15 JULY 2015, 23:12
Sejak membaca satu rencana yang amat menganggu fikiran dan lebih menusuk kalbu dari kejadian kekecohan di Low Yat yang berbagai versi dilapor dan di-viral-kan sekelip mata, perasaan makin berkecamuk takut-takut menimpa diri. Tidak tahulah apa reaksi orang yang membacanya sebelum aku. Mungkin lebih terhiris perasaan atau mungkin juga menganggapnya hanya sekadar cerita yang tidak perlu dibubuh perut. "Sesuatu yang belum berlaku seharusnya tidak perlu dikhuatiri sangat.... apalah lu ni ,zaini. Relaxs arhh!", mungkin bagi mereka yang merasakan hal ini terlalu asing atau masih jauh lagi untuk difikirkan. Namun kebimbangan pula yang laju sahaja menerobos kedalam diri. Hakikatnya, kegagalan bukanlah satu pilihan malah terpaksa menerimanya andai tidak mampu menanganinya secara yang seharusnya. Apapun, biar sebagus manapun perancangan, walau serapi manapun persediaan dan mungkin seelok manapun tindakan masih juga tidak mampu dan tidak terbayangkan akan apa yang akhirnya berlaku. Bak kata yang terpaksa diucapkan oleh Awie wings menerusi lirik lagu 'Biarlah Berlalu ', "Woooo ... oooh. Kita mampu merancang, hanya tuhan menentukan. Tak perlu dikesahkan..... ooo.... oooh".
Hari Ahad terakhir dibulan ramadhan, ketika hendak menuju ke bilik rehat, tanyakan pada Wani yang dari kejauhan melintasi bilik tersebut ketika berselisih dengannya. Bila dimaklumkan yang ramai tengah lepak dan rasa-rasanya tiada seat kosong, akupun bergerak pula kebilik locker. Keadaan yang sedikit panas dan tiadanya kerusi yang sempurna tidak mengganggu mood untuk berehat. Ditambah pula dengan beberapa rakan sekerja dari department lain yang turut berada di locker room, dapatlah juga mententeramkan diri dengan berbual sesama. Sedang rancak berbual-bual tentang berbagai topik, aku terpandangkan helaian suratkhabar yang lusuh digunakan sebagai alas berbuka agaknya. Bau sambal kuat melekat dengan sisa sambal bertepek memerahi sebahagian kertas akhbar. Maklumlah puasa berbaki kurang dari seminggu cuma. Memandangkan masa rehat panjang lagi, dari berbual kosong yang bukan-bukan, baiklah aku baca apa yang menarik dihelaian akhbar yang lusuh ini. Rencana bertajuk, 'Lara sebatang kara' membuatkan aku fokus terus pada pembacaan serta meninggalkan rakan sekerja lainnya yang berborak. Cari sudut yang sedikit cerah serta bertenggek cuma di banquet table yang digunakan sebagai tempat berbuka. Kekadang maklumat yang diperolehi dengan tidak sengaja lebih memberikan kesan, lebih-lebih lagi yang menyentuhi keadaan semasa yang mana kita sendiri turut terlibat sama.
Memandangkan laporan ini didalam bahasa melayu, maka mudahlah menghabiskan pembacaan dan tentunya memahami akan apa yang dilaporkan. Perasaan amat tersentap mengenangkan apa yang terjadi jika benarlah sepertimana yang dituliskan. Aku cuba dapatkan komen dari rakan-rakan setugas lainnya yang sempat aku ajukan permasalahan warga emas dipusat jagaan orang tua. Jawapan yang diberi amat tidak memuaskan hati aku. Aku tanyai juga pada rakan setugas yang setahun lebih berusia dari aku. Jawapan yang diberinya jauh sangat merebannya. Adakah patut diandaikannya yang masa mudanya dulu tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada anak pinaknya. Keberadaan dipusat jagaan merupakan pembalasan. Aku cuba menafikan walaupun mungkin juga antara faktor penyebabnya. Banyak perkara yang boleh menjadi puncanya sekiranya mahu dikaji. Tapi kesemua andaian dan kemungkinan yang diberikan amat payah untuk aku menerimanya.
