Tuesday, July 21, 2015

Raya disambut meriah, Ramadhan dibiar ...

18 JULY 2015, 07:04
Sekejap sahaja telahpun berada dihari kedua Syawal. Bagi yang tidak biasa dengan kalendar Islam, kini kita berada pada bulan 10, 1436H. Sambutan yang semacam telah menjadi tradisi dinegara kita dan lebih-lebih lagilah dinegeri tanah tumpahnya darah ku ini. Apa yang dilihat dan dihidu benar-benar meriah suasananya. Manakala dari liputan video yang dipaparkan oleh Nightline TV3 pula, dilaporkan hampir kesemua negeri diperlihatkan acara rasmi negeri dengan pemimpin utama setiap negeri menyambut kedatangan Syawal secara grand dengan menyerlahkan keunikan masing-masing. Memperlihatkan kegembiraan sememangnya dianjurkan dan amat-amat digalakkan. Namun apakah kegembiraan sebenarnya yang dimaksudkan dan tepatkah kegembiraan yang dimengertikan dan dizahirkan oleh kita selama ini.

Selama hidupku sehingga kini dan menjadi suatu kebiasaan umumnya, akan mengikut apa yang dibuat oleh orang terdahulu, patuh mengamalkan serta kejap membudayakan didalam kehidupan bermasyarakat. Kebiasaannya orang yang alim akan ilmu agamanya, kalau ada yang perasan disaat membuak-buaknya menyambut raya, diberi ruang dan kesempatan oleh alat sebaran am untuk mengingatkan dan menasihatkan akan hal yang menyangkuti sambutan Syawal. Adab dan peribadahan yang dianjurkan dibulan syawal oleh Nabi Junjungan kita, bagi sesetengah kita, berada dibawah arus sedar. Apatah lagi unjuran dan ingatan oleh mereka yang pandai agama yang cuba menongkah arus didalam hal menyambut raya, lagilah dianggap sepi dan tidak diendahkan berpadanan dengan tahap pemahaman masing-masing. Mudahnya golongan ini dan sering membandingkan dengan orang yang sama dengan mereka dan yang dihormati didalam masyarakat. Apa yang dibuat dan diperlihatkan oleh mereka yang berpengaruh, maka itulah yang betul dan harus pula diturutinya. Generalization amat mengelirukan terutamanya kepada mereka yang kurang arif dan mudah sangat untuk menyimpang jauh dari yang sepatut dan seharusnya. Contoh yang paling mudah adalah lagu raya dendangan Azlina Aziz. Bagi pengemar lagu dan telah mensepakati serta mengiktirafnya pula sebagai 'evergreen' akan lagu yang bertajuk 'Indahnya Beraya Di Desa', yang entah macammana liriknya memaklumkan pada pendengar dan sekaligus menganjurkan pula yang '... Kita beraya selama sebulan ...'. Bilamana ianya sering diperdengarkan dan lebih kerap lagi didendangkan di 'musim' raya, maka info ini akan di-registered-kan dikotak pemikiran mereka selama mungkin. Buat tahun ini pula, rangkap terakhir lagu raya dendangan Kak Azlina Aziz ini menjadi tagline promo program raya untuk stesen tv. Bukannya penyiar swasta tapi stesen kerajaaan yang tentunya ada jawatankuasa penyelaras program yang beria-ia sungguh demi 'rating' buat penyiaran iklan yang tentunya mampu menjana pendapatan. Apakah tiada yang boleh menyanggah. Mungkinkah juga terlepas pandang. Atau yang memaklumkan ditolak pandangannya kerana melawan arus dan tidak mampu mempengaruhi ahli jawatankuasa. Bahananya bila statement ini memberi kesan bukan pada seorang yang mendengar sahaja tapi mungkin pada kesemuanya. Apakala majoriti telah menerima, walaupun yang minoritilah yang betul tanggapan maka ianya tidak bermakna lagi. Menongkah arus dan sukar memperbetuli yang silap serta memerlukan gagasan yang menyeluruh buat pihak yang prihatin dan mungkin mengambil masa yang tidak diketahui panjang pendeknya dan bergantung pula pada keberkesanan perancangan dan ketentuanNya jua.


Rujuk videonya, tekanlah button start, dengarilah lagu evergreen ini dan hayatilah liriknya... .

Lirik Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia

Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usah hampakan hati orang tua

( korus 1 )
Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira

( korus 2 )
Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan                     statement ini relevant ke .... ?

Ingatan dari Grup Whatsapp
Cubaan Abon, pelawak asal Melaka, menjentik lamunan penonton dalam berlawaknya akan hal bersalaman dengan bukan mukhrim dikira terbaik. Video yang diupload-kan oleh 'shuk5urvivor' pada 23/09/2009, at least mengingatkan tapi pandainya Si Abon ni pula memusingnya jadi bahan lawak. Ibarat mencelup jari kedalam air, sedikitpun tidak mengurangkan namun usaha tidak seberapanya ini mungkin dapat memberi sinar kebaikan buat semua. 
Tontonilah video lawak rayanya

Sesungguhnya, hal yang melibatkan keagamaan tidaklah boleh buat ikut suka suka sahaja. Perlu adanya panduan. Harus dapatkan nasihat dan rujukan. Apapun, gejala salahlaku telah sekian lama berada ditengah-tengah masyarakat tanpa adanya usaha dari pihak pentadbir negara untuk serius menanganinya. Mujurlah kini kedapatan media sosial yang mungkin boleh membantu dalam menyampaikan maklumat dengan pantas. Blog, Whatsapp, Tweeter, Facebook, Instagram dan medium multimedia lainnya boleh maklumkan, kempenkan dan sebarkan 'adab dan sunnah nabi ketika menyambut raya'. Ingat mengingati antara sesama rakan walaupun tidak menyeluruh, setidak-tidaknya mampu menyedarkan sebahagian dari masyarakat. Amatlah diharapkan agar media arus perdana dapat memainkan peranan yang seharusnya demi kesejahteraan bersama. Bergandinganlah kearah satu tujuan dan semoga dengan kekerapan maklumat dan pendedahan yang meluas akan membawa masyarakat kearah penyambutan raya yang diberkati.

ان شاء الله، 

Mungkin bukan tahun ini, mungkin juga bukan tahun depan tapi dalam tempoh masa tidak berapa lama lagi akan berhasil juga.

No comments: