10:25pm MON. 6/2/2025
Siang tadi dalam pukul 11:00 pagi, aku dengan Yusree yang baru balik dari kampusnya pada Sabtu, bergerak menuju MyDin @ MITC. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik air setelah selesai mandi ler, orang rumah memaklumkan yang beras kehabisan. Segera aku jawab, 'kenapa baru beritahu...'. Lupa, katanya, hendak beritahu semalam. Lalu aku cadangkan untuk ke Mydin cari barang keperluan dapor. Duit Mykasih sudah dimasukkan untuk ketiga kalinya. Tapi dia tak nak ikut, suruh Yusree teman ke sana.
Sebenarnya aku telah dimaklumkan yang aku telah 'lulus' permohonan untuk I-sara pada bulan dua kalau tidak silaplah. Pembayaran pertama akan dimasukkan ke dalam MyCard(i/c ler) pada 01/04/2025. Tentulah aku teruja untuk dapatkan sumbangan dari kerajaan yang berupa bantuan keperluan harian. Kata orang, bulan jatuh ke riba, siapa tak nak. Bagi memastikan yang sumbangan RM100 per bulan dan berkuatkuasa pada April sehinggalah ke hujung tahun nanti, aku amat menunggui tarikh 'pemberian' itu. Assumption aku dan sejak dahulu lagi, 01/04 ni being associated dengan April Fool. Tapi aku tidak rasa sedemikian sementelahan surat rasmi kerajaan dari kementerian kewangan seharusnya diyakini. Apa yang aku risaukan andainya RM100 itu tidak dikreditkan ke MyCard aku. Takkanlah kerajaan hendak menipu, pujuk hati ini meredakan keraguan.
Aku berulang kali melihat jumlah terkumpul di aplikasi 'MyKasih' sehinggalah yang ketiga kalinya(01/06/2025) sebelum bergerak ke Mydin MITC. Tertera jumlahnya kini telah meningkat ke RM300.00. Senyum sampai ke telinga-lah...pakcik. Mahu tak-nya. Melangkah-lah aku dengan penuh berkeyakinan ke bahagian 'pasaraya'. Sementara mencari parkir, aku turunkan Yusree di entrance closed to 'Nasi Kandar Padang Kota' seraya ingatkan Yusree untuk pergi dapatkan beras tempatan 10kg/perkampit terlebih dahulu.
Outlet yang dilantik untuk kendalikan barangan keperluan harian yang ditetapkan kerajaan telah ambil initiatif atau sememangnya diarahkan untuk menandai barangan yang layak disenaraikan untuk program I-sara ini. Ini memudahkan para penerima bantuan ini mendapatkan barangan mengikut pilihan mereka.
Baki yang 'automatically' being updated setelah melakukan transaksi pembelian, segera aku check tengok di applikasi. Yes, masih berbaki RM118.60. Bagi yang familiar dengan applikasi ini tentulah amat memudahkan pencarian barangan yang dibolehkan untuk diambil dan layak membayar via 'MyCard'.
Apapun, aku kini tergolong penerima bantuan ini. Moga program sebegini dapat diteruskan pada tahun hadapan. Harap haraplah bantuan bulanan dinaikkan ke RM200.00.
Muka ada senyum.
No comments:
Post a Comment