Seawal pagi Rabu ini sekitar 07:32AM lagi(15 July 2015) sebelum bergerak ketempat kerja, aku cuba mencari erti kepada persoalan-persoalan yang didedahkan dan mungkin boleh merungkaikan permasalahan ini. Untuk itu, rencana yang dirakamkan di smartphone yang tersiar di Kosmo bertarikh 30 Jun 2015, ku ulangi membacanya. Apa sebenanya yang berlaku didalam masyarakat kita mutakhir ini. Mungkinkah kelonggaran ikatan kekeluargaan merupakan puncanya. Pengabaian akan agama yang dianuti tidakkah juga antara puncanya. Apakah semata-mata faktor kebendaan yang menjadi penyebab utamanya maka hal seperti ini berlaku. Segalanya berkemungkinan. Longgar ikatan kekeluargaan mungkin. Lemah agamanya pun ada benarnya. Ekonomi, lagilah iya juga. Kita sering melihat sesuatu hal cuma dari sudut yang nyata. Jarang benar kita memasukkan element takdir. Tak orang tak kita. Tidak mustahil juga yang hal sedemikian mungkin menimpa diri. Minta dijauhkan. Andai terjadi juga, pasrah sahajalah. Bukan semua yang dipohon, didoakan dan dirayukan akan dimakbuli olehNya. Ketentuan Illahi mengatasi segalanya. Hanyalah DIA yang Maha Mengetahui, Maha Mengasihani dan Maha Menguasai yang senantiasa mengurusi setiap perjalanan kehidupan anak Adam diatas dunia yang sedia-maklum fana ini.
Hari Ahad terakhir dibulan ramadhan, ketika hendak menuju ke bilik rehat, tanyakan pada Wani yang dari kejauhan melintasi bilik tersebut ketika berselisih dengannya. Bila dimaklumkan yang ramai tengah lepak dan rasa-rasanya tiada seat kosong, akupun bergerak pula kebilik locker. Keadaan yang sedikit panas dan tiadanya kerusi yang sempurna tidak mengganggu mood untuk berehat. Ditambah pula dengan beberapa rakan sekerja dari department lain yang turut berada di locker room, dapatlah juga mententeramkan diri dengan berbual sesama. Sedang rancak berbual-bual tentang berbagai topik, aku terpandangkan helaian suratkhabar yang lusuh digunakan sebagai alas berbuka agaknya. Bau sambal kuat melekat dengan sisa sambal bertepek memerahi sebahagian kertas akhbar. Maklumlah puasa berbaki kurang dari seminggu cuma. Memandangkan masa rehat panjang lagi, dari berbual kosong yang bukan-bukan, baiklah aku baca apa yang menarik dihelaian akhbar yang lusuh ini. Rencana bertajuk, 'Lara sebatang kara' membuatkan aku fokus terus pada pembacaan serta meninggalkan rakan sekerja lainnya yang berborak. Cari sudut yang sedikit cerah serta bertenggek cuma di banquet table yang digunakan sebagai tempat berbuka. Kekadang maklumat yang diperolehi dengan tidak sengaja lebih memberikan kesan, lebih-lebih lagi yang menyentuhi keadaan semasa yang mana kita sendiri turut terlibat sama.
Apa seharusnya kita perlu buat... |
Apapun, Pak Ayob, orang Melaka lagi, seperti mana yang dicatatkan dan berusia 76 tahun terpaksalah mengharungi sisa-sisa hidupnya di Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang. Imbauan ketika raya yang ditanyai dan dijawab sejujurnya amat menyebakkan dada bila dibaca bersendirian ketika menunggu sembahyang malam aku. Siapa menyangka, diusianya kini, dia terperangkap di Pusat Jagaan. Menurut katanya lagi, dia akan memastikan persiapan raya buat anak-anak mengatasi keperluannya sendiri. Hasratnya, tentu sekali, agar anak-anaknya bergembira di hari raya. Ini yang aku fahami dari apa yang tersurat yang mungkin tersirat dihatinya. Demi kebahagiaan anak-anaknya, dia merelakan diri ke pusat jagaan memandangkan dirinya dirasakan ibarat barang tidak berharga lagi. Kehadiran yang membebankan disebabkan tidak berharta ditengah-tengah keluarga anaknya yang mungkin juga kesempitan membuatnya sedar diri. Kekesalan yang diluahkan untuk tatapan umum amat menguris perasaan, terkilan benar Pak Ayob akan tiada seorangpun dari anak-anak yang dijagai sejak mula mengenal dunia sehingga telah berumahtangga membantah hasratnya. Senyap dan berdiam diri masing-masing memberi isyarat bersetuju secara collective. Memang benarlah akan apa yang dicakapkan oleh seorang kenalan yang senior beberapa tahun dari diri ini, yang anak-anak bukanlah satu jaminan 'pelaburan' yang menguntungkan. Tidaklah macam generasi kita yang sanggup menjaga orang tua masing-masing sehingga kehujung hayat. Bualan orang yang punyai pengalaman tentunya mampu menggarap kesimpulan yang mungkin boleh diterima-pakai. Bagaimanpun, zaman selepas milinium ini totally berubah. Banyaknya keujudan pusat jagaan swasta menunjukkan gejala 'membuang orang tua' semakin menjadi-jadi. Dipertengahan puasa ini aku ada menegur orang kampung yang berkunjung ke tempat aku bekerja ini. Selepas bertanya khabar, kutanyai jugalah keadaan isterinya yang khabarnya tidak sihat. Dia sedikit kehairanan. Maklumat kini pantas beredar. Tapi bila aku maklumkan Cikgu Wahab yang info dari Whatsapp oleh anaknya yang merupakan rakan sekelas aku, terus menghilangkan kegusarannya. Dinyatakan yang isterinya yang sesama cikgu telah dijagai 24H oleh jururawat swasta dirumah. Banyak perlu dibelanjakan untuk menjagainya. Anak-anaknya yang bekerjaya membiayai kos rawatan. Lumayan gajinya dan katanya lagi, teruk juga jururawat bekerja dimalam hari semata-mata mencari pendapatan dengan meninggalkan keluarga. "Apa boleh buat cikgu, ..." kata aku berseloroh dan aku sambungi, "Ini lobang rezeki...". Tengokkan penampilan dan kekal cergas dia menyuruh aku mengagakkan usianya kini, bila aku bertanya directly akan umur beliau. Bila tekaan aku salah dia memaklumkan yang dia kini berusia 80 tahun. Cikgu pencen dan tiada tanda luaran menunjukkan berpenyakit. Ternyata dia menikmati hidup yang ceria dan tentunya memanfaatkan setiap detik yang dilaluinya dan mungkin juga penuh keberkatan.
Saat kehadiran hari tua terutamanya yang telahpun melepasi usia 50 lebih dirasai dekatnya berbanding dengan para remaja yang langsung tidak mahu memikirinya, mungkin masih muda dan jauh lagilah untuk menghiraukannya. Namun saat itu pasti akan menghampiri setiap insan. Dan didalam suasana menjelang Aidilfitri ini pula, persoalan tua dan ketuaan ini dilemparkan jauh-jauh, kononnya hendak bergembira. Diketika seluruh umat Islam kini menantikan kehadiran 1 Syawal 1436H, boleh diagakkan akan betapa pedihnya perasaan mereka yang berada di Pusat Jagaan, yang seperti diabaikan, yang tidak dikesahkan, yang mungkin dilupai terus dan moment ini seolah-olah menambahkan lagi kedukaan dihati mereka.
Apapun takdir yang menimpa diri haruslah dilalui dengan penuh kesabaran dan keinsafan. Pastinya ada hikmah akan setiap kejadian yang perlu ditempuh. Berkeluh kesah, mempertikaikan setiap apa yang dihadapi menunjukkan tidak redhanya kita. Ujian kehidupan akan tetap silih berganti. Ujian terakhir setiap manusia adalah saat kita dimatikan. Implikasinya banyak. Pandai-pandailah mencari maksud yang tersirat dari episod kehidupan ini. Didalam konteks memasuki fasa terakhir kehidupan, diperjelaskan olehNya didalam Surah Al-Isra' ayat ke 23 bagi menguji kesabaran manusia. Andai berjaya mengharunginya maka mungkin dipermudahkan perjalanan ke syurga. Andaikata sebaliknya, yakni diabaikan maka jawabnya berlikulah perjalanan menuju syurga. Persimpangan yang semahunya tidak diingini dan sememangnya cuba dielakkan yang mungkin mengecewakan andai tersilap pilih. Pilihan ditangan kita sebagai anak.
"وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا"
[Al-Israa:23]
No comments:
Post a Comment