirzan atau lebih glamour dipanggil Maher Zain(insyaAllah) sedang tertunduk-tunduk merekodkan barang rosak @ pa didalam kaunter penimbangan bila sampai didepannya. Seorang staff kelainan upaya dengan tag namanya digandingkan dengan kad khas tertera 'I'm so special' yang perlu disekalikan digantung dibaju. Puas aku memanggil tapi dia boleh buat derrrkkk sahaja. Dalam hati berkata mengagakkan, 'Apa saja yang dibuatnya... sampai tidak dengar namanya dipanggil. Khusyuk dan fokus dengan tugasan yang dijalankan.' Bila menghampiri dan meminta dia mencarikan aku daun saderi yang perlu segera aku membawanya balik, dia pun agak lama juga hendak menangkap maksud aku. Maklumlah RAM(Random Access Memory) iaitu komponen menyimpan data sementara, sebesar hanya 128 mega-bite dan amat kecil, manakala sekarang ni standard semasa adalah 2GB, dan mentalahan lagi processor yang dia ada atau CPU(Central Processing Unit) untuk execute segala instruction, tahap Celeron saja atau mungkin agaknya masih menggunapakai Pentium 1 dengan kelajuan 'clock speed' yang paling rendah tidak seperti standard sekarang ini yang sudahpun 'core i7'(untuk consumer) yang high-end, maka tentu lembablah dia hendak respond. Tidak seperti budak baru tadi yang kira cepat jugalah dia bertindakbalas walaupun tidak betul. Pun begitu, dia berusahalah juga membantu. Walaupun lemah ketahap lemau memikirkan dia cuba menolong dengan menunjukkan sesuatu yang biasanya di-associate-kan dengan karipap. Yakin betul dia sambil menyekolahkan aku, 'mungkin 'celery' kot... tak gitu Encik!!!' sebutnya penuh konfident. Terpaksalah aku gunakan instinct aku sambil meng-ia-kan agakkannya. Kerap kali kepasar dan juga digunakan dalam penyediaan sop, pastinyalah daun mengembang macam 'spade' daun terup akan dibeli dan digunakan. Terngiang-ngiang juga yang orang rumah pernah menyebutkan yang daun ini juga diperlukan untuk membuat karipap. Malas hendak bertelagah lagi maka aku iakan sahaja serta terus mencapai sebungkus bergerak ke kaunter pembayaran.
Hendak dijadikan cerita, bergegaslah aku selepas asar yang agak terlewat ke supermarket. Ramai orang sedang makan-makan di food court area. Ada bekerluarga, ada bersendirian, ada pula berduaan disudut dan terpandang juga staff dengan promoter berkumpul satu grup sambil semuanya sedang menikmati 'meals' masing-masing. Aku percepatkan langkahan kerana waktu sudahpun 6:30 petang. Melengah-lengah pastinya lewatlah sampai ke rumah. Setiba di kawasan produce, terperasankan staf baru terbongkok-bongkok menyusun menambah stok di chiller bahagian 'vege'. Confident sungguh aku berkata kepadanya, 'Mana satu ni... daun saderi. Kat mana kau susun'. Dia terpinga-pinga, 'amused', serta jammed dia sekejap mendengarkan pertanyaan aku. Bila dia regained conscious, mulalah dia terpusing-pusing mencari saderi yang aku kehendaki. Mengagau mencari, akhirnya dia mengangkat keratan sayur berbungkus plastik semacam batang keladi rupanya. Tergambar wajah puashatinya sambil menghulurkan kepada aku. Ini daun saderi ke batang saderi, aku cuba probe dia. Dia mula gelabah. Takkanlah hendak buat karipap kena masukkan sayur yang dah macam batang rotan ni. Bila sudah pasti benar yang diapun tidak tahu, sempat lagi aku bergurau mengena, 'Batang sebesau rotan ni... kalau sesah tengah belakang ni mahu mengeliat menahan pedih'. Dia tersipu-sipu meneruskan kerja menambah stok. Sebenarnya yang ditunjukkan adalah 'chinese leek' dengan batangnya sebesar pelepah pisang yang diraut daunnya. Aku ketawa kecil sambil geleng gelengkan kepala seraya mengimbas pengetahuan asasnya tentang jabatan dia ditempatkan.
Sesampai dikereta, azan maghrib mula dilaungkan dari Masjid Syed Ahmad Shahbuddin, Bkt Beruang. Projek masjid baru ini yang ditunjangi oleh Syed Mokhtar, billionaire Melayu menggantikan masjid lama kampung dikedudukan amat berdekatan tanpa berbahu jalan dan dikira amat bahaya jika berlaku musibah jalanraya. Hasil sepakatan penduduk kampung dengan mereka yang prihatin, maka tersergam indahlah kompleks masjid dikawasan baru dengan kemudahan moden lagi canggih pada penghujung tahun 90an. Sempat lagi memotretkannya didalam kereta melepaskan dahulu azan. Tidak berpuashati dengan gambar yang terhasil, sesampai dirumah aku menangkapnya lagi seperti dilampirkan.
Mungkin ada maksud terselindung yang cuba dijelmakan dari kejadian ini. Tidak semestinya seseorang itu tahu semua benda dan belum tentu lagi orang yang tidak semengah tidak mengerti sesuatu. Haruslah kita senantiasa memandang kearah yang positif. Jangan sekali-kali menganggap orang lain lebih rendah dan berbangga akan kecerdikkan kita yang tidak seberapa. Ada ketikanya nanti, kita akan dimalukan oleh kesombongan diri sendiri. Malah disaat itu pula kekesalan, ketelanjuran, keceluparan dan kedurjanaan yang ditimpakan keatas orang akan meyelusup jauh kepangkal hati meratapi diri. Diketika itu, segalanya sudah terlewat. Ibarat mencantumkan cermin yang telah terhempas berderai, mencantumnya kembali mungkin boleh tapi pantulan pandangnya tidaklah sehala lagi tapi ribuan sisi akan dipantulnya. Pendek kata, kemusnahan, kerosakan dan kegagalan menjaga sesuatu tidak mungkin akan mengembalikan sifat semulajadi yang penuh kesempurnaan.
Setelah selesai azan dikumandangkan, bergerak pulanglah ke kediaman rasmi aku. Betul yang dibawa pulang, alhamdulillah. Andai tidak, ianya satu pengajaran dan pembelajaran yang agak terlewat. Sebaik sampai dan salam bersambut, menonong sahajalah aku letakkan diatas meja makan. 'Ambil ni, daun saderi dengan 'Adela', tegas kataku kepada orang rumah yang memandang kearah barangan yang diletakkan diatas meja. Dia tidak pula cakap apa-apapun terpandangkan 'daun saderi'. Maksudnya betullah apa yang dibeli dan tepatlah sangkaan si Mahirzan. Saderi mungkin 'Celery' katanya lemah mengagak. Biasa juga dipanggil 'daun sop', kalau tak silaplah, yakinnya menghuraikan. Kekadang orang lain lebih maklum dari kita akan sesuatu hal. Nampak remeh sahaja tapi sebenarnya inilah keindahan. Hidup amat bergantungan sesama. Tidak tahu, minta diajari. Mahir sesuatu, mengajari pula. Sifat saling memberi dan menerima pastinyalah membuatkan masyarakat setempat lebih berdaya saing dan seiringan meningkat maju menjadi bangsa bermartabat.
Memandang rendah orang yang kurang dari kita serta menyanjung keterlaluan orang yang dipuja puji amat merbahaya kepada diri. Sebabnya, belum tentu lagi orang yang disanjung akan menghiraukan kita. Begitu jugalah, orang yang selama ini disisihkan mungkin menjadi orang pertama tampil membantu. Ketentuan Allah swt tidak terfikir dan terjangka oleh kita.
Firman Allah swt, menerusi surah Luqman ayat ke-18, menegaskan akan tingkahlaku kita terhadap sesama insan.
Bersangka baiklah kepada semua. Anggaplah ianya ujian kehidupan andai terjadi sesuatu yang tersasar jauh dari yang dijangkakan.
Mungkin ada maksud terselindung yang cuba dijelmakan dari kejadian ini. Tidak semestinya seseorang itu tahu semua benda dan belum tentu lagi orang yang tidak semengah tidak mengerti sesuatu. Haruslah kita senantiasa memandang kearah yang positif. Jangan sekali-kali menganggap orang lain lebih rendah dan berbangga akan kecerdikkan kita yang tidak seberapa. Ada ketikanya nanti, kita akan dimalukan oleh kesombongan diri sendiri. Malah disaat itu pula kekesalan, ketelanjuran, keceluparan dan kedurjanaan yang ditimpakan keatas orang akan meyelusup jauh kepangkal hati meratapi diri. Diketika itu, segalanya sudah terlewat. Ibarat mencantumkan cermin yang telah terhempas berderai, mencantumnya kembali mungkin boleh tapi pantulan pandangnya tidaklah sehala lagi tapi ribuan sisi akan dipantulnya. Pendek kata, kemusnahan, kerosakan dan kegagalan menjaga sesuatu tidak mungkin akan mengembalikan sifat semulajadi yang penuh kesempurnaan.
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(Luqman 31:18) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark