Tanggungjawab keatas ibu dan juga bapa
Friday, June 20, 2025 2:23 PM
Jumaat kali ini, minggu ini, disampaikan oleh Imam Nasri. Gotcha…aku sampai awal. Selesai sembahyang sunat, aku ‘nungguin’ khutbah buat minggu ini. Tajuk untuk minggu ini berkisar kepada peranan anak terhadap kedua orang tua mereka.
‘Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa buat selamanya’. Boleh baca di link fb JAIM...
Agak attentive jugalah aku mendengari penyampaiannya tentang hal yang terkait. Namun ianya lebih menumpukan kepada peranan anak terhadap kedua orangtua mereka. Bagi aku mungkin telah terlepas masanya dalam memiliki kunci ‘syurga’. Aku kini diposisi ‘orangtua’ yang harus disantuni oleh anak anak. Ketikanya aku masih punyai ibu dan ayah, akulah yang dimaksudkan ditujukan untuk ‘react’ sepertimana yang diucapkan oleh Imam Nasri ini. Kepulangan ibu pada 2004 dan 4 tahun berikutnya, bapak pula yang menyusul, tidak memungkinkan untuk aku menjagai mengurusi mereka lagi.
Kini akulah pula yang menjadi ‘subjek’ untuk disantuni oleh anak anak. Bukan lagi zaman aku tapi zaman anak anak untuk berjasa terrhadap ibubapa yang masih ada sisa usia di dunia ini. Peluang keemasan andai tidak direbut maka sia sia sahajalah buat mereka yang disasarkan untuk bertindak proaktif sepertimana yang dikhutbahkan minggu ini.
Apakah anak yang masih mempunyai ibu dan bapa tidak terrsentuh hati akan persoalan ‘tanggungjawab’ dan boleh buat selamba seolah tiada apa yang perlu dihiraukan. Masuk telinga kanan, keluar di telinga kiri. Sedikitpun tak lekat di kalbu. Sekali imbas, malanglah buat sianak dan berkemungkinan juga buat ‘parent’ mereka.
Kata perumpamaan, ‘Apa yang ditanam, itulah yang akan dituai’, manakala saudara jauh ‘kita’ suka sangat akan ‘What goes around will come around’ dan dalam bahasa computer pula, ‘Rubbish you put in, then rubbish also will you get’.
Memikirkan akan kelebihan menyantuni orangtua kita yang sangat banyak, pastinya ada yang terkilan rasa, khususnya buat diri ini. Ianya telah lama berlalu kerna kedua-dua orang tersayang yang pergi lebih dahulu tapi ‘situasi’ aku telah lama berakhir. Sekiranya buat mereka yang masih punyai keduanya, tentulah beruntungnya mereka dapat berbakti selagi mana masa yang diberikan olehNya.
Peluang yang ada janganlah disia-siakan.
No comments:
Post a Comment