Friday, August 21, 2015

Aku Dan bahasa Arab

21 AUGUST 2015, 21:48

Sejak semalam after much thought, aku berikrar atau make a 'vow' untuk memulai semula pembelajaran bahasa arab aku secara self-study walaupun aku telah menghampiri bab ke-10 untuk buku ke-3 yang merupakan buku terakhir dari sylabus-nya. Ketidak-serius-an didalam mempelajari tatabahasanya, analisa ayat dan teknik pembacaan yang disampaikan dengan konsep step by step dimana amat menyelesakan diri walaupun adakalanya Bro. Meserali banyak mengulang-ulang konsep yang telah dimaklumkannya. Kekadang berminggu-minggu lamanya aku mengabaikan. Adakalanya pula aku begitu gigih menonton videonya, mengulangbaca 'keybook'nya dan kerap membuat latihtubi yang tersedia didalam textbooknya. Lambat cepatnya untuk aku khatam bukanlah isunya. Apa yang lebih penting adalah amat perlu bagi diri ini memahami akan apa yang dilafazkan. Memahaminya bukan terjemahannya tapi memahami seperti orang arab yang menuturnya. Pemahaman secara semulajadi yang sepatutnya telah lama sebati tapi terlewat menerimanya. Aku amat mensyukuri kelebihan yang dilimpahkan olehNya. Keberkatan dari kesungguhan, kegigihan dan istiqamah memungkinkan aku berada dimana aku berada sekarang. Tanpa aku menyedari, sembahyang yang aku dirikan saban hari dari sebelum mengikuti pembelajaran secara maya ini sejak 2010 bulan October, banyak membantu memahamkan akan apa yang dilafazkan. Sembahyang menjadi lebih khusyuk kerana faham akan apa yang disebut dan bukan sahaja memaknainya didalam sembahyang bahkan cuba mempraktikkan didalam setiap aktiviti seharian bermula dari bangun diawal pagi sehinggalah kembali merehatkan diri dimalam hari dan terkadang kerap  terlajak kedini harinya.

ان شاء الله،
Ikrar yang aku buat ini diketika melewati detik 12:00 malam ini akan aku beri perhatian utama. Ini bukannya perkara main-main. Faktor usia dan masa yang sukar ditentukan malah kita sendiripun tidak punyai kelebihan menentukan akan apa yang bakal terjadi kesokkan harinya. Waima, udara yang disedut dan dihembuskan keluar belum tentu lagi akan diulangi seterusnya andai tidak direstui oleh-Nya. Apapun segala usaha aku kini hanyalah untuk mencari keredhaaNya. Perlu juga diingatkan yang kita hanya mampu merancang tapi hanya Dia-lah Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Sesungguhnya Dia jugalah Yang Maha Mendengar akan segala rintihan dan harapan yang ada didalam diri setiap makhluk samada diluahkan ataupun dipendamkan. Pemantauan keatas diri olehNya bukan sekadar satu dimensi, dua dimensi mahupun tiga dimensi sahaja bahkan ianya adalah multi-dimensi. Luar dalam atas bawah depan belakang rohaniah jasmaniah malah awal akhir hidup kita telah termaktub diluh mahfuz lagi. Memerhati setiap kejadian Illahi adalah method yang diajariNya bagi membolehkan kita menyedari akan hakikat kehidupan ini. Yang bermula pasti akan berakhir. Yang datang juga pasti akan pulang. Diterangkan juga olehNya akan cara dan kaedah yang harus dituruti tanpa gagal bagi menjamin pengakhiran yang bermakna serta kepulangan yang direstui serta dibalasi dengan syurga. Andai aturan kehidupan ini dibantahi malah diingkari, secara logiknya mampukah kita mengakhiri hidup ini dengan khabar gembira yang dijanjikanNya atau sanggupkah kita mendepangkan tangan serta berlapang dada akan khabar ngeri yang diulang-ulang demi mengingatkan akan azab siksaan yang bakal diterima nanti.

Ok, its time to work now. Diligence and you'll succeed.


zaini642

No comments: