05 SEPTEMBER 2014, 03:40 PM
Seperti biasa, setiap hari jumaat bilanya bercuti ataupun bekerja petang, memasuki sahaja 12:00 tengahhari, aku akan membaca teks khutbah jumaat dan cuba memahamkan maksud yang ingin disalurkan kepada seluruh orang melaka. Kali ini dengan tajuk,'Haji mabrur satu matlamat'. Berkisar tentang perihal mengerjakan haji, cara mana terbaik melaksanakannya, ciri-ciri dan adab adab serta tanda-tanda diterima mahupun tidak akan amalan haji yang di buat seseorang. Ramai makmum yang terlihat olehku berkeadaan tersengut-sengut menundukkan kepala seperti hendak tidur. Kalau yang tua-tua mungkinlah, tapi yang muda-muda mengalahkan yang veteran pula. Tidak terkecuali jugalah yang berjanggut penuh kealiman turut sama berkuyu mata. Konsentrasi yang merudum dikala imam yang membaca teks ditengahhari walaupun semua kipas berputar laju dan ditambahi pula dengan imam senior yang bersuara mendatar, menyebabkan fikiran makmum mahu melayang. Lebih lebih lagi dengan tajuk mengenai perkara haji yang kurang hampir dengan situasi semasa kerana semua bakal haji telahpun berada ditanah suci. Sebijik-bijik yang dilafazkan oleh imam sama seperti yang dibaca sebentar tadi.
Apapun bukan hal khutbah yang menganggu ketenangan hari bercuti aku buat hari ini tapi hal yang telah tersebar luas keseluruh Malaysia melalui akhbar tempatan pada isnin, 01/09/2014, sehari lepas sambutan merdeka. Lebih mengharukan hari cuti aku ini adalah pertanyaan saudara seagama masa beriringan melangkah ke masjid. Semasa keluar dari kereta yang sengaja di-park dihujung lorong taman, seorang yang wajahnya begitu familiar, senior beberapa tahun atau mungkin juga sebaya sedang memarahi anaknya yang melaju kedepan. Rungutannya kurang dipendengaran. Aku mempercepatkan langkah dan ketika beriringan, aku melafazkan 'salam' seraya bersalaman. Apa yang dibisingkan tu pada budak-budak, cepat benar aku menanyai. Ada ke seluar yang dah koyak dipakainya, itu yang aku hanginkan, getusnya dengan pantas. Mungkin dia nak cepat agaknya, aku mengandaikan sambil membandingkan dengan si Yusree yang aku paksanya tukar baju melayunya yang berlubang dilutut sambil jari menuding kearah Yusree yang berjalan disisi.
Sunyi dari bualan seketika sambil melangkah, tapi tiba tiba dia mula memancing. Awak duduk mana? tersembur pertanyaan darinya. XXXXX, jawabku ringkas. Dekat dengan budak kena bunuh itu?cepat sahaja dia bertanya lagi. Aku mengganguk lalu memaklumkan yang rumah yang disewanya diblok berdepan dengan blok rumah yang aku duduki tapi bahagian dapur nampak dari rumah. Diketika yang sama itu juga untuk menunjukkan exact locationnya, aku bengkokkan lengan kanan dan rapatkan lengan kiri seperti membentuk huruf 'L'. Rancak kembali perbualan. Komen dari dia semacam kehairanan, sanggup 'bapa' bunuh anak sendiri, apa punya bapa macam ini. Setakat itu, fikirku, tentunya dia telah membaca 'cerita' ini menerusi akhbar. Awak tahu? dia cuba dapatkan komen aku pula.
Memandangkan orang sudah menjual, hendak tidak hendak terpaksalah membelinya. Tapi hakikatnya, hendak buka aib orang ini adalah sesuatu yang kurang elok. Ku terangkan padanya maklumat yang dimaklumkan oleh orang rumah yang diperolehinya dari jiran sebelah rumah simangsa. Marzinah namanya, Indon yang dah jadi PR(permanent resident), bersuamikan orang tempatan seorang electrician di hotel EQ di Melaka. Kebetulan lagi, indon surirumah sepenuhmasa ini kerap datang kerumah menempah baju. Maklumat darinya kukira mungkin lebih tepat lagi. Anak berusia setahun lebih itu, anak luar nikah. Pasangan belum berkahwin ini, bergaduh besar sebelum puasa lagi pada suatu malam. Keesokkannya 'keluarga' ini tidak lagi mendiaminya. Tup-tup pagi minggu, pagi sambutan kemerdekaan, banyak polis menghurungi belakang rumah sewa tertuduh. Kegemparan terjadi. Hampir semua penduduk taman mengetahuinya. Kata orang, news spread like wildfire. Penambahan cerita pasti terjadi tanpa ada sesiapapun yang mampu menghalanginya.
Berbalik pada pertanyaan brother tadi, seboleh mungkin aku mengambil jalan tengah, 'to play safe'. Aku maklumkan perkara yang berlaku ini disebabkan pengaruh dadah. Budak yang bunuh anaknya sendiri adalah penagih. Tidak mungkin dia saja-saja hendak bunuh. Oh! ye ke? luahnya lemah bila mendapat info terbaru ini. Komen berangkai darinya lagi aku buat buat tidak mendengari ketika menuruni curaman ke compound masjid. Ikut haluan masing-masing sesampainya dibangunan masjid. Dia memasuki pintu sisi ke ruang bawah manakala aku ke depan lagi ke ruang utama di tingkat atas.
Ingatkan dapat menghindari kejadian itu tapi ianya terus mengganggu ketenteraman. Selesai berjumaat, bergegaslah aku ke kereta yang berjarak sekitar 4 minit melangkah. Di dalam kereta, fikiran masih pada isu bunuh anak. Sesampai sahaja dirumah, menonong aje kebelakang rumah sewa tertuduh dengan melelau tab HP slater yang dibeli awal tahun ini. Ambil beberapa keping sebagai bukti. Sampai dirumah, orang rumah bertanya,'abang pergi mana!'. Ku maklumkan pergi tengok 'lubang' sebab malam semalam tak dapat. Berderai ketawanya sambil berkata, kesitu pulak sambil maklumkan pada bebudak yang 'ayah kau dah start menyeh-yeh'. Boleh sahaja 'openly said' as ada term-term yang bebudak tidak mengerti, cuma kami berdua sahaja yang registered dan digunapakaipun oleh kami berdua sahaja. Bebudakpun terpinga-pinga dan tertanya-tanya pada mama mereka pasal apa ayah dan emak mereka ketawa. Hendak jadi reporter pula ayah kau ini, nyatanya sebaik habis ketawanya penuh makna, pada bebudak yang menantikan jawapan. Sebaik memasuki rumah, telah tersedia hidangan tengahari yang menyelerakan, lauk nenas masak lemak ikan sepat, kepala ikan parang masak asam pedas dengan tauhu goreng top-up sos sehingga terlupa sekejap pasal kisah ini.
Apapun perancangan dan kepintaran manusia tentu sekali tidak mampu mengatasi ketentuanNya. Ikut logik, kedalaman sedemikian pastinya mengundang bau hanyir mayat yang mereput. Malangnya, tiada seorangpun dari jiran berdekatan yang terhidu. Mungkin balutan kain batik yang menyelimuti mayat berjaya menghalang baunya. Namun begitu, kesilapan langkahnya 'mencuri' kereta bapa saudaranya membongkar perbuatan 'luar jangka' yang mungkin berjaya disembunyikan dari pengetahuan umum. Perbuatan dosa yang berganda-ganda ini yang dilakukannya amat menyerabutkan fikiran. Siapakah yang mampu tampil menyelesaikan.
Segala suatu yang terjadi merefleksikan sikap masyarakat. Setiap individu perlu dan seharusnya mengikuti jalur-jalur kehidupan. Masyarakat pula perlu menyulami jalur-jalur ini menjadi simpulan yang saling berhubungan. Tiada ruang yang dibiarkan kosong dan semuanya harus berkait. Semakin rapat hubungan dan kejapnya kaitan maka semakin mantaplah masyarakat. Kesalnya diri kerana masih tidak mampu dan tidak berupaya melaksanakannya. Bersendirian mungkin boleh tapi amat mustahil menghasilkan natijah dalam tempoh terdekat. Usaha bersama, berjamaah lebih dituntut bagi menghasilkan kesan segera. Gelombang 'kesedaran'amat memerlukan jaringan yang sistematik.
Bersediakah kita?.
|
tak dalampun ... |
|
closed-up |
unit forensik siasat lagi @ 05/09 - 161122
No comments:
Post a Comment