Lama menunggu, kebosanan pula menerjah .... |
Hari merdeka .... merdekakah diri ?
Hari ini adalah hari kemerdekaan negara. Kemerdekaan yang diulang sambut buat kali ke 57. Bagi yang mungkin tidak mengingati, senang-senang sahaja dichopkan ’tidak patriotik’ oleh mereka yang merasakan dirinya bagus sangat, tarikhnya adalah pada 31/08/1957. Kemerdekaan yang dipulangkan British setelah bijak pandir di zaman ’merayu’ minta dimerdekakan banyak menimbulkan tanda tanya(?). Siap pula diberikan pilihan untuk memilih tarikh yang sesuai, yang ada ’ong’, yang disepakati bersama. Manakala pihak British dengan rela hati menyetujui tanpa perlu bertanya. Kepelikan, kehairanan dan kesangsian yang amat ketara pada negara yang semakin merojakkan ini adalah cara bagaimana kita dimerdekakan. Tatkala
negara negara serantau berjuang berperang untuk merdeka, kita pula ’dare to be different’. Pukul canang keseluruh pelusuk negara berbangga memberitahu pada umat Melayu yang kita ’merdeka’ secara perundingan sahaja. Lebih dikenali sebagai ’Perjanjian meja bulat’. Dibandingkanlah dengan negara lain yang lebih awal merdeka, seolah-olah mengejek, dengan menggunakan buluh runcing, bermusuh dan berbunuhan dengan penjajah, tidak rela memerhati apa sahaja yang berbaur penjajah demi maruah negara, katanya.
Kejayaan merupakan kemuncak. Namun kesungguhan hasrat, kegigihan usaha, kesepaduan tindakan dan kesepakatan rancangan serta keupayaan mengatasi ancaman, ugutan, hasutan dan segala bagai untuk menggagalkan kebulatan tekad adalah ciri-cirinya buat bangsa merdeka. Sejarah membuktikan. Peristiwa yang berlaku punyai tafsiran berbeza.
Melihatkan ’parade’ atau perbarisan kemerdekaan yang disiar-langsungkan pagi ini punyai perspektif berbeza pada penonton. Mereka yang baru kenali hidup tidak akan merasai apa yang benar benar dirasai oleh insan yang berada di zaman sebelum merdeka. Kegagalan menghayati budak-budak era lepas merdeka mengenai hal ehwal dan perihal kemerdekaan sememangnya bersebab. Manakala maklumat yang disalurkan kepada generasi ini bukanlah menyeluruh. Maklumat yang ditapis dan terpilih sahajalah yang dimaklumkan. Apa sahaja yang mungkin menimbulkan kecurigaan, kepelikan dan keganjilan seboleh mungkin disimpan serapat-rapatnya dari diketahui. Malah mungkin segala bukti mahupun tanda-tanda yang boleh menyuluh atau membongkar rahsia dipadam, dimusnah, dipinda serta ditambah dan diandaikan agar menjadi suatu hal yang pasti benar jadinya. Sejarah tidak pernah membohongi sesiapa. Apa sahaja yang terjadi berpunca dari tangan-tangan yang mengolahnya. Rentetan peristiwa sehinggalah dikatakan sampai ke ’hari kemerdekaan’, kedapatan amat terlalu banyaknya kebetulan. Kebetulan yang dirancangkan atau sememangnya kebetulan yang ditakdirkan perlukan seseorang yang mampu menghidu event-event yang terjadi. Pembongkaran sejarah yang melihatnya dari dimensi yang berlainan mampu memberi kecerahan pandangan pada ’kemerdekaan’ itu sendiri yang punyai banyak sisi gelapnya dari sisi terangnya. Persoalannya, beranikah kita menyingkap sejarah yang selama ini telah didodoikan dan dilagukan serta telah meresap kejap diminda generasi sekarang. Proses kehidupan berjalan terus. Tiada masa buat golongan lepas merdeka memikirinya. Mengenang, apatah lagi merintih akan ketidakupayaan memandang jauh kehadapan oleh mereka yang diwakilkan untuk dikembalikan kemerdekaan yang kononnya diragut oleh penjajah ’terakhir’ secara penuh muslihat, hanyalah menyerlahkan kebodohan yang selama ini diketahui penuh rahsia oleh penjajah. Perwakilan berunding dengan British adalah diterima dari mereka yang ada kecenderungan untuk bersepakat, manakala yang mungkin menimbulkan masalah serta yang mungkin merugikan mereka diketepikan terus tanpa sebarang sebab. Apakah satu kebetulan bilamana anggota penting KMM ditahan sedangkan 3 beradik berlainan ibu dan berlainan bapa pula katanya(Perikatan)dimanjakan dan disuruh berpakat berbaik-baik sebelum meninggalkan ’legasi’ keberadaan mereka dibumi yang banyak dijarahinya.
Menjadi kepelikan bila burung tempua bersarang rendah. Sepanjang usia aku yang pastinya bertambah saban tahun dan ketikanya bebudak lagi jarang benar terlihatkan sarangnya dipohon yang rendang. Kebiasaan yang umum mengetahui akan tabiat burung ini yang sukakan privasi sesama mereka(maklumat ini kena google-lah) dan menyendiri berbangga. Apakala bersarang rendah, tentulah ada muslihat dan bersebab. Maka, tiga beradik ’sepusat sepusing’ ini telah digulakan dan tanpa sedar atau buat-buat tidak perasan, rela pula digulaikan. Apa tidaknya, tatkala India, Indonesia serta negara serantau lainnya menolak ’immigrant’, kita disebabkan telah terikat dek perjanjian, mendepangkan tangan serta berlapang dada menerima golongan ini sebagai saudara pula.
Pelik lagi menghairankan.
Searah pandangan - terpegun atau terkilan? |
Mungkinkah '3' menyampaikan hujung tahun nanti |
No comments:
Post a Comment