Monday, April 15, 2024

Seperti biasa semula

 16 APRIL 2024, 09:51


Seperti biasa semula


Semalam bermulalah aktiviti 'sediakala' yang diharungi saban hari sebelum Ramadhan. Aku amat yakin buat yang muda muda, merayakan aidul-fitri, masih belum puas. Al-maklumlah orang tengah bersemangat hendak beraya. Bagi pandangan aku, hasrat berkunjungan beraya adalah bermatlamat. Ini bergantung kepada empunya diri. Paling ketara ketika berayalah adalah 'moment' hendak menunjuk membandingkan kelebihan yang dimiliki. Naluri ini sememangnya ada dalam setiap individu. Normal kepada yang muda juga yang tua, tetap tidak mahu mengalah. Sebagai orang yang dah lama hidup ini tentunya aku lebih tahu melihatnya sendiri sehinggalah tamat hayatnya didunia. 'Pulang' tidak membawa apa apapun yang 'visible' terlihatkan sehingga ke liang lahadnya. Apa yang zahirnya terlihat adalah kain putih pembalut jasad. 

Memulakan hari...


                                            Sempat dalam video format


Aktiviti menjana pendapatan bermula bergantung kepada fungsi memasing dalam hieraki perekonomian. Buat tuanpunya firma atau perniagaan, hendak sambung beraya atau memulakan operasi perniagaan atas budibicaranya sahaja. Tapi bagi pekerja bawahan bergajian perlu mengikut arahan. Biarpun belum puas beraya dan hati meronta ronta tidak mahu kembali bekerja tapi terpaksa juga harus menerima hakikat. Andai hendak ikut kepala sendiri, alamatnya padahlah yang menanti. Paling kurangpun akan menerima tindakan tatatertib. Silap haribulan mungkin lebih parah lagi, dibuang kerja. Bayangkan baru hendak bermalas malas memanjakan diri dikampung, sampai ke tempat cari makan terima notis berhenti kerja. Haru jadinya.


Berbeza dengan aku yang sudah naik ke satu level lagi. Dahulunya, aku dan keluarga akan berkunjungan kerumah sanak saudara. Sehari tidak kecukupan masa menziarahi kesemua mereka yang tinggal berselerak di Melaka ini. Paling jauhpun aku ke Shah Alam. Abang Long aku bermastautin disana. Sebagai adik tentulah aku harus mendatangi Shah Alam saban tahun. Namun bila tahun berganti tahun, perubahan semulajadi tiada sesiapapun yang dapat menjangkakan. Paling pasti yang hidup akan tiba saat kematian memasing. Yang muda akan menjadi tua. Urutannya maka yang tua akan sampai kepenghujung hayat. 


Peralihan yang beransur ansur ini dan tanpa disedari kini akulah yang menjadi tumpuan untuk diziarahi pula. Anak anak buah yang sudah bekeluarga datang menjenguk aku di hari yang mulia ini. Secara semulajadinya aku harus berperanan sepatutnya. Harus aku insafi yang saat kematian semakin hampir. Aku tidak hiraukan semua ini. Berpakaian apa yang ada dan tidak lorat lorat hendak cari baju raya. Dressing lebih kepada comforming berpakaian 'orang masjid'. Sudah tiada masa lagi hendak berlagak terpaling dalam semua hal. Cukup cukuplah selama ini yang dilakukan cenderung kearah yang kurang memberi manfaat kepada diri sendiri. Apatah lagi sekarang ini tahap kesihatan makin menurun. Makan banyakpun dah tak berdaya. Cukup sekadar mengenyangkan. Tidak boleh salah makan makanan yang tidak tentu dan 'extreme' penangannya. Kambing golek memang mengiurkan tapi kena beringat. Minum yang manis berkarbonat memulaskan perut. Asam pedas, masak lemak cili api dan sambal petai yang menyelerakan sekadar menyebutnya mengakui kelazatan cuma dan kini tidak mampu mengambilnya dalam volume yang banyak. Sekadar mengenanginya sahaja.


Apakah maknanya isyarat yang harus fahami. Jelas dan akui buat diri sendirilah yang masa untuk tinggalkan dunia yang sememangnya fana ini akan sampai dan sudah terlalu dekat. Lambat atau cepatnya hadir kenalah bersedia. Takkanlah hendak buat tidak tahu sahaja. Andailah, ini kira andailah, buat mereka yang sebaya tapi masih buat selamba macam zaman muda muda dulu, apa hal bro. Semua main langgar sahaja macam tiada peraturan. Aku juga tidak terkecuali. Kini tersedar betapa ruginya masa yang tersia sia ketika muda. 


Moga segala usaha kearah kebaikan yang dibuat sebelum Ramadhan lagi berterusan bercambahan senantiasa sehinggalah ke akhir hayat. Harus istiqamah berharapkan pertolongan dariNYA. Ya Allah, maqbulkanlah hasrat hatiku ini.

No comments: