25 AUGUST 2016, 23:39
Pagi tadi ketika keluar ke pasar, berselisihlah aku dengan seorang insan berbasikal berpakaian agak retro, berseluar putih, baju lengan panjangpun putih. Bersongkok dan berkasut berwarna hitam pula. Berfesyenkan awal 50-an, berseluarkan baggy diponggong serta kuncup dikaki.Terlihat bersusun bendera kecil 'Malaysia' di-handle basikalnya. Manakala di-carriernya pula terpacak bendera Melaka dan Malaysia bersaiz sederhana besar. Berkibar-kibar seiringan dengan kayuhan yang sengaja dipantaskannya. Mulanya tidak perasankannya. Terfikir juga kenapa selepas melepasi lampu trafik di Air Terjun MBMB, laluan kanan tersekat sedangkan baru melepasi lampu trafik. Aku pula disebelah kiri dengan trafik bergerak normal. Kereta disebelah kanan mansing-masing menghidupkan signal kekiri dengan niat menukar lorong maka terpaksalah memberinya laluan untuk menukar lorong.
Rupa-rupanya ada sesuatu yang menyebabkan kelancaran trafik pagi ini terganggu. Spontan seketika itu terhegeh-hegehlah aku mengeluarkan smartphone dari poket seluar. Tali pinggang keledar or seat belt melengahkan pula. Manakala insan berbasikal ini terus bergerak kedepan dicelah-celah kereta menunggui lampu trafik dipersimpangan ke Pengkalan Batu bertukar hijau. Dalam pada terkial-kial teraba-raba mencari, mata hanya mampu melihatnya hilang dari pandangan dicelahan kereta yang berderet didepan. Tidak berkesempatanlah untuk aku merakam. Rupanya dia telah membelok kekanan menuju ke Batu Berendam. Tidak berpeluang mengabadikan semangat menyambut kemerdekaan yang dia mengekpresinya mengikut caranya sensorang. Ketara ganjil perlakuannya. Mungkin atas initiative sendiri atau mungkin juga diupah oleh orang lain berpunca dari dicabar melakukan gimmick ini. Segalanya berkemungkinan. Aku menerawang dan berdailog sendirian setelah melepasi lampu isyarat 'Persimpangan Pengkalan Batu'.
Aku dan orang rumah tiba dipasar buat kedua kalinya setelah peniaga-peniaga dipasar besar ini beroperasi diperkarangan tempat letak kereta. Pertama kalinya kehadiran kami adalah pada hari kelima mereka beroperasi pada jumaat 12haribulan Ogos. Ketika itu aku me-markir-kan kereta didalam kawasan pasar yang tentunya berbayarlah. Pada kali pertama mendatangi pasar yang tidak ubah macam pasar tani ini, walaupun diatur mengikut jenis jualan dengan ikan dibariskan setempat, sayur-sayuran dibahagian yang bersebelahan manakala kedai-kedai makan yang selama ini ditempatkan ditingkat atas telah dilonggokkan pula seiring dengan longkang besar. Makanan melayu disebelah belakang berhampiran pintu keluar masuk sebelah belakang dan gerai makanan cina berhampiran pintu masuk utama. Siapalah yang menyusun-atur sedemikian rupa. Ada usaha sebenarnya untuk menjadikannya tersusun dan memudahkan pengunjung tapi tampaknya pada penglihatan aku semacam berterabur. Ini adalah my first impression dan terasa macam tidak hygiene dengan air bergenang dari takungan ikan yang senantiasa berais diatur pula diatas tong ikan yang membentuk 'display table' peniaga ikan. Begitu juga dengan penjual sayur yang sekadar melambakkan didalam bakul dan atas meja foldable yang agaknya perlu dibeli dari pihak pentadbiran pasal semuanya sama dan sebentuk pula saiznya. Peniaga sayuran kampong lagilah sempoi. Sekadar bentangkan kanvas sambil duduk-duduk dibangku kecil atau dulu-dulu dipanggil bangku satay dimana duduk makan bersebelahan tukang bakar satay yang menyediakan meja rendah ala-ala japanese table gitu masa pasar lama bersebelahan kampong jawa awal 70an. Hari ketiga masa pertama kali sampai mungkinlah tidak nampak cacat celanya. Maklumlah baru lagi. Tengoklah seminggu dua nanti. Apa mungkin semerbak 'haruman' yang menyambut kedatangan kali keduanya nanti atau sebaliknya.
Orang rumah pantas sahaja menuju ke gerai peniaga yang biasa dikunjungi saban minggu. Walaupun dibawah canopy yang serupa, jeritan suara mereka dapat ditangkap jelas akan kedudukan gerai seolah memanggil. Aku pula akan memantau dan melihat sekeliling mencari sesuatu yang teringin sambil jalan beriringan dengan orang rumah ke gerai ikan. Ternampakkan pisang nangka, aku akan menyuruh dia membelinya seikat dua. Teringinkan tapai ubi, maka berhentilah seketika di tempat berjualan sayuran kampong. Mungkin musimnya, bau buah binjai masam dan manis semerbak menyucuk hidung dideretan gerai makanan kampong. Rebung yang siap dihiris-hiris, nangka muda, ikan pekasam dan berbagai lagilah mudah didapati. Pilih sahaja dan ambil sahaja mana yang berhajat. Bayar sahajalah harga yang dipinta peniaga. Setelah selesai membeli dan kopak hampir RM100.00 setiap sesi, bergeraklah keluar menuju kekereta. Kedua belah tangan memegang barang. Bakul pasar disebelah kiri kerana aku left-handed dan pisang nangka dua sisir ditangan kanan manakala orang rumah mengangkut bag plastik merah yang memuatkan segala bagai sayur, mee kuning dan kueh tiau terhempap-hempap berjalan. Maklumlah kena pam selalu, mana badan tu tak naik. Ha ha ha...
Sebaik keluar kejalan dengan beberapa petugas beruniform MBMB berduduk-duduk diatas motor masing-masing mungkin memantau keadaan trafik, aku terdengarkan bunyi hon kereta dari kejauhan. Macam kelam kabut sahaja dan kereta seolah-olah terhenti. Bila menjengok hendak melintas kerana me-markir-kan kancil dibahu jalan bersebelahan dengan kawasan Terminal Bas Melaka Sentra, maka terpandangkan insan yang terlihat semasa bergerak kepasar tadi sedang berkayuh meluru. In split-second pula aku cepat-cepat meletakkan barangan yang aku pegang dibahu jalan mendapatkan phone dikocek seluar. Sementara hendak on-kan smartphone, dia sudah betul-betul berada didepan aku dan dapatlah aku menatap wajahnya dengan jelas. Berjaya jugalah merakam aksinya walaupun nampak sisi belakangnya sahaja.
Apapun kehadiran insan yang pertama kali terlihat seketika didalam lingkungan hidup aku pada pagi khamis ini membuatkan diri terfikir sendirian. Apa matlamatnya. Apa tujuannya. Adakah kelainan kejanggalan caranya meluahkan rasa gembira atas ulangtahun kemerdekaan dengan menunjukkan kepada sekelian orang melaka yang terlihat dan terserempak dengannya akan betapa bersemangatnya diri dalam menghayati tema tahun ini, 'Sehati Sejiwa'. Pun mungkin juga mengajak orang melaka yang terlihat gelagatnya untuk turut sama meraikan ulangtahun kemerdekaan mengikut keselesaan dan keupayaan masing-masing agar ada yang lebih gila-gila dari apa yang dibuatnya iaitu berbasikal secara solo berkeliling bandar melaka. Sering dibaca dan disebut dari blog yang dibaca terutamanya blogger politik iaitu 'matlamat menghalalkan cara'. Macam bagus sahaja statement atau kenyataan ini. Namun kemunculan insan terpilih ini didalam ruang lingkup kehidupan aku membuatkan aku rasa sedih dan sayu melihatnya. Tidak ubah seperti 'Pak Kaduk'. Rasanya semua orang sedia maklum akan cerita rakyat ini bilamana Raja yang disanjung menipunya dalam berlaga ayam dan terkhayal akan kemenangan yang dirasakan berpihak kepadanya. Hakikatnya dirinya tertipu dan ditipu pula oleh orang yang digantungkan segala harapan demi masa depan. Kampungnya tergadai dan dirinya ditertawakan bila pakaian anihnya menelanjangkan diri. Harap sangkaan aku ini tidak benar terhadap insan yang berseorangan mengekspresi diri akan kemerdekaan betul-betul dihadapan mata.
Namun hakikatnya, andailah dia melihat sepertimana yang aku lihat kini disekeliling mungkin akan berlainan perspektif kemerdekaan yang selama ini menjadi pegangannya. Sepanjang laluan berbasikalnya mungkin dari Ayer Keroh, kemudian membelok ke Pengkalan Batu, seterusnya ke Batu Berendam merentasi Bachang dan melencong ke Panglima Awang sebelum menyelusuri Melaka Sentral menyampaikan ke depan pasar Melaka dan berselisih dengan aku didetik 10:14am sepertimana terakamkan ini, apakah sebenarnya yang dilihat?. Adakah dia tidak ambil pusing akan segala yang disekelilingnya atau mungkin juga tidak mampu lagi menahan perubahan yang dipaksakan untuk dilihat. Laluan rentas Taman Merak Mas yang rasmi dibuka dari Bukit Katil ke Bukit Baru menjelang tahun baru Cina 2015 yang saban hari aku lalui ketempat kerja amat menyebakkan hati dan menjolok mata sebelum Ramadhan lagi. Sekitar kawasan letak kereta tambahan Melaka Mall/Family Store telah dinaikkan hoarding atau penghadang menganjur hingga ke round about memasuki taman merak mas. Papan tanda kemudian dipacak. Orang sudah pasang signboard dan kita pula boleh dan faham akan apa yang dibaca maka terdoronglah untuk membaca. Tambahan pula sudah didepan mata. Takkan hendak mengelak pula. Maka dikhabarkan akan terbinanyalah apartment sebanyak 220 units diatas tanah yang tentunya telah dibeli pemaju. Bangunan setinggi 22 tingkat akan tersergam megah dikawasan yang dulunya dijagai oleh ketua menteri kesayangan, Datuk Seri Muhd Ali Rustam, Parlimen Bukit Katil untuk 3 penggal berturut-turut. Kawasan berpendudukan dan majoriti melayu dicemari sudah. Mampukah kita membelinya?. Sesuai dan sukakah kita menginapi kalaupun mampu membeli. Hujung-hujung orang lainlah yang memilikinya. Begitu juga di Pengkalan Batu, kalaulah pakcik berbasikal itu mengetahuinya akan sejarahnya dahulu. Kawasan berbukit yang asalnya menempatkan banglo mat salleh era sebelum merdeka dan diubah menjadi padang golf golongan elit era lepas merdeka dan terkini telah dipecah lot dan dijual kepada individu berkemampuan membina banglo mengikut rekaan sendiri lagi mengusarkan hati dan menyebakkan perasaan. Berhibalah kita melihat kesenangan orang yang tidak sebangsa dibumi yang kononnya kita bersusah-payah memerdekakan walhal kita sebenarnya diberi kemerdekaan dengan penuh tipu muslihat.Sandiwara lebih 60 tahun lalu kini benar-benar disaksikan oleh kita kalangan yang dilahirkan selepas merdeka. Lagu M. Nasir berpasangan dengan S.M.Salim bertajuk, 'Cak Kun Cak', berjaya menyimpulkan sandiwara bermuslihat ini. Bila orang sebangsa mengkhianati dan bersekongkol pula dengan bangsa lain menekan menindas golongan yang tidak berapa hendak cerdik, maka punahlah harapan dan cita-cita merdeka itu sendiri.
Terimalah hakikat. Perkuatkanlah ukhwah persaudaraan kita. Bergandinganlah pertahankan apa yang masih milik kita.
Pagi tadi ketika keluar ke pasar, berselisihlah aku dengan seorang insan berbasikal berpakaian agak retro, berseluar putih, baju lengan panjangpun putih. Bersongkok dan berkasut berwarna hitam pula. Berfesyenkan awal 50-an, berseluarkan baggy diponggong serta kuncup dikaki.Terlihat bersusun bendera kecil 'Malaysia' di-handle basikalnya. Manakala di-carriernya pula terpacak bendera Melaka dan Malaysia bersaiz sederhana besar. Berkibar-kibar seiringan dengan kayuhan yang sengaja dipantaskannya. Mulanya tidak perasankannya. Terfikir juga kenapa selepas melepasi lampu trafik di Air Terjun MBMB, laluan kanan tersekat sedangkan baru melepasi lampu trafik. Aku pula disebelah kiri dengan trafik bergerak normal. Kereta disebelah kanan mansing-masing menghidupkan signal kekiri dengan niat menukar lorong maka terpaksalah memberinya laluan untuk menukar lorong.
Boleh rujuk rela dalam paksa bagi yang sedikit off-track.
Cerdiknya aku buat kunjungan kali ini, aku tidak menonong sahaja memasuki kawasan pasar dari pintu belakangnya tapi bergerak kejalan besar didepan pasar untuk meletakkan kereta dibahu jalan sahaja.Maklumat yang diketahui, pihak MBMB tidak akan menyaman kereta didepan pasar sehinggalah siap kerja-kerja membaik-pulih bangunan pasar. Cuma tidak dibenarkan adalah 'double parking'. Jimatlah aku RM1.00 kerna hal ini. Mudah pula dapat ruang, maklumlah orang baik-baik. Dalam melilau mencari, tetiba ada kereta yang memberi signal untuk bergerak keluar dari bahu jalan. Cepat-cepatlah menyelinap masuk, kalau tidak, makin jauhlah hendak menapak ke pasar sementara itu. Kali ini adalah kehadiran kedua kami kepasar setelah semua peniaga ikan dan sayur dipindahkan sementara ke perkarangan tempat meletak kereta ini untuk memberi laluan kerja-kerja membaik-pulih bangunan yang diistiharkan tidak selamat selepas raya dan diviralkan di-whatApps. Mungkin telah diberi arahan dan tugasan memantau kepada staf mereka oleh pihak atasan bagi memastikan kebersihan kawasan sentiasa terjaga maka ucapan tahniah harus diberikan kepada semua yang terlibat. Baik dianya staf bawahan, pihak pengurusan dan peniaga seluruhannya yang terbabit dalam memastikan kebersihan terjaga terutamanya bau hanyir yang ketaranya akan terhasil. Kerjasama semua pihak serta kesungguhan mengatasi kekurangan yang dihadapi tentulah bermaksud. Jika keadaan kotor dan senantiasa bergenang air bakal mengakibatkan semakin kuranglah kehadiran pengunjung ke pasar dan tentulah jualan turut merosot. Itupun sudah terdengar rungutan peniaga-peniaga yang sesama mereka bersahutan. Kalau ramai pelanggan mana sempatnya mereka hendak berborak.Bakal didirikan apartment dibelakang Melaka Mall |
Terimalah hakikat. Perkuatkanlah ukhwah persaudaraan kita. Bergandinganlah pertahankan apa yang masih milik kita.
No comments:
Post a Comment