Thursday, September 18, 2014

Sepak raga, kemudiannya sepak takraw dan mungkin tinggal ...

 18 SEPTEMBER 2014, 09:46 PM
Hari ini, entah macammana imbauan kembali ke zaman alam persekolahan. Selepas bersarapan, lepak-lepak disofa menonton tv merehatkan perut yang mengeneng selepas pekena nasi goreng. Program yang dipaparkan agak lembab dengan topik yang tidak menceriakan pagi aku lalu aku beralih ke topik yang mampu mengegarkan. Dua hari lepas, aku ada download-kan applikasi 'media server' yang boleh link-kan segala digital devices. Smartphone, tablet, tv dan pc boleh sahaja saling berhubungan dengan menggunakan applikasi yang di-install. Direct link yang benar-benar 'dihujung jari anda' membuatkan aku melekap beberapa ketika dihadapan smart tv yang bersambung dengan home theater. Ketika program bual bicara mengenai ranking universiti  tempatan didalam 100 terbaik dunia dengan melaporkan tujuan dan perlunya menjadi 100 terbaik dari sudut pandang wakil universiti serta sudut pandang si mediator akan apa perlunya pelajar berbangga tapi hakikatnya tidak kemanapun cuba diketengahkannya pada penonton yang happen menonton tidak menarik perhatian aku. Even siaran Astro yang berbayar inipun, penonton ada hak untuk memilih. Sesuai dengan konsepnya, menonton apa yang ingin ditonton, aku mengambil option beralih ke 'internet'.

Aku inginkan sesuatu yang lebih happening dari sekadar mendengarkan hasrat dan perancangan orang akedemik menjadikan universiti tempatan berada didalam 100 terbaik dunia tapi hakikatnya pelajar dibimbangi oleh pihak kerajaan sendiri akan lemahnya penguasaan bahasa dan siasah diri yang tidak semengah. Lebih-lebih lagi sekarang ini heboh dengan perangai cikgu yang mengkhianati bilamana UPSRpun cuba disabotage. Setakat hendak berbangga sahaja tidak kemanapun kita. UPSR yang sepatutnya mengukur prestasi pelajar untuk dikenalpasti tahap kemampuan bebudak didalam pelajaran asas sebelum menjurus ke bidang yang mereka minati amat mengecewakan diri ini. Sebagai seorang bapa, merasakan kita sudah semakin mengejar materialistik. Sesuatu yang retorik cuba diketengahkan oleh saluran tv berbayar didalam program bual bicara ini. Sebelum hati jadi sakit dan membengkak, baiklah aku beralih. On-kan tablet ditangan, julurkan kearah tv setelah 'cakapkan' ditab, 'takraw'' maka berderetlah video mengenai permainan sepak takraw untuk ditontoni.Maka satu demi satu video yang menarik untuk ditonton aku tontoni. Perlawanan takraw Malaysia dan Thailand aku tengok satu demi satu. Dari video terkini menurun ke tahun tahun sebelumnya. Game antara Malaysia dan Thailand yang sebelum ini sering disebut sebagai 'musuh tradisi' kini jarang sekali kedengaran. Mungkin para sport commentators berasa segan dan malu menyebutnya 'musuh tradisi' memandangkan mutu permainan semakin jauh menjarak. Thailand berada didalam kelasnya yang tersendiri. Manakala Malaysia terkial-kial cuba memperbaiki mutu permainan.

Ingatkan menceriakan malah makin spoilt-kan hari aku ini. Takraw yang dipilih kononnya untuk menyaksikan aksi akrobatik yang lebih kerap dan lebih pantas jika dibandingkan dengan permainan volleyball tambah menyakitkan hati ini. Antara banyak-banyak game yang ingin ditonton adalah takraw dan volleyball selain dari bolasepak. Bolasepak lebih kepada siaran langsung, baru happening. Manakala takraw dan volleyball suka menontonnya berulang-ulang kerana ingin melihat strategy mereka membuat libasan dan spike padu. Tekong thailand lebih berkeyakinan dan tepat bila membuat servis. Lebih laju dan lebih tajam menjunam ke kawasan Malaysia tanpa mampu dicungkil. Sampaikan sudah '6' mata dikutip berturut-turut didalam penentuan pingat emas membuatkan aku tertanya-tanya sendirian. Commentatornya yang berbahasa Thai memandangkan video diuploadkan oleh puak mereka seolah-olah merperlekehkan kemampuan Malaysia. Tontoni lagi video lain, juga berkeadaan yang hampir sama. Malaysia macam tidak bermaya melawan dan tidak mampu mengatasi Thailand. Kalau ada regu yang melawan tapi stamina tidak lama. Mudah sahaja diatasi mereka. Kerap juga libasan killer kita mampu dibalas balik dengan libasan yang lebih akrobatik dan tidak mampu dihadangi. Nyatalah Malaysia sudah jauh ditinggalkan. Anggapan Malaysia bukan lagi satu kuasa utama sepak takraw yang suatu masa dahulu amat digeruni oleh Thailand semakin menuju kebenaran.

Terpilih menjadi pemain sepak takraw selepas ujian kelayakan menjadi satu kebanggaan. Memenangi dan bergelar johan pula merupakan satu kepuasan. Semua ini tetiba kembali menerpa diri setelah sakitnya hati melihat pemain kebangsaan yang pastinya melalui sessi pemilihan yang ketat tapi mengecewakan peminat sukan ini terutama sekali diri ini. Masih ingat lagi pada awal tahun 1976, cikgu Karim yang ditugaskan mengelolakan sukan sepak takraw akan mengadakan pemilihan team sepak takraw buat 'Rumah Seladang' Aku di Darjah 6B. Ramai bebudak rumah seladang atau rumah unggu di dalam satu kelas. Biasanya, mereka yang boleh bermain bolasepak mampu sahaja bermain takraw. Maka setelah pakat-pakat, kami ramai-ramai turunlah pada petang yang telah ditetapkan oleh cikgu Karim. Teknik pemilihannya dengan membiarkan kami bermain takraw bersama. Cikgu Karim membuat pemantauan dan mengenalpasti posisi yang setiap bebudak rumah seladang ini punya kekuatan. Semua berpeluang menjadi tekong, feeder dan juga killer. Mana yang dia rasakan sesuai, dia kekalkan posisi sehingga benar-benar memuaskan hatinya. Bagi aku sendiri pula, memandangkan aku lebih kepada kaki kiri walaupun dextrous dimana kedua-dua belah kaki boleh digunakan. Apapun aku lebih selesa menggunakan kaki kiri. Posisi aku adalah killer cum feeder. Aset yang aku miliki yang mungkin meyakinkan cikgu selain dari memiliki ketinggian juga mempunyai libasan 'gulung' macam killer Thailand. Tapi masa itu tidaklah begitu akrobatik dengan posisi menelentang seperti ditunjukkan Thailand. Jarang yang tidak masuk kegelanggang lawan bila aku membuat libasan. Pastinya rakan dipihak sebelah tidak mampu menampan kerana kepaduan rejaman yang dibuat. Ada juga bebudak yang boleh membuat libasan kemas yang mungkin cikgu Karim ada caranya untuk perbaiki skil libasan sehingga menjadi sempurna. Berada didarjah enam seperti diketahui umum, tiada ujian besar diadakan. Hanya melengkapkan sukatan pelajaran darjah enam dengan tiada tekanan peperiksaan kerana telahpun menduduki 'Ujian Penilaian Darjah Lima' membuatkan aktiviti sukan begitu menonjol semasa ditahun akhir disekolah rendah. Berkat tunjukajar yang diberikan oleh cikgu Karim, akhirnya Rumah Seladang bergelar juara.

Cigku Karim berspek hitam, dan yang 'hansome' dengan rambut 'center-parting' di belakang Cikgu Baba tu ...

Andailah pasukan Malaysia dibimbing oleh mereka yang pakar dan mahir didalam permainan sepak takraw ini, pasti kita mampu bangkit menjadi kuasa utama yang digeruni kembali oleh pihak lawan dan terpenting sekali jiran diutara iaitu Thailand. Selagi kita tiada 'killer' yang benar-benar mantap dan ditambah dengan tekong yang tidak semengah, jangan haraplah kita mampu menandingi pihak lawan dan berjaya mengatasi mereka. Ingin benar aku melihat para killers kita mempunyai teknik libasan yang padu. Teknik libasan gulungpun sudah memadai kerana pergerakan bola lebih laju dan cuma kena pandai buat placing pada ruangan yang tidak terjangkau oleh tekong dan feeder lawan. Tapi teknik rejaman seperti mengangkang yang ditunjukkan oleh kebanyakan killer kita tidak mampu menandingi pihak lawan. Perlu berubahlah jika mahu menang dan memenangi hati peminat sepak takraw. Sebenarnya, sedih jugalah bilamana sukan kebanggaan orang melayu yang kita cuba ketengahkan pada dunia tapi kita pula makin terpinggir. Malaysia beria-ia mempromosi tapi kini Thailand pula mendapat center-stage. Semasa mula diketengahkan dikatakan pihak Thailand membantah penggunaan sepak raga sehingga kita sanggup berkrompromi menjadi sepak takraw. Tapi hakikatnya kita sendiri yang sudah kena main. Sebutan 'Takraw' menjadi lebih dominan dari sebutan sepak takraw. Ini memandangkan didalam bahasa seharian,  kita lebih selesa menyebut 'takraw' sahaja dan meninggalkan terus perkataan 'sepak' itu sendiri.Nampak tak permainan 'Tahi-land' ini. Akhirnya nanti, sebutan rasmi sukan ini menjadi ..... .

Mana hendak letak muka.

No comments: